Anda di halaman 1dari 197

HIKAYAT INDRAPUTERA

Sumber :
http://www.google.com/url?
sa=t&rct=j&q=&esrc=s&source=web&cd=1&ved=0CDQQFjAA&url=http%3A
%2F%2Fmymanuskrip.fsktm.um.edu.my%2FGreenstone%2Fcollect%2Fpublishe
%2Findex%2Fassoc%2FDHikayat.dir%2Fdoc.doc&ei=4VYeUdwDMfprAfGi4GABg&usg=AFQjCNEppOo7vRrzD5TuzqZGi-zojFb2g&bvm=bv.42553238,d.bmk

BAB I
RAMALAN NUJUM
(ADHI) Wa-bihi nasta'inu billahi ala. Ini pada menyatakan hikayat Inderaputera
yang terlalu amat indah-indah keterangannya cinta berahi itu, pada masanya belum
jadi johar patut dengan segala arif bijaksana, ialah yang terlalu amat masyhur di
tanah manusia dan di tanah jin dan di tanah indera dan cendera dan di tanah
mambang dan peri dan pada tanah dewa. Syahadan yang terlalu amat elok rupanya
serta dengan sikapnya dan terlalu amat pantas barang kelakuannya.
Syahadan kepada zaman itu seorang pun tiada tandingnya dengan
Inderaputera itu lagi dengan arif bijaksananya dan terlalu perkasa serta dengan
saktinya. Syahadan beberapa yang tiada dapat dikerjakan oleh orang banyak dapat
dikerjakannya. Bermula ialah yang disuruhkan oleh RajaSyahian kepada] Berma
sakti dengan dewa Lela Mengerna dan ialah yang (diterbangkan) oleh jin Tamarbuga,
dan ialah yang bertemu dengan bukit emas dan bukit permata, dan ialah yang
bertemu dengan tasik Bahrul Ajaib, dan ialah yang bertemu dengan tasik BaharuI
Asyik, dan ialah yang menjalani jalan yang tiada dijalani orang; demikianlah gagah
perkasa Inderaputera, dan ialah yang berjalan dalam gua sebulan lamanya, dan ialah
yang membunuh gergasi yang bernama Mamdu; maka beberapa hikmat' Raja. Talela
Syah hendak membunuh gergasi itu tiada juga dapat membunuh dia, maka dengan
mudahnya juga dibunuhi oleh Inderaputera.
Syahadan ialah yang dibuangkan oleh menteri Raja Syahian ke dalam laut
tiga tahun lamanya, dan ialah yang beroleh (kain sutera) rambuti seperti air embun
rupanya dan ialah yang (bertemu) dengan Dewa Langkurba di dalam laut dan ialah
yang berjalan di dalam laut jin, dan ialah yang bertemu dengan Derma Gangga; maka
diberinya panah kesaktian dan beberapa pula hikmat hulubalang akan Inderaputera.
Demikianlah akan gagah perkasa Inderaputera.
Ada sekali persetua ada seorang maharaja di negeri Sementa Pura dan nama
raja itu Raja Bikrama Buspa dan akan raja itu terlalu amat besar kerajaannya.
Arakian beberapa raja-raja yang takluk kepada raja itu memberi ufti pada tiap-tiap
tahun dan empat puluh raja-raja yang memakai pakaian yang keemasan sentiasa
dengan alat senjata di bawah istana Maharaja Bikrama Buspa, demikianlah peri
kebesarannya baginda itu.
Hatta beberapa lamanya Maharaja Bikrama Buspa dalam kerajaannya
demikian maka pada suatu hari yang baik, ketika yang sempurna, isteri Maharaja
Bikrama Buspa yang bernama Tuan Puteri Jamjam Ratna Dewi pun hamillah, (dan)
beberapa lamanya ia mengandung. Setelah genaplah bulannya maka kepada empat
belas haribulan maka Tuan Puteri pun sakitlah. Pada ketika hariraya besar dan segala
mergastua belum lagi mencari mangsanya maka dewasa itu Tuan Puteri pun
beranaklah seorang laki-laki terlalu sekali elok paras rupanya seperti matahari baharu
terbit gilanggemilang. Setelah itu maka baginda pun berasa amat sukacitanya. Maka
dititahkan oleh Baginda akan orang memalu segala bunyibunyian seperti adat rajaraja beroleh putera demikianlah adanya. Maka lalu Baginda menamai akan anakanda
baginda Inderaputera. Maka Baginda pun menyuruh akan orang memanggil segala
ahlil nujum dan sastrawan.
Setelah datanglah segala ahlil nujum maka baginda pun memberi titah
kepada segala ahlil nujum, Maka lihatlah oleh tuan-tuan sekalian betapakah
kebesaran anakku ini.
Maka sekalian mereka itu pun menyembah serta takzimnya akan melihat
nujumnya.

Setelah dilihatnya maka masing-masing pun menggerakkan kepalanya


seraya ia berdatang sembah, Ampun Tuanku Syah Alam, terlalu sekali bahagianya
paduka anakanda itu akan memangku kerajaan yang amat besar hingga tujuh tahun
juga lamanya paduka anakanda ini bersama-sama dengan Duli Syah Alam nescaya
cerai lah juga ia dengan Duli Tuanku. Maka Paduka anakanda itu akan melihat
kekayaan Tuhan Yang Mahabesar dan Mahatinggi, Demikianlah lagi sembah segala
ahlil nujum Ampun Tuanku Syah Alam. Adapun jika Paduka anakanda itu hendak
bermain-main binatang jangan Tuanku beri, kerana sebab binatang itulah anakanda
itu beroleh bencana.
Maka Maharaja Bikrama Buspa mendengar sembah segala ahlil nujum itu
demikian. Maka Baginda pun memberi anugerah akan segala ahlil nujum itu
sastrawan dan pada segala fakir dan miskin pun menjadi kayalah daripada limpah
kurnia Baginda memberi sedekah dan persalinan pada segala anak raja-raja dan pada
segala menteri hulubalang dan pada segala orang kaya-kaya Setelah sudah memberi
persalinan maka baginda pun berjaga-jaga sekira empat puluh hari dan empat puluh
malam makan minum bersuka-sukaan dengan segala anak raja-raja dan segala
menteri hulubalang dan orang kaya-kaya.
Maka setelah genaplah empat puluh hari dan empat puluh malam maka
Maharaja Bikrama Buspa pun mengarak lah akan anakanda baginda itu berkeliling
negeri. Setelah genaplah tujuh kali diarak oleh orang anakanda baginda berkeliling
negeri dengan segala bunyi-bunyian diiringkan oleh segala anak raja-raja dan segala
menteri dan hulubalang dan segala orang kaya-kaya dan segala alat tenteranya.
Setelah sampailah ke istana maka anakanda baginda pun didudukkan oleh orang di
atas takhta kerajaan dan diriba oleh baginda dan dipeliharakannya dengan sepertinya
seperti adat raja-raja besar; dan beberapa lamanya anakanda baginda itu maka ia pun
besar panjang lalu disuruh oleh baginda serahkan mengaji kepada seorang mualim
Bersapian namanya.
Hatta beberapa lamanya sekira-kira tujuh lamanya maka Inderaputra pun
tahulah sudah mengaji Quran dan Maharaja Bikrama Buspa pun semakin sangat
kasih gemar 'akan anakanda baginda dan seketika pun tiada mahu bercerai daripada
anakanda baginda daripada sebab lagi pesanan segala ahlil nujum. Seberrnula maka
baginda dihadapi oleh segala menteri hulubalang dan anak raja-raja yang besar-besar
demikianlah baginda tiada mahu bercerai barang seketika dengan anakanda baginda
itu.

BAB II
PERISTIWA MERAK EMAS
(AHSHONAT)
Al-kisah peri mengatakan tatkala Inderaputera diterbangkan oleh Merak
Emas dan peri mengatakan tatkala Inderaputera diangkat cucu oleh nenek kebayan
dan peri mengatakan tatkala Inderaputera diangkat anak oleh Perdana Menteri dan
peri mengatakan tatkala Inderaputera direstui oleh Menteri Raja Syahian.
Hatta kalakian pada suatu hari Raja Bikrama Buspa semayam dihadap
segala raja-raja dan menteri hulubalang rakyat jelata dan orang kaya-kaya dan
sekalian hina dina. Maka Inderaputera pun diribai oleh baginda itu. Maka tatkala itu
datanglah orang menghantar akan ufti daripada sebuah negeri serta membawa dua
orang utusan dan seorang utusan pandai emas dan seorang utusan itu pandai kayu.
Maka dipersembahkan pada maharaja itu, maka titah baginda kepada kedua
pandai itu, Perbuatkan olehmu barang kepandaianmu itu supaya kulihat.
Maka pandai kedua itu pun menyembah dan diperbuatkannya oleh pandai
kayu itu seekor ikan terlalu amal (elok) rupanya seperti ikan yang sedia. Maka
dipersembahkan kepada baginda ditaruhkan (oleh) maharaja ikan itu pada pasu,
dibubuhkan air. Maka ia pun tertawa dan berpantun (dan) berseloka. Maka baginda
pun hairanlah melihat ikan tertawa berpantun dan berseloka itu.
Maka titah baginda kepada pandai emas pula. Hai pandai emas perbuatkan
olehmu barang kepandaianmu itu stipaya kulihat.
Maka pandai emas pun menyembah keada yang Dipertuan lalu
diperbuatnya suatu gambar merak daripada emas. Maka terlalu elok rupanya. Maka
dipersembahkan kepada baginda itu. Maka dilihat oleh baginda merak emas itu elok
rupanya indah sekali. Maka ditaruh oleh baginda pada talam emas dan perak. Maka
merak itu pun mengigal terlalu amat indah-indah lagunya seraya ia berpantun dan
berseloka.
Maka Maharaja Bikrama Buspa pun memberi titah kepada utusan yang
membawa pandai emas dan pandai kayu dan berkata baginda, Hai kamu kedua,
pada hari inilah aku tiada mengambil ufti pada kedua negerimu itu.
Maka kedua utusan itu pun sujud akan Maharaja itu dengan sukacitanya.
Hatta dalam berkata-kata maka Inderaputera pun turun daripada ribaan ayahanda
baginda pergi melihat merak emas mengigal di atas talam itu. Maka tiba-tiba merak
itu pun menyambar Inderaputera seraya diterbangkannya. Maka Inderaputera pun/
ghaibIah daripada mata baginda dan orang sekalian dan Maharaja Bikrama Buspa
pun melihat anakanda baginda hilang. Maka baginda pun murca seketika. Setelah
sedarlah akan dirinya dan baginda pun menangis dan segala isi istana pun gemparlah
bertangis-tangisan, dan isi negeri pun dukacita mendengar Inderaputera hilang itu
dan Maharaja B'ikrama Buspa pun terlalu dukacita sentiasa.
Hatta maka Inderaputera pun diterbangkan merak emas. Maka jatuhlah ia
kepada suatu negeri dan pada suatu kebun nenek kebayan. Maka Inderaputera pun
berjalanlah perlahan-lahan lalu berhenti di bawah pohon delima. Maka Inderaputera
pun makanlah buah-buahan.
Setelah sudah makan maka nenek kebayan pun pulanglah daripada berjual
bunga. Maka bakulnya pun ditaruhkannya. Maka datanglah ia ke dalam kebunnya
itu. Maka fnderaputera pun setelah melihat orang tua perempuan datang itu maka ia
pun ingat akan dirinya, dan bercintalah ia akan ayahanda dan bondanya. Maka ia fikir
dalam (hatinya). Sudahlah dengan nasibku.
Maka setelah itu nenek - kebayan pun sampailah kepada pintu kebunnya.

Maka dilihatnya ada terikat, dan dilihatnya di dalam kebunnya itu ada seorang kanakkanak duduk di bawah pohon delimanya itu. Maka rupanya terlalu amat indah penuh
dengan pakaiannya.
Maka ujar nenek kebayan, Anak siapa gerangan ini dan daripada mana
gerangan datangnya. Lagi pun pintu pagar ini ada terikat dan kampungku pun terlalu
jauh daripada kampungnya orang banyak.
Maka bertanya nenek kebayan, Hai cucuku kanak-kanak siapa cucuku ini
dan dari mana cucuku datang ini.
Maka ujar Inderaputera. Akulah anak raja Bikrama Buspa dan namaku
disebut orang Inderaputera. Adapun sebabnya aku sampai ke mari ini diterbangkan
oleh merak emas. Dan segala hal-ahwalnya sekalian habis diceterakannya kepada
nenek kebayan.
Maka ujar nenek kebayan, Hai cucuku mahukah cucuku duduk bersama
dengan hamba?
Maka ujarnya Inderaputera, Baiklah nenekku: ke mana lagi hamba hendak
membawa dirinya hamba lagi.
Maka nenek kebayan pun terlalu suka hatinya sebab beroleh kanak-kanak
itu. Maka segera dimandikannya; setelah sudah seraya dibawanya pulang ke
rumahnya. Maka segala pakaian Inderaputera itu habis ditanggalkannya oleh nenek
kebayan. Maka diberinya pakaian yang lain.
Maka keesokan harinya maka nenek kebayan pun pergi berjual bunga.
Maka Inderaputera pun dibawa sertanya berjalan dan rupanya Inderaputera terlalulah
elok parasnya dan sekalian orang pun bertanya, Hai nenek kebayan, siapa orang
yang tuan hamba bawa ini
Maka sahut nenek kebayan, Adapun inilah cucuku.
Maka katanya sekalian itu. Selamanya mengapa tiada dibawa oleh
nenek?
Maka sahut oleh nenek kebayan, Adapun sekian lamanya tiada hamba
bawa kerana kanak-kanak ini kurang bahasanya lagi. Itulah sebabnya maka tiada
hamba bawa berjalan-jalan.
Maka segala orang yang melihat rupa Inderaputera itu terlalu kasih hatinya.
Ada yang memberi kain dan pakaian daripada seorang kepada seorang. Demikianlah
peri sebab kasih kepada Inderaputera itu; dan sesiapa yang memandang pada
Inderaputera itu nescaya kasih hatinya, tiadalah lepas lagi daripada hatinya,
demikianlah perinya. Maka. adalah pada tiap-tiap hari demikianlah nenek kebayan
pulang ke rumahnya tiada terbawa pemberian orang kepada Inderaputera itu pada
sehari-hari.
Arakian selama nenek kebayan beroleh Inderaputera maka kebun bunga
nenek kebayan pun terlalulah lebat tiada lagi terkira-kira bunganya dan beberapa
lamanya, maka nenek kebayan pun kayalah sebab beroleh harganya bunga dan
pemberian orang pada Inderaputera.
Hatta maka pada suatu hari nenek kebayan pergi kepada Perdana Menteri
dipersembahkan bunga dengan Inderaputera. Maka ia kedua pun berjalanlah pergi
kepada rumah Perdana Menteri. Setelah sampai ke rumah Perdana Menteri seraya
mempersembahkan bunga pada Perdana Menteri. Maka dilihat oleh Perdana Menteri
nenek kebayan datang membawa bunga dan membawa seorang kanakkanak itu
terlalu amat indah rupanya.
Maka Perdana Menteri itu pun bertanya, Hai nenek kebayan, anak siapa
kaubawa ini?
Maka sembah nenek kebayan seraya berkata. Ya tuanku Perdana Menteri,

inilah cucu hamba.


Maka kata Perdana Menteri, Hai nenek kebayan, selamanya mengapa
tiada engkau bawa?
Maka ujar nenek kebayan, Sebab selamanya tiada hamba bawa kerana ia
lagi kanak-kanak dan kurang budi bicaranya lagi. Sebab itulah tiada hamba bawa ia.
Maka ujar Perdana Menteri, Siapa namanya dan apa bangsanya?
Maka sahut nenek kebayan, Tnderaputera namanya dan bangsanya
daripada manusia.
Maka Perdana Menteri pun memandang kepada Inderaputera, diamatinya
rupanya dan sikapnya dan lakunya seperti anak rajaraja yang besar-besar juga
rupanya.
Setelah demikian maka ujar Perdana Menteri, Hai Inderaputera mari
anakanda hampir ke mari.
Maka Inderaputera pun hampirlah seraya menyembah kepada Perdana
Menteri serta dengan takzimnya. Maka Perdana Menteri menyuruhkan orang
mengangkat kerusi lalu disuruh Inderaputera duduk dan Inderaputera tiada mahu
duduk seraya menyembah; dan lagi disuruh oleh Perdana Menteri orang mengangkat
hidangan kehadapan Inderaputera.
Maka ujar Perdana Menteri, Hai fnderaputera, marilah anakanda makan.
Maka fnderaputera pun menyembah seraya berkata, Santap Tuanku dahulu, patik
kemudian. Dan beberapa budi bicara Perdana Menteri mengajak makan bersamasama dengan ia, tiada juga ia mahu. Maka Perdana Menteri pun lalu bangkit
sendirinya memegang tangan Inderaputera. Maka fnderaputera pun menyembah serta
dengan takzimnya juga, tiada ia mahu.
Setelah sudah Perdana Menteri makan maka diberikannyalah Inderaputera
itu baharulah ia mahu makan.
Setelah sudah maka ujar Perdana Menteri, Hai nenek kebayan, biarlah
Inderaputera itu duduk di sini.
Maka ujar nenek kebayan serta menyembah, Ya Tuanku Perdana Menteri,
seketika pun tiada dapat patik bercerai dengan cucunya hamba.
Maka kata Perdana Menteri, Hai nenek kebayan, biarlah siang pada beta
malam pada nenek kebayan, kerana beta tiada beranak.
Maka ujar nenek kebayan, Baiklah ya Tuanku Perdana Menteri
peliharakanlah Tuanku seperti adat anak sungguh.
Demikianlah Perdana Menteri memeliharakan Inderaputera serta diberinya
kain baju dan segala pakaian yang mulia-mulia. Maka Perdana Menteri pun terlalu
kasih akan Inderaputera. Kalakian maka nenek kebayan itu pun bermohon pulang ke
rumahnya. Maka Inderaputera pun tinggallah kepada Perdana Menteri. Setelah hari
malam maka Inderaputera . pun disuruh hantarkan pulang oleh Perdana Menteri ke
rumah nenek kebayan dan demikianlah seharihari.
Hatta beberapa lamanya maka Inderaputera duduk dengan Perdana Menteri
maka dilihat oleh Perdana Menteri lakunya dan: duduknya dan makannya dan
pekertinya terlalu manis juga. Sebermula maka Perdana Menteri duduk dihadap oleh
orang. Maka Inderaputera pun hadirlah juga bersama-sama duduk di belakang
Perdana Menteri dengan hormatnya. Maka Perdana Menteri pun bertambah-tambah
cinta kasihnya akan Inderaputera itu, maka nenek kebayan pun tiadalah berjual bunga
lagi sehingga hambanya juga.
Syahadan beberapa lamanya maka Perdana Menteri pun bertambah
kasihnya akan Inderaputera itu. Maka Jnderaputera pun sudah besar panjang makin
sangat bijaksana dan rupanya pun bertambahtambah eloknya.

