Anda di halaman 1dari 9

Kursus 35 jam

KOLEKSI PUSAT SUMBER SEKOLAH


1.0 KOLEKSI PSS
Pusat Sumber Sekolah (PSS) merupakan lanjutan kepada perpustakaan tradisional, maka
bahan-bahannya pun sepatutnya meliputi buku-buku dan juga bahan bukan buku. Koleksi
merupakan unsur asas kepada sesebuah PSS. Dengan adanya koleksi yang meluas dan
meliputi berbagai jenis alat dan bahan, ia akan memberi kesan yang positif terhadap
penggunaan PSS. Koleksi PSS harus memenuhi kehendak kurikulum dan gaya penggunaan
oleh pengguna daripada berbagai peringkat umur dan kelainan tersendiri.

2.0 JENIS KOLEKSI


2.1 Bahan Bercetak
2.1.1

Buku fiksyen, bukan fiksyen, rujukan ( atlas, ensiklopedia, kamus, dll ),


buku teks dan sebagainya.

2.1.2

Bukan Buku Majalah, surat khabar, risalah dan sebagainya.

2.2 Bahan Bukan Bercetak


2.2.1

Alat-Alat ( hardware )
i.
Alat Tayangan
- Projektor Overhead (OHP)
- Projektor Slaid
- Projektor Filem Jalur
- Projektor Legap (Opaque)
- Projektor Gambar (DP)
ii.

Alat-Alat Bukan Tayangan


- Papan Tulis
- Papan Magnet
- Papan Flannel
- Papan Pamer
- Papan Kenyataan
- Papan Gulung

iii.

Alat-Alat Audio
- Radio
- Radio Kaset
- Perakam Kaset
- Pemain Piring Hitam
- Syncrecorder
- Perakam Pita Gelendong ( rel terbuka )
- Sistem Pembesar Suara ( PA System)
- Pemain CD

Koleksi Bahan PSS

Kursus 35 jam

iv.

Alat-alat Pandang Dengar ( Audio-Visual )


- TV dan VCR
- Pemain VCD
- Projektor Slaid dengan kaset
- Projektor Filem Jalur dengan kaset
- Projektor Filem 16 mm
- Projektor Filem 8 mm
- Komputer Multimedia
- Projektor LCD
- Komputer

v.

Perkakasan Sokongan Lain


- Kamera Fotografi dan Eksesori
- Kamera Video dan Eksesori
- Kit Grafik
- Kit Pertukangan
- Mesin Pendua
- Mesin Fotostat
- Mesin Taip
- Mesin Laminate
- Comb Binding
- Mesin Pemotong Kertas
- Pengimbas
- Transparency Maker
- Scanner
- Pemacu Ringan (Thumbdrive)

2.2.2

Bahan-Bahan / Perisian ( Software )


- Lutsinar
- Filem Fotografi
- Filem Jalur
- Filem Sisipan
- Filem 8 mm dan 16 mm
- Pita Audio
- Pita Video
- Kain Gambar untuk carta pusing
- Disket
- Cakera Padat
- Piring Hitam

2.2.3

Bahan Dua Dimensi


- Peta
- Gambar
- Fail Tegak
- Carta
- Gambar
- Guntingan Akhbar
- Gambarajah
- Kad-Kad Cantuman / Imbasan

Koleksi Bahan PSS

Kursus 35 jam

2.2.4

Bahan Tiga Dimensi


- Glob
- Relia ( benda sebenar )
- Model
- Diorama
- Mock-up (topeng serkup )
- Topeng
- Contoh-contoh spesimen
- Mobail
- Boneka
- Akuarium

2.2.5

Bahan-Bahan Beraneka Media


- Kit Pembelajaran
- Permainan Pendidikan
- Pukal Pembelajaran ( aneka media )

3.0 PEROLEHAN DAN PENGUMPULAN BAHAN-BAHAN


Tugas-tugas ini merangkumi kerja-kerja memilih , membeli dan memilih-buang atau memilih
simpan.
3.1 Pemilihan Bahan
Dasar pemilihan bahan-bahan seperti berikut hendaklah dipertimbangkan.
3.1.1

Panduan
i.

