Anda di halaman 1dari 11

KUALITI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN DARI PERSPEKTIF

PELAJAR DIPLOMA PSMZA SATU TINJAUAN

*Azahar bin Fauzi, Mohd Zain bin Abdul Rahim, Mohd Azriman bin Mat Ali
Unit Penyelidikan & Inovasi
Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin
Tel: 09-8400915 Email: azahar@psmza.edu.my

ABSTRAK
Dalam dunia persaingan yang hebat, faktor kualiti akan menentukan kesejahteraan
sesebuah organisasi itu. Begitu juga dalam sektor pendidikan tinggi, usaha untuk
mewujudkan suasana persaingan di kalangan IPT secara amnya dan di kalangan
Politeknik secara khususnya di negara ini akan menjuruskan kepada peningkatan
kualiti pendidikan sedia ada. Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin (PSMZA) juga
tidak terlepas dalam menangani isu kualiti graduan yang telah dihasilkan. Adalah
tidak adil sekiranya pendapat mengenai kualiti pengajaran & pembelajaran hanya
berkisar di kalangan pihak pengurusan dan pensyarah. Justeru itu, satu kajian
dilakukan bagi mendapatkan respon daripada pelajar diploma PSMZA tentang kualiti
pengajaran, penilaian, kandungan kursus dan bimbingan di PSMZA secara umum.

Kata kunci: Kualiti, pengajaran, penilaian, kursus dan bimbingan

BAB 1 PENDAHULUAN
Secara umumnya, mengikut kamus Oxford, kualiti bermaksud the standard of
how good something is as measured against other similar things. Maksud tersebut
terlalu luas ruang lingkupnya meliputi perkilangan pembuatan, mesin, proses kerja
dan sebagainya. Walau bagaimanapun, Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin
(PSMZA) merupakan IPTA yang mengeluarkan modal insan separa profesional
seperti dinyatakan dalam visi PSMZA iaitu menjadi pusat kecemerlangan pendidikan
dalam bidang kejuruteraan dan teknologi maklumat dan berazam melahirkan graduan
yang berketrampilan, berakhlak mulia dan bertanggungjawab selari dengan Falsafah
Pendidikan Negara. Oleh itu, pengertian kualiti dalam pendidikan boleh dimaksudkan
dengan aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang berkesan dan bermutu dalam

mengembangkan potensi pelajar dari segi psikomotor, kognitif dan afektif ke tahap
yang optimum.
Menurut Gordon dan Partington (Rowley, 1996), kualliti pendidikan merujuk
kepada kejayaan sesebuah institusi membekalkan persekitaran pendidikan yang
membolehkan pelajar mencapai matlamat pembelajaran serta piawaian akademik
yang sewajarnya secara berkesan [1]. Oleh yang demikian, usaha Kementerian
Pengajian Tinggi Malaysia (KPTM) dengan penubuhan MQA akan membantu
PSMZA meningkatkan kualiti untuk lebih berdaya maju dalam persaingan dengan
IPTA dan Politeknik lain ke arah menyumbang kepada pengwujudan sistem
pendidikan tinggi negara yang lebih cemerlang [2].
1.1 PERNYATAAN MASALAH
Kualiti pelajar perlu diberi perhatian demi mencapai misi Jabatan Pengajian
Politeknik dan Kolej Komuniti (JPPKK) dalam melahirkan pelajar yang mempunyai
kemahiran separa profesional dan cemerlang dari segi jasmani, emosi, rohani dan
intelek. Kecemerlangan pelajar berdasarkan kualiti adalah bergantung kepada tahap
kualiti tenaga pengajar, kualiti prasarana serta kualiti pengurusan sesuatu Politeknik.
Oleh itu, ketiga-tiga aspek ini perlu diberi perhatian yang sewajarnya supaya bakal
graduan Politeknik dapat bersaing dengan pelajar IPT lain di peringkat kebangsaan
mahu pun antarabangsa.
Statistik keputusan penilaian akhir semester Julai 2008 dan semester Januari 2009
menunjukkan peratus kelulusan yang tinggi iaitu 98.44% dan 98.39% masing-masing
manakala peratusan pelajar lulus dengan kedudukan baik bagi kedua-dua sesi
menghampiri 98%. Jadual 1 menunjukkan statistik keputusan pelajar diploma
PSMZA semester 5 bagi sesi Januari 2009. Kesemua jabatan induk mencatatkan
peratusan melebihi 50% bagi keputusan pelajar mendapat Himpunan Purata Nilai
Mata (HPNM) 3.0 . Ini menunjukkan pencapaian akademik tinggi dan cemerlang
sekaligus menunjukkan pendidikan yang berkualiti di PSMZA.
Sesuatu yang mendukacitakan apabila bekas pelajar Politeknik tidak dapat
bersaing dengan pelajar IPT lain apabila pelajar Politeknik melanjutkan pelajaran di
peringkat yang lebih tinggi di Universiti seluruh negara. Apa yang lebih mengejutkan,
pelajar yang dapat melanjutkan pelajaran di Universiti tidak secemerlang semasa

