Anda di halaman 1dari 22

E

A H A N

A C A A N

A Z K I R A H

DI
HUJUNG PENA CIKGU NIK
2004
10 Julai 2004 Jam 9.59 a.m
11 Zulhijjah 1425 1 Feb 2004
BAGI SAJA LAH
Seminggu yang lepas cikgu menerima berita kematian seorang
jiran.Umurnya akhir 30-an.Dia ditemui mati dalam semak-samun setelah
4 hari.Muka sudah berubah dan bau sudah menjadi busuk.Itupun setelah
disedari oleh seorang yang ingin mencari umbuk nyur nak buat
kenduri.Kalau tidak.Tapi itulah ketentuan Allah.Mengikut satu
sumber dia dipatuk ular semas asedang `koyok nyur'.
Jiran cikgu ni miskin,dan bernasib malang.Selalu saja minta
hutang.Bukannya banyak seringgit dua saja.Tapi selalu.Hinggakan
cikgu pun tak tahu nak kata.Apa yang boleh buat ialah elakkan
daripada mengeluarkan kata-kata yang tak elok.Walaupun nyaris-nyaris
nak terkeluar.Kita pujuk hati, duit ni bukan hak kita.Hak Allah
juga.Dalam duit kita ada duit orang lain.
Dalam kuliah Tok Guru Menteri Besar pernah sebut.Kalau orang
berhutang dengan kita maka kita dapat pahala.Selamamana hutang itu
belum dibayar.Sebab itulah kalau duit kita sudah cukup.Tak payah
minta balik hutang tu.Untungnya kita dapat pahala secara percuma dan
berterusan.Tapi kalau nak minta pun itu hak kita.Ikut suka lah,
takkanlah benda ni pun cikgu nak cakap juga.
Maka, cikgu nasihatkan kepada anak murid cikgu kalau orang nak
berhutang dengan kita,dan kita ada duit lebih bagilah.Kalau tak
boleh bagi banyak bagi sedikit.Inilah masa kita nak buat
kebajikan.Dalam kuliah itu juga,Tok Guru ada kata, bila kita bagi
duit maka kita kena ingat zahirnya orang itu yang terima duit kita
tapi pada hakikatnya,Allah yang terima.Sebab itulah kita dapat
pahala.
DI HUJUNG PENA CIKGU NIK 2004__________________________

Setelah terima berita kematiannya maka cikgu halalkan hutangnya.Tapi


itu hutang dengan cikgudengan orang lain?Hanya Allah saja yang
tahu.
Mari kita naik setahap lagi.Tahap yang kedua ialah kita memberi
semasa kita tak ada.Kita tak ada duit tapi bila orang nak berhutang
kita beri juga.Pelik juga.Ini orang panggil memberi walaupun tiada.
Itulah sebabnya Nabi kita, pernah ada orang nak minta Bantu.Tapi
Nabi tak ada duit, maka baginda bagi tahu orang itu pergi ke kedai
dan berhutang atas nama baginda.
Maknanya tahap ini sangat mulia dan jarang orang boleh buat.Nak
tolong sampai gitu mo sekali.Kalau kita fikir kalau tak ada duit gak
biarlah.Tapi itu kita fikir.Fikiran yang bercampur dengan dunia dan
kepentingan.
Cuma sekadar nak bagi tahu, Itulah sifat ahli syurga : Dan
bersegeralah kamu kepada ampunan dari Tuhanmu dan kepada syurga yang
luasnya seluas langit dan bumi yang disediakan untuk orang-orang
yang bertaqwa. (QS. 3:133) (iaitu)orang-orang yang menafkahkan
(hartanya), baik di waktu lapang mahupun sempit, dan orang-orang
yang menahan amarahnya dan memaafkan (kesalahan) orang.Allah
menyukai orang-orang yang berbuat kebajikan.(QS.3:134)

10 Julai 2004 Jam 2.16 p.m


18 Zulhijjah 1425 8 Feb 2004
DI ANTARA DUA USIA
Pada suatu pagi cikgu terjaga daripada tidur.Apabila mak
cikgu terjaga daripada tidur.Maka cikgu buat air susu cicah
roti.Namun eloklah kalau nak beribadat pagi-pagi begini.Lalu cikgu
ambil pen dan tulis ` di hujung pena ini `
Cikgu teringat 4 tahun yang lalu.Cikgu juga terjaga pada
waktu pagi apabila anak cikgu yang sulong terjaga.Cuma bezanya pada
waktu itu terjaga sampai dua atau tiga kali satu malam.Kalau dikira
penat memang penat.Tapi penat tu akan hilang kalau kita fikirkan
ganjaran di kemudian hari.

DI HUJUNG PENA CIKGU NIK 2004__________________________

Bagaimana pula keadaan kita pada masa kecil.Ada siapa-siapa


yang masih ingat?Tak akan ada yang dapat ingat pada masa itu.Yang
boleh bagitau pada kita ialah ibu dan ayah kita.Merekalah yang lebih
tahu,berapa kali kita terjaga pada waktu pagi.
Satu keadaan yang akan berlaku dan kita hadapi ialah kita
akan tua.Mungkin kita juga akan terjagawaktu pagi-pagi.
Dalam dua usia ini,masa kecil dan masa tua.Ada dua persamaan
yang signifikan.Ia kelihatan seperti kitaran yang kembali pada
keadaan asal.
Justeru,cikgu ada anak dan seorang mak, maka cikgu rasa ada
kelayakan untuk membicarakan antara dua usia.
Seorang anak kecil bermula daripada tidak boleh berjalan
kepada merangkak,kepada berjalan.Seorang tua pula bermula daripada
boleh berjalan ,kepada merangkak dan tidak boleh berjalan.Seorang
anak kecil makan minumnya kita yang suap,tapi setelah dewasa dia
akan makan sendiri.Seorang tua dulunya dia makan sendiri tapi
setelah tak upaya kita yang kena suap.
Seorang yang kecil akan pakai pampers.Orang tua pun kalau
tak upaya akan pakai pampers juga.Cuma antara kedua-duanya yang mana
mudah dipakaikan?Kalau kita ada jawapan untuk soalan itu maka jangan
lupa soalan yang kedua.Yang mana pahala yang lebih banyak?
Seorang anak kecil akan menangis,dan kita tak tahu kenapa
dia menangis.Maka kita jangan hairan kalau perkara yang sama akan
berlaku kepada orang tua.
Seorang anak kecil bermula daripada tidak boleh bercakap
kepada boleh bercakap.Seorang tua pula bermula daripada boleh
bercakap kepada tak boleh bercakap ataupun kita tak faham
percakapannya.
Itulah perbandingan antara dua usia.Kedua-dua usia itu satu
telah kita lalui dan satu lagi belum dilalui.Kalau usia kita panjang
kita akn melaluinya.Benarlah kalam Allah yang bermaksud :
Dan barangsiapa yang Kami panjangkan umurnya nescaya Kami kembalikan
mereka kepada kejadian(nya).Maka apakah mereka tidak memikirkan?
(QS.Yasin 36:68)
Julai 2004 Jam 7.10 p.m
2 Muharram 1425 23 Febuari 2004
DI HUJUNG PENA CIKGU NIK 2004__________________________

