Anda di halaman 1dari 20

Bab 2 : Corak/ Pola Nombor dan Urutannya

2.1 : Corak/Pola Nombor dan Urutannya


Nombor-nombor yang disusun dalam corak tertentu
dikenali sebagai urutan (sequence).
Corak urutan nombor (number sequence) boleh
ditentukan dengan menambah, menolak, mendarab atau
membahagikan nombor dalam urutan yang sebelumnya,
dengan bilangan/nombor-nombor tertentu.
Urutan Fibonacci (Fibonacci Sequence)
Ahli matematik telah mengkaji corak selama berabadabad. Corak nombor 1, 1, 2, 3, 5, 8, dipanggil urutan
Fibonacci.
Urutan ini bermula dengan 1, 1 dan setiap selepas
sebutan (term) yang kedua, diperolehi
dengan menambah dua sebutan (term) sebelumnya yang
terdapat dalam urutan.

Menggambarkan corak/pola urutan nombor


Gambarkan corak setiap urutan nombor berikut:

5, 12, 19, 26, Jwb:


Corak urutan
nombor 5, 12, 19, 26, diperolehi dengan
menambah (adding) 7 pada nombor sebelumnya
(nombor dalam urutan).

1, 4, 16, 64, Jwb:


Corak urutan
nombor 1, 4, 16, 64, diperolehi dengan
mendarabkan (multiplying) nombor dalam urutan
sebelumnya dengan 4.

40, 35, 30, 25, Jwb:


Corak urutan nombor 40, 35, 30, 25, diperolehi
dengan menolakkan (subtracting) 5 dari nombor
sebelumnya (nombor dalam urutan).

144, 72, 36, 18, ..

Jwb:Corak urutan nombor 144, 72, 36, 18,


diperolehi dengan membahagikan (dividing) nombor
dalam urutan sebelumnya dengan

2.2 : Nombor Ganjil dan Genap


Nombor 1, 3, 5, 7, dikenali sebagai nombor ganjil (odd
numbers).

Nombor 2, 4, 6, 8, dikenali sebagai nombor genap


(even numbers).
Mengenal pasti dan menerangkan nombor ganjil
dan genap.
Contoh 1:
Kenal pasti serta nyatakan kesemua nombor ganjil dan
genap yang terdapat dalam urutan nombor 16, 21, 26,
31, , 71.
Jwb:
Nombor-nombor ganjil adalah 21, 31, 41, 51, 61 dan 71.
Nombor-nombor ini membentuk satu urutan nombor yang
diperolehi dengan menambah 10 pada nombor
sebelumnya.
Nombor genap 16, 26, 36, 46, 56 dan 66. Nombornombor ini membentuk satu urutan nombor
yang diperolehi dengan menambah 10 pada nombor
sebelumnya.
Contoh 2:
3+5=8
7 + 13 = 20
19 + 25 = 24
Penyataan am mengenai jumlah / hasil tambah dua
nombor ganjil.
Nombor Ganjil + Nombor Ganjil = Nombor Genap

Hasil tambah dua nombor ganjil adalah nombor genap.


2.3 : Nombor Perdana
Nombor perdana (prime number) adalah nombor bulat
yang hanya boleh dibahagikan dengan dirinya sendiri dan
nombor 1 (the number itself and number 1). Oleh itu,
nombor perdana mempunyai hanya dua pembahagi
(nombor itu sendiri dan nombor 1).
Nombor perdana terkecil ialah nombor 2, satu-satunya
nombor genap yang merupakan nombor perdana.
Nombor perdana yang kurang daripada 50 adalah 2, 3, 5,
7, 11, 13, 17, 19, 23, 29, 31, 37, 41, 43 dan 47.
Nombor 1 adalah BUKAN nombor perdana (NOT a prime
number).
Menentukan samada nombor yang diberi adalah
nombor perdana
Contoh:
Tentukan samada setiap nombor berikut adalah nombor
perdana.

13

Jwb:
13 1 = 13
13 13 = 1
13 hanya boleh dibahagi dengan 1 dan 13 (2
pembahagi/divisors)

Oleh itu, 13 adalah nombor perdana.

51
Jwb:
51 1 = 51
51 3 = 17
51 17 = 3
51 51 = 51
51 boleh dibahagi dengan 1, 3, 17 dan 51 (4
pembahagi/divisors)
Oleh itu, 51 bukan nombor perdana.

