Anda di halaman 1dari 3

ADAB TERHADAP KAWAN

1) Menghulurkan bantuan kepada mereka


apabila mereka amat-amat memerlukan
bantuan tersebut. Bantulah dengan
ikhlas tanpa mengharapkan sebarang
balasan.
2) Bersikap jujurlah dalam persahabatan,
janganlah bersifat hipokrit, yang mana
lain di lidah lain pula di hati. Akibatnya
diri sendiri yang akan kehilangan harga
diri.
3) Jangan memburuk-burukkan seseorang
kawan di hadapan kawan-kawan yang
lain.
4) Jangan membuka aib kawan, kelak
Allah S.W.T. akan membuka aib kita di
akhirat kelak.
5) Jangan cemburu dengan kejayaan
kawan-kawan. Cemburu yang membuta
tuli akan menimbulkan perasaan hasad

dengki. Sebaliknya, cemburulah dengan


kejayaannya itu dan berusaha untuk
mencapai kejayaan yang serupa.
6) Janganlah menjatuhkan air
sahabat dihadapan orang lain.

muka

7) Jangan ketawa apabila seseorang rakan


mengalami kegagalan.
8) Jangan mengejek dan memperkecilkecilkan kawan kita. Umpanya jika
seseorang rakan sekelas memberikan
satu pendapat, jangan menolaknya
sekali gus, katakanlah kepadanya:
pendapat anda baik.
9) Jangan mengejek kawan-kawan kita
dengan menggunakan panggilan yang
tidak disukainya.
10) Apabila berada dikalangan kawankawan, janganlah berbisik-bisik dengan
seseorang kawan yang lain kerana ia

akan mengundang syak di hati kawankawan yang lain.


11) Apabila kita ingin menggunakan
barang kepunyaan rakan kita, mintalah
izin kepada mereka terlebih dahulu.
12) Kotakanlah setiap janji dengan sedaya
upaya yang mungkin.
13) Akhir sekali, saling nasihat-menasihati
sesama
rakan
untuk
melakukan
kebaikan dan menjauhi dari sebarang
bentuk kejahatan.