Anda di halaman 1dari 3

SUGGESTED FORMAT A STRUCTURE ARTICLE REVIEW

1.0 PENDAHULUAN

Dalam satu perenggan sahaja anda perlu menulis Maklumat yang lengkap mengenai artikel
yang anda review seperti:- tajuk artikel, nama jurnal yang menerbitkannya, tarikh penerbitan,
empat penerbitan, nombor isu dan volume, nama penulis dan nombor halaman/mukasurat.

Kemudian dalam satu atau beberapa perenggan (ikut kesesuaian) tuliskan satu
Ringkasan artikel tersebut dalam anggaran perkataan - 800 hingga 1000 perkataan dengan
menyatakan maklumat-maklumat separti:- tujuan artikel, bagaimana penyelidikan itu
ditadbirkan, dapatannya dan maklumat lain yang anda fikirkan penting dimaklumkan.
**INGATAN: Anda boleh dipandu dengan soalan-soalan berikut dalam melaksanakan
rigkasan di atas:
o Objektif:
Apakah objektif artikel?
o Teori:
Adakah terdapat kerangka teori yang eksplisit? Jika tidak, adakah terdapat
andaian teori?
o Konsep:
Apakah konsep utama? Adakah ianya jelas?
o Perbincangan:
Apakah perbincangan utama dalam artikel ini? Adakah terdapat hipotesis
spesifik?
o Methodologi:
Apakah kaedah yang digunakan untuk menguji?
o Evidens:
Adakah terdapat evidens? Sejauh mana ianya mencukupi?
o Nilai:
Adakah terdapat nilai yang implicit?
o Literatur:
Bagaimana kajian ini disesuaikan dengan literatur luas itu?
o Sumbangan:
Sejauh manakah kajian ini mengembangkan ilmu dalam disiplin berkenaan?
o Stail:
Sejauh manakah bahasa, stail, dan pembentangan penulis jelas?
o Rumusan:
Satu penilaian keseluruhan yang ringkas

2.0 PERBINCANGAN MENGENAI ARTIKEL

Dalam satu atau dua perenggan perbincangan meliputi isu-isu seperti:- makna atau implikasi
dapatan kajian berkenaan
**INGATAN: Anda dikehendaki memberi pendapat anda tentang artikel tersebut
dengan membincangkan kebaikan / kelemahan, dan bagaimana artikel itu boleh
ditambahbaik.

3.0 CADANGAN:

Dalam satu perenggan - bincangkan bagaimana penulis boleh mengembangkan perkara/isu


seperti:- dapatannya, apakah fokus kajian akan datang, hala tuju kajian akan datang. Bincang
juga bagaimana ilmu berkenaan boleh dikembangkan lagi.

4. PENUTUP:

Amat penting untuk anda buat satu evaluation atau penilaian muktamad mengenai sumbangan
artikel terhadap pemahaman tajuk berkenaan oleh pembaca (mungkin kepentingannya kepada
pengembangan ilmu bidang berkenaan. Anda boleh menulis dalam satu perenggan atau maksima
tiga perenggan (berdasarkan kesesuaian)

INGATAN:
Anda tidak perlu menulis dalam menyatakan perkara-perkara yang tidak relevan atau tidak
bersangkut paut dengan artikel yang dibaca. Ucapan-ucapan terima kasih kepada sesiapa yang
tidak berkaitan dengan artikel seperti pensyarahtutor, keluarga mahupun rakan-rakan amat tidak
perlukan. Laporan hanya berteraskan artikel yang dibaca.

RENUNGAN BUAT SAUDARA-SAUDARAKU


Semoga Allah meredhai dan seterusnya mempermudahkan urusan anda dalam
menydiakan laroran artikel review ini. Moga Allah sentiasa memberkati dan memberi petunjuk
serta hidayah buat kita semua, keluarga kita dan semua saudara Islam kita.
2

Diharapkan agar segala ilmu yang kita kongsikan bersama dalam setiap majlis ilmu akan
menguatkan minda dan iman kita dalam menegakkan serta mempertahankan Agama Islam suci
kita dari serangan-serangan musuh-musuh Islam. Hanya kita yang dapat mempertahankan
kesucian Islam dan biarlah ianya menjadi matlamat hidup kita untuk mendapat keredhaan dari
Allah subahanahu wataala di dunia dan akhirat. Ameen. Man jadda wajad.

Anda mungkin juga menyukai