YANG TINGGI DAN YANG RENDAH


Pagi ini, (18.2.04), cikgu buat ujian bulanan kepada para
pelajar.Sementara menunggu mereka menjawab, cikgu pun
menulis.Melihat pelajar berfikir ke atas, maka cikgu tumpang fikir
sama, kalau-kalau ada idea.Cuma cikgu musykil kalau ada pelajar yang
pandang ke tepi, ke belakang atau ke bawah.Sebagai hamba Allah
betapa terasanya hidup ini amat berharga.Harga itu ada dalam diri
kita.Kita boleh rasa sendiri atau orang lain boleh tolong royat pada
kita.Pertolongan itu mungkin berupakan ujian.
Bagi ahli motivasi, pujian adalah baik untuk menaikkan
semangat.Boleh membaiki semula jiwa yang lemah dan tak berdaya.Namun
kaedah ini biasanya tak kekal lama, bersifat sementara saja.Ada
masanya pujian itu bahaya.Kata sesetengah orang di kalangan
kita"bahaya untuk perahu-perahu kecil".Bahayanya pujian ialah
ia
boleh menyebabkan diri kita menjadi besar.Rasa macam nak terbang
saja, atau terangkat dan tinggi.Apabila sudah jadi macam tue maka
kita akan rasa diri kita hebat, serba pandai, serba boleh,serba tahu
dan serba serbi.Kenapa cikgu kata ia bahaya?Sebabnya, kita akan lupa
asal usul kejadian kita.Asal kejadian kita adalah daripada setitis
cecair yang amat tidak berharga lagi berbau.Kalau ia tumpah tiada
siapa yang nak.Namun betapa kasih sayang Allah yang tidak terperi,
di muliakan manusia sampai ketahap itu.Malah lebih tinggi lagi
daripada apa yang kita fikirkan.
Oleh itu, sepatutnya pujian tidak boleh menyebabkan kita
semakin tinggi dan berbangga diri.Untuk apa kita jadi bangga dengan
serba-serbi.Yang bukan kita yang buat.Kalau kita buat sendiri jolo
juga.Ingat tu.Allah boleh tarik bila-bila masa saja.Lalu jadilah tak
serba tak serbi.Sekali-sekala kita berjalan di muka bumi ini jangan
selalu lihat yang tinggi.Lihat juga yang rendah.Pandang ke
bawah.Lihatlah pada tanah tempat kita pijak.Kotornya.Sehingga kita
terlupa bahawa dari situlah kejadian asal kita.
Hari Jumaat yang lepas,cikgu telah royat pada pelajar MMP
dalam satu program, sebelum cikgu ke program MMPP selepas itu.Cikgu
Tanya siapakah di antara manusia yang paling layak untuk memiliki
sifat sombong dan angkuh dengan kehebatan yang tidak terperi?Bukan
raja, bukan sultan,dan bukan orang yang paling kaya atas
dunia.Beliau ialah Nabi Muhammad S.A.W.Kenapa?Kerana Allah,Malaikat
dan orang Mukmin berselawat dan ucap pujian padanya.Nama baginda
menjadi sebutan yang paling agong dan berada di tempat tinggi.Namun
siapakah yang paling Tawaduk antara manusia.Beliau adlah Nabi
Muhammad S.A.W.Baginda telah cuba meletakkan dirinya serendah yang
DI HUJUNG PENA CIKGU NIK 2004__________________________

mungkin.Dan janganlah kamu berjalan di muka bumi ini dengan sombong,


kerana sesungguhnya kamu sekali-kali tidak dapat menembus bumi dan
sekali-kali kamu tidak akan sampai setinggi gunung.
(QS.17:37).Lupa.cikgu pun bagitau pelajar."Masa sudah
habissemua
pelajar hantar".tiada siapa yang nak hantarsehingga cikgu
terpaksa
ulang beberapa kali.
10 Julai 2004 Jam 3.24 p.m
9 Muharram 1425 1 Mac 2004
MENGHITUNG YANG TAK TERHITUNG (INFINITI)
Minggu lepas ada minggu sukan sekolah.Entah macam mana cikgu
pun turut terlibat sama.Kalau dulu,cikgu tak minat sangat dalam hal
sukan ni.Tapi mungkin ada sebabnya cikgu jadi demikian.Cuma maafkan
cikgu kalau cikgu bersorak terlalu kuat.
Dalam pertandingan itu kita akan menghitung.Cikgu pun
menghitung.Kita menghitung mata untuk menang atau kalah.Hitungan itu
akan berhenti apabila selesai perlawanan.
Hitungan yang banyak ada dalam matematik.Hingga kita akan
sampai tahap infiniti.Bila dah sampai tahap itu maka kita tak larat
lagi menghitung.Kita kena akur dengan keterbatasan kita sebagai
manusia yang lemah.
Begitulah dalam hidup ini kita sebagai hamba Allah.Satu
perkara yang kita kena hitung ialah nikmat Allah yang telah kita
terima dari dalam perut ibu hinggalah saat ini.Semua pelajaran ialah
ada dalam bab syukur.
Dalam menghitung nikmat Allah kita tidak perlu berhenti
walaupun ia adalah tidak terhitung (infiniti).Kalau kita berhenti
maka ikatan atau online kita dengan Allah juga akan terputus atau
terhenti (disconnect)
Kesudahan daripada hitungan kita ialah syukur.Cuba ingat
kembali kepada Rasulullah.
Diriwayatkan Rasulullah itu sembahyang malam sehingga
bengkak belakang kakinya.Siti Aisyah bertanya : " Kenapa sampai
begitu sekali sembahyang kerana selama dulu dan kemudian telah
diampun oleh Allah".
DI HUJUNG PENA CIKGU NIK 2004__________________________

Rasulullah pernah bersabda " Tidakkah aku ini seorang hamba


yang bersyukur".Di sini kita dapat ketahui kenapa Rasul yang
maksum
itu pun bersujud kepada Allah, kerana ia bersyukur dengan nikmat
yang diberikan oleh Allah.Syukur itu sebenarnya bukanlah satu
pengucapan semata-mata seperti yang kita lakukan kini.Syukur itu
perbuatan oleh kita kepada Allah,maka itu barulah dikatakan syukur
yang sebenar-benarnya.
Hendaklah di rasa dalam hatinya akan nikmat Allah berikan
kepadanya.Pemberian Allah itu sangat banyak.Allah jadikan mata kita,
hidung kita, deria kita memberi rezeki kepada kita dan bermacammacam lagi nikmat yang diberikannya.Oleh itu, gunakan segala nikmat
itu kejalan yang diredhai oleh Allah.Jika tidak kita itu kufur
nikmat jika disalahgunakannya.
Kemudian setelah merasa akan semua itu hendaklah kita malu
kepada Allah kerana memberi kepada kita semua itu dan hendaklah kita
berkhidmat kepadanya pula iaitu mengerjakan perkara-perkara
kebaikan, kebajikan dan perkara sunat.
Firman Allah S.W.T (maksudnya) " Jika kamu ingin hitung nikmatnikmat Allah pastilah kamu tidak akan mungkin menghitungnya
(meliputinya)".Ibrahim : 34
Hitunglah betapa banyaknya nikmat dari Allah yang kita
terima.Cuma jangan tersalah hitung.Kita bukan nak hitung derita tapi
menghitung nikmat disebalik derita.Hitunglah.sebelum kita tak
mampu
lagi berbuat demikian.Hanya kita yang boleh menghitung untuk diri
kita.
Ditulis oleh
cikgunik@yahoo.com
tersiar dalm Buletin tarbiah
Message: 4
Date: Sun, 12 Sep 2004 07:15:28 -0000
From: "pictmsk" <pictmsk@yahoo.com>
Subject: Dihujung Pena Ini : Koleksi 2
10 Julai 2004 Jam 4.09 p.m
16 Muharram 1425 8 Mac 2004
DI HUJUNG PENA CIKGU NIK 2004__________________________