berada di Politeknik. Bahkan, ada pelajar yang dibuang daripada Universiti.


Walaupun kenyataan ini tidak dapat dibuktikan dengan statistik, namun ini adalah
realiti yang menjadi buah mulut pihak pengurusan JPPKK. Apakah punca kepada
masalah ini? Adakah masing-masing politeknik berlumba-lumba memperolehi
sebanyak mungkin bilangan pelajar yang memperolehi HPNM 3.0 ke atas atau
masing-masing mahu meningkatkan kuantiti sehingga mengorbankan kualiti? Adakah
sistem Politeknik amat berbeza dengan apa yang dipraktikkan di Universiti?Adakah
proses pengajaran & pembelajaran di Politeknik tidak releven dengan pelajar? Adakah
penilaian terhadap pelajar tidak mencapai piawai IPT? Adakah kursus yang diajar
tidak releven dan tidak mengikuti teknologi terkini? Cukupkah bimbingan yang
diberikan oleh pensyarah atau kesemua persoalan yang diajukan menjadi faktor yang
menyumbang kepada kualiti pelajar Politeknik?

JKA

HPNM 3.0

JUMLAH
PELAJAR

BIL.

PERATUS
KESELERUHAN
HPNM 3.0

DKA

179

92

51.4

51.4%

DKE

49

39

79.6

DTK

49

30

61.2

DAD

80

56

70

DEM

51

25

49

DKM

75

42

56

DMK

25

DTP

44

19

43.2

DIP

61

51

83.6

JABATAN PROGRAM

JKE

JKM

JTMK

70.4%

56.3%

83.6%

Jadual 1 Statistik Keputusan Pelajar Diploma PSMZA Semester 5 Sesi Januari 2009

1.2 TUJUAN KAJIAN

Kajian ini dijalankan adalah bertujuan untuk mengenal pasti faktor yang
mempengaruhi kualiti pelajar. Dengan ini, pihak pengurusan akan dapat mengambil

tindakan yang sewajarnya bagi mengatasi kemelut kualiti pelajar PSMZA dan
seterusnya melahirkan graduan PSMZA pada tahap kualiti palajar PSMZA dan
seterusnya melahirkan graduan PSMZA pada tahap kualiti yang membanggakan
selaras melahirkan graduan PSMZA pada tahap kualiti yang membanggakan slearas
dengan polisis kualiti PSMZA. Tindakan yang sewajarnya diharap akan melahirkan
graduan yang berketrampilan dan dapat bersaing di persada kebangsaan dan
antarabangsa demi memenuhi visi dan misi Jabatan Politeknik dan Kolej Komuniti.

