Anda di halaman 1dari 10

GERAKAN BALA TENTERA MUSLIMIN KE TABUK

Sampai pula berita kepada Nabi Muhammad s.a.w. bahawa tentera Rumawi sedang
berkumpul hendak datang menyerang. Tanpa membuang masa Nabi Muhammad
s.a.w. telah mengerahkan kaum Muslimin untuk menyiapkan segala alat kelengkapan
berperang. Kebetulan pada masa itu orang sedang menghadapi musim kemarau yang
dahsyat. Oleh kerana tentera musuh yang bakal dihadapi itu besar dan kemungkinan
mengalami berjenis-jenis kesukaran itu banyak. Orang-orang mewah dan agak berada serta
senang hidupnya, Nabi Muhammad s.a.w.. galakkan menghulurkan pertolongan
membekalkan mereka yang susah
Pada masa itu Abu Bakat r.a.hu telah mendermakan segala hartanya. Apabila ditanya
apa yang tinggal kepada keluarganya, ia menjawab:"Aku tinggalkan Allah
s.w.t. dan RasulNya kepada mereka."
Umar r.a.hu telah mendermakan separuh dari harta kekayaannya sedangkan Usman
r.a.hu telah membekalkan alat kelengkapan perperangan untuk sepertiga daripada semua
tentera Muslimin. Tiap-tiap sepuluh orang askar dibekalkan dengan seekor unta sahaja
disebabkan kekurangan binatang ini. Oleh sebab inilah maka gerakan ketenteraan ini
dinamakan "KEMPEN KEPICIKAN".
Tentera-tentera Muslimin terpaksa berjalan jauh dalam cuaca panas terik membakar
ketempat yang ditujui. Kebetulan pada masa itu kebun-kebun mereka penuh dengan buahbuah tamar yang telah masak. Ini merupakan ujian Allah s.w.t. terhadap mereka. Tiba-tiba
mereka diseru untuk menghadapi musuh yang paling gagah sebagai menguji keimanan
mereka. Natijah keimanan mereka yang teguh inilah maka mereka tidak ingin ditinggalkan
diMadinah kecuali kaum wanita, kanak-kanak, orang-orang munafik dan mereka yang tidak
ada kenderaan. Ada diantara mereka yang menangis-nangis kerana tidak dapat
menyertai Nabi Muhammad s.a.w. dan tentera-tentera Muslimin yang lain. Mengenai orangorang iniAllah s.w.t. telah berfirman yang bermaksud:
"MEREKA BERPALING SEDANG MATA MEREKA MENGALIR AIRMATA KERANA SEDIH
YANG MEREKA TIDAK ADA KEMAMPUAN YANG BOLEH MEREKA BELANJAKAN"
Diantara mereka-mereka yang beriman hanya tiga orang sahaja yang tidak menyertai
tentera Muslimin tanpa sebarang alasan.
Sementara itu dalam perjalan para tentera Muslimin keTabuk, tentera Muslimin telah
sampai ke perkampungan Thamud. Disini Nabi Muhammad s.a.w. telah menutupi wajahnya
sambil mempercepatkan perjalanannya. Nabi Muhammad s.a.w. memerintahkan supaya
para sahabatnya berbuat demikian juga. Nabi Muhammad s.a.w. menasihatikan mereka
supaya menangis dan takutkan penyiksaan Allah s.w.t. agar Allah s.w.t. tidak mengenakan
siksaan keatas mereka seperti mana yang dikenakan keatas Thamud.
Lihatlah sikap yang dipertunjukkan oleh Nabi Muhammad s.a.w. dan para
sahabatnya ketika melalui perkampungan Thamud yang telah dibinasakan oleh Allah
s.w.t.Beginilah pula sikap yang seharusnya dimiliki oleh kita, tetapi kebanyakkan kita tidak
merasa sedih atau takut apabila menghadapi sesuatu malapetaka atau bencana alam.
Sebaliknya kita mengadakan pesta keramaian ditempat berlakunya sesuatu kecelakaan itu
KISAH TIGA ORANG MUKMIN YANG TIDAK MENYERTAI NABI KE TABUK
Diantara puak munafikin jumlah yang tidak menyertai gerakan keTabuk boleh
dikatakan banyak juga. Bukan sahaja mereka gagal menyahut seruan Nabi Muhammad
s.a.w. malah mereka cuba mempengaruhi orang-orang lain supaya berbuat demikian.
Kata mereka: "Janganlah berpergian dalam keadaan panas" (SURAH AT-TAUBAH ayat 81)
Allah s.w.t. menjawab: "API NERAKA LEBIH PANAS LAGI"
Diantara orang-orang yang beriman pula seperti mana yang telah dikatakan tadi,
hanya tiga orang sahaja yang tidak menyertai tentera Muslimin. Mereka ini ialah Murarak bin
Rabi, Hilal bin Umayyah dan Ka'ab bin Malik. Murarah tidak bersama-sama Nabi