MERAKAMKAN KEHIDUPAN
Terlebih dahulu cikgu ingin merakamkan ucapan tahniah,
(sebagai rakaman kehidupan yang pertama )kepada pelajar-pelajar
cikgu yang telah berjaya dalam peperiksaan SPM,STAM dan STPM barubaru ini.Kepada yang menerima keputusan yang tidak meyakinkan,
janganlah sedih.Sabar,redha,dan yakin ada hikmahnya.Usaha lagi.
Cikgu masih lagi seperti dulu, suka dengan satu aktiviti
iaitu merakamkan kehidupan.Kalau dulu cikgu selalu ambil gambar
program sekolah,sekarang pun macam tu juga.Masa di MMP cikgu sempat
buat CD yang mengandungi gambar-gambar MMP.Begitu juga di sini.Tahun
lepas,cikgu sempat menghasilkan CD MMPP yang menggambarkan aktiviti
sekolah tahun 2003.Cuma baik sedikit sebab ada rakaman audio ceramah.
Rakaman kehidupan ini amat berguna untuk kita hayati selepas
daripada ini.Masa kita dah dewasa atau sudah tua.Kita akan tersenyum
sendiri apabila melihat masa muda-muda.
Satu perkara yang kita tak berapa suka kalau ada yang ambil
gambar dengan `pukul curi' (candid).Apalagi kalau aksi itu kurang
menyenangkan kita.
Mungkin kita terlupa kot.Gambar kita suara kita ada yang
sedang merakamkannya.Lebih daripada pukul curi.Semua gambar kita
yang baik atau tidak senonoh telah dirakamkan.Sama ada kita suka
atau tidak.
Rakaman kehidupan ini, bermula daripada kita kecil sampailah
kita mati.Dirakamkan dengan menggunakan kamera yang terlalu canggih
berbanding kita.Apa tidaknya,semua aktiviti kehidupan kita ada.Dari
kecil sampai yang besar.Daripada yang baik kepada yang paling tak
baik.
Apabila orang nak ambil gambar kita,kita akan kata "nanti
dulu saya nak senyum" "nanti dulu saya nak duduk betul"Nanti dulu
saya nak bersediasehinggalah kita berpuas hati dengan gambar yang
diambil.
Cumapernahkah kita berkata kepada jurukamera yang Allah
utuskan untuk merakamkan kehidupan kita."Nanti dulu saya nak buat
ibadat"nanti dulu saya nak buat kebajikan""nanti dulu saya nak
bersedekah".akibat terlupa kita biarkan mereka ambil gambar kita
ketika sedang buat maksiat,ketika sibuk dengan urusan dunia dan lupa
urusan Akhirat, dan macam-macam mazmumah yang lain.
DI HUJUNG PENA CIKGU NIK 2004__________________________

Sebelum terlambat,DELETE lah segera gambar-gambar candid


kita yang tak elok tu.DELETE lah dengan taubat,ibadat, dan dekatkan
diri dengan Allah.Sehingga gambar baik kita yang cantik dapat
menutup gambar yang tak baik.Sebab, gambar-gambar ini akan dijadikan
pameran pada HARI TERBUKA suatu hari nanti.Di manakah kita nak
letakkan muka kita.
Dan diletakkanlah kitab, lalu kamu akan melihat orang-orang yang
bersalah ketakutan terhadap apa yang (bertulis) di dalamnya,dan
mereka berkata."Aduhai celaka kami, kitab apakah ini yang tidak
meninggalkan yang kecil dan tidak (pula)yang besar, melainkan ia
mencatat semuanya.Dan mereka dapati apa yang telah mereka kerjakan
ada (tertulis).Dan TuhanMu tidak menganiaya seorang juapun".QS :
18:49)

14 Julai 2004 Jam 8.57 p.m


23 Muharram 23 Mac 2004.
TERIMA TEGURAN ITU.
Hari ini (8.3.2004) cikgu bangun terlalu awal.Nak tak nak
kena bangun juga.Cikgu harus siapkan BT Edisi Cuti bilangan
185.Cikgu terlupa minggu depan cuti rupanya.Payahnya kalau kena
rehat.Kalau tak tahu nak buat apa masa rehat.Takut-takut rehat tue
jadi tidak bermanfaat.Cuma mujurlah ada `Hari Raya'
Dua perkara yang banyak membantu kita menjadi
seorang manusia yang baik ialah ditegur dan menegur.Ditegur
maksudnya kita menerima nasihat seseorang agar jadi lebih
baik.Hasilnya dapat pahala.Namun tegur dan menegur itu haruslah
berasaskan ikhlas, iman dan redha Allah.Kita kadang-kadang tak
berapa suka ditegur dan menegur.Kalau kita di tegur maka ego kita
akan tercabar.Kalau menegur pula, kita takut mencabar ego orang,
atau orang akan terasa.Lalu kita kata siapalah kita nak tegur-tegur
orang.Rupa-rupanya,bila di hitung berkali-kali, kalau kita abaikan
dua amalan ni kita akan rugi.
Pernah suatu ketika dulu, tahun pertama cikgu di MMP, tahun
1996, cikgu telah ditegur oleh seorang pelajar, seorang
dhobitah,atas satu kesalahan yang cikgu yang `tak manis' semasa bagi
kaunseling pada seorang pelajar.Mula-mula dalam hati cikgu nak marah
DI HUJUNG PENA CIKGU NIK 2004__________________________