1.3 SOALAN KAJIAN


Kualiti pendidikan di peringkat PSMZA boleh ditinjau dari pelbagai persepektif,
walau bagaimanapun kajian ini lebih memfokus kepada kualiti pengajaran dan
pembelajaran pelajar sepanjang proses pengajian mereka.
Antara persoalan yang timbul daripada permasalahan ini adalah:
i. Sejauh mana proses pengajaran dan pembelajaran menyumbang kepada kualiti
pelajar PSMZA?
ii. Adakah penilaian yang dilakukan bersesuaian dengan usaha pelajar yang
menjurus kepada kualiti pembelajaran di PSMZA?
iii. Adakah kandungan atau tugasan kursus bersesuaian dengan tahap penerimaan
pelajar?
iv. Sejauh mana bimbingan yang telah diberikan kepada pelajar?
iv. Adakah semua faktor di atas mencetuskan polemik kepada kualiti pelajar
PSMZA?
BAB 2 METODOLOGI

Kajian yang akan dilakukan ini adalah kajian deskriptif secara kuantitatif di mana
soal selidik akan digunakan bagi memproses data yang diterima untuk menghasilkan
rumusan. Pembolehubah yang terdapat dalam kajian ini adalah pembolehubah atribut
iaitu sedia ada (Tang Swee Mei & Lim Kong Teong, 2002) dan sedikit
pengubahsuaian terhadap pembolehubah telah dilakukan supaya bersesuaian dengan
senario PSMZA.
Penggunaan reka bentuk ini dirasakan sesuai dengan tujuan kajian bagi
mendapatkan hubungan di antara pembolehubah tidak bersandar yang ingin dikaji dan

seterusnya dikaitkan kepada masalah kualiti pelajar PSMZA iaitu pembolehubah


bersandar.

2.1 SUBJEK KAJIAN

Kajian kualiti pengajaran dan pembelajaran boleh dilakukan kepada kesemua


pelajar. Walau bagaimanapun, soal selidik hanya tertumpu kepada sampel pelajar
diploma semester akhir (semester 6) bagi kesemua kursus. Ini kerana pelajar diploma
tersebut telah melalui proses pengajaran & pembelajaran selama empat semester dan
telah menjalani latihan industri selama satu semester. Pelajar diploma semester akhir
dianggap telah menempuh pelbagai masalah sepanjang pembelaaran di PSMZA dan
diharap pelajar boleh menjawab soalan kaji selidik dengan matang. Pensampelan
pelajar mengikut jadual Krejcie & Morgan iaitu bilangan minimum sampel ialah 30
orang. Dengan minimum sampel tersebut, taburan sampel akan membentuk normal
curve. Merujuk kepada Jadual 1, jumlah keseluruhan pelajar diploma adalah 613 dan
jika dirujuk kepada jadual Krejcie & Morgan, jumlah bilangan sampel atau saiz
sampel adalah 247. .Justeru itu, bilangan sampel ini adalah mencukupi bagi
menganalisa data di dalam Statictical Package for Social Science (SPSS). Jumlah
247 bilangan sampel kemudian dipecahkan mengikut jumlah pelajar dalam sesuatu
program seperti dalam Jadual 1 dengan menggunakan kaedah persampelan rawak
berlapis seperti formula di bawah.

Saiz sampel pelajar = (Jumlah Pelajar/Jumlah Pelajar Diploma) x Saiz Sampel

2.2 ALAT KAJIAN

Pembolehubah bersandar yang hendak diukur hanya melibatkan empat faktor


sahaja iaitu pengajaran, penilaian, kursus dan bimbingan seperti yang ditunjukkan
dalam Rajah 1.
Soal selidik yang akan diedarkan kepada pelajar terdiri daripada 4 gagasan yang
utama yang berkaitan dengan latar perlaksanaan pengajaran & pembelajaran,
penilaian, kursus dan bimbingan. Bahagian A dalam soal selidik adalah berkaitan

dengan latar belakang pelajar manakala Bahagian B berkisar kepada 4 gagasan ynag
ingin dikaji melibatkan item-item seperti dalam jadual 2. Skala likert yang digunakan
adalah dari 1 hingga 4. Soal selidik terhadap kajian ini akan dihantar terus kepada
sampel pelajar daripada setiap program. Soal selidik yang telah diisi akan dikumpul
kesemuanya dan data akan dianalisis dengan menggunakan perisian Statistical
Pakage for Social Science (SPSS) versi 15.

