Anda di halaman 1dari 4

Tema

Kecacatan bukanlah penghalang untuk hidup seperti biasa


Persoalan
a) Orang kurang upaya sering diperkecil dan dipandang hina oleh segelintir ahli
masyarakat.
(b) Sifat kecemburuan segelintir manusia yang tidak senang melihat kelebihan.
c) Ketabahan mengharungi dugaan dan cabaran dalam kehidupan.
(d) Bersyukur atas anugerah Tuhan.
Watak danPerwatakan
Hafizi:
Dia pelajar Tingkatan Empat dalam aliran Sains. Hafizi anak orang kaya kerana pergi
dan pulang dari sekolah dihantar oleh pemandu keluarganya, Pak Mat. Dia dilahirkan
cacat, iaitu kakinya pendek sebelah. Sungguhpun tempang Hafizi cekal, berani, dan
berprinsip.
Hafizi penyabar orangnya, tidak suka bergaduh, baik hati, dan tidak pernah
menyimpan dendam, walaupun dia dibenci oleh Kamil dan beberapa rakannya yang
lain. Dia pelajar yang pintar.
Raja :
Dia kawan baik Hafizi, pelajar Tingkatan Empat, dan sekelas dengan Hafizi. Raja
amat mengambil berat akan Hafizi dan senantiasa bersedia untuk membantu
Hafizi. Dia sanggup bertumbuk dengan Kamil semata-mata untuk membantu Hafizi.
Dia tangkas bertindak. Raja segera memberikan pertolongan cemas tatkala Kamil
hampir lemas di kolam.
Kamil:
Dia rakan sekelas Hafizi dan Raja. Dia sangat membenci Hafizi kerana mencemburui
kepintaran Hafizi dalam pelajaran. Kamil sering memperkecil dan menghina Hafizi
meskipun Hafizi tidak pernah mempendulikan sikap buruknya itu. Dia busuk hati,
suka bergaduh, dan suka membuat kecoh hingga bergelar samseng sekolah. Dia sering

juga melanggar disiplin sekolah.Dia tidak tahu serik walaupun pernah didenda oleh
pihak sekolah sebelumnya. Akhirnya Kamil insaf setelah dia diselamatkan oleh
Hafizi.
Plot
(a) Permulaan:
Hafizi masuk ke dalam kelas Tingkatan 4 Sains 1. Apabila loceng berbunyi, semua
murid berdiri di depan pintu kelas. Hafizi terus duduk di tempatnya. Kecacatan pada
kakinya (tempang) menyebabkan dia tidak dapat berdiri lama, lantaran itu dia
dikecualikan daripada beratur.
(b) Perkembangan:
Kamil mengatakan bahawa Hafizi berlagak kerana dia bijak dan pandai dalam semua
mata pelajaran. Oleh itu, dia menyambah(meluat) melihat muka Haflzi. Raja
memberikan amaran kepada Kamil sambil mengacukan penumbuk kepada KamiL
Maka berlakulah cabar-mencabar antara Kamil dengan Raja. Keadaan menjadi reda
apabila Cikgu Ridzuan, guru disiplin sekolah datang. Hafizi mententeramkan Raja
supaya tidak bergaduh dengan Kamil. Semasa Hafizi hendak masuk ke dalam kelas,
Kamil telah menolak Hafizi sehingga tersungkur. Raja hendak menumbuk Kamil,
tetapi dihalang oleh Hafizi. Mei Ling cuba membela Hafizi lalu berlaku pertengkaran
antara Kamil dengan Mei Ling. Keadaan kembali tenang apabila Cikgu Lee datang.
Cikgu Lee memberikan nasihat dan motivasi kepada murid-murid agar rajin belajar
dan tidak menghina orang lain.
(c) Klimaks:
Hafizi menyertai rombongan perkelahan yang diatur oleh kelas Tingkatan 4 Sains 1.
Rakan-rakannya begitu seronok mandi di kolam sementara Hafizi hanya rnelihat dari
jauh. Tiba-tiba Raja menjerit meminta tolong kerana melihat Kamil hampir lemas.
Hafizi terus terjun ke dalam kolam dan mencari Kamil di dasarnya. Lima minit
kemudian Hafizi timbul bersama dengan Kamil. Raja memberikan pertolongan cemas
kepada Kamil.
(d) Peleraian: Kamil sedar dan insaf akan kesilapannya dan meminta maaf kepada
Hafizi.
Teknik Plot

(a) bahasa naratif atau pemerian: Hafizi melangkah longlai masuk... sedang berbual di
luar kelas.. ...
(b) dialog:"Kalau kau berani kita lawan saja," cabar Kamil
(c) saspens:Pembaca tertanya-tanya akan nasib Kamil yang tenggelam di dasar
kolam.
(d) monolog:"Aku tidak pernah menyesal... ... kepincangan diriku," bisik hati Hafizi
Latar
Latar Masa
Latar masa cerita ini berlangsung selama 2 hari, iaitu pada waktu persekolahan dan di
luar waktu persekolahan, yakni di tempat perkelahan .
Latar Tempat
(a) Di dalam kelas tingkatan 4 Sains 1
(b) Di tempat menunggu bas di luar kawasan sekolah.
(c) Di padang sekolah.
(d) Di kawasan perkelahan.
Latar Masyarakat
(a) Masyarakat kurang upaya yang cekal
(b) Masyarakat pelajar sekolah menengah yang baik
(c) Masyarakat pelajar sekolah yang nakal
(d) Masyarakat guru yang bertanggungjawab
Gaya Bahasa
(a) Penggunaan ayat-ayat pendek:
Sudah makan ?
Tak balik lagi?

Tengoklah dulu!
(b) Metafora:matanya meliar, kaki samseng, dasar kolam
(c) Personifikasi: muka pintu
(d) sinkope: tak, nak, kau
(e) simpulan bahasa: busuk hati, merendah diri
Nilai
(a) Baik hati
(b) Tolong-menolong
(c) Berhemah tinggi
(d) Keberanian
Pengajaran
(a) Janganlah memandang rendah dan menghina orang yang cacat.
(b) Setiap orang ada kelebihan dan kekurangan.
(c) Memberi kemaafan adalah perbuatan yang terpuji dan berhemah tinggi.
(d) Kecacatan bukan alasan untuk berusaha dan mencapai kejayaan.

Anda mungkin juga menyukai