Anda di halaman 1dari 6

Kewajipan Umat Islam terhadap Kiblat

Pertama dan Masjidil Aqsa

Oleh: Dr. Abdul Rahman al-Barr


Kepentingan Masjidil Aqsa kepada umat Islam
Kesucian Masjidil Aqsa diikat dengan akidah Islam semenjak Rasulullah saw di Isra
dan Mirajkan . Al-Quran telah merakamkan peristiwa agung ini di dalam surah yang
dinamakan surah al-Isra yang mulai dengan Firman Allah:
Maha Suci Allah, yang Telah memperjalankan hamba-Nya pada suatu
malam dari Al Masjidil Haram ke Al Masjidil Aqsha yang Telah kami
berkahi sekelilingnya agar kami perlihatkan kepadanya sebagian dari
tanda-tanda (kebesaran) kami. Sesungguhnya dia adalah Maha
mendengar lagi Maha Mengetahui. (Al-Isra: 1)
Ikatan ini telah mendapat kemuliaan semenjak Masjdil Aqsa menjadi kiblat yang
pertama umat Islam sebelum bertukar ke Kaabah dengan perintah Allah. Justeru ia
diakui sebagai salah satu kiblat umat Islam. Sebelum itu masjid suci ini pernah menjadi
masjid yang kedua dibina di muka bumi selepas Masjidil Haram. Dari Abu Dzar al
Ghifari berkata:

Saya pernah bertanya kepada Rasulullah. Wahai Rasulullah, masjid apa


yang pertama diletak (dibangunkan) di bumi? Baginda bersabda:
Masjidil Haram. Saya bertanya lagi, kemudian apa? Baginda bersabda :
Masjid Aqsa. Saya bertanya. Berapa lama antara keduanya? Baginda
bersabda Empat puluh tahun (Muttafaq Alaih)
Kemudian Rasulullah mengikat kedudukannya setaraf dengan Masjidil Haram dan
Masjid Nabawi dengan mengisytiharkannya sebagai masjid ketiga suci dalam
Islam..Daripada Abu Hurairah, sabda nabi saw:
Janganlah kamu bersusah payah bermusafir kecuali ke tiga buah masjid
: Masjidil Haram dan Masjidku ini dan Masjid al Aqsa. (Muttafaq Alaih)
Nabi saw juga menjadikan solat di dalamnya mendapat sebesar-besar ganjaran
berbanding solat di masjid yang biasa selain Masjidil Haram dan Masjid Nabi. Nabi
menyatakan solat di dalamnya memperolehi lima ratus ganda dari masjid biasa..Dari
Abu Darda r.a berkata: Sabda nabi saw:
Solat di dalam Masjil Haram seratus ribu kali ganda, di Masjidku seribu
kali ganda dan di Baitul Maqdis lima ratus kali ganda.
Perhatian umat Islam sepanjang zaman terhadap Masjidl Aqsa dan Baitul
Maqdis
Ketika Allah memerintahkan umat Islam bertukar arah kiblat dari Baitul Maqdis ke
Kaabah, umat Islam menyedari bahawa mereka bertanggungjawab membebaskan
kedua-dua kiblat ini. Oleh kerana itu mereka telah mengorbankan nyawa dan tenaga
sehingga akhirnya Allah membuka kota Mekah di tangan mereka dan manusia
berduyun-duyun memeluk agama Islam. Kemudian mereka halakan pula cita-cita untuk
membebaskan kiblat yang pertama. Kejayaan membuka Baitul Maqdis yang berlaku
pada pemerintahan Umar tahun 15 Hijrah telah menjadi batu asas kepada pembinaan
Masjid Aqsa yang diberkati ketika Khalifah Umar bin al-Khattab berjalan ke lokasi yang
mulia dan melawat tempat batu tergantung yang telah tertimbus dengan tanah dan
sampah sarap. Umar telah mengarahkan supaya dibersihkan di samping
memerintahkan pembinaan sebuah masjid di bahagian selatannya. Kemudian pada
zaman pemerintahan Kerajaan Umaiyah di bawah Khalifah Abdul Malik bin Marwan
dan anaknya al-Walid telah melancarkan program pemulihan dan pemeliharaan seluruh
kawasan masjid.

