Anda di halaman 1dari 1

LAGU Jong Jong Inai

Jong jong inai


Mak ipong waja wali
( 2X )
Jong jong inai
Mak ipong waja wali
Sepak tunggul inai
Berdarah ibu kaki
( 2X )
Semangkuk jerluk
Sepinggan dagang
Tak cukup pulut
Tambah nasi dagang
( 2X )
Jong jong inai
Mak ipong waja wali
( 2X )
SYAIR
Di suatu masa di suatu negara
Digelar ia Tanah Melaka
Sultannya Baik berhati mulia
Rakyatnya mewah budi Bahasa
SAMBUNG LAGU
Jong jong inai
Mak ipong waja wali
( 2X )
LAGU berhenti
BUNYI 06 - Nervous
Lalu datanglah malapetaka
Soldadu Feringgi dari Goa
Bercita besar bernafsu hina
Alfonso laknat diberi nama
BUNYI perang
Berkubu rakyat di Jambatan Melaka
Bertahan berdarah berkorban nyawa
Takdir Tuhan Maha Kuasa
Ternoda akhirnya Tanah Melaka
BUNYI Hawa Ledang
Terjajah Melaka berkurun lama
Bertukar tangan kepada Belanda
Diserah British pula berkuasa
Sehinggalah sampai satu ketika

BUNYI Speak Softly love Minus One


Sajak (Di sini bermula sebuah
cinta)
Cinta itu bermula
Di saat jatuhnya Melaka

Kala Pangkor menjadi saksi,


Saat satu demi satu tanah melayu
tersungkur
Cinta itu terpateri
Melihat pejuang berdarah
Mengatakan tanah ini milik kami
Biar mati anak jangan hilang bangsa
Biar hidup papa janji negara merdeka
Cinta itu tersentuh lagi
Dikala rakyat bersusun bahu merapat
kaki
Meroboh tapak-tapak yang menggolak
negara
Menceroboh kuasa raja
LAGU Ke Akhir Garisan
Bersatu
Kala itu rakyat Bersatu
Teguh
Seluruh tenaga dipadu
Di sini cinta lahir
Saat tumpah darah setia
Di sini cinta lahir
Dari awal hingga akhir
Di sini cinta lahir
Saat putus kata dari mereka
Kalau kau mampu bersatu tenaga
Melayu, Cina, India
Berkongsi negara
Akan aku beri engkau Merdeka
BUNYI laungan merdeka
Syair
Amanlah sudah Tanah Malaya
Sabah Sarawak digabung pula
Menambah daulat sebuah negara
Akhirnya lengkap menjadi Malaysia
LAGU Di sini lahirnya sebuah cinta
Ingat-ingat manisnya gula
Akan dirudung semut akhirnya
Jika dilupa sejarah lama
Akan berulang kisah dulu kala
Belumlah tamat ceritera bangsa
Penukil sejarah dihadapan saya
Bakal mencorak alkisah dunia
Satu padu usaha pasti Berjaya
Lipur kami sekian sahaja
Maafkan jika terkasar Bahasa
Mengundur dahulu tahun lima
Di sini lahirnya sebuah cinta

Anda mungkin juga menyukai