Anda di halaman 1dari 3

Bujei terjaga dari tidurnya ketika hari sudah petang.

Dia begitu penat kerana


membantu dalam majlis perkahwinan Sameah. Samsul datang ke rumahnya
dengan membawa makanan. Samsul juga memeberitahu bahawa Pak Dahlan, ayah
Adila mahu berjumpa dengannya. Dia ke rumah Sidang Saman dan ternyata Pak
Dahlan mesra terhadapnya. Ketika asyik berbual, Bujei melihat Adila pulang dengan
seorang lelaki. Pak Dahlan memperkenalkan Faizal kepada Bujei. Ketika di
rumahnya, Bujei mengenangkan dirinya berbanding dengan Adila yang mempunyai
banyak perbezaan. Wak Senen dating ke rumahnya. Dia begitu pelik kerana Wak
Senen tidak pernah datang pada waktu malam. Wak Senen memberitahu tujuan
kehadirannya pada Bujei iaitu tentang isu tanah kepunyaan Bujei telah dijual oleh
bapa tirinya, Harun. Wak Senen mahu menyerahkan kembali hak Bujei sekiranya
Bujei ingin mengambil semula tanah pusaka arwah ibunya. Bapa tirinya juga
berhasrat untuk menjual tanah milik Bujei dengan harga yang lebih tinggi
berbanding harga yang pernah dijualnya dulu. Wak Senen memberitahu bahawa
duit yang pernah diberikan untuk Bujei adalah sedekah dan tidak perlu dipulangkan
semula dan meminta Bujei berhati-hati dengan Harun supaya tidak ditipu da
berjumpa dengan Sidang Saman sekiranya bermasalah. Keesokannya, Bujei ke
rumah Sidang Saman dan Bujei sangat gembira apabila Adila memuji nynyiannya.
Ketika menurunkan khemah, Bujei mendapat tahu bahawa Faizal bekas tuning Adila
daripada Samsul. Bujei berasa keliru dengan berita itu. Samsul meminta Bujei
bertanya daripada Adila sendiri. Mereka berehat sambil menikmati laksa asam di
bawah pokok belimbing. Kedatangan Adila membuatkan Bujei malu menikmati
makanan kegemarannya.

BAB 14: TANAH PUSAKA

Adila seolah-oleh menjadi rebutan antara Bujei dengan Alias. Mereka berdua saling
berharap agar dapat memiliki hati gadis cantik dari kota itu. Alias terus menunggu
keputusan peminangannya serta yakin akan diterima dengan senang hati. Manakala
Bujei pula sedang berehat di muka pintu setelah begitu penat membantu kerja-kerja
kenduri kahwin Sameah semalam, dia hanya mampu merenung sekelilingnya tanpa
tujuan. Samsul muncul membawa makanan untuk Bujei dan mereka berbual-bual
tentang majlis perkahwinan kakaknya yang telah berlangsung dengan sempurna.