BAB III
MENCARI UBAT BERANAK
(ANDANTI)
Al-kisah
peri
mengatakan tatkala Inderaputera disuruhkan Syahian pergi kepada Berma Sakti dan
peri mengatakan tatkala Inderaputera beroleh pedang daripada Laksamana dan peri
mengatakan tatkala Inderaputera bertemu dengan tengkorak berkata-kata.
Hatta kalakian diceterakan oleh orang yang empunya cetera ini demikian
bunyinya. Adapun raja dalam negeri itu Raja Syahian namanya. Adapun baginda itu
terlalu amat besar kerajaannya juga. Syahadan menteri Maharaja itu yang mudamuda kurang se1 empat puluh dan Maharaja Syahian itu tiada beranak.
Maka pada suatu hari Raja Syahian pergi berbaru ke dalam hutan. Setelah
beroleh perburuan maka Raja itu pun kembalilah pada istananya dengan segala
menteri hulubalang dan rakyat balanya. Setelah itu maka diterjamukan makan minum
dengan segala menteri hulubalang rakyat sekalian. Demikianlah pekerjaan baginda.
Hatta maka datanglah kepada suatu hari Maharaja pun pergilah berburu
rusa daripada pagi-pagi hari datanglah sampai pada petang i hari, seekor rusa pun
tiada diperolehnya. Maka raja tengah hendak'~ kembali dan melompat seekor kijang.
Maka dipanah oleh baginda, akan kijang itu, lalu kena terus ke belakangnya, seraya
mati. Datang: pula anak kijang itu berteriak-teriak ia mendapat akan ibunya. Maka
disandarinya ibunya itu oleh anaknya itu; dan dilihat oleh baginda akan anak kijang
itu.
Maka baginda itu pun hairanlah melihat anak kijang itu serta fikir dalam
hatinya demikian-sedangkan binatang lagi demikian melihat ibunya, jikalau manusia
berapa lagi. Setelah baginda sudah berfikir itu maka baginda pun kembali
dengandukacitanya, Jangankan membunuh binatang, menggentas daun kayu sehelai
pun tiada ku mau. Maka Maharaja itu pun kembalilah ke istananya dan ia pun
masuklah keperaduannya Ialu tidur serta berkelubung.
Arakian maka menteri hulubalang itu pun hairanlah melihat hal baginda itu.
Maka ujar segala menteri sama sendirinya, Apa juga sebabnya duli Yang Dipertuan
pada sehari ini tiada keluar, dengan masyghulnya juga kita lihat kerana tiada pernah
yang demikian ini; dan pada sehari-hari jikalau datang daripada berburu baginda
bersuka-suka dengan menteri hulubalang dan rakyat sekalian, dan pada sehari ini
sangat Yang Dipertuan masyghul kita lihat.
Setelah sudah segala menteri itu berkata-kata sama sendirinya demikian,
masing-masing kembali ke rumahnya. Maka hari pun malamlah. Setelah hari siang
maka baginda pun duduk di atas singgahsana kerajaan oleh segala menteri
hulubalang rakyat bala tenteranya sekalian.
Maka Maharaja pun memberi titah kepada segala menteri hulubalang dan
pada rakyat yang hina dina. Hai kamu sekalian hendaklah engkau apa bicarakan
hasratku hendak beranak.
Maka segala menteri itu pun berdatang sembah demikian katanya, Ya
tuanku Syah Alam, patik memohonkan ampun ke bawah duli Syah Alam, jikalau
dapat memohonkan janji ke bawah duli Syah Alam, jikalau dapat bertangguhan
barang empat puluh hari supaya patik sekalian bicarakan ya Syah Alam.
Maka titah Maharaja, Baiklah aku beri janji menantikan jikalau tiada
kamu bicarakan hasratku ini nescaya kubunuh engkau sekalian.
Maka sekalian menteri itu pun sujud serta menundukkan kepalanya ke
tanah. Maka Raja Syahian pun berangkat masuk ke dalam .. .istana dengan
dukacitanya. Maka segala menteri hulubalang sekalian 'ierta rakyat hina dina habis

lah keluar mesyuarat.


Maka berkata seorang menteri, Bagaimana bicara tuan-tuan se~ikalian
kerana yang Maha Mulia di atas batu kepala kita. Maka titahnya sudah kita ketahui.
Maka ujar segala menteri yang muda-muda, Baiklah kita menyu. ruh
memukul mongmong berkeliling negeri ini kalau-kalau ada orang yang tahu ubat
beranak atau hikmat beranak supaya kita persembahkan ke bawah duli Syah Alam
itu.
Maka kata menteri yang tua itu, Baiklah mana bicara tuan hamba itu
kalau-kalau ada orang yang tahu.
Setelah sudah bermesyuarat itu maka segala menteri itu pun pulang ke
rumahnya. Setelah pagi-pagi hari maka disuruhkan oleh orang memukul mongmong
berkeliling negeri itu.
Maka ujar orang yang memukul mongmong itu. Siapa kamu tahu akan
ubat beranak atau hikmat beranak. Demikianlah kata orang memukul mongmong
itu.
Hatta beberapa lamanya pada sehari-hari memukul mongmong itu maka
katanya. Siapa yang tahu hubanya-hubaya katakan ubat beranak atau hikmat
beranak itu supaya aku persembahkan ke bawah duli Syah Alam nescaya kamu
beroleh anugerah daripada baginda itu.
Arakian beberapa lamanya ia memukul mongmong itu sehari-hari kurang
asa empat puluh hari maka seorang pun tiada menyahut kata orang yang memukul
mongmong itu. Maka ia pun kembali kepada menteri mengatakan halnya tiada orang
yang bercakap. Adapun segala menteri-menteri itu pun berhimpunlah duduk
bermesyuarat di balai istana.
Maka titah segala menteri yang muda-muda itu, Apa bicara kita sekalian
ini kerana janjinya kita dengan Duli Syah Alam empat puluh hari, akan sekarang
kurang sehari empat puluh hari.
Maka kata Perdana Menteri yang tua dari sekelian menteri yang banyakbanyak itu demekian katanya. Ada hamba dengar cetera daripada nenek hamba
tatkala hamba lagi kanak-kanak, ayahanda hamba bercetera, pada suatu gunung Mali
Kisna namanya, dan ada seorang maharesyi pertapa pada gunung ini bernama Berma
Sakti dan baginda itu terlalu sakti.
Syahadan hamba mendengar baginda itu apabila raja itu sakit atau hendak
beranak maka pergilah orang ke sana meminta ubat kepada baginda itu nescaya
sembuhlah penyakitnya, atau beroleh kanak-kanak daripada baginda itu. Tetapi
tempatnya terlalu lah susah dan beberapa melalui hutan rimba belukar dan beberapa
bertemu dengan binatang-binatang buas-buas, lagi pun beberapa zaman lamanya
hamba dengar.
Setelah Perdana Menteri berceterakan demikian itu maka sahut tuan-tuan
itu, Siapa akan dapat pergi ke sana kerana tempatnya terlalu sukar. Adapun pada
bicara hamba daripada kita mati dalam hutan rimba itu baiklah kita mati dalam negeri
ini. Sebermula jika kita mati dibunuh; oleh baginda sekalipun apatah daya kita lagi.
Setelah sudah segala menteri-menteri yang muda-muda muafakat itu maka didengar
oleh Tnderaputera perkataan segala menteri itu, maka Inderaputera pun tersenyum.
Maka Perdana Menteri pun tunduk berdiam dirinya, syahadan dengan masyghulnya.
Maka dilihat oleh Inderaputera Perdana Menteri duduk masyghul itu maka
fikir Inderaputera di dalam hatinya, Kerana Perdana Menteri itu banyaklah kasihnya
padaku akan pekerjaan ini di atas batu kepala Perdana Menteri juga tertanggung.
Jikalau demikian baiklah nyawaku akan balasnya.
Setelah sudah fikirnya itu maka Inderaputera pun berkata pada Perdana

Menteri, Ya Tuanku Perdana Menteri janganlah tuan hamba bercinta lagi. Adapun
hambalah pergi ke sana kepada Berma Sakti itu.
Setelah didengar oleh Perdana Menteri kata Inderaputera, maka lalu
dipeluknya dan diciumnya oleh Perdana Menteri akan Inderaputera maka ujar
Perdana Menteri, Sungguhkah anakku bercakap hendak pergi kepada Berma Sakti
itu supaya ku persembahkan kepada Paduka Baginda.
Setelah didengar kata Perdana Menteri itu oleh Inderaputera maka sahut
Inderaputera, Ya tuanku Perdana Menteri sungguhlah seperti kata hamba.
Maka berkata-kata segala menteri yang muda-muda, Janganlah tuan
hamba persembahkan ke bawah Duli Syah Alam kata kanakkanak itu. Dimanakan
boleh ia sampai ke sana kerana tempat itu terlalu sukar kalau tiada sungguh kalaukalau bertambah-tambah murka Yang Dipertuan akan kita ini.
Maka kata Perdana Menteri, Jangan kamu sekalian berkata demikian itu
kalau-kalau siapa tahu mudah-mudahan ditolong oleh Tuhan Yang Mahabesar akan
anak hamba ini. Maka pada bicara hamba baiklah juga kita persembahkan ke bawah
Duli Syah Alam.
Maka sahut pula menteri yang muda-muda, Jangan didengar kata kanakkanak itu bukan kadar dirinya itu sampai akan ke sana.
Setelah sudah Perdana Menteri itu menengar demikian maka muka Perdana
Menteri pun seperti api bernyala-nyala dan segala hulubalang dan orang kaya-kaya
pun memandang pada segala menteri yang muda-muda itu serta dengan marahnya.
Maka Inderaputera pun menyerah diri kepada Tuhan Yang Mahabesar akan
menyampaikan barang sesuatu hajat hambanya. Setelah sudah mesyuarat maka
segala menteri hulubalang itu pun pulang ke rumahnya masing-masing dengan
kesusahan hatinya akan Inderaputera. Tetapi segala menteri yang muda-muda itu juga
yang sakit hati, Inderaputera takut dibunuh oleh Maharaja.
Hatta keesokan harinya maka Raja Syahian pun keluar dengan segala raja.
Maka baginda pun duduklah semayam di atas takhta kerajaannya dihadap oleh segala
raja-raja Menteri hulubalang dan sekalian rakyat hina dina.
Syahadan pedang baginda sudah terhunus. Maka titah baginda pada
Bentara, Pergilah engkau panggilkan padaku Perdana Menteri.
Maka Bentara pun menyembah seraya pergi kepada Perdana Menteri. Maka
dilihat oleh Perdana Menteri Bentara itu datang lalu diterpa Perdana Menteri.
Maka kata Bentara kepada Perdana Menteri, Tuanku dipanggilkan oleh
Yang Dipertuan serta anak tuan hamba bersama-sama.
Setelah Perdana Menteri menegar titah Baginda panggilkan iaitu, maka
Perdana Menteri dengan Inderaputera pun datang dengan bersegera mengadap pada
Baginda lalu duduk di belakang Baginda dua dengan Inderaputera.
Maka titah baginda, Hai segala menteriku, dapatkah yang seperti hasratku
itu?
Maka sembah menteri yang tua-tua dan segala menteri yang mudamuda,
Ya Tuanku Syah Alam, patik sekalian memohonkan ke bawah Duli Syah Alam
empat puluh hari telah patik suruhkan orang memalukan mongmong tiada juga yang
bercakap melainkan ampun Syah Alam juga akan patik-apa sekalian ini.
Setelah Maharaja mendengar sembah segala menteri yang tua-tua dan
segala yang muda-muda maka Raja Syahian pun murkalah akan segala menteri
hulubalang dan rakyat serta memandang kepada Perdana Menteri.
Perdana Menteri pun berdatang sembah, YaTuanku Syah Alam, adalah
patik mendengar cetera daripada nenek patik, dan nenek patik bercetera kepada ayah
patik dan ayah patik bercetera pula kepada patik. Adapun pada tatkala itu patik masih

kanak-kanak.
(ANGGIA)
Ada konon seorang maharesyi pada gununug Mali Kisna namanya. Pada
gunung itulah baginda itu diam dan terlalu sakti baginda itu. Syahadan nama baginda
itu Berma Sakti. Jikalau hendak seorang minta ubat sakit anak beranak pergilah
kepadanya minta uhat kepada baginda itu dan penjalanannya itu terlalu amat sukar ya
tuanku, dan beberapa zaman lah tclah hamba mendengar khabarnya itu, dan lagi pun
beberapa melalui gunung yang besar-besar dan banyak pula binatang yang buas-buas.
Maka bercetera kepada rakyat maka seorang pun tiada berdatang sembah seperti kata
patik itu melainkan anak patik ini juga berdatang sembah yang bernama
Inderaputera.
Maka diIihat oleh raja akan rupa Inderaputera itu terlalu elok parasnya,
berfikir di dalam hati baginda. Kanak-kanak ini raja yang besar-besar juga lakunya.
Maka raja pun memberi titah kepada Inderaputera, Hai Inderaputera
sungguhlah engkau bercakap akan dernikian ini maka pergi lah engkau dekat Berma
Sakti itu. Maka sembah Inderaputera, Ya tuanku Syah Alam jikalau dianugerahkan
oleh Tuhan Yang Maha besar kiranya dan Syah Alam pun empunya daulat dapatlah
patik bercakap pergi ke sana.
Maka titah baginda, Hai Inderaputera pergilah. kamu kepada Indera Sakti
itu, jikalau engkau beroleb ubat beranak itu nescaya kuanugerahkan barang kehendak
kamu itu. Syahadan jikalau aku
beroleh anak laki-laki akan jadi saudaramu dan
jika beroleh anak perempuan akan jadi isterimu.
Maka lnderaputerapun menyembah. Maka Raja Syahian pun memberi
anugerah Inderaputera pakaian yang indah-indah. Setelah itu sudah demikian itu
maka segala menteri yang muda-muda melihat Inderaputera itu, maka titah Baginda,
Hai segala kamu mengapa maka engkau tertawa.
Maka sembah segala menteri, Ya tuanku patik memohonkan ke bawah
Duli Syah Alam pada bicara patik-v-apa dimanakan 2 sampai kanak-kanak ini ke sana
kerana tempat itu terlalu sukar. Setelah raja mendengar kata menteri segala yang
muda-muda itu, maka Raja Syahian pun marah seraya katanya. Hai bidaah beberapa
engkau makan hasil di dalam negeri ku ini. Mengapakah engkau-apa tiada mahu
berbuat kebaktian aku, selang kanak-kanak tiada berapa hari di sini ia hendak berbuat
kebaktian kepadaku.
Hatta segala menteri-menteri yang muda-muda itu pun disuruh halaukan
oleh Baginda. Maka raja pun berangkat masuk ke istananya dan Perdana Menteri
dengan Inderaputera pun kembali ke tempatnya. Setelah ke rumahnya maka Perdana
Menteri dan Inderaputera pun makanlah bersama-sama. Setelah sudah makan maka
Perdana Menteri memberi pakaian akan Inderaputera.
Setelah sudah, maka Inderaputera pun berpeluk dan bercium dengan
Perdana Menteri dan bertangis-tangisan demikianlah katanya, Wahai sayang
anakku.
Maka Inderaputera bermohonkan ampun kepada Perdana Menteri supaya
berpertaruhkan nenek kebayan pada Perdana Menteri.
Maka Perdana Menteri pun berpesan pada Inderaputera, Hai anakku tuan,
Inderaputera, ingat-ingatlah anakku berjalan itu. Maka janganlah lupa barang
kerjarnu.
Maka ujar oleh Inderaputera, Ya tuanku Perdana Menteri bahawa sekalian
hamba Allah lupa dan tersalah juga bahagiannya, dan patik serahkan diri patik
kepada Tuhan Yang Mahakuasa akan memeliharakan hambanya
Setelah itu maka ia pun berjalan ke rumah nenek kebayan; setelah orang

melihat Inderaputera berjalan disuruhkan oleh Maharaja Syahian pergi kepada Berma
Sakti, maka segala hati orang melihat Inderaputera itu belas hatinya maka sekalian
orang itu habis semuanya mengiringkan ke rumah nenek kebayan daripada sangat
kasihnya akan Inderaputera.
Hatta maka Inderaputera pun sampailah ke rumah nenek kebayan. Maka
berkata nenek kebayan, Hai cucuku dari mana tuan hamba beroleh pakaian yang
indah-indah?
Maka sahut Inderaputera itu disuruhkan oleh Raja Syahian pergi kepada
Berma Sakti hendak minta ubat beranak.
Maka kata nenek kebayan, Wahai cucuku sahaja hendak dibunuhnya. Di
mana akan sampai ke sana kerana tempatnya itu terlalulah amat sukar.
Maka ujarnya oleh Inderaputera, Hai nenekku serahkan hamba kepada
Tuhan Yang Mahabesar.
Maka nenek kebayan pun menangis dan Inderaputera pun menangis juga
seraya bermohon dan dipeluknya dan diciumnya oleh nenek kebayan. Maka
Inderaputera pun berjalanlah menuju matahari mati. Maka ia pun masuk hutan keluar
hutan. Arakian maka hari pun malamlah maka Inderaputera pun berhenti di bawah
pohon kayu.
Syahadan beberapa memuji-muji nama Tuhan, setelah hari pun siang, maka
Inderaputera berjalanlah melalui padang masuk rimba belantara dan beberapa melalui
bukit yang besar-besar dan bertemu dengan binatang yang buas-buas.
Kalakian maka Inderaputera pun berhenti, dan berkata-kata sekalian
binatang yang liar-liar itu, Hai segala kaumku mari kita sekalian, pergi mengadap
Tnderaputera , anak, Maharaja, Bikrama Buspa dan kepada Baginda itu dapatlah kita
berlindungkan dirinya kita daripada seteru kita Hatta maka segala binatang itu pun
datang kepada Inderaputera dan sekalian pun menundukkan kepalanya itu kepada
Inderaputera. Maka ujar Inderaputera, Hai sekalian kamu binatang liar, apa kerjamu
datang kepadaku ini.
Maka kata segala binatang itu, Ya tuanku Inderaputera, kami ini sekalian
datang hendak berlindungkan diri kami daripada seteru kami itu.
Maka ujar Inderaputera, Di mana seteru kamu itu?
Maka kata segala binatang, Ya tuanku Inderaputeia di Gunung Indera Kita
itu.
Maka ujar Inderaputera, Diamlah kamu sekalian di sini. Akulah melawan
seterumu itu. Setelah sudah demikian maka segala binatang itu pun minta doa pada
Tuhan Yang Mahabesar akan Inderaputera. Maka Inderaputera pun berjalanlah pula
menuju beberapa melalui gunung yang besar-besar.
Maka Inderaputera pun berjalan pula kembali, maka bertemu dengan
Gunung Indera Kila itu. Maka ujar Inderaputera, Diamlah kamu sekalian di sini.
Maka dilihatnya di gunung itu tulang bertimbun-timbun dan fikir Inderaputera di
dalam hatinya, Gunung inilah gerangan yang dikatakan oleh segala binatang itu.
Setelah sudah ia fikir itu maka tiba-tiba didengarnya bunyi suatu suara
demikian bunyinya, Hai Inderaputera, janganlah tuan hamba naik di gunung itu.
Tiada juga didengar oleh Inderaputera suaranya yang berseru-seru di gunung itu.
Maka Inderaputera pun menengar suara itu. Maka dilihatnya oleh Inderaputcra ke
kanan dan ke kiri. Seorang pun tiada ada manusia.
Maka ujar Inderaputera, Hai tengkorak tuan hambalah yang berseru-seru
akan hamba tadi?
Maka ujar tengkorak itu, Bahkan.
Maka Inderaputera pun berkata-kata, Maka mengapa tuan hamba

