Anda di halaman 1dari 14

MENGKAJI HUBUNGAN DI

ANTARA FAKTOR-FAKTOR
YANG MEMPENGARUHI
SEKOLAH BERKESAN DI
DAERAH PETALING
PERDANA.

PIBG

SEKOLAH
BERKESAN

GAYA
KEPIMPINAN
DASAR
PENDIDIKAN
KURIKULUM &
KO
KURIKULUM
IKLIM &
BUDAYA
GURU & STAFF
KEMUDAHAN
MURID

DEFINISI DASAR
Dasar ialah satu garis panduan atau penanda aras
yang digubal berpandukan kepada kepentingan
dan keperluan semasa bagi mencapai sesuatu
objektif atau matlamat sesebuah organisasi.
Namun dasar pendidikan mempunyai frasa yang
berbeza kerana ianya lebih bersifat holistik dan
luas dari segi matlamat dan perlaksanaannya
kerana melalui revolusi yang sangat ketara dan
proses yang berpanjangan.

Dasar pendidikan diterjemahkan melalui pelan


tindakan jangka panjang (RMK), pekeliling dan
falsafah pendidikan yang menghuraikan perincian
matlamat serta objektif yang ingin dicapai oleh
kerajaan amnya dan KPM khususnya terhadap
sistem pendidikan negara.

Pelan induk yang diterjemahkan diharapkan dapat


memberi garis panduan yang lebih jelas kepada
semua pihak supaya segala dasar, program dan
aktiviti
pendidikan
yang
dirancang
dapat
dilaksanakan dengan jayanya (Datuk Seri Abdullah
Bin Hj Ahmad Badawi, PIPP 2006).

LATAR BELAKANG
DASAR
PENDIDIKAN.
Dasar
pendidikan kebangsaan mula

ditubuhkan
pada tahun 1955 oleh Tun Haji Abdul Razak
setelah Tanah Melayu mendapat taraf kerajaan
sendiri. Sebuah jawatankuasa telah dibentuk dan
dikenali dengan Penyata Razak dengan matlamat
untuk mewujudkan dan memelihara kestabilan
sosial dan politik bagi menjamin pertumbuhan
ekonomi dan kesejahteraan hidup rakyat
berbilang kaum di negara ini (Shahril@charil,
Zainun, Saedah & Lee Pau Ming, 1993).

Sekolah berkesan ditakrifkan apabila sesebuah


sekolah itu mempunyai fokus pengajaran yang
dinyatakan dengan jelas dan menggunakan
penilaian serta penaksiran yang sistematik.

Menurut Brian Fidler, 2004 (yang dipetik dari


Miles & Ekholm, 1985) sekolah yang berkesan
adalah satu usaha sistematik yang berkekalan
bertujuan membuat perubahan dalam keadaan
pembelajaran dan dalam keadaan dalaman lain
yang berkaitan disebuah sekolah ataupun lebih
dengan tujuan terakhir melaksanakan matlamat
pendidikan secara lebih berkesan

Berdasarkan huraian yang dibuat oleh Ketua


Pengarah Pendidikan Malaysia, Datuk Seri Dr Abdul
Shukor (1998) maksud sebenar sekolah berkesan itu
ialah apabila sekolah itu berjaya menghasilkan
pelajar yang berjaya dalam aspek akademik,
pembangunan diri dan sahsiah serta kemahiran
sosial melalui pemupukan tradisi budaya dan watak
sekolah itu sendiri.
Oleh yang demikian melalui kajian ini, diharapakn
dapat memberikan jawapan yang lebih jelas tentang
faktor
sebenar
yang
boleh
mempengaruhi
keberkesanan sesebuah sekolah secara amnya dan
adakah terdapat hubungan yang signifikan antara
dasar pendidikan yang dibuat oleh KPM dalam
membentuk sekolah berkesan.