Konsep
- Selaras dengan Dasar Negara, Dasar Pendidikan
- Sesuai dengan nilai-nilai masyarakat setempat dan keadaan
semasa :
* keharmonian kaum
* memahami agama, adat resam sesuatu kaum lain di
sekitarnya

ii.

Keaslian / Ketulenan
- Fakta-fakta tepat dikemukakan
- Persembahan fakta tepat dan tersusun
- Maklumatnya kemaskini dan boleh dipercayai

iii.

Kesesuaian
- Perbendaharaan kata sesuai dengan peringkat murid
- Konsep bersesuaian dengan peringkat murid
- Data yang diberikan itu adalah berkaitan dan sesuai
- Ada hubungan dengan subjek dan juga media yang
digunakan

Koleksi Bahan PSS

Kursus 35 jam

Sari kata, dialog, suara latar berkaitan dengan subjek


Untuk kegunaan kumpulan dan individu

iv.

Olahan
- Mencukupi keseluruhan idea yang ingin dikemukakan
* contohnya, sesuatu ulasan hasil sastera meliputi seluruh
aspek yang diperlukan untuk fahaman murid
- Dari segi konsep, persembahannya lebih berkesan dan
menggalakkan
- Sesuai dengan keperluan semasa
- Isinya dapat memenuhi kehendak murid berkaitan dengan
subjek

v.

Memupuk Minat
- Berkaitan dengan pengalaman murid
- Merupakan cabaran kepada perkembangan intelek
- Menepati dan memuaskan keperluan rasa ingin tahu
- Menepati minat imaginasi
- Kesesuaian fakta fakta yang dibentangkan selaras dengan
keperluan manusia

vi.

Organisasi Pengolahan
- Perkembangan Olahan ( cerita/ fakta ) bersambungan dan
munasabah
- Tersusun dan rapat
- Dapat mempersimbangkan penggunaan suara latar, kata bual,
- Latar muzik dan lain-lain iringan

vii.

Aspek Teknikal
- Kejernihan Bunyi
- Jelas didengar / dilihat
- Kesesuaiannya dengan murid dan sekolah
- Saiz dan bentuk
- Pengolahan ( audio / video) seimbang
- Warna yang digunakan adalah sesuai dan menarik
- Ada penyesuaian di antara suara dan gambar

viii.

Aspek Khas
- Bahasa yang digunakan ( terutama Bahasa Inggeris ) tidak
terlalu susah untuk difahami
- Senang untuk diurus, diguna dan disimpan
- Arahannya senang diikuti untuk menggunakannya
- Rupa bentuk fizikal ( kulit, bungkusan, kotaknya) dapat
menarik minat murid
- Tahan lasak untuk digunakan oleh murid sekolah
- Mudah dibaikpulih sekiranya berlaku kerosakan.

ix.

Faedahnya
- Berkaitan dengan aktiviti PSS
- Mudah disesuaikan / diubahsuai untuk penggunaan yang
lebih efektif

Koleksi Bahan PSS

Kursus 35 jam

x.

Harga
- Bersesuaian dengan kemampuan kewangan sekolah
- Bahan ganti boleh didapati dengan mudah / murah
- Harga sederhana dan berpatutan berbanding dengan perkakas
yang sedia ada
- Belanja menjaganya seperti pengurusan, alat ganti, baikpulih,
memproses dan menyimpan adalah berpatutan

Nota : Untuk pemilihan yang berkesan, hendaklah dipertimbangkan dari segi:


-

3.1.2.

Keutamaan dan keperluan pengguna


Kekerapan penggunaannya
Mudah mendapatkannya
Dalam lingkungan keupayaan kewangan sekolah dan
kemahiran menggunakannya

Alat Pemilihan Bahan


i.
ii.
iii.

iv.
v.
vi.

