Anda di halaman 1dari 24

BIODATA PENGASAS RAMLY

Nama :
Dato Haji Ramly Bin Mokni
Nama
Isteri:
Datin
Hajjah
Shala
Siah
Bt.
Abdul
Manap
Jantina :
Lelaki
Mula
berniaga :
Tahun
1984
Pencapaian
:
Beberapa kali pernah memenangi Anugerah Usahawan Terbaik.
Hasil :
Mempunyai 2 buah kilang pemerosesan di Kawasan Perindustrian Bandar Tun
Razak, Cheras dan di Taman Perindustrian IKS, Mukim Batu, Kuala Lumpur

PENGENALAN RINGKAS

Burger Ramly merupakan produk bumiputera milik Ramly bin Mokni yang
telah menjadi salah satu makanan segera yang popular di Malaysia. Burger
Ramly lebih mudah didapati gerai makanan ditepi jalan dan restoran.
Kemudiannya, Burger Ramly telah menular ke Singapura dan menjadi
makanan segera yang popular dikalangan penduduk Singapura.
Ramly Food Processsing adalah industri bumiputera yang terkenal dalam
industri pembuatan produk makanan berasaskan daging lembu, ayam dan
hasilan laut berjenama ramly, Burger, nuget, frankfurter dan drummet
adalah diantara produk yang paling diminati.
PRODUK

RAMLY

Burger Ayam dan Burger Lembu


Burger Ayam Ramly yang pertama dikeluarkan ialah dalam tahun 1979 dan
ia adalah salah satu produk pertama yang dikeluarkan oleh Ramly.
Ramuan Burger Ayam: Daging Ayam, Protein Kacang Soya, Rempah dan
Garam. Mengandungi Bahan Perisa dan Kondisioner Makanan yang
dibenarkan.
Ramuan Burger Lembu: Daging Lembu, Protein Kacang Soya, Rempah dan
Garam. Mengandungi Bahan Perisa, Pewarna dan Kondisioner Makanan yang
dibenarkan.
Cara Menyimpan: Simpan Sejukbeku Pada -18C
Saiz Pek: 420g, 360g & 300g

Burger Ayam Rasa Panggang dan Burger Lembu Rasa Panggang


Ramuan Burger Ayam: Daging Ayam, Protein Kacang Soya, Rempah dan
Garam. Mengandungi Bahan Perisa dan Kondisioner Makanan yang
dibenarkan.
Ramuan Burger Lembu: Daging Lembu, Protein Kacang Soya, Rempah dan
Garam. Mengandungi Bahan Perisa dan Kondisioner Makanan yang
dibenarkan.
Cara Menyimpan: Simpan Sejukbeku Pada -18C
Saiz Pek: 420g

Burger Ayam Oblong Klasik, Burger Lembu Oblong Klasik dan Burger
Kambing Oblong Klasik
Ramuan Burger Ayam: Daging Ayam, Protein Kacang Soya, Kanji Ubi Kentang,
Lada Hitam, Rempah dan Garam. Mengandungi MSG sebagai Penambah
Perisa dan Kondisioner Makanan yang dibenarkan.
Ramuan Burger Lembu: Daging Lembu, Protein Kacang Soya, Kanji Ubi
Kentang, Rempah dan Garam. Mengandungi Bahan Perisa dan Kondisioner
Makanan yang dibenarkan.

Ramuan Burger Kambing: Daging Kambing, Protein Kacang Soya, Kanji Ubi
Kentang, Lada Hitam, Rempah dan Garam. Mengandungi MSG sebagai
Penambah Perisa dan Kondisioner Makanan yang dibenarkan.
Cara Menyimpan: Simpan Sejukbeku Pada -18C / Saiz Pek: 700g

Burger Ikan dan Burger Udang


Ramuan Burger Ikan: Isi Ikan, Protein Kacang Soya, Minyak Sayuran, Rempah
dan Garam. Mengandungi Kondisioner Makanan dan Bahan Penambah Perisa
yang dibenarkan.
Ramuan Burger Udang: Isi Udang, Protein Kacang Soya, Minyak Sayuran,
Rempah dan Garam. Mengandungi Kondisioner Makanan dan Bahan
Penambah Perisa yang dibenarkan.
Cara Menyimpan: Simpan Sejukbeku Pada -18C
Saiz Pek: 650g