PERKAITAN DASAR PENDIDIKAN DENGAN


SEKOLAH BERKESAN
Dasar pendidikan sangat berperanan dalam proses
kemenjadian sekolah berkesan kerana secara
simboliknya ia merupakan penanda aras yang
ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia
(KPM) seperti falsafah pendidikan kebangsaan
serta pekeliling-pekeliling pendidikan yang perlu
dipatuhi yang mana keputusan akhirnya dinilai
berdasarkan tahap pencapaian akademik yang
tinggi, penguasaan kemahiran asas, keberkesanan
pengajaran guru, pengurangan masalah disiplin
serta kecekapan kepimpinan yang mampu
mewujudkan iklim sekolah yang produktif
dan
kondusif untuk pelajarnya (
).

KAEDAH KAJIAN

Kajian ini menggunakan kaedah kuantitatif serta


dianalisis menggunakan statistik deskriptif dan
inferensi di mana set soal selidik diedarkan
kepada guru di tiga buah sekolah berkesan di
Daerah Petaling Perdana.
Bagi menguji DV, 8 item soalan diedarkan kepada
100 orang responden dimana soal selidik tersebut
diuji berdasarkan skala likert 1-5 iaitu sangat
tidak memuaskan, tidak memuaskan,
memuaskan, baik dan cemerlang.
Bagi item pula, antara soalan yang dikemukakan
antaranya :

1.
2.
3.
4.
5.
6.
7.
8.

Keputusan peperiksaan PMR 2012


Keputusan peperiksaan SPM 2012
Disiplin murid
Kebersihan sekolah
Keceriaan sekolah
Keselamatan sekolah
Pengiktirafan yang diperolehi
Sahsiah murid

Hasil kajian yang dilakukan, didapati skor untuk


setiap item sekolah berkesan ialah pada tahap
sederhana tinggi iaitu di antara nilai mean 3.014.00. Nilai untuk keputusan peperiksaan PMR
(M=3.97), keputusan SPM (M=3.87), nilai untuk
sahsiah murid (M=3.39), nilai untuk kebersihan
sekolah (M=3.17), keselamatan sekolah (M=3.76),
keceriaan sekolah (M=3.58) dan yang terakhir
pengiktirafan sekolah (M=3.87). Manakala bagi item
disiplin murid nilai skor adalah pada kadar (M=2.87)
iaitu pada tahap sederhana rendah.

Oleh
yang
demikian,
dapat
disimpulkan
bahawa
walaupun
sekolah berkesan mempunyai tahap
pencapaian akademik yang baik
disebabkan oleh faktor persekitaran
(3K), namun dari sudut disiplin
pelajar bagi 3 buah sekolah tersebut
masih belum mencapai tahap yang
memuaskan.

Bagi mendapatkan peratusan demografi responden


yang menjawab soal selidik ini, kaedah analisis
deskriptif digunakan dan hasilnya mendapati nilai
skor umur responden yang paling tinggi ialah antara
31 tahun-40 tahun (44%), jantina pula yang paling
tinggi menjawab adalah guru perempuan (61%),
bagi status responden paling tinggi iaitu 64% sudah
berkahwin, tahap pencapaian akademik paling
tinggi (ijazah = 64%), tempoh perkhidmatan pula
ialah antara 6 tahun - 15 tahun (58%) dan yang
terakhir bagi pendapatan pula antara RM3001RM4000 mendapat peratusan 95%.

DV vs IV

Bagi menguji hubungan di antara sekolah berkesan


(DV) dan faktor dasar (IV), 5 item disertakan dalam
set soal selidik tersebut dan nilai skor yang
diperolehi menggunakan kaedah inferensi iaitu
kolerasi (sig. 2 tailed= .105) mendapati bahawa
tidak wujud hubungan yang signifikan di antara
faktor dasar yang mempengaruhi keberkesanan 3
buah sekolah tersebut.
Justeru, melalui dapatan tersebut ternyata dasar
pendidikan bukanlah antara faktor yang boleh
mempengaruhi berkesannya sesebuah sekolah itu
sebaliknya dasar hanyalah sebagai petunjuk atau
penanda aras bagi sekolah dalam mencapai objektif
yang disarankan oleh KPM.