juga, cara dia tegur.Tapi bila di fikir berkali-kali,tegurannya baik


dan betul maka cikgu terima dengan senang hati.Siapalah kita
sehingga orang tidak boleh tegur kita.
Hari demi hari, cikgu belajar bahawa teguran itu amat baik
untuk mendidik hati dan akhlak kita.Kalau tidak, kita kan lupa diri
diulik rasa ego.Namun,dalam banyak-banyak teguran terselit teguran
yang amat bermakna, ia teguran daripada Allah.Kita sering tak
perasan , Allah menegur kita.Bila kita rasa pandai, hebat,mulia dan
megah ,maka kalau Allah sayang pada kita,Allah tegur kita.Cuba
perhatikan Allah tegur kita semasa kita mendapat malu atas sesuatu
perkara, semasa kita terjatuh,semasa berjalan,semasa kita batuk atau
sakit.Di antaranya paling halus ialah Allah tegur kita semasa kita
buat salah secara tidak sengaja pada seseorang, lalu kita rasa
bersalah dan menyesal.
Betapa teguran daripada Allah ini membawa maksud bahawa kita
harus sedar kelemahan diri kita sebagai hambaNya.Kemudian kembalilah
kepada Allah dengan penuh rasa syukur dan merendah diri.Oleh sebab
itu,berikanlah peringatan kerana peringatan itu bermanfa'at.(QS.87:9)
Dan berikanlah peringatan dengan apa yang diwahyukan itu kepada
orang-orang yang takut akan dihimpunkan kepada Tuhannya.(pada hari
kiamat),sedangkan bagi mereka tidak ada seorang pelindung dan
pemberi syafa'at pun selain daripada Allah, agar mereka bertaqwa
(QS.6:51)
Cikgu mengucapkan selamat bercuti.Kepada pelajar MMPP
selamat menggunakan Bahasa Arab.
10 Julai 2004 Jam 5.14p.m
1 Safar 1425 22 Mac 2004
TAK APA
Tak apa lawannya tak boleh.Dalam hidup ni kita boleh dalam
keadaan tak apa dan kita boleh dalam keadaan tidak boleh.Masingmasing ada baik buruknya.
Cikgu pun tak perasan, perkataan tak apa selalu sangat cikgu
gunakan sejak beberapa minggu ini.Cikgu marahtak apa.Cikgu susahlah
tak apa.Semalam saya tak datang..takapa.Cikgu..kenapa sampai jadi
macam ni.tak apa.Sehinggalah pelajar cikgu kata,cikgu ni tak apa
sokmo.Cikgu pun tak kata apa-apa.Sebab tak apa, macam-macam lagi tak
apa yang diguna.Itu tak termasuk lagi yang dicakap dalam hati.
Baiknya tak apa ialah, ia dapat memberikan kita suatu keadaan tenang
dalam hidup.Kalau kita nak marah pun tak jadi marah.Kita boleh memupuk
memupuk sabar dalam diri.Kalau fikiran nak
DI HUJUNG PENA CIKGU NIK 2004__________________________

jadi serabut pundia jadi taka pa.Kalau tak ada panadol,cikgu rasa
boleh guna tak apa.Barangkali.
Kalau orang nak sakitkan hati kita semata-mata kerana
kita.Maka katakan tak apa.Itu pun kalau boleh.Sebab teorinya senang
tapi praktikalnya payah.Amat payah.Kenapa?Sebab itu sifat para Nabi
dan Aulia.Dua perkataan ini memerlukan pengorbanan.Terutamanya
kepentingan diri dan perasaan.Dengan tak apa, kita tidak mudah
bertindak sebarangan.Kita fikir dulu.Tak apa akan memberi noktah,
untuk kita fikir sejenak.
Satu hadis yang sangat berpengaruh dalam hidup cikgu ialah:
Hadis riwayat Anas bin Malik r.a,ia berkata : Aku melayani
Rasulullah s.a.w selama 10 tahun.Demi Allah! Beliau sama sekali
tidak pernah mengatakan kepadaku:Hus! Beliau juga tidak pernah
mengatakan kepadaku sesuatu seperti : Kenapa kamu kerjakan itu?
Kenapa kamu tidak mengerjakan ini (Hadis Bukhari)
Itulah makna tak apa yang sebaik-baiknya.Maka kita cubalah
setakat yang termampu.Nabi suka kepada yang mudah dan senang.Kalau
diberi pilihan,tentu Nabi akan pilih yang mudah dan senang.Kalau
dihayati memanglah islam itu mudah dan senang,yang jadi payah tu
sebab kita.
Manakala, kalau kita selalu menggunakan tidak boleh,maka
hidup kita akan jadi susah,di tambah pula dengan serabut yang tak
tentu pasal.Di samping itu,orang pun tak suka mendekati kita.Kalau
ada yang dekati kita mungkin sebab ada sesuatu.Kalau di bri
pilihan,mereka tak pilih kita sebagai sahabat mereka.
Cuma kena ingat juga,kita bukannya Nabi.Yang sentiasa dalam
mlindungan Allah selalu.Takut tak apa itu menjadi mudarat pada kita
dan iman kita.Kita tak boleh bersikap tidak apa pada sebarang bentuk
kemungkaran dan maksiat.
Satu lagi yang kita kena hati-hati ialah dengan tak apa
boleh menyebabkan diri kita jadi tidak tegas.Ada masanya tidak tegas
tak baik juga.Tambahan lagi kalau kita seorang pengawas.Oleh itu
ketegasan diri harus di bina juga.Ketegasan adalah lambing kekuatan
peribadi kita.Namun tak perlu selalu cukup kalau digunakan sekalisekala.
Nasihat cikgu : Gunakan TAK APA dengan sebaik-baiknya.
14 Mei 2004 Jam 10.11 p.m
15 Safar 1425 5 April 2004
DI HUJUNG PENA CIKGU NIK 2004__________________________

DUA AJARAN
Terlebih dahulu cikgu mohon maaf kerana tidak menulis dalam
BT keluaran minggu lepas.Walaupun cikgu ni seorang yang tak sibuk,
tetapi, ada masanya tak sempat juga.Kita hanya ada masa 24 jam saja,
tak boleh di tambah dah.
Semasa cikgu belajar di UKM dulu, cikgu terlibat dalam
persatuan anak negeri, iaitu PERDANA.Di situlah cikgu di asuh diajar
untuk mengenali kepimpinan dan beberapa kemahiran yang lain.Ilmu
yang cikgu dapat semasa terlibat dalam persatuan ternyata amat
berguna untuk seorang GURU.Apa yang menarik dalam persatuan PERDANA
tu ialah sebelum memulakan mesyuarat exco harus bagi tazkirah selama
5 minit.Tazkirah itu disampaikan secara bergilir-gilir setiap exco
harus menyampaikannya.Banyak ilmu dan ajaran yang cikgu terima pada
masa itu.
Dalam banyak-banyak ilmu,atau nasihat atau ajaran yang cikgu
terima ialah dua perkara.Dua ajaran ini masih cikgu ingat sampai ke
hari ini.Orang kata masih segar dalam ingatan.Cikgu pun dah lupa
siapa yang bagitahu pada cikgu, sebab banyak sangat.Tapi, yang pasti
ia adalah senior cikgu dalam persatuan itu.
PERTAMA : Kalau kita nak buat kebajikan,kebaikan,atau usaha
dakwah,Buatlah.Jangan ditanya berjaya atau tidak berjaya,kerana itu
bukab urusan kita.Hanya Allah yang boleh menetukan berjaya atau
tidak usaha kita.
Betul juga, sebab ikut kaedah Islam niat tu sudah dapat
pahala.Buat pula dapat pahala.Berjaya atau tidak usaha itu bukan
penting yang penting Allah redha.Sebab kalau kita fikirknan sangat
soal kejayaan atau kegagalan maka kita akan mudah putus asa,tiada
semangat, takut kecewa, dan paling tak patut kita akan tangguhkan
usaha kebaikan itu.Padahal untuk apa kita nak tangguhkan.Kalau usia
dan umur kita sendiri pun kita tak jamin dapat ditangguhkan.
KEDUA : Kita harus sentiasa hampir dengan Rasulullah
SAW.Jangan ketinggalan jauh di belakang atau jangan mendahului
Rasulullah SAW di hadapan.
Ini adalah yang cikgu belajar,dalam membuat sesuatu
kerja,kita kena lihat apakah Rasuluulah SAW buat atau tidak.Kalau
nabi buat,Baginda buat macammana.Kalau boleh sentiasa bersama atau
hampir dengan Rasulullah.
Jangan jauh sehingga Rasulullah panggil kita tak dengar.
DI HUJUNG PENA CIKGU NIK 2004__________________________

