Anda di halaman 1dari 26

1.

PENGENALAN

Bangsa Melayu merupakan salah satu bangsa yang kaya hasil seninya terutama dalam bidang
kraftangan. Di dunia Melayu, kraftangan merupakan simbolik kepada kehalusan gaya hidup
yang dapat dilihat melalui halusnya hasil kraf yang dihasilkan. Ia juga menggambarkan etika
atau tingkah laku orang Melayu yang bersifat sabar, tekun, teliti, bersungguh-sungguh dalam
melakukan sesuatu perkara dan seterusnya mencerminkan tamadun yang dicapai oleh nenek
moyang kita dahulu.

Dalam merentas ke arah cita-cita menjadi negara maju, masyarakat Malaysia tetap tidak
melupakan segala warisan nenek moyang, khasnya dalam bidang kraf tradisonal yang menjadi
simbol warisan bangsa. Seni kraf merupakan warisan bangsa dan pusaka peninggalan budaya
nenek moyang yang kaya dengan budaya-budaya dan ini terpancar melalui bentuk, gaya, sifat,
garis, gerak dan warnanya.
Menurut Kamus Dewan Edisi Ketiga, seni kraf merupakan satu perusahaan hasil kerja atau hasil
seni yang memerlukan daya cipta dan kemahiran terutamanya kemahiran yang menggunakan
tangan yang terdiri dari pelbagai jenis dan bentuk.
Keluaran Kraf tangan bererti apa-apa keluaran artistik yang mempunyai daya tarikan
kebudayaan atau tradisional dan adalah hasil daripada sesuatu proses yang bergantung sematamata atau sebahagian kepada kemahiran tangan dan termasuklah apa-apa barang walau
bagaimanapun dihasilkan yang mempunyai reka bentuk pada atau mana-mana bahagian.
(Akta 222-Akta Perbadanan kemajuan Kraf tangan Malaysia 1979-dipetik dalam OUM
HBAE3103)
Kraf merupakan barangan yang terhasil dari kemahiran tangan , ia boleh dihasilkan tanpa
menggunakan alat atau menggunakan peralatan mudah yang dijalankan secara kecil-kecilan oleh
Tukang pandai. Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, tradisional membawa maksud mengikut
tradisi masyarakat yang mengamalkan cara hidup yang turun temurun.
Kraf tradisional boleh

didefinisikan

sebagai perusahaan kerja artistik yang melibatkan

sepenuhnya kemahiran kerja tangan atau sebahagiannya yang memerlukan daya cipta dan
kreativiti oleh masyarakat yang dihasilkan secara turun menurun dari satu generasi ke generasi.
Kraf tradisional dihasilkan untuk pelbagai tujuan seperti barang kegunaan harian atau untuk
kegunaan upacara kerohanian dan ia digubah dengan memasukkan elemen-elemen seni yang
menghasilkan rekabentuk yang indah dan menarik.
Contoh Kraf Tradisional :1.

Alat domestik iaitu peralatan harian kepada masyarakat tradisional.

2.

Alat Permainan tradisi selepas kerja-kerja menuai padi.

3.

Alat pertahankan atau senjata memburu.

4.

Perhiasan diri seperti cucuk sanggul, hiasan tangan dan leher serta
sisir rambut.

5.

Batik iaitu kraf yang dihasilkan melalui proses menerap lilin dan
mewarnakan kain.

6.

Tekat merupakan tekstil yang dihasilkan dengan cara menyulam benang ke atas
kain dasar jenis baldu.

7.

Ukiran iaitu kraf tangan untuk menghiasi rumah,

8.

Tenunan merupakan satu seni tekstil.

9.

Tembikar adalah barangan kraf yang diperbuat daripada tanah liat.

10. Anyaman merupakan proses menjalin jaluran daun, lidi, rotan, akar, buluh dan
beberapa jenis tumbuhan yang lain.

Pengajaran dan pembelajaran Kraf Tradisional melalui sistem pendidikan diterapkan dalam
sukatan pelajaran sekolah rendah dan menengah. Ia bertujuan agar seni budaya bangsa ini dapat
diperkenalkan, dikenali dan dipratikkan oleh generasi muda bermula di bangku sekolah lagi.

