Anda di halaman 1dari 3

Penyakit kencing manis

Dari Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas.

Lompat ke: navigasi, gelintar


PENAFIAN: Untuk
pengetahuan sahaja. Sila
dapatkan nasihat doktor
mengenai kesihatan anda.
Bahan dalam laman ini tidak
bertujuan menggantikan jagaan
profesional, khidmat nasihat,
diagnosis atau rawatan doktor. Laman
ini tidak mempunyai jawapan kepada
semua masalah. Jawapan kepada
masalah umum mungkin tiada kaitan
kepada anda. Sekiranya anda
menyedari simptom kesihatan atau
jatuh sakit, anda perlu menghubungi
doktor bagi rawatan lanjut.

Kencing manis
Diabetes mellitus

United Nations blue circle symbol for diabetes (like the


AIDS Red Ribbon).[1]

ICD-10
Penyakit kencing manis ataupun
ICD-9
diabetes mellitus merupakan sejenis
MedlinePlus
penyakit yang dapat dicirikan
eMedicine
dengan keadaan hyperglyceamia
MeSH
(ketinggian kandungan glukosa
dalam darah), terutamanya selepas
pengambilan makanan, pada penghidapnya.

E10.E14.
250
001214
med/546 emerg/134
C18.452.394.750

Secara umumnya, penyakit kencing manis dapat digolongkan sebagai:

Diabetes jenis pertama juga dikenali sebagai diabetes bersandar insulin (IDDM 'Insulin Dependent Diabetes Mellitus') atau diabetes awal remaja. Diabetes jenis
pertama dicirikan dengan kegagalan penghasilan insulin oleh kelenjar pankreas.
Biasanya, penghidap diabetes jenis pertama mula mendapat simtom penyakit
semasa kanak-kanak atau remaja. Disebabkan oleh kegagalan penghasilan insulin
oleh badan, pesakit memerlukan suntikan insulin untuk pengawalan tahap glukosa
darah.

Diabetes jenis kedua boleh disebabkan oleh kerintangan tisu badan terhadap
insulin dan penghasilan insulin yang berkurangan. Diebetes jenis kedua boleh
dikawal secara pemantauan pangambilan makanan, pengurangan berat badan,
bersenam, dan pengambilan ubat secara makan ( suntikan insulin diperlukan
sekiranya pengambilan ubat secara makan kurang berkesan atau memberi kesa
sampingan kepada pesakit).

[sunting] Sejarah
Penyakit kencing manis telah diketahui semenjak tamadun purba lagi dan telah
direkodkan oleh tamadun Mesir, India, Cina, dan Yunani (Greek). Tanda-tanda penyakit
kencing manis, seperti dahaga yang melampau dan kerap kencing, telah digambarkan
oleh orang Mesir di atas paprus pada 1550 BC. Pakar perubatan India juga telah
membahagikan pengidap kencing manis kepada dua jenis berlainan semenjak abad ke
lima lagi.
Nama lain kencing manis, diabetes yang bererti pancur air, dinamakan oleh pakar
perubatan Yunani (Greek), Areteus dari Cappadocia semenjak 2,000 tahun dahulu.
Perkataan mellitus kemudiannya ditambah oleh Willis bagi menunjukkan terdapat gula
dalam air kencing. Diabetis Mellitus atau secara amnya dikenali sebagai kencing manis,
merupakan satu penyakit kronik (tidak boleh pulih sepenuhnya) dan hampir 8-9%
masyarakat dewasa di Malaysia mengidap penyakit ini.
Salah satu daripada ujian bagi mengesan pengidap kencing manis yang terawal adalah
mencurahkan air kencing pada tanah dan melihat samada semut menghurungi tempat
tersebut. Bukti kaitan kelenjar pankreas dengan punca penyakit kencing manis dijumpai
pada tahun 1897, apabila dua orang pakar sains, Minkowski dan Von Mering
membuktikan hubungan kelenjar pankreas dengan kencing manis dengan membuang
kelenjar pankreas pada anjing, menyebabkan anjing tersebut mengidap kencing manis.
Walaupun penyakit kencing manis telah lama diketahui, kawalan penyakit kencing manis
yang berkesan hanya diketahui pada 1921 apabila Frederick G. Banting dan Best
menjumpai fungsi insulin sebagai pengawal kandungan glukos dalam darah.

[sunting] Pengawalan Diabetes


Diabetes adalah penyakit kronik yang akan kekal seumur hidup. Setakat ini belum ada
ubat yang dapat menyembuh penyakit diabetes tetapi penyakit ini boleh dikawal dengan
cara berikut:

Penjagaan pemakanan dan berat badan


Kerap bersenam
Pengubatan

Pemakanan pesakit Diabetes seharusnya kurang lemak dan kalori serta seimbang.

Pesakit diabetes boleh menjalani kehidupan yang normal dengan syarat pesakit itu
dikawal dengan betul. Lebih kurang 40% pesakit diabetes mampu mengawal keadaan
penyakit mereka dengan menjaga pemakanan dan bersenam. Manakala selebihnya adalah
dengan mengambil sama ada ubat (pil) atau suntikan insulin di samping pemakanan yang
sihat dan bersenam. Walau apa pun ubat yang diambil, perkara-perkara berikut perlu
diketahui dan dipatuhi :

Bila hendak mengambil/makan ubat dan berapa banyak ubat yang perlu diambil
Jenis rawatan yang diterima
Dimana hendak mendapat ubat

Anda mungkin juga menyukai