Anda di halaman 1dari 42

THURSDAY, MARCH 12, 2009

PENGENALAN
Masyarakat Melayu begitu berpegang teguh dengan adat resam kerana ia
dipercayai mempunyai kesan dalam kehidupan. Bagi masyarakat Melayu, adat
resam perkahwinan begitu dititikberatkan. Sesuatu upacara dalam peringkat
perkahwinan itu akan dijalankan dengan meriah dan penuh adat istiadat.
Adat perkahwinan Melayu merupakan adat resam yang paling disayangi
dan yang paling dipegang teguh oleh kebanyakan orang Melayu. Namun pada
zaman sekarang, tidak semua orang mengetahui apakah adat perkahwinan
Melayu yang sebenar.
Antara objektif yang telah dibincangkan adalah:
1. untuk memberi pendedahan yang mendalam terhadap adat perkahwinan
Melayu kepada masyarakat.
2.Mengajak masyarakat mengenal adat perkahwinan Melayu.
3.Mengajak masyarakat sama-sama memeliharawarisan nenek moyang
4.Memberi petunjuk dan sedikit pengetahuan kepada golongan yang bakal
mengakiri zaman bujang mereka.
5.Memupuk semangat kerjasama antara ahli kumpulan
6.Membina keyakinan diri serta meningkatkan kemahiran sosial setiap ahli
kumpulan
P O S T E D B Y H T T P : / / T I T A S S E M T W O . B L O G S P O T.C O M A T 1 2 : 4 1 A M 6 C O M M E N T S :

WEDNESDAY, MARCH 11, 2009

ADAT MERISIK
Dalam adat perkahwinan masyarakat Melayu, terdapat beberapa peringkat penting.
Pertama sekali adalah peringkatmerisik.

Adat ini juga dipanggil meninjau atau menengok. Dalam budaya Melayu, adat ini
merupakan tahap awal menjodohkanteruna dan dara, yang melibatkan pertemuan
antara wakil keluarga teruna dengan orang tua pihak dara. Pertemuan tersebut
dianggap penting untuk menghormati keluarga pihak dara, sebagaimana ungkapan
dalam adat Melayu kalau hendak meminang anaknya, pinanglah ibu bapaknya
terlebih dahulu. Ungkapan tersebut menjelaskan bahwa pandangan dan restu orang
tua perlu diperoleh terlebih dahulu dalam membuat keputusan yang besar seperti

perkawinan. Tujuanadat ini dilakukan adalah untuk memastikan bahawa gadisyang


dihajati oleh seorang lelaki itu masih belum berpunya. Ini penting, kerana dalam
Islam seseorang itu dilarang meminang tunangan orang. Di samping itu, adat ini
juga bertujuan untukmenyelidik latar belakang si gadis. Lazimnya adat ini
akandijalankan oleh saudara mara terdekat pihak lelaki seperti ibu atau bapa
saudaranya. Prosesi merisik dilakukan dengan tertib dan sopan untuk menjaga dan
memelihara nama baik kedua belah pihak.

Bagi pihak si gadis, terdapat beberapa kriteria yang perlu dipertimbangkan sebelum
menerima lamaran pihak lelaki antaranya ialah lelaki tersebut perlulah
mempunyai latar belakang agama serta mempunyai pekerjaan yang baik.

Apabila wakil pihak lelaki sampai di rumah si dara, para wakil keluarga
lelaki akan bercakap-cakap mengenai keadaan kehidupan, pekerjaan, maupun isuisu terkini sembil menikmati jamuan yang dihidangkan dan dihantarkan sendiri oleh
si dara. Pada saat si dara menghidangkan jamuan itulah para wakil dari pihak lelaki
berkesempatan untuk melihat wajah si dara. Setelah itu, topik pembicaraan
mulai difokuskan untukmenyampaikan maksud kedatangan pihak teruna,
dan pantununtuk merisik mulai diperdengarkan oleh juru cakap mereka. Pada tahap
ini, pihak teruna menyatakan kehendak hati untuk memetik bunga yang sedang
menguntum apabila si dara belum memiliki pasangan.

Pantun merisik ini diawali oleh pihak keluarga teruna yang kemudian akan dibalas
oleh pihak keluarga dara yang menanyakan maksud kedatangan keluarga teruna.

Sudah lama langsatnya condong


Barulah kini batangnya rebah
Sudah lama niat dikandung

Baru sekarang diizinkan Allah

Dari Pauh singgah Permatang


Singgah merapat papan kemudi
Dari jauh saya datang
Karena tuan yang baik budi

Kalau gugur buah setandan


Sampai ke tanah baru tergolek
Kami bersyukur kepada Tuhan
Datang kami disambut baik

Berapa tinggi pucuk pisang


Tinggi lagi asap api
Berapa tinggi Gunung Ledang
Tinggi lagi harapan hati

Kabung enau tebang satu


Tebang sekali dengan sigainya
Tinggi gunung tinggi lagi harapanku
Harapan dalam tutur katanya

Besar api Teluk Gadung


Anak buaya mengonggong bangkai
Niat hati nak peluk gunung
Apakan daya tangan tak sampai

Sudah lama langsatnya condong


Dahannya rebah ke ampaian
Sudah lama niat dikandung
Baru sekarang disampaikan

Setelah pihak teruna selesai melantunkan pantun yang mengungkapkan maksud hati

mereka, maka pihak dara akan membalas pantun sebagaimana berikut ini:

Perahu kolek ke hilir tanjung


Sarat bermuat tali temali
Salam tersusun sirih junjung
Apa hajat sampai kemari?

Malam-malam pasang pelita

Pelita dipasang atas peti


Kalau sudah bagai dikata
Sila terangkan hajat di hati

Tidak pernah rotan merentang


Kayu cendana dijilat api
Tidak pernah tuan bertandang
Tentu ada maksud di hati

Tumbuk lada di atas para


Ada kasut simpan di hati
Tepuk dada tanya selera
Apa maksud di dalam hati

Kemudian, pihak lelaki akan membalas pantun tersebut dengan lantunan pantun
yang menyiratkan kehendak untuk memetik bunga di taman.

Daun raya di atas bukit


Tempat raja menanam pala
Harap kami bukan sedikit
Sebanyak rambut di atas kepala

Sudah lama kami ke tasik

Tali perahu terap belaka


Sudah lama kami merisik
Baru kini bertatap muka

Tinggi-tinggi si matahari
Anak kerbau mati tertambat
Sekian lama kami mencari
Baru sekarang kami mendapat

Raja Hindu raja di Sailan


Singgah berenang di persiraman
Bagai pungguk rindukan bulan
Kumbang merindu bunga di taman

Cendrawasih burung yang sakti


Singgah hinggap di atas karang
Kasih berputik di dalam hati
Dari dahulu sampai sekarang

Singgah berenang di persiraman


Mayang terendam di dalam tasik
Kumbang merindu bunga di taman
Bintang merindu cendrawasih

Dalam adat Melayu, pihak si dara biasanya tidak langsung menjawab apa yang
menjadi kehendak pihak lelaki. Sesudah berpantun wakil lelaki tersebut
akan memberikan sebentuk cincin tanya berupa cincin belah rotan dan jika pihak
gadis bersetuju mereka akan menetapkan tarikh untuk peminangan. Walau
bagaimanapun adat merisik jarang dilakukan lagi kerana pasangan tersebut telah
berkenalan terlebih dahulu, justeru itu mereka akan terus menjalankan adat
meminang untuk menjimatkan kos dan masa.

http://malaysiana.pnm.my/01/01010201mel_merisik.htm

http://melayuonline.com/culture/?a=Uk5aIC9zVEkvUXZ5bEpwRnNx=

P O S T E D B Y H T T P : / / T I T A S S E M T W O . B L O G S P O T.C O M A T 1 1 : 4 6 P M 9 C O M M E N T S :

MEMINANG & BERTUNANG


Setelah kata persetujuan dicapai oleh keluarga di pihak lelaki, wakil dari pihak
lelaki yang biasanya dipilih dari kalangan orang tua-tua akan diutuskan oleh ibu bapa
lelaki tersebut untuk mewakili mereka meminang anak dara yang telah
dipilih. Biasanya, ibu bapa kepada anak dara tersebut tidak akan memberi jawapan
yang muktamad kepada pihak yang datang meminang kerana mengikut adat,
mereka sepatutnya diberi tempoh untuk memberi jawapan atau dipanggil
bertangguh. Ini kononnya kerana hendak berpakat dengan ahli-ahli keluarga dan
waris yang rapat, walaupun sebenarnya mereka memang sudah bersedia untuk
menerima pinangan itu. Sebenarnya, adat bertangguh ini mencerminkan
budaya Melayu yang amat berhati-hati dalam menentukan jodoh dan
menunjukkan kesopanan dalam setiap tingkahlaku. Sudah menjadi rutin dalam
kehidupan seharian masyarakat Melayu untuk tidak tergopoh-gapah dalam
mengendalikan apa sahaja dan adalah menjadi pegangan bahawa setiap hal yang
dilaksanakan perlu dijalankan dengan rapi dan tersusun mengikut adat yang
ditetapkan.

