Anda di halaman 1dari 2

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Sesugguhnya solat itu mencegah diri daripada perbuatan keji dan


mungkar. (Surah Al-Ankabut ayat 45).
Hadirin hadirat sekalian.
Solat itu tiang agama. Meninggalkan solat ibarat kita meruntuhkan agama
kita sendiri.
Kawan-kawan,
Mahukah kita digelar sebagai peruntuh agama? Semestinya tidak.
Sedarkah kita kawan-kawan, syaitan sentiasa menghasut kita supaya kita
melewat serta meninggalkan solat.
Kita dilekakan dengan program-program yang tidak berfaedah di
televisyen.
Sedang kita menonton upin dan ipin, azan berkumandang (Allahuakbar
Allahuakbar)
Syaitan lekas berbisik. rileks la dulu, awal lagi niii..nanti-nanti pun boleh
solat.
Dengan mudah kita terpedaya dengan bisikan syaitan. Ya Allah, betapa
lemahnya diri kita.
Tulah kerja syaitan kawan-kawan. Jangan kita alpa dengan bisikkan
syaitan kawan-kawan.
Trademark syaitan yang paling popular muda-muda ni enjoy la dulu, dah
tua nanti bertaubatlah
Kawan-kawan!! Yakinkah kita mampu hidup hingga ke hari tua?
Yakinkah kita mampu melangkah usia 65 tahun tuan-tuan? Ajal maut
ditangan Tuhan.
Jadi tuan-tuan, rakan-rakan dan hadirin sekalian, marilah kita sama-sama
berusaha untuk tidak meninggalkan solat dan niat solat itu kerana Allah.
Ku dengar merdunya suara azan
Berkumandang melantunkan seruan sembahyang
Memenuhi kewajipan seorang muslim
Solat lima waktu sehari semalam
Kini hamba datang lagi

Dengan hati berseri


Ingat akan janji
Bahawa hidup mati ini Ilahirabbulalamin
Kini hamba datang lagi
Pasrah berserah diri
Mendekatkan hati padaMu Yang Maha Suci
Sekian terima kasih..