Jauh ke belakang maksudnya kita lupa pada Nabi kita.Apa yang


kita buat tak sama langsung dengan Nabi kita buat.Kalau Nabia ada
bersama maka Baginda akan marah pada kita atau tidak mengaku
umatnya.Dihadapan Nabi bermakna kita buat amalan atau ibadat yang
Nabi tak buat iaitu Bidaah.Atau kita buat amalan yang terlalu banyak
yang kita rasa lebih daripada Nabi, atau kita nak jadi ahli
sufi,yang Nabi tak suruh.Padahal Nabi lah insane yang paling
bertaqwa.
*Kita bukan yang terbaik, tetapi seorang Muslim yang ingin jadi
terbaik.

16 Jun 2004 Jam 10.28 p.m


22 Safar 1425 12 April 2004
CACATAN TERAKHIR UNTUK IBU
Ibu, setiap aku mengenangimu, setiap kali itulah hati ini akan sayu
dan sedih.Ibu izinkanlah kesedihan ini sebagaimana air mata Nabi
sewaktu kehilangan orang yang tersayang.
Terima kasih ibu kerana memberi penghargaan yang tidak ternilai
bagiku sebelum kau pergi.
Terima kasih ibu, kerana menjaga makan dan minumku. Halalkanlah ia
ibu.
Terima kasih ibu kerana memberi aku erti hidup ini.
Terima kasih ibu kerana mengajar aku tentang iman dan taqwa
Ibu,kau membesarkan kami tanpa ayah di sisi.Dengan kecekalan dan
ketabahanmu aku hargai.Namun kau tidak menceritakan kesusahan itu
pada kami.
Sesungguhnya Allah sangat sayang pada ibu, diujinya dengan pelbagai
ujian.Kali pertama ibu jatuh tangga, sebulan ibu terlantar, tentu
ibu masih ingat masa tu ibu ingin ambil wuduk untuk solat
tahajjud.Beberapa tahun kemudian ibu di serang strok, sehingga ibu
tak dapat berjalan lebih daripada 2 tahun.Kemudian, sekali lagi ibu
diserang strok, sehingga ibu terlantar lebih daripada setahun.Masa
itu ibu amat perlukan kasih sayang daripada anak-anak.
DI HUJUNG PENA CIKGU NIK 2004__________________________

Ibu maafkanlah anakmu jika gagal memberikan apa yang kau inginkan
itu.
Ibu, maafkanlah jika anakmu ini berkasar padamu, walaupun telahku
cuba sekuat hati menghalangnya.Namun kau tetap menyayangiku.
Ibu maafkanlah anakmu jika suatu ketika dulu aku tak setuju dengan
pandanganmu,tentang pembaikian .Namun sekarang ternyata amat
berguna.Dan fikiranmu ibu jauh kehadapan.
Ibu maafkanlah anakmu jika lewat menukar lampin itu, sehingga kau
tidak selesa.Tapi kau tidak pernah mengeluh.
Ibu, maafkanlah anakmu jika pulang lewat, sehingga kau sunyi
sendirian.Tapi sedikit pun kau tak marah.
Ibu maafkanlah anakmu jika tak faham apa yang kau ucapkan, dan
meneka yang bukan-bukan sehingga hasratmu tak ku penuhi.Tapi kau
tetap tersenyum.
Ibu maafkanlah anakmu jika lupa membeli apa yang kau pesan, sehingga
kau tak dapat merasainya.Tapi kau tak tanya pun pesanan itu.
Ibu maafkanlah anakmu jika sekali tidak menyahut panggilanmu,
walaupun aku mendengarnya.Tapi kau lupakan saja.
Ibu maafkanlah anakmu ini, jika lewat memasang kelambu sehingga
beberapa ekor nyamuk menggigitmu.Tapi kau diamkan saja.
Ya Allah aku redha dengan pemergian ibuku kerana dia banyak merasai
pahit-maung hidup ini.Dan kuserahkan segalanya pada-Mu.Kesedihan ini
hanyalah kerana aku gagal memberikan terbaik untuk ibu.Hanya pada-Mu
Allah aku bermohon dengan setulus hatiku :
" Wahai Tuhanku, kasihanilah orang tuaku sebagaimana keduanya
mengasihani aku diwaktu kecil "

8 Julai 2004 Jam 11.05 p.m


29 Safar 1425 19 April 2004
HARI TERBUKA
Pertama sekali cikgu nak ucap tahniahlah pada warga MMP
kerana telah berjaya mengadakan HARI TERBUKA.Ini membuktikan bahawa
DI HUJUNG PENA CIKGU NIK 2004__________________________

sekolah agama juga serba boleh.


Kalau kita terlibat dalam apa-apa program atau pesta atau seminar
atau apa-apalah.Maka banyaklah yang kita dapat pelajari daripada
program tersebut.Cikgu nie dah banyak ikuti program dan buat
program.Maka banyaklah pengalaman dan iktibar daripadanya yang dapat
dikutip.
Buat program nie melatih diri kita untuk bersabar.Maklumlah dalam
program tue,pemikiran tak sama.Sabar kalau orang tak terima fikiran
kita.Sabar kalau kita tak menerima fikiran orang lain.
Sabar yang paling tinggi ialah kalau kita kena buat kerja
orang.Kerja kita sendiri tak siap lagi dah kena buat kerja
orang.Yang orang tue, nampak relax aja.Sudah lah gitu,kalau kita
buat tak kena sikit,dia marah pula pada kita.Bukan nak berterima
kasih.Itulah manusia,kalau kerja dengan komputer senang kerja.Lagi
berat kalau usaha kita tu orang tak nilai.Tak apalah,Tanya diri kita
mana berharga antara penilaian Allah dan penilaian orang.
Masa adalah penting dalam membuat sesuatu program.Rasa masa macam
berjalan berjalan begitu cepat.Lebih cepat lagi kalau kita rasayang
ni tak buat lagi yang tue tak buat lagi.Masa yang singkat akan
membuatkan kita rasa tertekan.Namun kalau kita hayati,tekanan itu
ada positifnya.Ia dapat memberi kita satu daya fikir yang
kreatif.Kalau tak kerana tekanan kita tak sampai pada tahap
pemikiran seperti itu.
Letih memang letih kalau kita buat program.Apalagi kalau program
besar.Namun macam biasalah.bersakit-sakit dahulu,bersenang-senang
kemudian.Tapi biarlah letih kita tu ada manfaatnya.Kalau tidak siasia saja peluh kita yang mengalir tu.
Cuma kalau kita letih perkara yang perlu di beri perhatian ialah
perasaan marah.Cuba marah kawal kita.Jangan marah dalam keadaan
letih.Relex dulu.Sebab marah dalam keadaan letih seperti kita
membakar berhampiran petro minyak.
Marah ni tak baik.Natijahnya kita akan rasa sesal lepas
marah.Kecuali kita memang pesen panas baran.
Unsur yang penting ialah apakah niat kita nak buat program tu.Untuk
siapa.Apa yang kita dapat.Tujuannya apa dan macam-macam lagi.Niatlah
apa yang kita buat itu kerana Allah.Puashati dengan letih kita.
DI HUJUNG PENA CIKGU NIK 2004__________________________