Setelah tamat tempoh yang diberikan, biasanya 2 hari, ada juga yang sampai
seminggu, pihak perempuan akan menghantar rombongan yang dihadiri oleh orang
tua-tua yang mewakili pihak mereka untuk memberikan jawapan.
Sekiranyapinangan diterima, pada pertemuan itu mereka akan berbincang tentang
segala syarat berkenaan mas kahwin dan hantaran perbelanjaan majlis
perkahwinan. Tarikhyang sesuai juga akan dipilih untuk
melangsungkanperkahwinan. Sekiranya perkahwinan itu agak lambat
dijalankan, pihak lelaki biasanya akan Menghantar Tanda terlebih dahulu
kepada pihak perempuan.
Konsep Menghantar Tanda adalah diertikan sebagai putus cakap. Ini bermaksud

pinangan dari pihak lelaki sudah pun diterima oleh pihak perempuan. Oleh yang
demikian, maka penghantaran tanda daripada lelaki kepada anak dara yang bakal
dikahwininya akan dilakukan melalui upacara bertunang. Upacara ini membawa
pengertian bahawa anak dara tersebut sudah pun dimiliki dan kini dipanggil
tunangan orang. Tanda yang dihantar oleh lelaki tersebut mengikut adat lazimnya
adalah sebentuk cincin sahaja, iaitu cincin berbatu intan atau berlian, besarnya
mengikut citarasa dan kemampuan ibu bapa lelaki tersebut.

Namun begitu, bagi masyarakat


Melayu, selain cincin, beberapa barangan lain turut diberikan seperti sepasang kain
dan selendang, selipar atau sepatu, kuih-muih, manisan, dan yang paling utama dan
dianggap sakral, sirih junjung. Semuahantaran akan dihias dengan cantik dan
menarik serta akan dibalas oleh pihak perempuan sebagai tanda setuju menerima
pinangan. Jumlah hantaran yang dihantar oleh pihak lelaki akan dibuat
dalam angka ganjil dan dibalas lebih oleh pihak perempuan, selalunya
sebanyak dua dulang. Contohnya, jika pihak lelaki memberikan 7 hantaran dulang,
biasanya pihak perempuan akan membalas 9 dulang. Hantaran dari pihak
perempuan biasanya berupa sirih junjung, sepersalinan baju melayu, capal dan kuihmuih.

Sekiranya dalam tempoh menunggu diijabkabulkan, ikatan pertunangan


diputuskan oleh pihak lelaki, maka cincin dan segala barang hantaran tidak
boleh diminta semula dari pihak perempuan. Berbeza pula halnya jika ikatan
pertunangan diputuskan oleh pihak perempuan. Jika ia diputuskan tanpa
sebarang sebab yang dapat diterima umum, maka pihak perempuan hendaklah
mengembalikan semula segala hantaran yang telah diberikan oleh pihak
lelaki itu dalam nilai sekali ganda banyaknya atau harganya.

Selain dari adat pertunangan yang disebutkan di atas, terdapat 2 lagi cara
pertunangan yang juga wujud dalam adat resam Melayu, iaitu :

Pertunangan yang dilakukan oleh ibu bapa kedua-dua pihak sewaktu anak
mereka masih kecil lagi, dan ini tidak memerlukan penghantaran tanda. Hal ini
berlaku mungkin kerana ikatan persahabatan yang erat dan mesra di antara ibu bapa
kedua belah pihak dan ikatan itu diharapkan dapat merapatkan lagi ikatan
silaturrahim antara mereka. Pertunangan yang demikian biasanya dihormati dan
dilangsungkan sehingga kedua-dua anak itu berkahwin.
Pertunangan mengikut wasiat salah seorang daripada ibu bapa yang telah
meninggal dunia di antara dua buah keluarga. Ini juga tidak memerlukan
penghantaran tanda dan biasanya diakhiri dengan ikatan perkahwinan.

Mengikut adatnya juga, sekiranya pihak gadis rupawan mempunyai kakak yang
masih belum berkahwin, hantaran untuknya juga turut diberikan. Adat ini
dipanggillangkah bendul. Alangkah bagusnya nasib sang putera bahawa si gadis
rupawan tidak mempunyai kakak. Bilangan hantaran agak unik kerana
jumlahnya ganjil iaitu samada lima, tujuh, sembilan, sebelas atau tiga belas,
kerana jumlah genap dikatakan memberi implikasi yang tidak baik.Jumlah
hantaran yang diberi oleh pihak gadis rupawan pula akan melebihi jumlah hantaran
pihak sang putera. Adat menghantar belanja turut diadakan semasa adat bertunang
ini dijalankan. Namun begitu ada juga yang menjalankannya secara berasingan
daripada adat bertunang iaitu mengadakannya beberapa minggu sebelum majlis
persandingan dijalankan.

*PERTUNANGAN DI SISI SYARAK*


Terbahagi kepada lima cara:
- Lelaki memberitahu hajatnya untuk meminang kepada seorang perempuan secara
langsung.
- Lelaki memberitahu hajatnya untuk meminang kepada wali perempuan.
- Menggunakan pihak ketiga untuk meminang.
- Wali menawarkan anak perempuannya kepada seorang lelaki soleh.
- Perempuan menawarkan dirinya sendiri kepada seorang lelaki soleh.
Sekiranya kedua-dua pihak telah bersetuju dan menerima (menggunakan salah satu
cara di atas) maka ini adalah sudah dikira bertunang di sisi syarak.

*PERTUNANGAN DI SISI ADAT*


Kebiasaannya pihak lelaki akan memberikan barang-barang hantaran ke rumah pihak
perempuan pada majlis pertunangan yang telah ditetapkan. Kemudian perempuan
akan disarungkan cincin di jari manisnya sebagai tanda sudah bertunang oleh
ibu/saudara pihak lelaki . Maka pihak perempuan akan menetapkan dan
membincangkan hantaran untuk perkahwinan berdasarkan status seseorang
perempuan itu. Dan diakhiri dengan bacaan doa dan sedikit jamuan ringan. Majlis
pertunangan ini diadakan selepas kedua-dua pihak bersetuju untuk bertunang
selepas adat merisik.

Pemberian cincin semasa pertunangan adalah suatu adat yang diamalkan di

Malaysia (mungkin diambil dari warisan orang bukan Islam) dan ia bukanlah satu
syariat yang telah ditetapkan oleh Islam. Namun ia tidaklah menjadi satu kesalahan
sekiranya pemberian cincin itu diberikan sekadar tanda pertunangan selagimana
tidak menyalahi syariat. Perlu diketahui bahawa menganggap perbuatan
menanggalkan cincin sebagai tanda pertunangan diputuskan maka ia adalah
bercanggah dengan Islam.

HEBAHAN PERTUNANGAN
Tidaklah digalakkan menghebahkan pertunangan sepertimana perkahwinan. Pada
pendapat saya bahawa hebahan pertunangan sekadar perlu adalah terletak di atas
budi bicara keluarga masing-masing. Adapun hebahan tentang perkahwinan adalah
digalakkan (sunat) oleh Islam dan menghadirinya adalah wajib.

WAKTU PERTUNANGAN
Berkaitan dengan pertunangan yang lama - terletak di atas diri kedua-dua pihak
yang bertunang untuk menentukannya. Sekiranya kedua-dua (peminang lelaki dan
perempuan) mampu melaluinya dan bersedia dalam tempoh masa pertunangan yang
panjang maka tidaklah mengapa. Namun pertunangan yang panjang mungkin
membawa sedikit masalah.

Hakikatnya, pertunangan dalam Islam membawa seribu satu hikmah. Selain

dapat mengenali pasangan dengan lebih dekat, hubungan keluarga 2 hala dapat
dibina ketika ini. Kebolehterimaan, tolak-ansur dan saling memahami adalah kunci
kepada kukuhnya ikatan yang terpatri. Kekuatan iman juga sering teruji ketika di
alam pertunangan..Justeru, alam pertunangan juga boleh dijadikan kayu ukur
terhadap rumahtangga yang bakal dibina..Moga Allah sentiasa memberi hidayah dan
membimbing hambaNYA ke jalan yang benar..
'RAHSIAKAN PERTUNANGAN SEBARKAN PERKAHWINAN'
P O S T E D B Y H T T P : / / T I T A S S E M T W O . B L O G S P O T.C O M A T 3 : 5 8 P M 1 3 C O M M E N T S :

MAS KAHWIN MENGIKUT NEGERI DI MALAYSIA


1.JOHOR
ANAK DARA
RM 22.50
JANDA
RM 22.50

2.MELAKA
ANAK DARA
RM 40
JANDA
RM 40

3.NEGERI SEMBILAN
-BUKAN WARIS
ANAK DARA
RM 24
JANDA
RM 12

-AHLI WARIS
ANAK DARA
RM 48
JANDA

RM 24

-KERABAT DIRAJA
RM 725

4.SELANGOR

-PUTERI SULTAN
ANAK DARA
RM 2500
JANDA
RM 625

-PUTERI RAJA MUDA ATAU PUTERI KEPADA PUTERA SULTAN


ANAK DARA
RM 2000
JANDA
RM 500

-PUTERI KERABAT DIRAJA


ANAK DARA
RM 1000
JANDA
RM 250

-PUTERI ANAK RAJA (WARIS)