Muhammad s.a.w. dan sahabatnya kerana buah-buah tamar dikebunnya telah masak dan
terpaksa dikutip. Dia menyangka yang penyertaannya dalam lain-lain peperangan terdahulu
daripada ini dapat melepaskan dirinya daripada peperangan yang sedang dihadapi. Disini
dia telah melakukan kesalahan mementingkan hartanya daripada Allah s.w.t.. Apabila dia
menyedari kesalahannya dia mendermakan kebunnya kepada orang. Akan Hilal pula dia
sibuk mendampingi kaum keluarganya yang pulang ke Madinah selepas meninggalkan kota
itu beberapa ketika lamanya. Seperti Murarah, dia juga telah menyertai beberapa
peperangan yang terdahulu.Ternyata yang Hilal telah melakukan kesalahan mementingkan
kaum keluarga nya daripada Allah s.w.t.. Setelah menyedari kesalahannya dia telah
emmutuskan perhubungan dengan kaum kerabatnya. Mengenai Ka'ab pula, dengarlah
cerita seperti yang diceritakan olehnya sendiri. Cerita Ka'ab ini terkandung didalam semua
buku-buku Hadis. Katanya:
"Semasa berlaku gerakan keTabuk keadaan hidup aku agak mewah.Aku mempunyai
dua ekor unta kepunyaan saya sendiri. Sebelum ini saya tidak pernah memiliki bilangan
unta seperti tersebut tadi. Telah menjadi amalan Nabi Muhammad s.a.w. yang ia tidak suka
memberitahu kepada umum tentang tempat yang ditujui oleh gerakan tentera Muslimin,
tetapi sekali ini oleh kerana jauhnya perjalanan yang mensti ditempuhi, kerana musim
kemarau pada masa itu dan oleh kerana kekuatan tentara kafir, ia terpaksa menceritakan
segala-galanya agar persiapan-persiapan dapat diperbuat dengan sempurnanya. Orangorang yang bakal memnyertai pergerakan keTabuk terlalu banyak sehingga tidak mungkin
diketahui nama-nama mereka semuanya. Demikian juga payahnya untuk mengetahui
nama-nama meraka yang tidak menyertai Nabi Muhammad s.a.w.. Pada ketika itu kebunkebun diMadinah telah penuh dengan buah-buah yang telah masak.Tiap-tiap pagi saya
bercita-cita hendak membuat persiapan-persiapan agar dapat menyertai tentera Muslimin,
tetapi entah bagaimana keazaman saya itu tidak menjadi kenyataan. Saya ketahui benarbenar yang saya dapat menyertai mereka bila-bila masa sahaja. Dalam keadaan saya yang
demikianlah maka berita mengenai keberangkatan tentera Muslim telah sampai
kepengetahuan saya. Saya masih berpendapat yang saya mendahului mereka sekiranya
saya dapat bersiap sedia dalam sehari-dua."
"Penangguhan saya untuk melakukan sesuatu yang tegas berlanjutan sehingga
tibalah masanya tentera-tentera Muslimin hampir tiba diTabuk. Dalam keadaan yang
demikian pun saya masih juga menangguh-nangguh.Tiba-tiba apabila saya melihat orangorang yang tertinggal diMadinah saya menyedari yang kebanyakkan daripada mereka ini
terdiri daripada kaum-kaum munafikin dan mereka yang telah sengaja diuzurkan oleh Nabi
Muhammad s.a.w. kerana sebab-sebab yang tertentu. Setibanya Nabi Muhammad
s.a.w. keTabuk,Baginda s.a.w. pun bertanya: 'Mengapa aku tidak melihat Ka'ab?" Jawab
salah seorang daripada para sahabat: " Ya Nabi Muhammad s.a.w., kebanggaannya kepada
harta dan kesenangan kehidupannya telah menyebabkan dia tertinggal kebelakang.' Maaz
mencelah sambil berkata:"Tidak, Ini tidak mungkin. Setahu kami dia adalah seorang
Mukmin yang sebenar-benarnya." Nabi Muhammad s.a.w. tidak mengeluarkan sepatah
katapun."
Ka'ab meneruskan ceritanya:
"Selepas beberapa hari saya pun mendengar berita mengenai kepulangan Nabi
Muhammad s.a.w. saya tiba-tiba dirundungi oleh perasaan sedih dan kesal yang maha
hebat. Beberapa alasan iaitu yang mungkin dikemukakan kepada Nabi Muhammad
s.a.w. mengelakkan kemurkaan Baginda s.a.w. terbayang-bayang dikepala saya. Saya juga
telah meminta nasihat daripada orang-orang yang cerdik pandai dikalangan keluarga saya,
tetapi akhirnya alasan-alasan ini saya ketepikan dan saya membuat keputusan hendak
bercakap benar kepada Nabi Muhammad s.a.w.Telah menjadi kebiasaan Rasulullah s.a.w..,
apabila Baginda s.a.w.balik dari suatu perjalanan Nabi Muhammad s.a.w. akan singgah
dimasjid untuk mendirikan Solat Tahyatul Masjid serta beramah mesra dengan pelawatpelawatnya. Pada ketika ini datanglah orang munafik bersumpah-sumpah sambil memberi

