Anda di halaman 1dari 6

PK07 Pengurusan Mesyuarat

PK 07/3
SK KAMPONG TENGAH, SEGAMAT
MINIT MESYUARAT PANITIA MATEMATIK
BIL.1/TAHUN 2012
Tarikh
Masa
Tempat
Pengerusi

: 22 Disember 2011
: 8.30 pagi
: Bilik Guru, SK Kampong Tengah, Segamat
: Puan Hajah Hamidah binti Haji A. Aziz (Guru Besar)

Kehadiran(Bilangan) : 12 orang
Turut Hadir (Jika ada) : Tiada
1

KATA ALU-ALUAN PENGERUSI


1.1 Mengucapkan tahniah kepada panitia yang telah dapat mengadakan mesyuarat sebanyak
4 kali bagi sesi 2011
dan menyiapkan laporan tahun 2011. Semoga usaha yang baik ini diteruskan.
1.2 Tahniah kepada Ketua Panitia yang dilantik dan berharap beliau dapat memimpin panitia
dengan cemerlang
untuk merealisasikan visi, misi dan matlamat sekolah.
1.3 Memaklumkan surat pelantikan kepada Ketua Panitia telah diedarkan semasa mesyuarat
Majlis Kurikulum
Sekolah pada 20.12.2011
1.4 Ketua Panitia adalah sebagai penjana dan pencetus idea kepada pencapaian akademik
mata pelajaran dan
memainkan peranan yang penting untuk meningkatkan prestasi mata pelajaran.
1.5 Diharapkan Ketua Panitia selalu membuat perbincangan profesional dengan guru-guru
mata pelajaran,
membimbing serta memantau mereka.

MEMBENTANG DAN MENGESAHKAN MINIT MESYUARAT YANG LEPAS.


2.1. Dibentang oleh Lim Geok Ling.
Dicadang untuk disahkan oleh Puan Mona Liza bt Nek Mat.
Disokong untuk pengesahan oleh Cik Rabinah bt Mohd Tap

PERKARA BERBANGKIT:
3.1. Tiada.

PERBINCANGAN ISU SEMASA :


4.1 Audit Akademik
4.1.1 Peperiksaan Akhir Tahun dan UPSR 2011. (Lihat Lampiran)
4.1.2 Prestasi UPSR 2006-2011 adalah kurang kosisten dan tumpuan yang sepenuhnya
harus ditekan
dalam mengurangkan bilangan murid Near miss MT.(MT- 4 orang)
4.1.3 Keputusan MT bagi Tahap1 adalah adalah cemerlang tetapi Tahun 4 dan Tahun 5
adalah
memuaskan sahaja.( SPSK adalah 60% atau 3% peningkatan-menepati sasaran)
Tindakan:

Semua Guru MT

4.2. Post Mortem


4.2.1 Guru-guru MT perlu membuat Analisis item untuk mencari kelemahan
murid. terangkan topik2 yg mrk
tak kuasai.
4.2.2 Murid yang lemah harus dibimbing dan menggunakan pendekatan yang berkesan
dalam
meningkatkan penguasaan konsep asas dan latihan yang berulang untuk proses
pengukuhan.
4.2.3 Latihan yang pelbagai aras harus didedahkan kepada murid supaya murid bersedia
Hak Cipta Terpelihara Sektor Jaminan Kualiti, Jabatan Pelajaran Johor
| 1 Mac 2011 - Keluaran 02 | Pindaan 00

PK07 Pengurusan Mesyuarat


untuk menjawab
Tindakan:

peperiksaan.

