Anda di halaman 1dari 10

http://cikguaisah.wordpress.

com/2012/11/20/proses-proses-pembentukan-kata-yangdigunakan-dalam-bahasa-melayu/
1.29 PAGI
30.1.2014

Proses-proses pembentukan kata yang digunakan dalam bahasa Melayu


Pengenalan
Dalam linguistik, pembentukan kata ialah proses pembentukan perkataan baru. Kata boleh
dibentuk melalui tiga cara utama iaitu pengimbuhan, pemajmukan dan penggandaan seperti
dalam gambarajah di bawah.

Selain itu, ada juga sebilangan perkataan yang dibentuk melalui:

Pembentukan balik
Pemaduan kata

Calque

Neologisme

Bahasa Melayu sedang melalui perubahan yang pesat, terutamanya dari segi perkembangan
leksikonnya. Terdapat pelbagai proses dalaman pembentukan perkataan dalam Bahasa Melayu,
contohnya derivasi, pemajmukan, akronim dan penggandaan. Antara proses pembentukan
perkataan yang paling utama dalam Bahasa Melayu adalah Pemajmukan dan Derivasi.
1. Pemajmukan
Pemajmukan adalah proses pembentukan perkataan di mana dua atau lebih kata akar
dimajmukkan menjadi satu item leksikal. Dalam Bahasa Melayu, dua atau lebih kata akar yang
membentuk satu item leksikal ini biasanya ditulis berasingan, mengikut kata akar yang asal.
Contohnya, hijau dan gelap adalah masing-masing satu kata akar. Jika dimajmukkan, ia akan
menjadi satu item leksikal hijau gelap, iaitu sejenis tona hijau.
Pemajmukan dalam Bahasa Melayu boleh diklasifikasikan mengikut kelas perkataan kata akar
dan perhubungan sintaktik di antara kata akar (berdasarkan Jackson dan Z Amvela, 2000).
Pengklasifikasi mengikut kelas perkataan adalah tidak berkaitan dengan perhubungan sintaktik di
antara kata akar-kata akar ini. Secara kasarnya, dalam bidang tata hias berbahasa Melayu, kata
akar yang pertama menentukan kelas kata majmuk. Berikut adalah contoh kata majmuk
mengikut kelas perkataan:

Contoh 1.1 : Kata majmuk Kata Nama


KN + KN
riak muka
KN + KN
kamar utama
KN + KN
panel tingkap
KN + KN
sistem pencahayaan
KN + KN
pelan lantai
KN + KN
kertas dinding
KN + KK (Kata Kerja)lampu berjurai
KN + KK
tata hias
KN + KK
tata atur
KN + KK
kamar beradu
KN + KK
istana hinggap
KN + KK
seni bina
KN + KK + KN
seni hias taman
KN + KK + KN + KN seni reka bentuk dalaman
KN + ADJ (Adjektif) warna selamat
KN + ADJ
kulit depan
KN + ADJ
dapur kering
KN + ADJ
dapur basah
KN + ADJ
latar belakang
Dalam proses pemajmukan KN, sesuatu KN itu boleh dimajmukkan dengan KN yang lain, KK
dan ADJ untuk membentuk kata majmuk KN. Kita dapat lihat dalam contoh di atas (contoh 1.1)
bahawa kata akar pertama, iaitu KN, menentukan kelas perkataan kata majmuk berkenaan.
Contoh 1.2 : Kata majmuk Kata Kerja
KK + KN merekabentuk
KK + KN dibaikpulih
KK + KN memukau mata
KK + KN mencuit rasa
KK + KN merentas sempadan
KK + KK meluru terus
KK + KK menata hias
KK + KK ubah suai
KK + ADJmeletup lantang

Dalam proses pemajmukan KK pula, sesuatu KK itu boleh dimajmukkan dengan KK yang lain,
KN dan juga ADJ untuk membentuk kata majmuk KK. Walau bagaimanapun pemajmukan
dengan ADJ adalah agak jarang. Secara amnya, boleh dikatakan dalam bidang tata hias, lazimnya
KK dimajmukkan dengan KK lain dan KN bagi menbentuk kata majmuk.