sebab-sebab mengapa mereka tidak menyertai Nabi Muhammad s.a.w. keTabuk. Nabi
Muhammad s.a.w.menerima saja alasan-alasan yang diucapkan oleh lidah-lidah mereka
sedangkan kandungan batin mereka tinggalkan kepada Allah s.w.t.untuk membereskannya.
Kemudian saya pun tibalah untuk menemui Rasulullah s.a.w. lantas memberi salam
kepada Baginda s.a.w.. Suatu senyuman yang tawar, Baginda s.a.w. menolehkan mukanya
kearah lain. Saya berkata:" Wahai Rasulullah ,Tuan memalingkan muka Tuan dari
saya.Demi Allah s.w.t., saya bukannya munafik dan saya tidak meragui kebenaran agama
saya." Baginda s.a.w. menyuruh saya mendekati lalu bertanya: "Apa yang menghalangi
kamu? Bukankah kamu telah membeli unta?" Saya menjawab: "Ya Rasulullah s.a.w., kalau
kepada orang lain sudah tentu saya dapat memberi alasan-alasan yang sesuai kerana Allah
s.w.t. telah mengurniakan saya dengan kefasihan bercakap, tetapi kepada Tuan, walaupun
saya dapat memberi keterangan-keterangan dusta yang memuaskan hati Tuan, sudah
tentu Allah s.w.t. akan memurkai saya. Sebaliknya kalau saya menimbulkan kemarahan
Tuan dengan bercakap benar saya percaya lambat-laun kemarahan Tuan itu akan
dihapuskan oleh Allah s.w.t. . Oleh itu saya bercakap benar. Demi Allah s.w.t. saya tidak ada
sebarang alasan pun sedangkan pada masa itu hidup saya mewah." Kata Nabi Muhammad
s.a.w."Dia sedang bercakap benar." Kemudian Baginda s.a.w berkata: "Pergilah kamu
dan Allah s.w.t.. akan menentukan sesuatu bagi kamu."
Apabila saya meninggalkan Nabi Muhammad s.a.w.. orang-orang dari puak saya
telah menyalahi saya kerana telah bercakap benar dihadapan Rasulullah. Kata mereka:
Kamu sebelum ini tidak pernah melakukan sebarang kesalahan . Kalaulah setelah memberi
satu-satu alasan yang sesuai, kamu meminta Nabi Muhammad s.a.w. berdoa untuk
diampunkan oleh Allah s.w.t., yang demikian itu sudah tentu mencukupi. "Kemudian saya
bertanya kalau-kalau ada orang yang hal keadaannya seperti saya. Mereka menceritakan
mengenai Hilah bin Umayyah dan Murarah bin Rabi. Mereka juga telah mengakui kesalahan
mereka dan menerima jawapan yang sama. Saya tahui yang mereka ini adalah penganutpenganut agama Islam yang sejati dan telah mengambil bahagian dalam Peperangan
Badar. Nabi Muhammad s.a.w. sudah memerintahkan supaya kami bertiga dipulaukan.Tidak
ada seorang pun yang berani bergaul dan bercakap-cakap dengan kami. Pada masa itu
saya berasa seolah-olah saya tinggal berdagang dirantau orang. Kawan-kawan berkelakuan
seperti orang asing. Dunia yang begitu luas menjadi sempit. Kalau saya mati Nabi
Muhammad s.a.w. tidak akan mengimami sembahyang jenazah saya. Sebaliknya
kalau Baginda s.a.w. wafat sudah tentu pemboikotan yang dikenakan keatas saya akan
berterusan sehingga keakhir hayat saya. Kawan-kawan saya yang berdua itu tidak
menampakkan diri mereka diluar rumah sedangkan saya memberanikan diri dengan
berjalan-jalan dipasar dan bersembahyang berjemaah tetapi saya tidak dihiraukan oleh
sesiapa pun. Kadang-kadang saya memberanikan diri menghampiri Nabi Muhammad
s.a.w. sambil memberikan salam. Saya menunggu-nuggu jawapannya dengan penuh
harapan.Kerapkali selepas menunaikan solat fardhu saya akan menunaikan solat sunnat
berhampiran dengan Nabi Muhammad s.a.w. kerana ingin mengetahui sama ada Baginda
s.a.w. akan memandang saya atau tidak. Ya, Baginda s.a.w.memandangkan saya semasa
berada dalam sembahyang. Diluar sembahyang Baginda s.a.w. memalingkan
pandangannya dari saya."
"Pada suatu hari apabila saya rasa yang saya tidak dapat lagi menderitai pemulauan
sosial yang dikenakan keatas saya, saya telah memanjat tembok kebun sepupu
saya,Qatadah. Saya mengucapkan salam kepadanya tetapi dia tidak menjawab. Saya
menggesanya supaya menjawab hanya satu soalan sahaja. Saya bertanya:"Engkau tahu
atau tidak yang aku mencintai Allah s.w.t. dan RasulNya?" Soalan saya itu terpaksa diulangi
sebanyak tiga kali. Pada kali yang ketiganya baharulah dia menjawab:" Hanya Allah
s.w.t.dan RasulNya yang mengetahui." Mendengar jawapannya itu saya menangis lalu
meninggalkannya."