Frankfurter Ayam dan Frankfurter Lembu


Ramuan Frankfurter Ayam: Daging Ayam, Protein Kacang Soya, Kanji Jagung
Terubahsuai dan Rempah. Mengandungi Bahan Penambah Perisa
(E450,E451,E452) dan Pengawet Makanan (E250, E252) yang dibenarkan.
Ramuan Frankfurter Lembu: Daging Lembu, Protein Kacang Soya, Kanji
Jagung Terubahsuai dan Rempah. Mengandungi Bahan Penambah Perisa
(E450,E451,E452), Pewarna dan Pengawet Makanan (E250, E252) yang
dibenarkan.
Cara Menyimpan: Simpan Sejukbeku Pada -18C
Saiz Pek: 340g, 1kg

Koktel Ayam dan Koktel Lembu


Ramuan Koktel Ayam: Daging Ayam, Protein Kacang Soya, Kanji Jagung
Terubahsuai dan Rempah. Mengandungi Bahan Penambah Perisa
(E450,E451,E452) dan Pengawet Makanan (E250, E252) yang dibenarkan.
Ramuan Koktel Lembu: Daging Lembu, Protein Kacang Soya, Kanji Jagung
Terubahsuai dan Rempah. Mengandungi Bahan Penambah Perisa

(E450,E451,E452), Pewarna dan Pengawet Makanan (E250, E252) yang


dibenarkan.
Cara Menyimpan: Simpan Sejukbeku Pada -18C
Saiz Pek: 340g, 1kg

Nuget
"Nuget Ayam Salutan Tempura" telah mendapat Anugerah Khas - Anugerah
Produk Cemerlang anjuran Jabatan Perkhidmatan Veterinar di MAHA 2008.
Nuget Daging Ramly merupakan perintis kepada nuget daging di Malaysia
dan hanya Ramly yang menjual nuget lembu di Malaysia.
Ramuan Nuget Lembu: Daging Lembu, Protein Soya, Minyak Sayuran, Tepung
Gandum, Tepung Jagung, Rempah dan Garam. Mengandungi Kondisioner
Makanan dan Bahan Penambah Perisa yang dibenarkan.
Ramuan Nuget Ayam Salutan Tempura: Daging Ayam, Protein Soya, Minyak
Sayuran, Tepung Gandum, Tepung Jagung, Rempah dan Garam.
Mengandungi Kondisioner Makanan dan Bahan Penambah Perisa yang
dibenarkan.
Ramuan Nuget Ayam: Daging Ayam, Protein Soya, Minyak Sayuran, Tepung
Gandum, Tepung Jagung, Rempah dan Garam. Mengandungi Kondisioner
Makanan dan Bahan Penambah Perisa yang dibenarkan.
Ramuan Nuget Ikan: Isi Ikan, Protein Soya, Tepung Gandum, Tepung Jagung,
Rempah dan Garam. Mengandungi Kondisioner Makanan dan Bahan
Penambah Perisa yang dibenarkan.
Cara Menyimpan: Simpan Sejukbeku Pada -18C
Saiz Pek: 1 kg

Ayam Goreng
Ramuan Kepak Ayam: Bahagian Kepak Ayam, Minyak Sayuran, Tepung
Gandum, Tepung Jagung, Rempah dan Garam. Mengandungi Kondisioner
Makanan dan Bahan Penambah Perisa yang dibenarkan.
Ramuan Ayam Goreng: Bahagian Ayam, Minyak Sayuran, Tepung Gandum,
Tepung Jagung, Rempah dan Garam. Mengandungi Kondisioner Makanan dan
Bahan Penambah Perisa yang dibenarkan.
Cara Menyimpan: Simpan Sejukbeku Pada -18C
Saiz Pek: 1kg
Ramuan Kebab Ayam:Daging ayam, kanji, sos soya, minyak kacang soya,
garam, gula dan rempah. Mengandungi perisa dan bahan penambah perisa
yang dibenarkan.
Ramuan Rempah:Jintan putih, cili, lada hitam, garam dan bawang putih.
Mengandungi perisa yang dibenarkan.
Saiz Pek: 420g
Ramuan Getuk Ayam:Daging ayam, protein soya, minyak sayuran, tepung
gandum, tepung jagung, rempah dan garam. Mengandungi kondisioner
makanan dan bahan penambah perisa yang dibenarkan.
Saiz Pek: 800g
Ramuan Patti Ayam:Daging ayam, kanji, protein soya, garam, gula dan lada
putih. Mengandungi
kondisioner makanan, perisa dan bahan penambah perisa yang dibenarkan.
Saiz Pek: 500g
Ramuan Filet Ayam:Filet ayam, kanji, sos soya, garam, gula, minyak kacang
soya, rempah dan tepung salutan. Mengandungi kondisioner makanan,
perisa dan bahan penambah perisa yang dibenarkan.
Saiz Pek: 500g