ANAK DARA
RM 550
JANDA
RM 137.50

-PUTERI ANAK RAJA (YANG LAIN)


ANAK DARA

RM 300
JANDA
RM 75

-ANAK PEREMPUAN ORANG-ORANG BESAR


ANAK DARA
RM 300
JANDA
RM 75

-CUCU ORANG-ORANG BESAR


ANAK DARA
RM 200
JANDA
RM 50

-ORANG KEBANYAKKAN
ANAK DARA
RM 80
JANDA
RM40

5.KUALA LUMPUR
ANAK DARA
RM 80
JANDA
RM 40

6.PERAK
ANAK DARA
RM 101

7.PULAU PINANG
ANAK DARA
RM 24
JANDA
RM 24

8.PAHANG
ANAK DARA
RM 22.50
JANDA
RM 22.50

9.KEDAH
-TIDAK DITETAPKAN

10.PERLIS
-TIDAK DITETAPKAN

11.TERENGGANU
-TIDAK DITETAPKAN

12.KELANTAN
-TIDAK DITETAPKAN

13.SABAH
ANAK DARA
RM 100
JANDA
RM 80

14.SARAWAK
ANAK DARA
RM 120
JANDA
RM 120

15.WILAYAH PERSEKUTUAN
ANAK DARA
RM 80
JANDA
RM 80

Mas kahwin dan hantaran adalah dua perkara yang berbeza. Mas kahwin telah
ditetapkan mengikut negeri seperti yg ditunjukkan di atas
tetapi hantaran pula terpulang kepadapersetujuan kedua-dua belah pihak pengantin.
kebiasaannyajumlah hantaran dihantar dengan nombor yang ganjil seperti lima,
tujuh,sembilan dan sebelas. Jumlah hantaran daripada pihak pengantin lelaki
adalah lebih kecil daripada jumlah hantaran pengantin perempuan. contohnya,
jika pihak pengantin lelaki menghantar hantaran sebanyak tujuh dulang hantaran
maka pihak pengantin perempuan akan membalasnya dengan sembilan dulang
hantaran. Gambar di bawah merupakan hantaran-hantaran yang selalunya dihantar.

al-Quran

perfume set

Alat penjagaan diri

Jam tangan

Make up

Chocolate

cake

pelbagai variasi hantaran


P O S T E D B Y H T T P : / / T I T A S S E M T W O . B L O G S P O T.C O M A T 3 : 4 2 P M 2 C O M M E N T S :

ADAT BERINAI
Majlis berinai di dalam masyarakat Melayu dijalankan secara berperingkat.
Terdapat 3 peringkat berinai iaitu berinai curi,berinai kecil dan berinai
besar. Pengantin perempuan akan memakai inai pada kesemua jari tangan dan
kaki termasuklah pada tapak tangan. Sebaliknya, pengantin lelaki hanya
memakai inai pada jari kelingking, jari manis dan jari hantupada sebelah tangan
sahaja. Namun kini, masyarakat hanya membuat majlis berinai secara kecil-kecilan
kerana faktor kos yang tinggi jika mahu melaksanakan adat berinai besar.

BERINAI CURI
Berinai curi biasanya diadakan pada waktu petang hari selepas hari yang tangan dan
tapak kaki bakal pengantin perempuan diinai. Bakal pengantin perempuan dihiasi
dan didudukkan di atas pelamin. Ia juga dikatakan diadakan tiga malam sebelum
hari langsung dan hanya untuk tatapan saudara mara terdekat sahaja.
BERINAI KECIL
Berinai kecil juga diadakan pada waktu petang seperti berinai curi. Namun ia
dilakukan selepas hari berinai curi. Adat ini diadakan dua malam sebelum hari
langsung untuk saudara mara, jiran tetangga dan sahabat handai.

BERINAI BESAR
Istiadat ini dijalankan pada malam sebelum majlis langsung atau selepas majlis akad
nikah untuk para jemputan khas daripada kedua-dua belah pihak pengantin. Pada
majlis tersebut, pengantin lelaki akan diinaikan terlebih dahulu di atas pelamin diikuti
pengantin perempuan. Istiadat berinai besar bermula dengan para tetamu lelaki naik
ke pelaminuntuk membuang sedikit nasi kunyit pada sebelah kiri kanan pengantin
lelaki. Kemudian dilakukan dengan bertih, diikuti oleh tangkai daun
wangi yang dicelupkan ke dalam air daun setawar dan kemudian digunakan
untuk menyentuh kedua-dua belakang tangan pengantin lelaki.
Akhirnya, tetamu akan mengambil sedikit pes inai dari longgok di tengah dulang dan
selepas meletakkannya pada daun sirih yang disediakan oleh emak pengantin,
akan meletakkannya pada tapak tangan pengantin lelaki. Daun sirih itu
bertujuan untuk mengelakkan mengotorkan tangan pengantin. Sejurus selepas ini,
emak pengantin akan merapatkan kedua-dua tangan pengantin dan menaikkannya
pada aras dada sebagai tanda menyembah kepada tetamu yang melakukan istiadat
ini. Istiadat ini biasanya dilakukan oleh semua tetamu yang minat, tetapi bilangan
mereka harus merupakan bilangan ganjil dan bukannya genap.
Ketika tetamu lelaki telah siap, para tetamu perempuan akan turut menjalankan
istiadat ini dengan cara yang sama. Selepas semua tetamu yang minat telah
menjalankan istiadat ini, seorang wakil daripada kalangan tetamu lelaki akan ke
depan untuk membaca doa selamat. Pengantin lelakikemudian akan pulang ke
rumah sendiri, dan pengantin perempuan turut didudukkan di atas pelamin untuk

menjalankan istiadat yang sama. Istidat ini diakhiri seperti biasa dengan jamuan kari
dan nasi.
http://ms.wikipedia.org/wiki/Adat_resam_kahwin_Melayu#Berinai
Dalam maysarakat melayu, kepentingan adat sangat diutamakan dalam kehidupan mereka.Setiap perlakuan
mereka akan dipengaruhi dengan adatnya yang tersendiri terutama dalam majlis perkahwinan masyarakat
melayu. Adat akan memainkan peranan dalam memastikan kelancran sesebuah majlis tersebut.
Perkahwinan bermaksud menyatukan hubungan antara lelaki dan perempuan dalam satu ikatan yang sah.
Sebelum majlis perkahwinan berlangsung, beberapa adat akan dilakukan seperti
merisik,meminang,bersanding dan sebagainya. selain itu, perkahwinan masyarakat melayu juga akan
diselitkan beberapa aktiviti hiburan untuk para tetamu.
Lau Ghee Hoong 204917
di 6:16 AM 7 comments:
Email ThisBlogThis!Share to TwitterShare to FacebookShare to Pinterest

MERISIK(MENENGOK)

Merisik atau menengok merupakan adat tradisi masyarakat Melayu kita yang makin jarang diamalkan oleh
generasi sekarang. Ianya bertujuan untuk menengok atau sinonim dengan 'meninjau' keadaan si gadis yang
menjadi idaman si teruna. Meninjau keadaan disini bererti memastikan status sebenar gadis berkenaan serta
berkenal-kenal dengan sikap dan kemahiran yang dimilikinya. Hal ini biasanya diuruskan oleh orang-orang
lama yang lebih berpengalaman dalam menilai seseorang misalnya ibubapa pihak lelaki dan saudara mara
yang terdekat. Orang kata 'tak kenal maka tak cinta'. Jika mengikut tradisinya, waktu untuk bertandang ke
rumah pihak perempuan dirahsiakan namun kini sebaliknya pula berlaku.Adat ini sebenarnya wajar
diteruskan oleh generasi masa kini agar tidak di telan dek zaman disamping manfaatnya yang baik bagi
semua pihak. Sesuatu perkara haruslah bermula dengan baik barulah ianya berakhir dengan
baik.InsyaALLAH. Setelah selesainya adat ini, barulah beralih ke adat bertunang.Berikut merupakan
sebuah pantun lama yang memiliki perkaitan maknanya dengan pertunangan individu yang berjauhan.
Pucuk pauh delima batu,
Anak seluang di tapak tangan,
Walaupun jauh beribu batu,
Hilang dimata di hati jangan.
Nurul `Izzati Binti Shaari
203561
di 6:13 AM 2 comments:
Email ThisBlogThis!Share to TwitterShare to FacebookShare to Pinterest

MEMINANG (HANTAR TANDA)

Pada zaman silam, adat mengantar tanda akan didahului dengan adat mengantar mas kahwin dan wang
belanja kepada pihak pengantin perempuan terutama apabila upacara perkahwinan itu ditangguhkan untuk
beberapa bulan. Antara barang tanda yang diserahkan kepada pihak perempuan ialah cincin emas atau
berlin serts diiringi dengan barang-barang smpingan seperti buah-buahan,kasut,baju dan
sebagainya. Barang-barang yang diterima oleh pihak perempuan melambangakan pihak perempuan telah
menyetujui syarat-syarat perkahwinan tersebut. Antara syaratnya :

jika pihak lelaki gagal untuk berkahwin dengan gadis yang ditunangkan,pihak perempuan tidak
berhak untuk menuntut semula.

jika pihak perempuan gagal memenuhi pertunangan tersebut maka harus dikembalikan semula
kepada pihak lelaki dengan kadar sekali ganda baik dari segi bilangan ataupun nilainya.

