Anda di halaman 1dari 5

15.

0 REFLEKSI INDIVIDU
MOHD ABDUL FATTAH BIN CHE MUSA
NO KP: 921107-03-5163
Alhamdulillah, sepanjang proses saya dan rakan rakan membuat tugasan
olahraga ini, terlalu banyak perkara baru yang telah saya perolehi memandangkan saya
tidaklah seorang aktif dalam bidang sukan terutamanya dalam bidang olahraga.
Penglibatan saya dalam menyiapkan olahraga lompat tinggi ini telah membuahkan dan
mencambahkan minat yang tinggi dalam bidang ini terutamanya dalam sukan lompat
tinggiitu sendiri.
Acara Lompat Tinggi adalah salah satu daripada acara olahraga yang diminati
dan sentiasa mendapat perhatian ramai. Lompat Tinggi mula diperkenalkan dalam
tahun 1887 dan dalam tahun 1896 acara Lompat Tinggi telah diperkenalkan dalam
sukan Olimpik. Acara ini menjadi perhatian ramai kerana pelbagai gaya lompatan
digunakan oleh para atlit.
Berdasarkan kajian yang saya lakukan terhadap acara lompat tinggi ni, tidak
dapat dipastikan apakah lompat tinggi pernah disenaraikan dalam Sukan Olimpik Kuno
seperti lompat jauh. Ada setengah pendapat mengatakan acara lompat tinggi ini
pernah dijadikan acara dalam sukan tersebut, tetapi tidak kurang pula pihak yang
menafikannya. Catatan terawal tentang lompat tinggi ialah pada abad ke-19 apabila
satu pertandingan diadakan bagi menentukan siapa antara segolongan profesional di
England yang mampu melompat paling tinggi. Dalam pertandingan yang diadakan
pada tahun 1861, seorang berbangsa Scotland, William Tivendale berjaya melompat
setinggi 1.83 meter.
Kebiasaannya dalam setiap acara sukan atau olahraga, ia mempunyai kaedah
yang tersendiri dalam pelaksanannya sama ada dari segi latihan atau mekanisme
pergerakannya. Begitu juga dalam acara lompat tinggi, ia juga mempunyai beberapa
gaya yang tersendiri. Antara gaya lompat tinggi yang sempat saya kaji ialah:
1. Gaya Gunting (Scissors)
2. Gaya Eastern Cut-off
3. Gaya Guling Barat (Western Roll)

4. Gaya Guling Pelana (Straddle)


5. Gaya Fosbury Flop
Setiap gaya mempunyai fasa fasa mereka yang tersendiri dan juga prinsip
biomekanik yang terlibat dalam melaksanakan gaya gaya tersebut. Saya secara
peribadinya mengaku bahawa, saya baru sahaja mengetahui bahawa lompat tinggi
terbahagi kepada empat fasa secara umumnya, iaitu:
Penujuan
Penujuan

larian menghala ke palang.

Lonjakan
Lonjakan

tindakan kaki untuk menaikkan badan.

Layangan
Layangan

gaya dan kedudukan badan ketika berada di udara dan di atas palang.

Pendaratan
Pendaratan

sentuhan badan dan bahagiannya dengan tempat mendarat

Setiap gaya juga mempunyai latihan ansur majunya yang tersendiri. Ini kerana
setiap gaya itu mempunyai mekanisme pelaksanaannya yang tersendiri dan berlainan
antara satu sama lain. Disebabkan oleh mekanisme mekanisme yang terlibat itu
berlainan antara gaya gaya tersebut, maka cara latihan ansur maju juga mestilah
berlainan. Contohnya dalam fasa lonjakan, pada gaya pelana, lutut kiri dibengkokkan
pada langkah terakhir larian, dan tangan dihayunkan ke belakang serta tumit kaki pasak
badan dalaam keadaan condong ke belakang. Pada langkah terakhir ini peserta mesti
bersedia untuk mula melonjak keatas palang. Apabila kaki kanan ( depan ) mula
dihayun ke atas, tangan yang dibelakang tadi turut ikut serta. Ketika inilah kaki kiri
( belakang ) akan membuat lonjakan sekuat yang mampu. Tindakbalas kepada
penekanan dan daya gerak ke atas, pertukaran gaya lonjakan kaki dan penyerapan
hentakan mestilah berlaku dengan pantas.