Bekerjalah.Bekerjalah kerana Allah.Apa lagi kita nak atas dunia ini


selain daripada beribadat kerana Allah.Alangkah beruntungnya kalau
kita jadikan kerja kita itu sebagai sumber pendapatan kita di
akhirat nanti.Dunia ini tempat kita bekerja.Akhirat nanti tempat
kita terima gaji dan upah.
Cikgu/ana ucapkan jutaan terima kasih atas ucapan takziah yang
disampaikan oleh rakan-rakan dan para pelajar kepada cikgu/ana dan
keluarga.Terima kasih juga kepada yang sudi menziarahi
cikgu/ana.Maaflah kalau layanan tidak seberapa.Jazakumullah
Hukhairan khasira.
(Maaf kalau tulisan ini tak sempurna dan tak teratur, kerana
kehilangan itu masih terasa)
cikgunik@yahoo.com
Message: 5
Date: Sun, 12 Sep 2004 07:18:32 -0000
From: "pictmsk" <pictmsk@yahoo.com>
Subject: Dihujung Pena Ini : Koleksi 3

7 Julai 2004 Jam 2.47 a.m


20 Rabiulawwal 1425 10 Mei 2004
SELAMAT MENEMPUH PEPERIKSAAN..
Assalamualaikum
Terlebih dahulu cikgu nak ucap selamat menyambut Peperiksaan
Pertengahan Tahun .Maaf Zahir Batin.Macam ucapan Hari Raya
pula.Bukan apa.Bila cikgu tengok para pelajar cikgu bermaafan
sesama mereka,maka cikgu cakaplah macam tuetaka pa kan.
Peperiksaan dan ujian tu sama lah.Kita harus bersungguh-sungguh
untuk menghadapinya.Kalau tidak keputusannya nanti akan
mengecewakan.Ada di antara kita sanggup tak tidur malam untuk
belajar,ada pula yang cikgu tengok atas kereta waktu nak pergi
sekolah pun masih membaca.Tak kisahlah pasal ayah diayang bawa
kereta.Yang menarik lagi ada yang membaca sewaktu `gendong'
motosikal.
DI HUJUNG PENA CIKGU NIK 2004__________________________

Membacalah dimana-mana.Tunggu bas atau atas bas.Jangan peduli apa


orang kata.Kita adalah kita.Kecemerlangan dan akhlak kita bukan
orang yang tentukan.Selagi Allah izinkan buatlah.
Begitulah hidup di atas dunia ini.Hidup ini pun satu ujian.Allah
telah memberitahu kita : Yang menjadikan mati dan hidup,supaya Dia
menguji kamu,siapa di antara kamu yang lebih amalannya.Dan Dia Maha
Perkasa lagi Maha Pengampun. (QS.Al-Mulk : 2)
Apa yang nak diuji di sini ialah amal.Amal baik ker amal jahat.Kalau
amal kita banyak adakah ia bermutu atau tidak.Mutu di sini
bergantung pada ikhlas atau tidak kita buat amal itu.Buku rujukan tu
dah ada dua.Semua soalan akan dijawab kalau kita baca
Dengan betul-betul dan penuh penghayatan.
Kalau kita nak lulus dengan cemerlang dalam ujian yang sangat
besardan penting ini kita harus bersungguh-sungguh.Kutiplah markah
walaupun sedikit.Walaupun sekadar senyuman atau buang duri dari
jalan.Mungkin itulah markah yang terbaik.
Soalan tu ada tolak markah juga.Jangan buat mungkar dan
maksiat.Nanti markah jadi sedikit.Sebabnya kalau kita dapat markah
yang rendah maka lita akan menyesal tak sudah-sudah.
Satu perkara kita kena ingat.Tak ada peperiksaan ulangan macam STAM
atau BM Julai.Peperiksaan ini sekali sajaIngat peperiksaan maka
ingatlah ujian dari Allah.
Kepada pelajar-pelajar cikgu BM dan Pengajian Am.Cikgu restu ilmu
yang telah cikgu ajar itu.Buatlah yang terbaik.

Pesanan :
1.
Lepas Exam jangan buang kertas dan buku merata-rata.Cikgu
tak mengaku dia anak murid cikgu kalu buat macam tue.Itulah satu
cara untuk menzalimi ilmu.
2.
Dekat bilik BADATI ada seekor ibu kucing yang anaknya
ramai.Kurus dah.Kasihan dia tolong bagi makan ibu dan ankanaknya.Siapa tahu mungkin itu satu tiket ke syurga.