Dalam masyarakat melayu, terdapat dua cara ikatan pertunangan dilakukan seperti pertunangan antara dua
keluarga yang rapat atau saudara dari usia kecil atau bayi dan seterusnya petunangan dibuat secara wasiat
bagi memenuhi permintaan mendiang ibu bapa.

Khairul Azri Bin Ahmad Robert 204889


di 1:19 AM 2 comments:
Email ThisBlogThis!Share to TwitterShare to FacebookShare to Pinterest

AKAD NIKAH
Upacara akad nikah merupakan istiadat yang diperlukan oleh agama dan undang-undang untuk
menghalalkan perkahwinan.Dalam upacara tersebut, pengantin lelaki akan berpakaian haji atau berpakaian
bangsa melayu manakala rombongan pihak lelaki pula akan membawa barang hantaran dan disusun di
hadapan tetamu yang hadir. Imam yang dikenali sebagai tukang kadi akan memilih dua orang dari tetamu
tersebut untuk dijadikan saksi serta memeriksa barang-barang yang dibawa termasuklah mas kahwin.
Manakala imam tersebut akan menyemak kesemua maklumat pengantin untuk ditandatangani oleh keduadua mempelai. Seterusnya, akad akan dimulakan.
"..........bin.....aku nikahkan dikau dengan......binti......yang telah memperwakili ia akan daku
dengan mas kahwinnya sebanyak .....dan belanjanya."
Ayat bagi lelaki untuk menjawab
" aku terima nikahnya ..........binti......dengan mas kahwinya ......dan belanjanya."

Jika jawapan pengantin lelaki disebut dengan jelas untuk didengari oleh para saksi dan para tetamuyang
hadir, maka upacara akad nikah adalah sah.
Siti Nur Hidayah Binti Rahman 204977
di 1:15 AM 3 comments:
Email ThisBlogThis!Share to TwitterShare to FacebookShare to Pinterest

BERANDAM DAN BERASAH GIGI


Adat ini akan dilakukan sebelum upacara akad nikah berlangsung. Tujuan adat ini dilakukan adalah untuk
meningkatkan lagi seri pengantin perempuan itu. Oleh itu, ranbut dibahagian dahi dan juga bulu kening
pengantin perempuan akan dipepat oleh mak pengantin(tukang solek). Selain itu, gigi pengantin akan
diasah dan dikilap supaya menjadi rata serta berkilat. Selepas berandam ,pengantin perempuan akan
dimandikan dengan air sintok-limau bagi membuang nasib malang yang terdapat pada pengantin
tersebut.Manakala sebelum tidur pula,pengantin perempuan akan dipakaikan inai di setiap jari tangan dan
juga kaki sebagai menampakan lagi keserian pengantin tersebut.
Khoo Cheng ling 206746
di 1:14 AM 1 comment:
Email ThisBlogThis!Share to TwitterShare to FacebookShare to Pinterest

ISTIADAT BERINAI

Terdapat tiga adat berinai dalam masyarakat melayu iaitu berinai mencuri yang dilakukan pada waktu
petang selepas pengantin berinai waktu malam berandam. Kedua, berinai kecil dan berinai besar.Istiadat
berinai besar akan dilakukan pada hari persandingan pengantin tersebut. Berinai besar ini
memerlukan beberapa jenis bahan seperti nasi kunyit, bertih,air daun setawar, inai dan tangkai daun wangi.
Antara cara untuk melakukan berinai ini ialah mengambil sedikit nasi kunyit dan bertih dibalingkan kepada
pasangan tersebut. Kemudian tangkai daun wangi dicelupkan dengan air daun setawar serta meletakan
sedikit inai dibahagian tengah tapak tangan pengantin lelaki dan perempuan. Selesai berinai seorang
daripada tetamu atau orang yang paling tua akan membacakan doa kesyukuran dan kebahagian pasangan
pengantin tersebut.
Lee Kar Yan 206839
di 1:14 AM 2 comments:
Email ThisBlogThis!Share to TwitterShare to FacebookShare to Pinterest

BERSANDING
Pada hari persandingan,pihak pengantin lelaki akan diringi oleh sekumpulan kompang atau rebana bagi
menyambut kedatangan pengantin lelaki ke rumah pengantin perempuan.Kedatangan pengantin lelaki akan
disambut oleh pengantin perempuan sambil beriringan berpimpin tangan untuk masuk ke rumah pengantin.
Sebelum masuk ke rumah pengantin tersebut akan dihiburkan zapin ataupun silat yang ditarikan oleh
pemuda-pemudi kampung tersebut. Selain itu, pengantin lelaki akan ditahan oleh pemuda dihadapan pintu
sebelum masuk ke rumah jika pengantin lelaki tersebut ingin masuk beliau terpaksa membayar sejumlah
yang kecil setiap orang sama juga seperti di hadapan pelamin yang ditahan oleh pemudi. Manakala ibu
pengantin juga akan turut sama seperti mereka tapi bayaran yang perlu diberi lebih besar dari mereka.
Selepas itu barulah pengantin lelaki dibenarkan duduk bersebelahan dengan pengantin perempuan di atas
pelamin yang dihiasi dengn indah. Di atas pelamin, mempelai akan amalan adat makan bersuap kemudian
pengantin diberi ruang untuk bersama dengan rakan-rakannya.

Selepas beberapa minit, pengantin akan dibawa oleh ibu pengantin ke dalam biliknya untuk memberi
peluang kepada pengantin tersebut sebagai tanda perkenalan alam perkahwian mereka. Kedua- dua
pengantin akan menjamu selara bersama ahli keluarga pihak lelaki yang dipanggil makan beradap atau
berdamai. Pada malamnya, pengantin perempuan tidak dibenarkan bersama pasangannya selama 2 hari 2
malam kecuali pada waktu makan malam pengantin perempuan dibenarkan masuk ke bilik untuk
menemani dan melayani pengantin lelaki makan. Pada malam ketiga, barulah pengantin perempuan
dibenarkan tidur sebilik bersama pasangannya dengan berpakaian serba putih.
Nur Afiqah Binti Ibrahim 204925
di 1:12 AM 1 comment:
Email ThisBlogThis!Share to TwitterShare to FacebookShare to Pinterest

ADAT MANDI LIMAU


Adat mandi limau dilakukan adalah untuk memastikan keperawanan pengantin perempuan tersebut. Adat
ini dilakukan pada awal pagi selepas malam bersatu pengantin tersebut. Emak pengantin akan memastikan
keperawanan pengantin perenpuan tersebut melalui pengantin lelaki yang di bekalkan dengan sehelai sapu
tangan putih.Sapu tangan tersebut akan ditunjukan kepada kedua-dua keluarga terutama keluarga lelaki.
Setelah memastikan keperawanan pengantin tersebut, adat mandi limau dilakukan dengan memercikkan air
sintok dan limau purut kepada kedua-dua pengantin tersebut. Selepas selesainya upacara tersebut, keduadua pengantin dibawa masuk ke bilik dan memegang salah satu hujung sapu tangan . Sarung yang
digunakan dalam istiadat mandi akan diberikan kepada emak pengantin bukan sahaja sebagai hadiah tetapi
untuk tolak bala dan buang geruh. Kedua-dua pengantin diingat tidak dibenarkan memerah air dari sarung
tersebut.
Mohd Firdaus Bin Manaf 206843
di 12:45 AM No comments:
Email ThisBlogThis!Share to TwitterShare to FacebookShare to Pinterest

HIBURAN DALAM PERKAHWINAN

Dalam majlis perkahwinan, hiburan akan diadakan bagi menghiburkan pasangan pengantin mahupun
masyarakat setempat. Hiburan ini diadakan bagi hiburkan hati pengantin yang gemuruh menghadapi alam
perkahwinan dan juga bagi menghilangkan penat masyarakat setempat yang telah bergotong-royong dalam
melancaran majlis perkahwinan seperti makanan, membasuh pinggan dan sebagainya serta memeriahkan
lagi majlis tersebut.Antara hiburan yang diadakan adalah zapin, ghazal, kuda kepang, dikir barat dan
sebagai.
Aeefi alghazali Binti Mohd Idrus 204945
di 12:29 AM 1 comment:
Email ThisBlogThis!Share to TwitterShare to FacebookShare to Pinterest

PANTANG LARANGAN SEORANG PENGANTIN


Dalam masyarakat melayu terdapat pantang larangan yang ditujukan kepada bakal pengantin baru. Antara
pantang larang yang sentiasa dilakukan dalam masyarakat melayu adalah pengantin perempaun dilarang
keluar bersama pasangannya selama 40 hari sebelum diijabkabulkan. Pantang larangan ini dilakukan untuk
mengelakkan daripada tohmah masyarakat sekeliling dan juga uantuk mengawal nafsu pasangan pengantin
tersebut. selain itu, akan menimbulkan perasaan rindu dendam dalam diri masing-masing. Bagi masyarakat
melayu, rindu yang timbul akan membuatkan wajah pengantin lebih berseri seperti biasa. Pantang larang
yang dilakukan dalam masyarakat melayu mempunyai tujuan yang tersendiri terutama menjaga maruah
bakal pengantin dan juga ahli leluarga. Terdapat juga pantang larang lain yang dilakukan iaitu jangan tidur
di rumah orang kerana takut dikena ilmu dan juga disantau dan sebaganya. Hal ini sedemikian menunjukan
bahawa masyarakat melayu kaya dengan adat dan juga pantang larang.
Mohd Khairul Azwan Bin Ghazali 206777