10

memanggil hamba
Maka ujarnya tengkorak itu, Ampun tuanku, Hai Inderaputera, inilah
tengkorak yang takluk kepada ayah tuan hamba itu. Sebermula adapun tatkala
hamba daripada menghantar ufti kepada ayahanda tuanku itu maka hamba pun sesat
melarat lalu sampailah di gunung, beberapa hari hambanya di sini tiada minum dan
seketika maka hamba berhenti. Maka seorang raksaksa daripada atas gunung itu
merupakan dirinya seperti seorang perempuan membawa suatu pedang pada
tangannya.
Maka ia datang kepada hamba. Maka ujarnya, Hai orang muda ambil
olehmu pedang mi. Maka pada bicara patik mi manusia juga gerangannya ini. Baharu
hamba hendak ambil pedang itu, maka
diparangkannya pada hamba. Maka
hamba pun matilah, lalu di makannya hamba.
Maka kata Inderaputera, Adapun yang kasih tuan hamba itu
sebenarnyalah, tetapi Tuhan juga yang memeliharakan kita
Maka kata tengkorak itu, Mudah-mudahan dipelihara Tuhan juga tuan
hamba
Hatta maka Inderaputera pun naiklah ke atas gunung itu dan raksaksa itu
pun mencium bau manusia itu. Maka ia pun merupakan dirinya seperti rupa orang tua
dan pedang itu dipanggung3 nya kepada tangannya. Maka Inderaputera pun bertemu
dengan raksaksa itu.
Hai! katanya, Orang muda, ambil olehmu pedang pada tanganku ini.
Maka Inderaputera pun melompat seraya bertempik merampas-l kan pedang pada
tangannya raksaksa itu. Maka pedang itu pun dapat Inderaputeradengan ditolongkan
oleh Tuhan Yang Mahabesar. Maka lalu diparangkannya kepada raksaksa itu jadi
penggal dua.
Maka ia merupakan dirinya seperti orang muda serta katanya, Pandang
mukaku ini.
Maka jangankan Inderaputera memandang, menoleh pun tiada mahu. Maka
Inderaputera pun segera berjalan pula. Maka raksaksa itu pun menjadikan dirinya
seperti bukit besarnya. Maka ia pun menghempaskan. dirinya lalu mati tergulingguling ke bawah gunung itu bunyinya seperti guruh. Maka yang mana kena tubuh
raksaksa itu segala pohon kayu yang besar-besar habis roboh-roboh, maka segala
binatang di hutan itu pun habislah lari berlarian mendengar bunyinya bahana itu.
Hatta maka Inderaputera pun sampai ke atas gunung itu. Maka Inderaputera
pun masuklah ke dalam gua itu. Maka dilihat oleh Inderaputera ada suatu
perbendaharaan dan dibukanya pintu perbendaharaan itu dan dilihat oleh
Inderaputera terlalu amat indahindah. Syahadan emas dan perak dan permata dan
beberapa pakaian yang ajaib-ajaib.
Maka ia pun berjalanlah dan dilihat oleh Inderaputera satu istana berisi
daripada sakhlat ainulbanat dan baldu dewangga. Maka Inderaputera pun keluarlah
dari dalam gua lalu berjalan ke atas gunung itu seperti bekas disapu oleh orang dan
sehelai daun kayu dan rumput tiada tumbuh.
Maka Inderaputera pun memandang ke sebelah kaki gunung itu seperti laut
berombak-ombak juga rupanya. Maka ia pun turun ke sebelah kirinya gunung itu.
Maka beberapa pula dilihatnya buahbuahan itu berbagai-bagai rupanya. Maka
Inderaputera pun makanlah segala buah-buahan itu. Setelah sudah ia makan maka
hairanlah sekali Inderaputera melihat kekayaan Tuhan. Maka ia pun menuju matahari
hidup dan beberapa melalui bukit dan padang.
Syahadan di pandang itu rumputnya seperti zamrut warnanya. Maka
Inderaputera pun datanglah ke padang itu dan ada suatu bukit terlalu elok rupanya

11

dan airnya pun mengalir daripada pihak bukit itu terlalu sejuk dan di bawah bukit itu
beberapa pohon kayu berbagai-bagai rupanya, berbagai-bagai jenis warnanya.
Kalakian maka didengar oleh Inderaputera bunyinya segala bunyibunyian
itu seperti orang bernyanyi. Ada yang seperti orang bersyair dan bermadah dan
berpantun. Maka Inderaputera pun berhenti melihat kekayaan Tuhan dan bertambahtambah yang indah-indah itu. Setelah itu demikian maka Inderaputera pun
kenyanglah rasanya sebab melihat sekalian itu. Maka ia pun mengucap syukurlah
kepada Allah dan terkenanglah akan ayah bondanya.

12

BAB IV
DI NEGERI JIN ISLAM
(ANNISA)
Al-kisah peri mengatakan tatkala Inderaputera bertemu dengan anak jin
yang bernama Nobat Rom Syah dan nama ayahnya Maharaja Tahir Johan Syah, dan
peri mengatakan tatkala Inderaputera beristerikan saudara Nobat Rom Syah yang
bernama Tuan Puteri Jamjam Dewi Gemala Rakna, dan peri mengatakan tatkala
Inderaputera membunuh Tamar Jalis anak raja jin Tamar Bunga, dan peri mengatakan
tatkala Inderaputera berteguh-teguhan janji dengan Nobat Rom Syah.
Sebermula diceterakan oleh orang yang empunya cetera ini demikian
bunyinya. Adapun pada ketika itu Raja Sunam pergi kepada sisi bukit ajaib akan
memberi makan kudanya dan segala anak rajaraja jin itu masing-masing naik seorang
kudanya serta dengan panjipanjinya dan suatu busar dan tangannya pedang dan suatu
pendahan (lembing pendek atau pisau yang dilemparkan). Setelah sudah ia bermainmain maka ia memberi makan kudanya lalu ia pergi mandi pula pada air yang
mengalir di bawah bukit ajaib itu dan makan segala buah-buahan. Demikianlah
kerjanya pada sehari-hari maka anak raja jin kafir pun datang. Demikian jua yang
diceterakan oleh orang yang empunya cetera ini.
Hatta maka anak raja jin kafir datang pada Padang Darsal itu dengan segala
kaumnya. Maka dilihat oleh Inderaputera dari atas bukit ajaib kepada pihak maghrib
seperti awan hitam datang menuju Padang Darsal itu.
Maka fikir Inderaputera, Awan hendak hujankah gerangan ini? Dan
dilihat oleh Inderaputera seperti mega merah rupanya daripada pihak masyrik itu.
Maka fikir Inderaputera, Awan apakah ini, mega apakah ini datang terlalu sekali.
Syahadan maka lebu duli pun berterbanganlah ke udara terang cuaca
menjadi kelam-kabut dan diperamat-amatinya oleh Inderaputera. Maka dilihatnya
datang kuda daripada pihak maghrib itu dan segala pakaiannya itu serba hitam
bertatahkan ratna mutu maknikam.
Maka Inderaputera pun memandang pula kepada pihak masyrik dan
dilihatnya oleh Inderaputera suatu kaum orang berkuda dan pakaiannya itu serba
merah bertatahkan ratna mutu maknikam.
'Arakian rupanya terlalu indah-indah itu datangnya serta dengan soraknya
dan tempiknya, Setelah sudah sampai ke sana maka ia memberi makan kudanya
sambil berpanah-panahan Sama sendirinya dan tangkis-menangkis, seorang pun tiada
berkenaan. Maka ketika itu pun bermain kuda dan pedang dari atas kudanya
terlalulah indah sekali dilihat oleh Inderaputera ; ada seorang anak raja jin tu laksana
merak mengigal rupanya, ia bermain-main senjata di atas kudanya terlalu sekali
gagah perkasa rupanya itu.
Hatta maka Inderaputera pun hairanlah melihat kelakuan anak raja itu.
Setelah sudah bermain-main itu maka kudanya itu pun ditinggalkannya dan segala
pakaiannya. Maka diberinya makan akan kudanya itu rumput itu. Maka segala anak
rajajin itu pun pergi mandi dan makan buah-buahan.
Kalakian maka Inderaputera pun memandang ke sebelah bukit itu. Maka
dilihatnya segala kaum jin kafir itu pun bermain-main juga, dan segala anak raja jin
kafir itu pun bermain-main akan pendahandahannya di atas kudanya, tikam-menikam

13

tangkis-menangkis seorang pun tiada memberi mudarat daripada pantasnya anakanak raja-raja itu. Setelah sudah bermain-main senjata maka sekalian anak raja-raja
itu hendak memberi makan kudanya.
Maka ujar anak raja-raja jin yang bernama Tamar Jalis itu, Adapun fikir
hamba baiklah kita pergi ke sebelah bukit tempat Nobat Rom Syah memberi makan
kudanya itu.
Maka sahut menterinya, Jangan demikian tuanku kita pergi ke sana,
kerana bukan adat daripada dahulu-dahulu.
Setelah sudah demikian kata menterinya itu tiada juga didengarkannya oleh
Tamar Jalis kata menterinya itu. Maka ia pun marah serta memacukan kudanya dan
mengunus pedangnya dan menyandangkan busarnya dan menghalakan tombaknya.
Setelah dilihat oleh segala kaumnya Tamar Jalis itu memacu kudanya ke sebelah
bukit itu, maka sekalian kaumnya pun mengusirlah Tamar Jalis itu. Maka dilihat oleh
Nobat Rom Syah lebu duli berbangkit ke udara sebelah bukit itu.
Maka ujar Nobat Rom Syah, Hai segala kaumku, apa sebab lebu duli
berbangkit ke udara itu dari sebelah bukit dan pergilah kamu periksa ke atas bukit
itu.
Maka seorang bentara Nobat Rom Syah pun naiklah ke atas kudanya lalu
dipacunya ke kaki bukit itu serta sampai maka ia pun turun dari atas kudanya lalu
naik ke atas bukit itu dan dilihatnya oleh bentaranya yang datang itu Tamar Jalis
dengan segala rakyat serta dengan alat senjatanya.
Maka bentara itu pun segera kembali kepada Nobat Rom Syah seraya
menyembah, Tuanku, Tamar Jalis yang datang itu dengan segala kaumnya dan
rakyat.
Seketika berkata maka Tamar Jalis pun datanglah dengan segala kaumnya
dan bertemu dengan Nobat Rom Shah.
Maka kata Nobat Rom Syah, Hai Tamar Jalis, ke mana engkau datang
dengan segera ini?
Maka sahut Tamar Jalis, Aku hendak memberi makan kudaku pula pada
tempat ini.
Setelah didengar oleh Nobat Rom Syah maka kata Nobat Rom Shah,
Tiada patut demikian. Perintah ini daripada nabi kita dahulu pada tempatnya juga
ada dengan masing-masing.
Maka Tamar Jalis pun berkata, Tiada demikian, kerana sekalian bumi
Allah juga yang empunya.
Maka kata Nobat Rom Syah, Sungguhpun bumi Allah, tetapi masingmasing dengan bahagian yang empunya dia seorang hambanya.
Maka kata Tamar Jalis, Janganlah kamu banyak kata, sahaja beta hendak
memberinya makan kudanya beta pada tempat ini.
Setelah itu Nobat Rom Syah mendengar kata demikian itu dan ia pun
marahlah seperti harimau akan menerkam rupanya serta ia berkata, Hai kafir
laanatullah mengapa maka engkau kata demikian? Dan Tamar Jalis pun marah
seperti ular berbelit-belit lakunya.
Setelah sudah ia menengar kata Nobat Rom Syah, Tamar Jalis pun segera
menangkis kan dengan camti kudanya. Setelah itu maka lalu ditikam oleh Nobat
Syah akan Tamar Jalis seraya Nobat Syah menggertakkan kudanya serta berkatakata, Hai Tamar Jalis, ingat engkau. Maka diparangnya kena Tamar Jalis. Maka ia
pun segera melompat ke udara lalu ghaib seketika. Maka Tamar Jalis pun kena
tubuhnya berasap keluar api bernyala-nyala. Maka Tamar Jalis pun segera turun
daripada atas kudanya lalu memarang kepada Nobat Rom Syah. Setelah dilihat oleh

14

Nobat Rom Syah Tamar Jalis memarang akan dia itu, maka Nobat Rom Syah segera
menangkis pedang Tamar Jalis dan kena kudanya Tamar Jalis penggal dua. Maka
Nobat Rom Syah pun berdiri di tanah.
Hatta maka kedua anak raja itu sama sakti. Maka Tamar Jalis pun ghaib ke
udara dan dipanah Nobat Rom Syah. Maka tubuh Tamar Jalis pun keluarlah asap
berasap-asap dan berapi bernyalanyala. Maka Tamar Jalis pun marah serta ia turun
lalu memarang Nobat Rom Syah dengan pedangnya. Maka kena tubuh Nobat Rom
Syah, keluarlah asap pula menjadi kelam-kabut daripada saktinya tiadalah lut.
Kalakian maka Inderaputera pun hairan meliha anak raja kedua itu
berperang tiada beralah-alahan terlalu ramai sekali. Kemudian maka Nobat Rom
Syah pun ghaib pula ke udara. Maka dipanah oleh Tamar Jalis kena tubuh Nobat
Rom Syah, keluar api bernyalanyala, memancar-mancar ke udara cemerlang seperti
kilat sabungmenyabung. Tetapi raja kedua itu sama saktinya, ia berperang itu laksana
rajawali keduanya anak raja itu gagah perkasa dan bijaksana terlalu indah-indah
dilihat oleh Inderaputera lakunya anak raja itu.
Maka dilihat Inderaputera kedua kaum itu berdahulu-dahuluan terlalu ramai
bunyi sorai kedua pihak berperang itu, berpanah-panahan dan bertikam-tikaman
pedang dan berpanahan. Maka jadilah gegak gempita terlalu azmat bunyinya parangmemarang tikam-menikam tengkis-menengkis panah-memanah menjadi gelap gelita
bunyi gertak kudanya. Maka duli pun berbangkit ke udara dan bunyi tempik soraknya
mereka itu seperti guruh di langit. Ada yang mati, ada yang pecah kepalanya, tetapi
banyak juga yang luka daripada yang mati daripada kaum Tamar Jalis itu.
Arakian maka masing-masing terjun di atas kudanya itu bertikam.tikaman
dan berpegang-pegangan dan bertangkap-tangkapan terlalu c rama! sekali perang itu
kerana jin kafir dari dalam rongga batu dan jin Islam yang di dalam rongga kayu
sekalian habis kena tubuhnya serta memancar-mancar api nya bernyala-nyala. Maka
Tamar Jalis pun ghaib ke udara seribu kesaktian dirasanya daripada sangat darab
perang, Inderaputera itu ia datang menolong Nobat Rom Syah.
Maka kata Nobat Rom Syah, Hai Inderaputera ingat-ingat tuan hamba,
maka Tamar Jalis melompat ke udara itu.
Syahadan maka ia pun mengisarkan pedangnya maka Nobat Rom Syah
memanah tubuhnya Tamar Jalis. Maka keluarlah api memancar-mancar dan Tamar
Jalis pun gugur ke bumi serta ia pun datang menikam Inderaputera. Maka ia pun
segera memarang dengan pendahannya. Itu pun patah penggal tiga dan Tamar Jalis
pun marah serta memanah akan Inderaputera. Maka Inderaputera pun menangkis
dengan hulu pedangnya. Maka pedang Tamar Jalis pun patah dan Tamar Jalis pun
marah yang amat sangat serta memarang juga. Maka Inderaputera pun memarang
juga. Maka di parang oleh Inderaputera itu pun patah pedang.
Maka di lihat oleh Nobat Rom Syah laku Inderaputera itu terlalu amat
pantas. Maka Nobat Rom Syah pun hairan melihat hal Inderaputera berperang itu
sangat gagah perkasa. Maka Tamar Jalis pun ghaib ke udara seketika. Maka dipanah
oleh Nobat Rom Syah kena tubuh Tamar Jalis serta keluarnya api.
Maka keluar pula seperti awan hitam rupanya. Maka Tamar Jalis pun
tahulah akan dirinya mati. Maka keluar pula satu cahaya dari kepalanya. Kata
Inderaputera, Hai Tamar Jalis ingat engkau.
Maka kata Tamar Jalis, Hai Inderaputera, tetakkanlah aku sekali lagi
olehmu.
Maka sahut Inderaputera, Hai kafir, tiada adat memarang jin itu dua kali,
melainkan dengan sekali tetak juga.
Maka Tamar Jalis pun penggal dua lalu mati. Maka Nobat Rom Syah pun

15

datang memeluk mencium Inderaputera.


