Anda di halaman 1dari 2

Panduan Membuat Semakan Arah Kiblat

1.

Dirikan satu objek lurus seperti tiang sebaik-baiknya di tanah


lapang.
2. Pastikan tiang tersebut tegak dan lurus. Bagi menyemak
ketegakkannya boleh diletak tali yang diikat pemberat dihujung tiang
berkenaan.
3. Tempat yang dipilih untuk tujuan ini tidak terlindung dari sinar
matahari.
4. Penyemakan arah kiblat perlu dibuat tepat mengikut waktunya. Sila
rujuk waktu SIRIM
Coordinate Kaabah 21.4225 N, 39.8261 E
Sumber : Majlis Agama Islam Selangor dan www.islam.gov.my
PANDUAN MENENTUKAN ARAH KIBLAT
Terdapat beberapa kaedah bagi menentukan arah kiblat seperti
berpandukan kepada matahari selain daripada menggunakan kompas
penunjuk. Panduan ini amat perlu dipelajari kerana mungkin pada suatu
masa kita akan berhadapan dengan situasi yang terdesak seperti di
tengah-tengah hutan belantara, pada malam yang gelap gelita, atau pada
musim cuaca yang tidak menentu maka bagaimanakah kita hendak
menentukan arah kiblat?
Di bawah ini beberapa panduan yang boleh digunakan bagi tujuan
menentukan arah kiblat :
Kaedah 1 :
Pada waktu malam yang gelap maka carilah bintang tiga sederet
dalam bentuk Buruj Belatik (Badabur Orion). Namun kaedah ini
memerlukan kepada pengetahuan ilmu bintang.
Kaedah 2 :
Dengan memandang ke arah langit pada malam gelap gelita dan
carilah bintang Qutbi (Polaris) . Inilah satu-satunya bintang paling
tepat arah utara bumi. Dengan berpandukan bintang ini, arah kiblat
boleh dicari tetapi kaedah ini juga memerlukan pada pengetahuan
ilmu bintang.
Kaedah 3 :
Jika pada waktu siang hari bolehlah merujuk kepada posisi matahari
dengan memerhatikan arah ia terbit dan juga terbenam. Arah terbit

adalah pada sebelah timur dan arah terbenam pada sebelah barat.
Sebelah barat adalah arah kedudukan Makkah secara rawak dan ianya
boleh dijadikan panduan bagi menentukan arah kiblat.
Kaedah 4 :
Dengan menggunakan posisi awal matahari di Kaabah. Kaedah ini
adalah berpandukan kepada kedudukan matahari yang akan berada
tepat pada suatu tempat. Bagaimanapun kaedah ini hanya boleh
berlaku dua kali sahaja dalam setahun dalam pergerakan matahari.
Sekali apabila matahari bergerak menuju titik utara iaitu pada 28 Mei
setiap tahun dan sekali lagi pada 16 Julai apabila matahari kembali ke
ekuinok.
Penzawalan matahari dengan Kaabah pada waktu hampir zohor akan
menyebabkan sebarang objek menjadi tegak di seluruh dunia dan
ianya bersamaan dengan arah kiblat.
Mengikut hisab waktu berkenaan ialah 16:16 tengahari waktu di
makkah dan bersamaan 5:16 petang waktu di Malaysia. Pacakkan
sebarang tiang di kawasan yang lapang untuk menentukan arah
kiblat.
Tepat jam 5:16 petang bayang matahari yang jatuh itu adalah
bertepatan dengan arah kiblat. Oleh kerana matahari jatuh di sebelah
barat maka bayangnya adalah disebelah timur,jadi arah kiblat ialah
arah yang berlawanan dari arah timur iaitu sebelah barat.

Anda mungkin juga menyukai