GAGASAN

ITEM SOALAN
Pensyarah menunjukkan beliau merancang dan bersedia menjalankan aktiviti P&P semasa
memasuki bilik kuliah/bengkel
Pensyarah menunjukkan penguasaan ilmu pengetahuan yang tinggi
Pensyarah mengaplikasikan pelbagai kaedah dan teknik mengajar dengan berkesan

Pengajaran
Pensyarah menggunakan alat bantu mengajar seperti LCD, OHP dan sebagainya semasa
aktiviti P&P
Pelajar Dapat memahami dan mendapat ilmu baru selepas proses P&P
Pelajar dapat memahami kursus yang diajar oleh pensyarah
Penilaian tugasan kursus adalah adil
Pengagihan markah penilaian berterusan (PB) adalah bersesuaian dengan usaha pelajar
Penilaian

Skop peperiksaan dan tugasan adalah releven dengan silibus kursus


Pelajar dimaklumkan tentang skop penilaian tugasan dan peperiksaan
Pelajar dimaklumkan tentang pembahagian markah penilaian berterusan (PB) dan penilaian
akhir (PA)
Kandungan/kurikulum kursus tersusun dan terancang
Beban tugasan kurusus adalah bersesuaian

Kursus

Kandungan kursus mempunyai kesinambungan bagi setiap bab/topik


Kandungan/kurikulum kursus dapat menarik minat pelajar
Kandungan/kurikulum kursus adalah sesuai dengan tahap pemikiran pelajar
Pensyarah sentiasa meluangkan masa memberi bimbingan walau pun di luar waktu P&P
Pensyarah sentiasa menasihati pelajar serta menggalakkan pelajar membuat ulangkaji

Bimbingan
Pensyarah peka tentang prestasi pelajaran pelajar
Pensyarah bersedia mendengar dan menyelesaikan masalah pembelajaran pelajar

Jadual 2 Soalan Kajian Mengikut Kategori

BAB 3 DAPATAN KAJIAN

Responden terdiri daripada 138 pelajar lelaki (55.9%) dan 109 pelajar perempuan
(44.1%). Jumlah keseluruhan sampel pelajar diploma adalah 247 orang. Item-item
dalam setiap gagasan dipuratakan dan dibahagikan kepada dua skala utama sama ada
setuju atau tidak setuju. Setelah data diproses menggunakan SPSS, peratus tahap
kualiti bagi pengajaran, penilaian, kandungan kursus dan bimbingan untuk setiap
jabatan ditunjukkan dalam jadual 3 di bawah.

Jabatan

JKA

JKE

JKM

JTMK

Deskriptif

Pengajaran

Penilaian

Kandungan
Kursus

Bimbingan

Setuju

61

98.4

60

96.8

61

98.4

59

95.2

Tidak Setuju

1.6

3.2

1.6

4.8

Setuju

30

81.1

37

100

32

86.5

31

83.8

Tidak Setuju

18.9

13.5

16.2

Setuju

84

89.4

92

97.9

88

93.6

84

89.4

Tidak Setuju

10

10.6

2.1

6.4

10

10.6

Setuju

51

94.4

51

94.4

47

87

45

83.3

Tidak Setuju

5.6

5.6

13

16.7

Jadual 3 Tahap Kualiti Pengajaran & Pembelajaran Di PSMZA

Jadual 4 menunjukkan statistik kebolehpercayaan (reliability statistics) bagi setiap


item dalam gagasan yang dikaji.