Cara Menyimpan: Simpan Sejukbeku Pada -18C

Alaskan Pollock
Fakta tentang Alaskan Pollock:
Berasal dari air jernih Alaska, ikan putih ini memberi rasa tekstur dan
kandungan nutrisi yang tiada tandingan. Rasanya yang lembut telah terbukti
sesuai untuk menghasilkan filet yang berkualiti tinggi. Rendah dalam lemak
dan kalori, menjadikan ikan Alaska Pollock adalah sumber terbaik bagi
Omega 3, protein dan mineral yang penting untuk kesihatan yang optimum.
Ramuan Koktel Ikan Tempura: Isi Ikan Alaskan Pollock, Tepung Gandum,
Tepung Jagung, Kanji Kentang, Minyak Sayuran, Rempah dan Garam.
Mengandungi Kondisioner Makanan dan Bahan Penambah Perisa yang
dibenarkan. Saiz Pek: 500g
Ramuan Filet Ikan Tempura: Filet Ikan Alaskan Pollock, Tepung Gandum,
Tepung Jagung, Kanji Kentang, Minyak Sayuran, Rempah dan Garam.
Mengandungi Kondisioner Makanan dan Bahan Penambah Perisa yang
dibenarkan. Saiz Pek: 450g
Ramuan Popcorn Ikan Bersalut: Ikan Alaskan Pollock, Tepung Gandum, Kanji
Jagung, Kanji Kentang, Minyak Sayuran, Rempah dan Garam. Mengandungi
Kondisioner Makanan dan Bahan Penambah Perisa yang dibenarkan. Saiz
Pek: 500g
Ramuan Gegelang Sotong Bersalut: Gegelang Sotong Calamari, Tepung
Gandum, Gluten Gandum, Tepung Kentang, Minyak Sayuran, Rempah dan
Garam. Mengandungi Kondisioner Makanan dan Bahan Penambah Perisa
yang dibenarkan. Saiz Pek: 500g

Ramuan Bebola Sotong: Surimi, Sotong, Minyak Kelapa Sawit,Kanji, Gula,


Garam dan Bawang Putih. Mengandungi Kodisioner makanan, Perisa dan
Penambah Perisa Yang Dibenarkan. Saiz Pek: 500g
Cara

Menyimpan:

Simpan

Sejukbeku

Pada

-18C

Daging Kisar
Daging Ayam Kisar dan Daging Lembu Kisar Ramly sangat sesuai digunakan
untuk membuat kuah Spegetti, Pai Ayam, Sheppeard Pie, Kuih Cara Berlauk,
Murtabak, Roti John dan Pizza.
Ramuan Daging Ayam Kisar: Daging Ayam
Ramuan Daging Lembu Kisar: Daging Lembu
Cara Menyimpan: Simpan Sejukbeku Pada -18C
Saiz

Pek:

400g,

800g

Roti Burger dan Roti Frankfurter


Ramuan Roti Burger: Tepung Gandum, Ragi Garam, Gula, Minyak Sayuran
dan Mengandungi Kondisioner Makanan yang dibenarkan.
Saiz Pek: 1 pek x 10 biji, 1 pek x 40 biji
Ramuan Roti Frankfurter: Tepung Gandum, Ragi Garam, Gula, Minyak
Sayuran dan Mengandungi Kondisioner Makanan yang dibenarkan.
Saiz

Pek:

pek

10

biji

Tasty Mayo
Ramuan Tasty Mayo: Minyak Kacang Soya, Telur, Gula, Garam, Biji Sawi,
Bahan Pengawet dan Kondisioner Makanan yang dibenarkan.
Saiz Pek: 3 Liter

Popia Udang Rangup


Ramuan: Udang, tepung gandum, kanji, lobak merah, daun bawang, bawang
putih, sos kacang soya, bawang merah dan garam. Mengandungi kondisioner
makanan yang dibenarkan.
Saiz Pek: 400g

