Anda di halaman 1dari 13

KEMAHIRAN MENAAKUL

1.0

Pegenalan
Menaakul

merupakan

satu

proses

kognitif

dalam

memberi

penerangan munasabah untuk menyokong hujahan, tanggapan, rumusan


atau keputusan yang telah dibuat. Ia merupakan kemahiran berfikir aras
tinggi. Kemahiran menaakul menggalakkan penerokaan dan penjanaan idea
baru serta bersedia menghadapi risiko. Kemahiran menaakul membolehkan
murid berfikir dengan teliti dan fleksibel. Murid yang mempunyai kemahiran
menaakul akan memiliki ciri-ciri murid seperti kritis, kreatif dan inovatif, berani
dan bijak menyoal, ingin tahu, daya berfikir sendiri dan fleksibel,
bekerjasama,

mengambil

risiko,

berpandangan

jauh

dan

membuat

perbandingan.
Kemahiran menaakul diberi penekanan dalam Kurikulum Standard
Sekolah Rendah (KSSR) bermula Tahun 1 pada tahun 2011 disamping
kemahiran membaca, menulis dan mengira (4M). Kemahiran menaakul
adalah salah satu kemahiran yang penting pada abad ke 21. Kemahiran
menaakul membolehkan murid memberi sebab dan akibat serta menyatakan
rasional yang logik bagi menyelesaikan sesuatu masalah. Ianya dapat
membantu murid untuk memahami proses pembelajaran. Selain itu, ia dapat
membantu murid membezakan yang baik dan yang buruk dan memahami
sebab dan akibat. Murid perlu diberi pendedahan awal terhadap kemahiran
menaakul kerana pada usia yang muda minda mereka berkebolehan untuk
menerima dan memproses maklumat.
Menaakul merupakan cara seseorang berfikir secara menyeluruh dan
menyelesaikan masalah dengan mengambil kira pelbagai aspek dan faktor.
Kemahiran menaakul ada lah berbeza antara satu individu dengan individu
yang lain. Kemahiran menaakul boleh dibentuk sejak kecil lagi. Contohnya
menyelesaikan puzzle dan menyambung titik bagi kanak-kanak.

2.0

Definisi
Menurut

Kamus

Dewan

Bahasa

menaakul

adalah

membuat

pertimbangan yang logik. Secara umumnya, kemahiran menaakul adalah


penggunaan pemikiran logik untuk memahami sesuatu situasi atau idea.
Menaakul adalah sifat semulajadi manusia kerana kita sentiasa membuat
penaakulan untuk memahami dunia sekeliling misalnya membuat ramalan
cuaca, laporan lalu lintas dan membuat unjuran pertambahan penduduk
Malaysia (Bahagian Pembangunan Kurikulum, 2012)
Menurut Terry & Higgs (1993) penaakulan merupakan proses kognitif
sebab musabab terjadinya sesuatu berdasarkan fakta atau pengetahuan,
data dan strategi menyelesaikan masalah untuk menghasilkan kesimpulan
serta membuat keputusan Mobley (2010) merumuskan kemahiran menaakul
sebagai kebolehan menganalisis maklumat dan menyelesaikan masalah
secara literal. Ia juga melibatkan pengetahuan asas tentang aspek dalam
kehidupan harian yang perlu difahami oleh individu melalui logik akal sebab
sesuatu tindakan berlaku dan impaknya kepada kehidupan (Bahagian
Pembangunan Kurikulum, 2012).
Menurut Roger Sperry (1970) menghuraikan otak manusia yang
menggunakan sebahagian kirinya berfikir secara kritis dan bahagian
kanannya berfikir secara kreatif. Pemikiran kritis berlaku dalam situasi yang
memerlukan seseorang membuat keputusan berdasarkan analisis serta
penilaiaanya terhadap masalah yang dihadapinya (Mok Soon Sang, 2006).
Mengikut Bruner, ketiga-tiga peringkat tahap penaakulan, iaitu enaktif,
ikonik dan simbolik ada pada diri kanak-kanak dari peringkat bayi lagi. Dalam
mana-mana tempoh tertentu, satu jenis penaakulan akan lebih dominan
daripada yang lain (Ragbir Kaur Joginder Singh, 2010).

2.0

Asas Kemahiran Menaakul


Terdapat 5 asas penting dalam menaakul. Aspek menyimpan, mengguna
semula, memadan dan prosedur eksekutif.