2. 4 : Faktor
Faktor (factor) suatu nombor bulat yang diberi adalah,
nombor yang boleh dibahagikan dengan nombor tersebut
dengan tepat.
1 dan nombor itu sendiri adalah faktor kepada sebarang
nombor yang diberi.
Menyenaraikan faktor nombor bulat.
Contoh:
Cari semua faktor bagi:

18

Jwb:
18 1 = 18
18 2 = 9
18 3 = 6
18 6 = 3
18 9 = 2
18 18 = 1
18 boleh dibahagikan dengan 1, 2, 3, 6, 9 dan 18. Oleh
itu, faktor kepada 18 adalah 1, 2, 3, 6, 9 dan 18.

50

Jwb:
50 1 = 50
50 2 = 25
50 5 = 10
50 10 = 5
50 25 = 2
50 50 = 1
50 boleh dibahagikan dengan 1, 2, 5, 10, 25 dan 50. Oleh
itu, faktor kepada 50 adalah 1, 2, 5, 10, 25 dan 50.
Menentukan samada suatu nombor itu adalah
faktor kepada nombor bulat yang lain.

Contoh:
Tentukan samada;

7 adalah faktor kepada 119.

Jwb:
119 7 = 17
119 boleh dibahagikan dengan tepat oleh 7. Oleh itu, 7
adalah factor kepada 119.
4 adalah faktor kepada 599.
Jwb:
599 tidak boleh dibahagi dengan tepat oleh 4. Oleh itu, 4
adalah bukan faktor kepada 599.
2.5 : Faktor Perdana
Faktor perdana (prime factor) bagi suatu nombor bulat
adalah, nombor perdana yang merupakan faktor kepada
nombor tersebut.
Mengenal pasti faktor perdana dari senarai faktor.
Contoh:
Diberi 1, 2, 4, 7, 8, 14 dan 56 ada faktor kepada 56. Kenal
pasti semua faktor perdana kepada 56.
Jwb:
Antara faktor kepada 56, 2 dan 7 adalah nombor
perdana. Oleh itu, faktor perdana kepada 56 adalah 2 dan
7.

Mencari faktor perdana nombor bulat.


Contoh:
Dapatkan faktor perdana nombor berikut:

100

Kaedah 1 Senaraikan semua faktor kepada 100.


Faktor kepada 100 adalah 1, 2, 4, 5, 10, 20, 25, 50 dan
100. Antara semua faktor tersebut, 2 dan 5 adalah
nombor perdana. Oleh itu, faktor perdana kepada 100
adalah 2 dan 5.
Kaedah 2 Menggunakan algoritma (pembahagian
berulang oleh faktor perdana).

Oleh itu, faktor perdana kepada 100 adalah 2 dan 5.


Kaedah 3 Menggunakan gambarajah pokok
(factor tree diagram).

Daripada gambarajah, faktor perdana kepada 100 adalah


2 dan 5.

72
Kaedah 1 Senaraikan semua faktor kepada 72.
Faktor kepada 72 adalah 1, 2, 3, 4, 6, 8, 9, 12, 18, 24, 36
dan 72. Antara semua faktor tersebut, 2 dan 3 adalah
nombor perdana. Oleh itu, faktor perdana kepada 72
adalah 2 dan 3.
Kaedah 2 Menggunakan algoritma (pembahagian
berulang oleh faktor perdana).

Oleh itu, faktor perdana kepada 72 adalah 2 dan 3.


Kaedah 3 Menggunakan gambarajah pokok
(factor tree diagram).

Daripada gambarajah, faktor perdana kepada 72 adalah 2


dan 3.
2.6 : Gandaan

Gandaan (multiples) sesuatu nombor bulat adalah produk


daripada nombor tersebut dengan mana-mana nombor
bulat yang lain, kecuali sifar (zero).
Gandaan nombor n adalah dalam bentuk nk, di mana k =
1, 2, 3, 4,
Sebagai contoh, Gandaan 3 = 3 x 1, 3 x 2, 3 x 3, 3 x 4,
Ujian keterbahagian (divisibility test)
Pembahagi

Kaedah

Contoh

Digit terakhir
90, 152, 3 866, 5
(unit nilai tempat) 478
sesuatu nombor
adalah 0, 2, 4, 6
atau 8.

Hasil tambah
249
semua digit
(2 + 4 + 9) 3
nombor tersebut = 15 3 = 5
boleh dibahagi
dengan 3.

Nombor yang
7 216
dibentuk oleh dua 16 4 = 4
digit terakhir
nombor tersebut
boleh dibahagi
dengan 4 atau
adalah sifar.

