Anda di halaman 1dari 6

1.

PENDAHULUAN REFLEKSI

Alhamdulillah, dengan limpah dan izinNya dapat kami melaksana dan


menjalani modul wajib bagi program DPLI-SR j-QAF Ambilan 2013 pada semester
yang terakhir di Kem PLKN Ampang Pecah pada 19-21 Mei 2014. Pelbagai
halangan dan cabaran ditempuhi dalam melaksana dan menjalani program ini dan
akhirnya kami berjaya menghadapi dengan jayanya. Alhamdulillah. Perkataan BIG
sememangnya sinonim dengan semua pelajar-pelajar yang terlibat dengan dunia
pendidikan. Ini kerana BIG atau nama penuhnya adalah Bina Insan Guru yang
sering difahami sebagai satu latihan jasmani untuk semua bakal-bakal guru.
Selalunya, bakal-bakal guru sering ditakutkan dengan intipati aktiviti yang akan
dilaksanakan yang bakal menggunakan kudrat tubuh sehabisnya. Namun begitu,
setelah mengikuti BIG ini sendiri, persepsi salah it uterus ditepis kerana BIG
bukanlah sekadar latihan melibatkan kudrat jasmani tetapi jauh lebih baik
daripada itu jika dilihat daripada sudut-sudut yang positif.
Kem Bina Insan guru adalah satu modul program yang wajib dihadiri dan
dilaksanakan oleh semua bakal pendidik sebagai latihan dalam bentuk jasmani
bagi membina jati diri yang lengkap sebelum melangkah ke dunia pendidikan
yang penuh mencabar masa kini.Pembinaan jati diri ini melibatkan pembinaan
dari segi emosi, sahsiah, intelek dan social yang lengkap. Ini penting kerana guru
bukanlah sebagai seorang penyampai maklumat tetapi dia bertindak sebagai
murabbi yang membawa manusia daripada keadaan gelap kepada dunia yang
terang bagi membolehkan manusia menilai mana yang baik dan mana yang
buruk. Oleh itu, tugas seorang guru bukanlah hanya sebagai pembaca berita yang
menyampaikan maklumat terkini tetapi lebih besar amanahnya daripada itu. Jika
ulamak adalah waris kepada nabi. Maka guru adalah khazanah utama negara
dalam melahirkan insan yang berguna.
Alhamdulillah, kami rafakkan kesyukuran kami ke hadrat Allah s.w.t kerana
dapat melaksana dan menjayakan program Bina Insan Guru ini dengan kadar
yang sempurna. Melalui pemerhatian sepanjang program dijalankan, beberapa

kekuatan

dan

kelemahan

dikenalpasti

bagi

mengemukakan

cadangan

penambahbaikan program pada masa yang akan datang. InsyaAllah.

2.0 PENULISAN REFLEKTIF


Sepanjang pemerhatian saya semasa program Bina Insan Guru ini
dijalankan, dapatlah saya mengemukakan beberapa kekuatan yang ada dalam
program ini. Pertama-tamanya adalah komitmen yang ditunjukkan oleh semua
pihak khususnya pelajar yang terlibat dan pensyarah yang terlibat. Walaupun
modul Bina Insan Guru ini adalah suatu modul yang wajib dan tidak dapat tidak
mesti dihadiri, namun banyak sejarah menunjukkan ada segelintir golongan guru
yang memandang enteng pada penglibatan program ini. Antara beberapa ucapan
yang sering didengari adalah aktiviti yang dilaksanakan adalah aktiviti yang
pernah dilakukan ketika sekolah rendah lagi. Berkayak, water-cofident, dan
aktiviti darat berhalangan bagi mereka adalah satu aktiviti yang biasa-biasa
sahaja. Namun begitu, pada hemat saya, memang kesemua aktiviti ini pernah
dilakukan pada waktu dahulu. Namun yang membezakan aktiviti dahulu dan
sekarang adalah tahap kematangan ketika melaksanakan aktiviti itu. Jika dulu
dilakukan atas dasar seronok bermain bersama-sama kawan, namun kini aktiviti
yang dilakukan adalah dengan satu tujuan iaitu membina modal insan sebagai
seorang guru. Oleh itu, komitmen yang diberikan oleh setiap bakal guru ini sangat
tinggi dengan harapan dapat menilai aspek-aspek positif yang terdapat di dalam
setiap aktiviti yang dilakukan. Komitmen yang tinggi ini adalah melibatkan
kelakuan setiap pelajar pada setiap masa program dilaksanakan.
Selain itu juga, saya mendapati setiap pelajar dapat menghayati aspekaspek