Tukang pandai Melayu sentiasa mencipta barangan kraf supaya selain dari boleh digunakan ia
juga sebagai bahan yang indah. Ini terbukti dengan penggunaan ragam hias dalam sesuatu
penghasilan kraf. Ragam hias adalah bentuk dasar hiasan yang biasanya akan menjadi pola yang
diulang-ulang dalam suatu karya seni kraf. Ragam hias menjadi unsur visual yang utama dalam
karya seni dan ia juga merupakan imej yang dihasilkan bagi menambah nilai estetika pada kraf.
Pereka bentuk motif dalam penghasilan kraftangan biasanya mendapat ilham daripada alam
persekitarannya. Kraftangan tanpa corak-corak motif atau ragam hias akan dilihat lesu ataupun
hambar. Motif merupakan unsur yang penting dan menyerlahkan konsep dan tema dalam
menghasilkan sesuatu karya . Menurut Ocvirk, et. al, 2002, dipetik dalam Abd. Rasid bin Ismail,
Ahmad Rashidi Hassan ( 2012), motif juga boleh ditakrifkan sebagai unsur-unsur visual atau
imej dalam sesebuah kerja seni.

Terdapat pelbagai motif yang biasa digunakan sebagai ragam hias senireka corak kraf tradisional
Malaysia. Antaranya ialah ragam hias geometri yang menggunakan unsur-unsur seperti garis
lengkung dan lurus, lingkaran, segitiga dan segiempat. Ragam hias flora, fauna dan kosmo
merupakan jelmaan unsur-unsur dari alam semula jadi yang menjadi ilham tukang-tukang kraf
bagi menghasilkan motif yang merupakan unsur utama dalam ragam hias. Keindahan gubahan,
gaya persembahan dan pengolahan motif sesuatu kraftangan itu menjadikan ia sebagai hasil seni
yang menarik minat ramai.
Menurut Zakaria Ali (1993) dipetik oleh Haziyah Hussin,et.al (2009), hiasan yang dihasilkan
merupakan sesuatu yang menampilkan nilai estetika yang mengandungi falsafah dan lambang
berdasarkan kepercayaan dan pandangan umum sesuatu masyarakat yang menghasikannya.
Dalam kraf tradisional Melayu, motif berperanan sebagai penyampai hasrat pemikiran dan
kehendak pengkarya kerana motif itu mengandungi pengertian, kegunaan dan falsafahnya
tersendiri yang boleh membawa kebaikan, pengajaran dan peringatan kepada masyarakat
Melayu.
2.0

MOTIF RAGAM HIAS

Antara unsur yang menjadikan sesebuah ciptaan itu seni ialah susunan dan gubahan ragam
hiasnya. Walaupun negara ini telah dijajah oleh negara luar namun keaslian dan kesenian ragam
hias yang terdapat pada kraf tradisional tetap kekal dan tidak berubah dari dulu hingga sekarang.

2.1

UKIRAN KAYU

Ukiran kayu tradisonal boleh dilihat pada binaan masjid, istana, kepala sampan, rumah makam ,
perabot serta barangan kegunaa harian .
2.1.1

Motif Ragam Hias


a.

Flora

Unsur tumbuh-tumbuhan merupakan unsur yang dominan dalam rekaan seni ukir
tradisional. Unsur ini biasanya diadapatasi daripada tumbuhan menjalar. Antara unsur
daun yang diambil dari tumbuh-tumbuhan ialah motif daun sulur kacang, motif daun
setulang, motif daun lontar, motif daun bayam dan motif pucuk kacang.
Antara unsur bunga pula ialah motif bunga cempaka, motif bunga ketam guri,motif bunga
kiambang dan motif bunga ketumbit.

b.

Fauna

Unsur ini banyak dipengaruhi oleh semangat dan kepercayaan. Unsur-unsur seperti
kepala burung,ayam,itik dan naga menjadi pilihan pengukir. Setelah kedatangan Islam
pengaruh ini semakin terhakis. Ragam hias ukiran berunsurkan makhluk hidup banyak
terdapat pada kapal atau perahu nelayan di pantai timur.Antara motif fauna ialah motif
ayam berlaga, motif kepala cicak, motif unduk-unduk(kuda laut) dan motif sisik naga.
c.