Digit terakhir

480, 3 625

(unit nilai tempat)


nombor tersebut
adalah 0 atau 5.
6

Nombor tersebut 738


boleh dibahagi
(7 + 3 + 8) 3
dengan 2 dan 3. = 18 3 = 6

Nombor yang
53 288
dibentuk oleh tiga
digit terakhir
nombor tersebut
boleh dibahagi
dengan 8.

Hasil tambah
semua digit
nombor tersebut
boleh dibahagi
dengan 9.

10

Digit terakhir
560, 29 710
(unit nilai tempat)
nombor tersebut
adalah 0.

4 302
(4 + 3 + 0 + 2)
9
=99=1

Menyenaraikan gandaan nombor bulat


Contoh 1:
Senaraikan lima gandaan pertama bagi;

2
Jwb:

= 2 x 1, 2 x 2, 2 x 3, 2 x 4, 2 x 5
= 2, 4, 6, 8, 10

5
Jwb:
= 5 x 1, 5 x 2, 5 x 3, 5 x 4, 5 x 5
= 5, 10, 15, 20, 25

9
Jwb:
= 9 x 1, 9 x 2, 9 x 3, 9 x 4, 9 x 5
= 9, 18, 27, 36, 45

15
Jwb:
= 15 x 1, 15 x 2, 15 x 3, 15 x 4, 15 x 5
= 15, 30, 45, 60, 75

2.7 : Gandaan Sepunya dan Gandaan Sepunya


Terkecil (GSTK)
Gandaan Sepunya (common multiples) set nombor bulat
yang diberi adalah gandaan setiap nombor tersebut
dalam set.
Gandaan Sepunya Terkecil, GSTK (lowest common
multiple, LCM) beberapa nombor yang diberikan adalah
gandaan sepunya terkecil nombor-nombor tersebut.
* Konsep gandaan dan faktor adalah bertentangan.
Contohnya;
30 adalah gandaan bagi 1, 2, 3, 5, 6, 10, 15 dan 30.

Manakala, 1, 2, 3, 5, 6, 10, 15 dan adalah factor kepada


30.
Mencari gandaan sepunya bagi dua atau tiga
nombor bulat.
Contoh 1:
Dapatkan gandaan sepunya bagi;

3 dan 4.
Jwb:
Gandaan bagi 3: 3, 6, 9, 12, 15, 18, 21, 24,
Gandaan bagi 4: 4, 8, 12, 16, 20, 24, 28,
Gandaan Sepunya bagi 3 dan 4 adalah 12, 24, 36,

2, 3 dan 6.
Jwb:
Gandaan bagi 2: 2, 4, 6, 8, 10, 12, 14, 16, 18,
Gandaan bagi 3: 3, 6, 9, 12, 15, 18, 21,
Gandaan bagi 6: 6, 12, 18, 24, 36,
Gandaan Sepunya bagi 2, 3 dan 6 adalah 6, 12, 18,

** Senarai gandaan sepunya beberapa nombor bulat


adalah juga dari urutan nombor.
Menentukan samada suatu nombor itu adalah
gandaan sepunya bagi dua atau tiga nombor bulat
yang diberi.
Contoh 2:
Tentukan samada;

84 adalah gandaan sepunya bagi 5 dan 7.


Jwb:
84 5 = 16 berbaki 4
84 7 = 12
84 tidak boleh dibahagi tepat dengan 5.
Oleh itu, 84 adalah bukan Gandaan Sepunya bagi 5
dan 7.

432 adalah gandaan sepunya bagi 6, 8 dan 9.


Jwb:
432 6 = 72
432 8 = 54
432 9 = 48
432 boleh dibahagi tepat dengan 6, 8 dan 9.
Oleh itu, 432 adalah Gandaan Sepunya bagi 6, 8 dan
9.

Menentukan GSTK (LCM) bagi dua nombor bulat.


Contoh 3:
Cari Gandaan Sepunya Terkecil bagi;

9 dan 12

Jwb:
Kaedah 1: Pemfaktoran Perdana (Prime
Factorisation)

GSTK bagi 9 dan 12 = 3 x 3 x 2 x 2 = 36

Kaedah 2: Guna algoritma (pembahagian berulang


oleh faktor perdana)

GSTK bagi 9 dan 12 = 3 x 3 x 2 x 2 = 36

15 dan 21

Jwb:
Kaedah 1: Pemfaktoran Perdana (Prime
Factorisation)

GSTK bagi 15 dan 21 = 5 x 3 x 7 = 105


Kaedah 2: Guna algoritma

GSTK bagi 15 dan 21 = 3 x 5 x 7 = 105


Menentukan GSTK (LCM) bagi tiga nombor
bulat.Contoh 4:
Tentukan GSTK bagi;

6, 15 dan 18.
Jwb:

GSTK bagi 6, 15 dan 18 = 2 x 3 x 3 x 5 = 90

14, 28 dan 49.