Dasar Pendidikan Kebangsaan - Alat Pendidikan


Laporan Jawatankuasa Kabinet mengenai Perlaksanaan Dasar Pendidikan
Kebangsaan Malaysia
Risalah , katalog dan edaran dari penerbit, pembekal swasta dan agensi
Pendidikan
- Senarai Buku Pusat Sumber untuk Sekolah Rendah dan
Menengah Bahagian Teknologi Pendidikan, Kementerian
Pendidikan Malaysia.
- Dasar Pemilihan dan Panduan Pembinaan Koleksi Bahan
Bacaan Pusat Sumber Sekolah, Bahagian Teknologi
Pendidikan , Kementerian Pendidikan Malaysia.
- Buletin Teknologi Pendidikan, Jurnal Pendidikan , Berita
Bimbingan dan Kaunseling
Kementerian Pendidikan
Malysia.
- Bibiliografi Buku-buku, Terbitan Perpustakaan Negara
Malaysia dan perpustakaan perpustakaan yang lain.
- Berita Buku Baru Dewan Bahasa dan Pustaka dan
sebagainya
Cadangan-cadangan oleh panitia mata pelajaran di sekolah
Sukatan Pelajaran
Buku-buku KBSR / KBSM

3.2 Pembelian Melalui Sebut Harga / Kontrak Pusat atau Secara terus
3.2.1

Untuk membeli bahan-bahan dan perkakas, seperti juga halnya dengan


barang-barang lain yang dibeli dengan menggunakan wang kerajaan,
perlulah berpandukan kepada peraturan-peraturan yang terdapat dalam
buku Arahan Perbendaharaan Kerajaan Malaysia.

3.2.2

Untuk membeli barang-barang yang boleh didapati dalam senarai


Kontrak Pusat, Arahan Perbendaharaan Bil. 178(a), 178(b) perlulah
dirujuk. Senarai Kontrak Kerajaan ini dikeluarkan dari masa ke semasa.

Koleksi Bahan PSS

Kursus 35 jam

3.2.3

Selain itu, PSS boleh menghasilkan bahan sendiri.

3.2.4

Untuk bahan / alat yang didapatkan secara percuma atau derma,


hendaklah dipastikan bahawa bahan / alat ini sesuai digunakan dan
ditempatkan di PSS.

Peringatan : Sekiranya menghadapi masalah, eloklah dirujuk kepada Bahagian Kewangan,


Jabatan Pelajaran Negeri untuk penjelasan selanjutnya.

4.0 PILIH BUANG DAN PILIH SIMPAN


Bahan-bahan koleksi itu hendaklah disemak dari masa ke semasa supaya sentiasa kemaskini
dari segi pembekalan maklumat. Mana-mana bahan yang kurang sesuai haruslah dipilih
buang.
4.1 Definisi
- Pilih buang bahan yang tidak berguna lagi
- Pilih simpan bahan yang patut dikeluarkan dari PSS kerana mungkin lebih sesuai
digunakan di tempat lain atau untuk dibaikpulih.
4.2 Tujuan
-

Menjimatkan ruang
Memudahkan penggunaan
Menjimatkan wang untuk membaikpulih
Mengelakkan bahan-bahan yang tidak sesuai sampai ke tangan murid

4.3 Aspek-aspek Untuk Pilihbuang / Pilihsimpan


4.3.1

Bentuk Fizikal
- Kulitnya koyak, muka surat hilang, jilidnya tanggal,
hurufnya luntur (untuk carta, lutsinar dan sebagainya ) ,
tidak lengkap seperti set ensiklopedia dan permainan.

4.3.2

Isi dan Maklumat:


- tidak sesuai dari segi ejaan dan perbendaharaan kata
- Fakta dan Maklumat tidak sesuai dengan keadaan semasa
dan keperluan Pendidikan
- Maklumat itu mungkin mengelirukan atau menimbulkan
kesan negatif

4.3.3

Perkakas yang rosak tidak ekonomik untuk diperbaiki:


- Membahayakan pengguna
- Tidak lagi sesuai kerana ada bahan yang lebih berkesan

4.3.4

Bahan-bahan tiruan
- Sekiranya digunakan akan menimbulkan masalah pada
pengguna atau pengurus PSS

Koleksi Bahan PSS

Kursus 35 jam

4.3.5

Aspek Teknikal
- Suara Latar, muzik dan dialog, ilustrasi tidak berkesan lagi
- Teknik Persembahan tidak sesuai lagi
- Maklumat terlalu berkecamuk, terlalu kecil atau kabur.