Semua Guru MT

4.3 Pengurusan Panitia


4.3.1 Ketua Panitia hendaklah merujuk SPI Bil 4/1986 bagi melicinkan pengurusan panitia.
4.3.2 Ketua Panitia hendaklah melantik jawatankuasa kerja dan seterusnya ada carta
organisasi panitia.
4.3.3 Mesyuarat panitia perlu diadakan sebanyak 4 kali setahun mengikut takwim rujuk
takwim persekolahan
2012; yang mana agenda utamanya mestilah membincangkan pencapaian mata
pelajaran dan
perkembangan pelaksanaan program yang dirancang serta kewangan panitia.
4.3.4 Fail panitia mesti disimpan di Bilik Simpanan Fail- 6 buah fail dan 1 fail induk
disimpan di pejabat sekolah.
4.3.5 Maklumat dalam fail-fail mesti dikemaskini dari masa ke semasa.(Hasil pencerapan
P&P dan Penyelian buku
latihan perlu diserah kepada KP)
4.3.6 Maklumat guru dan jadual waktu terkini m/pelajaran perlu dikemaskini.
4.3.7 Jika kulit fail telah pudar, buat yang baharu begitu juga dengan tulang fail mesti ada
bagi memudahkan
untuk mencari kandungan fail.
4.3.8 Minit mesyuarat disiapkan dalam tempoh satu minggu dan ikut prosedur SPSK : notis
mesyuarat, borang
kehadiran dan edaran yang semuanya menggunakan format SPSK.
4.3.9 Headcount mata pelajaran mesti dibuat dari tahun 3 hingga tahun 6 dan ditampal
dalam BRM.
4.3.10 Setiap kali selepas PK/UPPM hendaklah dibuat analisis item, post mortem dan audit
akademik.
Tindakan:

Semua Guru MT

4.4 Pengurusan Pembelajaran dan Pengajaran


4.4.1 Agihan masa bagi MT :
Tahun 1 dan Tahun 2- 6 waktu (KSSR)
Tahun3 hingga Tahun 6 7 waktu
4.4.2 Guru-guru mesti mengajar mengikut sukatan terkini dan Ketua Panitia perlu
menyemak untuk memastikan
perkara ini sebelum guru-guru menghantar RPT kepada guru besar untuk disahkan.
4.4.3 Kepada guru yang mengajar tidak mengikut sukatan boleh dikenakan denda
RM5000@ 3 bulan
penjara, atau kedua-duanya sekali.
4.4.4 Format Rancangan Pelajaran Harian perlu diseragam mengikut versi KSSR dan KBSR.
4.4.5 Pelajaran Tahunan perlu dirancang mengikut takwim sekolah. Ada catatan bagi
rancangan yang terlewat
atau tercepat dijalankan.
4.4.6 Guru yang mengajar tahun 1 terlibat dengan program orientasi tahun 1 selama 3
minggu (4 20 Jan)
4.4.7 Plan J perlu disediakan. Ada KPI dan pencapaian sebenar yang mesti diisi setiap kali
habis tajuk diajar.
Catatan perlu dibuat bagi yang tidak menepati KPI.
4.4.8 Penggunaan buku latihan bagi MT ialah sebanyak 3 buah. Kotak besar bagi tahap 1
dan kotak sedang
bagi tahap 2.
4.4.9 Jumlah minima latihan yang perlu diberi kepada murid :
Tahun 1 :
Tahun 4 :
Tahun 2 :
Tahun 5 :
Tahun 3 :
Tahun 6 :
4.4.10 Maksimakan penggunaan BBM supaya P&P lebih berkesan.
4.4.11 Pada kulit buku latihan murid pastikan mereka menulis nama dengan lengkap, kelas
Hak Cipta Terpelihara Sektor Jaminan Kualiti, Jabatan Pelajaran Johor
| 1 Mac 2011 - Keluaran 02 | Pindaan 00

PK07 Pengurusan Mesyuarat


dan nama mata
pelajaran serta jenis buku (cth : MT 1)
4.4 12 Setiap kali membuat latihan, mesti ditulis tarikh dan hari dan guru-guru perlu
menekankan aspek
kekemasan tulisan murid-murid serta kebersihan buku.
4.4.13 Penekanan pembelajaran dan pengajaran berbentuk Fun Learning KSSR. Bagi MT ;
latihtubi, hafalan sifir
adalah sangat penting.
4.4.14 Pengurusan kelas sangat penting supaya murid bersedia dan dalam keadaan yang
terkawal serta
kondusif agar murid dapat belajar dengan selesa.
4.4.15 Hasil kerja murid- Pembetulan mesti dibuat , kualiti&kuantiti mesti bervariasi dan
kepelbagaian,penandaan
mesti dibuat dalam tempoh 2 hari( jumlah latihan yang ditetapkan mengikut aras
murid).
4.4.16 Penggunaan rekod latihan-diseragam MT warna kuning.
4.4.17 Takwim pencerapan PNP dan penyeliaan hasil kerja murid rujuk ms 59 -62.
4.4.18 Penghantaran HKM hendaklah bersama borang penyeliaan dan Plan J dan sila patuhi
takwim.
Tindakan:

Semua Guru MT

4.5 Linus/Protim/Pemulihan/KSSR
4.5.1 Linus.
Seorang murid Linus Tahun 2S (Muhamad Sharul Azril Azizol melepasi saringan 6
Dua orang murid Tahun Satu
(Norwahidah Zahrin dan Luqman Hakim Herman) murid Linus Tahun Dua 2012.
Tindak
an : Guru Pemulihan
. 4.5.2 Protim :
Pascaujian Tahun 4 , 5 dan 6 telah dijalankan pada 28 Oktober hingga 4 November
2011
Murid Protim 2011 :
Tahun 4 (17 orang Fairiez, Firdaus Hakimi, M.Ashraff,M Fariz Aiman, M Khairul Nizam,
M. Khairul Syahmi,M.Shaharul Amirul,Syukran, Shaari,Erra, Noor Farhana, Nur
Farhana,
Mazuin , Nurhasliza, Nurul Asma, Suhida)
Tahun 5 (7 orang M. Shah Rafiq Mansor, M Hamdi,Noor Haiqal ,HurunEn, Nurhani
Harisha,
Rohayu,Athirah Najwa )
Tahun 6- Tiada
Tindakan : Guru MP kelas
4.5.3 Pemulihan :
Muhamad Sharul Azril bin Azizol telah masuk ke kelas Perdana.
Norwahidah Zahrin dan Luqman Hakim Herman murid Linus Tahun Dua 2012.
Tindakan : Guru Pemulihan
4.5.4 KSSR:
Pembentangan KSSR Tahun 2 MT akan dibuat pada LDP 28.12 2011 oleh Cik Rabinah
binti Mohd Tap.
Guru KSSR Tahun 1 dan Tahun 2 hendaklah menggunakan Dokumen Standard
Kurikulum yang
mengandungi Standard Kandungan dan Standard Pembelajaran sebagai panduan
melaksanakan PNP.
Pastikan murid mencapai sekurang-kurangnya Band 3.
Hak Cipta Terpelihara Sektor Jaminan Kualiti, Jabatan Pelajaran Johor
| 1 Mac 2011 - Keluaran 02 | Pindaan 00

PK07 Pengurusan Mesyuarat


Penekanan kepada Fun Learning.
Pentaksiran Berasaskan Sekolah(PBS) dijalankan mengikut prosedur dan berintegriti
dan seterusnya
memasukkan keputusan dalam SPPBS.
Tindakan: Guru MT Th 1 & 2
4.6 Program Panitia MT 2012
4.6.1 Semua program Panitia yang dirancang hendaklah dilaksanakan sebaik mungkin,
mengikut jadual dan
sentiasa dipantau oleh ketua panitia untuk memastikan keberkesanan dan memberi
impak kepada
pencapaian prestasi akademik.
4.6.2 Program yang dirancang hendaklah yang boleh dilaksanakan, biar sedikit tetapi
berkualiti dan dibuat
postmortem agar mana-mana kelemahan dapat dibuat penambahbaikan.
4.6.3 Perancangan Stategik panitia hendaklah dirancang berdasarkan sesuatu isu. Isu mata
pelajaran MT ialah
untuk meningkatkan pencapaian prestasi MT tahap 2 .
4.6.4 Program Perkembangan Staf dan aktiviti yang dijalankan perlu ada laporan dan
laporan dibuat sebaik
sahaja aktiviti itu tamat bagi mengelakkan beban tugas pada akhir tahun.
4.6.5 Pelaksanaan program panitia merupakan agenda yang wajib dibincang setiap kali
mesyuarat untuk
mengetahui perkembangan dan perjalanan program serta kejayaannya.
4.6.6 Aktiviti yang dijalankan perlu ada kolaborasi- Pameran Berkala(Bersama PSS), Bulan
Membaca, Sambutan
Kemerdekaan dsbnya.
4.6.7 Penekanan mesti diberikan kepada penguasaan sifir supaya murid mantap dan celik
sifir.
4.6.7 Perancangan strategik dan program tahunan panitia hendaklah dihantar kepada guru
besar sebelum atau
pada 13 Januari 2012.