Tasty Cili & Tasty Lada Hitam


Ramuan Chili: Gula, cili, kanji jagung terubahsuai, garam dan cuka.
Mengandungi MSG sebagai penambah perisa, bahan pengawet dan
kondisioner makanan yang dibenarkan.
Ramuan Lada Hitam: Gula, lada hitam, kanji makanan terubahsuai, rempah
ratus, garam, pewarna asli, bahan pengawet dan kondisioner makanan yang
dibenarkan.
Saiz Pek:340g btl, 1kg bag, 2.4kg jar
RINGKASAN TENTANG PERMULAAN PERNIAGAAN
Ramly Mokni bermula sebagai pemotong daging di sebuah pasar
raya di ibu kota pada awal 1970an di mana kebanyakan makanan sejuk beku
yang tidak pasti halal haramnya, telah mencetuskan idea beliau untuk
menghasilkan daging burger dan sosej yang ditanggung halal untuk dimakan
oleh umat Islam di negara ini. Sifat beliau ini jelas menunjukkan beliau

adalah seorang yang bijak merebut peluang dan berdaya kreatif dan inovatif
serta berpandangan jauh. Selain itu, beliau tidak pernah putus asa walaupun
usahanya pernah diperlekehkan oleh masyarakat dan juga pihak bank yang
telah menolak permohonan pinjamannya. Namun, dengan simpanan sendiri
dan juga bantuan pinjaman yang diberikan oleh Bank Pembangunan dan
Malaysia Berhad telah membolehkannya mengorak langkah untuk
memajukan perniagaannya. Sekaligus telah membuktikan peranan agensi
kerajaan adalah amat penting.
PERNIAGAAN MENDAPAT KEJAYAAN DAN LAIN-LAIN
Ramly Mokni merupakan seorang tokoh usahawan Melayu yang
telah mengecapi dan mencapai kejayaan dalam bidang keusahawanan
dengan begitu cemerlang dan patut diteladani oleh usahawan-usahawan
bumiputera yang lain. Kejayaannya bukanlah dapat dinikmati dalam sekelip
mata, tetapi terpaksa mengharungi dengan pelbagai cabaran dan halangan.
Dengan berbekalkan keyakinan diri dan ketabahan serta kecekalan hatinya,
beliau telah dapat mengembangkan perniagaannya dari gerai menjual
burger sehingga membuka kilang untuk mengeluarkan daging burger dari
300 keping sehari kepada 30 tan daging sehari selepas 20 tahun dengan
jualan tahunan kini mencatat RM42 juta.
PASANG
PESAING
AYAMAS

SURUT

PERNIAGAAN

1st in Frehsness, 1st in Quality


-5 jenis produk
produk masakan-6 jenis
produk sejukbeku-12 jenis
produk tin-4 jenis
produk premix-34 jenis
produk ayam segar
Jumlah produk-68
-74 kedai seluruh malaysia
-QSR group peneraju industri makanan runcit dan kedai makan
Pengiktirafan
2006-YUM-Restauran Antarabangsa Asia, pembekal tahunan terbaik
2007-pemprosesan daging cemerlang
2008-Brandlaurette
2009-Brandlaurette, AFCSB:Inovasi produk cemerlang

2010-Brandlaurette
2011-Inovasi produk cemerlang:PLATINUM, Produk terbaik ASEAN
2012-Domestic Dive
2013-Domestic Dive
Kontroversi
-2012- tuduhan produk ayamas terdapat campuran antibiotik terlarang
(chlorampenicol)
FIGO
Expecting Nothing Less but Excellent
-2 jenis produk
produk sejuk beku 10 jenis
produk pastri sejuk beku 9 jenis
Jumlah produk - 19
-pasaran eksport sehingga 13 buah negara besar termasuk negara Eropah
-mempunyai RM2 JUTA insurans untuk setiap produknya
-QL group- peneraju industri makanan pertanian, marin, dan tenaga biomass
Pengiktirafan
1994-produk halal Malaysia
2002-HACCP UK
2004-Approval EU Number, HACCP, Golden Bull
2005-ISO22000
2009-Sijil BRC
ANTARA DUGAAN YANG DIHADAPI
1) Cabaran bagi pengusaha Ramly Burger iaitu Dato' Ramly Mokni
Ramly Mokni merupakan seorang tokoh usahawan Melayu yang telah
mengecapi dan mencapai kejayaan dalam bidang keusahawanan dengan
begitu cemerlang .Beliau menghadapi pelbagai cabaran dan halangan untuk
membuka kilang untuk mengeluarkan daging burger dari 300 keping sehari
kepada 30 tan daging sehari selepas 20 tahun dengan jualan tahunan kini
mencatat RM42 juta.
Ramly mengembangkan perniagaannya dengan menghasilkan produkproduk lain termasuk nuggets, fritters termasuklah jejari dan bebola daging
dan ayam. Jenama Ramly Burger bukan sahaja terkenal di Malaysia malah di
Singapore juga.