PEMA exrS o tnAmrs agiy lSe apghikdmiloukKaeu lbrnteEsar la sMiSg in a eA n c H a I rR a A N


haLiMEnAodSp anorke aEi ngsam N ei l kaou kA l gau A i htiK f U L
Rajah 2: Asas Kemahiran Menaakul

2.1

Menyimpan
Menyimpan merupakan proses yang dilakukan untuk mengingat dan

pengetahuan kepada kanak-kanak. Proses penyimpanan boleh dilakukan


dengan menggunakan kaedah mencatat, melukis dan membuat lakaran imej.
Proses menyimpan berlaku dalam bentuk kod dimana maklumat
disimpan secara teratur supaya mudah diingati kembali. Maklumat ini hanya
berada dalam bahagian minda sehingga ianya dipanggil balik.

Mengikut teori Pavlov, setiap ransangan menimbulkan gerak balas


daripada seseorang individu. Manusia akan respon apabila sesuatu
ransangan yang menarik ditunjukkan atau diulangi. Fasa perolehan merujuk
kepada fasa permulaan pembelajaran sesuatu gerak balas kepada sesuatu
ransangan. Ia adalah proses ulangan sesuatu perlakuan yang mengaitkan
gerak balas dengan sesuatu ransangan. Pembelajaran akan menjadi lebih
kukuh jika pelaziman dikuatkan dengan ulangan. (Ragbir Kaur Joginder
Singh, 2010).
Menyimpan akan membantu kanak-kanak mempelajari sesuatu yang
baru pada masa akan datang. Antara kaedah yang digunakan adalah dengan
memperkenalkan benda kepada kanak-kanak dan menunjukkan benda
tersebut. Contoh aktiviti di PERMATA kanak-kanak di perkenalkan dengan
pokok, pokok mempunyai akar dan daun. Pendidik akan menunjukkan
gambarajah bahagian akar dan daun.
Proses ini dilakukan secara berulang-ulang sehingga kanak-kanak
boleh menyebut dan menunjukkan bahagian akar dan daun. Konsep akar dan
daun sangat penting untuk kanak-kanak mempelajari awal matematik dan
pemikiran logik dan sains pada pelajaran di peringkat lebih tinggi.

Gambar 1: Bahagian Akar

Gambar 2: Bahagian Daun

2.2

Mengguna Semula
Mengaplikasi atau mengguna semula adalah satu bentuk kegiatan

mental yang melibatkan kebolehan menggunakan pengetahuan sedia ada


atau pengalaman lalu kepada sesuatu fenomena atau sesuatu situasi baru. Ia
berfokus kepada usaha mewujudkan sesuatu, atau menghasilkan sesuatu
melalui penggunaan pengetahuan dan pengalaman yang dimiliki. Kemahiran
ini digunakan apabila kita hendak menyelesaikan sesuatu masalah, menilai,
membuat keputusan, mereka cipta dan sebagainya. (Kamarudin & Siti Hajar,
2003)
Proses ini membolehkan maklumat digunakan semula daripada
ingatan jangka panjang bagi menjana dan memahami idea baru. Proses
menjana idea baru perlu diberi pengetahuan terlebih dahulu. Dengan
pengetahuan sedia ada, kanak-kanak dapat meneruskan lagi proses
pembelajaran dalam kehidupan mereka.
Menurut Piaget adaptasi merupakan keadaan di mana skima struktur
kognitif

terus

membuat

perubahan

sehingga

mencapai

satu

tahap

keseimbangan di antara asimilasi dan akomodasi dengan persekitaran.


Keadaan stabil apabila kanak-kanak dapat mengaplikasikan apa yang
difahami atau dipelajari dalam persekitaran mereka. Jesteru itu, skema
sebagai struktur perkembangan kognitif berubah menerusi proses-proses
asimulasi dan akomodasi sehingga struktur mental menjadi stabil.(Mok Soon
Sang, 2009).
Contoh aktiviti di PERMATA, pada pelajaran sebelumnya, pendidik
telah mendedahkan kanak-kanak dengan memperkenalkan pokok yang terdiri
daripada akar dan daun. Pendidik boleh meneruskan pengajaran dengan
menggunakan pengetahuan sedia ada kepada peringkat yang lebih tinggi.
Sebelum ini, kanak-kanak telah mengenali bahagian akar dan daun.
Seterusnya, pendidik boleh menunjukkan gambarajah pokok yang tertanam
didalam tanah. Pendidik menyoal kanak-kanak kedudukan bahagian akar dan
tanah. Di dalam aktiviti Nature Walk kanak-kanak akan dapat melihat
bahagian akar sentiasa berada dalam tanah dan daun berada di luar
permukaan tanah. Pendidik akan meminta kanak-kanak menunjukkan di
mana bahagian akar dan daun.