Seni Khat

Setelah kedatangan Islam ke Tanah Melayu unsur khat atau kaligrafi Jawi dan ayat AlQuran mula diukir oleh pengukir Melayu. Ia digabungkan dengan unsur tumbuhtumbuhan.
d. Awan Larat
Awan larat ialah corak diilhamkan dari alam semulajadi iaitu awan yang berarak ketika
ditiup angin. Peraturan awan larat ialah bentuk dan susunan elmen tumbuhan mesti diukir di
dalam keadaan yang indah serta lembut alunannya. Jenis awan larat ialah:
i. Awan Larat Melayu Asli

Coraknya bermula dari satu tempat dan melarat memenuhi ruang yang lain serta
mempunyai bunga yang besar dan jarang.
ii. Awan Silang/Kerawan
Motif bunga ukir ini adalah dalam bentuk garis bengkang-bengkok dan bersimpang siur
seperti akar yang berlegar.
iii. Awan Bentuk Huruf,Larik dan Simetri
Awan bermotifkan huruf diambil dari huruif-huruf dalam Al-Quran. Awan jenis larik
berbentuk gerlang-gerlang pada batang bulat dan diukir pada tongkat, tiang seri dan hulu
parang.Awan simetri biasanya terdapat dalam bentuk geometri Islam.
e. Unsur Kosmos
Unsur ini menggambarkan alam semesta seperti gunung, matahari ,bintang dan bulan.

2.2

TEKAT

Seni tekat merupakan kerja menyulam benang emas ke atas kain dasar jenis baldu. Ia
memerlukan pemidang untuk meregangkan kain baldu, mempulur sebagai acuan motif serta
benang emas untuk membentuk bunga tekat. Bunga Sulaman Tekat terdiri daripada bunga
sulam penuh ialah jenis bunga biasa dan bunga sulam pahat merupakan motif bunga yang
dibelah di tengah-tengah kelopaknya. Susunan bentuk motif bertujuan untuk menghasilkan
tekat yang menarik, harmoni dan mempunyai kesatuan. Terdapat tiga susunan iaitu susunan
tunggal, susunan sulur bayung dan susunan awan larat.
2.2.1

Motif Ragam Hias

Seni tekat banyak menggunakan ragam hias yang dipengaruhi oleh unsur-unsur alam. Ragam
hias ini memberi makna atau pengertian kehalusan, kelembutan dan kemahiran masyarakat
Melayu.Antara motif yang biasa dibuat ialah:
a. Motif Flora

Bentuk tumbuh-tumbuhan yang digunakan ialah pucuk paku,bunga bakung,bunga dan buah
delima,bunga pecah lima,bunga pecah lapan dan bunga pecah enam.
b. Motif Fauna
Bentuk haiwan, unggas dan burung adalah terhad bilangannya. Di Muzium Negara terdapat
satu contoh tekat menggunakan bentuk haiwan iaitu tikar panca yang menggunakan motif
burung.
c. Motif geometri
Motif geometri yang digunakan dalam ragam hias seni tekat antaranya ialah segi tiga pucuk
rebung, segi empat, corak berganda keluk dan potong wajik-lengkung awan.
2.3

Batik

Ragam hias batik adalah hasil lukisan pada kain dengan menggunakan canting. Olahan ragam
hiasnya terbentuk daripada susun atur motif yang menggunakan elemen ulangan yang pelbagai.
Struktur merupakan panduan para pembatik untuk menerap rekacorak motif menggunakan lilin
panas pada kain putih kosong yang terdiri daripada empat bahagian iaitu kepala kain, apit kain,
badan kain dan tepi kain. Antara corak-corak yang digunakan terhadap kain batik ialah corak
jalur, corak melintang, corak menyeluruh, corak menyerong, corak tompok-tompok, ulang batubata dan catur.
2.3.1 Motif Ragam Hias
Unsur-unsur yang menjadi ragam hias batik ialah:
a)

Unsur flora
i.

Motif flora seperti kudup, bunga,ranting, putik, serta pucuk digunakan secara
tunggal atau bertabur untuk menghiasi kain batik ela.

ii.

Bagi mengihiasi badan batik sarung, bunga, kuntum, ranting, pucuk serta putik
disusun menjalar datar berbentuk lembut . Bunga juga disusun berdahan

tegak.

iii.

Motif pucuk rebung digubah secara campuran gaya organik dan geometri.

Contoh Unsur Flora:

b)

Bunga Kaca piring

Bunga Kenanga

Bunga Kerak nasi

Daun menjalar

Daun Keladi

Daun Puding

Bunga Telepuk

Bunga Kiambang

Pucuk Rebung

Unsur fauna

Unsur-unsur fauna yang diilhamkan ialah motif rama-rama, ayam, bangau, ikan, rusa, burung
dan sebagainya.
Contoh unsur fauna:

Ayam Betina

Ayam jantan

Burung Ayam-ayam

Ayam Belaga

Ayam Belanda

Burung Tiong

Burung Geroda

Kala Jengking

Merak

Kupu-kupu

e)

Unsur geometri

Motif yang diilhamkan ialah kawung, banji, kisi-kisi, swastika, parang rosak, ceplok, jalur,
keluk pinggir, pilin berganda keluk pinggir vawan dan buntut siput. Unsur geometri berfungsi :

i.