Samsul kagum dengan kebolehan suara Bujei menyanyi malam tadi kerana dia
tidak pernah tahu akan hal tersebut, namun Bujei merendah diri sahaja. Samsul
menjemput Bujei datang ke rumahnya untuk berjumpa dengan Pak Lang Dahlan
ayah Adila.
Setelah berkemas Bujei terus pergi ke rumah Sidang Saman untuk menemui Pak
Lang Dahlan. Apabila sampai semua orang yang ada di rumah itu memuji
kehebatan nyanyian Bujei malam tadi. Dia begitu teruja kerana orang bandar
seperti Pak Lang Dahlan sudi berbual-bual dengannya yang mungkin tidak setaraf
dengannya. Namun, fikiran Bujei tidak pernah terlepas daripada mengingati Adila
yang tidak keluar walaupun dia sudah lama berada di pangkin bawah pokok
belimbing bersama Pak Lang Dahlan. Tiba-tiba hati Bujei teruji dan pilu apabila
melihat Adila bersama-sama Faizal. Bujei curiga dengan peristiwa itu walaupun Pak
Lang Dahlan menyatakan Faizal merupakan kawan Adila sahaja. Sebelum pulang
Bujei diberitahu bahawa bapa Adila itu akan pulang ke Kuala Lumpur malam nanti
sambil menjemputnya berkunjung ke sana bersama Samsul. Bujei gembira kerana
Alias akan gagal memiliki Adila dan tiba-tiba sahaja merasakan dirinya tidak lagi
dipedulikan oleh Adila. Dia mengecam sikapnya yang begitu mengharapkan sesuatu
yang mustahil daripada gadis berpelajaran itu sedangkan dia tidak setaraf dengan
Adila.
Khayalan Bujei tentang Adila pada malam itu telah dikejutkan dengan kedatangan
Wak Senen yang belum pernah berkelakuan semacam itu. Tujuan kedatangan Wak
Senen adalah untuk menjelaskan kedudukan tanah pusaka yang ditinggalkan oleh
arwah ibunya yang telah dijual oleh Harun kepadanya dengan harga RM 4000. Wak
Senen ingin menyerahkan semula tanah itu kepada Bujei kerana dia yakin tindakan
Harun dahulu itu tidak sah kerana tidak mendapat persetujuan pemiliknya iaitu
Bujei. Penyerahan itu akan dilakukan apabila Bujei sudah bersedia nanti kerana
telah mendapat persetujuan Tuk Sidang Saman demi kelansungan kehidupan masa
depan Bujei apabila berumahtangga nanti kerana tanah neneknya sekarang tidak
akan menjadi haknya. Wak Senen juga menasihatinya supaya berhati-hati dengan
Harun yang akan menipu Bujei untuk mendapatkan hakmilik tanah itu seperti yang
pernah dilakukannya dahulu.
Keesokan harinya Bujei terus ke rumah Tuk Sidang untuk membantu Samsul
mengemas kawasan rumahnya dan dia amat gembira apabila gadis kesayanganya
tidak pulang bersama pak Lang Dahlan malam tadi. Adila memuji kehebatan Bujei
menyanyi. Semasa melakukan kerja merobohkan bangsal memasak dan menyusun
kayu-kayu, Samsul memberitahu bahawa Faizal merupakan bekas tunang Adila
menyebabkan fikiran Bujei menjadi bingung kerana dalam mindanya Alias juga
tunang Adila. Agaknya Adila hendak kahwin dengan kedua-dua jejaka itu. Hatinya
mulai berkecamuk memikirkan perkara itu sehingga mahu ditinggalkan sahaja
Samsul keseorangan menyelesaikan kerja-kerja itu. Tetapi dia tahu Adila tidak
menaruh apa-apa perasaan kepadanya, Adila mungkin menuduhnya tidak sedar diri
kerana ingin memilikinya.

Bujei resah menantikan keputusan Adila tentang lamaran Alias .Bujei tidak keluar
rumah seharian setelah kepenatan membantu menguruskan majlis perkahwinan
sameah pada malam sebelumnya.Apabila terjaga,Samsul datang dan memberitahu
sudah tiga kali di datang barulah Bujei terjaga .Samsul tahu Bujei kepenatan
.Samsul membawa bekalan makanan untuk Bujei.Samsul juga menyatakan ramai
orang memuji nyanyian Bujei termasuk Bahar,seorang ahli kugiran yang berminat
dengan nyanyian Bujei.Bujei sebenarnya hanya ingin mendengar berita
pertunangan Adila.Namun,Samsul langsung tidak menyebut tentang hal
berkenaan.Samsul memberitahu bahawa Pak Lang Dahlan,iaitu bapa Adila ingin
bertemu Bujei sebelum pulang ke Kuala Lumpur dan meminta Bujei makan serta
menghantar bekas kosong semula ke rumahnya nanti.Bujei ke rumah Sidang Saman
dengan membawa bekas makanan kosong dan berbual-bual dengan bapa Adila
yang langsung tidak sombong.Adila pulang bersama-sama dengan Faizal dan Bujei
berasa dirinya keseorangan .Malam itu, Wak Senen datang ke rumahnya untuk
memulangkan tanah serta tapak rumahnya,namun Bujei mahu Wak Senen
mengerjakan tanah tersebut.Wak Senen juga menasihati Bujei agar berhati-hati
dengan Harun.Seterusnya Bujei masih keliru akan status Adila.Hampa perasaan
Bujei apabila mendengar penerangan Samsul tentang Faizal.Bujei tidak boleh
banyak bertanya kerana bimbang Samsul akan mengetahui niatnya.Ketika makan
laksa ,Bujei gembira Adila datang bersembang dengannya dan Adila memuji
perubahan sikap Bujei.

Mak Lamah menyediakan Laksa Asam untuk mereka setelah berhenti rehat seketika
kerana masih banyak kerja-kerja membersihkan kawasan perlu dilakukannya. Ketika
sedang menjamu selera bersama-sama Samsul di bawah pokok belimbing tiba-tiba
Adila datang menghampiri Bujei sambil menegur dan meminta Bujei menambah lagi
laksa itu. Adila bagaimanapun menolak pelawaan Bujei makan bersama mereka
kerana telah makan di atas rumah tadi. Mereka ketawa kegembiraan

Anda mungkin juga menyukai