(AUZORA)
Maka ujar Nobat Rom Syah, Hai saudaraku Inderaputera, bahawa dunia sampai
akhirat, tuan hamba jadi saudaralah kepada hamba kerana tuan hamba menolong
hamba menghapuskan kemaluan hamba kerana tiada adat daripada dahulu kala
daripada nenek moyang hamba, jin kafir ke mari pada tempat hamba memberi makan
kudanya, sebab inilah akan hamba maka jadi hamba berperang dengan Tamar Jalis
itu. Maka sekarang saudara hamba yang menghapuskan malu hamba itu.
Maka ujar Inderaputera, Pujian itu hanya Tuhan sarwa sekalian alam juga,
dan hamba ini sehingga jadi sebab juga.
Maka ujar Nobat Rom Syah, Hai saudaraku marilah tuan hamba bermain
ke negeri hamba.
Maka kata Inderaputera, Baiklah.
Maka Nobat Rom Syah pun membawa Inderaputera ke negerinya lalu
masuk ke dalam kota. Maka dibawanya berjalan lalu ke istananya. Maka segala
orang dalam negeri itu semuanya hairan melihat rupanya Inderaputera dan sikapnya
terlalu baik. Setelah Nobat Rom Syah sampai ke balairung duduk di atas kerusi yang
keemasan bertatahkan ratna mutu maknikam.
Maka Inderaputera dan Nobat Rom Syah pun menyembah pada Raja Tahir
Johan Syah. Maka titah baginda, Hai anakku Nobat Rom Syah, siapa yang anakku
bawa sama-sama itu 7
Maka sembah Nobat Rom Syah, Ya tuanku, inilah membunuh Tamar Jalis.
Inderaputera namanya, anak Maharaja Bikrama Buspa.
Maka diceterakan oleh Nobat Rom Syah segala perihal ahwalnya semuanya
dikatakannya kepada ayahanda baginda itu. Setelah didengar oleh baginda kata
anakanda baginda Nobat Rom Syah itu maka baginda pun hairan. Maka Raja Tahir
Johan Syah pun berbangkit memeluk mencium Inderaputera.
Maka hidangan nasi pun diangkat oranglah. Maka Raja Tahir Johan Syah
pun santaplah. Maka Nobat Rom Syah pun santap dua orang sehidangan. Maka
segala menteri dan hulubalang bentara sekalian pun makanlah pada hidangannya.
Setelah sudah makan maka minuman pula diangkat orang. Maka piala yang
bertatahkan ratna mutu maknikam itu pun diperedarkan oranglah. Setelah bunga
selasih mabuknya maka biduan yang baik suaranya itu pun bernyanyilah berbagai
lagu, masing-masing melakukan kesukaannya. Setelah hari malam maka Raja Tahir
Johan Syah pun berangkat masuk ke istana. Maka Nobat Rom Syah pun membawa
Inderaputera masuk ke istana beradu. Maka segala menteri dan hulubalang bentara
sekalian masing-masing kembali ke rumahnya.
Syahadan maka Inderaputera pun berceterakan halnya kepada Nobat Rom
Syah tatkala ia diterbangkan oleh merak emas dan perinya disuruhkan oleh Raja
Syahian kepada Berma Sakti semuanya diceterakan oleh Inderaputera. Maka Nobat
Rom Syah pun hairan mendengarkan dia. Setelah hari siang maka Inderaputera dan
Nobat Rom Syah pun pergi mengadap Raja Tahir Johan Syah.
Maka dipandang Raja Tahir Johan Syah barang kelakuan Inderaputera itu
terlalu baik. Maka baginda pun sangat kasih akan Inderaputera dan Inderaputera pun
sangat berhambakan dirinya kepada Raja Tahir Johan Syah. Demikianlah sediakala
kelakuan Inderaputera selama duduk dalam negeri itu.
Sebermula maka diceterakan oleh orang yang empunya cetera; setelah
beberapa lamanya Inderaputera duduk sama Nobat Rom Syah, sekali persetua maka
Nobat Rom Syah pun datang kepada ayahanda bonda baginda]. Maka sembah Nobat
Rom Syah, Ya ayah ku, patik lihat Inderaputera itu terlalulah baik pekertinya dan

16

lakunya serta ia kasih akan patik. Maka lihat pula ia berbuat akan khidmat ke bawah
duli Syah Alam. Jikalau dapat baik juga ayah ku bicarakan. Lagipun sembah patik ia
anak raja besar juga.
Setelah didengar oleh ayah bondanya akan sembah Nobat Rom Syah itu
maka ayahanda bondanya pun tahulah akan sembah anakanda baginda itu. Setelah
sudah berbicara maka Raja Tahir Johan Syah pun menyuruh memulai pekerjaan
berjaga-jaga pada hari yang baik empat puluh hari dan empat puluh malam. Setelah
sudah maka disuruh orang oleh baginda berjaga-jaga akan menghiasi Indera. putera
pula. Maka Inderaputera pun dikahwinkan oranglah dengan Puteri Jamjam Dewi
Gemala Ratna) Maka antara keduanya itu pun terlalu elok parasnya dan lemahlembut barang lakunya laksana bulan empat belas hari rupanya makin dipandang
makin bercahaya gilang-gemilang tiadalah bandingnya.
Syahadan Inderaputera pun demikian juga rupanya. Setelah sudah beberapa
hari ia kahwin itu maka Jnderaputera pun terlalulah kasih akan isterinya dan
beberapa lamanya ia duduk dalam negeri Raja Tahir Johan Syah katanya, Ya tuanku
Syah Alam patik memohon akan ampun ke bawah duli Syah Alam. Adapun anakanda
itu petaruh patik ke bawah duli Syah Alam kerana patik hendak pergi mendapat akan
kepada Berma Sakti.
Maka ujar baginda, Hai anakku Inderaputera, pada bicaraku baiklah juga
anakku duduk di sini barang setahun dua lagi supaya puas rasanya hatiku.
Maka sembah Inderaputera, Ya tuanku Syah Alam sampailah kasih tuanku
akan patik. Adapun patik ini disuruh oleh Raja Syahian kepada Berma Sakti itu
belum lagi sampai. Jikalau ada hayat patik datang juga mengadap duli Syah Alam.
Setelah sudah ia bermohon maka Jnderaputera pun pulanglah ke istananya.
Maka ujar Inderaputera akan isterinya Tuan Puteri Jamjam Dewi Ratna, Tinggallah
tuan dahulu kakanda hendak pergi kepada Berma Sakti.
Maka demi tuan puteri mendengar kata suaminya itu maka ia pun
menangis. Maka Inderaputera pun tersenyum seraya berpantun demikian, bunyinya!
Gajah putih dalam kota, Dang Kemayat lalu berlembu, janganlah puteri sedih kan
beta, adalah hayat kita bertemu.
Maka tuan puteri pun menangis juga dan Inderaputera pun mencium akan
isterinya. Maka dipujukkannya dengan perkataan dengan lemah-lembut serta
berpantun yang memberi akan rawan hati tuan puteri dengan berseloka. Maka tuan
puteri pun tertidurlah. Maka dilihat oleh Inderaputera akan isterinya sudah lena itu
maka Lalu diangkat kepalanya ditaruhkannya kepada bantal seraga. Maka Nobat
Rom Syah pun datang mendahului mendapatkan Inderaputera. Maka Inderaputera
pun bermohon kepada Nobat Rom Syah. Maka keduanya anak raja itu pun keluarlah
berjalan.
Maka Inderaputera pun berjalanlah. Setelah sampai keluar kota maka
Inderaputera pun dengan Nobat Rom Syah pun berpeluk dan bercium-ciumkan serta
bertangis. Maka kata Nobat Rom Syah kepada Inderaputera, Hai saudaraku, jikalau
ada barang-barang sesuatu yang sukar kepada saudaraku citalah nama hamba supaya
segera hamba datang.
Setelah sudah berpesan maka Inderaputera pun bermohon kepada Nobat
Rom Syah. Maka Inderaputera pun berjalan menuju matahari mati berjalan masuk
hutan rimba belantara dan masuk padang terbit pada beberapa melalui gunung dan
bukit yang besar-besar dan beberapa ia bertemu dengan binatang yang buas-buas dan
beberapa melihat yang berbagai-bagai warna rupanya.

17

18

BAB V
DUA GELIGA HIKMAT
(BAMBANG)
Al-kisah peri mengatakan tatkala Inderaputera beroleh hikmat, dan peri
mengatakan tatkala Inderaputera melihat kesaktian Raja Dewa Lela Mengerna.
Hatta diceterakan oleh orang yang empunya (cetera) ini tatkala
Inderaputera berjalan itu maka ia pun bertemulah dengan tasik Semendera Jin
namaya. Maka dilihat oleh Inderaputera dari jauh ada suatu tasik membesar seperti
laut rupanya. Maka fikir Inderaputera, Laut apakah lni gerangannya?
Maka lalu dihampirinya akan tasik itu. Maka dilihat olehnya Inderaputera
pasirnya itu daripada emas urai dan batunya itu daripada permata yang indah-indah.
Syahadan gerseknya daripada mantika dan rumput daripada kuma-kuma dan airnya
seperti bau kasturi dan tepi tasik itu beberapa pohon anggur dan pohon zabib dan
pohon delima dan buah-buahan yang indah-indah di tepi sungai itu.
Maka Inderaputera melihat berbagai-bagai temasya. Maka Inderaputera pun
berjalan di tepi tasik itu dan berbunyi suatu suara itu demikianlah bunyinya, Hai
Inderaputera, ingat-ingat tuan hamba. Maka didengar oleh Inderaputera bunyi suara
itu. Maka dilihat ke kiri dan ke kanan, seorang pun tiada manusia dilihatnya, maka ia
pun berjalan juga pada tasik itu maka dilihatnya oleh Inderaputera sepohon kayu.
Maka lalu diusir. Maka sampailah Inderaputera ke bawah pohon kayu itu. Maka
dilihat oleh Jnderaputera itu mayat banyak terhantar di bawah pohon kayu itu.
Maka berkatalah Inderaputera, Hai mayat, tuan hambakah yang berseruseru kan hamba ini.
Maka sahut mayat itu, Bahkan. Adapun sebab hamba berserukan tuan
hamba itu oleh seorang raksaksa di sini. Maka apabila ia keluar maka ombaklah tasik
ini dan ia datang ke sisi hamba. Maka ditindih kepalanya hamba. Maka hamba pun
tidurlah, antara tidur dengan jaga. Setelah itu maka tiadalah sedarkan diri. Maka
tiadalah boleh bangun lagi, sebab itulah hamba memberitahu kepada tuanku.
Maka kata Inderaputera pada mayat itu, Serahkanlah nyawamu itu kepada
Tuhan Yang Mahakuasa.
Hatta seketika lagi maka keluarlah geri daripada tasik itu. Maka berombakombaklah airnya itu. Maka dilihat oleh Inderaputera peri itu datang kepadanya. Maka
ia pun tidurlah. Maka peri itu pun datanglah menghampiri akan Inderaputera. Maka
Inderaputera pun ingat. Maka baharu hendak ditindihnya itu, maka Inderaputera pun
melompat seraya menangkap akan rambut peri itu.
Maka berkata Inderaputera, Sekarang ini matilah engkau hai celaka.
Maka peri itu pun berkata, Hai orang muda lepaskanlah rambutku ini apa
kehendakmu aku berikan kepadamu.
Maka kata Inderaputera, Sungguhkah engkau hendak memberi barang
kehendakku ini?
Maka sahut peri itu, Sungguhlah hamba beri.
Maka kata Inderaputera, Apa yang engkau hendak berikan kepadaku ini?
Maka berkatalah peri itu, Ada suatu Geliga Mayan Bedi namanya. Jika
tuanku mau kuberikan. Adapun gunanya jikalau hendak mengeluarkan angin dan
ombak atau kilat atau petir halalintar citalah namaku dan tambangkan (pemujaan atau
penyembahan) geliga itu nescaya barang kehendak tuan jadilah. Maka Inderaputera
pun melepaskanlah rambutnya peri itu.
Maka ujar peri itu kepada Inderaputera, Hai orang muda, daripada hari
inilah tuanku menjadi cucuku.

19

Setelah diberinya yang demikian itu kepada Inderaputera maka


Inderaputera pun terlalulah sukacita.
Maka peri itu pun bertanya, Hai cucuku, siapa namanya tuan ini disebut
oleh orang dan siapa ayah bondanya tuan ini dan bangsa mana tuan ini, dan apa
kehendak tuan datang ke mari ini?
Maka sahut oleh Inderaputera, Hai nenekku, adapun namaku Inderaputera
dan nama ayah ku Maharaja Bikrama Buspa dan nama bondanya aku Puteri Jamjam
Ratna Dewi.
Demikianlah diceterakanlah oleh Inderaputera segala hal-ahwalnya kepada
peri itu. Maka peri itu pun terlalulah sekali kasihnya ak-an Inderaputera.
Maka ujar peri itu, Wahai cucuku hendak ke mana tuan sekarang?
Maka sahut oleh Inderaputera, Hamba hendak pergi kepada Berma Sakti.
Maka jawabnya peri itu, Wahai cucuku, di manakah boleh cucuku akan
sampai ke sana kerana tempat Berma Sakti itu terlalu musykil.
Maka sahut oleh Inderaputera, Boleh juga sampai ke sana jikalau ada
dengan kurnia Tuhan Yang Mahakuasa akan menyampaikan hambanya.
Maka bertanya Inderaputera, Hai nenekku tempat siapa ini? Maka kata
peri itu, Hai cucuku, inilah tempat anak raja peri datang bermain-main dan seorang
puteri terlalulah elok rupanya, dan namanya itu Tuan Puteri Seri Ratna Gemala
Nehran dan nama ayahnya itu Maharaja Syah Tokan, dan beberapa tamannya yang
indah-indah an beberapa jambangan yang indah-indah dan beberapa jambangan
daripada emas dan perak dan tembaga suasa, dan beberapa kolam yang beri kat emas
yang bertatahkan ratna pudi maknikam yang merah.
Adapun Tuan Puteri Seri Ratna Gemala Nehran itu ada pengasuhnya
bidadari tujuh orang dan tujuh lapis pagar jala-jala dan ekor binatang yang
menunggui dia itu. Demikianlah peri ayahnya memeliharakan anakanda baginda itu.
Syahadan sejumaat sekali ia datang mandi ke tasik ini memungut bunga-bungaan dan
memetik segala buah-buahan. Sebermula nenekkulah yang menunggu akan tasik ini.
Maka kata Inderaputera, Wahai nenekku bagaimana kiranya cucu hendak
melihat akan tuan puteri itu?
Maka ujar peri itu, Jika cucuku lihat tuan puteri itu apa kehendak cucuku
kerana tuan puteri itu sudah bertunangan, sama anak raja peri juga dan namanya Raja
Mengerna Lela Dewa.
Maka oleh Inderaputera, Hai nenekku sehingga melihat upanya' puteri itu
juga.
Maka peri itu pun tersenyum menengar kata Inderaputera itu n ujar oleh
peri itu, Hai cucuku ada sesuatu kepada tuan puteri itu.
Maka ujar Inderaputera, Hikmat apa kepada tuan puteri itu?
Maka sahut peri, Hai cucuku jikalau ia hendak mengeluarkan sebuah
negeri maka keluarlah dengan rakyatnya serta alat senjata dan beribu-ribu peri dan
dewa-dewa. Demikianlah kebesarannya hikmat itu seperti gemala rupanya dan di
taruh nya di atas kemuncak mahligainya itu.
Maka Inderaputera pun hairan mendengar kata peri itu. Maka ujarnya
Inderaputera, Hai nenekku bagaimana gerangan tipu daya hamba akan dapat melihat
tuan puteri itu.
Maka sahut peri itu, Wahai cucuku jikalau cucuku hendak juga bertemu
kepada Tuan Puteri Seri Gemala Ratna Nehran itu, pada tatkala ia mandi pada tasik
ini dan cucuku duduk bersembunyi jangan kelihatan olehnya dan tatkala ia mandi itu
maka ia menanggalkan bajunya, ditaruhnya ke bumi itu. Maka segera Iah cucuku
ambil bajunya itu sembunyikan baik-baik. Jika dipintanyajanganlah diberikan dan

20

tatkala itulah berjanjilah dengan dia.


Maka kata Inderaputera, Hai nenekku berapa hari lagi tuan puteri itu
datang ia ke mari.
Maka sahut oleh peri itu, Tiga hari lagi ia datang ke tasik ini mandi.
Setelah sudah ia berkata-kata demikian maka ujar peri itu, Hai cucuku
marilah cucuku ke rumahnya nenek.
Maka sahut Inderaputera, Baiklah nenek.
Maka Inderaputera pun dibawa oleh peri masuk di dalam tasik Semendera
Jin itu. Maka Inderaputera pun berjalan. Maka ia pun hairan melihat indah-indah
rupanya tasik itu. Maka Inderaputera pun sampailah kepada kota batu hitam dan
pintunya itu daripada emas sepuluh mutu bertatahkan ratna mutu maknikam
berbagaibagai rupanya. Maka Inderaputera pun masuklah ke dalam kota itu. Maka
dilihatnya dalam kota itu beberapa taman dan beberapa pula bunga berbagai-bagai
rupanya. Maka Inderaputera pun masuklah ke dalam kota itu. Maka dilihatnya di
dalam itu beberapa taman dan beberapa kolam, ada yang berikatkan tembaga suasa.
Syahadan beberapa pula bunga berbagai-bagai rupanya dan terlalu Iah harum baunya.
Maka Inderaputera pun hairanlah melihat kota itu. Arakian maka Inderaputera pun
sampailah ke rumah peri itu. Maka dilihat oleh Inderaputera akan rumah peri itu
daripada gading yang bersendi-sendi dengan emas. Maka Inderaputera pun duduklah
di rumahnya itu,
Hatta, kalakian datanglah kepada cetera Tuan Puteri Seri Ratna Gemala
Nehran duduk semayam dihadap oleh segala bidadari dan dayang-dayang. Maka tuan
puteri pun bersenda-senda dan bergurau-gurau dengan segala bidadari itu.
Maka berdatang sembah bidadari, Ya tuanku Tuan Puteri, pada hari ini
patik lihat muka tuan puteri pun pucat tiada berseri-seri. Apakah gerangan sebabnya
itu patik lihat seperti bunga delima kena panas.
Maka Tuan Puteri Seri Ratna Gemala Nehran pun tersenyum mendengar
sembah bidadari itu. Maka ujarnya, Tuan puteri kita telah bermain-main semalam
tadi dengan biti-biti itu. Maka kita tidur lalu bermimpi hampir dinihari juga rasanya.
Maka datang se-ekor naga maka. dipagutnya pinggangku tiada lekat pada tubuhku
rasanya dan aku lihat rupa naga itu terlalu indah sekali. Seketika kita berselimut bau
bunga rasanya) dan bau bunga itu pun datang sekarang kepada hidungnya kita
rasanya. Kita cium baunya itu tidak berkeputusan adanya. Hatta maka naga itu pun
melancar ke atas kemuncak mahligai ini. Maka ditelannya gemala yang di atas kemuncak mahligai in) Sebab itulah mukaku pucat ini.
Dan segala bidadari itu pun berdatang sembah seraya tertawa, Segera
rupanya tuan Puteri ini akan kahwin dengan paduka kakanda itu Raja Lela Mengerna
Dewa itu.
Tuan Puteri pun tersenyum tunduk malu rupanya dan segala bidadari itu
pun tertawa seraya ia berpantun demikian bunyinya: Burung bayan terbangnya
tinggi, Terbang melayang berpangkat-pangkat, . Jikalau malam termimpi-mimpi, Jika
siang terlihat-lihat.
Dan setelah tuan puteri mendengar pantun itu adalah muka tuan puteri itu
antara masam dengan tiada berseri. Maka tuan puteri pun berkata kepada inangdanya,
Hai inangda bilamana kita akan pergi mandi ke tasik Semendera Jin itu?
Maka sembah inangdanya, Ya tuanku tuan puteri, esoklah kita akan pergi
mandi.
Arakian maka bidadari itu pun pergilah berbuat bedak dan setengah buat
langirdan setengah berbuat lulut, itu pun berbagai-bagai warnanya. Setelah sudah
lengkap segala perbuatan itu masingmasing dengan kepandaiannya. Adapun