"Pada suatu ketika sedang saya melalui sebatang jalan di Madinah, saya terpandang
akan seorang Kriastian bangsa Mesir yang telah datang dari Sham. Rupa-rupanya orang itu
sedang mencari saya. Apabila orang ramai disitu menunjukkan saya dia pun menghampiri
saya sambil menyerahkan sepucuk surat daripada Raja Keristian yang memerintah
Ghassan. Surat itu berbunyi:" Kami telah mengetahui akan penganiayaan yang kamu
perolehi dari ketua kamu. Allah s.w.t. tidak akan membiarkan kamu dalam keadaan hina dan
malu. Eloklah kamu menyertai kami dan kami akan memberi segala pertolongan kepada
kamu." Apabila saya membaca surat ini saya mengucapkan:"INNA LILLAHI WA INNA ILAIHI
RAJIUN." Demikianlah hal keadaan saya sehingga orang-orang kafir menyangka yang saya
akan murtad. Saya tidak dapat membayangkan segala kecelakaan yang menimpa diri saya.
Dengan serta merta saya mencampakkan surat itu kedalam api dan saya pun terus pergi
berjumpa dengan Nabi Muhammad s.a.w. Kata saya:"Ya Rasulullah s.a.w., saya telah
tergelincir didalam jurang kehinaan yang amat dahsyat sehinggakan orang-orang kafir
menyangka yang saya akan murtad."
"Selepas empat puluh hari pemboikotan itu berjalan seorang utusan Nabi Muhammad
s.a.w. mendatangi saya dengan membawa satu perintah baru dari Nabi Muhammad
s.a.w. Saya diperintahkan supaya berpisah dari isteri saya. Saya bertanya kepada utusan itu
sama ada isteri saya terpaksa diceraikan. Dia hanya menmyuruh saya berpisah dari isteri
saya. Perintah yang sama diberikan kepada sahabat-sahabat yg berdua itu. Kata saya
kepada isteri saya:"Pergilah kamu tinggal bersama-sama orang tuamu sehingga Allah
s.w.t. menetukan sesuatu bagiku." Isteri Hilal pun telah pergi berjumpa dengan Nabi
Muhammad s.a.w. sambil mengadu kepada Baginda s.a.w :"Ya Rasulllah,Hilal sudah tua
dan tidak ada orang untuk menjaganya. Kalau aku meninggalkannya sudah tentu dia akan
mati. Izinkan aku supaya menjagainya."Nabi Muhammad s.a.w. menjawab: "Baiklah tetapi
jangan melakukan perhubungan jenis." Kata isteri Hilal:"Ya Rasulullah ,dia sudah tidak ada
keinginan semenjak pemulauan dikenakan keatasnya. Dia menghabiskan masanya dengan
menangis."
Ada orang yang mecadangkan kepada saya supaya meminta kebenaran
daripada Nabi Muhammad s.a.w. untuk membolehkan isteri saya tinggal bersama-sama
saya tetapi saya enggan berbuat demikian kerana saya masih muda sedangkan Hilal sudah
tua. Lagi pula saya tidak berani membuat permintaan yang demikian. Sehingga ini
pemulauan telah dijalankan keatas kami selama lima puluh hari.
Pada pagi yang kelima puluh itu sedang saya duduk-duduk diatas bumbung rumah
saya, setelah melakukan Solat Faja, saya terdengar orang menjerit dari kemuncak bukit
Salak. "Ada berita gembira buat kamu ya Ka'ab." Sebaik sahaja saya mendengar berita itu
saya pun bersujud dengan gembiranya sambil mengucapkan syukur kepada Allah s.w.t..
Saya tahu yang saya telah perolehi keampunan daripada Allah s.w.t.. Sebenarnya Nabi
Muhammad s.a.w. mengistiharkan keampunan Allah s.w.t. kepada kami bertiga selepas
solat Subuh itu.Kemudian datang pula seorang penunggang kuda membawa berita yang
sama. Oleh kerana kegembiraan yang amat sangat saya telah menghadiahkan pakaian
yang terlekat dibadan saya kepada pembawa berita gembira itu.Pada masa itu saya hanyai
miliki pakaian yang sedang saya pakai tadi. Oleh hal yang demikian saya meminjam sehelai
pakaian dari sahabat saya dan memakai pakaian itu dan saya terus pergi berjumpa
dengan Rasulullah s.a.w.. Apabila saya tiba dimasjid orang-orang yang sedang berbualbuak dengan Rasulullah s.a.w.datang menerpa dan memegang tangan saya sambil
mengucapkan tahniah. Orang yang mula-mula mengucapkan tahniah kepada saya ialah
Talhah.Kemudian saya pun menyampaikan salam kepada Nabi Muhammad s.a.w. .
Muka Baginda s.a.w. berseri-seri dengan cahaya kegembiraan. Saya berkata
kepada Baginda s.a.w. :"Ya Rasulullah, saya bercadang hendak mendermakan semua harta
saya sebagai mengucapkan syukur kepada Allah s.w.t. yang telah sudi menerima taubat
saya." Baginda s.a.w.. berkata: "Janganlah habiskan semua harta kamu. Tinggalkan sedikit