Gambar 3: Kanak-kanak berjaya


memegang daun setelah disoal
oleh pendididk

2.3

Gambar
4:
Kanak-kanak
berjaya
memegang
daun
setelah disoal oleh pendididk

Memadan
Proses ini membolehkan murid menentukan maklumat yang diterima

adalah sama ataupun berbeza daripada maklumat yang telah disimpan dalam
memori jangka panjang. Proses ini sangat penting untuk mengembangkan
lagi pemikiran kanak-kanak. Proses memadan sudah mencapai tahap
pemikiran yang kreatif dan kritis. Usaha memadan ini melibatkan lima jenis
kemahiran iaitu mengkategori, extrapolasi, penaakulan anologi, penilaian
secara

logik

dan

penilaia.

Penilaian

secara

logik

ialah

proses

membandingkan maklumat yang diperolehi dengan maklumat yang sedia ada


untuk memastikan ianya sah atau benar.
Menurut

Robert

Gagne

dalam

teori

pemprosesan

maklumat,

memadankan perhubungan di antara asas-asas pembelajaran dengan corak


pengajaran yang sesuai.
Contoh aktiviti di PERMATA, proses pelajaran seterusnya, pendidik
boleh membuat aktiviti meyemai kacang hijau diatas kapas basah. Proses
menyemai kacang hijau boleh dijalankan didalam kelas.

i)

menyemai kacang hijau diatas kapas basah.

Semasa proses penyemaian bersama kanak-kanak, pendidik boleh


menerangkan pokok memerlukan air dan cahaya untuk hidup. Setelah 5 hari,
pendidik boleh menunjukkan hasil semaian biji kacang hijau kepada kanakkanak.
Hasil penyemaian adalah seperti gambarajah dibawah:
Disini kita dapat membentuk satu konsep kepada kanak-kanak. Semua pokok
mempunyai akar dan daun, akar berfungsi mencari air dan daun mencari
cahaya matahari untuk memproses makanan.

Gambar 5: Hasil penyemaian setelah 5


hari

2.4

Prosedur Eksekutif (Melaksana)

Proses prosedur adalah proses melaksana dan prosedur terakhir


dalam menaakul. Kemahiran ini adalah untuk menstruktur pemahaman dan
menghubungkait dengan masalah yang dihadapi. Prosedur ini melibatkan tiga
kemahiran:
i.

Penghuraian
Menghurai proses dan membuat inferen terhadap maklumat yang

didengar atau dilihat tetapi tidak dinyatakan secara tersurat. Murid


menggunakan kemahiran kemahiran mengkategori, menghurai, menaakul
analogi dan mengguna semula maklumat untuk membuat inferen. Proses
menghurai dilakukan apabila situasi pembelajaran tidak boleh menyediakan
maklumat yang lengkap dan apabila murid tidak boleh memahami maklumat
sedia ada.
Contoh aktiviti di PERMATA, melalui 2 keadaan yang ada, pendidik
boleh memadankan bahawa akar berfungsi mencari air dan daun berfungsi
mencari cahaya matahari. Perkara ini juga boleh diaplikasikan kepada semua
pokok yang hidup di alam ini.

Gambar 6: Akar mencari air dan daun mencari matahari

ii.

Penyelesaian Masalah

Pendekatan gestalt memfokuskan kepada cara pemikiran manusia


dan ia melibatkan pengamatan, proses pembelajaran individu dan proses
pemahaman. Proses pemahaman dapat menentukan makna atau maksud
sesuatu fenomena sekiranya individu mengkaji elemen-elemen secara
terkumpul bersama dan menjadikannya satukonfigurasi atau organisasi yang
menyeluruh. Ini juga dirujuk sebagai pembelajaran celik akal.
Kohler telah menggunakan cimpanzi bernama Sultan membuktikan
dan menyokong teori beliau. Sultan telah menyelesaikan untuk masalah
memperolehi pisang yang bergantugan di bumbung sebuah bilik dengan
menyusun kotak-kotak yang terdapat dalam sangkarnya dan berjaya untuk
mendapatkan pisang tersebut. Sultan telah menggunakan celik akalnya untuk
menyelesaikan masalah yang dihadapinya.
Menurut