21

sekaliannya itu di taruh pada sebiji ratna mutu maknikam dan segala perbuatan yang
lain itu ditaruhnya kepada segala batil tembaga suasa dan biti perwira itu membawa
pelbagai warnanya nikmat dan beberapa warnanya. Maka Tuan Puteri Seri Ratna
Gemala Nehran pun mengeluarkan segalabuah-buahan itu ditaruh oleh tuan puteri
kepada batil emas bertatahkan ratna mutu maknikam. Maka tuan puteri pun
mengeluarkan pula sisir emas di tatahkan dengan permata pelbagai bentuk yang
indah-indah, maka ditaruhnya pada serahi kaca. Setelah lengkaplah sekalian itu maka
ditaruhnya tabak suasa.
(DEYANE)
Setelah malam bulan itu pun belum lagi terang dan bintang pun I belum
padam cahayanya dan segala mergastua pun belum lagi mencari mangsanya
makaff'uan Puteri Seri Ratna Gemala Nehran mengenakan baju anta kesuma dan
memakai pakaian yang indah-indah) Maka tabak itu pun dibubuhnya hikmat oleh
tuan puteri. Maka tuan puteri dengan bidadari yang tujuh orang itu pun melayanglah.
Maka tabak itu pun mengikut Tuan Puteri Seri Ratna Gemala Nehran itu seperti anak
panah keluar daripada busurnya dan rupanya itu terlalu amat tingkas ia melayang.
Hatta, kalakian maka tersebutlah perkataannya Inderaputera tatkala duduk
di rumah peri itu, maka ujarnya Inderaputera kepada peri itu, Hai nenekku esoklah
genaplah tiga hari hamba duduk di sini.
Dan berkata peri itu, Hai cucuku pergilah cucu pada tengah malam ini
duduk pada tepi tasik itu dan cucuku duduk bersembunyi baik-baik jangan kelihatan
kepadanya. Syahadan barang siapa menanggalkan bajunya dahulu itu maka
ditaruhnya pada sajian perak itu, dan yang berlangir dahulu itulah tuan puteri, dan
barang tipu daya pun cucuku ambil juga bajunya itu
Setelah sudah peri itu berpesan kepada Inderaputera maka Inderaputera pun
pergilah kepada tasik itu seraya ia menambangkan geliga Mayan Bedi. Maka
dicitanya nama peri itu. Maka ia pun datang ke tepi tasik itu lalu dikoreknya lubang
kadar sehingga dapat ia berlindungkan diri juga. Maka diambilnya daun kayu yang
kering itu ditudungkannya. Setelah sudah diperbuatkan maka lalu ia masuk ke dalam
lubang itu dan ditudunginya dirinya itu dengan daun kayu yang kering itu.
Hatta maka hari pun fajarlah dan tuan puteri pun datanglah ke tepi tasik itu
ketujuhnya sekali seraya ia melayang itu, maka dilihatnya oleh Inderaputera dan ia
pun dahsyat seketika dan tuan puteri dengan bidadari itu pun terurailah di tepi kolam
itu. Maka tabak itu pun terletaklah di tepi kolam itu dan sekalian bidadari itu pun menanggalkan bajunya itu. Kemudian tuan puteri pula menanggalkan bajunya anta
kesuma itu.
Arakian Inderaputera melihat rupa tuan puteri terlalu amat elok gilanggemilang kilau-kilauan tiada dapat dipandang nyata akan tuan puteri itu. Maka
Inderaputera pun hairanlah melihat rupa tuan puteri itu. Maka fikir Inderaputera,
Sungguhlah seperti perkataan nenekku itu. Tiadalah bersalahan lagi seperti
khabarannya itu.
Maka Inderaputera itu pun berjalanlah hendak membuka tabak yang berisi
langir dan bedak itu. Maka bidadari itu pun lalu terserandang kakinya dan tersebutlah
nama Inderaputera.
Maka sahut juan puteri, Gilakah diri ini menyebut nama yang tiada
diketahui.
Maka bidadari itu pun berkata seraya tertawa, Jahat sekali mulut yang
durjana ini.
Setelah itu maka Inderaputera melihat laku yang demikian itu. Maka tuan

22

puteri pun membukakan pakaiannya lalu bergosokgosokkan bedak dan langir. Maka
segala bidadari pun bergosokan juga seraya turun berenang mandi bersembursemburan. Hatta maka segala kelakuan puteri itu pun habislah dilihat oleh
Inderaputera dan bidadari pun selam-menyelam ketujuhnya itu sambil berpantun dan
berseloka. Maka Inderaputera pun hairanlah melihat laku tuan puteri dan mendengar
suara tuan puteri itu pun terlalu amat merdu.
Maka Inderaputera pun berbangkit perlahan-lahan mengambil bajunya tuan
puteri yang bernama Anta Kesuma dan segala baju bidadari itu. Setelah sudah
diambilnya baju itu maka segeralah ditaruh oleh Inderaputera ke dalam lubang itu
yang diperbuat itu. Setelah sudah lalu dikambus dengan tanah seperti sediakala
rupanya. Maka ia pun berlindungkan dirinya di balik pohon kayu tiada kelihatan oleh
segala bidadari.
Arakian maka Inderaputera pun segera turun ke dalam tasik itu dan citanya
kepada tuan puteri pun tempat mandi. Maka ia pun turunlah mandi. Maka dicubitnya
pinggang tuan puteri itu. Maka lalu terkejutlah tuan puteri seraya ia berbangkit
daripada mandi itu lalu datang ke tepi tasik itu. Maka rambutnya Tuan Puteri Seri
Ratna Gemala Nehran pun terhamparlah ke tanah seperti mayang di atas talam
rupanya.
Maka ujar man puteri itu kepada bidadari seraya memegang kainnya itu
katanya, Kita dipagut oleh ular gerangannya tadi rasanya.
Maka sekalian bidadari itu pun habis berbangkit daripada pasir
m'andiannya itu datang mendapatkan tuan puteri dengan segeranya itu. Maka ada
yang memangku tuan puteri dan ada yang meriba tuan puteri. Hatta maka
Inderaputera pun keluarlah daripada dalam tasik itu lalu berjalan di bawah pohon
kayu itu sambil memakan buah-buahan dan menghamburkan bunga-bunga. Maka
terlihatlah oleh segala bidadari itu akan Inderaputera.
Maka berkata segala bidadari, Ya tuan puteri segeralah tuan memakai dan
bangkit, kerana manusia gerangan yang datang itu.
Maka tuan puteri dan segala bidadari itu pun segeralah bangkit lari dengan
tiada berketahuan lakunya hendak pergi mengambil baju masing-masing. Maka
mencari akan bajunya sudah tiadalah lagi bertemu. Maka tuan puteri pun kemalumaluan sebab melihat Inderaputera itu. Maka tuan puteri bersembunyi di balik pohon
khorma dan bidadari pun mencari bajunya juga berulang-ulang tiada bertemu. Maka
Inderaputera pun berjalanlah hampir kepada bidadari itu.
Maka ujar Inderaputera, Apatah dicarinya oleh dayang berulangulang
ini ?
Maka segala bidadari itu pun tersenyum sama sendirinya. Maka bertanya
pulak Inderaputera, Apakah dicari oleh adinda berulangulang ini ? Maka segala
bidadari itu pun tersenyum sama sendirinya. Maka Inderaputera pun berpantun,
demikian bunyinya:
Apakah dicari bayan terbang,
Rajawali menyambar dia,
Apakah dicari dayang berulang-ulang.
Orang bestari mendapat dia.
Maka bidadari itu pun tertawa seraya memandang kepada Inderaputera dan
dilihat oleh segala bidadari maka ia pun tertawa seraya memandang kepada
Inderaputera dan dilihat oleh Inderaputera segala rupanya itu amat indah dan terlalu
elok parasnya dan lakunya terlalu amat manis seperti laut madu laksana. Syahadan
terlalu sikap jejaknya itu. Maka segala bidadari itu pun mendapat Tuan Puteri Seri
Ratna Gemala Nehran.

23

Maka kata tuan puteri, Sudahkah dapat baju kita itu ?


Maka sahut bidadari, Ya tuanku tuan puteri, tiada dapat baju itu.
Maka ujarnya tuan puteri, Jikalau tiada dapat mengapa diri tersenyumsenyum.
Maka kata bidadari, Ya tuan puteri malu sekali hamba melihat rupa orang
muda itu terlalu elok parasnya dan sikapnya. Maka ia bertanya kepada hamba seraya
berpantun demikian bunyinya:
Apakah dicari bayan terbang,
Rajawali menyambar dia,
Apakah dicari dayang berulang-ulang,
Muda bestari mendapat dia.
Maka kata bidadari itu sambil tertawa. Maka demi tuan puteri mendengar
bunyinya pantun Inderaputera itu demikian bunyinya itu, maka tuan puteri itu pun
berfikir di dalam hatinya-dialah gerangan yang mengambil baju kita sekalian ituDia
mana gerangan datangnya tadi, tiadalah kita lihat dan dewakah atau jinkah yang
sakti-sakti.
Maka sambut dayang itu, Sungguhlah seperti kata tuan puteri itu.
Maka ujar tuan puteri itu, Pergilah diri kepadanya!
Maka jawab bidadari itu, Hamba seorang malu hendak pergi. Maka kata
tuan puteri, Pergilah juga diri!
Maka bidadari yang tua itu pun pergilah kepada Inderaputera. Inderaputera
pun lagi duduk di sisi tabak, itu sambil menulis tanah beberapa lukisan dan awan dan
beberapa bagai mega yang tertulis itu.
Maka bidadari itu pun bertanya, Hai orang muda, adakah tuan melihat
bajuku sekalian tadi di sini.
Maka sahut Inderaputera, Tiada beta lihat baju tuan hamba sekalian tadi
serai gading tumbuh sepohon, batangnya lemah gemalai, buahnya lambunglambungan, Inderaputera anak Maharaja Bikrama Buspa itulah yang beta lihat tadi.
Maka bidadari itu pun tersenyum-senyum menengar kata Inderaputera
demikian itu. Maka segeralah ia kembali kepada tuan puteri.
Maka ujar bidadari, Ya tuan puteri, maka sudahlah patik bertanya
kepadanya itu. Maka demikian katanya tiada beta lihat bajunya tuan-tuan itu
sekalian. Adapun yang beta lihat tadi serai gading tumbuh sepohon, batangnya lemah
gemalai, buahnya lambung-lambungan, Inderaputera anak Maharaja Bikrama Buspa
itulah yang beta lihat tadi.
Maka tuan puteri pun tersenyum-senyum seraya menggigit telunjuknya
menengar Inderaputera itu. Maka katanya, Wahai! dilihatnya gerangan susu kita
tadi, dilihatnya gerangan oleh anak mati .dibunuh itu.
Maka segala bidadari itu pun tertawa seraya menampar-nampar dadanya.
Wahai telah dilihatnya barang kelakuan kita tadi.
Maka kata tuan puteri, Adapun pada fikir kami tiada yang lain mengambil
akan baju kita ini, ialah juga rupanya. Pergilah pula diri bertanya.
Maka bidadari itu pun pergilah bertanya kepada Inderaputera, Hai orang
muda, adakah tuan hamba melihat baju-baju beta sekalian tadi?
Maka sahut Inderaputera, Tiadalah beta melihat baju tuan-tuan sekalian,
demi Raja Dewa Lela Mengerna, adapun beta lihat tadi melur kembang sekaki
daunnya gugur melayang, Inderaputera anak Maharaja Bikrama Buspa itulah beta
lihat tadi.
Maka segala bidadari itu sekalian pun tertawa-tawa sambil menepuk-nepuk
tangannya dan pahanya, Wahai habis lah segala kelakuan kita tadi dilihat oleh

24

Inderaputera itu, anak mati dibunuh itu, disumpahnya pula tunangan tuan puteri itu
oleh
anak
mati
dibunuh
itu.

(HASRI)Maka ujar tuan puteri, Pada fikirku ia juga yang mengambil baju kita
sekalian tadi.
Maka bidadari itu pun pergilah pula kepada Inderaputera lalu berkata, Hai
orang muda, adakah baju kami sekalian tuan hamba lihat tadi ?
Maka sahut Inderaputera seraya berkata sambil tertawa, Demi tunangan
Puteri Seri Ratna Gemala Nehran itulah beta lihat tadi. Sambil berpantun demikian
bunyinya:
Anak geroda mudik sekawan,
Seekor terlanggar gugur, sayapnya sedepa,
Lekat di tangan Inderaputera bilangan,
Anak Maharaja Bikrama Buspa
Maka bidadari itu pun tertawa: mendengar pantun Inderaputera itu seraya
kembali kepada tuan puteri. Setelah dikatakannya oleh segala bidadari itu segala
perkataan Inderaputera itu dan segala pantun Inderaputera demikian katanya:
Anak geroda mudik sekawan,
Seekor terlanggar gugur, sayapnya sedepa,
Lekat di tangan ada bilangan,
Anak Maharaja Bikrama Buspa.
Demi tuan puteri menengar demikian maka laju menggosok-gosok
dadanya, Wahai dilihat oleh Inderaputera kelakuanku dan kelakuan kita sekalian tadi
itu juga Syahadan siapakah gerangan mengatakan Inderaputera anak mati dibunuh itu
ialah yang mencubit pinggang kita di dalam air tadi.
Maka segala bidadari itu pun berkata, Jahat sekali lakunya itu dengan
terlalu bijaksana menangkap perkataan kita sekalian. Jikalau kedapatan oleh Raja
Dewa Lela Mengerna apatah jadinya kita sekalian ini, jadilah bertambah-tambah pula
gusarnya kepada kita. Ya tuanku, hairan sekali patik melihat rupanya orang muda
ifif. Arakian beberapa bagai ia menulis naga dan beberapa pula yang indah-indah
ditulisnya seperti dapat berkata-kata dan rupanya terlalu elok sekali dan kepada
bicara budi pekertinya akan orang itu sangat bangun bijaksana.
Maka disahut oleh tuan puteri, Pada fikirnya kita ia juga mengambil baju
kita itu.
Maka sahut segala bidadari itu, Baik juga tuan puteri pergi bertanya
sendiri mudah-mudahan juga ada kasihannya diberi baju itu akannya kita.
Maka sahut tuan puteri, Malu aku pergilah pada ia, dan apa aku katakan
kepadanya itu.
Maka berkata sekalian bidadari itu seraya tertawa, Dan mana dapat patik
sekalian katakan.
Maka tuan puteri pun tersenyum seraya berkata, Kami ini jadilah serba
salah.
Maka sahut bidadari itu seraya tertawa, Bagaimana kelak kita, tiadakah
kembali dari sini? Apakah gerangan jadinya. Baik juga tuan puteri pergi sendiri,
kerana patik apa sekalian ini sudahlah pergi tiada juga diberinya. Jikalau tuan puteri
berkata kalau-kalau diberinya akan baju kita sekalian.
Maka tuan puteri pun memakai. Setelah sudah lalu berjalan antara mahu
dan tiada, berseri rupanya. Setelah sampai kepada Inderaputera maka dilihatnya oleh

25

tuan puteri akan rupanya Inderaputera itu terlalulah manis dan sikapnya dan berfikir
Tuan Puteri Seri Ratna Gemala Nehran.
Maka ia bertanya kepada Inderaputera demikian katanya, Hai' saudaraku
berbuat sangat apalah kiranya tuan hamba akan hambaapa sekalian ini, pulangkanlah
baju hamba apa itu. Maka sahut oleh Inderaputera, Sebenarnyalah kita bersaudara
juga.
Maka ujar tuan puteri, Pulangkanlah baju kita dahulu, apa kihendak
saudaraku hambalah beri.
Maka kata Inderaputera, Apalah alamat orang bersaudara? Maka tuan
puteri pun tunduk tersenyum sambil berkata itu. Maka kata Inderaputera itu pula
Sungguhkah tuan puteri hendak memberi itu setiapnya kehendak hati beta pula.
Maka berkata tuan puteri, Sungguhlah apakah kehendaknya tuan hamba
itu kami beri lamun setia kita teguh bersaudara.
Maka ujar Inderaputera, Sungguhkah tuan hamba hendak memberi
kehendak hati hamba? Bersumpahlah dahulu supaya beta pulangkan baju tuan hamba
itu.
Maka tuan puteri pun terlalulah sukacita menengar ada bajunya itu. Maka
Tuan Puteri Seri Ratna Gemala Nehran pun berkata, Wahai orang muda, teguhlah
setia tuan hamba bersaudara dengan hamba ini.
Maka sahut oleh Inderaputera, Wahai tuan puteri sebenarnyalah hamba
bersaudara dengan tuan puteri.
Maka ujarnya tuan puteri, Jikalau ada kelak maksud saudaraku akan
hamba nescaya hamba berikanlah maksudnya tuan hamba, tiadalah hamba lalui lagi
demi hamba sampai-ke negerinya hamba.
Maka Inderaputera pun terlalulah sukacita hatinya menengar kata Tuan
Puteri Seri Ratna Gemala Nehran. Maka kata Inderaputera, Hai saudaraku jikalau
ada dengan sungguhnya kasih saudaraku aRan hamba ada suatu gemala hikmat yang
di atas kemuncak mahligai tuan puteri itu Maka kakanda pohonkan supaya hamba
pulangkan baju itu.
Setelah didengar oleh tuan puteri kata Inderaputera itu maka tuan puteri
pun berdiam dirinya dengan seketika duduk berfikir di dalam hatinya. Di manalah
gerangan ia tahu akan hikmat gemala? Syahadan jikalau tiada aku berikan gemala
hikmat itu nescaya aku tiadalah kembali lagi dan lagipun aku sudah bersumpah akan
ayahku. Jika demikian baiklah aku berikan kepadanya.
Setelah sudah berfikir tuan puteri pun berkata ia, Hai saudaraku adapun
kehendaknya saudaraku itu telah aku berikan, tetapi kakanda hendak berkata benar
kepada adinda, tuan anak siapa dan siapa ayahanda kakanda itu. Arakian apa
sebabnya kakanda datang sesat ke mari ini dan bagaimana kakanda tahu akan hal
hikmat itu ?
Maka ujar oleh Inderaputera, Hai adinda tuan puteri, adapun kakanda ini
anak Maharaja Bikrama Buspa dan kakandalah yang sebenar-benar bernama
Inderaputera disebut oleh orang maka dicetera akannyalah oleh Inderaputera daripada
ahwaJnya permulaannya itu sampailah kesudahannya kepada Tuan Puteri Seri Ratna
Gemala Nehran itu. Setelah sudah tuan puteri menengar akan cetera oleh
Inderaputera itu maka tuan puteri pun terlalu amat hairan.
Hatta maka peri yang menggunakan tasik itu pun datanglah. Maka ujar
bidadari itu, Ya tuan puteri, segeralah tuanku minta baju kita kerana yang menunggu
tasik ini kelak datang diberinya puJa tahu kepada paduka ayahanda itu.
Maka sahut oleh Inderaputera, Hai saudaraku janganlah saudaraku takut
akan dia itu, kerana ia pun nenek kepada hamba.

