Anda di halaman 1dari 2

4.

0 KUMPULAN SASARAN
Murid yang akan dipilih bagi tujuan penyelidikan tindakan ini adalah dalam kalangan
murid Tahun Dua sesi persekolahan 2014 yang terletak di sebuah sekolah di daerah
Butterworth, Pulau Pinang. Sekolah ini juga merupakan sekolah yang terdiri daripada semua
murid perempuan dan murid Tahun Dua adalah daripada sesi petang. Rasional pemilihan
murid Tahun Dua ini adalah kerana hanya murid Tahun Dua yang akan diajar selama tiga
bulan berpraktikum di sekolah ini. Jadi, adalah lebih mudah jika kumpulan sasaran yang
diambil adalah daripada kalangan murid yang diajar sahaja.
Responden ini merupakan murid yang tergolong dalam kalangan murid yang
berpencapaian sederhana. Rasional pemilihan murid yang berada di kelas yang berpencapaian
sederhana ini sebagai responden adalah kerana ingin melihat sejauh mana keberkesanan
pendekatan Didik Hibur dapat mempengaruhi prestasi dan minat murid terhadap pengajaran
dan pembelajaran Sains bagi tajuk Keperluan Asas Haiwan. Selain itu, kebanyakan murid
yang berada di dalam kelas ini juga tidak menghadiri mana-mana kelas tambahan di luar dan
hanya bergantung kepada pengajaran guru ketika berada di sekolah sahaja. Jadi, ia akan
menjadikan hasil kajian boleh dipercayai kerana kurangnya penglibatan orang luar terhadap
kefahaman murid dalam topik yang akan diajar.
Rasional pemilihan kesemua murid di dalam kelas ini sebagai responden iaitu seramai
26 orang kesemuanya adalah kerana ia akan memudahkan urusan tindakan penyelidikan
dijalankan. Selain itu, jumlah responden yang lebih besar adalah diharapkan akan menjadikan
keputusan kajian lebih tinggi kebolehpercayaannya. Keberkesanan pendekatan Didik Hibur
bagi tajuk Keperluan Asas Haiwan ingin dilihat ke atas semua murid yang berpencapaian
sederhana di dalam kelas ini.
19

Seramai 26 orang murid akan terlibat dalam penyelidikan tindakan ini, namun hanya
sembilan orang murid sahaja yang akan ditemu bual untuk mendapatkan pendapat mereka
berkaitan pendekatan Didik Hibur yang boleh digunakan sebagai bukti tambahan untuk
mengukuhkan lagi hasil kajian yang akan diperoleh. Sembilan orang murid yang terpilih ini
akan terdiri daripada tiga orang murid yang mendapat skor yang paling tinggi dalam
pascaujian yang dijalankan, tiga orang murid yang mendapat skor sederhana dan tiga orang
murid lagi yang mendapat skor yang paling rendah.
Murid-murid di sekolah ini terdiri daripada 60% murid yang berkaum india, 30%
murid melayu dan 10% murid cina. Murid-murid di sekolah ini juga mempunyai ibu bapa
yang sangat mementingkan pencapaian anak-anak mereka di dalam pelajaran. Hal ini kerana
kebanyakan ibu bapa di sekolah ini akan sering berjumpa dengan guru matapelajaran anak
mereka sekiranya pencapaian anak mereka merosot dalam pelajaran dan ada juga yang akan
menyalahkan guru ke atas pencapaian anak mereka yang merosot. Jadi, perkara ini telah
menjadi motivasi kepada saya untuk melakukan yang terbaik untuk meningkatkan prestasi
dan minat murid Tahun Dua di dalam kelas ini dalam mata pelajaran Sains terutamanya bagi
tajuk Keperluan Asas Haiwan.

20