Anda di halaman 1dari 1

CONTOH KARANGAN PENGALAMAN PULANG KE KAMPUNG

Pengalaman pulang ke kampung pada musim cuti sekolah Pada masa cuti
sekolah

yang

lalu,saya

telah

pulang

ke

kampung

bersama

keluarga

saya.Kampung saya terletak di Melaka.Kami bercuti di kampung selama tiga


hari. Setelah kami sekeluarga menyediakan barang-barang yang perlu
dibawa,kami pun bertolak ke destinasi dengan gembira.Perjalanan ke kampung
mengambil masa tiga jam.Kami bercerita di kereta sementara berada dalam
perjalanan ke kampung. Pada pukul satu petang,saya dan keluarga saya telah
tiba di rumah datuk dan nenek.Datuk dan nenek menyambut kedatangan kami
dengan tangan terbuka.Nenek menghidangkan kuih-muih yang dibuat olehnya
kepada kami.Kuih-muih yang dibuat oleh nenek enak sekali. Selepas
makan,kami berehat sambil berbual-bual di bawah sebatang pokok yang terletak
di hadapan rumah mereka.Pada waktu senja,kami baru masuk ke rumah
mereka. Pada hari kedua,datuk membawa kami sekeluarga pergi ke sungai yang
berhampiran dengan rumahnya.Kami telah meyediakan joran dan umpan.Datuk
mengajar saya dan kedua-dua adik lelakiku tentang cara-cara memancing
ikan.Oleh itu,kami dapat memancing banyak ikan yang besar dengan senang.
Selepas itu,kami membawa ikan-ikan yang dipancing ke rumah datuk dan nenek
untuk digoreng gebagai lauk-pauk pada waktu petang. Pada hari ketiga,datuk
membawa kami pergi ke gerai buah-buahannya.Terdapat banyak buah-buahan
yang dijual oleh datuk seperti durian,anggur,nanas,tembikai,mangga dan
sebagainya.Kami membantu datuk menyusun dan menjual buah-buahan. Dua
jam kemudian,kami hendak pulang ke rumah kami.Sebelum pulang,datuk dan
nenek memberikan beberapa biji buah-buahan kepada kami.Kami pun
mengucapkan terima kasih kepada mereka. Saya berharap saya boleh pulang ke
kampung datuk dan nenek lagi pada cuti sekolah yang akan datang.