Anda di halaman 1dari 8

TUGASAN 2

KOMPONEN II: NILAI DAN ETIKA PERKHIDMATAN AWAM


Tugasan 2a
Ali guru lulusan Innstitut Pendidikan Guru Malaysia di ibu kota. Beliau telah
ditempatkan di salah sebuah sekolah di kawasan luar Bandar, beliau mendapat
tahu bahaw guru yang ditempatkan di luar Bandar sering merungut tentang tugas
dan persekitaran kerja yang kurang menyeronokkan.

Pada pendapat anda, bagaimanakah beliau dapat menerapkan suasana


keseronokkan bekerja sebagai salah satu elemen dalam Tonggak 12. berikan
contoh-contoh yang sesuai.

Jawapan

(2a)

Malaysia kini memasuki abad ke-21, program pembangunan sumber manusia


akan terus menjadi matlamat utama dalam memastikan semua rakyat berkongsi
kemakmuran

negara.

Kini

pembangunan

ekonomi

yang

berasaskan

pengetahuan akan mempengaruhi arah aliran pertumbuhan permintaan terhadap


tenaga kerja pada masa hadapan. Sehubungan dengan itu, keutamaan akan
diberi kepada penekanan terhadap peluang pendidikan dan latihan yang

berkualiti

bagi

menyokong

pembangunan

ekonomi

yang

berasaskan

pengetahuan tersebut seperti yang dirancangkan dalam Rangka Rancangan


Jangka Panjang Ketiga (RRJP3) (Dasar Wawasan Negara, Rangka Rancangan
Jangka Panjang Ketiga-Ucapan Perdana Menteri bahagian enam).

Sejak zaman berzaman lagi kerja ialah satu beban yang perlu dilakukan untuk
hidup sama ada membanting tulang ataupun memeras otak. Kerja bukanlah
sesuatu yang ringan, malah bagi kebanyakan manusia bekerja itu merupakan
perlakuan yang tiada penghujungnya. Namun begitu jika kita mengambil
pendirian yang optimistic kita boleh menjadikan kerja itu sesuatu yang
mendatangkan keseronokkan.
Untuk mendatangkan keseronokkan bekerja, ada beberapa perkara yang perlu
dilakukan.

Antaranya ialah menjadikan kerja sebagai ibadah. Konsep kerja

sebagai ibadah akan menimbulkan dedikasi, ketekuanan, amanah, bertanggung


jawab dan ikhlas. Dalam konteks ini, Ali mesti menjadikan kerja sebagai guru
sebagai ibadah yang dituntut dalam agama. Agama menyuruh kita mencari dan
menyebarkan ilmu. Sesiapa yang berbuat sedemikian akan mendapat ganjaran
yang tinggi di akhirat kelak. Apabila Ali menjadikan kerja mengajar sebagai
ibadah, maka dia akan mengajar dengan besungguh-sungguh dan tekun serta
ikhlas dalam pekerjaannya. Ini kerana dia tahu bahawa kerja yang dilakukannya
itu akan mendapat ganjaran pahala yang tinggi setelah dia mati nanti. Ali juga
tidak akan sesekali mengabaikan tugas utamanya dalam mengajar anak
muridnya.

Keseronokan bekerja juga lahir daripada sikap positif terhadap tugas dan
sesuatu tugas itu dihasilkan daripada anisiatif sendiri. Ali mesti menganggap
bahawa tugas guru bukan tugas yang membebankan walaupun dia mengajar di
kawasan luar bandar. Ali mestilahmempelbagaikan kaedah pengajaran supaya
pelajar memberi komitmen dalam pembelajaran. Apabila pelajar minat untuk
belajar, maka guru tidak akan merasa beban dengan tugasnya. Ali juga tidak
perlu terlalu bergantung kepada kaedah pengajaran yang selalu dipelajarinya.
Dia perlu mencari inisiatif sendiri bagi menyesuaikan kaedah pengajaran dengan
suasana persekitaran. Contohnya, Ali boleh mengajar dengan menggunakan
kaedah memancing ikan sebagai alat bantu mengajar. Ini kerana murid luar
bandar suka memancing ikan.
Ali juga harus faham bahawa kerja akan menyeronokan jika seseorang
berasa bangga dengan hasil kerjanya dan bersikap positif terhadap cabaran
yang baru. Ali mesti membuat kerja dengan besungguh-sungguh dalam apa jua
kerja yang diberikan oleh pihak pentadbiran sekolah. Ali mesti menggunakan
bakat dan kebolehan yang ada padanya dengan semaksima mungkin. Ali juga
mesti membuat sesuatu yang baru iaitu kerja yang belum dilakukan oleh orang
lain sebelum ini.contohnya, ali boleh menyediakan laman web sekolah. Dengan
secara tidak langsung dapat menghubungkan sekolah dengan dunia luar. Ali
mesti berasa bangga dengan hasil kerjanya dan sentiasa bersikap positif tidak
merasa beban dan menyahut cabaran yang baru yang diberi kepadanya.dia juga
harus ingat bahawa setiap kerja yang dia lakukan hendaklah dijadikan sebagai