Manakala dalam gaya fosbury flop, Apabila hampir dengan tempat untuk
melonjak, kaki yang akan melonjak seharusnya berada di posisi selari dengan palang
lompatan. Keadaan ini akan menempatkan badan peserta di posisi yang baik untuk
mengelakkan badan daripada terkena palang apabila sudah melompat.
Walaupun begitu, gaya tangan amat memainkan peranan yang penting dalam
setiap gaya lompat tinggi. Layangan tangan yang baik akan dapat membantu
seseorang itu melayangkan badannya dengan baik dan juga akan bertindak sebagai
pengimbang ketika kita melayangkan badan kita. Apabila seseorang atlit itu dapat
melayangkan badan dengan seimbang, maka hasil layangan badan juga akan menjadi
lebih berkualiti dan akan dapat melepasi palang dengan baik.
Apa yang mengejutkan dan menerujakan saya dalam acara lompat tinggi ini juga
adalah mengenai prinsip biomekanik yang terlibat dalam acara lompat tinggi ini. Dalam
acara lompat tinggi ini, beberapa prinsip biomekanik yang terlibat yang mana prinsip itu
juga kita boleh kita gunakan dalam kehidupan seharian kita.
Antara prinsip biomekanik dalam lompat tinggi yang dapat kita aplikasikan dalam
aktiviti kehidupan seharian kita ialah gravity dan pusat graviti. Elemen ini adalah antara
elemen yang agak penting kerana ia melibatkan kestabilan seseorang itu sendiri dan
setiap aktiviti sukan amat mementingkan konsep kestabilan ini.
Selain itu, aktiviti lompat tinggi juga mengaplikasikan hukum hukum newton
didalamnya. Hukum newton yang digunakan ialah :
1) Hukum Inertia (Hukum Pertama)
a. Setiap jasad akan terus berada dalam keadaan rehat atau terus bergerak
dengan halaju yang sekata pada satu arah lurus sehingga terdapat satu
daya yang mengubah keadaannya.
2) Hukum Pecutan (Hukum Kedua)
a. Kadar penurunan momentum adalah secara terus dengan daya yang
digunakan dan pertukaran ini berlaku pada arah yang sama dengan arah
tindakan daya.
3) Hukum Tindak balas (Hukum Ketiga)
a. Untuk sebarang tindakan selalu terdapat suatu tindak balas yang sama
magnitudnya tetapi pada arah yang bertentangan.

Hukum newton merupakan suatu hukum yang sentiasa berlaku dalam kehidupan
seharian kita tanpa kita sedari. Dalam aktiviti lompat tinggi, hukum ini memainkan
peranan penting kerana, aktiviti lompat tinggi memerlukan penggunaan tenaga yang
banyak disamping elemen momentum dan halaju juga diambil berat. Semua prinsip
biomekanik ini berkait antara satu sama lain dimana setiap elemen itu diperlukan untuk
melahirkan satu aktiviti lompat tinggi yang sempurna.
Berdasarkan keseluruhan dari tugasan ini, dapat saya simpulkan bahawa, acar
lompat tinggi ini bukan hanya sekadar melompat sahaja, tetapi, ia melibatkan pelbagai
komponen dan elemen elemen tertentu untuk melahirkan kesempurnaan dalam acara
lomopat tinggi ini.
Saya sebagai seorang bakal guru melihat bahawa acara lompat tinggi ini
mempunyai potensi yang sangat besar untuk dimajukan di sekolah rendah. Ini kerana,
pada pendapat saya, acara lompat tinggi ini jikalau diasah semenjak dari sekolah
rendah lagi, para pelajar mudah untuk mengusainya. Saya hanya baru belajar teknik
lompat tinggi ini pada semester 5 ini, tetapi saya sudah mampu untuk melompat
setinggi 1.4 meter hasil tunjuk ajar dan didikan En. Wan Suhaimi. Ini menunjukkan
bahawa program pembangunan untuk acara acara olahraga seperti lompat tinggi ini
jika diusahakan secara serius semenjak di bangku sekolah rendah lagi, maka tidak
mustahil Malaysia akan melahirkan jaguh dunia di arena olahraga pada suatu hari nanti.
Manakala dari sudut pembangunan sahsiah dan emosi para pelajar, aktiviti
aktiviti seperti acara lompat tinggi ini dapat membentuk membentuk sahsiah para
pelajar dengan baik dari sudut JERIS iaitu Jasmani, Emosi, Rohani, Intelek, dan
Sahsiah. Ini kerana aktivit olahraga seperti lompat tinggi ini memerlukan disiplin yang
tinggi dalam pelaksanaannya.
Aktiviti aktiviti dalam acara olahraga khususnya dalam lompat tinggi
memerlukan seseorang itu menggunakan tenaga dan pergerakan yang agak banyak
dan ini dapat membentuk jasmani yang sihat dan tubuh badan yang kuat. Pepatah arab
ada menyebut:

akal yang sihat berada dalam tubuh badan yang sihat

Rasulullah s.a.w juga bersabda:



"mukmin yang kuat itu lebih disukai oleh ALLAH dari mikmin yang lemah
Daripada dua petikan pepatah arab dan hadis ini, dapat kita simpulkan bahawa
usaha membentuk para pelajar yang aktif bersukan adalah amat penting. Ini adalah
selaras dengan hasrat kementerian untuk membentuk pelajar pelajar yang aktif
bersukan sejak di bangku sekolah rendah lagi dan yang paling penting ia adalah
selaras dengan kehendak Islam yang menyuruh penganutnya supaya aktif supaya
dapat membentuk umat Islam yang kuat dan sihat.
Akhir kalam dari saya, saya sebagai bakal guru amat berharap supaya program
pembangunan sukan dapat dijalankan semenjak di bangku seklah rendah lagi dan
selaras dengan kehendak syariat Islam yang mana syariat Islam adalah sentiasa
bersesuaian dengan setiap lapisan masyarakat.
Sekian

Anda mungkin juga menyukai