Kohler, proses

celik

akal

tidak

bergantung

kepada

pengalaman lalu dan tidak berlaku sebagai pemindahan pembelajaran. Teori


ini melihat kebolehan individu mengamati atau memahami sesuatu masalah
secara tiba-tiba setelah berjaya mengaitkan unsur-unsur yang relevan
(Ragbir Kaur Joginder Singh, 2010).
Proses mencari maklumat bagi menentukan penyelesaian masalah
yang daripada satu situasi. Contoh aktiviti di PERMATA, pendidik
menerangkan akar bertindak balas kepada air dan daun bergerak balas
terhadap cahaya matahari. Pendidik boleh menjalankan aktiviti dengan
menunjukkan dua keadaan bagi semaian kacang hijau.
Keadaan pertama anak biji benih diletakkan dibawah cahaya dan
diletakkan diatas air. Setelah beberapa hari, biji benih akan bercambah dan
mengeluarkan akar dan daun. Keadaan kedua, biji benih yang telah
bercambah diletakkan dalam kotak yang berlubang dan meletakkan akar
berhampiran dengan air.
Setelah dua hari, pendidik akan menunjukkan kepada kanak-kanak
kesan air dan cahaya kepada pokok yang telah disemai. Aktiviti ini akan
membina konsep dalam diri kanak-kanak. Aktiviti ini juga dijalankan secara
berperingkat dan boleh dibuat mengikut turutan secara tersusun.

Gambar 7: Kesan air dan cahaya matahari kepada pokok.

Hasil daripada aktiviti, kita dapati daun akan bergerak kepada cahaya
dan akar menghampiri air. Pendidik akan menyoal kanak-kanak berkaitan
arah gerakan akar dan daun yang dapat dilihat dengan nyata kesan daripada
aktiviti yang telah dijalankan. Aktiviti ini dapat menyelesaikan masalah dan
menghuraikan bahawa akar berfungsi mencari air dan daun berfungsi
mencari cahaya matahari.
iii.

Penggubahan
Merupakan

satu

proses

mewujudkan

maklumat

baru

untuk

mengeluarkan idea secara bertulis atau lisan. Contoh aktiviti di PERMATA


pendidik akan mengolah soalan dengan menggunakan pokok yang lain.
Pendidik akan menyoal kanak-kanak fungsi daun dan akar. Kanak-kanak
akan cuba menjawab soalan berdasarkan aktiviti yang telah dijalankan
bersama pendidik.
3.0 Jenis-jenis Kemahiran Menaakul
Kemahiran

menaakul

terbahagi

kepada

banyak

jenis

seperti

penaakulan spatial, verbal, logikal, numerikal, abstrak dan lain-lain lagi.


Dalam penaakulan logikal terdapat penaakulan induktif dan deduktif.

3.1 Kemahiran Menaakul Secara Induktif

10

Melibatkan aktiviti memerhati, mengkaji dan mentafsirkan maklumatmaklumat atau data berdasarkan pengalaman, pengetahuan, teori dan hukum
yangb sedia ada, kemudian membuat kesimpulan atau generalisasi daripada
tafsiran ciri-ciri data itu (Rosnanaini, Maimun & Mok Soon Sang, 2011).
Membuat pertimbangan daripada beberapa contoh atau situasi yang
khusus untuk membuat satu kesimpulan atau pengitlakan. Lazimnya, dimulai
dengan contoh-contoh khusus sebelum pelajar dapat membuat kesimpulan
umum. Ciri-cirinya ialah seperti mempelbagaikan perbendaharaan kata untuk
mendapatkan rumusan, memperkenalkan pengetahuan dan pengalaman,
mengakumulasikan

maklumat

untuk

membentukkan

rumusan

dan

membentuk kesimpulan daripada contoh-contoh tertentu. Langkah untuk


penggunaannya, haruslah meneliti beberapa contoh atau situasi yang spesifik
dan perhatikan ciri atau pola yang sepunya serta buat satu kesimpulan atau
rumusan.
3.2

Kemahiran Menaakul Secara Deduktif (Specialising)


Membuat pertimbangan dari satu situasi umum ke beberapa contoh

atau situasi yang spesifik. Lazimnya, dimulakan dengan mengemukakan


generalisasi dan kemudian diikuti oleh contoh-contoh. Ciri-cirinya seperti
generalsasi pada permulaan pengajaran mestilah dinyatakan secara eksplisit,
Contoh-contoh yang digunakan mestilah sesuai dan mencukupi, contoh tidak
harus datang dari guru sahaja tetapi juga dari murid, contoh mesti betul
supaya murid dapat meniru dan menghasilkan contoh yang lain dan
pemahaman generalisasi murid mestilah dinilai melalui pelbagai cara (lisan
dan bukan lisan)
3.3