Beliau seorang yang bijak merebut peluang dan berdaya kreatif dan inovatif
serta berpandangan jauh. Selain itu, beliau tidak pernah putus asa walaupun
usahanya pernah diperlekehkan oleh masyarakat dan juga pihak bank yang
telah menolak permohonan pinjamannya.
Beliau mengatakan sokongan keluarga adalah amat penting untuk
mendorongnya terutamanya isterinya yang sentiasa memberikan dorongan
kepadanya.Sebarang rungutan dan ketidakpuasan hati oleh pelanggan,
beliau pasti akan memperbaiki mutu produknya dengan berjumpa dengan
pelanggan tertentu dengan kadar segera untuk mengetahui masalahnya.
2) Isu DNA babi dalam Ramly Burger
Isu DNA Babi dalam Ramli Burger telah heboh diperkatakan pada suatu
ketika dahulu. Ia berikutan sebuah blog memaparkan salinan surat
dari Jabatan Kesihatan Negeri Kedah yang mendakwa jabatan berkenaan
bagi Daerah Yan telah menemui DNA babi hasil kajian satu sample produk
Ramly Burger di sana.
Perkara ini telah dinafikan sekeras kerasnya oleh Dato Ramly bin Mokni,
Pengarah Urusan Kumpulan Syarikat Ramli yang mengeluar dan
memasarkan produk tersebut. Dalam surat terbuka bertarikh 1 Disember
2011, beliau mendakwa bahawa ini adalah satu fitnah untuk mensabotaj
syarikat mereka yang 100% dimiliki oleh keluarga beliau yang beragama
Islam dengan 1,000 kakitangan yang kesemuanya juga beragama Islam.
Beliau menambah bahawa sebagai kumpulan beragama Islam, mereka
sungguh menitik beratkan soal halal haram dan mempunyai jabatan dan
jawatankuasa halal untuk memastikan status halal produk yang dikeluarkan.
Beliau mendakwa memang ada kertas bungkusan yang bukan milikan Ramly
telah ditemui digunakan dan aduan polis telah dibuat tentang perkara ini.
Satu pemeriksaan premis telah dilaksanakan oleh Pejabatan Kesihatan
Daerah Kulim, Kedah yang mengesahkan tiada DNA Babi ditemui.
Beliau menasihati orang ramai menghubungi pihak JAKIM untuk penjelasan
lanjut (Jika ada).
Dalam perkara ini, kami mengakui pentingnya pemantauan status halal
dibuat oleh pihak kerajaan, tetapi janganlah ia dibuat dengan cara tergesa
gesa dan di laporkan pula oleh sebuah pejabat peringkat daerah dan
sebuah agensi yang tidak berkenaan. Sebarang pengumuman sepatutnya
dibuat oleh pihak yang berwibawa seperti JAKIM pusat atau negeri dengan

prosedur yang ketat bagi mengelakkan sebarang kekeliruan, fitnah atau


sabotaj.
Kita harus maklum sejak baru baru ini banyak perusahaan Melayu/Islam
telah disasarkan oleh pihak yang tidak dikenali melalui internet. Ini
termasuklah kes roti Gardenia, KFC, Kek Lapis Sarawak dan kini pula Ramly
Burger, yang kesemuanya dimiliki atau di kuasai oleh usahawan
Melayu/Islam. Kita tidak tahu siapa yang memulakan fitnah ini dan apa
tujuan mereka. Namun kita sebagai masyarakat Islam, walaupun perihatin
dengan soal halal haram, perlulah berhati hati supaya tidak mudah
digunakan oleh pihak lain untuk memfitnah dan menjatuhkan perusahaan
Islam.
3) Dituduh bertukar tangan dengan syarikat bumiputera
KUALA LUMPUR 9 Mei - Ramly Food Processing Sdn. Bhd. yang terkenal
dengan jenama Ramly Burger menafikan bahawa kepentingan syarikat itu
telah dijual kepada syarikat bukan bumiputera.
Pengurus Kanan Pemasaran Ramly Mokni Sdn. Bhd., Siti Hayu Ramly berkata,
tidak pernah pada bila-bila masa pegangan syarikat itu dijual dan perniagaan
yang berusia 30 tahun itu kekal di tangan pengasasnya, Datuk Ramly Mokni.
Siti Hayu yang merupakan generasi kedua pengasas perniagaan itu terpaksa
tampil untuk menjelaskan perkara berkenaan memandangkan pelbagai
spekulasi tersebar sejak kebelakangan ini.
''Banyak kenyataan di Internet menyebarkan kononnya Kumpulan Ramly
telah dijual dan ia adalah satu dakwaan yang tidak benar dan kami
menafikan sekeras-kerasnya.
''Satu lagi perkara yang ingin saya tekankan bahawa semua produk kami
adalah halal dan mematuhi setiap aspek dan prosedur Syariah,'' katanya
kepada Utusan Malaysia di sini.
Siti Hayu berkata, pihak syarikat tidak tahu menahu punca dan faktor yang
menyebabkan dakwaan tersebut tersebar di Internet.
Cuma, tambahnya, jika ada pengguna yang masih was-was dengan
kenyataannya, mereka boleh mendapatkan pengesahan di Suruhanjaya
Syarikat Malaysia (SSM).
Beliau bagaimanapun berkata, khabar angin itu sedikit pun tidak
menjejaskan perniagaan Kumpulan Ramly, sebaliknya permintaan bagi
produk-produknya terus meningkat.