Ketika Masjid al-Aqsa bersama Kota Madinah al-Munawwarah di bawah naungan


kerajaan Islam ia mengecapi perlindungan dan pemeliharaan hinggalah kekalahan
kerajaan Islam di tangan Tentera Salib pada tahun 493H yang telah mengambil
kesempatan di atas kelemahan khalifah, hancurnya kesatuan umat dan perebutan
jawatan pemimpin dan tunduk kepada nafsu syahwat yang berlaku ke atas umat Islam.
Penaklukan Tentera Salib berterusan selama 90 tahun kiraan tahun Hijrah sehingga
dibebaskan oleh panglima Salehudin al-Ayubi yang telah bersumpah tidak akan senyum
selagi tidak berjaya membebaskannya. Akhirnya impian beliau terjelma pada tahun
583H setelah berjaya membebaskannya Salehudin al-Ayubi telah berusaha memulihkan
masjid, membaiki, memperbaharui dan menghiasi mihrabnya. Di sekitar masjid beliau
telah mendirikan beberapa buah sekolah, perpustakaan, dewan untuk menghafaz dan
mempelajari ilmu-ilmu al-Quran dan dewan untuk pengajian hadith dan ilmu-ilmunya.
Kemudian semasa era penjajahan Barat ke atas negeri-negeri di Barat dan Timur pada
akhir kurun ke 19 dan awal kurun ke 20 mereka dengan sengaja menyokong kewujudan
entity Zionis di negeri Palestin. Setelah itu Pertubuhan Antarabangsa (PBB) yang kejam
telah mengiktiraf sebuah Negeri haram yang dinamakan Negara Israel pada tahun
1948M. Lantas rejim perampas cuba merampas al-Quds pada tahun 1967M, kemudian
percubaan Yahudi membakar masjid pada 21 Ogos 1969M yang dilakukan oleh
pemuda Yahudi yang bernama Micheal Rohan. Kemudian mengisytiharkan bahawa alQuds telah dimasukkan ke dalam negeri yang diduduki pada tahun 1980M. Berlaku
beberapa siri percubaan pihak perampas Zionis yang mendakwa al-Quds sebahagian
dari wilayah mereka bagi melakukan berbagai kedurjanaan ke atas Masjidil Aqsa di saat
kelekaan yang sungguh menghairankan dari umat Islam.
Usaha-usaha mengYahudikan al-Quds
Semenjak rejim Zionis mendapat pengiktirafan antarabangsa ke atas bumi Palestine
mereka telah mengatur berbagai perancangan dan berusaha dengan bersunguhsungguh untuk mengyahudikan kota yang penuh keberkatan ini dan memindahkan
penduduk Palesyin secara haram tanah milik mereka. Di antaranya:
Mereka telah mengeluarkan peraturan yang dipanggil Undang-undang Sebalik Tabir
yang menetapkan bahwa mana-mana penduduk Palestine yang tidak menduduki
rumahnya lebih daripada lapan hingga sepuluh tahun akan diambil tanah dan
rumahnya oleh kerajaan Israel.

Meluaskan pembinaan penempatan haram yang lebih besar bagi menempatkan


puluhan ribu orang Yahudi di dalam dan sekitar kota Al-Quds.
Meluaskan penggalian terowong bawah tanah di kawasan yang berdekatan dengan
masjid kepada satu tahap yang dikuatiri boleh menyebabkan keruntuhan Masjidil Aqsa
bahkan telahpun runtuh sebahagian binaannya.
Kini tindakan mereka mencari helah dengan mencipta tanda atau kesan yang mereka
sangkakan termasuk dalam sejarah Yahudi di negeri yang penuh keberkatan ini dengan
memalsukan fakta dan mendakwa bahawa sebahagian kesan-kesan Islam dan Arab
sebagai kesan bangsa Yahudi, sebagai satu tindakan yang zalim dan penipuan.
Kewajipan kita ke atas Al-Quds dan Masjidil Aqsa
Melakukan kerja-kerja menyokong dan menyebarkan isu serta mendedahkan
rancangan-rancangan Zionis melalui perbagai aktiviti seperti kesenian, kesusasteraan,
program pendidikan, media massa, ceramah agama dan pengetahuan semasa, seminar
dan forum, dialog dan persidangan bagi mengukuhkan bahawa al-Quds adalah milik
Arab dan Islam.
Melakukan usaha membaiki kesan-kesan Islam dan Arab di situ dan tidak membiarkan
kesan-kesan tersebut musnah ditelan zaman.
Menjalankan program yang mengukuhkan kewujudan rakyat Palestin di negeri mereka
melalui bantuan dana kemanusiaan dari orang Arab, umat Islam, kerajaan dan
rakyatnya supaya mereka menjadi bangsa mujahid dan sabar di negeri yang penuh
dengan perjuangan. Marilah kita mengingatkan semula hadith nabi saw berkenaan nilai
tanah yang berdekatan dengan Masjidil Aqsa. Dari Abu Zar r.a berkata: Rasulullah
bersabda:
..sehingga disangka menjadi lelaki seakan-akan seperti kepada anak
panah (yang sama pada kedua belahnya) yang jatuh di tanah di mana ia
melihat baitul Maqdis lebih baik baginya dari dunia seluruhnya.
Menyokong jihad dan perjuangan rakyat Palestine dalam bentuk wang ringgit, doa dan
menyebarkan maklumat serta mengukuhkan kekuatannya dan mengadakan hubungan
secara rasmi dengan pihak kerajaan atau dengan rakyatnya supaya mereka tidak
keseorangan di medan pertempuran. Khususnya kita lihat bantuan-bantuan asing