DI HUJUNG PENA CIKGU NIK 2004__________________________

SALAM INGATAN DARI CIKGU NIK


7 Julai 2004 Jam 3.49 a.m
4 Rabiulakhir 1425 24 Mei 2004
TOLONG MENOLONG
Tolong menolong adalah amalan mulia. Ia (maaf dalam tatabahasa salah
guna ia di sini) termasuk dalam kategori amalan kebajikan.Namun kalu
kita nak tolong orang haruslah dengan niat yang baik iaitu kerana
Allah.Kalau kita tolong orang dengan niat selain daripada itu,maka
usaha kita akan menjadi sia-sia.Itu sebabnya kalau orang bukan islam
tolong-menolong maka usahanya adalah sia-sia di sisi Allah.Jadi kita
ni orang islam jangan pula sama tarafnya dengan orang bukan islam.
Kenapa kita nak tolong orang?Salah satu sebabnya mungkin kerana
Allah dah buat kita macam tu suka tolong menolong,hidup perlu
memerlukan antara satu sama lain.Namun,yang paling penting sebab
kita tolong ialah untuk mendapat kedudukan yang Mulia di sisi Allah.
Kalau kita selalu tolong orang,maka adalah orang yang baik akan kata
kepada kita " Tak menyusahkan ke? "Kalau kita tak tahu hakikat
tolong menolong memanglah susah.Apa tidaknya,apa yang kita dapat
daripada daripada tolong orang.Buat letihkan diri saja.Masa
habis,tenaga habis,kadang-kadang wang pun habis.Namun,itu adalah
fikiran daripada orang orang tak tahu hakikat tolong-menolong.Mereka
lebih memikirkan tentang rugi.Kenapa?Sebab untungnya tak nampak.Bila
untung tak nampak,maka rugilah yang nampak.
Sebenarnya mereka rugi.Akhirat sek sok orang yang tolong sedikit
akan menyesal kerugian sebab tolong sedikit.Apa lagi kalau tak
tolong langsung.Lagilah rugi.
Satu daripada untungnya tolong menolong ,terutamanya menolong orang
dalam kesusahan ialah berdasarkan pesanan nabi kita,kalau kita
tolong orang dalam kesusahan maka Allah akan tolong kita semasa kita
dalam kesusahan.Maka yakinlah dengan janji itu.Tolonglah orang
kerana Allah.
Satu daripada sifat manusia tidak semua orang suka dirinya
ditolong.Ada orang yang memang tak suka kita tolongnya.Tak apa itu
hak dia kita tak boleh paksa-paksa.Dia ada alas an untuk berbuat
demikian.Kalau kita tak boleh tolong dia maka tak ada rezekilah

DI HUJUNG PENA CIKGU NIK 2004__________________________

kita.Tapi jangan lupa niat kita nak tolong dia tu sudah dapat
pahala.Tak apalah tolong orang lain pula.Kita kena kreatif, carilah
jalan bagaimana nak tambah amal kebajikan,kalu satu pintu tertutup
carilah pintu lain yang masih terbuka.
Sebagai persediaan nak menolong orang,kita juga harus ada sifat
sabar.Sebab kita akan menghadapi cabaran dari dalam dan luar.Cabaran
dari dalam ialah daripada diri kita sendiri,letih,marah,bosan,rasa
buang masa dan sakit hati.Cabaran dari luar pula ialah sikap orang
yang ita tolong.Kadang-kadang orang yang kita tolong tu tak pandai
nak ucap terima kasih.Lagi teruk lagi kalu dia marah pula sebab kita
tolong dia.
Taka pa lah kita tak perlu itu semua,cukuplah Allah yang "ucap
terima kasih" ,iaitu keredhaan Allah.Penutup kepada sikap ini ialah
hayatilah maksud ayat ini : Sesungguhnya kami memberi makanan
kepadamu hanyalah untuk mengharapkan keredhaan Allah.Kami tidak
menghendaki balasan dari kamu dan tidak pula (ucapan) terima kasih.
(QS.76:9)

7 Julai 2004 Jam 5.02 a.m


4 Jamadilawwal 1425 21 Jun 2004
NIKMAT SAKIT
Lama dah cikgu tak menulis dalam ruangan ini.Jadi di kesempatan ini
cikgu ruangkan masa untuk menulis.
Isu nikmat sakit ni dah lama ada dalam fikiran cikgu.Cuma tak
tertulis saja.Bila kita sebut sakit,maka kita akan kaitkan dengan
derita.Mana ada orang bila sebut sakit maka dia kaitkan dengan
nikmat.Sakit sakitlah.
Dua minggu yang lepas cikgu kena demam.Setelah berbulan-bulan tak
demam.Cuma demam tu datang sekejap saja.Biasanya kalau kita
sakit,paling kecil demam umpamanya.Maka kita akan duduk
rumah.Terlantar atas katil,menggigil,sejuk panas berulang-ulang.Nak
bercakap dengan orang pun sudah Tak lalu lagi. Makan samatelahlah.
Satu konsep orang yang ingin berjaya yang dikutip daripada orang
yang telah berjaya ialah hidup ini kalau kita lihat dari sudut
positif maka ia akan jadi positif begitulah sebaliknya.Dalam bahasa
DI HUJUNG PENA CIKGU NIK 2004__________________________

agama orang panggil husnuzan (sangka baik).Kita pun juga dituntut


sangka baik terhadap Allah.
Baiklah sekarang mari kita tengok apa yang nikmatnya dalam
sakit.Paling penting untuk mendidik hati kita.Bagi tarbiah.Ingat
kita dapat tarbiah dari guru-guru atau Buletin Tarbiah saja ke?Tak
lah.Daripada sakit pun dapat.Apa tidaknya sakit itu memberi kita
satu BREK untuk berhenti sekejap setelah lama sihat.Kalau kita
selalu sihat kita tak insaf.Jadi kalau sakit insaflah kita.Kita akan
Tanya diri kita.SIAPA KITA?Manusia yang sangat lemah di sisi
Allah.Kalau kita tak berhenti sekejap bimbang juga takut-takut kita
akan jadi sombong dan angkuh.Penyakit yang lebih bahaya daripada
kencing manis.
Selain itu,kalau kita sakit kita akan makan ubat.Cikgu teringat ada
satu kisah seorang nabi dia sakit.Baginda memohon kepada Allah agar
ditunjukkan ubat.Lalu ia pun makan ubat yang ditentukan.Kemudian
baginda sembuh.Lepas itu sakit tu dating lagi.Baginda tak minta
daripada Allah.Dan terus mengambil ubat itu tapi tak sembuh.Kenapa?
Sebab yang pertama itu baginda bergantung pada Allah dan yang kedua
sebab fikir sendiri dan tak bergantung kepada Allah.
Sebab itu bila kita nak telan ubat jangan lupa niatkan dalam hati
ubat ini tak dapat menyembuhkan,yang boleh menyembuhkan hanya
Allah.Ubat itu hanya sebagai alat atau sebab musabab saja.Sebab
itulah kalau kita telan ubat berbakul-bakul pun tak akan sembuh
kalau Allah tak izinkan.Dengan kata lain jika diizinkan Allah.
Satu lagi, kalau demam elakkan makan panadol.Panadol tu bukan ubat
yang baik.Ia hanya tipu saraf sakit kita saja.Tapi kalau tak ada
arah nak kata macam mana.Cikgu pun terpaksa makan panadol masa demam
baru-baru ni, sebab dalam perjalanan mengiring pelajar untuk satu
lawatan.Tapi bila sampai,cikgu terus lupakan panadol.Tak apalah
perkara tu boleh fakir sendiri.
Ringkasnya sakit tu sebenarnya satu nikmat sebab ia dapat
mengingatkan kita kepada Allah.Kita juga sentiasa diberi ingatan
ingat lima perkara sebelum lima perkarasatu daripadanya SIHAT
sebelum SAKIT
7 Julai 2004 Jam 5.40 a.m
18 Jamadilawwal 1425 5 Julai 2004