untuk kepentingan dirimu." Saya pun mendermakan harta saya kecuali rampasan yang
diperolehi dalam Peperangan Khaibar."
"Kebenaran telah menyelamatkan saya dan oleh itu saya berazam hendak bercakap
benar pada setiap masa."

Kisah diatas dengan jelas menunjukkan sifat-sifat yang sepatutnya terdapat pada semua
penganut-penganut Islam yang bernar-benar beriman.
1) Pentingnya berusaha dijalan Allah s.w.t. Orang yang selama ini telah mematuhi segala
perintah Allah s.w.t. dan yang telah menyertai semua peperangan menetang musuh pun
terpaksa menanggung penderitaan akibat kesalahan yang dilakukan hanya sekali sahaja.
2) Kepatuhan menjunjung perintah Nabi Muhammad s.a.w. Selama lima puluh hari
masyarakat Islam termasuk kaum kerabat dan sanak saudara serta sabahat handai mereka
sendiri telah memulau Ka'ab dan kawan-kawannya pula telah menjalani hukuman dengan
pebuh ketaatan. Dengan lain-lain perkataan, yang memulau pada suatu pihak dan yang
kena pulau disuatu pihak yang lain masing-masing mematuhi arahan Nabi Muhammad
s.a.w.
3) Keimanan yang teguh Ka'ab telah menerima surat dari seorang raj Kristian yang cuba
mempengaruhinya supaya melakukan kemungkaran. Perkataan-perkataan dan
perbuatannya selepas menerima surat itu merupakan bukti yang nyata mengenai keteguhan
imannya.
Sekarang marilah kita memeriksa perbadi kita sendiri untuk menentukan banyak atau
sedikitnya kepatuhan yang terdapat pada diri kita. Adakah kita mematuhi segala perintahperintah Allah s.w.t.? Adakah kita mendirikan sembahyang- Perintah Allah s.w.t. yang paling
sedikit memakan belanja? Adakah kita berasa sedih apabila meninggalkannya?

Perang tabuk, sebuah peperangan yang di pimpin Rasulullah untuk menghadapi bangsa
Romawi, sebuah peperangan yang menjadi perbezaan antara mereka yang taqwa dan yang
munafik. Perang ini dilakukan oleh Rasulullah pada masa-masa sulit bagi kaum muslimin