Adat Perkahwinan Melayu - Peringkat adat


perkahwinan Melayu

Adat perkahwinan Melayu suatu adat yang begitu unik dalam masyarakat melayu.
Masyarakat Melayu begitu berpegang teguh dengan adat resam, adat perkahwinan melayu ,
kerana ia dipercayai mempunyai kesan dalam kehidupan. Bagi masyarakat Melayu, adat
perkahwinan melayu begitu dititikberatkan. Sesuatu upacara dalam peringkat perkahwinan
itu akan dijalankan dengan meriah dan penuh adat istiadat.
Adat perkahwinan Melayu merupakan adat resam yang paling disayangi dan yang paling
dipegang teguh oleh kebanyakan orang Melayu. Namun pada zaman sekarang, tidak semua
orang mengetahui apakah adat perkahwinan Melayu yang sebenar.
Sejurus itu perkara pokok yang diketengahkan untuk perlu diketahui oleh jenerasi sekarang
adalah melibatkan pendedahan yang mendalam terhadap adat perkahwinan melayu kepada
masyarakat, mengajak masyarakat mengenal adat perkahwinan Melayu dan memelihara
warisan nenek moyang ini tak luput ditelan zaman.
Berikut adalah peringkat adat perkahwinan melayu yang masih diamalkan sehingga kini.

ADAT MERISIK.
Dalam adat perkahwinan masyarakat Melayu, terdapat beberapa peringkat penting. Pertama
sekali adalah peringkat merisik . Adat ini juga dipanggil meninjau atau menengok. Dalam
budaya Melayu, adat ini merupakan tahap awal menjodohkan teruna dan dara, yang
melibatkan pertemuan antara wakil keluarga teruna dengan orang tua pihak dara.
Pertemuan tersebut dianggap penting untuk menghormati keluarga pihak dara.
Sebagaimana ungkapan dalam adat Melayu kalau hendak meminang anaknya, pinanglah
ibu bapanya terlebih dahulu. Ungkapan tersebut menjelaskan bahwa pandangan dan restu
orang tua perlu diperoleh terlebih dahulu dalam membuat keputusan yang besar seperti
perkawinan. Tujuan adat ini dilakukan adalah untuk memastikan bahawa gadis yang dihajati
oleh seorang lelaki itu masih belum berpunya. Ini penting, kerana dalam Islam seseorang itu
dilarang meminang tunangan orang. Di samping itu, adat ini juga bertujuan untuk menyelidik
latar belakang si gadis. Lazimnya adat ini akan dijalankan oleh saudara mara terdekat pihak
lelaki seperti ibu atau bapa saudaranya. Prosesi merisik dilakukan dengan tertib dan sopan
untuk menjaga dan memelihara nama baik kedua belah pihak.
Bagi pihak si gadis, terdapat beberapa kriteria yang perlu dipertimbangkan sebelum
menerima lamaran pihak lelaki antaranya ialah lelaki tersebut perlulah mempunyai latar
belakang agama serta mempunyai pekerjaan yang baik.
Apabila wakil pihak lelaki sampai di rumah si dara, para wakil keluarga lelaki akan bercakapcakap mengenai keadaan kehidupan, pekerjaan, maupun isu-isu terkini sembil menikmati
jamuan yang dihidangkan dan dihantarkan sendiri oleh si dara. Pada saat si dara
menghidangkan jamuan itulah para wakil dari pihak lelaki berkesempatan untuk melihat
wajah si dara. Setelah itu, topik pembicaraan mulai difokuskan untuk menyampaikan
maksud kedatangan pihak teruna, dan pantun untuk merisik mulai diperdengarkan oleh juru

cakap mereka. Pada tahap ini, pihak teruna menyatakan kehendak hati untuk memetik
bunga yang sedang menguntum apabila si dara belum memiliki pasangan.

Pantun merisik ini diawali oleh pihak keluarga teruna yang kemudian akan dibalas oleh pihak
keluarga dara yang menanyakan maksud kedatangan keluarga teruna. Antara contoh
pantunnya berbunyi seperti berikut :Dari Pauh singgah Permatang
Singgah merapat papan kemudi
Dari jauh saya datang
Karena tuan yang baik budi

Kalau gugur buah setandan


Sampai ke tanah baru tergolek
Kami bersyukur kepada Tuhan
Datang kami disambut baik

Antara pantun yang diungkapkan sebagai membalas pantun dari pihak lelaki adalah seperti
berikut :

Malam-malam pasang pelita


Pelita dipasang atas peti
Kalau sudah bagai dikata
Sila terangkan hajat di hati

Tidak pernah rotan merentang


Kayu cendana dijilat api
Tidak pernah tuan bertandang
Tentu ada maksud di hati

Kemudian, pihak lelaki akan membalas pantun tersebut dengan lantunan pantun yang
menyiratkan kehendak untuk memetik bunga di taman.

Daun raya di atas bukit


Tempat raja menanam pala
Harap kami bukan sedikit
Sebanyak rambut di atas kepala

Sudah lama kami ke tasik


Tali perahu terap belaka
Sudah lama kami merisik
Baru kini bertatap muka

Dalam adat Melayu, pihak si dara biasanya tidak langsung menjawab apa yang menjadi
kehendak pihak lelaki sebagai tanda setuju dari pihak perempuan. Sesudah berpantun wakil
lelaki tersebut akan memberikan sebentuk cincin tanya berupa CINCIN BELAH ROTAN dan
jika pihak gadis bersetuju mereka akan menetapkan tarikh peminangan. Walau
bagaimanapun adat merisik jarang dilakukan pada zaman ini kerana pasangan tersebut
telah berkenalan terlebih dahulu. Bagi tujuan untuk menjimatkan kos dan masa, adat berikut
menjadi pilihan.

ADAT MEMINANG
Setelah diketahui bahawa gadis tersebut belum berpunya, pihak keluarga lelaki akan
menetapkan hari untuk menghantar satu rombongan peminangan.Wakil dari pihak lelaki
yang biasanya dipilih dari kalangan orang tua-tua akan diutuskan oleh ibu bapa lelaki
tersebut untuk mewakili mereka meminang anak dara yang telah dipilih. Biasanya, ibu bapa
kepada anak dara tersebut tidak akan memberi jawapan yang muktamad kepada pihak yang
datang meminang kerana mengikut adat, mereka sepatutnya diberi tempoh untuk memberi
jawapan atau dipanggil bertangguh. Sebenarnya, adat bertangguh ini mencerminkan budaya
Melayu yang amat berhati-hati dalam menentukan jodoh dan menunjukkan kesopanan
dalam setiap tingkahlaku. Sudah menjadi rutin dalam kehidupan seharian masyarakat
Melayu untuk tidak tergopoh-gapah dalam mengendalikan apa sahaja dan adalah menjadi
pegangan bahawa setiap hal yang dilaksanakan perlu dijalankan dengan rapi dan tersusun
mengikut adat yang ditetapkan.

Setelah tamat tempoh yang diberikan, biasanya 2 hari, ada juga yang sampai seminggu,
pihak perempuan akan menghantar rombongan yang dihadiri oleh orang tua-tua yang
mewakili pihak mereka untuk memberikan jawapan. Sekiranya pinangan diterima, pada
pertemuan itu mereka akan berbincang tentang segala syarat berkenaan mas kahwin dan
hantaran perbelanjaan majlis perkahwinan. Perbincangan tarikh yang sesuai juga akan
ditentukan untuk melangsungkan perkahwinan. Sekiranya perkahwinan itu agak lambat
dijalankan, pihak lelaki biasanya akan Menghantar Tanda terlebih dahulu kepada pihak
perempuan.
Konsep Menghantar Tanda adalah diertikan sebagai putus cakap. Ini bermaksud pinangan
dari pihak lelaki sudah pun diterima oleh pihak perempuan.

ADAT BERTUNANG
Oleh yang demikian, maka penghantaran tanda daripada lelaki kepada anak dara yang
bakal dikahwininya akan dilakukan melalui upacara bertunang. Upacara ini membawa
pengertian bahawa anak dara tersebut sudah pun dimiliki dan kini dipanggil tunangan orang.
Tanda yang dihantar oleh lelaki tersebut mengikut adat lazimnya adalah sebentuk cincin
sahaja mengikut citarasa dan kemampuan ibu bapa lelaki tersebut.
Namun begitu, bagi masyarakat Melayu, selain cincin, beberapa barangan lain turut
diberikan seperti sepasang kain dan selendang, selipar atau sepatu, kuih-muih, manisan,
dan yang paling utama dan dianggap sakral, sirih junjung. Semua hantaran akan dihias
dengan cantik dan menarik serta akan dibalas oleh pihak perempuan sebagai tanda setuju
menerima pinangan. Jumlah hantaran yang dihantar oleh pihak lelaki akan dibuat dalam
angka ganjil dan dibalas lebih oleh pihak perempuan, selalunya sebanyak dua dulang.
Contohnya, jika pihak lelaki memberikan 7 hantaran dulang, biasanya pihak perempuan
akan membalas 9 dulang. Hantaran dari pihak perempuan biasanya berupa sirih junjung,
sepersalinan baju melayu, capal dan kuih-muih.