Malah, katanya, pada tahun lalu jumlah permintaan adalah 30 peratus lebih
tinggi berbanding pengeluaran.
Pada tahun ini, kata Siti Hayu, Kumpulan Ramly telah meningkatkan kapasiti
untuk memastikan bekalan seiring dengan permintaan yang semakin
menggalakkan. Kumpulan Ramly kini memasarkan 40 produk dan burger
Ramly masih kekal sebagai produk terlaris dengan sumbangan sebanyak 50
peratus kepada perniagaannya.
Ditanya mengenai penerokaan pasaran luar negara, Siti Hayu tidak
menafikan produknya telah lama mendapat permintaan tetapi ia tidak dapat
dilakukan disebabkan kapasiti pengeluaran yang terhad.
''Kini kami sudah sedia, cuma belum bergerak ke arah itu, Kumpulan Ramly
perlu membuat kajian terperinci untuk memastikan kami berupaya bersaing
di luar,'' tambahnya.
Beliau tidak menolak kemungkinan akan memasarkan produknya di pasaran
serantau dan Thailand dijangka menjadi destinasi pertama Kumpulan
Ramly.Dalam pada itu, Siti Hayu berkata, Kumpulan Ramly kini
memperkenalkan pek baru bagi produk burger ayam dan dagingnya.
Katanya, pembungkusan dalam bentuk bantal itu mengandungi enam keping
burger ayam dan daging diperkenalkan untuk mengekalkan kesegaran dan
kualitinya.
4) Hanya dianggap sebagai sampah di Singapura
Burger Ramly sangat popular di Malaysia, Burger Ramly merupakan Ikon
makanan yang kita tahu mudah didapati di pasar malam atau di kiosk - kiosk
kaki lima diwaktu malam tetapi di Singapura hanya di kenali sebagai
pembungkus makanan. Ini kerana kerajaan Singapura telah mengharamkan
daging dan ayam Ramly Burger disana buat jangka waktu yang lama .
Sebaliknya apa yang ada adalah daging dengan jenama seperti Tasty, Sultan
Burger and Armiya,kesemuanya dibuat di Singapura. Pengasas Burger
Ramly mencipta resepi burger keluarannya pada tahun 1979.Lima tahun
selepas pelancaran, Ramly burger boleh didapati dimana - mana seluruh
Malaysia termasuk Singapura, Thailand ke Filipina dan Indonesia.Tetapi
hanya kertas pembungkus , mayonis, dan makanan sejuk beku seperti
bebola sotong yang dipasarkan di Singapura.

FALSAFAH PERNIAGAAN DAN STRATEGI YANG DIGUNAKAN.

