Ibu Robert pula, Makcik Elizabeth atau Alisa memeluk Islam sewaktu
berkahwin dengan Pakcik Iskandar. Dia dapat melihat keindahan Islam
dalam diri Pakcik Iskandar dan berkahwin dengannya. Pakcik Iskandar
pula bersyukur kerana Allah telah mempertemukannya dengan orang
yang inginkan Islam dan dia berazam akan memimpin Isterinya menuju ke
arah Islam yang sebenar.
Rayyan pula seorang muslim sejak kecil lagi. Dia mendapat nama Rayyan
sejak kecil dan ibu-bapanya pula mengubah nama mereka sejak mereka
memeluk islam. Bukankah nama itu melambangkan identiti seseorang.
Wah, banyaknya CD! Tak tahu nak pilih yang mana. Hurm..Apa kata kita
cuba Pengembaraan Portugis menjajah Melaka? Kita sudah belajar
tentang ini di dalam kelas sejarah, tetapi aku masih tak faham ceritanya,
Kata Rayyan kepada Iqram.
Yelah, nampak seronok . Aku faham ceritanya. Aku cerita ya. Pada suatu
hari, Melaka telah dijajah oleh Portugis yang diketuai oleh.Kata Iqram
lalu segera dipintas oleh Professor Wawy. shuuut..Tak seronoklah
pengembaraan kalau dah tahu ceritanya,Professor Wawy meletakkan
tanganya ke mulut nya .
Rayyan menganguk-angguk.
Baiklah, pergi tidur sekarang. Biar Professor yang pasangkan CD.Tapi
sebelum itu,kamu berdua mesti pakai Jam yang professor cipta ni.Jam ini
membolehkan kita berkomunikasi didalam mimpi itu nanti. Kata Professor
Wawy lalu menghulurkan jam tangan itu. Kemudian ,Dia pun memasukkan
CD kedalam bantal mimpi itu.Ok, dah siap. Bolehlah kamu tidur
sekarang,
Bagusnya boleh tidur macam ni, dari tadi lagi aku mengantuk, Kata
Iqram.
Alamak!Aku tak mengantuk langsung, macam mana ni? kata Rayyan
pula.
Jangan risau,Prof ada jalannya. Pada bantal ni ada butang tidur, kalau
kamu tekan butang ni, bantal itu akan bergoyang dan akan membuatkan
kamu tertidur, Kata Professor Wawy pula.
Baiklah, saya tekan sekarang, Kata Rayyan. Iqram pula sudah nyenyak
tidur. Tidak lama kemudian kedengaran dengkuran Rayyan pula .
**********************************************************************
Beliau ialah pemerintah Melaka yang zalim yang memerintah dari tahun
1488 sehingga tahun 1511,
Tapi, tak ada masaalah ke jika kita pergi berjumpa dengan Sultan
Mahmud Shah? Aku takut sejarah tiba tiba berubah,
Jangan risau, aku rasa kita bayangan saja. Tengok badan aku ni. Kau
nampak aku kan? Kau nampak semua orang yang lalu lalang ni kan?
Meskipun kita boleh nampak mereka, tetapi mereka tidak boleh nampak
kita. Lagipun kalau kita boleh ganggu cerita ni dan kita ganggu juga, apa
akan terjadi. Inikan pengembaraan yang diprogramkan oleh Prof. Wawy.
Tamat cerita, kita bangunlah, Jawab Iqram dengan yakin.
Betul juga, jomlah,Jawab Rayyan.
Mereka berdua berjalan mencari istana Sultan Mahmud Shah. Apabila
mereka sampai ke persisiran pantai, Mereka terkejut melihat begitu ramai
orang yang sedang berdagang di situ. Patutlah Melaka dikatakan Pusat
pelabuhan & perdagangan utama di kepulauan melayu. Pelbagai jenis
bangsa ada di sini. Ada orang cina, orang melayu, orang jawa, orang india,
dan orang jepun.
Pusat dagangan itu kelihatan sungguh meriah. Di samping berdagang,
mereka juga menyebarkan agama islam terutamanya orang arab kerana
dalam kebanyakan bangsa di situ, orang islam ramai terdiri daripada
orang arab dan orang melayu. Mereka juga telah Berjaya menyebarkan
Islam ke Kepulauan Maluku.
Bahasa mereka juga mudah difahami oleh mereka berdua kerana semua
pedagang di situ menggunakan bahasa melayu sebagai lingua franca
yang bermaksud bahasa perantaraan.
Melaka juga dikatakan mempunyai kedudukan yang strategik. Mana
tidaknya, pelabuhan Melaka terlindung daripada ancaman Monsun Barat
Daya dan Monsun Timur Laut. Pedagang pedagang dapat berlindung di
Melaka sehinggalah keadaan selamat untuk mereka ke laut semula.
Iqram, kenapa kita mesti pergi ke Istana Sultan Mahmud Shah? Jomlah
pergi tengok apa yang mereka jual, Pertanyaan Rayyan mematikan
lamunan Iqram.
Untuk apa kita tengok apa yang mereka jual? Bukan kita boleh beli pun.
Lagipun lepas ini, saudagar saudagar akan bersepakat memberitahu
kepada Sultan Mahmud Shah bahawa benggali putih datang ke Tanah
Melayu,Beritahu Iqram yang sememangnya sudah tahu tentang
perjalanan cerita itu.
Sedang professor Wawy membuat satu lagi projeknya yang terbaru, dia
terbau asap yang hangit. Dia pergi ke arah bau itu. Rupa rupanya sistem
dalaman Bantal Mimpi telah rosak. Mujurlah bantal itu mempunyai alatan
keselamatan yang dapat menghalang bantal itu daripada kerosakan yang
teruk.