Contoh 1.3 : Kata majmuk Adjektif


ADJ + KN
putih salju
ADJ + KN
hijau orkid
ADJ + KN
hijau zaitun
ADJ + KN
perang bata
ADJ + KN
pudar kapur
ADJ + KN
putih gading
ADJ + KN
perang tembaga
ADJ + KN + KNhijau kem askar
ADJ + KN + KNperang gula melaka
ADJ + KN + KNperang pasir gurun
ADJ + KN + KNjingga bara api
ADJ + KK
mampu milik
ADJ + ADJ
luar biasa
ADJ + ADJ
hijau muda
ADJ + ADJ
perang gelap
ADJ + ADJ
perang terang
ADJ + ADJ
putih kuning
Dalam proses pemajmukan ADJ, sesuatu ADJ boleh dimajmukkan dengan ADJ lain, KN dan
KK. Pemajmukkan ADJ dengan KK adalah agak jarang dalam bidang tata hias. Lazimnya,
terutamanya dalam penamaan tona-tona warna, ADJ dimajmukkan dengan KN dan ADJ lain.
Selain daripada contoh 1.1, 1.2 dan 1.3 yang diberikan, terdapat juga kata majmuk dalam Bahasa
Melayu di mana kelas katanya ditentukan oleh kata akar yang kedua. Contoh bagi jenis kata
majmuk ini adalah seperti berikut:
Contoh 1.4
KN + ADJ = ADJ padanan sekata
KN + ADJ = ADJ cahaya kabut
KK + KN = KN tunjuk langit
KK + ADJ = ADJ garis beralun
KK + ADJ = ADJ garis kemas
KK + ADJ = ADJ garis lengkung
KK + ADJ = ADJ garis tajam

Kita dapat lihat bahawa kata akar kedua menentukan kelas kata majmuk yang dibentuk. Di sini ia
berlaku apabila ADJ diletakkan sebagai kata akar kedua, dan KN atau KK sebagai kata akar
pertama.

Terdapat juga kata majmuk yang terbentuk daripada kata akar yang terdiri daripada kelas
perkataan yang berlainan dan menghasilkan satu kata majmuk kelas perkataan yang baru. Antara
contohnya adalah seperti berikut:
Contoh 1.5
KK + KK = ADJ
semula jadi
KB (Kata Bantu) + KN = ADJboleh laras
Di sini, kita dapat lihat KK semula dan jadi bila dimajmukkan menghasilkan kelas kata
majmuk ADJ semula jadi. Pemajmukkan KB boleh dan KN laras pula menghasilkan kelas
kata majmuk ADJ boleh laras. Kata majmuk boleh laras satu-satunya kata majmuk ADJ
yang diperolehi dari data yang terdapat KB sebagai salah satu kata akarnya.
Selain daripada perhubungan di antara kata akar mengikut kelas perkataan, terdapat juga
perhubungan kata akar dari segi sintaktik. Terdapat dua jenis perhubungan sintaktik, iaitu
endocentric dan exocentric. Endocentric terbahagi kepada dua, iaitu ko-ordinat, di mana kata
majmuk di mana kedua-dua (atau lebih) kata akar adalah penting, dan subordinat, di mana hanya
salah satu kata akarnya adalah penting. Exocentric pula adalah di mana kedua-dua (atau lebih)
kata akarnya adalah penting untuk mempunyai makna; masing-masing kata akar itu tidak
berkaitan dengan makna kata majmuknya jika hanya digunakan bersendirian (Asha Doshi, 2004;
Jackson dan Z Amvela, 2000).
Data yang diperolehi tiada menunjukkan endocentric ko-ordinat dalam konteks tata hias Bahasa
Melayu. Walau bagaimanapun, endocentric subordinat adalah sangat biasa, terutamanya apabila
melibatkan warna, seperti putih gading (putih seperti gading gajah) dan perang tembaga
(perang seperti tembaga). Contoh lain adalah seperti garis beralun (garis yang di lukis
beralun). Contoh exocentric pula adalah tunjuk langit (pacang yang dipasang di atas bumbung
untuk mengalirkan arus kilat ke bumi), mampu milik (sesuatu yang mampu dimiliki) dan tata
hias (perihal cara dan kod seni hias dalaman).
Secara ringkasnya, kita dapat lihat bahawa pemajmukan adalah proses yang biasa dalam
pembentukan perkataan dalam konteks tata hias dalam Bahasa Melayu. Pemajmukan adalah
biasa kerana ia adalah jalan pintas bagi menyatakan maksud yang agak panjang (Jackson dan Z
Amvela, 2000), seperti yang kita dapat lihat dalam contoh kata majmuk tunjuk langit di atas.
2. Derivasi
Derivasi adalah proses pembentukan perkataan di mana imbuhan ditambah pada kata akar bagi
menghasilkan perkataan baru. Ringkasnya, proses derivasi menambah imbuhan kepada kata akar
yang wujud dalam sesuatu bahasa dan menghasilkan variasi tata bahasa kata akar tersebut.
Terdapat dua jenis derivasi, iaitu derivasi bertukar kelas kata dan tidak bertukar kelas kata (Asha
Doshi, 2004; Jackson dan Z Amvela, 2000).