Sekiranya dalam tempoh menunggu diijabkabulkan, ikatan


pertunangan diputuskan oleh pihak lelaki, maka cincin dan segala barang hantaran tidak
boleh diminta semula dari pihak perempuan. Berbeza pula halnya jika ikatan pertunangan
diputuskan oleh pihak perempuan. Jika ia diputuskan tanpa sebarang sebab yang dapat
diterima umum, maka pihak perempuan hendaklah mengembalikan semula segala hantaran
yang telah diberikan oleh pihak lelaki itu dalam nilai sekali ganda banyaknya atau harganya.
Acara kemuncak majlis pertunangan adalah adat sarung cincin di mana wakil pihak lelaki
yang terdiri dari ibu atau saudara perempuannya akan menyarungkan cincin pertunangan
atau cincin tanda ke jari manis gadis yang dilamar. Setelah itu rasmilah sudah pertunangan
tersebut.

ADAT BERINAI
Majlis berinai di dalam masyarakat Melayu dijalankan secara berperingkat. Terdapat 3
peringkat berinai iaitu berinai curi, berinai kecil dan berinai besar. Secara ringkasnya berinai
curi ini biasanya diadakan pada waktu petang hari selepas hari yang tangan dan tapak kaki
bakal pengantin perempuan diinai. Bakal pengantin perempuan dihiasi dan didudukkan di
atas pelamin. Ia juga dikatakan diadakan tiga malam sebelum hari langsung dan hanya
untuk tatapan saudara mara terdekat sahaja.

Manalaka berinai kecil pula dilakukan selepas berinai


curi. Dan ia selalu dilakukan disebelah petang. Bakal pengantin perempuan dihiasi dan

didudukkan di atas pelamin. Ia juga dikatakan diadakan tiga malam sebelum hari langsung
dan hanya untuk tatapan saudara mara terdekat sahaja.
Bagi istiadat berinai besar pula, ianya dijalankan pada malam sebelum majlis langsung atau
selepas majlis akad nikah untuk para jemputan khas daripada kedua-dua belah pihak
pengantin. Pengantin perempuan akan memakai inai pada kesemua jari tangan dan kaki
termasuklah pada tapak tangan. Sebaliknya, pengantin lelaki hanya memakai inai pada jari
kelingking, jari manis dan jari hantu pada sebelah tangan sahaja. Istiadat berinai besar
bermula dengan para tetamu lelaki naik ke pelamin untuk membuang sedikit nasi kunyit
pada sebelah kiri kanan pengantin lelaki. Kemudian dilakukan dengan bertih, diikuti oleh
tangkai daun wangi yang dicelupkan ke dalam air daun setawar dan kemudian digunakan
untuk menyentuh kedua-dua belakang tangan pengantin lelaki. Akhirnya, tetamu akan
mengambil sedikit pes inai dari longgok di tengah dulang dan selepas meletakkannya pada
daun sirih yang disediakan oleh emak pengantin, akan meletakkannya pada tapak tangan
pengantin lelaki.
Pada zaman ini, perkahwinan melayu hanya membuat majlis berinai secara kecil-kecilan
kerana faktor kos yang tinggi. Jika dilihat
pada masa sekarang, ramai yang kurang tahu negenai adat-adat yang dinyatakan di atas
terutamanya dari golongan para beliawan dan beliawati. Adalah elok adat resam ini tetap
dikekalkan dan diketahui oleh mereka.

ACARA-ACARA LAIN YANG BERKAITAN


AKAD NIKAH
Akad nikah merupakan satu acara penting dalam perkahwinan masyarakat Melayu. Ia bukan
suatu adat tetapi lebih kepada ajaran agama dan merupakan kemuncak kesahihan sesuatu
perkahwinan. Upacara ini dijalankan selepas segala perjanjian yang dikenakan kepada
pihak lelaki telah dilaksanakan seperti wang belanja, mas kahwin dan barangan lain
sepertimana yang dipersetujui oleh kedua belah pihak.
Akad nikah boleh dilakukan di masjid, di pejabat kadi atau pun di rumah pengantin
perempuan dan dijalankan oleh tok kadi atau imam. Di dalam upacara akad nikah, bapa
pengantin perempuan perlu menjadi wali untuk menikahkan anaknya. Walau bagaimanapun,
dia juga boleh mewakilkannya kepada tok kadi atau imam.
Kebiasaannya majlis akad nikah akan dijalankan di rumah pengantin perempuan sehari
sebelum majlis perkahwinan diadakan. Pada hari tersebut, pengantin lelaki akan
mengenakan baju melayu berwarna cerah dan majlis diadakan menyerupai majlis
pertunangan.

Lazimnya sementara menanti


kedatangan rombongan pengantin lelaki, majlis berzanji atau pukulan kompang diadakan.
Sebelum upacara dijalankan, wang belanja, mas kahwin dan lain-lain hantaran akan
diperiksa oleh tuan kadi dan dua orang saksi bagi pihak perempuan. Seterusnya pengantin
lelaki akan duduk di atas sebidang tikar di tengah-tengah majlis. Tok imam atau tok kadi
akan menemui pengantin perempuan di dalam bilik untuk bertanyakan samada dia bersetuju
atau tidak dengan pernikahan itu. Tok kadi juga akan membacakan khutbah nikah dan
menerangkan secara umum akan tanggung jawab suami isteri dan lain-lain hal berkaitan
rumahtangga dari sudut agama. Selepas itu, tok kadi atau imam akan membacakan lafaz
nikah sambil berjabat tangan dengan pengantin lelaki dan pengantin lelaki dikehendaki
mengulangnya sebaik sahaja tok imam menggoncangkan tangannya.
Lafaz nikah berbunyi "Aku nikahkan dikau.(nama pengantin perempuan) dengan mas
kahwin sebanyak ..(mengikut negeri) tunai" dan disambut oleh pengantin lelaki dengan lafaz
berbunyi "Aku terima nikahnya..(sama seperti yang dilafazkan oleh tok kadi). Saksi akan
mengesahkan samada lafaz tersebut jelas didengar atau tidak, sekiranya tidak jelas,
pengantin lelaki tersebut akan mengulangnya sehingga saksi tersebut berpuas hati. Doa
selamat akan dibaca sejurus selepas itu sebagai tanda kesyukuran kerana kedua-dua
mempelai telah selamat diijabkabul.
Selepas akad nikah, pengantin lelaki akan melakukan upacara membatalkan air
sembahyang. Si suami akan menyarungkan cincin atau memakaikan rantai kepada isterinya
yang menanti di dalam bilik yang dihias indah sambil keduanya bersalaman. Adat ini
dilakukan sebagai satu simbol bahawa pasangan tersebut telah sah diijabkabulkan.
Selepas itu adat berinai akan dijalankan di mana kedua mempelai ditepung tawar. Peralatan
yang digunakan untuk upacara ini ialah semangkuk bertih, semangkuk beras kunyit, sepiring
inai, beberapa tangkai daun seribu yang diikat dan semangkuk air tepung tawar. Wakil
kedua-dua pihak akan menjalankan adat tepung tawar ini dengan cara mencalitkan sedikit
inai dan air tepung tawar ke tapak tangan pengantin. Beras kunyit dan bertih tadi pula
ditabur di hadapan pengantin dan juga kepada para hadirin.
Bunga telur akan diberi kepada mereka yang menepung tawar. Jumlah orang yang
menepung tawar lazimnya dalam bilangan ganjil.

MAJLIS PERKAHWINAN

Sebelum majlis perkahwinan dijalankan, berbagai persiapan akan dijalankan termasuklah


mendirikan bangsal penanggah, khemah tetamu, menyiapkan pelamin dan bilik pengantin
serta menyediakan bunga telur. Majlis perkahwinan juga dikenali sebagai hari langsung atau
hari bersanding. Ia merupakan kemuncak istiadat perkahwinan dan pada hari inilah
pengantin digelar raja sehari.
Pada hari tersebut, majlis diadakan secara meriah dengan dihadiri oleh sanak saudara, jiran
tetangga dan sahabat handai. Kedua-dua mempelai akan memakai dengan pakaian
pengantin, lazimnya baju songket dan dihias indah dengan perhiasannya sekali. Pengantin
perempuan akan diandam oleh mak andam sebelum majlis persandingan bermula. Bagi
mak andam tradisional, solekan pengantin didahului dengan jampi serapah untuk menaikkan
seri muka pengantin dan diberi makan sireh untuk membuang perasaan gemuruh.