semakin meningkat sejak-sejak akhir ini membuktikan bahawa dunia tidak membiarkan
rakyat Palestine tidak keseorangan.
Melaksanakan program tabung al-Aqsa sama ada yang dianjurkan oleh kerajaan atau
rakyat, secara individu atau pertubuhan yang disumbangkan oleh mana-mana
organisasi dan invidu serta dibantu semua badan dan kelurga umat Islam.
Melakukan usaha mendapatkan sokongan masyarakat barat dan antarabangsa bagi
menyokong hak rakyat Palestin, hak bangsa Arab dan hak umat Islam melalui media,
undang-undang, mengembangkan kajian ilmiah dan sejarah yang sebenar dalam
pelbagai bahasa, melalui semua media dan mencipta sokongan massa yang dipelopori
oleh secretariat yang khusus yang memiliki keikhlasan terhadap isu ini dan
memperolehi bantuan dana yang sesuai dari sumber yang rasmia atu bantuan dari
rakyat. Tujuannya adalah usaha ini memberi kesan semaksima mungkin.
Persatuan ilmu dan fiqh menjalankan peranannya dalam menghidupkan ruh Islam
dalam diri umat serta mengeluarkan fatwa yang mewajibkan umat supaya bekerja
menyelamat dan membebaskan Masjidil Aqsa, dengan menganggap tugas tersebut
sebagai wajib dari segi agama dan tanggungjawab dari segi syarak dan akhlak, yang
tidak ada lagi ruang untuk mempertikaikan kewajipan memikul tugas ini.
Terakhir semua orang mestilah mengetahui bahwa isu al-Quds, Masjidil Aqsa dan
Palestin adalah pertimbangan syarak yang sebenar bagi sistem politik bangsa Arab yang
juga simbol neraca dalam kesatuan Arab dan Islam.
Isu ini akan terus kekal demikian sehingga Allah mengizinkan Negara Penakluk hancur
dan musnah dan sehingga pada akhir zaman nanti umat ini akan memerangi dan
membunuh Dajjal dan tenteranya dari kalangan bangsa Yahudi serta membebaskan
muka bumi ini daripada kejahatan mereka.
Daripada Ibn Umar r.a bahawa Rasulullah saw bersabda:
Mereka membunuh orang Yahudi sehingga salah seorang di antara
mereka bersembunyi di sebalik batu. Lalu batu berkata: Wahai hamba
Allah, ini dia lelaki Yahudi bersembunyi di sebalik ku, bunuhlah dia.
Lantas lelaki itu dibunuh.

Daripada Abu Hurairah r.a bahawa Rasul saw bersabda:


Hari Kiamat tidak akan berlaku sehingga orang-orang Islam membunuh
orang Yahudi. Lalu pada masa itu orang-orang Islam membunuh orang
Yahudi hingga orang Yahudi bersembunyi di sebalik batu dan pokok.
Lantas batu atau pokok berkata: Wahai orang Islam, wahai hamba
Allah, inilah orang Yahudi di belakang ku. Marilah. Bunuhlah dia.
Kecuali pohon Gharqad kerana ia termasuk pohon Yahudi.

Anda mungkin juga menyukai