saat itu, dimana cuaca yang sangat panas sekali, musim kemarau, dan pada saat itu pula
buah-buahan mulai ranum sehingga menyebabkan orang-orang lebih suka pada tempattempat mereka berteduh daripada ikut berperang bersama Rasulullah.
Keadaan inilah yang telah membuat sebagian kaum muslimin yaitu orang-orang munafik
lebih memilih tinggal di rumah-rumah mereka daripada pergi berperang, Padahal perang
yang akan dilakukan oleh Rasulullah tersebut membutuhkan bala tentara yang cukup besar
karena Beliau akan menghadapi bangsa Romawi yang dalam jumlah besar . Pada perang
kali ini sikap Rasulullah tidak seperti kebiasaanya sebagaimana perang pada perang-perang
sebelumnya, dimana pada perang-perang sebelumnya Rasulullah selalu merahsiakan
tentang peperangan yang akan di tuju namun pada perang Tabuk ini Rasulullah
menjelaskannya kepada kaum muslimin tidak lain adalah agar kaum muslimin bersiap-siap
kerana peperangan yang akan dilakukan itu akan menempuh perjalanan yang panjang,
masa-masa yang sulit, dan banyak musuh yang ingin beliau tuju.
Keadaan yang sangat sulit tersebut menyebabkan dari kaum muslimin banyak yang
meminta izin kepada Rasulullah untuk tidak ikut berperang dengan berbagai alasan. Salah
satunya adalah Al-jadd bin Qais dari Bani Salamah. Suatu ketika saat kaum muslimin
tengah bersipa-siap untuk pergi berperang, Rasulullah bersabda kepada Al-jadd Hai al-jadd
apakah tahun ini engkau ikut memerangi orang-orang berkulit kuning (Romawi)? Al-jadd
berkata, Wahai Rasulullah berilah aku izin dan engkau jangan menjerumuskanku ke dalam
fitnah. Demi Allah, kaumku telah mengenaliku bahwa tidak ada orang laki-laki yang cepat
tertarik kepada wanita daripada aku. Oleh karena itu, aku khawatir jika aku melihat wanitawanita berkulit kuning, maka aku tidak sabar. Rasulullah memalingkan muka dari al-jadd
dan bersabda aku mengizinkan. Dalam riwayat tersebut terlihat jelas sebuah alasan yang
dibuat oleh orang-orang munafik agar lepas dari beban untuk ikut serta dalam perang Tabuk.
Sehingga tentang al-jadd ini turunlah firman Allah Ta'ala dalam ayat
Di antara mereka ada orang yang berkata: "Berilah saya keizinan (tidak pergi berperang)
dan janganlah kamu menjadikan saya terjerumus dalam fitnah". Ketahuilah bahwa mereka
telah terjerumus ke dalam fitnah. Dan sesungguhnya Jahannam itu benar-benar meliputi
orang-orang yang kafir.(At-taubah:49)
Tidak sampai disitu saja, orang-orang munafik itu pun selain mencari-cari alasan untuk tidak
ikut berperang mereka juga memprovokasi orang-orang mukmin lainnya agar untuk tidak
ikut berperang juga. Memang seperti ini lah watak dari golongan munafik yang terkadang
justeru lebih membahayakan dari pada kaum kafir dzimmi, yang mereka bagai duri dalam
daging.
Apabila kaum muslimin mendengar suara seruan Rasulullah mengajak kepada peperangan
melawan Rom maka serta merta mereka berlumba-lumba mematuhi perintah Baginda itu.
Mereka segera bangun mempersiapkan diri dan tentera Islam secepat mungkin, seluruh
qabilah dan kelompok-kelompok Arab berduyun-duyun turut ke Madinah dari segenap
pelusuk dan penjuru, tak seorang pun merelakan ianya tersisih dan tertinggal kecuali
golongan yang sakit di dalam hatinya dan terkecuali tiga orang, malah hinggakan golongan
fakir dan miskin pun datang mengadap Rasulullah meminta supaya mereka pun dapat turut
serta untuk melawan Rom, tetapi Rasulullah menjawab: Aku tidak ada sesuatu yang boleh
membawa kamu semua. Maka mereka beredar dari situ dengan muka berlinangan air
mata, berdukacita kerana tidak dapat turut serta dan ketiadaan sesuatu untuk membiayai
peperangan.
Tidak ada padaku kenderaan yang hendak ku berikan untuk membawa kamu, mereka
kembali sedang mata mereka mengalirkan airmata yang bercucuran, kerana sedih mereka
tidak mempunyai sesuatu pun yang hendak mereka belanjakan untuk pergi berjihad pada
jalan Allah .

(al-Taubah: 92)
Di dalam perlumbaan kaum muslim membiayai peperangan, Uthman bin Affan teleh tampil
ke hadapan dengan pakej yang tersendiri, satu kafilah unta sebanyak dua ratus ekor sarat
dengan muatannya, dua ratus auqiyah makanan diserahkan kepada Rasulullah sebagai
sedekah, malah beliau membawa seratus ekor unta yang lain, kemudian beliau membawa
seribu dinar yang dicurahnya ke dalam riba Rasulullah (s.a.w). Rasulullah (s.a.w) segera
menerimanya sambil bersabda: Uthman tidak akan binasa selepas ini, lantaran apa yang
beliau lakukan itu. Selepas itu beliau memberi lagi sedekah dan bersedekah lagi, hingga
sedekahnya sahaja menjadi sembilan ratus (900) ekor unta dan seratus (100) ekor kuda,
selain dari wang.
Adapun Abdul Rahman bin Auf telah membawa dua ratus Auqiyah perak sementara Abu
Bakar pula membawa kesemua harta miliknya tanpa meninggal apa-apa pun untuk
keluarganya selain daripada Allah. Kesemua sekali hartanya empat ribu dirham dan
beliaulah orang pertama sekali yang menyerah hartanya kepada Rasulullah, manakala
Umar membawa separuh dari hartanya, al-Abbas membawa banyak sekali dari hartanya,
Talhah dan Saad Ibnu Ubbadah dan Muhammad bin Maslamah, semua mereka membawa
harta masing-masing. Asim bin Adi membawa sembilan puluh ekor unta yang sarat dengan
muatan buah tamar.
Selepas itu datanglah orang beramai-ramai, masing-masing membawa kadar sedekah, ada
yang banyak, ada yang sedikit, yang terkurang dari mereka dan ada juga yang membawa
seraub atau dua raub buah tamar. Itulah yang termampu bagi mereka. Kaum wanita pula
dengan cara mereka yang tersendiri dan unik, ada yang memberi kasturi, gelang, subang,
cincin, malah ada yang memberi uncang wang.
Tak seorang pun yang bakhil kecuali golongan munafiqin yang mempermainkan golongan
yang berbakti di kalangan orang yang beriman dengan sedekah-sedekah mereka, dan
terhadap golongan yang tidak berdaya selain dari tenaga usaha mereka, golongan
munafiqin memperolok-olokkan golongan ini.
(Orang-orang munafik) iaitu orang-orang yang mencela orang-orang mukmin yang memberi
sedekah dengan sukarela dan (mencela) orang-orang yang tidak memperolehi (untuk
disedekahkan)selain sekadar kesanggupdn, maka orang Munafik itu menghina mereka
(al-Taubah: 79)
KISAH KA'AB BIN MALIK DALAM PERANG TABUK
Selain dari mereka juga ada 3 orang sahabat yang dikenal baik keislamannya dan mereka
bukan lah seorang yang dikenal sebagai orang yang munafik. Salah satu dari mereka
adalah Ka'ab bin Malik Ra. Sejak islamnya Ka'ab bin malik, ia tidak pernah ketinggalan
sekali pun dalam setiap peperangan kecuali pada perang badar. namun pada perang Tabuk
ini ia tidak ikut serta bersama yang lainnya untuk pergi berperang. Hal ini disebabkan
lantaran pada masa-masa perang Tabuk itu Ka'ab bin Malik sedang dalam keadaan kaya
raya dan juga di dukung dengan keadaan dimana buah-buahan telah ranum dan tempat
berteduh diminati banyak orang sehingga ia menunda-nunda untuk melakukan persiapan
untuk ikut dalam perang Tabuk tersebut. Hal itu terjadi terus menerus sampai-sampai
pasukan telah siap untuk berangkat pergi berperang. Dalam keadaan itu Ka'ab bin Malik
berkata pada dirinya "aku akan bersiap-siap besok atau besok lusanya, kemudian aku akan
menyusul mereka". Setelah kaum muslimin berangkat, Ka'ab bin malik keluar rumah untuk
bersiap-siap dan bertekad akan menyusul rombongan kaum muslimin namun ia tidak jadi
dan menundanya pada keesokan harinya, pada hari berikutnya pun ia tunda lagi sampai