Cara Untuk Melatih Murid Kemahiran Menaakul


Pengajaran dan pembelajaran yang melibatkan kemahiran menaakul

perlu dilaksanakan secara terancang, menarik dan mencabar daya imaginasi


murid.
Oleh itu, guru hendaklah mewujudkan suasana pembelajaran yang
dapat menimbulkan rasa ingin tahu untuk meneroka sesuatu tajuk yang
dipelajari dengan lebih mendalam. Semasa merancang pengajaran dan
pembelajaran, guru perlu mengambil kira keperluan mengembangkan intelek

11

dan kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif serta kemahiran menaakul
dalam menyelesaikan masalah dan membuat keputusan. Beberapa aktiviti
boleh dirancang dalam mengembangkan intelek dan daya berfikir dalam
kalangan murid. Kemahiran menaakul boleh dilaksanakan dalam pengajaran
bagi semua mata pelajaran dan boleh dilaksanakan sama ada di luar atau di
dalam kelas mengikut kesesuaian pelaksanaan mata pelajaran tersebut.
Aktiviti yang dilaksanakan sama ada di dalam kelas atau di luar kelas ini
boleh

menggunakan

pelbagai

kaedah

dan

teknik

pengajaran

dan

pembelajaran. Antara teknik yang boleh dilaksanakan termasuklah:


a. Teknik Perbincangan dan Soal Jawab
Melalui teknik perbincangan dan soal jawab, guru dapat merangsang
daya fikir murid ke arah menjadi lebih kritis, kreatif dan mampu menaakul
dengan baik. Guru perlu membiasakan murid dengan soalan-soalan yang
memberi ruang kepada mereka menaakul dengan menggunakan soalan
mengapa dan bagaimana. Melalui teknik ini, guru boleh merancang tugasan
yang memerlukan murid berbincang dan bersoal jawab menggunakan
perspektif atau sudut pandangan yang berbeza mengenai peristiwa, masalah
atau watak dalam membuat keputusan atau menyelesaikan masalah.
b. Teknik pembelajaran secara koperatif
Guru memberi penekanan kepada murid belajar dalam kumpulan dan
menyelesaikan tugasan secara kumpulan mengambil kira idea semua ahli
dan dipersetujui bersama. Aktiviti permainan memerlukan kerjasama dan
kesatuan idea antara semua ahli kumpulan. Contoh aktiviti yang dijalankan
ialah

aktiviti

mengasingkan

mainan

mengikut

warna.

Kanak-kanak

dibahagikan kepada 3 kumpulan. Setiap ahli kumpulan mempunyai tahap


pencapaian yang berbeza seperti cemerlang, sederhana dan lemah. Kanakkanak yang cemerlang akan membantu kanak-kanak yang lemah. Setiap
pasukan akan berusaha untuk mengasingkan mainan mengikut warna pada
masa yang
c. Teknik Permainan
Teori

perkembangan

yang

dikemukakan

oleh

Vygotsky

amat

berfaedah dalam memberikan gambaran tentang perkembangan mental,

12

bahasa dan sosial kanak-kanak. Vygotsky memberikan penekanan kepada


kepentingan bermain dalam meningkatkan perkembangan bahasa dan sosial
kanak-kanak (Azizah Lebai Nordin, 2002).
Belajar

melalui

bermain

adalah

satu

teknik

pengajaran

dan

pembelajaran yang berkesan kepada kanak-kanak. Melalui teknik ini juga


akan mendatangkan keseronokkan dan kepuasan kepada mereka dalam
sesuatu pengajaran yang hendak disampaikan. Dengan bermain juga kanakkanak akan dapat menguasai perkembangan dan kemahiran fizikal dan
penguasaan bahasa dari segi perbendaharaan dan peraturan tatabahasa.
Melalui permainan, guru boleh mewujudkan situasi untuk murid membuat
keputusan dan menyelesaikan masalah dalam permainan tersebut. Murid
perlu dilatih memahami dan menentukan strategi yang baik untuk mereka
menguasai permainan itu. Contoh kanak-kanak berlakon dan berimaginasi
bermain masak-masak seperti situasi yang sebenar.

3.0

Kesimpulan
Proses menaakul sangat penting dalam melahirkan modal insan yang
lebih berfikiran kreatif dan kritis dalam mewujudkan manusia yang berilmu
pengetahuan dan dapat menyelesaikan masalah dengan baik pada masa
akan datang.

13