dan

nilai-nilai

aktiviti.Sebagai

contoh

positif
ketika

yang

ingin

diterapkan

melaksanakan

aktiviti

ketika

melaksanakan

darat,

ia

melibatkan

kerjasama dan penggunaan minda yang cergas bagi menyelesaikan semua


halangan yang telah ditetapkan. Semua pelajar perlu berbincang dengan ahli
2

kumpulannya bagi menyelesaikan masalah ini dengan tidak mengenepikan


peraturan yang telah ditetapkan. Ini sesuai dengan cirri seorang guru yang kreatif
dan inovasi dalam melaksanakan tugasnya menyampaikan ilmu dan mendidik
murid tetapi masih berpegang kepada peraturan yang telah ditetapkan oleh
kementerian. Dalam pada itu juga,penghayatan ini semakin berterusan dengan
wujudnya beberapa pencerahan baru ketika aktiviti Latihan Dalam Kumpulan yang
telah diselia oleh pensyarah yang berpengalaman dengan membawa semua
pelajar utk menghayati detik-detik kepayahan seorang guru dalam mendidik anak
bangsanya tanpa mengira penat lelahnya.
Di samping itu juga, saya dapat lihat kehadiran dan penglibatan semua
pelajar dalam program

ini sangat menggalakkan di mana pelajar yang

mengandung juga mengambil bahagian dalam menjayakan program ini. Apatah


lagi bagi pelajar-pelajar lelaki yang sihat walafiat ini pastinya melaksanakan
aktiviti dengan baik. Ini dapat diperhatikan ketika semua pelajar menerima jadual
program dan mengikuti perjalanan program dengan baik sekali. Kehadiran adalah
hampir 100% dan ada beberapa pelajar yang terlibat dalam aktiviti menyediakan
makanan untuk semua pelajar, jurulatih dan pensyarah.Penglibatan aktif semua
murid juga dapat diperhatikan ketika mendengar taklimat program. Keterujaan
kami mendengar taklimat menyebabkan kami tidak sabar-sabar untuk melakukan
aktiviti. Ada yang ingin mencabar diri daripada perkara yang ditakuti dan ada
yang memang berseronok apabila adanya aktiviti lasak ini. Keterujaan semua
pelajar ini menyebabkan wujudnya kerjasama yang baik di antara semua dan
masing-masing tolong-menolong bagi melakukan aktiviti yang diarahkan.
Namun begitu, dalam pada keadaan yang baik ini juga masih ada beberapa
kelemahan yang dikenalpasti. Pertamanya adalah susun atur program yang tidak
begitu lancar. Ini terjadi akibat daripada masalah komunikasi dan hubungan di
antara semua pelajar. Medium utama yang digunakan adalah media social yang
menyebabkan hanya segelintir pelajar sahaja yang mendapat maklumat dan
dapat menyediakan peralatan yang dikehendaki. Tugasan pada akhir-akhir waktu
juga menyebabkan pelajar yang bertindak sebagai ahli jawatankuasa tidak dapat
3

memberiikan maklumat denga baik dan jelas. Perlaksanaan program ini yang
melibatkan beberapa pihak juga mengundang masalah pada ahli jawatankuasa
bagi memenuhi kehendak semua pihak ketika program dilaksanakan yang mana
pada akhirnya ada beberapa aktiviti yang boleh dikatakan bermasalah seperti
aktiviti darat. Aktiviti darat yang dimaksudkan pada awalnya adalah jungle
tracking namun akhirnya ditukarkan kepada aktiviti halangan darat. Menurut
maklumat yang diperolehi, berlakunya kecelaruan maklumat di antara pelajar dan
jurulatih.
Selain