Jwb:

GSTK bagi 14, 28, 49 = 7 x 2 x 2 x 7 = 196


2.8 : Faktor Sepunya dan Faktor Sepunya Terbesar
(FSTB)
Faktor Sepunya (common factors) beberapa nombor bulat
adalah nombor yang merupakan faktor setiap nombornombor tersebut.
Faktor Sepunya Terbesar, FSTB (Highest Common Factor,
HCF) beberapa nombor yang diberi adalah nombor
terbesar yang merupakan faktor setiap nombor-nombor
tersebut.
Mencari faktor sepunya bagi dua atau tiga nombor
bulat.
Contoh 1:
Cari faktor sepunya bagi;

18 dan 54.

Jwb:
Faktor bagi 18: 1, 2, 3, 6, 9, 18
Faktor bagi 54: 1, 2, 3, 6, 9, 18, 27, 54
Faktor Sepunya bagi 18 dan 54 adalah 1, 2, 3, 6, 9 dan
18.

9, 15 dan 21.

Jwb:
Faktor bagi 9: 1, 3, 9
Faktor bagi 15: 1, 3, 5, 15
Faktor bagi 21: 1, 3, 7, 21
Faktor Sepunya bagi 9, 15 dan 21 adalah 1 dan 3.
Menentukan samada suatu nombor itu adalah
faktor sepunya bagi dua atau tiga nombor yang
diberi.
Contoh 2:
Tentukan samada;

12 adalah faktor sepunya bagi 84 dan 156.

Jwb:
84 12 = 7
156 12 = 13

Oleh itu, 12 adalah faktor sepunya bagi 84 dan 156.

4 adalah faktor sepunya bagi 32, 70 dan 112.

Jwb:
32 4 = 8
70 4 = 17 berbaki 2
112 4 = 28
Oleh itu , 4 adalah bukan faktor sepunya bagi 32, 70 dan
112.
Menentukan Faktor Sepunya Terbesar (FSTB) bagi
dua nombor bulat.
Contoh 3:
Dapatkan faktor sepunya terbesar bagi;

28 dan 32.
Jwb:
Kaedah 1: Senaraikan semua faktor bagi setiap
nombor.
Faktor bagi 28: 1, 2, 4, 7, 14, 28
Faktor bagi 32: 1, 2, 4, 8, 16, 32
Oleh itu, faktor sepunya terbesar bagi 28 dan 32
adalah 4.Kaedah 2: Penggunaan
algoritma (pembahagian berulang oleh faktor
sepunya).

Faktor sepunya terbesar bagi 28 dan 32 adalah = 2 x


2 = 4.

15 dan 24.
Jwb:
Kaedah 1: Senaraikan semua faktor bagi setiap
nombor.
Faktor bagi 15: 1, 3, 5, 15
Faktor bagi 24: 1, 2, 3, 4, 6, 8, 12, 24
Oleh itu, faktor sepunya terbesar bagi 15 dan 24
adalah 3.Kaedah 2: Penggunaan
algoritma (pembahagian berulang oleh faktor
sepunya).

Oleh itu, faktor sepunya terbesar bagi 15 dan 24


adalah 3.
Menentukan Faktor Sepunya Terbesar (FSTB) bagi
tiga nombor bulat.

Contoh 4:
Dapatkan faktor sepunya terbesar (FSTB) bagi;

40, 48 dan 56.


Jwb:

* Pembahagian dihentikan kerana 5, 6 dan 7 tidak


mempunyai faktor sepunya yang lain daripada
1.Oleh itu,Faktor Sepunya Terbesar (FSTB) bagi 40,
48 dan 56
=2x2x2
=8

70, 84 dan 126.


Jwb:

** Pembahagian dihentikan kerana 5, 6 dan 9 tidak


mempunyai faktor sepunya yang lain daripada
1.Oleh itu, Faktor Sepunya Terbesar (FSTB) bagi 70,
84 dan 126
=2x7
= 14.