Anda di halaman 1dari 4

1.

Perasaan dalaman tertentu - Ini dialami dan dirasai secara subjektif seperti rasa
takut, suka, duka, marah dan benci.
2. Corak rangsangan fisiologi - Ini termasuk semua perubahan fisiologi dalam badan
yang berlaku dalam setiap keadaan emosi seperti merasa jantung berdebar apabila
berada dalam keadaan takut dan perut berasa tidak selesa apabila dalam keadaan
cemas.
3. Corak penonjolan perasaan secara terbuka (overt) Komponen ini merangkumi
gerak geri badan dan perubahan pada air muka apabila timbulnya pelbagai
perasaan dalaman. Seseorang akan bergerak dengan perlahan dan menundukkan
kepala apabila berada dalam keadaan sedih atau mata kelihatan terbeliak dan
kening berkerut apabila dalam keadaan takut.

MANGSA Petunjuk kemurungan, terlalu sensitif dan mudah radang,


menangis dengan tiada sebab yang nyata kekhuatiran, kerisauan (kencing di atas
tilam,
mengigau) masalah hubungan dengan kawan atau keluarga
pengunduran dari aktiviti atau orang masalah disiplin/menentang atau
memberontak tiada cukup pengetahuan mengenai seks prestasi akademik yang
kurang baik
takut akan orang yang dikatakan
penganggu seksual itu takut akan kumpulan orang itu/jenis peranan yang
bertukar dalam
keluarga/kedewasaan yang samar atau
palsu lelaki: membakar dan kejam terhadap
haiwan
perubahan perangai yang berlaku
secara
tiba tiba dan dengan katara
kelakuan yang boleh
memusnahkan diri sendiri atau
kelakuan yang merbahaya

kurang tumpuan tidak mahu ditanggal sendirian


cara makan yang tidak
betual(bulimia/anorexia) lari dari rumah mencedera dengan benda percubaan
membunuh diri menentang pihak yang berkuasa
aktiviti jenayah kemurungan pengunduran daripada
masyarakat
mencedera dengan
benda percubaan
membunuh diri menentang pihak
yang berkuasa
Tiada penyakit yang tiada penawarnya, maka langkah-langkah yang konkrit,
sistematik dan pragmatik harus dijalankan secara berterusan agar masalah jenayah
dapat dibasmi hingga akar umbi. Salah satu pendekatan yang paling signifikan
termasuklah penguatkuasaan undang-undang secara tegas dan hukuman setimpal
dikenakan terhadap penjenayah. Contohnya, Akta 302 Kanun Keseksaan perlu
dikuatkuasakan dengan tegas terhadap penjenayah yang didapati membunuh atau
merogol mangsanya. Penjenayah akan dijatuhi hukuman mati mandatori. Serbuan
dan tangkapan kini diadakan lebih kerap dan secara rambang untuk menangkap
penjenayah. Hal ini dapat menyedarkan masyarakat yang ingin berjinak-jinak
dengan jenayah. Kerajaan juga telah bertindak tegas terhadap ceti haram atau ah
long kerana mereka akan mengancam keselamatan mangsa dan keluarga mangsa.
Tindakan pihak berkuasa menahan dan menghadapkan pendera seorang pembantu
rumah Indonesia, Nirmala Bonat ke mahkamah adalah amat wajar. Hal ini
membuktikan bahawa kerajaan bersungguh-sungguh dalam membanteras jenayah.
Oleh itu, ketelusan dan ketegasan undang-undang negara mampu menghalang
peningkatan kadar jenayah negara.

Di samping hukuman dan penguatkuasaan undang-undang secara tegas, kempen


untuk memerangi jenayah secara besar-besaran perlu dilancarkan agar masyarakat
sedar tentang keburukan jenayah. Oleh itu, mereka tidak akan bersikap bagai enau
dalam belukar, melepaskan pucuk masing-masing sehingga aktiviti jenayah
semakin berleluasa. Sebaliknya, mereka akan menyahut seruan kerajaan untuk
membanteras jenayah bersama-sama dengan pihak berkuasa. Sebagai contoh,
seorang insan kerdil yang prihatin, Rosli Mohamad Saad sanggup menggadai
nyawanya untuk menangkap peragut beg tangan seorang wanita Indonesia.

Kesedaran juga dapat dipupuk dalam diri masyarakat, khasnya golongan muda
melalui mata pelajaran Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan di sekolah. Golongan
muda perlu dididik untuk berkelakuan baik dan sentiasa mematuhi peraturan dan
undang-undang sejak muda lagi agar mereka tidak mudah terpengaruh untuk
melibatkan diri dalam aktiviti jenayah apabila mereka dewasa kelak. Sememangnya
mendidik mestilah sejak kecil lagi kerana melentur buluh biarlah daripada
rebungnya. Kempen yang dijalankan ini perlulah dilaksanakan secara berterusan
atau berketiak ular dan bukannya hanya hangat-hangat tahi ayam. Pendek kata,
peranan kempen turut dapat mengurangkan peratusan kes jenayah di nusa tercinta
ini.

Sudah terang lagi bersuluh bahawa kes jenayah di negara kita semakin menghantui
diri kita disebabkan oleh dua faktor yang telah dibincangkan di atas dan kemelut
sosial ini dapat diatasi dengan beberapa langkah yang diambil. Api sekadar
meranapkan bangunan namun peningkatan kadar jenayah akan mengacaubilaukan
minda segenap lapisan masyarakat kita. Andai kata kita menyingkap lembaran
sejarah Malaysia, setiap permasalahan yang dihadapi akan dapat diselesaikan
dengan penggemblengan kudrat antara pelbagai pihak. Begitu juga dengan usaha
menyelesaikan masalah kes jenayah. Semua pihak perlu menggembleng tenaga
dan bersinergi supaya masalah jenayah di negara ini dapat diatasi. Pendekatan
yang diambil haruslah dijalankan dengan bijaksana dan berhati-hati bagai menarik
rambut di dalam tepung, rambut tidak putus, tepung tidak berselerak. Jenayah
dapat diibaratkan sebagai musuh dalam selimut kepada negara. Sekiranya jenayah
tidak ditangani secara bijaksana, adalah mustahil untuk rakyat negara ini hidup
dalam keadaan yang harmoni dan tenteram. Marilah kita bersama-sama
membanteras kegiatan jenayah agar impian untuk melahirkan masyarakat madani
dapat direalisasikan.
Peranan PAKK dan aktiviti -aktiviti yang dijalankan oleh Pasukan Perlindungan
Kanak-kanak

Tempat perlindungan : Menyediakan pelbagai aktiviti yang sesuai dengan peringkat


umur kanak-kanak.
Pusat advokasi : Mengadakan ceramah / kursus pendek kepada masyarakat, ibu
bapa dan kanak-kanak.
Pusat sumber : Menyediakan bahan bacaan / rujukan untuk kanak-kanak.
Pusat Pembelajaran : Kelas bimbingan / komputer / kelas keagamaan / kelas
lukisan / kelas drama / pidato / deklamasi sajak.
Pusat Intervensi Krisis : Menyediakan sesi kaunseling.

Pusat Sosial / Sukan / Rekreasi : Sukan / riadah / program kebudayaan / kesenian


dan sebagainya