Gagasan

Cronbachs
Alpha

Bil. Item (N)

Pengajaran

0.798

Penilaian

0.790

Kandungan Kursus

0.839

Bimbingan

0.831

Jadual 4 Statistik Kebolehpercayaan

BAB 4 PERBINCANGAN

Hasil daripada soal selidik pelajar terhadap kajian ini, didapati lebih 80% pelajar
diploma PSMZA bersetuju bahawa semua Jabatan menunjukkan tahap kualiti yang
tinggi dalam aspek pengajaran, penilaian, kandungan kursus serta bimbingan. Bagi
tahap kualiti pengajaran, Jabatan Kejuruteraan Awam (JKA) menunjukkan peratusan
yang tertinggi iaitu 98.4% manakala Jabatan Kejuruteraan Elektrik (JKE) mencatat
100% bagi kualiti penilaian. Respon pelajar terhadap kualiti kandungan kursus dan
bimbingan menunjukkan Jabatan Kejuruteraan Awam (JKA) mencatatkan peratusan
tertinggi iaitu 98.4% dan 95.2% masing-masing.
Jika merujuk Jadual 3, terhadap juga respon daripada pelajar yang menyatakan
bahawa tahap pengajaran, penilaian, kandungan kursus dan bimbingan di PSMZA
tidak menunjukkan tahap kualiti yang diperlukan. Walaupun peratusannya tidak
mencapai 20% tetapi perlu diberi perhatian oleh pihak pengurusan PSMZA untuk
mengenal pasti punca-puncanya. Pandangan pelajar Jabatan Kejuruteraan Elektrik
(JKE) dan Jabatan Teknologi Maklumat & Komunikasi (JTMK) menyatakan
pengajaran di JKE dan JTMK tidak mencapai tahap kualiti masing-masing mencapai
18.9% dan 10.6% iaitu melebihi 10%. Manakala bagi aspek kualiti kandungan kursus,
13.5% respon pelajar JKE dan 13% pelajar JTMK menyatakan tidak berkualiti.
Pelajar JTMK memberi peratusan yang tertinggi iaitu 16.7% diikuti masing-masing
oleh pelajar JKE (16.2%) dan pelajar JKM (10.6%) terhadap bimbingan yang tidak
berkualiti. Kebanyakan pelajar diploma PSMZA menyatakan penilaian di PSMZA
mencapai tahap kualiti walau bagaimanapun terdapat respon (<6%) daripada jabatanjabatan menyatakan tidak mencapai tahap kualiti.
Kebolehpercayaan (reliability) merujuk kepada kestabilan dan ketekalan dalaman
instrumen dalam mengukur sesuatu konsep (Sekaran, 1992). Dalam kajian ini, Jadual
4 menunjukkan statistik kebolehpercayaan dalam item-item pengukuran dalam
gagasan yang dikaji. Nilai kepercayaan Alfa Cronbach menunjukkan nilai di antara
0.79 hingga 0.839. Mengikut Sekaran (1992), Nilai kepercayaan Alfa Cronbach yang
kurang daripada 0.6 dianggap rendah dan tidak diterima. Oleh itu, instrumen dalam
kajian ini adalah dianggap mempunyai unsur kebolehpercayaan (reliability). Walau
bagaimanapun, tiada instrumen atau ujian yang sempurna untuk menguji
kebolehpercayaan tetapi setengah ujian lebih kebolehpercayaan berbanding ujian lain.

Kebolehpercayaan tidak menjamin kesahan (validity) sesuatu instrumen (Hair et.


al,

1995).