26

Maka peri itu pun datang seraya tertawa-tawa dan tuan puteri pun
berceterakanlah hal-ahwalnya telah berjanji dengan Inderaputera itu.
Maka kata peri itu, Ya tuanku tuan puteri, apalah salahnya tuan puteri
bersaudara dengan Inderaputera kerana ia pun anak raja besar.
Setelah tuan puteri menengar kata yang demikian itu makin bertambahtambah kasih akan Inderaputera itu dan berkata segala bidadari itu, Ya tuanku tuan
puteri, segeralah tuan puteri kembali kerana mahligai kita sunyi senyap.
Maka berkatalah Tuan Puteri Seri Ratna Gemala Nehran, Hai kakanda,
berilah mari bajunya beta itu dan gemala hikmat itu hamba berikan kepada kakanda.
Maka diambil oleh Inderaputera baju itu lalu diberikan kepada tuan puteri.
Maka kata tuan puteri, Hai kakanda, jikalau hendak akan hikmat itu
marilah kakanda pergi ke mahligai hamba itu.
Maka ujar Inderaputera, Bagaimana kakanda pergi ke mahligai mengikut
adinda kerana kakanda tiadalah tahu terbang, kerana adinda terbang di udara dan
kakanda berjalan di bumi.
Maka kata Tuan Puteri Seri Ratna Gemala Nehran, Hai kakanda
Inderaputera duduklah kakanda di atas tabak itu. Janganlah kakanda memandang ke
belakang nescaya gugur ke bumi.
Hatta maka Inderaputera pun duduklah di atas tabak. Setelah sudah duduk
maka Inderaputera pun berkata kepada tuan puteri, Maka janganlah adinda tuan
mengubahi janjian dengan kakanda.
Maka sahut oleh tuan puteri, Tiada demikian kerana sudah hamba
bersumpah.
Maka tuan puteri pun kembali dari tasik serta segala bidadari melayang
mengiringkan tuan puteri. Maka tabak itu pun mengikut dari belakang dan dilihat
oleh Inderaputera dunia ini seperti bukit juga besarnya kelihatan. Arakian maka
datanglah ke padang Belantara Hairani. Maka hairanlah Inderaputera. Maka ia pun
sampailah kepada tempat mahligai tuan puteri dan dilihat oleh tuan puteri
Inderaputera lagi di padang Hairani itu. Maka dicita oleh tuan puteri akan tabak itu
maka tabak itu pun terletaklah di padang Hairani. Maka Inderaputera pun hairanlah
melihat tabak itu tidak melayang lagi. Maka ia pun lalu berjalan. Maka dilihatnya ke
udara maka tuan puteri dengan anak-anak segala bidadari itu pun ghaibiah daripada
mata Inderaputera.
Hatta maka dilihat oleh Inderaputera mahligai tuan puteri itu seperti gunung
api rupanya itu memancar-mancar cahayanya. Maka Inderaputera pun fikir di dalam
hatinya, Ke mana gerangan aku pergi ini? Sesalnya aku memberikan bajunya itu.
Arakian ia pun berjalan menuju mahligai tuan puteri itu Seri Ratna Gemala
Nehran. Maka dilihat oleh Inderaputera perbuatan mahligai itu pagarnya daripada
jala-jala besi kharsani dan pintunya itu daripada emas sepuluh mutu bertatahkan ratna
mutu maknikam dan terlalulah indah-indah rupanya itu sekali eloknya. Maka dihampirinya oleh Inderaputera, maka dilihatnya seekor gajah yang besar berdiri di muka
pintunya itu terlalu hebat rupanya menghempashempas akan telinganya hendak
mengusir akan Inderaputera rupanya. Maka dilihatnya oleh Inderaputera ada sepohon
kayu beringin batangnya daripada emas dan daunnya daripada perak dan buahnya itu
daripada maknikam yang merah .
Syahadan gajah itu pun lagi ada terantai kepada pohon beringin itu. Maka
Inderaputera pun dahsyat seketika melihat akan gajah itu dan fikir Inderaputera, Jika
tiada terantai nescaya aku diterkamnya. Dan seketika lagi maka Inderaputera pun
bertambah-tambah dahsyatnya dan sekalian bidadari itu pun tertawa melihat laku
Inderaputera itu. Maka Inderaputera pun makin menyesal akan dirinya memberikan

27

baju itu. Maka fikir Inderaputera, Jikalau demikian baiklah kubunuh gajah ini,
jikalau aku mati sekalipun.
(HUSNUL)
Maka Inderaputera pun mengunus akan pedangnya itu seraya menghampiri
gajah itu, dilihatnya, diperamat-amatinya gajah itu matanya tiada terkelip. Maka fikir
Inderaputera, Gajah hikmat juga ini rupanya.
Maka dicarinya tali pesawat hikmat pada akar kayu beringin itu.
Maka Inderaputera pun melompat seraya memarang. Tali pesawat itu pun
putus. Maka gajah hikmat itu pun rebah terhantar tiada bergerak lagi. Maka dilihat
oleh Inderaputera gajah itu tubuhnya daripada besi kharsani diperbuatnya. Kalakian
gadingnya itu daripada hablor dan matanya itu daripada zamrud yang hijau dan
kukunya itu daripada pirus. Maka pakaiannya itu daripada emas dan rantainya itu
daripada emas dan pusparagam.
Maka Inderaputera pun hairan melihat gajah hikmat itu dan beberapa pula
perbuatannya yang indah-indah. Setelah sudah Inderaputera melihat itu maka
Inderaputera pun berjalanlah pula pada selapis pagar jala-jala itu daripada tembaga
suasa dan pintunya itu daripada emas sepuluh mutu dan berbagai-bagai pula
perbuatannya yang indah-indah rupanya. Maka Inderaputera pun hendak masuk ke
pintunya itu.
Maka dilihat oleh Inderaputera ada seekor harimau di muka pintunya
mengangakan mulutnya dan mencawatkan ekornya dan mendirikan telinga selakulaku hendak menangkap rupanya itu. Maka dilihat oleh Inderaputera harimau itu
terantai kepada pohon kayu delima. Maka Inderaputera pun hairan melihat sekali-kali
lakunya harimau itu. Maka dihunuskan pedangnya serta ia melompat. Maka
diparangkannya. Tali pesawat itu pun putuslah. Maka harimau itu pun rebahlah tiada
bergerak lagi harimau itu dan tubuhnya harimau itu daripada tembaga suasa dan
kukunya itu daripada mentia dan matanya itu daripada kaca biru dan lidahnya itu
daripada maknikam yang merah dan kakinya itu daripada hablor.
Maka Inderaputera pun hairan melihat segala perbuatannya itu terlalu
indah-indahnya. Maka Inderaputera pun masuk ke dalam pintu itu. Maka dilihatnya
pula terlalu indah-indah rupanya. Maka ia pun berjalan kepada ketiga lapis pagar
jala-jala, pintunya itu daripada timah terlalu indah-indah rupanya. Maka dilihat oleh
Inderaputera ada seekor singa terantai pada pohon anggur menganga akan mulutnya
itu dan menghempaskan ekornya dan terjeling matanya itu. Maka singa itu hendak
menelan akan Inderaputera rupanya. Maka Inderaputera pun berfikir di dalam hatinya
itu akan singa itu pun kalau-kalau hikmat juga rupanya. Maka Inderaputera pun
melompat seraya memarang tali pesawat itu. Maka singa itu pun rebahlah seperti
dahulunya itu.
Setelah sudah maka dilihat oleh Inderaputera, ia pun berjalanlah datang
kepada pintunya yang keempat lapis pagar jala-jalanya itu daripada tembaga su asa
dan pintunya itu daripada emas sepuluh mutu. Beberapa bunga-bunga pula yang
terpahat pada pintunya itu.
Maka dilihatnya oleh Inderaputera ada seekor badak terlalu hebat rupanya
datang mengangakan mulutnya. Maka badak itu ada terantai pada pohon khorma dan
dilihatnya oleh Inderaputera batang khorma itu bergoncang-goncang daunnya
berpalu-palu seperti orang bersorak bunyinya.
Maka Inderaputera pun hairan melihat kelakuan badak itu kalaukalau
hikmat juga. Maka tuan puteri dengan segala bidadari itu pun tertawa melihat
kelakuan Inderaputera itu. Hatta pada fikir Inderaputera, Badak hikmat juga ini.
Maka dilihatnya oleh Inderaputera mata badak itu tiada gemerlap, Maka Inderaputera

28

pun melompat memarang tali pesawatnya itu. Maka badak itu pun terpaling tiada
bergerak lagi, dan dilihat oleh Inderaputera badak itu tubuhnya daripada hablur dan
lidahnya daripada besi kharsani yang tajam. Setelah itu maka Inderaputera pun
berjalanlah pada pintu yang kelima lapis pagar jala-jala. Pagar jala-jala itu daripada
perak dan pintunya itu daripada emas sepuluh mutu. Syahadan maka Inderaputera
pun bertemu dengan seekor naga berkepala tujuh mengangakan mulutnya
mengulurkan lidahnya itu dan bergigit-gigit bibirnya. Maka dilihatnya oleh
Inderaputera bibirnya yang di bawah sampai terletak kepada bumi dan bibir yang di
atas itu sampai kepada pintu mahligai. Maka Inderaputera pun terkejutlah melihat
laku naga itu.
Maka tuan puteri dan segala bidadari itu pun tertawa-tawa. Maka fikirnya
Inderaputera di dalam hatinya, Jika aku masuk nescaya ditelannya oleh naga aku
ini. Maka Inderaputera pun melompat seraya memarang tali pesawat. Maka talinya
pesawat itu pun rebahlah. Maka naga itu tiadalah bergerak lagi.
Maka Inderaputera pun berjalan pula kepada pintu yang keenam lapis pagar
jala-jalanya seperti dahulu itu juga. Maka dilihatnya pula oleh Inderaputera kepada
pintunya ada seekor geroda pada muka pintunya terlalu hebat rupanya, kakinya itu
terantai pada pohon cemara. Maka Inderaputera melihat geroda itu lalu dia
dihampirinya. Maka fikirnya itu pun hikmatnya juga rupanya, terlalu hairan melihat
perbuatan geroda itu daripada batu berani, matanya daripada pualam dan kukunya
daripada intan dan paruhnya itu daripada besi khar..satii. Maka Inderaputera pun
hairan melihat hikmat tuan puteri itu sambil ia melompat seraya memarang. Tali
pesawat itu pun putus-putus. Maka geroda itu pun tertawanglah tiada bergerak lagi.
Maka Inderaputera pun berjalan pula kepada pintu yang ketujuh. Pagar jalajalanya itu daripada tembaga yang amat merah dan pintunya daripada zamrud yang
hijau. Maka dilihat oleh Inderaputera dari jauh berasap-asap rupanya. Maka
dihampirinya pintu itu dan dilihatnya ada seorang raksaksa naik kuda yang hijau
memegang pedang kedua tangannya serta memusing-musing. Maka Inderaputera
terlalu hairan melihat laku raksaksa itu. Maka diambilnya satu kayu, maka
disorongnya kepada raksaksa itu. Maka kayu itu pun putus seperti digunting-gunting
rupanya sebab diparang raksaksa itu.
Maka Inderaputera pun hairan melihat hikmat itu. Maka pada fikir
Inderaputera kalau-kalau hikmat juga rupanya dan didengar oleh Inderaputera di
dalam bumi itu berdengung-dengung. Maka Inderaputera pun menggali-gali dalam
tanah itu ada suatu jentera daripada emas dan talinya itu daripada perak. Maka
diparang oleh Inderaputera tali jentera itu pun putus dua. Maka raksaksa itu pun
terhantar tiadalah bergerak lagi. Setelah itu maka habislah hikmat itu
berhambalangan. Maka Inderaputera pun masuklah pada pintu itu seraya berjalan.
Syahadan maka tuan puteri Seri Ratna Gemala Nehran pun hairan pula
sekali-kali melihat gagah perkasa dan arif bijaksana Inderaputera itu. Maka tuan
puteri menyuruh menghiasi mahligai itu daripada tilam dewangga yang keemasan
dan beberapa daripada sakhlat ainulbanat dan beberapa tanglung dian pelita kandil.
Setelah itu maka tuan puteri pun menyuruhkan bidadari membawa langir dan bedak
dan membawa kain yang mulia-mulia akan persalin Inderaputera itu.
Maka bidadari yang keempat itu pun datang kepada Inderaputera membawa
persai i n serta berdatang sembah, Tuanku dipersilakan oleh tuan puteri ke taman
ghairah. Maka Inderaputera pun pergilah dipanggil oleh bidadari itu.
Sebermula pagar taman itu berjala-jala tembaga suasa dan pintunya itu
daripada emas dan batu sembilan dan bertatahkan ratna mutu maknikam. Maka
Inderaputera pun masuk ke taman itu. Maka dilihatnya di dalam taman itu beberapa

29

bagai perbuatannya yang indah-indah. Maka sakhlat itu sudah terhamparinya dan
bantal seraga yang keemasan pun hadirlah.
Maka suatu balai di bawahnya ada sepohon kayu batangnya itu daripada
emas dan daunnya itu daripada zamrud dan buahnya itu daripada nilam dan di atas
pohon kayu itu ada seekor merak terlalu-lalu indah-indah rupanya. Hatta maka angin
pun bertiup sepui-sepui bahasa dan daun kayu itu pun berpalu-palu seperti bunyibunyian. Maka terlalu lah merdu berbagai-bagai bunyinya. Maka bayan pun bersyair
dan tiung bernyanyi dan nuri pun bercerita terlalu ramai suaranya itu.
Arakian segala ikan yang di dalam kolam itu pun timbul, ada yang seperti
orang bertanak dan ada yang seperti orang bersorak. Maka merak itu pun mengigal di
bawah pohon kayu itu terlalu indah-indah rupanya. Maka Inderaputera pun hairanlah
melihat sekalian temasya itu. Maka Inderaputera pun memuji nama Tuhan Yang
Mahabesar. Maka ia berfikir di dalam hatinya-sedang hambanya lagi demikian
kekayaannya. Maka Inderaputera pun insaf akan dirinya .
Hatta maka segala bidadari itu pun berdatang sembah kepada Inderaputera,
Ya tuanku Inderaputera segeralah tuan mandi.
Maka Inderaputera pun berkata Mandilah engkau supaya beta mandi.
Maka bidadari itu pun tersenyum seraya berpantun demikian bunyinya:
Jika sungguh bulan purnama,
Mengapa tiada pagar bintang,
Jika sungguh seperti nama,
Mengapa tiada dapat dipandang.
Maka Inderapura pun tersenyum seraya berpantun demikian bunyinya:
Kain Melaka duanya hasta,
Baju raja ke Inderagiri,
Bukannya malu dipandang muka,
Malu hamba diri sendiri.
Maka bidadari itu pun tersenyum mendengar pantun Inderaputera itu. Maka
Inderaputera pun berpantun pula demikian bunyinya:
Ikan dipelupuh beraksa,
Akan dipalu di atas peti,
Bukan malu memandang muka,
Malu hamba di dalam hati.
Maka bidadari itu pun tertawa dan Inderaputera pun menanggalkan bajunya
seraya berbedak dan berlangir-langir lalu mandi dalam kolam. Maka dicium oleh
Inderaputera air kolam itu seperti bau air mawar. Setelah Inderaputera sudah mandi
maka bidadari memberikan bau-bauan dan pakaian persalinan yang indah-indah.
Maka ujar bidadari, sama sendirinya, Terlalu baik sekali rupa Inderaputera ini layak
sekali akan suami tuan puteri.
Maka firus yang berisi kain baju dan bau-bauan itu pun dibawanya ke
hadapan Inderaputera. Maka sembahnya, Ya tuanku Inderaputera inilah persalinan
daripada paduka adinda Tuan Puteri Seri Ratna Gemala Nehran janganlah diaibkan
tiada dengan seperti tanda tulus bersaudara.
Maka Inderaputera pun tersenyum mendengar kata bidadari itu seraya
memakai kain baju. Setelah sudah memakai itu maka Inderaputera pun dibawa oleh
bidadari itu ke mahligai tuan puteri itu.
Maka kata tuan puteri, Datanglah saudaraku.
Maka Inderaputera pun datang segera dengan takzimnya. Maka kata tuan
puteri, Duduklah saudaraku di atas peterakna yang keemasan dihadap oleh segala

