Anda di halaman 1dari 3

WARNA MERAH DALAM KEHIDUPAN MASYARAKAT CINA

Warna merah menjadi kebanggaan masyarakat Cina

Warna merah atau warna hong (dalam bahasa Cina) adalah warna pilihan utama masyarakat Cina. Pemakaian warna tersebut telah diamalkan sejak turun
temurun lagi. Tidak ada warna lain yang menjadi pilihan utama , hanya warna merah. Bukan sekadar itu, warna merah sendiri sebenarnya mempunyai
makna yang tersendiri bagi masyarakat Cina. Warna merah menggambarkan keadaan yang terang dan ceria telah menjadi lambang kegembiraan dan
menjanjikan sinar kecerahan dalam kehidupan.

Warna merah itu dipanggil hong dalam bahasa Cina dan bunyinya kedengaran seperti ong atau bertuah. Maka, masyarakat Cina percaya warna ini akan
membawa tuah jika dipakai pada hari pertama Tahun Baru Cina dan majlis perayaan yang lain. Mereka percaya dengan pemakaian warna ini akan
dilimpahi tuah sepanjang tahun.
Warna Tuah

Mereka percaya warna merah membawa tuah dan kecemerlangan dalam hidup mereka. Nasib mereka akan ditimpa malang sekiranya memakai pakaian
yang berwarna hitam dan warna-warna yang gelap. Adalah dilarang memakai baju hitam, biru dan kelabu dalam majlis-majlis perayaan kerana dipercayai
warna-warna tersebut melambangkan kematian dan kesedihan.

Sambutan Hari Raya Cina

Merah lambang kemegahan


Hiasan tanglung berwarna merah yang pelbagai saiz dan bentuk sering memenuhi kawasan kediaman masyarakat Cina. Ini menunjukkan perayaan itu
akan disambut dengan cukup meriah. Hiasan dalaman rumah dan tanglung-tanglung serta birai pintu rumah juga akan diwarnai dengan warna merah
bagi menyambut ketibaan tetamu. Hiasan bunga-bunga juga berona merah mewujudkan semangat keceriaan yang padu dan harmoni.
Seamasa zaman dahulu orang-orang tua masyarakat Cina sering berpesan agar orang-orang kampung menggantungkan kertas berwarna merah di pintupintu dan tingkap-tingkap rumah mereka pada setiap waktu menjelangnya tahun baru. Ini kerana dikhuatiri binatang bernama Nian( raksaksa) akan
mengganas di kawasan rumah mereka. Warna merah sangat ditakuti oleh Nian, dan mampu menghalau raksaksa tersebut.
Angpau

Perayaan diceriakan dengan angpau merah


Antara sebab mengapa Tahun Baru Cina dinanti-nantikan oleh kanak-kanak ialah pemberian 'angpau' atau sampul merah yang berisi duit. Bagi yang
belum berkahwin, mereka layak untuk menerima angpau. Pada perayaan Tahun Baru Cina, angpau biasanya diberi oleh yang sudah berkahwin kepada
yang belum berkahwin. Sesiapa yang belum berkahwin layak menerimanya tanpa mengira usia.

Pemberian angpau oleh masyarakat Cina merupakan tradisi utama mereka dan sering diberikan dalam majlis sosial dan keluarga seperti jamuan
perkahwinan Cina atau ketika perayaan seperti Tahun Baru Cina.

Warna merah sampul ini melambangkan tuah. Jumlah wang yang terkandung dalamnya lazimnya dikehendaki bermula dengan angka genap kerana
angka ganjil dikaitkan dengan wang yang diberi ketika majlis pengebumian . Jumlah wang yang diberi pada majlis perkahwinan biasanya adalah untuk
menampung perbelanjaan hadirin serta membantu pasangan pengantin baru.

Perkahwinan

Warna merah dalam adat perkahwianan Cina mewujudkan rasa kemeriahan

Warna merah dalam kalangan masyarakat Cina bererti tanda baik dan gembira. Oleh kerana itu, sekiranya tetamu memberi hadiah eloklah dibungkus
atau dibalut dengan kertas berwarna merah. Kebiasaannya warna merah dipilih bagi menggambarkan nasib yang baik. Mengikut kepercayaan masyarakat
Cina, Lilin berwarna merah yang diukir menyerupai naga dan burung pheonix digunakan pada hari perkahwinan adalah untuk melambangkan penyatuan
terhadap keluarga baru. Menurut kepercayaan masyarakat Cina, lilin merah ini akan digunakan pada malam perkahwinan bagi menghalau hantu dan rohroh jahat. Warna yang terang boleh menghalau roh-roh jahat daripada mendekati mereka. Baju pengantin sebaik-baiknya berwarna putih dan merah
sebagai lambang keceriaan.
Kematian

Lazimnya pada hari tersebut, ahli keluarga si mati akan memakai baju berwarna hitam. Warna lain tidak digalakkan, apatah lagi warna merah yang
dikatakan mempersenda si mati dan keluarganya. Baju yang berbunga juga dilarang dalam upacara kematian tersebut. Pakaian ahli keluarga si mati
adalah seperti jubah hitam yang lengkap dengan topi.
Keteguhan dan Keberanian
Warna merah sebenarnya membawa maksud keteguhan, keberanaian, keceriaan dan kemegahan. Warna ini dikatakan memberi dorongan kepada
keadaan yang lebih positif dalam kehidupan masyarakat Cina. Warna ini sering digunakan dalam perayaan dan sambutan majlis kebesaran mereka
kecuali hari-hari yang menunjukkan keadaan kesedihan dalam kehidupan mereka. Warna ini akan terus menjadi simbol kemegahan masyarakat tersebut
malah melambangkan keteguhan dan kemegahaan negara apabila digunakan sebagai simbol pada logo-logo, lencana, bendera dan setem malah turut
diterjemahkan pada wang kertas dan duit syiling.
Warna merah sering dikaitkan dengan masyarakat Cina

terutama pada setiap kali sambutan Tahun Baru Cina. Warna tersebut akan mendominasikan

persekitaran kehidupan mereka. Namun, warna merah juga menguasai hampir setiap ruang di dalam dan luar rumah mereka.

Bila tibanya perayaan ini

hiasan berwarna merah sering digantung sepanjang jalan yang menandakan perayaan itu kini bukan sahaja disambut oleh masyarakat tersebut tetapi
juga sudah menjadi seperti perayaan seluruh masyarakat.