Ada juga pengantin yang dicukur bulu kening dan


dipotong anak rambutnya supaya kelihatan lebih menarik. Adat mengasah gigi juga
dilakukan bertujuan untuk meratakan gigi. Namun adat ini sudah tidak lagi diamalkan oleh
masyarakat Melayu hari ini.
Pengantin lelaki akan diarak dengan paluan kompang dan diiringi dengan bunga manggar
dari rumah penanggak menuju ke rumah pengantin perempuan. Kedatangan rombongan
pengantin lelaki akan disambut dengan taburan beras kunyit. Pengantin perempuan akan
menyambut kedatangan pengantin lelaki dan kemudiannya pasangan pengantin akan
dibawa ke halaman rumah dan duduk di tempat khas yang sediakan.
Pada kebiasaannya, persembahan pencak silat atau juga dipanggil menyembah pengantin
akan diadakan. Selepas itu, pengantin akan akan dibawa naik ke rumah untuk adat
bersanding pula.
Di sesetengah tempat, pengantin lelaki terpaksa melalui beberapa halangan di hadapan
tangga, di muka pintu atau di atas pelamin untuk mendapatkan pengantin perempuan. Oleh
itu wakil pengantin lelaki perlu membayar tebus pintu atau tebus pelamin. Pengantin akan
bersanding di atas pelamin yang dihias indah dan antara yang terdapat di atas pelamin ialah
bunga pahar. Semasa adat bersanding diadakan, adat menepung tawar turut dilakukan.
Para tetamu dan jemputan yang hadir juga akan diberi bunga telur pada hari tersebut.

Tumbuhan dan adat istiadat perkahwinan masyarakat Melayu

PENGENALAN
Setiap masyarakat mempunyai cara tersendiri dalam menjalankan tradisi dan adat
budaya masing-masing. Begitu juga di dalam upacara perkahwinan. Di kalangan
orang Melayu, perkahwinan merupakan satu perkara terpenting dalam kehidupan
mereka. Ia adalah satu tahap sejarah dalam hidup seseorang.
Oleh kerana itulah, perkahwinan perlu dirancang supaya segala upacara dapat
dijalankan sebaiknya-baiknya. Namun dalam konteks tradisi perkahwinan
masyarakat Melayu, idea dan amalan dapat dikenalpasti adalah menurut pengertian
budaya dan kepercayaan yang dijunjungi. Seperkara yang tidak dapat diketepikan,
tradisi perkahwinan Melayu jelas sekali mempunyai perkaitan yang begitu rapat
dengan tumbuhan semulajadi. Malah masyarakat Melayu amat berpegang kepada
pepatah yang berbunyi "Biar mati anak jangan mati adat".
Biarpun tidak banyak yang memahami falsafah dan mempelajari logik adat tersebut
secara mendalam, namun sekurang-kurangnya masyarakat buat masa ini masih
memerlukannya. Untuk tujuan meneliti idea dan amalan tersebut serta perkaitannya
dengan tumbuh-tumbuhan. Fokus perbincangan merangkumi empat peringkat
tersebut:
1. Merisik dan meminang
2. Pertunangan
3. Persiapan sebelum bersanding seperti berandam dan sebagainya
4. Bersanding dan berinai

MERISIK DAN MEMINANG


Orang Jawa turun ke dusun,
Singgah sejenak dipinggir kota,
Kami membawa sirih tersusun,

Sudilah sepiak membuka kata.


Orang dusun pergi ke huma,
Bawa ke pekan seikat keladi,
Sirih tersusun kami terima,
Sila nyatakan hasrat di hati.
Adat istiadat merisik dan meminang dalam masyarakat Melayu bukan sahaja dituntut
dalam agama bahkan ditagih dalam adat. Ia merupakan permulaan istiadat di mana
pihak lelaki menghantar seorang wakil ke rumah pihak perempuan untuk dipinang.
Walaupun telah diketahui peminangan tersebut akan diterima, namun syarat
menghantar wakil perlu dilakukan sebagai membuka tirai kira bicara.
Upacara ini dilakukan, untuk melahirkan tujuan mereka sebenarnya secara rasmi. Ia
dilakukan pada peringkat permulaan secara tidak langsung tetapi mempunyai
maksud untuk bertanyakan sama ada si gadis sudah berpunya atau belum. Amalan
ini dilakukan untuk mendapatkan maklumat mengenai diri perempuan yang hendak
dipinang. Setelah tiba masa yang sesuai, wakil tadi akan berterus terang tentang
hajat mereka sebenarnya.
Kebiasaannya semasa upacara ini, pihak lelaki turut membawa bersama sebentuk
cincin tanda dan tepak sirih disertakan sekali dengan pinang , kapur dan gambir.
Tepak sirih ini dipanggil sebagai sirih meminang. Jika peminangan tersebut diterima
maka pihak lelaki akan menghulurkan tepak sirih kepada wakil pihak perempuan
sebagai tanda penerimaan. Manakala cincin tanda sebagai tanda perjanjian
penerimaan peminangan tersebut sebelum berlangsungnya upacara pertunangan.
Selesai sahaja upacara ini, kedua-dua belah pihak akan membawa tepak sirih ke
tengah untuk disantapi sebagai tanda gembira dan kata sepakat.
2) Pertunangan
Ikatan pertunangan adalah satu perjanjian yang dipersetujui oleh pihak keluarga
lelaki dan perempuan untuk menjodohkan anak mereka dalam tempoh tertentu
selepas upacara merisik dan meminang dijalankan. Lazimnya di hari pertunangan,
pihak lelaki turut menghantar belanja yang disertai dengan beberapa hadiah iringan.
Dalam adat ini, hantaran tepak sirih merupakan satu bingkisan paling utama, penuh
bermakna lagi syahdu berbanding daripada bingkisanbingkisan lain yang
dipersembahkan oleh pihak lelaki kepada pihak perempuan. Daun sirih terpilih
digubah indah disertai kapur, gambir dan buah pinang yang telah dikacip.
Di antara barangan hantaran yang kebiasaannya dibawa oleh pihak lelaki kepada
pihak perempuan iaitu
1. sirih junjung yang digubah cantik untuk mengelapai hantaran
2. sebentuk cincin pertunangan

3. satu set bahan persolekan


4. bunga rampai
5. sepasang baju
6. kuih muih
7. buah-buahan
Setiap jenis hantaran diletakkan di dalam sebuah pahar dan hantaran-hantaran
tersebut akan dikelapai oleh sirih junjung yang telah digubah tadi. Pada
kebiasaannya, bilangan barangan hantaran adalah berangka ganjil dan mengikut
kemampuan pihak lelaki serta mengambil kira kemampuan pihak perempuan.
Buah-buahan dan bunga rampai lazimnya merupakan barang hantaran wajib kerana
sifatnya yang manis dan berbau wangi. Ia boleh dianggap sebagai harapan keduadua belah pihak agar perjanjian perhubungan tersebut akan berterusan dan
berkekalan hingga ke ikatan perkahwinan.
Semasa upacara pertunangan rombongan lelaki akan disambut mesra dan dihulur
tepak sirih yang telah disusun kepada tetamu sebagai mengalukan kedatangan
rombongan tersebut. Seperti diketahui umum, sirih, pinang, kapur dan gambir
sememangnya begitu sinonim dengan masyarakat Melayu.
Manakala hantaran-hantaran pertunangan akan diletakkan di tengah-tengah majlis
dihadapan sekalian hadirin. Ketua perwakilan pihak lelaki duduk berhampiran dengan
ketua perwakilan pihak perempuan. Sirih junjung diletakkan dihadapan mereka
sebagai bunga majlis. Rundingan seterusnya adalah berkisar tentang tempoh
pertunangan, jumlah hantaran belanja dan perjanjian untuk menghadapi takdir jika
pertunangan itu putus atas apa-apa jua sebab.
Selepas mendapat kata putus mengenai perkara-perkara yang dibincangkan, istiadat
menyarungkan cincin akan dijalankan. Cincin disarungkan ke jari manis tangan
kanan gadis. Maka dengan tersarungnya cincin pertunangan ini, rasmilah
pertunangan tersebut.
3) Persiapan Sebelum Bersanding
Peringkat ini merupakan acara yang meliputi segala persiapan bagi menyambut
upacara perkahwinan. Diantaranya istiadat meletak kerja, menghias pengantin,
berhinai dan berhias.
i) Istiadat Menghias Pengantin/ Berandam
Orang yang memainkan peranan penting dalam adat istiadat bersanding ialah mak
andam. Tiada ketetapan tertentu untuk menempah mak andam jika seseorang itu
memerlukannya. Pada umumnya tujuan utama mak andam dipanggil ialah untuk
menghias pengantin iaitu pengantin perempuan, disamping mengendalikan agar
majlis persandingan berjalan dengan baik. Sesetengah mak andam boleh mengubati
atau memulihkan pengantin perempuan sekiranya jatuh sakit atau tidak sedarkan
diri. Keadaan ini mungkin disebabkan akibat terlalu penat, terkena buatan orang dan
sebagainya.