30

bidadari.
Maka puan emas itu pun disuruh unjukkan oleh tuan puteri pada segala
bidadari
(ILDA)
. Maka diunjukkan puan itu kepada Inderaputera. Maka segera disambut oleh
Inderaputera. Setelah sudah makan sirih maka diangkat orang hidangan ke-hadapan
Inderaputera dan tuan puteri Seri Ratna Gemala Nehran itu pun makanlah sama
dengan Inderaputera, Setelah sudah makan maka minuman pula diangkat orang pada
Inderaputera. Maka Inderaputera pun minum dan tuan puteri berfikir di dalam
hatinya, Adakah teguh setianya Inderaputera ini. Pada tatkala minum adakah salah
katanya padaku ini?
Maka tuan puteri pun membubuh hikmat pada piala tirus itu supaya
Inderaputera itu mabuk. Kalakian maka Inderaputera pun minumlah bunga selasih
mabuk itu, maka seraya mabuknya maka dilihat oleh tuan puteri itu. Arakian maka
tuan puteri pun memberi isyarat kepada segala bidadari. Maka bidadari itu pun
berpantun demikian bunyinya:
Berkuda lagi berlembu,
Padi di rumah dang jazirat,
Orang muda baharu bertemu,
Hati mana tidakkan ghairat.
Maka Inderaputerapun tunduk seraya berpantun demikian bunyinya:
Berkuda lagi berlembu,
Perca diambil akan cemara,
Sungguhpun baharu bertemu,
Sudah diambil akan saudara.
Maka tuan puteri tersenyum dan segala bidadari menengar pantun
Inderaputera itu. Maka tuan puteri, memberi isyarat kepada bidadari pula demikian
bunyinya:
Tumbuh padi dang ratna wali,
Sehari ditanam tidakkan tumbuh,
Mintalah kami kenal-kenali,
Kalau tidak setianya sungguh.
Maka Inderaputera pun tersenyum menengar pantun bidadari itu. Maka
Inderaputera pun berpantun pula demikian bunyinya:
Jika sehelai tidakkan tumbuh,
Kunci dikarang oleh seraja,
Lamun setia tidakkah teguh,
Bukanlah kita anak raja.
Maka bidadari pun tersenyum seraya mengangkat akan segala makananmakanan. Setelah sudah makan segala nikmat itu maka Inderaputera pun berkata,
Hai saudaraku. Hari telah malam hamba hendak mohon.
Maka tuan puteri pun menyuruhkan menghiasi suatu balai dalam Taman
Rangga Puspa Berahi namanya. Tiangnya daripada khalembak dan gaharu dan
dindingnya daripada kaca merah dan atapnya itu daripada kaca putih. Maka
terhamparlah saf sakhlat ainulbanat dan dengan tirainya. Syahadan beberapa dian
dengan tanglung dan kandil dan pelita sudah dipasang.
Maka kata tuan puteri, Hai kekasihku, pergilah kakanda ke balai Rangga
Puspa Berahi itu beradu di sana.
Maka Inderaputera pun bermohon kepada tuan puteri seraya tersenyum
menengar nama balai itu. Hatta maka Inderaputera pun dihantarlah oleh segala

31

bidadari itu. Setelah sampai Inderaputera ke balai itu, maka dilihat oleh Inderaputera
balai itu terlalu amat indah-indah rupanya dan tersingkaplah tirai dewangga Maka
Inderaputera pun tidurlah kepada tempat itu dan dilihatnya oleh Inderaputera
cerminnya itu daripada hablur dan di atas cermin itu adalah sekuntum bunga.
Syahadan di atas bunga itu ada seekor paksi terlalu indah-indah rupanya itu
dan di bawah pohon kayu itu adalah seekor burung terlalu elok rupanya dan terlalu
indah-indah bunyinya dan lagi adalah seekor paksi itu berserdam di atas hamparan
terlalu ajaib sekali rupanya. Maka ia pun hinggap kepada bejana itu dan terperciklah
narwastu itu kepada tubuh Inderaputera terlalu harum baunya. Maka Inderaputera
pun hairan melihat yang indah-indah itu.
Syahadan maka Inderaputera pun memandang beberapa yang hairan dan ia
pun tidurlah dengan berahinya mendengar bunyibunyian itu. Maka hari pun sianglah.
Maka Tuan Puteri Seri Ratna Gemala Nehran menyuruhkan seorang bidadari
membawa sugi dan sirih.
Maka bidadari itu pun datang ke balai taman Rangga Puspa Berahi itu.
Maka dilihatnya oleh dayang itu Inderaputera lagi tidur juga dan dayang itu pun
berpantun:
Bunga melati dalam puan,
Akan dikarang dinihari,
Bangunlah emas bangunlah tuan,
Hari ini hampir tengahari.
Maka Inderaputera pun terkejut menengar pantun dayang itu. Maka ia pun
bangun seraya berpantun:
Laksamana orang yang lemah malai,
Melihat taman terlalu ajaib,
Di mana tidur tidakkan lalai,
Tidur badan dayang yang gharib.
Maka dayang itu pun tersenyum dan Inderaputera pun bersugi dan
membasuh muka pada mundam emas itu. Setelah sudah maka Inderaputera pun
pergilah-rr-fiiahligai Tuan Puteri Seri Ratna Gemala Nehran. Setelah sampai kepada
tuan puteri lalu disambutnya akan Inderaputera disuruhnya duduk di atas kursi yang
keemasan bertatahkan ratna mutu maknikam. Maka hidangan nasi pun diangkat
orang kehadapan Inderaputera. Maka lalu disantapnya.
Setelah sudah santap maka Inderaputera pun makan sirih dan berkatalah
Inderaputera, Hai saudaraku manatah gemala hikmat itu ?
Maka sahut tuan puteri itu, Hai kakanda ambillah gemala hikmat itu oleh
kakanda. Adapun perguna hikmat itu terlalu banyak. Adapun jikalau saudaraku
hendak buat negeri maka citalah nenek hamba dewa Langkurba yang di dalam laut
supaya jadi suatu negeri dengan alatnya takhta kerajaannya den-segala
hulubalangnya dan rakyatnya sekalian itu dan biti-biti perwira dan serta jin peri dewa
mambang lengkaplah dengan senjatanya. Adapun hulubalangnya ada dua orang,
seorang bernama Dikar Kilat dan seorang Dikar Agus, dan Dikar Kilat jikalau
saudaraku hendak menyuruhkan kepada suatu negeri atau ke dalam laut, maka
dengan seketika itu juga ia pergi datang. Adapun Dikar Agus itu jikalau saudaraku
hendak menyuruhkan menurunkan hujan atau angin atau api nescaya dapat olehnya.
Demikianlah gunanya gemala hikmat itu. Adapun jikalau lain daripada saudaraku
nescaya tidaklah hamba berikan.
Maka kata Inderaputera, Wahai adinda sungguhlah tuan kasih kepada
kakanda dan apalah kakanda hendak balas kan kasih adinda itu kandalah yang
menanggung kasih adinda.

32

Maka gemala hikmat itu pun diberikan kepada Inderaputera. Maka


Inderaputera pun mengambil gemala hikmat itu dengan sukacitanya. Setelah itu maka
nikmat pun diangkat akan oranglah kehadapan Inderaputera. Maka ia pun makanlah
dengan tuan puteri pelbagai nikmat.

BAB VI
SALAH SANGKA
Al-kisah peri mengatakan tatkala Tuan Puteri Ratna Gemala Nehran
kahwin dengan Raja Dewa Lela Mengerna dan peri tatkala mengatakan Nobat Rom
Syah membantukan Inderaputera dan peri mengatakan tatkala Inderaputera dengan
Raja Bahtadhar Syah bertemu.
Seberrnula diceterakan oleh orang yang empunya cetera ini sekali persetua
Raja Dewa Lela Mengerna pergi berburu dengan segala bala tenteranya sekalian.
Maka ia pun beroleh kijang emas terlalu indah-indah rupanya itu. Maka disuruhnya
hantarkan kepada Tuan Puteri Ratna Gemala Nehra dengan seketika itu juga sampai.
Maka dilihatnya maka segala binatang hikmat yang menunggu pintu itu
'.puI1habislah. Maka ia pun masuk ke dalam istana. Maka dilihatnya . tuan puteri
duduk dengan seorang laki-laki dihadap oleh segala bidadari, Setelah itu maka
bentara itu pun kembali dan disuruh tuan puteri bidadari panggil ia. Maka tiada
didengarkannya. Maka segeralah juga ia berlari-lari kembali.
Maka dayang itu pun kembalilah kepada tuan puteri seraya berdatang
sembah, ;Ya tuanku tuan puteri, maka sudahlah patik panggil bentara itu. 'Maka ia
tiada mahu juga datang mengadap tuan puteri.
Maka tuan puteri pun berkata kepada Inderaputera. Hai saudaraku, bahawa
datanglah fitnahnya bentara itu akan kita.
Maka ujar Inderaputera, Hai adinda tuan, haraplah juga kepada Tuhan
Yang Mahabesar. Setelah itu maka tuan puteri pun masyghullah hatinya.
Hatta maka bentara itu pun datang berlari-lari mengadap Raja Dewa Lela
Mengerna. Maka tatkala itu Raja Dewa Lela Mengerna lagi duduk bersemayam
dihadap segala menteri dan hulubalang dan segala rakyatnya. Maka dilihatnya oleh
Raja Dewa Lela Mengerna bentara itu datang berlari-lari seraya ia berdatang sembah,
Ya tuanku Syah Alam adapun paduka adinda itu patik lihat ia duduk dengan seorang
laki-laki dihadap oleh segala bidadari. Maka segala binatang hikmat yang menunggu
pintu itu pun habislah berhambalangan.
Setelah sudah didengar oleh Raja Dewa Lela Mengerna cetera bentara itu
maka Raja Dewa Lela Mengerna itu pun marahlah seperti ular berbelit-belitla: Itu,
dan ia pun menyuruh menghimpunkan segala hulubalang dan menterinya dan bala
tenteranya sekalian. Maka dengan seketika itu juga berhimpun dengan segala tentera
jin dan peri dan dewa-dewa lengkap dengan alat senjata perang. Maka Raja Dewa
Lela Mengerna pun berangkatlah dengan segala menteri hulubalang dan segala bala
tenteranya sekalian menjadi kelam-kabut guruh kilat dan matahari pun tiada
kelihatan. Maka tasik itu pun berombak-ombak seperti akan roboh udara rupanya.
Maka Raja Dewa Lela Mengerna pun keluarlah dari dalam tasik itu dengan segala
menteri hulubalang bala tenteranya itu.
Maka terdengarlah ke ada Indera utera dan ada Tuan Puteri Ratna Gema
Nehran. Maka kata tuan puteri, Hai saudaraku Inderaputera Tuhan yang Mahabesar

33

juga yang memeliharakan kita. Maka kata tuan puteri, Jika demikian hai saudaraku
citalah gemala hikmat itu nescaya dapatlah kita melawan sekalian rakyat Raja Dewa
Lela Mengerna itu dengan berkat nenek hamba,
(IRSHAD)
Maka Inderaputera pun mengeluarkan gemala hikmat itu seraya dicitanya
DewaLangkurba yang di dalam laut itu. Syahadan dengan seketika itu juga maka
keluarlah segala jin dan peri beribu-ribu lengkap dengan alat senjatanya. Maka jin
yang dua orang itu pun datanglah mengadap tuan puteri dengan Inderaputera.
Maka ujar jin itu, Ya tuanku tuan puteri, Maka janganlah tuanku bercinta
hambalah melawan bala tentera paduka kakanda itu. Bermula kerana tuan puteri
orang benar nescaya dimenangkan oleh Tuhan Mahabesar kiranya.
Maka Inderaputera pun sukacitalah menengar cakap penghulu jin dua orang
itu. Maka Tuan Puteri Seri Ratna Gemala Nehran P!ln berjamukan makan dan minum
dengan segala jin, peri, dewa-dewa itu terlalulah ramai masing-masing dengan
cakapnya.
Hatta maka rakyat Raja Dewa Lela Mengerna pun seketika berkata, Hai
laki-laki mana, mau berperang marilah ke.medan ini.
Maka telah didengar oleh segala jin, peri, dewa-dewa yang di dalam gemala
hikmat itu pun keluar dengan segeranya ke medan itu berperang dengan rakyat Raja
Dewa Lela Mengerna itu. Maka terlalulah ramai serta dengan tempik soraknya
seperti guruh bunyinya terlalulah ramai di padang belantara hairani itu. Sebermula jin
samanya jin dan dewa samanya dewa dan peri samanya peri masing-masing dengan
menghadap lawannya sekira-kira tiga hari tiga malam berperang itu maka Raja Dewa
Lela Mengerna pun datanglah kepada padang belantara hairani itu terdirilah panjipanji dan jogan alam alamat itu. Maka berbunyilah segala bunyi-bunyian dan rakyat
itu pun penuhlah di padang belantara hairani itu.
Maka segala hulubalang Raja Dewa Lela Mengerna itu pun bertempik
seraya berlompatan katanya berminta lawan serta berseruseru seperti guruh
bunyinya. Arakian serta menyandang panahnya dan menghela akan pendahannya dan
menghunus akan pedangnya. Syahadan terlalu azmat bunyinya. Maka segala jin yang
di dalam gemala hikmat itu pun dengan segala rakyat hulubalang dan peri dan dewadewa pun bertempik seraya berlompatan ke tengah padang itu menghadapkan
hulubalang Raja Dewa Lela Mengerna serta menghalakan panahnya dan
menghelakan pendahannya dan menghunus pedangnya serta dengan tempik soraknya
seperti guruh di langit bunyinya gegak-gempita kelam-kabut. Maka duli pun
berbangkit ke udara. Maka matahari pun tiada kelihatan cahayanya. Setelah itu
kenalah kilat senjata menjadi terang cuaca pun. Maka hari pun malam dan genderang
kembali pun dipalu oleh oranglah. Maka segala rakyat itu pun kembali masingmasing ke tempatnya.
Arakian maka hari pun sianglah. Maka dipalu oleh oranglah pula gendang
perang itu. Maka segala hulubalang Raja Dewa Lela Mengerna pun maka
berlompatanlah ke tengah medan itu minta lawan sambil bermainkan senjatanya.
Maka hulubalang Inderaputera pun segeralah ke padang peperangan itu serta
berpanah-panahan dan bertikam-tikaman pendahannya dan bertetakan pedangnya
serta dengan tempik soraknya seperti guruh bunyinya dan kilat senjata seperti bunga
lalang. Maka duli pun berbangkitlah pada udara menjadi kelam-kabut dan kedua
pihak pun kembali ke tempatnya masing-masing.
Setelah itu maka titah Raja Dewa Lela Mengerna kepada menterinya, Hai
menteriku nyatalah Tuan Puteri Ratna Gemala Nehran ini jahat dengan laki-laki itu.
Maka lihatlah oleh menteriku. Maka hulubalang gemala hikmat melawan akan kita

34

berperang. Jikalau demikian bawa olehmu senjataku ini. Aku hendak pergi sendiri ke
padang itu dan melawan akan laki-laki itu samanya seorang juga.
Maka segala senjata itu pun dibawa oleh orang ke medan peperangan itu.
Kalakian pada ketika itu bintang pun belum padam cahayanya dan segala binatang
pun belum lagi mencari mangsanya maka padang itu pun diperbaiki orang daripada
kedua pihaknya itu dan Raja Dewa Lela Mengerna pun memakailah akan senjatanya
itu ia keluar ke tengah medan peperangan itu dengan segala hllhtbalangnya serta
dengan bala tenteranya sekalian penuh di padangnya itu dengan sekalian senjatanya
dan lengkaplah dengan alatnya.
Maka adalah seorang hulubalang daripada Raja Dewa Lela Mengerna
Pahlawan Alam namanya. Maka ia pun berseru dengan nyaringnya, Hai manusia
mengapa engkau berlindungkan dirimu pada hikmat itu sekarang. Takutlah engkau
akan pedangku dan dengan pedang raja kami sekalian makan akan darahmu itu.
Setelah itu maka didengar oleh Inderaputera kata hulubalang itu yang
demikian, maka ia pun segera memakai akan senjatanya lalu ia keluar ke tengah
padang peperangan ltu berhadap dengan Raja Dewa Lela Mengerna. Maka Dewa
Lela Mengerna pun memanah Inderaputera .. dan Inderaputera pun segera menangkis
akan anak panah itu dan di panah pula oleh Raja Dewa Lela Mengerna kena tubuh
Inderaputera, maka keluar asap dan berapi memancar-mancar daripada tubuhnya
suatu pun tiada bahananya.
Maka Inderaputera pun memanah Raja Dewa Lela Mengerna. Maka kena
tubuh Raja Dewa Lela Mengerna keluar api memancar-mancar. Maka rakyat kedua
pihak itu pun hairan melihat kedua anak raja itu sama saktinya. Maka Raja Dewa
Lela Mengerna pun memusingkan pedangnya seraya ditangkiskan oleh Inderaputera
dan diparang oleh Inderaputera pedang itu pun patah seraya ghaib ke udara. Maka
Inderaputera pun ke udara juga. Maka ia segera turun ke bumi dan Raja Dewa Lela
Mengerna dengan Inderaputera bertetakkan pedang. Maka anak raja itu pun
menurunkan guruh serta kilat sabung-menyabung menjadi kelam-kabut di udara itu
dan kedua anak raja itu terlalu sakti. Maka segala tentera pun melihat kelakuan anak
raja kedua itu.
Hatta maka datanglah kepada perkataan Nobat Rom Syah itu di negeri
dewa. Maka pada suatu malam Nobat Rom Syah duduk beradu terlalulah cendera
lenanya itu. Maka mimpinya bertemu dengan Inderaputera. Setelah hari sudah siang
maka ia pun pergi mendapat ayahnya dan bondanya seraya berkata, Ya tuanku Syah
Alam jikalau ada dikurniai oleh duli yang dipertuan maka patik hendak
mendapatkan saudaranya patik Inderaputera. Adapun pada bicaranya patik ada juga
suatu hal baginda itu sekarang ini.
Maka bertitah Raja Tahir Johan Syah, Hai anakku pergilah engkau bawa
rakyat dan hulubalang jikalau engkau akan mendapat akan saudara engkau.
Setelah sudah maharaja memberi titah demikian maka dengan seketika itu
juga maka dihimpunkan oleh Nobat Rom Syah segala hulubalang menteri rakyat
sekalian maka Nobat Rom Syah pun bermohonkan kepada ayahnya dan bondanya
lalu pergi pada saudaranya Tuan Puteri Jamjam Dewi Gemala Ratna. Maka Tuan
Puteri Jamjam Dewi Gemala Ratna pun berkirim bau-bauan pada suatu cembul emas
dan ikat pinggang terlalu indah-indah rupanya dikirimkan kepada suaminya. Maka
Nobat Rom Syah pun berpeluk serta dicium akan saudaranya Tuan Puteri Jamjam
Dewi Gemala Ratna.
Maka Nobat Rom Syah pun pergi bermohon kepada ayah bondanya pula.
Maka ujarnya, Hai anakku barang suatu pekerjaanmu janganlah lupakan akan Tuhan
Yang Mahabesar.