berhari-hari kemudian ia sama sekali belum bersiap-siap hingga kaum muslimin telah
berjalan jauh dan tidak terkejar lagi. Hingga pada akhirnya ia pun tidak jadi berangkat dan
tetap berada di madinah.
Pada suatu pagi Rasulullah beserta Rombongan kaum muslimin telah pulang dari
berperang, dan sudah menjadi kebiasaan Rasulullah setiap setelah pulang dari perjalanan
beliau langsung menuju masjid dan solatt 2 rakaat lalu keluar duduk-duduk bersama
penduduk lainnya. pada saat itu para orang-orang munafik pun berbondong-bondong
mendatangi Rasulullah yang jumlahnya sekitar 80 orang, mereka bersumpah kepada beliau
dan meminta udzur atas ketidak ikut sertaan. Namun Ka'ab bin Malik tidak melakukan hal
serupa, ia datang kepada Rasulullah dan menceritakan dengan jujur perihal ketidak ikut
sertaannya dalam berperang. Setelah menceritakan perihal ketidak ikut sertaannya kepada
Rasulullah, Rasulullah bersabda "Adapun orang ini(Ka'ab bin Malik) berkata benar.
Berdirilah dan pulanglah hingga Allah memberi putusan tentang dirimu". Tidak lama setelah
itu Rasulullah memberikan perintah kepada orang-orang untuk tidak berbicara dan menjauhi
Ka'ab bin malik beserta 2 sahabat yang lainnya yang juga berperilaku sama sebagaimana
Ka'ab.
Mereka dalam keadaan seperti itu selama 50 malam, dalam keadaan itu Ka'ab bin malik
beserta 2 sahabat lainnya merasakan seakan akan tidak mengenal lagi dengan dunia ini.
Dalam pengasingan tersebut 2 sahabat lainnya lebih memilih berdiam di rumah sampai
keputusan Allah turun, namun tidak bagi Ka'ab bin Malik yang tetap keluar rumah, ke pasar,
dan juga berjamaah ke masjid namun tidak seorang pun mau berbicara dengannya. pernah
suatu saat, ketika ia ke masjid melihat Rasulullah, lantas ia mendekati Rasulullah dan
mengucapkan salam kepada beliau sambil berharap Rasulullah menjawab salamnya,
kamudia Ka'ab mengerjakan solatt di samping Rasulullah guna mencuri-curi pandangan
kepada beliau. Jika Ka'ab mengerjakan solat Rasulullah melihatnya tapi ketika ia menoleh
maka Rasulullah memalingkan wajahnya. Hal tersebut terus terjadi hingga hari ke-40, pada
hari ke-40 seorang utusan Rasulullah datang kepada Ka'ab dan 2 sahabat yang lainnya
menyampaikan kepada mereka untuk menjauhi isteri-isteri mereka pula. Hal itu berlangsung
10 hari, hingga pada pagi hari pada hari ke-50 Ka'ab keluar rumah untuk menunaikan solat
subuh dan setelah itu ia pergi ke gunung sala' dan mendirikan tenda disana. Tiba-tiba
seorang penyeru berteriak keras "Hai Ka'ab bin Malik bergembiralah!", seketika itu Ka'ab
bersujud karena solusi telah tiba. Rasulullah mengumumkan diterimanya taubat Ka'ab bin
Malik beserta 2 orang sahabat yang lain.