Dalam Bahasa Melayu amnya, terdapat beberapa jenis imbuhan yang terlibat dalam derivasi,
iaitu imbuhan awalan, akhiran, apitan dan sisipan. Dalam bidang tata hias, imbuhan derivasi
yang paling biasa adalah imbuhan awalan, akhiran dan apitan.
2.1

Derivasi Bertukar Kelas Kata

Imbuhan bagi derivasi bertukar kelas kata menyebabkan sesuatu kata akar bertukar kepada kelas
perkataan yang lain. Di sini, imbuhan itu menentukan kelas perkataan kata akar terbabit. Sebagai
contoh, KN boleh dihasilkan daripada imbuhan yang ditambah kepada KK atau ADJ, KK
daripada KN atau ADJ, dan ADJ daripada KN atau KK. Berikut adalah contoh derivasi KN yang
berkaitan dengan bidang tata hias:
Contoh 2.1.1 : Derivasi Kata Nama
Kata KerjaImbuhan Awalan Kata Nama
lukis
pe
pelukis
reka
pe
pereka
milik
pe
pemilik
pulas
pe
pemulas

AdjektifImbuhan Awalan Kata Nama


sudah pe
penyudah
Kita dapat lihat di sini bahawa imbuhan awalan seperti pe menukarkan kelas kata KK dan
ADJ masing-masing kepada KN. KK dan ADJ yang ditambah pe memberi makna orang atau
benda yang melakukan atau menjadi KK dan ADJ tersebut, seperti pelukis adalah orang yang
melukis, dan penyudah adalah benda yang menyudahkan (dalam kes ini, kemasan penyudah).
Seperti yang ditunjukkan oleh contoh di atas, kita dapati bagi imbuhan awalan pe, jika huruf
pangkal kata akar terbabit adalah p atau s, huruf berkenaan akan digugurkan. Bagi huruf
pangkal p, p itu digugurkan dan diganti dengan m dan bagi huruf pangkal s, s itu
digugurkan dan diganti dengan ny. Ini mungkin kerana asimilasi bunyi yang berlaku pada kata
akar tersebut bila ditambah imbuhan pe (Baskaran, 2003).

Kata KerjaImbuhan AkhiranKata Nama


jatuh
an
jatuhan
reka
an
rekaan
lakar
an
lakaran
bangun
an
bangunan
bina
an
binaan
sentuh
an
sentuhan
bahagi
an
bahagian
bias
an
biasan

AdjektifImbuhan AkhiranKata Nama


kemas an
kemasan
kilau
an
kilauan
dalam an
dalaman
padan an
padanan
Contoh di atas menunjukkan bahawa imbuhan akhiran an menukarkan KK dan ADJ kepada
KN. Pada KK, penambahan an membawa maksud objek atau perkara yang terhasil daripada
KK tersebut, seperti lakaran adalah hasil daripada perbuatan lakar. Pada ADJ pula, imbuhan
an menunjukkan KN tersebut mempunyai ciri ADJ terbabit, seperti padanan adalah sesuatu
yang padan.
Kata KerjaImbuhan ApitanKata Nama
Diam
ke an
kediaman
Bina
pem an
pembinaan
Niaga
per an
perniagaan
Langgan pe an
pelanggan

AdjektifImbuhan ApitanKata Nama


merah ke an
kemerahan
hitam ke an
kehitaman
engkap ke an
kelengkapan
lega
ke an
kelegaan
luas
ke an
keluasan
lain
ke an
kelainan
Berdasarkan contoh di atas, imbuhan apitan juga boleh menukarkan kelas kata KK dan ADJ
kepada KN. Imbuhan apitan yang menukarkan KK kepada KN adalah ke-an, pem-an (bagi
huruf pangkal b pada kata akar), per-an (bagi huruf pangkal n pada kata akar) dan pe-an
(bagi huruf pangkal l pada kata akar). Ia membawa maksud objek atau perkara yang terhasil
dari KK berkenaan. Contohnya, kediaman adalah tempat yang orang diami. Bagi ADJ pula,
penambahan ke-an adalah yang paling biasa. Ia membawa maksud KN berkenaan mempunyai
ciri-ciri ADJ tersebut. Contohnya, kemerahan mempunyai ciri warna merah dan kelegaan
mempunyai ciri perasaan lega.
Derivasi KK pula adalah derivasi menggunakan imbuhan untuk membentuk KK dari kata akar
KN atau ADJ. Contoh derivasi KK adalah:
Contoh 2.1.2 : Derivasi Kata Kerja
Kata NamaImbuhan Awalan Kata Kerja
reka bentuk me
mereka bentuk