5.0 PELUPUSAN
5.1 Definisi Pelupusan
Adalah satu proses dimana sesuatu barang atau harta kerajaan yang secara fizikalnya
masih ada dalam simpanan tetapi harta tersebut tidak boleh digunakan atau tidak
diperlukan lagi.Tujuan dibuat pelupusan ialah untuk mengeluarkan rekodnya
daripada daftar.
5.2 Pelupusan barang-barang.
5.2.1

Pelupusan perlu apabila


-

5.2.2

Mengapa perlu pelupusan


-

5.2.3

Barang-barang usang,rosak dan tidak boleh digunakan.


Pecah / rosak dan tidak ekonomi jika dibaiki.
Lebihan
Perubahan teknologi dan tidak sesuai digunakan.

Menjimatkan ruang stor


Mendapatkan pulangan baik
Pengurusan stok / inventori yang sempurna

Tindakan pelupusan hendaklah dibuat dari semasa ke semasa dan Jabatan


adalah dilarang mengumpul barang-barang dan menunggu bilangan yang
banyak sebelum tindakan pelupusan dilakukan.Jika barang yang hendak
dilupuskan disimpan di dalam stor-stor,lama kelamaan stor akan
menghadapi masalah kekurangan ruang stor,kesesakan stor dan
kemungkinan barang-barang berkenaan mudah dicuri atau hilang.Di
samping itu nilai barang-barang yang hendak dilupuskan semakin
menurun dan secara tidak langsung apabila dijual nanti kerajaan
mengalami kerugian hasil.

Koleksi Bahan PSS

Kursus 35 jam

5.3 Proses Kerja Pelupusan Peringkat Sekolah.


Bil

Proses Kerja

Tindakan

Kenal pasti barang yang hendak dilupuskan

-Pembantu tadbir
-Penyelaras Stok
-Pegawai terlibat

Jenis pelupusan ( kategori barang )


- tidak bolehguna
- tidak ekonomi untuk dibaiki

-Pembantu tadbir
-Penyelaras Stok
-Pegawai terlibat

Lantikan lembaga pemeriksa di peringkat


sekolah.
- 2 orang pegawai kanan

Pengetua / Guru Besar

Periksa barang dan berikan syor

Cadangan pemeriksa

Sedia borang pelupusan ( 300V ) 6 salinan

-Pembantu tadbir
-Penyelaras stok

Terima kelulusan dari JPN / KPM dan sedia


-Borang ( 300 X ) 5 salinan
-Sijil pemusnhan para 4 Kew.300X

-Pembantu tadbir
-Penyelaras Stok
-Pegawai terlibat

Keluar / tolak dari stok borang

-Pembantu tadbir
-Penyelaras Stok

Tindakan susulan sekolah untuk urusan


pelupusan

-Pembantu tadbir

*Langkah pelupusan bahan buku pusat sumber sekolah adalah sama seperti pelupusan
buku Skim pinjaman buku teks ( SPBT )

Koleksi Bahan PSS

Kursus 35 jam

6.0 HAPUS KIRA


6.1 Definisi Hapus Kira
Adalah satu proses dimana sesuatu barang atau harta kerajaan yang secara fizikalnya
telah tidak ada lagi dalam simpanan kerana harta tersebut telah hilang.Tujuan
diadakan hapuskira adalah sama seperti tujuan di dalam pelupusan di atas.(Istilah
hapuskira juga digunakan untuk menghapuskira wang yang hilang,hutang yang tidak
boleh dipungut,bayaran berlebihan,bil hospital yang tidak dibayar dll )
6.2 Langkah-langkah
-

Dapatkan kelulusan daripada Setiauasaha Bahagian Kewangan dan Akaun


Kementerian Pendidikan Malaysia melalui Jabatan Pendidikan Negeri.
Nota : Gunakan borang-borang tertentu semasa membuat permohonan kelulusan
untuk hapuskira.
Untuk cara-cara menguruskan pembelian, sila rujuk Araha Perbendaharaan 169,
170, 172, 173, 174, 175 , 175(a) ,178, 326 (a) dan (b). Rujuk Lampiran B
Sekiranya menghadapi sebarang masalah , sila hubungi Bahagian Kewangan di
Jabatan Pendidikan Negeri.

Koleksi Bahan PSS

Anda mungkin juga menyukai