Menghiasi batik panjang contohnya, motif kawung dalam susunan empat bujur
sering digunakan.

ii.

Cengkerang, siput, kisi-kisi dan lain-lain adalah garis-garis lurus yang disusun
menjadi motif-motif tersebut.

iii.

Susunan garis-garis halus, motif pinggir awan, banji,parang rosak atau swastika
digunakan untuk menghiasi kaki kain atau gigi.

iv.

Contoh campuran gaya organik dan geometri ialah motif ceplok susunan segi
empat yang berisikan bentuk seperti bunga , unggas, garus berpalang atau
binatang.

Contoh Unsur Geometri:

d)

Pilin Berganda S

Buntut Siput

Parang Rosak

Banji

Jalur

Kawung

Kisi-kisi

Swastika

Unsur benda buatan manusia.

Biasanya digunakan untuk hiasan batik ela.


Contoh motif unsur buatan manusia:

e)

Abor

Jaring Ikan

Wau

Wayang kulit

Kampung

Wayang kulit (Variasi)

Unsur Motif isen

Merupakan motif pengisi bagi memenuhi kain batik tradisional atau sebagai latar belakang
kepada sesuatu pola corak. Contoh jenis isen ialah mata dara, penutupan, poleng,ada-ada,
sirapan,sisik, melinjon,grinsing dan cacah gari.

Contoh Motif Isen:

Ada-ada

Atap Sirapan

Berangan

Cecek-cecek

Cecek Pitu

Cecek Sawut

Gringsing

Rawan/Rambutan

2.4

Mata Dara

Mlinjon

Sabut Kelapa

Sawut

Anyaman

Seni anyaman ialah milik masyarakat Melayu yang masih dikagumi dan digemari sehingga hari
ini dan dipercayai bermula dan berkembang tanpa menerima pengaruh luar

2.4.1 Motif Ragam hias


Penciptaan kelarai yang dikhususkan kepada motif yang "berbentuk" (selalunya unsur alam)
menghasilkan suatu gaya atau ragam hias yang menarik.Kelarai digubah sama ada disusun secara
tunggal atau disusun dalam ruang tertentu bagi menghasilkan ragam hias tertentu. Penghasilan
kelarai dilakukan serentak semasa proses anyaman dan biasanya ia dirancang dahulu dengan
menggunakan mata atau langkah untuk mewujudkan pelbagai kelarai. Antara kelarai-kelarai yan
terdapat di Malaysia ialah:

a)

Kelarai bentuk bunga


Bunga Cina
Pecah lapan
Bunga cempaka
Bunga durian
Bunga tanjung
Berembang
Bunga cengkih
Bunga Rumput
Bunga melur
Bunga kundur

b)

Kelarai Bermotif Bahagian Tumbuhan

Antara contoh-contohnya ialah:


Berakar

Pucuk jala
Beras berakar
Pucuk rebung
Tampuk pinang
Tampuk manggis
Tampuk jantung
Pecah lapan berantai
c)

Kelarai bermotifkan haiwan

Antara contoh-contohnya ialah:


Jari kedidi
Mata ketitir
Kepala lalat
Mata berkait
Mata bilis
Buntut siput
Belalang cucuk
Sisik kelah
Tulang ikan
d)

Kelarai dengan nama pereka dan tempat

Antara contoh-contohnya ialah:

Cik Kedah
Mak Mek
Sambas di dalam
Sambas
e)

Kelarai Bentuk Bebas (abstrak)


Contoh-contoh kelarai bentuk bebas :
Empat bilik
Madu manis
Swastika
Kisar mengiri
Beras patah
Gelung paku

f)

Bunga sulam

Merupakan satu lagi teknik dalam ragam hias anyaman yang akan mencantikkan lagi hasil yang
telah dibentuk. Teknik sulam adalah teknik susun susup. Teknik ini menghasilkan bentuk seperti:
Bunga pecah empat
Bunga pecah lapan
Bunga pecah dua belas
Potong wajik
Susun pucuk rebung
Susun empat persegi

3.0

MOTIF RAGAM HIAS YANG DIPENGARUHI ALAM SEKITAR DAN


FUNGSINYA.