titik berat
tata hias

me
me

menitikberat
menata hias

AdjektifImbuhan Awalan Kata Kerja


panas me
memanas
sejuk me
menyejuk
Contoh di atas menunjukkan bahawa dalam menukarkan kelas perkataan KN dan ADJ kepada
KK, imbuhan awalan me adalah paling lazim digunakan. Dalam KN, imbuhan me
digunakan dalam ayat aktif, iaitu subjek melakukan kata majmuk KK tersebut. Di sini, kita dapat
lihat juga jika huruf pangkalnya t, ia akan digugurkan dan diganti dengan n. Pada ADJ pula,
imbuhan juga digunakan dalam ayat aktif, iaitu subjek melakukan sesuatu supaya benda yang
dibuat itu mempunyai ciri-ciri ADJ tersebut, seperti memanas ruang dengan menggunakan
warna terang. Sebagai mana imbuhan pe, imbuhan me juga menyebabkan huruf pangkal
p dan s akan digugurkan dan digantikan dengan m (bagi p) dan ny (bagi s).
Kata NamaImbuhan AkhiranKata Kerja
sempurna kan
sempurnakan
warna
kan
warnakan

AdjektifImbuhan AkhiranKata Kerja


padan kan
padankan
suai
kan
suaikan
Bagi imbuhan akhiran, data menunjukkan imbuhan kan adalah yang paling biasa digunakan
untuk menukarkan KN dan ADJ kepada KK. Dalam KN dan ADJ yang ditambahan kan
biasanya digunakan dalam ayat imperatif, iaitu subjek perlu melakukan KK berkenaan supaya
hasilnya bercirikan KN atau ADJ terbabit. Contohnya padankan perabot dengan aksesori supaya
sesuai.
Kata Nama Imbuhan ApitanKata Kerja
Hasil
meng kan
menghasilkan
Lampis
me kan
melampiskan
Saksi
me kan
menyaksikan
Ilham
di kan
diilhamkan
latar belakangber kan
berlatarbelakangkan

AdjektifImbuhan ApitanKata Kerja


hidup meng kan
menghidupkan
sempit me kan
menyempitkan

kuat
lembut
lengkap
padan

me kan
me kan
me i
di kan

menguatkan
melembutkan
melengkapi
dipadankan

Contoh di atas menunjukkan imbuhan apitan digunakan untuk menukarkan kelas perkataan KN
dan ADJ. Seperti imbuhan awalan me, meng-kan, men-kan, me-kan dan me-i
digunakan dalam ayat aktif. Imbuhan apitan ber-kan juga digunakan dalam struktur ayat yang
sama. Imbuhan di-kan pula digunakan dalam ayat pasif, di mana fokus ayat adalah objek
dalam ayat aktif. Di sini kita dapat lihat, pada kata majmuk, apabila ditambah imbuhan apitan,
kata-kata akarnya akan ditulis sebagai satu perkataan. Huruf pangkal juga digugurkan bila di
tambah imbuhan me-kan, seperti s (digantikan dengan ny) dan k (dengan ng)
(Baskaran, 2003).
Derivasi ADJ adalah derivasi menggunakan imbuhan untuk membentuk ADJ dari kata akar KN
atau KK. Contoh derivasi ADJ adalah:
Contoh 2.1.3 : Derivasi Adjektif
Kata NamaImbuhan Awalan Adjektif
bingkai
ber
berbingkai
bisa
ber
berbisa
kualiti
ber
berkualiti
pagar
ber
berpagar

Kata KerjaImbuhan Awalan Adjektif


hias
ber
berhias
kenal
ter
terkenal
Data yang diperolehi menunjukkan bahawa dalam menukar kelas perkataan ADJ, hanya
imbuhan awalan ber dan ter digunakan. Imbuhan ber membawa maksud ADJ berkenaan
mempunyai ciri-ciri KN dan KK yang diderivasikan. Contohnya, ADJ berbingkai adalah
sesuatu yang mempunyai bingkai. Imbuhan ter pula menunjukkan perbandingan superlatif
paling.
2.2