Kebiasaannya tugas mak andam bermula sehari sebelum hari persandingan


diadakan. Keperluan yang disediakan termasuklah kain putih, limau purut
(bilangannya tidak ditentukan, biasanya berangka ganjil), bertih, pisau cukur,
gunting, sikat, setengah meter kain putih, sirih, air semangkuk, bedak, bunga tujuh
jenis dan beberapa bahan keperluan lain. Upacara ini akan dilakukan ditempat yang
terasing dari orang ramai seperti di bilik. Orang lain tidak dibenarkan masuk kecuali
orang tertentu atas sebab-sebab khusus sahaja.
Upacara dimulakan apabila mak andam, meletakkan kain putih dibahu pengantin
perempuan yang diselubungkan diseluruh badan. Sirih yang telah dijampi diberikan
kepada pengantin perempuan untuk dikunyah dan diasap dengan kemenyan
bersama iringan jampi.
Bunga yang tersedia diasapkan dan dijampi, kemudian dipusingkan dikeliling
pengantin serta disapukan ke muka dan badan. Semua upacara ini dilakukan
bertujuan untuk menaikkan seri muka pengantin. Setelah itu tepung tawar
direnjiskan dikeliling pengantin diikuti menabur bertih dan beras kunyit ke atas
pengantin untuk mengelakkan gangguan makhluk asing yang mungkin akan
menganggunya.
Peringkat kedua ialah istiadat bercukur. Sebelum memulakannya mak andam
membaca jampi ataupun doa sambil mengurut dan memintal anak rambut
dibahagian dahi dan memotongnya dengan gunting yang tersedia. Masa berandam
dara yang masih dimiliki pengantin itu penting. Kesucian yang masih wujud akan
menjadikan wajah berseri-seri terutamanya ketika bersanding nanti.
Tugas mak andam seterusnya mencukur anak rambut dan bulu roma dimuka dan
bahagian lain seperti dileher dan ditangan sebelum dibentuk alis. Segala pekerjaan
dilakukan dengan penuh hati-hati. Ia dimulai dengan doa dan jampi mantera yang
menjadikan muka pengantin berseri-seri.
Upacara berandam terakhir ialah istiadat berlangir, iaitu menyapukan bedak sejuk
yang dibasuh dengan air ke bahagian badan dicukur. Kemudian diikuti istiadat mandi
berlimau dan dicampur bunga tujuh jenis. Istiadat ini bertujuan sebagai upacara
membuang sial pada badan dan menjauhkan segala bala yang akan menimpa
sepanjang majlis perkahwinan yang akan dijalankan
ii) Istiadat Berhinai
Istiadat ini boleh dikategorikan kepada tiga iaitu berinai curi, berinai kecil dan berinai
besar. Berinai curi dan berinai kecil dilakukan beberapa hari sebelum berlangsungnya
hari perkahwinan. Ia dilakukan terhadap pengantin perempuan sahaja. Bahagian
yang di inai ialah kedua tapak tangan, sepuluh jari tangan, bahagian kuku jari kaki
dan disekeliling tapak kaki.
Adat ini dilakukan tanpa bantuan mak andam kerana hanya dilakukan untuk
bersuka-suka sahaja. Selain itu kesan dari inai tadi boleh dijadikan satu tanda
bahawa seseorang baharu sahaja melangsungkan perkahwinan.
4) Bersanding
Istiadat bersanding merupakan upacara kemuncak dalam adat istiadat perkahwinan.

Ia merupakan detik paling sejarah dalam hidup seseorang terutamanya kaum


wanita. Pada hari inilah para jemputan datang berkunjung untuk meraikan
pengantin.
Setelah pengantin perempuan siap dihias dan bersedia untuk menjalani upacara
persandingan, wakil pengantin perempuan akan menghantar bunga berdaun sirih
kepada wakil pengantin lelaki yang bertandang tidak jauh dari rumah pengantin
perempuan.
Pemergian pengantin lelaki dan rombongannya ke rumah pengantin perempuan,
diringi dengan pukulan kompang dan arakan bunga manggar. Bunga manggar ialah
dua jambak bunga yang diperbuat daripada kertas berwarna warni dan dililitkan
pada lidi kelapa serta dicucuk pada dua biji buah betik atau nenas muda yang telah
sedia dicacak kepada dua batang galah.
Ketibaan mereka ini disambut dengan taburan bertih, beras kunyit dan air renjisan
mawar. Upacara ini dilakukan oleh orang tertentu iaitu saudara yang rapat dengan
pengantin perempuan bertujuan agar perkahwinan ini akan dirahmati. Setelah
kedua-dua pengantin sempurna didudukkan di atas pelamin, upacara menepung
tawar atau berinai besar dimulakan.
Pukulan kompang yang menyambut kedatangan pengantin diteruskan sehingga
kedua mempelai duduk di atas pelamin. Sebaik sahaja paluan kompang dihentikan,
kanak-kanak berebut-rebut mencapai bunga manggar dari ganggangnya untuk
dijadikan mainan. Ini menambahkan lagi kemeriahan majlis perkahwinan ini.
Dalam majlis ini , orang yang dijemput tampil ke hadapan akan menabur beras
kunyit dan bertih kepada mempelai. Kemudian baharulah melakukan istiadat
menepung tawar iaitu mengambil secubit inai dan diletakkan ditapak tangan kanan
dan kiri. Setiap kali selesai upacara menepung tawar dan menginai dilakukan, mak
andam mengambil inai daripada tapak tangan pengantin dan meletakkannya ke
dalam satu bekas lain.
Kedua-dua pengantin menangkupkan kedua tapak tangan di dada seakan-akan
mengangkat sembah sebagai tanda terima kasih kepada orang yang melakukan
upacara ini. Setelah sempurna menjalankan upacara ini, orang yang berkenaan pun
menundukkan kepalanya sedikit seperti ketika ia mula datang sebagai tanda hormat
dan memohon diri pergi.
Majlis ini berlangsung, dalam keadaan meriah dengan hilai tawa para hadirin,
diselangi dengan sindir menyindir kepada pasangan pengantin. Setiap orang yang
melakukan upacara ini diberi bunga telur yang terpacak di pulut kuning sebagai
tanda hati kerana kesudian menepung tawar mempelai. Berakhirnya upacara ini
bermakna sempurnalah adat istiadat perkahwinan masyarakat Melayu yang telah
dijalankan. Istiadat seterusnya ialah upacara menyambut menantu yang dilakukan di
rumah pengantin lelaki.
Penggunaan Rempah Ratus dalam Istiadat Berinai adalah sebagai:
1. Beras kunyit ialah sebagai ganti emas yang pernah diamalkan oleh masyarakat
zaman dahulu kepada mempelai pengantin sebagai tanda kegembiraan.

2. Beras basuh sebagai simbol doa restu mereka kepada mempelai dan pengantin
2. supaya murah rezeki sehingga ke anak cucunya kelak.
3. Bertih ialah sebagai simbol supaya berkembang keturunan mereka hasil dari
perkongsian hidup nanti.
4. Air tepung tawar sebagai penawar sewaktu mengalami sakit pening dan lain-lain
penyakit semasa menjalani kehidupan sebagai pasangan suami isteri.
5. Inai ialah sebagai simbol atau tanda bahawa kedua-dua mempelai masih
mempunyai dara yang dikawal dengan kehormatan diri untuk menjadi satu
kemegahan bagi kedua-dua keluarga mempelai.
KESIMPULAN
Penggunaan tumbuh-tumbuhan dalam adat istiadat perkahwinan masyarakat Melayu
tidak boleh dipertikaikan. Menyentuh tentang adat istiadat perkahwinan orang
Melayu, segala bentuk upacara, pantang larang yang diamalkan dan jampi mantera
dibacakan oleh mak andam serta penggunaan tumbuhan tertentu seperti beras
kunyit, bertih, inai dan seumpamanya mempunyai signifikasi tersendiri. Di antaranya
bertujuan untuk melindingi pasangan pengantin dari gangguan makhluk-makhluk
halus. Manakala upacara lain seperti bersanding, adat berandam, berarak
menggunakan bunga manggar dan sebagainya bertujuan untuk bersuka-suka di
samping mengeratkan hubungan kedua-dua pengantin yang baru dinikahkan dengan
saudara mara kedua-dua belah pihak yang baru berkenalan. Walaupun setiap negeri
mempunyai istiadat yang agak berbeza, tetapi secara umumnya ianya adalah
hampir-hampir sama serta mempunyai matlamat yang tertentu.
Amran Kasimin. 1989. Istiadat Perkahwinan Melayu, Satu Kajian Perbandingan. DBP KUALA LUMPUR. H.M Sidin
1964. Asal Usul Adat Resam Melayu. PENERBIT PUSTAKA ANTARA, KUALA LUMPUR. Haji Mohtar H.Md. Dom
1977. Istiadat Perkahwinan Masyarakat Melayu. FEDERAL PUBLICATIONS, KUALA LUMPUR. DR Zainal Kling 1977.
Masyarakat Melayu Antara Tradisi Dan Perubahan. UTUSAN PUBLICATIONS & DISTRIBUTORS. EDISI PERTAMA.
Rahim Syam, Norhale 1985. Mendekati Kebudayaan Melayu. FAJAR BAKTI SDN BHD. Oktober 1998. Bertunang
Mencari Rasi Dalam Perkahwinan. m/s 167-168. MAJALAH WANITA.