Kebanyakan motif ragam hias kraf tradisional diilhamkan berdasarkan objek alam sekitar terhasil
atas kepekaan masyarakat tradisional terhadap persekitaran. Ini melambangkan masyarakat
Melayu sangat menghargai alam sebagai arah mendapatkan idea dalam membina lakaran kreatif
serta mencerminkan suasana harmoni di antara manusia dan alam. Motif seni kraf yang banyak
menggunakan objek-objek alam dalam ragam hiasnya membawa tentang kehalusan, kelembutan
dan kemahiran masyarakat Melayu.
Unsur alam sekitar adalah melambangkan kebesaran dan keagungan tuhan sebagai penciptanya
di samping menimbulkan kesyukuran dalam kehidupan. Masyarakat Melayu mempunyai falsafah
tinggi terhadap hasil karya yang berilham alam semulajadi kerana menganggap bahawa kejadian
alam ini adalah anugerah Ilahi yang tidak terhingga nilainya.Menurut Abdullah Mohamad
(Nakula) seorang budayawan di Kelantan yang dipetik oleh Ali Mustaffa Othman (2009),
menyatakan motif ukiran adalah berdasarkan ajaran sufi. Misalnya, reka corak bermula pada satu
tempat dalam ruang yang hendak diukir dan menjalar memenuhi ruang. Hal ini menunjukkan
alam ini berasal dari satu kejadian; seluruh kehidupan melalui tahap-tahap perkembangan. Oleh
itu , reka corak ukiran tradisi pada hujung motifnya biasanya mempunyai ciri-ciri tidak
mendongak ke atas, sebaliknya mematah atau menunduk.
Mengikut Dunn dipetik oleh Siti Zainon (1986), hubungan antara manusia Melayu dengan hutan
telah wujud sejak kira-kira 20,000 tahun yang lampau apabila hutan digunakan sebagai tempat
tinggal, sumber makanan dan keperluan harian. Hubungan ini telah menjadikan penyebab bagi
orang Melayu lama mengaplikasikan sumber alam sebagai motif dalam kraftangan mereka
Mengikut dapatan kajian yang dijalankan oleh Hamdzun Haron (2002), elemen-elemen alam
sekitar seperti flora, fauna dan kosmos telah digunakan sebagai motif kraftangan Melayu dengan
cara (gaya) yang sungguh unik iaitu dengan meletakkan kandungan pendidikan moral dalam
setiap elemen alam sekitar yang digunakan sebagai motif itu di samping memaparkan nilai
estetika.

Pengajaran moral ini disampaikan dalam seni kraf dengan menggunakan motif-motif fauna yang
telah distailisasikan dari bentuk asal seperti yang dituntut dalam ajaran Islam yang melarang
peniruan makhluk ciptaan Allah. Tukang-tukang kraf memilih haiwan-haiwan tertentu
berdasarkan pengamatannya kepada sifat-sifat yang ada pada haiwan itu yang boleh
mengingatkan kepada manusia bahawa kadang kala ada baiknya perlakuan haiwan tertentu
dijadikan teladan dalam kehidupan seharian. Contohnya seperti motif itik pulang petang yang
bejalan berderet-deret mengikut ketua menuju ke satu arah. Nilai moral yang ingin disampaikan
oleh pengukir adalah kita tidak boleh sombong dan mengatasi orang yang berada di hadapan bagi
menjamin keamanan dan kesejahteraan dalam masyarakat. Motif kucing lalok yang bermaksud
kucing tidur mempunyai nilai moral bahawa orang yang malas berusaha tidak akan mendapat
kehidupan yang baik, (Abdul Halim,1987).
Motif badak mudik pula ditujukan kepada kaum lelaki yang merupakan ketua keluarga, diilham
kerana sesuai dengan sifat fizikalnya yang besar, kulitnya keras dan bersifat sentiasa melindungi
anak-anaknya.Mudik pula bermaksud niat atau usaha yang ada tujuan. Bagi mendidik anak-anak
supaya saling menghormati antara satu sama lain,motif ayam berlaga dijadikan penghias utama
pada tangga rumah mengingatkan penghuni rumah supaya tidak bergaduh sesama sendiri dan
menyelesaikan masalah dengan cara perbincangan dan bertolak ansur, jangan jadi seperti ayam
yang gemar berlaga menentukan siapa yang kuat.
Masyarakat Melayu kuno sebelum kedatangan Islam mempercayai motif-motif alam semulajadi
mempunyai kuasa magisnya tersendiri yang dapat menghindarkan manusia daripada diganggu
oleh makhluk halus atau perbuatan sihir bomoh. Mereka menggunakan simbol-simbol tertentu
supaya dapat menakut-nakutkan makhluk halus ini seperti motif kepala cicak dalam kraf ukiran
kayu yang dipakukan di pepenjuru bumbung rumah dan motif kuda laut yang terdapat pada
ukiran kayu dan songket.
Motif bunga berbentuk bulat melambangkan alam semesta. Kuntuman bunga yang berkembang
menggambarkan kesegaran dan kegembiraan yang terpancar di sebalik keindahan bunga itu
sendiri. Motif awam larat pula memperlihatkan sifat kehalusan budi pekerti manakala liuk-lintuk
daunnya melambangkan kesopanan orang Melayu. Motif ini juga simbolik kepada sifat Tuhan
yang tiada permulaan dan pengakhirannya manakala motif sulur bayung melambangkan
pemusatan kepada suatu kuasa yang maha tinggi martabatnya. Motif bunga teratai simbolik