itu

juga,

kepincangan

dapat

dilihat

ketika

tazkirah

maghrib

disampaikan oleh pensyarah yang bertugas di mana beberapa orang pelajar tidak
dapat menghadiri program ini disebabkan tugasan menyediakan makanan adalah
melibatkan sekali tugasan memberisihkan peralatan memasak selepas makan.
Oleh itu, beberapa orang pelajar tidak dapat hadir dan terlepas daripada tazkirah
Maghrib yang sangat menarik disampaikan oleh pensyarah yang berpengalaman.
Setiap detik pengalaman dan ilmu disampaikan dengan jelas mesejnya kepada
setiap pelajar agar dapat membina jati diri yang cemerlang.
Kelemahan yang paling ketara dapat dilihat ketika program ini dilaksanakan
adalah ketika melaksanakan aktiviti darat yang melibatkan semua kumpulan.
Menurut arahan jurulatih yang telah ditugaskan, setiap halangan perlu diatasi
melalui beberapa syarat yang telah ditetapkan. Namun begitu, syarat yang telah
ditetapkan itu adalah tidak bersesuaian dengan keadaan dan situasi pada masa
itu bagi pendapat saya. Ini kerana ianya melibatkan pergaulan di antara lelaki dan
perempuan yang boleh membatasi syariat agama Islam itu sendiri. Saya melihat
perkara ini dengan nada yang serius kerana kami adalah golongan yang
membawa dan mencerminkan agama Islam. Jika kami adalah golongan yang
mula-mula menggadaikan syariat itu sendiri, maka apa akan jadi pada anak-anak
Islam pada masa yang akan datang. Beberapa aktiviti yang dilaksanakan ketika di
darat adalah tidak bersesuaian dengan situasi pada masa itu. Tanpa mendapat
bantahan daripada mana-mana pelajar termasuk diri saya sendiri menunjukkan
betapa jati diri kami sebagai seorang pendidik agama masih di tahap yang lemah
4

dan rendah. Walaupun hati membangkang dan membantah, namun tidak disusuli
dengan tindakan yang baik. Namun begitu, saya dapat melihat semua pelajar
berhati-hati

dan

cuba

mengambil

langkah

selamat

bagi

mengelakkan

terlanggarnya hukum-hukum yang telah ditetapkan oleh Allah s.w.t. Aktiviti darat
ini sangat-sangat menarik namun perlaksanaannya perlu dilihat semula oleh
semua pelajar.
Pada

akhirnya,

saya

ingin

mencadangkan

beberapa

langkah

bagi

memperbaiki dan menambah baik kelemahan yang diperhatikan di sepanjang


aktiviti dala program Bina Insan Guru yang baru sahaja dilaksanakan. Moga-moga
dengan sedikit cadangan ini dapatlah diambil kira pandangan-pandangan baru
bagi menemui matlamat yang positif dalam melaksanakan setiap program.
Pada pendapat saya, langkah yang terbaik sebelum melaksanakan program
adalah melalui perbincangan. Pelajar-pelajar bagi program DPLI-SR j-QAF bukanlah
suatu organisasi yang teratur dan lengkap tetapi kita boleh menjadikan program
DPLI-SR j-QAF ambilan 2013 sebagai suatu organisasi yang sistematik jika disedari
pada awal kehadiran pelajar-pelajar semua. Kami perlulah membentuk satu
organisasi yang lengkap bagi melantik wakil-wakil yang boleh menjadi suara pada
semua pelajar bagi setiap kelas. Kemudiannya diadakan mesyuarat untuk semua
wakil sebelum diadakan perbincangan bagi setiap kelas. Perkara ini sangat-sangat
penting bagi kita umat Islam membudaya dan meraikan kelainan pendapat dan
suara daripada kita terus mendengar dan menerima:. Saya menggangap ini
suatu perkara yang sangat penting adalah kerana bila aktiviti ini melibatkan
semua pihak, maka semua pihak perlu menerimanya dengan jelas sebelum boleh
melaksanakannya. Jika kita inginkan sesuatu yang hasilnya baik, maka kita perlu
merancangnya dengan baik dahulu.
Kemudiannya, pembahagian tugasan untuk bahagian di luar aktiviti seperti
memasak perlulah mendapat perhatian semua pihak kerana tugas ini dilakukan
dengan ikhlas hati. Jadual lengkap perlu disediakan bagi memastikan semua pihak
terlibat dalam aktiviti ini dan tidak hanya membebankan segelintir pihak sahaja.

Ini memberii kesan kepada perjalanan aktiviti di mana beberapa orang pelajar
tertinggal dalam mengikuti aktiviti seperti tazkirah Maghrib yang sememangnya
sarat dengan pengisian ilmu oleh penyampai yang berpengalaman.
Akhirnya, bagi membendung masalah pematuhan arahan yang tidak selari
dengan syariat Islam perlulah melibatkan perbincangan secara berjemaah.
Perbincangan melalui berjemaah dapat memberiikan beberapa idea yang baik
bagi membendung masalah ini. Praktikalkan diri dengan segala ilmu yang telah
dipelajari bagi membentuk iman yang kental di dalam hati. InsyaAllah, Allah akan
memberi kemudahan bagi kami golongan pendidikan Islam untuk menyampai dan
menyebarkan dakwah Islamiyyah kepada seluruh pelusuk dunia.

Anda mungkin juga menyukai