DI HUJUNG PENA CIKGU NIK 2004__________________________

PILIHAN
Apabila kita bercakap tentang pilihan,maka sebenarnya ada banyak
hikmah yang terkandung dalam pilihan.
Tahukah kita bahawa satu nikmat yang tidak terhingga yang kita
terima daripada Allah ialah kita dapat buat pilihan.Kenapa ya ?
Sebabnya manusia saja dapat buat pilihan.Binatang tak dapat buat
pilihan.Lembu tak pernah diberi pilihan antara pizza dan rumput.Ia
hanya nak makan rumput saja.
Tetapi semasa kita dilahirkan kita tidak diberi pilihan.Kita lahir
atas pilihan Allah.Atau kerana rahmat Allah semata-mata.Tiba-tiba
kita dicipta oleh Allah.Kalau diberi pilihan tentu ramai yang ingin
dilahirkan dalam keluarga yang kaya-raya,senang atau jadi anak
raja.Kita tentu tak pilih keluarga yang miskin atau keluarga yang
bermasalah.Tapi itulah satu hakikat bahawa Allah yang lebih
berkuasa.Miskin atau bermasalah,kaya atau senang tiada nilai di sisi
Allah.Allah nilai Taqwa yang ada dalam hati kita.
Kini Allah beri kita kuasa untuk memilih.Kita boleh pilih sama ada A
atau B atau C.Setiap pilihan ada risiko.Kalau kita berjaya dalam
membuat pilihan kita akan bahagia atau senang.Kalau gagal kita akan
menderita.Menyesal dan menderita.Tapi tak apa menyesal atau derita
atas dunia masih ok.Masih ada ubatnya.Jangan menyesal di akhirat
sebab di sana kita tak lagi di beri pilihan.Pilihan tiada di akhirat
yang ada hanya di dunia.Pilihan di akhirat bermula di dunia.Di
akhirat sama ada syurga atau neraka tiada pilihan lagi.
Kalau kita terpaksa membuat satu saja pilihan maka, kita harus
membuat pengorbanan kalau kita nak semua pilihan kita.Dari itu
muncullah istilah bahawa kita tak mampu buat untuk memiliki
semuanya.Kita kena memilih.
Kalau pilihan kita tak menepati janganlah bersedih.Setakat itu saja
kita mampu.Kalau boleh buat pilihan lagi.Pilihlah.Tetapi kalau tidak
sabarlah,itulah masa kita nak guna sabar.Kerana kita tak tahu hikmah
pilihan itu,seperti yang terkandung dalam maksud ayat ini :
Di wajibkan atas kamu berperang,padahal berperang itu adalah sesuatu
yang kamu benci.Boleh jadi kamu membenci sesuatu,padahal ia amat
baik bagimu,dan boleh jadi(pula)kamu menyukai sesuatu padahal ia
amat buruk bagimu;Allah mengetahui,sedangkan kamu tidak mengetahui.
(QS.2:216)

DI HUJUNG PENA CIKGU NIK 2004__________________________

Dalam membuat pilihan kita boleh mendapat pandangan daripada orang


yang berpengalaman.Kita juga harus solat Istiqarah untuk memohon
petunjuk daripada Allah.
Oleh sebab itu pilih sesuatu yang baik-baik saja.Yang Allah
redha.Sesuai dengan Quran dan Sunnah.
Maka Allah mengilhamkan kepada jiwa itu (jalan) kefasikan dan
ketaqwaan,(QS.91.8)Sesungguhnya beruntunglah orang yang mensucikan
jiwa itu (QS.91.9)dan sesungguhnya rugilah orang yang mengotori
dirinya.

14 Mei 2004 Jam 11.28 p.m


24 Jamadilawwal 1425 12 Julai 2004
Bersumber daripada BERCAKAP.
Allah menciptakan mulut manusia untk bercakap.Setiap orang
yang boleh bercakap ada hak untuk bercakap.Cuma apa yang perlu kita
tahu,bercakap boleh jadi baik dan boleh jadi buruk.Cakap boleh
membawa pahala dan cakap bole membawa dosaPilih sajalah nak pahala
ke nak dosa.Oleh kerana ada orang tak dapat bercakap, maka bercakap
tu adalah satu nikmat.Apa yang ada dalam otak kita ni boleh
dimuntahkan keluar.Itu sebabnya kita tengok orang yang termuntah
akan bercakap juga,bercakap juga dan bercakap juga.Sehingga kadangkadang dia pun tak tahu apa yang dicakapkannya.Kata orang tua,letih
malaikat disebelah tu mencatat apa yang dicakapkannya.
Ada tiga gejala kurang elok atau boleh terjebak dalam
perkara dosa semasa bercakap.Tiga perkara itu ialah gossip (khabar
angin), mengumpat dan fitnah.Gossip ialah perkara khabar belum tentu
benar tentang seseorang atau kejadian.Kenapa boleh terjadinya gossip?
Sebabnya manusia tu ada mulut dan nak bercakap.Kalau kita hidup
dalam masyarakat kita tak dapat elak gossip.Pernah beberapa orang
pelajar jumpa cikgu dan kata cikgu ada pelajar gossip hal
cikgu.Cikgu pun tersenyum saja.Kalau sempat, cikgu akan kata manusia
ada mulut dan dia nak bercakap berilah dia peluang bercakap.Benda tu
biasa saja.Sejak mula-mula cikgu mengajar tahun 1996, cikgu sudah
meneriman pelbagai gossip.
Gossip juga hanya terjadi pada orang yang dia kenal, atau
sesuatu yang menarik minat dia.Kebiasaannya jarang gossip pada orang
yang tak dikenali.Cuma berhati-hati semasa berada di majlis
DI HUJUNG PENA CIKGU NIK 2004__________________________

gossip.Kerana gossip boleh bertukar kepada mengumpat.Mengumpat tidak


sama dengan buat ketupat.Mengumpat ialah bercakap tentang keburukan
atau kecacatan seseorang, walaupun memang orang itu ada keburukan
yang kita katakan itu.Mengumpat adalah satu dosa.Dosa boleh
mengotorkan hati seterusnya menjadi tiket ke neraka.
Sebut tentang mengumpat, cikgu akan teringat pada arwah ibu
cikgu( semoga Allah merahmati rohnya).Dia memang tak suka
mengumpat.Kalau sesiapa mengumpat dia akan kata : Tak baik cakap hal
orang.Kalau ada orang mengumpat dia akan diam atau meninggalkan
orang itu.Kita harus berhati-hati sebab mengumpat itu sangatlah
seronoknya.Ada orang kalau tak makan pun tak apa asalkan boleh
mengumpat.Nak makan buat apa sebab sedang makan daging saudara
sendiri.
Kecelakaan paling besar daripada kedua-dua ini ialah fitnah.Fitnah
ini amat bahaya.Orang yang kena fitnah akan rasa lebih baik mati
daripada kena fitnah.Ini kerana fitnah itu lebih hebat daripada
membunuh.Ringkas cerita,bercakaplah perkara yang baik, yang
mendatangkan pahala.Jangan jadikan percakapan kita sebagai pisau
untuk menghiris hati orang.Sebaliknya jadikanlah percakapan kita
sebagai air mawar yang menyejuk dan mewangikan suasana.Hanyalah
semata-mata kerana Allah kita bercakap.LEBIH BAIK BERZIKIR.

lam

Anda mungkin juga menyukai