kepada keyakinan yang kuat, kebersihan, keamanan dan percaya kepada ketentuan Allah. Motif
bunga tanjung adalah simbol kepada kedatangan tetamu ke rumah yang sangat dialu-alukan.
Menurut Dzul Haimi Md Zain (1992), dipetik oleh Siti Hayati (2011), simbol-simbol yang
dilahirkan akan mendukung makna. Contohnya, pucuk rebung amat sinonim dengan kepercayaan
apabila ingin mendidik anak biarlah dari kecil supaya tidak menimbulkan masalah apabila
dewasa kelak. Ini membawa maksud rebung itu bersifat lembut dan akan menjadi keras apabila
menjadi buluh.
Ciri-ciri motif yang berunsurkan kosmo yang terdapat pada kraf seperti bintang, bulan , matahari
dan gunung-ganang menunjukkan tukang kraf menghayati kebesaran Illahi dan mengagungkan
kehebatan Allah.
4.0

FUNGSI MOTIF-MOTIF RAGAM HIAS KEPADA BUDAYA

Kebudayaan boleh difahamkan sebagai cara hidup dan kesenian menjadi tunjang kepada
kebudayaan masyarakat Melayu sejak turun temurun lagi. Menurut Abd. Rasid bin Ismail dan
Ahmad Rashidi Hassan

(2012), penggunaan produk kraftangan daripada fabrik yang

menggunakan motif-motif semulajadi dapat mencerminkan budaya masayarakat Melayu itu


sendiri. Lambang-lambang yang terdapat dalam reka bentuk motif dapat memberikan maknamakna yang berkaitan dengan pemikiran dan falsafah budaya Melayu. Konsep kesatuan dan
kepelbagaian yang terdapat pada motif melambangkan kesepakatan dalam masyarakat yang taat
kepada raja, bangsa dan negara.
Kebanyakan motif ragam hias kraf btradisional yang dihasilkan oleh orang Melayu
melambangkan budaya Melayu itu sendiri.Tumbuh-tumbuhan memainkan peranan penting
dalam kehidupan harian dan mempunyai kesan terhadap sosio budaya dalam masyarakat Melayu.
Tumbuh-tumbuhan banyak digunakan dalam upacara tertentu seperti perkahwinan, kelahiran dan
kematian. Justeru itu, unsur flora memberikan ilham kepada tukang-tukang kraftangan bagi
mengaplikasikan bentuk-bentuknya dalam motif ragam hias agar dalam kehidupan mereka imej
tumbuh-tumbuhan tetap bersama mereka.
Tumbuh-tumbuhan perhiasan ditanam bagi mengindahkan perkarangan rumah seperti bunga
kertas, anggerik, raya, matahari, kekwa, bakung, cina dan ketamguri. Ada juga yang boleh
mengeluarkan bau wangi seperti mawar, melor, kenanga, cempak dan tanjung.

