Anda di halaman 1dari 1

Pertandingan kelas Patriotisme

Tahun 2013, SKSS telah mengadakan banyak aktiviti sempena kemerdekaan ke-56 negara kita . Tema
tahun ini ialah 'Negaraku Berdaulat, Tanah Tumpahnya Darahku'. Logonya '56 Merdeka' . Antara
aktiviti-aktiviti yang diadakan adalah seperti pertandingan mewarna, nyanyian lagu-lagu patriotik, buku
skrap, melukis poster, basikal berhias, dan pertandingan kelas patriotisme.
Ramai muridku membeli bendera. Banyaknya duit mereka. Itu yang menjadi kehairananku. Apabila
aku meminta mereka membeli buku, katanya tidak ada wang tetapi untuk sesuatu pertandingan, ada pula
duit mereka.
Tengok ni! setiap murid ada bendera, kekadang itu bergaduh dan masing-masing mengoyakkan bendera
rakan mereka, seperti tidak mengharga pula!. Rasa nak marah sahaja. Sudah puas , aku menasihati
mereka supaya menjaga tatahidup yang baik, menghormati rakan, menjaga kebersihan kelas dan
mempunyai akhlak yang mulia.
Semoga mereka mendapat hidayah daripada-Nya. Walau bagaimanapun inilah cubaan dan cabaran
bagiku mengajar murid-murid yang agak sukar atau lambat menerima pelajaran. Semoga mereka ada
kesedaran dan dapat mengubah sedikit demi sedikit tingkahlaku dan positif terhadap pelajaran.