cabaran yang memerluakn bukan sahaja daya usaha, malah pemikiran dan
kreativiti.
Untuk menjadikan seseorang itu seronok bekerja, dia harus menghasilkan
sesuatu yang berfaedah. Dengan itu Ali harus melakukan Sesuatu yang
berfaedah kepada dirinya, anak muridnya, sekolah serta masyarakat sekeliling.
Contonya, Ali boleh mencari anisiatif iaitu memikirkan kaedah yang sesuai untuk
murinya mudah menerima pengajaran yang diajarnya. Contonya kaedah belajar
secara cepat dengan menjadikan muzik sebagai elimen pengajaran.
Ali juga harus sedar bahawa kerjanya itu sngat penting dan membantu
meningkatkan pretasi sekolahnya. Ali juga harus menerima sebarang kritikkan
ataupun pujian dengan sebaiknya. Dia juga harus membaiki kemahiran dengan
latihan dari masa ke semasa. Dia juga harus sedar bahawa setiap kerja yang
bermutu akan diberi pengiktirafan dan ganjaran sama ada dalam bentuk surat
pujian, hadiah ataupun pemberian cuti khas.
Daya kreatif dan adanya keinginan mencuba idea atau cara baru akan
menimbulkan keseronokan bekerja. Untuk memupuk daya kreatif, seseorang itu
perlulah sentiasa didedah dengan perkembangan baru dalam bidang kerjanya.
Oleh itu, Ali mesti mengikuti kursus-kursus yang dibuat oleh pihak sekolah,
jabatan pelajaran atau agensi lain. Ali juga harus mengambil tahu perkembangan
terkini dan menjadikan teknogi maklumat sebagai platform untuk dia maju.
Ali juga mestilah mumpunyai komitmen yang tinggi terhadap kerjanya. Ini
penting kerana apabila dia memberi komitmen yang tinggi dalam kerjanya, maka
dia akan membuat kerja dengan bersungguh-sungguh. Komitmen sebagai guru

bukan sahaja diwaktu persekolahan. Ia tidak menentu sama ada siang atau
malam dan juga termasuk waktu cuti persekolahan.
Untuk menjadikan keseronokkan dalam bekerja, Ali harus menyesuaikan
diri dengan persekitarannaya. Dia harus dapat menerima kelebihan dan
kekurangan yang ada pada persekitaran tempat dia bekerja. Dia juga harus
mesra dengan anak muridnya, guru-guru serta masyarakat sekeliling. Untuk
mendapat keseronokan bekerja maka Ali harus sedia memberi kerjasama
kepada pihak sekolah ataupun orang lain. Ini penting kerana akan memudahkan
lagi perjalanan kerja.
Sebagai seorang guru, Ali mestilah tidak melakukan amalan yang negatif
dan dilarang. Antaranya ialah menggap kerja sebagai beban. Jika dia berbuat
sedemikian, maka kerja yang dibuatnya akan merasa susan dan tidak
menyeronokkan. Ali juga tidak harus sentiasa mengharapkan dorongan oleh
ketuanya sahaja. Dia harus bekerja sendiri dan berusaha sendiri dan yakin
dengan kemampuan dirinya.
Ali juga tidak perlu hanya menunggu arahan sahaja. Dia harus membuat kerja
dengan inisiatif sendiri dan menyelesaikan tugas yang diberikan kepadanya. Ali
jangan menjadi guru yang tidak berdisplin dari segi waktu, kekemasan dan
sebagainya. Ali juga jaganlah menjadi guru yang tidak diberi tanggungjawab
yang mencabar. Ini akan menyebabkan dia tiada peluang untuk meningkat.

Rumusan

Setiap kerja yang dibuat mestilah ikhlas. Kerja yang dibuat mesti dengan
komitmen yang tinggi. Keseronokkan akan lahir apabila kita membuat kerja
dengan sebaik mungkin tanpa mengharapkan penilaian dari manusia sekeliling
tetapi mendapat penilaian dari Tuhan. Walaupun dimana kita berada, jika kita
pandai menyesuaikan diri dengan persekitaran maka kerja yang kita lakukan
akan menjadi seronok.

BIBLIOGRAFI

Buku Rujukan
Abd Rahman bin Daub (1999) Teknologi Maklumat, Konsep, Peranan dan
Perkembangan, Edu System Sdn. Bhd
Abdul Aziz Husin,(2002) Undang-undang Yang Mengenai Kelakuan Dan
Tatatertib Penjawab Awam Hak dan Tanggungjawab, Kuala Lumpur, Dewan
Bahasa Dan Pustaka
Abu Bakar Nordin dan Ikhsan Othman,(2003) Falsafah Pendidikan Dan
Kurikulum, Tanjong Malim,Quantum Books
Amir Hasan Dawi (2002) Penteorian Sosiologi Dan Pendidikan, Edisi Kedua,
Tanjong Malim, Quantum Books
Dewan Bahasa & Pustaka, Kamus Dewan, Edisi Ketiga (1997), Kuala Lumpur
,Dewan Bahasa & Pustaka
Hj Zainal Abidin Safarwan (2002) Kamus Besar Bahasa Melayu, Edisi Ekonomi,
Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd
Norila Md Salleh dan Ikhsan b Othman (2004/05) Nota Kuliah
Muhamad Ali Embi, Esei-esei Pentadbiran Awam, Petaling Jaya, Prentice Hall
Sally Wehmeier ,Oxford Advanced Learners Dictionary, 6th Edition, Oxford
University Press
Sharil @ Charil Marzuki dan Habib Mat Som (1999) Isu Pendidikan Di Malaysia,
Sorotan dan Cabaran, Utusan Publication & Distributors Sdn. Bhd

Key Questions On Malaysian Education (1984) Consumers Association of


Penang

Anda mungkin juga menyukai