Professor Wawy cuba untuk membaiki bantal itu tetapi tidak berjaya.
Ketika dia sedang membaiki Bantal Mimpi, keluar satu mel suara yang
menyatakan Mesin ini telah dikawal. Sekiranya ahli yang memasuki
mimpi ini tidak berjaya menghabiskan cerita ini iaitu dengan berjaya
menyelamatkan Melaka daripada dijajah, maka otak mereka akan
dirosakkan dan mereka tidak dapat keluar dari mimpi. Jika salah seorang
sahaja pun yang berjaya, mereka akan dikira pemenang.
Professor Wawy terkejut. Nampaknya dia harus memaklumkan perkara ini
kepada Iqram dan Rayyan agar mereka tidak tersilap langkah nanti.
Di dalam mimpi mereka.
Tiba-tiba jam mereka berbunyi. Titit Titit Mereka menekan butang
terima lalu wajah professor Wawy terpampang pada jam itu.
Iqram, Rayyan. Dengar sini. Bantal Mimpi ini telah rosak. Kamu mesti
berhati-hati dalam setiap apa yang kamu lakukan dan kamu perlu
menyelamatkan Melaka daripada di jajah Portugis. Buat pengetahuan
kamu, Bantal Mimpi ini sudah digodam. Ia akan merosakkan otak kamu
sekiranya kamu gagal untuk meyelamatkan Melaka.
Iqram dan Rayyan terkejut mendengar kata kata Professor Wawy. Ini
bermakna kami sudah terperangkap di dalam pengembaraan ini? Tanya
Iqram.
Ya, nampaknya begitulah, Kata Professor Wawy.
Tiba tiba, Professor Wawy mendapat satu lagi mel suara yang berbunyi
di dalam pengembaraan ini, Budak inggeris itu akan menjadi Hang
Nadim, anak Hang Tuah, dan seorang lagi menjadi bendahara Tun
Mutahir.
Professor segera memberitahu maklumat itu kepada Iqram dan Rayyan.
Bermulalah pengembaraan sebenar mereka untuk menyelamatkan
Melaka. Iqram masuk ke istana dan mula berbincang tentang kedatangan
orang Portugis itu bersama raja dan para pembesar istana yang lain.
Pembesar yang lain menasihatkan sultan supaya segera menyerang orang
Portugis tetapi mujurlah Iqram masih ingat tentang isi kandungan buku
yang dibacanya lalu dia mencadangkan supaya mereka menyelidik dahulu
Raja Mendeliar dan Si Kitul. Raja Mendeliar dan Si Kitul datang ke majlis
itu hanya untuk memburukkan keadaan dan memperlekehkan Tun
Mutahir. Ini menjadikan Iqram malu yang teramat walaupun dia
sebenarnya bukan Tun Mutahir.
Sultan pula amat murka terhadap Tun Mutahir kerana Tun Fatimah yang
cantik itu tidak dikahwinkan dengan sultan. Tun Mutahir tidak mahu
kebahagiaan hidup Tun Fatimah musnah disebabkan oleh sultan yang
zalim itu, jadi dia meneruskan majlis itu tanpa menghiraukan sultan yang
telah pergi dari situ.
Kemudian, dia dipanggil untuk ke istana oleh utusan Sultan Mahmud
Shah. Dia dituduh menerima rasuah daripada Nina Sura Dewana iaitu
menerima 12 ekor kerbau dan beras sedangkan dia juga memberikan
hadiah yang sama kepada semua pembesar yang mengadakan majlis
secara besar besaran. Selepas Nina Sura Dewana berhempas-pulas
mempertahankan dirinya, Tun Mutahir tidak jadi dibunuh.
*****
Satu lagi Masalah.Tun Mutahir dituduh cuba mengatasi kekayaan sultan.
Fitnah ini disebarkan oleh Raja Mendeliar kepada seluruh Melaka agar Tun
Mutahir dipecat daripada jawatan bendahara. Apabila sultan mendengar
berita itu, baginda segera menjatuhkan hukuman bunuh terhadap Tun
Mutahir tanpa usul periksa.
Sri Nara Diraja, Tun Hasan, Tun Ali, Tun Fatimah dan Dang Ayu datang ke
rumah Tun Mutahir. Mereka bebincang tentang berita yang dihebahkan itu.
Sama ada benar atau tidak kata kata Raja Mendeliar dan Si Kitul bahawa
sultan telah mengeluarkan arahan supaya Tun Mutahir dibunuh.
Mereka menunggu ketibaan utusan sultan. Tidak berapa lama kemudian,
Tun Sura Diraja dan Tun Indera tiba di rumah Tun Mutahir. Beliau
menyambut kedatangan tetamu yang tidak diundang itu dengan baik
sekali.
Utusan sultan pula mengeluarkan keris yang telah diberikan oleh Sultan
Mahmud Shah bagi mencabut nyawa Tun Mutahir dan sebagai bukti
bahawa arahan telah dikeluarkan. Mereka hanya menjalankan arahan
yang dikeluarkan oleh sultan tanpa mengetahui sebabnya.
Mereka semua berdiri untuk memberontak tetapi Tun Mutahir menghalang
dengan berkata Raja adil disembah, raja zalim disanggah. Tetapi Melayu
pantang menderhaka, Lalu semua mereka dibunuh kecuali Tun Fatimah
kerana sultan berkata bahawa bunuh semua yang berada di situ kecuali
Tun Fatimah.
Masamnya, bagaikan hati penjajah yang masam dan tidak berhati perut.
Tawarnya, bagaikan tawar semangat patriotik rakyat Malaysia kini.