Beliau
sentiasa
memegang
kepada
prinsip
kejujuran,
menitikberatkan mutu barangan yang dihasilkan, keutamaan dan pandangan
pelanggan terhadap barangan keluaran syarikatnya tidak pernah diambil
ringan. Sebarang rungutan dan ketidakpuasan hati oleh pelanggan, beliau
pasti akan memperbaiki mutu produknya dengan berjumpa dengan
pelanggan tertentu dengan kadar segera untuk mengetahui masalahnya. Ini
dapat jelas menggambarkan corak pengurusan beliau yang sangat cekap
dan efisyen dalam menangani sebarang masalah yang timbul. Hasil
kegigihan beliau, beliau telah dianugerahkan beberapa kali Anugerah
Usahawan Terbaik .
PENCAPAIAN YANG DICAPAI DARI SEGI BAHAGIAN PASARAN, JUMLAH
JUALAN, BILANGAN OUTLETS, PENGIKTIRAFAN, PENGGUNAAN &
PENERIMAAN PRODUK, DAN LAIN-LAIN
Dato' Ramli Bin Mokni, pemilik syarikat ini, berpengalaman lebih
30 tahun dalam bidang ini. Bermula dengan pengeluaran secara manual dan
kecil-kecilan, beliau kini telah berjaya mengembangkan perniagaan ini ke
tahap komersial. Bermula dengan pinjaman yang kecil dari Bank
Pembangunan pada tahun 1982, syarikat kini telah berkembang dan
membesar kepada syarikat induk Ramly Mokni Holding Berhad dan anakanak syarikat iaitu Ramly Food Processing Sdn. Bhd., Pemasaran Ramly
Mokni Sdn. Bhd., Ramly Supermart Sdn. Bhd. dan Ramly Mokni Bakeri Sdn.
Bhd. Syarikat beliau telah diberikan pengiktirafan sebanyak tiga kali oleh
Bank Pembangunan atas kecermelangan prestasi iaitu Anugerah Projek
Terbaik (1982), Anugerah Pelanggan Pembangunan (1984) dan Anugerah
Usahawan Jaya (1992). Bukan itu sahaja malah pada tanggal 11 Disember
2009 beliau telah menerima pingat kebesaran berpangkat Dato daripada
uli Yang Maha Mulia Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj Ibni Almarhum
Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Alhaj sempena Hari Keputeraan baginda
Sultan.
Pada 2008, Ramly Food Processing Sdn. Bhd. membuat pelaburan
menjangkau RM15 juta bagi pembesaran kilang di Taman Perindustrian IKS,
Batu Caves, Kuala Lumpur. Pembesaran kilang ini dan penggunaan teknologi
yang lebih baik juga dapat meningkatkan hasil pengeluaran sehingga 3 kali
ganda. Di samping mempertingkatkan pengeluaran dan dalam waktu yang
sama kualiti produk menjadi keutamaannya.
Penggunaan teknologi mesin dari awal proses hingga akhir dengan
tenaga kerja yang berkemahiran dalam pengendalian mesin dijangka mampu
memastikan matlamat syarikat ini dapat dilaksanakan dengan jayanya. SME
Bank telah meluluskan pembiayaan syariah kepada Ramly Food Processing
Sdn. Bhd. bagi membiayai kos pembelian bahan mentah syarikat ini. Produkproduk syarikat ini telah dikenali ramai dan berkualiti tinggi. Syarikat ini

merupakan syarikat Bumiputera terkemuka yang telah mencipta nama


dalam industri makanan sejuk beku di negara ini.
Pengedaran
Lebih dari 120 orang pemborong berdaftar sebagai anak syarikat bagi
mengedarkan produk-produk RAMLY. Kesemua pemborong berdaftar ini
dibawah pemasaran Ramly Mokni Sendirian Berhad. Syarikat pemasaran ini
beribupejabat di Desa Tun Razak, Cheras, Kuala Lumpur. Penubuhan syarikat
ini bertujuan dalam menawarkan khidmat jualan kepada pelanggan. Bagi
memastikan pengedaran dan penghantaran produk dijamin kualiti dan
kesegarannya, kenderaan kontena sejukbeku digunakan.
Sebuah anak syarikat Ramly yang berobjektif dalam memastikan produknya
mudah didapati dipasaran telah ditubuh di Lorong Raja Bot (Off Jalan Raja
Alang) di Kuala Lumpur. Anak syarikat ini dikenali sebagai Ramly
Supermarket Sendirian Berhad, dan ia beroperasi 24jam. Pembukaan anak
syarikat ini bagi memastikan khidmat borong dan runcit boleh dilaksanakan
diantara RAMLY dengan penjaja dan orang awam.
Kualiti
Penubuhan Makma Mikrobiologi yang dijalankan oleh Ramly, bagi mengawal
kualiti produk. Tujuan penubuhan makmal ini adalah memasitkan produknya
adalah suci (dari pemilihan bahan mentah hingga produk siap) dan selamat
untuk dimakan. Selain itu, makmal ini berfungi sebagai satu tempat
penyelidikan dan pembangunan produk. Makmal Mikrobiologi Ramly lengkap
dengan peralatan teknologi tinggi.
Produksi
Satu kajian penyelidikan dan pembangunan produk dijalankan oleh Ramly,
bagi tujuan kesegaran, kelazatan dan kualiti produknya. Cara pembungkusan
yang menarik juga dikaji dalam memastikan produk kelihatan menarik dan
boleh dinikmati. Pengimplementasi kepakaran teknologi oleh Ramly, adalah
memastikan pengeluran daging dan hasil laut dapat memenuhi citarasa
pengguna dan pengemar Ramly. Kepakaran teknologi yang digunakan juga
memastikan produktiviti produk.
Produk
Daging burger
Merupakan produk utama buat syarikat ini. Untuk memasak daging burger
Ramly, tidak begitu sukar, cuma yang diperlukan ialah kuali atau plet leper,
penekan daging burger, dapur, gas masakan, ban burger dan daging burger.
Untuk rencah atau isi-isinya pula ialah timun dan kobis. Untuk bahan
perisanya, biasa digunakan ialah sos Worcester (wu-ches-ter) atau juga
dikenali sebagai kicap burger dikalangan orang Malaysia. Sebagai sos
tambahan pula ialah mayonis, sos tomato, sos cili ataupun sos barbeku.