Kaplan

(1982)

juga

menyatakan

bahawa

sesuatu

instrumen

berkemungkinan mempunyai kebolehpercayaan walaupun instrumen itu tidak


mempunyai unsur kesahan. Setelah analisa kebolehpecayaan dilakukan dalam SPSS,
nilai correlated item-total corrected (CITC) menunjukkan 0.427 hingga 0.72 bagi
item-item yang telah diukur dalam soal selidik. Bagi menunjukkan sesuatu item
pengukuran mempunyai nilai kesahan (validity), nilai CITC mesti melebihi 0.3 [6].
Jadual 5 menunjukkan kualiti keseluruhan hasil purata kesemua faktor pengajaran,
penilaian, kandungan kursus dan bimbingan. Kesemua Jabatan menunjukkan tahap
kualiti pengajaran & pembelajaran melebihi 90%. Rajah 1 menunjukkan kualiti
keseluruhan pengajaran & pembelajaran pelajar diploma PSMZA.

94.7% (N = 234)

100

Peratus

80

60

40

20

5.3% (N = 13)
0
Tidak Kualiti

Kualiti

Rajah 1 Kualiti Keseluruhan Pengajaran & Pembelajaran di PSMZA

Kualiti P&P
Jabatan

JKA

JKE

JKM

JTMK

Deskriptif

Keseluruhan
N

Setuju

61

98.4

Tidak Setuju

1.6

Setuju

35

94.6

Tidak Setuju

5.4

Setuju

87

92.6

Tidak Setuju

7.4

Setuju

51

94.4

Tidak Setuju

5.6

Jadual 5 Kualiti Keseluruhan Pengajaran & Pembelajaran Mengikut Jabatan

BAB 5 KESIMPULAN DAN CADANGAN

Secara keseluruhannya, sebanyak 94.7% pelajar diploma PSMZA menyatakan


pengajaran & pembelajaran di PSMZA adalah berkualiti manakala hanya 5.3%
menyatakan tahap pengajaran & pembelajaran tidak berkualiti. Hasil daripada
maklum balas, majoriti pelajar menyatakan faktor pengajaran, penilaian, kandungan
kursus dan bimbingan tidak menyumbang kepada masalah kualiti pengajaran &
pembelajaran di PSMZA.
Persoalannya ialah kenapa ada pihak yang menyatakan kualiti pelajar politeknik
berada pada tahap rendah. Oleh itu adalah dicadangkan bahawa kajian terhadap
kurikulum setiap program dilakukan secara mendalam. Adakah pelajar PSMZA
mampu memahami kandungan kursus yang telah ditetapkan atau sekadar menghafal
setiap nota yang diberi? Selain daripada itu, kajian terhadap prasarana pengajaran &
pembelajaran perlu dilakukan secara jujur. Ini kerana terdapat komen daripada pelajar
menyatakan proses P&P lebih tertumpu kepada kuliah berbanding dengan amali.
Kajian kualiti P&P juga perlu dibuat bagi mendapatkan respons daripada pensyarah
setiap jabatan bagi mendapatkan maklumat dari semua pihak. Ini kerana pensyarah
adalah insan yang memberi ilmu baru kepada pelajar yang berkait rapat dengan proses
P&P dan mengetahui selok-belok mengenai sistem P&P di PSMZA.

10

RUJUKAN

[1] Hubungan antara kualiti pengajaran dan pembelajaran dengan kepuasan pelajar:
Satu Tinjauan, Tang Swee Mei & Lim Kong Teong, Kualiti Pengajaran dan
Pembelajaran, Vol.3, No.1, 2002, 71&72
[2] http://ms.wikipedia.org/wiki/Agensi -Kelayakan-Malaysia
[3] Hubungan orientasi matlamat dengan penggunaan strategi pembelajaranaturan
kendiri, Samsilah Roslan,Abd. Maiid Isa, Othman Dato Haji Mohamed & Rohani
Ahmad Tarmizi, Jurnal Pendidikan 2006, Universiti Malaya, 107-112
[4] Laporan tahunan 2008 Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin, 6
[5] Strategies to enhance higher education delivery system, Laporan forum dan
resolusi, Persidangan Dekan dan Pengarah IPTA kali pertama
[6] Manual Data Analyses Using SPSS, UKM Talent Enhancement Academy

11

Anda mungkin juga menyukai