Perubatan tradisi bukanlah perkara asing dalam masyarakat Melayu lama. Sehingga kini
sesetengah orang Melayu masih mengamalkan perubatan tradisi yang dikatakan lebih berkesan
dan bersih kandungannya kerana ia terdiri daripada bahan mentah dari alam semulajadi. Motif
tumbuhan ubatan tradisi yang digunakan di dalam kraftangan adalah seperti motif bunga raya
yang boleh mengubati penyakit pening kepala dan untuk melebatkan rambut. Begitu juga bunga
melor, berfungsi untuk mengubati pening kepala dengan cara merebus daunnya dan dituamkan
atas kepala. Kunyit dan sirih pula berguna untuk membuang angin, mengembalikan tenaga dan
mengecutkan rahim bagi wanita selepas bersalin. Sementara itu, daun keladi berfungsi untuk
mempertingkatkan tenaga batin dengan merebus ubinya dan diminum airnya atau dimakan
dengan sirih pinang.
Orang Melayu sangat mementingkan penggunaan bahan perasa yang membangkitkan aroma
masakan dan menjadikannya lebih sedap. Bunga lawang dan cengkeh yang digunakan dalam
masakan Melayu sering digunakan dalam kraftangan. Motif pandan dalam kraf songket
merupakan pewarna hijau semulajadi dan pewangi pada masakan.
Motif buah-buahan seperti manggis, pinang dan durian juga menjadi pilihan utama tukangtukang kraf sebagai motif kerana warna dan bentuk luar serta dalamannya yang unik. Ada juga
motif-motif alam semulajadi berdasarkan tumbuhan yang sering digunakan dalam upacara adat
atau ritual seperti daun kelapa yang dikibas dengan kuat di hadapan kanak-kanak perempuan
yang hendak dikhatankan yang dikatakan boleh menghilangkan rasa sakit. Daun sirih dipercayai
boleh mengubati pelbagai jenis penyakit buatan orang, dijadikan lambang utama dalam adat
peminangan dan perkahwinan serta bahan semulajadi bagi memerahkan bibir. Bayam, kacang,
pucuk paku, peria, rebung dan keladi diklasifikasikan sebagai tumbuhan sayuran kampung yang
dimasak dalam pelbagai cara. Rebung yang berasal dari buluh motif yang paling popular
digunakan dalam semua jenis kraftangan. Ini disebabkan ia berbentuk tiga segi yang amat sesuai
dijadikan sebagai kepala atau kaki corak seperti pada kraf batik, songket dan tekat.
Ayaman tikar sembahyang dan tikar orang mati

memperlihatkan unsur Islam. Ini jelas

menunjukkan bahasa masyarakat Melayu meletakkan kegunaan tikar sembahyang di kedudukkan


teratas sebagai penghormatan semasa menjalankan ibadat.

5.0

AKTIVITI MASYARAKAT TRADISIONAL YANG DIKAITKAN DENGAN


RAGAM HIAS TRADISIONAL

Selari dengan masyarakat Melayu dahulu di mana penempatan awalnya adalah dipinggir-pinggir
hutan dan di tepi-tepi sungai, tumbuh-tumbuhan dan haiwan dijadikan sebagai sumber motif
pada kraf. Pada masa itu, hutan memainkan peranan penting sebagai tempat aktiviti mencari
sumber rezeki utama membekalkan hasil hutan seperti rotan,ubat tradisional, kayu-kayan dan
hasil pemburuan.
Penanaman padi merupakan kegiatan ekonomi sara diri yang utama untuk keperluan keluarga
pada masa dahulu. Tukang-tukang kraf memilih motif padi ini berdasarkan bentuknya yang
cantik dan juga atas dasar kepercayaan orang Melayu terhadap semangat padi yang dijaga oleh
makhluk halus yang boleh menjamin hasil yang baik. Oleh itu, bagi mengekalkannya, motifmotif padi diterapkan pada barangan kraf kegunaan harian seperti tikar, tembikar dan tekat.
Dalam masyarakat Orang Melayu, daun sireh membawa lambang kasih sayang. Justeru dalam
acara peminangan atau perkahwinan ia dijadikan sebagai sebahagian dari upacara tersebut.
Begitu juga sekiranya tetamu datang ke rumah, sireh dihulurkan sebagai salam sejahtera dari
tuan rumah. Dua unsur penting ini begitu sinonim dengan aktiviti masyarakat Melayu. Apa
sahaja upacara yang berlangsung pastinya sireh pinang menjadi elemen penting. Ianya
berperanan utama sejak zaman dahulu lagi apabila disediakan sama ada dalam upacara
perkahwinan, upacara menyambut bayi, majlis melenggang perut dan banyak lagi. Daun sireh
yang bertemu urat sahaja yang akan dipilih untuk perubatan dan sebagainya. Menurut Siti Hayati
(2011), melihat kepada keunikan dan kepentingan daun sireh serta buah pinang ini, tukang kraf
menjadikan dua elemen ini sebagai subject matter dalam penghasilan karya mereka.
Masyarakat Melayu dahulu sering mendengar cerita-cerita mitos yang disampaikan oleh tok
dalang secara lisan dan ini merupakan salah satu daripada aktiviti yang mereka lakukan ketika
lapang. Motif naga dan burung geroda pula lahir dari cerita-cerita mitos ini walaupun
kewujudannya tidak dapat disahihkan. Bagaimana rupa dan bentuk badan kedua-dua haiwan ini
biasanya akan digambarkan oleh tok dalang secara lisan. Hasil dari penceritaan lisan ini, tukangtukang kraf melalui imaginasinya menggambarkan sisik naga dan burung garuda seperti yang
dapat dilihat pada seni ukiran kayu dan batik.