Tindakan: KP & Semua Guru MT


5. Kewangan
5.1 Perlu rancang mengikut keperlu an dan peruntukan bagi jumlah yang diterima.
Anggaran peruntukan 2012
: RM 699.12
Jumlah Baki di bawa Hadapan
: RM 33.01
Jumlah Besar
: RM 732.12
5.2 Semua prosedur kewangan hendaklah merujuk Pekeliling Kewangan Bil 8/2010.
5.3 Anggaran Belanja Mengurus Bajet Tahun 2012 perlu dibuat mengikut agihan dalam
peratus.
5.4 Prosedur penggendalian pembelian
5.4.1 Berbincang dengan GB terlebih dahulu dan mengisi nota minta.
5.4.2 Apabila menerima barang, semak kuantiti dan kualiti barang yang diterima
berpandukan borang
pesanan dan dapatkan invois, semak dan tandatangan penerimaan.
5.4 3.Serahkan salinan invois kepada penyelaras PSS untuk direkodkan.
5.4.4 Barang-barang yang diterima dimasukkan ke dalam stok dan perlu dimaklumkan
kepada guru-guru MT.
Bahan bantu mengajar yang dibeli disimpan dalam Bilik BBM di sudut panitia.
5.4.5 Bagi pembelian tunai kurang RM 100 boleh menggunakan panjar wang runcit
(PWR) dimana guru
hendaklah mengisi baucer kecil dan diserahkan kepada GB bersama resit
pembelian untuk menuntut
bayaran yang telah dibuat. Dibenarkan sekali sekala membeli bahan yang lebih RM
Hak Cipta Terpelihara Sektor Jaminan Kualiti, Jabatan Pelajaran Johor
| 1 Mac 2011 - Keluaran 02 | Pindaan 00

PK07 Pengurusan Mesyuarat


100 sekiranya bahan
tersebut tiada di pasaran tempatan.

Tindakan : Ketua Panitia

6. HAL-HAL LAIN
6.1. Agihan peruntukan perlu diberikan untuk program LINUS/Pemulihan /Protim
6.2 Mengingatkan semua guru mengisi SGM online sebelum 31.12 2011
Tindakan:

Semua Guru MT

PENUTUP
a) Ucapan penangguhan oleh Pengerusi Mesyuarat.
Mengucapkan terima kasih kepada semua yang telah bekerjasama untuk melicinkan
perjalanan mesyuarat dan kepada yang telah menyumbang idea dan memberi
teguran.
Mengharapkan agar semua guru dapat menjalankan tugas dan amanah yang diberi
dengan penuh bertanggungjawab, komited dan bekerja sepasukan.
b) Mesyuarat akan datang akan diadakan pada 22.3.2012
c) Mesyuarat ditangguhkan pada jam 12.30 pm.

Disediakan oleh,

____________________
(LIM GEOK LING )
Ketua Panitia Matematik,
SK Kampong Tengah, Segamat.
Segamat.
Tarikh : 22 Disember 2012

Disemak oleh,

_______________________________
(HAJAH HAMIDAH BINTI HAJI A. AZIZ)
Guru Besar
SK Kampong Tengah,
Tarikh : _____________________

Hak Cipta Terpelihara Sektor Jaminan Kualiti, Jabatan Pelajaran Johor


| 1 Mac 2011 - Keluaran 02 | Pindaan 00

PK07 Pengurusan Mesyuarat

Hak Cipta Terpelihara Sektor Jaminan Kualiti, Jabatan Pelajaran Johor


| 1 Mac 2011 - Keluaran 02 | Pindaan 00

Anda mungkin juga menyukai