Pengiktirafan
1982,1984,1992- Bank Pembangunan Malaysia:Pembangunan cemerlang
2008-MAHA/HPPNK:produk cemerlang
Inovasi DPMM
Kementerian Pertanian Malaysia:produk cemerlang
2010- GIANT jenama terkenal:pembekal tahunan terbaik
Malaysian Industrial Estate Berhad:Penghargaan Pengguna
2009

Pingat

Kebesaran

Pangkat

Dato

FAKTOR-FAKTOR UTAMA YANG MENYUMBANG KEPADA KEJAYAAN


PERNIAGAAN.
Beliau telah membuktikan bahawa sesiapa sahaja boleh
berjaya walaupun dirinya tiada ijazah atau dari golongan keluarga ahli
perniagaan. Bagi beliau kemahuan, tekad dan komitmen yang jitu telah
membawanya ke gerbang kejayaan
Beliau juga mengakui bahawa sokongan keluarga adalah amat
penting untuk mendorongnya terutamanya isterinya yang sentiasa
memberikan dorongan kepadanya dan beliau telah mengatakan bahawa
kejayaannya adalah hasil sokongan kuat keluarga. Di samping itu, beliau
sentiasa memegang kepada prinsip kejujuran, menitikberatkan mutu
barangan yang dihasilkan, keutamaan dan pandangan pelanggan terhadap
barangan keluaran syarikatnya tidak pernah diambil ringan. Sebarang
rungutan dan ketidakpuasan hati oleh pelanggan, beliau pasti akan
memperbaiki mutu produknya dengan berjumpa dengan pelanggan tertentu
dengan kadar segera untuk mengetahui masalahnya. Ini dapat jelas
menggambarkan corak pengurusan beliau yang sangat cekap dan efisyen
dalam menangani sebarang masalah yang timbul. Hasil kegigihan beliau,
beliau telah dianugerahkan beberapa kali Anugerah Usahawan Terbaik .

KEKUATAN, KELEMAHAN, PELUANG DAN CABARAN YANG ADA DARI


SEGI PRODUK
Kekuatan:
1. Jenama yang dikenali ramai
2. Konsep penghasilan produk yang kukuh
3. Menggunakan orang tengah untuk memasarkan produk
Kelemahan:
1. Kekurangan saluran keluar produk
2. Persekitaran produk yang tidak sihat

Peluang:
1. Produk baru
2. Target pasaran yang besar
3. Skop pengagihan produk yang luas
Cabaran:
1. Persaingan yang kuat
2. Kesedaran masyarakat mengenai penjagaan kesihatan
4. Pengawalan undang-undang tempatan

GALERI

Sumber rujukan :http://www.ramly.com.my/


http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?
y=2010&dt=0510&sec=Korporat&pg=ko_02.htm
http://greenboc.blogspot.com/2011/12/cubaan-sabotaj-frankfurter-ramlygagal.html
http://prezi.com/wudtyhaev4sy/ramly-burger/
http://usahawanterbilang-berjaya.blogspot.com/2011/12/haji-ramly-binmokni.html
http://www.scribd.com/doc/172439020/Keusahawanan-Assignment-Raya-2#
http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Pegangprinsip__8216_Halal_Ber
sihdanBermutu__8217_/Article
http://boisanerd.blogspot.com/2009/12/ramly-burger-is-now-dato-ramlyburger.html
http://group9-apk.blogspot.com/2012/10/syarikat-ramly-burger-danpermasalahan.html
http://dwnekonomi.dbp.my/wordpress/?p=315
http://group9-apk.blogspot.com/2012/10/syarikat-ramly-burgerhttp://group9apk.blogspot.com/2012/10/syarikat-ramly-burger-dan-permasalahan.html-dan-permasalahan.html
http://www.pendapatanda.com/2012/01/sosej-lembu-ramly-ada-dna-babi-siapa.html
http://iksprofile.blogspot.com/2012/05/ramly-food-processing-sdnbhd.html
http://makanan-gddotcom.blogspot.com/