Derivasi Tidak Bertukar Kelas Kata

Imbuhan bagi derivasi tidak bertukar kelas kata pula tidak menukarkan kelas perkataan sesuatu
kata akar bertukar kepada kelas perkataan yang lain, tetapi menukarkan makna dan
penggunaannya (Asha Doshi, 2004; Jackson dan Z Amvela, 2000; Yule, 1994). Berikut adalah
contoh derivasi tidak bertukar kelas kata:
Contoh 2.2.1 : Kata Nama

Kata NamaImbuhanKata Nama


rangkai
-an
rangkaian
waris
-an
warisan
gaya
peng anpenggayaan
cahaya
peng anpengcahayaan
tukang
per an pertukangan
rangka
kekerangka
seni
ke an kesenian
Data menunjukkan bahawa derivasi tidak bertukar kelas kata pada KN merangkumi imbuhan
awalan ke, imbuhan akhiran an dan imbuhan apitan peng-an, per-an dan ke-an.
Contoh 2.2.2 : Kata Kerja
Kata KerjaImbuhanKata Kerja
ukir
menmengukir
selenggara menmenyelenggara
kenal pasti menmengenalpasti
pandang mememandang
adun
meng- mengadun
himpun
didihimpun
bina
didibina
ukir
didiukir
palit
didipalit
hias
-i
hiasi
hias
-kan
hiaskan
hias
di i
dihiasi
hias
di kan dihiaskan
palit
di kan dipalitkan
adun
di kan diadunkan
tawar
me kan menawarkan
tampil
me kan menampilkan
serlah
me kan menyerlahkan
hias
meng i menghiasi
gugur
ber an berguguran
Bagi derivasi KK pula, kita dapati ianya adalah agak biasa dalam konteks tata hias dalam
Bahasa Melayu, terutamanya dalam membentuk ayat aktif atau ayat pasif. Dapat diperhatikan
bahawa imbuhan awalan me, men, dan imbuhan apitan me-kan akan menukarkan huruf
pangkal kata akar t kepada n, s kepada ny dan p kepada m. Walau bagaimanapun,
imbuhan yang lain-lainnya mengekalkan huruf pangkal kata akarnya.
Contoh 2.2.3 : Adjektif
AdjektifImbuhanAdjektif
silap
tertersilap

sasar
hijau

termeng-

tersasar
menghijau

Derivasi tidak bertukar kelas kata pada ADJ menunjukkan penambahan imbuhan awalan sahaja,
iaitu ter dan meng. Imbuhan ter membawa erti tidak sengaja, dan imbuhan meng
menunjukkan bercirikan ADJ berkenaan, dalam kes ini warna hijau.

PENUTUP
Sebagai penutup, medan semantik tata hias banyak menyaksikan pembentukan perkataan melalui
proses pemajmukan dan derivasi. Dalam proses pemajmukan, KN, KK dan ADJ boleh
dimajmukkan antara satu sama lain dan kata akar yang pertama biasanya menentukan kelas kata
majmuk berkenaan. Tetapi, terdapat juga kata majmuk di mana kata akar yang kedua
menentukan kelas kata majmuknya. Walaupun agak jarang berlaku, pemajmukan KN, KK dan
KB akan membentuk kata majmuk yang berlainan kelas perkataan dari kata akarnya. Dalam
proses pembentukan perkataan melalui proses derivasi pula, imbuhan awalan, akhiran dan apitan
adalah yang paling banyak digunakan dalam proses derivasi. Terdapat dua jenis derivasi, iaitu
derivasi bertukar kelas kata dan tidak bertukar kelas kata.

BIBLIOGRAFI

Asha Doshi. (2004). Leksikologi: Perhubungan makna dan Proses


pembentukan perkataan. Fakulti Bahasa dan Linguistik: UM
Baskaran, L. (2003). General Linguistics: Semantics. Fakulti Bahasa dan Linguistik: UM

Campin Reka. (2004). Tata Bahasa: Bahasa Melayu. Retrieved 20th Feb. 2004
from http://tatabahasabm.tripod.com/tata.htm,

Impiana. (2004, Januari). Shah Alam: Kumpulan Karangkraf Sdn. Bhd.

Jackson, H. dan Z Amvela, E. (2000). Words, Meaning and Vocabulary: An


introduction to Modern English Lexicology. London: Cassell.

Yule, G. (1994). The Study of Language: An introduction. Cambridge:


Cambridge University Press.