Motif kosmos dihasilkan melalui aktiviti pemerhatian terhadap cakerawala oleh masyarakat
dahulu. Contohnya dalam menentukan musim hujan. Pemerhatian kepada bentuk-bentuk awan
memberi panduan kepada mereka dalam menjalani kehidupan harian.
Bagi para nelayan dahulu, kepala kapal diukir menggunakan motif bangau kerana bagi mereka
bangau adalah haiwan yang sangat cekap menangkap ikan dan boleh membawa kepada
keuntungan dan keselamatan di laut.
Namun begitu, usaha untuk mempertahankan keunikan seni ini haruslah diteruskan agar tidak
ditelan peredaran zaman. Budaya negara bukan sahaja dicerminkan melalui bahasa pertuturan
dan adat resam bangsanya tetapi juga dicerminkan melalui kehalusan kerja tangan bermutu
tinggi. Seni warisan yang unik ini wajar diberi perhatian, sokongan dan bantuan supaya dapat
terus dipelihara dan dimanfaatkan bersama.

Motif kucing lalok

6.0

penutup

Kraft tangan melambangkan jati diri rakyat Malaysia .Kraf tangan masyarakat peribumi ini
adalah dihasilkan berdasarkan alam persekitaran mereka yang berkaitan dengan alam
Melayu.Sumber proses pembutan juga mudah didapati di persekitaranya.Namun keunikan yang
terserlah ialah pemikiran kreatif mereka dalam dalam mengolah dan mengubah barangan dan
objek yang memperlihatkan aspek budaya,estetika dan fungsi kraf tradisional Melayu
mempunyai nilai estetika yang tinggi.

Pelbagainama bunga, haiwan dan kosmos digubah bentuknya agar sesuai digunakan sebagai
motif dalam kraf. Ternyata orang Melayu zaman dahulu mempunyai pengetahuan yang amatkaya
tentang nama-nama bunga yang ada di persekitaran mereka. Mereka bukan sahajarapat dengan
alam sekitar tetapi mengetahui kegunaan objek-objek alam semulajadi ituyang boleh
mendatangkan pelbagai faedah kepada mereka.

Monday, August 15, 2011


PENGALAMAN PENDIDIKAN SENI MEMBANTU MENINGKAT KREATIVITI DALAM
KEHIDUPAN SOSIAL MASYARAKAT BY-SITI HAYATI

The 9th Regional Symposium of The Malay Archipelago 2012 (SIMPOSIUM NUSANTARA 9
2012) 11-12 Disember 2012, Perak, MALAYSIA
PAPER CODE : AC103 KEINDAHAN DALAM REKA BENTUK MOTIF SENI HIASAN
FABRIK TRADISIONAL MELAYU: SATU ANALISA FORMALISTIK
Abd. Rasid bin Ismail, Ahmadrashidi Hassan
Abdul Halim Nasir. 1987.Traditional Malay Wood Carving. Kuala Lumpur: DewanBahasa &
Pustaka.
MOTIF ALAM SEMULAJADIDALAM KRAF TRADISIONAL MELAYU
OLEHHAMDZUN HARON https://www.scribd.com/doc/76281570/Seni-Dan-Alam-Sekitar
Siti Zainon Ismail. 1986. Reka Bentuk Kraftangan Melayu Tradisi. Kuala Lumpur:Dewan
Bahasa & Pustaka.

https://www.scribd.com/doc/76281570/Seni-Dan-Alam-Sekitar

Anda mungkin juga menyukai