IMPLIKASI

Peperangan ini memberi kesan yang mendalam ke atas pengaruh dan kekuatan umat Islam
dan implikasinya terhadap seluruh Semenanjung Tanah Arab secara am. Hingga kini semua
orang mendapati bahawa tiada kuasa yang boleh meneruskan hidup selain dari Islam, kini
saki baki cita-cita dan angan-angan yang bergolak dalam dada kaum Jahaliah dan
munafiqin sudah hancur samasekali, kerana sebelum ini mereka sememangnya menunggununggu kesempatan untuk membuat pukulan mengejut, terutamanya kaum Rom yang
mereka rasakan sebagai kekuatan yang boleh mereka bergantung dan menambat harapan
peperangan Tabuk, seluruh kaum musyrik kehabisan tempat pergantungan, mereka terpa..
hakikat dan realiti ini.
Sebagai tindakan susulan kaum muslimin terhadai-kaum munafiqin, bermula di hari ini, di
mana mereka tidak lagi di muamalahkan (membuat kira bicara) dengan mereka secara

berlembut dan licin, sebaliknya Allah menyuruh bertindak tegas terhadap mereka, melarang
kaum muslimin menerima sedekah-sedekah mereka, melarang bersembahyang ke atas
mayat mereka, menegah beristighfar untuk mereka, melarang untuk berdiri di atas kubur
mereka dan memerintah supaya dirobohkan markas perancangan komplot jahat mereka
yang telah mereka dirikan atas nama masjid. Allah telah menurunkan ayat-ayat al-Quran
yang mendedahkan hakikat mereka, menbongkar konspirasi-konspirasi mereka dan tiada
rahsia lagi mengenai pergerakan mereka, seolah-olah ayat al-Quran menuding ke arah
nama-nama mereka yang tinggal di Madinah.
Boleh dikenalpasti betapa jauhnya kesan peperangan ini ke atas bangsa Arab, di mana
perwakilan-perwakilan dan perutusan-perutusan datang menemui Rasulullah jauh lebih
banyak dari masa-masa sebelumnya, meskipun perwakilan ini sudah pun berlaku sebelum
ini, tetapi tidaklah sehebat pasca peperangan Tabuk.

AYAT-AYAT AL-QURAN MENGENAI PEPERANGAN TABUK


Ayat-ayat al-Quran turun bertalu-talu dalam surah al-Baqarah mengenai peperangan ini, ada
ayat turun sebelum keluar, ada ayat selepas keluar, yakni semasa di dalam perjalanan dan
sebahagian yang lain pula selepas pulang ke Madinah. Ada ayat-ayat membicara mengenai
suasana peperangan, mendedahkan kejahatan kaum munafiqin, kelebihan golongan yang
berjihad dan ikhlas, penerimaan taubah terhadap mereka yang beriman dan tulus, mengenai
mereka yang menyertai peperangan dan yang menarik diri dan seterusnya berbagai-bagai
sudut lagi diperkatakan di dalam ayat-ayat dari surah al-Baqarah itu.

BEBERAPA PERISTIWA PENTING DI DALAM TAHUN BERKENAAN


Di dalam tahun berkenaan berlaku beberapa peristiwa yang mempunyai signifikan di dalam
sejarah iaitu:
1. Selepas kepulangan Rasulullah dari Tabuk berlaku sumpah menyumpah di antara
Uwaimir al-Ijlani dan isterinya.
2. Wanita al-Ghamidiyah telah dihukum rejam setelah beliau menemui Rasulullah dengan
pengakuan bersalah ke atas dirinya sendiri. Direjam selepas tamat tempoh penyusuan anak
kandungnya.
3. Kewafatan Raja al-Najasyi Ashamah dan Baginda solat ghaib ke atas jenazahnya.
4. Kewafatan Ummi Kalthum, puteri Rasulullah dan Baginda berdukacita yang amat sangat,
hingga Baginda bersabda kepada Uthman Bin AlTan: Seandainya aku mempunyai puteri
yang ketiga nescaya, ku kahwinkan kepada engkau wahai Uthman.
5. Kematian kepala golongan munafiqin, Abdullah bin Ubai sekembalinya Baginda dari
Tabuk. Rasulullah beristighfar kepada Allah dan Baginda bersolat ke atas mayatnya, tetapi

Umar menghalang Rasulullah berbuat demikian, akhirnya turun ayat al-Quran menyetujui
tindakan Umar.

Anda mungkin juga menyukai