35

Maka Nobat Rom Syah pun menyembah kaki ayah bondanya pula. Maka
ujarnya, Hai anakku barang suatu pekerjaanmu janganlah lupakan akan Tuhan Yang
Mahabesar.
Maka Nobat Rom Syah pun menyembah kaki ayah bondanya lalu ia
berjalan dengan Nobat Rom Syah segala hulubalang menterinya dan rakyat bala
tenteranya sekalian dan beberapa lamanya ia berjalan maka sampailah ia ke padang
Belantara Hairani.
Arakian pada tatkala itu pun lagi berperang di tengah padang dengan Raja
Dewa Lela Mengerna. Maka dilihatnnya oleh Nobat Rom Syah kedua pihak tentera
kelam-kabut pada tepi langit. Maka Inderaputera pun tahulah akan yang datang itu
Nobat Rom Syah, dan seketika lagi maka Nobat Rom Syah pun hampirlah dan
Inderaputera pun pergilah, mendapatkan Nobat Rom Syah. Maka keduanya itu pun
bertemulah serta berpeluk dan bercium, Syahadan maka Inderaputera pun berjalan
dengan Nobat Rom Syah lalu berhenti. Maka Inderaputera, menceterakan segala
hal-ahwalnya tatkala bertemu dengan Tuan Puteri Ratna Gemala Nehran itu sekalian
habislah diceterakan kepada Nobat Rom Syah. Maka Nobat Rom Syah pun memberi
akan kiriman saudaranya kepada Inderaputera, Setelah itu terdegarlah khabar kepada
Raja Lela Mengerna bahawa Inderaputera telah bertemu dengan anak raja jin Islam
itu datang membantu Inderaputera itu.
Setelah ia mendengar maka Raja Dewa Lela Mengerna marah seraya
memberi titah kepada menterinya, Hai menteriku lihatlah olehmu Nobat Rom Syah
ini peduli akan pekerjaan orang yang tiada benar.
Hatta pada waktu itu pagi-pagi hari maka berbunyilah gendang perang
daripada kedua pihak. Maka Raja Dewa Lela Mengerna dan segala hulubalang pun
berlompatanlah di tengah padang itu minta lawan seperti harimau lakunya akan
seorang kepada seorang itu. Syahadan lalu dipermain-mainkan senjatanya. Maka
segala hulubalang Inderaputera yang daripada hikmat itu pun keluarlah berperang
dengan hulubalang Raja Dewa Lela Mengerna itu. Maka terlalu lah ramainya gegakgempita dengan tempik soraknya terlalu azmat bunyinya dan matahari pun tiada
kelihatan lagi daripada sebab duli berbangkit.
Hatta maka hari pun malamlah. Maka kedua pihak itu pun kembalilah.
Kalakian maka terdengar kepada raja-raja yang takluk kepada Raja Dewa Lela
Mengerna, Maka raja-raja segala itu pun menghimpun segala bala tenteranya datang
mendapatkan Raja Dewa Lela Mengerna dengan panji-panji semuanya itu. Syahadan
dengan segala bunyi-bunynjya maka bintang pun belum lagi padam cahayanya dan
segala binatang pun belum lagi mencari mangsanya berbunyilah genderang perang
daripada kedua pihaknya itu. Maka padang Belantara Hairani itu pun diperbaiki oleh
orang dan segala hulubalang itu pun masing-masing memakai senjatanya dan
masingmasinJ naik ke atas kudanya dan beberapa puluh yang memakai zirah dan
ketopong besi dan menyandangkan pedang dan menatang akan busarnya, arakian
maka Raja Dewa Lela Mengerna pun memakai senjatanya lalu keluar ke tengah
padang dan panji-panji dan segala anak rajaraja itu pun terdirilah. Maka segala
bunyi-bunyian pun berbunyilah terlalu azamat bunyinya.
Maka berseru lah seorang hulubalang Raja Dewa Lela Mengerna dengan
marahnya seraya katanya, Hai manusia yang berkepala satu mengapa engkau
berlindungkan dirimu kepada gemala hikmat itu dan jika engkau gagah perkasa
marilah engkau ke tengah padang ini supaya engkau merasai pedang rajaku
baharulah puas di hatiku.
Setelah di dengar oleh Inderaputera kata hulubalang itu maka Inderaputera
pun terlalu marah. Maka ia pun memakai senjatanya datanglah ia ke tengah padang

36

itu berhadapan dengan Raja Dewa Lela Mengerna. Setelah itu maka Raja Dewa
Mengerna pun memanah Inderaputera berasap keluar api memanear-manear ke udara
dan Inderaputera pun memanah Raja Dewa Lela Mengerna. Maka kena tubuhnya
demikian juga keluar api memanear-manear. Maka kedua anak raja itu pun bertetakan
pedang. Setelah itu maka Raja Dewa Lela Mengerna pun memanah ke udara pperti
guruh akan bunyinya dan anak panahnya itu menjadi mega hendak menyelubungi
akan Inderaputera.
(ISMAIL)
Maka Inderaputera pun segera mencitakan gemala hikmat itu juga
menurunkan angin kelam-kabut ribut taufan. Maka mega itu pun habislah menjadi air
dan panji-panji Raja Dewa Lela Mengerna pun habislah berhambalangan. Maka Raja
Dewa Lela Mengerna pun marah serta melambangkan pedangnya ke udara. Seketika
lagi berbunyi guruh halilintar petir dan kilat sabung-menyabung. Maka pedang itu
pun menjadi api hendak meneineang-eineangkan dengan memarang akan
Inderaputera. Maka Inderaputera pun menggerakkan gemala hikmat itu dengan
seketika itu juga kelam-kabut turun hujan. Maka api pun padamlah nyalanya itu.
Hatta. maka dieeterakan oleh orang yang empunya eetera ini demikian
bunyinya. Pada suatu hari Raja Bahtadhar Syah duduk semayam di atas singgahsana
dihadapkan oleh segala menteri hulubalang sekalian.
Maka datanglah seorang bidadari berlari-lari datang sembah kepada
rajademikian katanya, Ya tuanku Syah Alam paduka anakanda Puteri Ratna
Gemala Nehran ada menaruh seorang manusia. Setelah itu maka raja pun marah
terlalu sangat, seketika itu juga memberi titahkatanya lihatlah anak mati dibunuh
itu memberi aku malu.
Setelah itu dengan seketika itu juga Raja Bahtadhar Syah menghimpunkan
segala hulubalang menterinya dan segala bala tenteranya hina-dina. Maka ia pun
berangkat lalu keluar dari dalam tasik itu. Hatta maka periyang menunggu tasik itu
pun menengar halnya Inderaputera demikian. Maka peri pun segeralah keluar
mendapatkan raja Bahtadhar Syah.
Maka sembah nya, Ya tuanku Syah Alam ada pun paduka anakanda itu
tiadalah sekali-kali ia tiadalah ia khianat. Maka ada pun manusia itu Inderaputera
namanya anak kepada raja Bikrama Buspa Syahadan ialah yang termasyhur pada
tanah manusia. Adapun Inderaputera itu diambil oleh paduka anakanda itu akan
saudara.
Maka diceterakan oleh peri daripada permulaannya sampai kepada
kesudahannya. Maka Maharaja Bahtadhar Syah menengar cetera peri itu dan baginda
itu pun terlalu lah amat sukacitanya.
Maka baginda pun segera mendapatkan Raja Dewa Lela Mengerna lagi
tengah perang. Setelah Raja Bahtadhar Syah melihat Raja Dewa Lela Mengerna
berperang maka segeralah ia berlari-lari datang memeluk Raja Dewa Lela Mengerna.
Maka kata Raja Bahtadhar Syah, Hai anakku, apa kerja anakku kerjakan
itu dengan tiada diperiksa. Adapun anak kita ltu tiada mahu berbuat jahat akan
anakanda. Adapun manusia itu Inderaputeta namanya, anak Maharaja Bikrama
Buspa, ialah yang termasyhur pada tanah manusia dan Inderaputera itu sudah diambil
akan saudara oleh anak kita.
Maka diceterakan juga oleh baginda segala hal-ahwal nya. Maka Maharaja
Bahtadhar Syah berkata, Hai anakku, baik juga anakku berkasih-kasihan dengan
Inderaputera supaya namanya tuan termasyhur pada tanah manusia. Jikalau ada ia
barang suatu hal apatah nama ayahanda kepada Maharaja Bikrama Buspa.
Maka setelah didengar oleh Raja Dewa Lela Mengerna segala kata Raja

37

Bahtadhar Syah itu maka ia pun terlalulah amat sukacita hatinya seraya menyembah
kepada raja itu. Hatta maka disuruhnya oleh Raja Bahtadhar Syah itu akan seorang
biduanda pergi kepada Inderaputera mengatakan hal yang demikian itu juga kepada
Inderaputera. Setelah sudah maka Inderaputera pun datanglah mendapatkan Raja
Bahtadhar Syah maka lalu disuruhnya oleh baginda aka~: anak raja kedua berjabat
tangan. Maka Inderaputera dan Nobat Rom Syah pun segera menyembah kepada
Raja Bahtadhar Syah. Setelah itu maka dipeluk dan dicium oleh baginda akan
Inderaputera dan Nobat Rom Syah. Setelah itu maka Inderaputera pun memegang
tangan Raja Dewa Lela Mengerna lalu dibawanya naik ke mahligai Tuan Puteri Seri
Ratna Gemala Nehran dan segala anak raja-raja sekalian. Maka kerusi yang
keemasaa- bertatahkan ratna mutu maknikam itu pun diatur oranglah dengan segala
anak rajaraja itu pun duduklah masing-masing di kerusi menghadap Raja Bahtadhar
Syah dan segala hulubalang rakyat hina-dina.
Syahadan hidangan pun diangkat oranglah ke hadapan majlis segala anak
raja-raja itu. Maka segala anak raja-raja serta Raja Dewa Lela Mengerna dan Nobat
Rom Syah makanlah sehidangan bersama-sama. Setelah sudah makan maka
minuman pun diangkat oranglah seraya diperedarkan, dan bunyi-bunyian pun
berbunyilah daripada herebab dan kecapi. Maka biduan yang baik suaranya pun
bernyanyi lah masing-masing dengan kelakuannya, melakukan kesukaannya sekirakira empat puluh hari dan empat puluh malam makan dan minum bersukaan.
Setelah, sudah pada hari baik Raja Bahtadhar Syah pun memulai akan
pekerjaan berjaga-jaga hendak mengahwinkan Raja Lela Mengerna dengan Tuan
Puteri Seri Ratna Gemala Nehran dan Raja Dewa Lela Mengerna pun duduklah pada
taman ghairah itu. Maka titah baginda kepada Inderaputera dan Nobat Rom Syah,
Hai anakku kedua hamba serahkan pekerjaan Raja Dewa Lela Mengerna ini kepada
tuan hamba kedua.
Maka sembah Inderaputera dengan Nobat Rom Syah, Baiklah ya tuanku.
Maka baginda pun memulai berjaga-jaga empat puluh hari dan empat puluh
malam terlalulah ramai berbagai-bagai ragamnya. Pada selapis pagar jala-jala itu
adalah suatu balai bersendikan emas bertatahkan ratna mutu maknikam. Maka
sekalian raja-raja yang mudamuda masing-masing melakukan permainannya yang
berrnadahmadah dan yang berseloka dan berpantun dan bernyanyi dan segala bunyibunyian masing-masing dengan kesukaannya dan pada kedua lapis pagar jala-jala itu
suatu balai tiangnya daripada halembak dan gaharu dan kasturi. Maka beberapa
tanglung dian kandil pelita tergantung dan segala menteri dan biduanda bermainmain rebab dan kecapi terlalulah ramai bunyinya masing-masing melakukan kesukaannya dan pada ketiga lapis pagar jala-jala itu ada suatu balai indah-indah
rupanya dan perbuatannya. Maka hulubalang yang muda-muda itu pun bermain rang
an dan serdam dan segala bunyibunyian itu terlalu azmat pada tiap-tiap pagar itu.
Setelah itu maka Inderaputera. Dan Nobat Rom Syah berpimpin tangan
seketika pergi kepada anak raja yang muda-muda, itu bermain catur dan bermain
pasang. Maka seketika lagi Inderaputera dan Nobat Rom Syah pergi pada hulubalang
bermain rangan dan pedang dan perisai terlalu indah-indah rupanya, dan seketika lagi
Inderaputera dan Nobat Rom Syah pergi pada orang-orang berjuangkan gajah dan
berlaga harimau terlalu ramai. Maka Inderaputera dan Nobat Rom Syah masuk
bermain di tempat itu dan menjadi ramailah sekalian orang bermain itu.
Setelah itu maka Inderaputera dan Nobat Rom Syah pun berbuat perarakan
daripada emas dan perak bertatahkan ratna mutu maknikam berumbai-umbaikan
mutiara tujuh pangkat terlalu indah-indah rupanya. Maka terhamparlah sakhlat dan
baldu pada setingkat anak perdana menteri memangku puan yang keemasan dan

38

serahi emas kain songket, dan ketiga pangkat anak dara-dara duduk memegang
kipas, dan pada kelima pangkat segala anak perwira, dan pada keenam pangkat
tempat jejaka, dan pada pangkat yang ketujuh segala anak hulubalang masing-masing
dengan pakaiannya lengkap dengan alat senjatanya terlalu hebat rupanya.
Setelah sudah lengkap segala kelengkapan Raja Dewa Lela Mengerna itu
maka Raja Bahtadhar Syah pun menghiasi mahligai daiipada berbagai-bagai
warnanya dan tirai kelambu yang keemasan itu pun dilabuhkan orang. Syahadan
beberapa puluh tanglung dian kandil tergantung dan pelita pun dipasang dan
beberapa kerusi yang keemasan sudah teratur dan beberapa lagi permaidani
terhampar. Maka Tuan Puteri Ratna Gemala Nehran itu pun dihiasi oranglah daripada
pakaian yang keemasan berbagai-bagai aneka. Syahadan berapa puluh pakaian yang
indah-indah maka Tuan Puteri Seri Gemala Nehran itu pun rupanya bertambahtambah gilang-gemilang kilau-kilauan.
Setelah sudah tuan puteri berhias maka didudukkan pada usungan dan
segala bidadari pun masing-masing dengan pakaiannya. Setelah sudah maka ada
yang memangkukan puan yang keemasan dan ada yang memangku kipas bertatahkan
ratna mutu maknikam dan empat orang anak dara menyelampai.kain songket duduk
di belakang tuan puteri dan empat puluh biti-biti duduk dari kanan tuan puteri me megang payung yang beriatahkan mutu maknikam dan bini rajaraja dan bini menteri
dan bini orang kaya-kaya sedia mengadap tuan puteri. Maka adalah rupa tuan puteri
itu laksana bulan berpagar bintang eloknya.
Setelah lengkap segala perhiasan itu maka Raja Dewa Lela Mengerna pun
berhiaslah dengan segala perhiasan alat kerajaan raja yang bermahkotakan. Maka
setelah sudah RajaDewa Lela Mengerna berhias itu maka berbunyilah segala bunyibunyian dan terkembanglah payung alat kerajaan. Maka terdirilah cogan alamat dan
sekalian panji-panji itu berbagai-bagai warnanya dan Inderaputeraserta Nobat Rom
Syah pun naik di atas mengaturkan segala raja-raja yang mengenderai gajah dan
kuda, dan seketika memacukan kudanya itu mengaturkan segala menteri hulubalang
dan orang yang kaya-kaya serta segala rakyat sekaliannya.
Maka Raja Dewa Lela Mengerna pun naik ke atas perarakan. Maka
perarakan itu pun berkisar-kisar akan dirinya dan berumbaiumbaikan metia dikarang
terlalu indahnya itu dan berpalu-paluan seperti bunyi-bunyian terlalu ramai bunyinya
itu. Maka serta datang ke mahligai Tuan Puteri Seri Ratna Gemala Nehran dan
Inderaputera dan Nobat Rom Syah pun memimpin tangan Raja Dewa Lela Mengerna
lalu naik ke mahligai Tuan Puteri Seri Ratna Gemala Nehran seraya didudukan orang
pada pihak kanan tuan puteri di atas pemujaan itu. Setelah sudah maka dinikahkan
oranglah. Maka tirai kelambu yang keemasan itu pun dilabuhkan oranglah. Maka
Raja Dewa Lela Mengerna pun duduklah dengan tuan puteri bersuka-sukaan.
Maka Raja Bahtadhar Syah pun mengatur akan segala anak rajaraja dan
perdana menteri hulubalang sekalian dan orang yang kayakaya dan rakyat semuanya.
Setelah sudah maka hidangan pun diangkat oranglah dan segala raja-raja dan perdana
menteri dan orang kaya-kaya itu serta dengan rakyat semuanya pun makanlah.
Setelah sudah makan maka minuman pula diangkat oranglah. Maka piala yang
keemasan yang bertatahkan ratna mutu maknikam itu pun diedarkan dan beberapa
pula bunyi-bunyian dipalu oranglah betapa adat raja-raja makan minum. Setelah
sudah makan minum maka Raja Bahtadhar Syah pun memberi persalin akan segala
raja-raja serta Inderaputera dan Nobat Rom Syah dan sekalian hulubalang menteri
dan rakyat hina-dina masing-masing pada kadarnya. Setelah sudah, kemudian
daripada itu beberapa hari maka Nobat Rom Syah pun bermohon pada Raja
Bahtadhar Syah.

39

Maka ujarnya Raja Bahtadhar Syah, Hai anakku Nobat Rom Syah,
belumlah lagi puas hatiku pada tuan dan banyaklah kasih tuan kepada ayahanda,
(KENNY)Maka sembah Nobat Rom Syah, Ya tuanku Syah Alam banyaklah pula
ampun kurnia Syah Alam menganugerahkan pada patik hamba, maka Nobat Rom
Syah pun bermohon pula kepada Raja Dewa Mengerna, dan sahut Raja Dewa
Mengerna, Hai saudaraku Nobat Rom Syah belumlah rasanya puas hatiku lagi kita
bersuka-sukaan dengan adinda itu Inderaputera. Apatah daya kita kerana Tamar Jalis,
anak Tamar Buga belumlah puas dan belum putus pekerjaan itu lagi.
Setelah demikian Inderaputera pun berkirim kain bekas tubuhnya akan
isterinya Tuan Puteri Jamjam Dewi Gemala dan berkirim sembah kepada Tahir Johan
Syah.
Maka ujarnya Nobat Rom Syah kepada Inderaputera, Hai sau'daraku jika
ada barang suatu pekerjaan jangan tuan hamba alpakan hamba. Dan setelah sudah
Nobat Rom Syah berpesan demikian itu maka Nobat Rom Syah pun berjalan kembali
ke negerinya serta dengan bala tenteranya itu sampailah ke negerinya sudah.
Syahadan maka Raja Bahtadhar Syah pun kembali, kemudian daripada itu.
Maka titah pada Ratna Dewi Lela Mengerna dan kepada Tuan Puteri Seri Ratna
Gemala Nehran seraya berkata, Wahai anakku baik-baik penaruh ayahanda akan
Inderaputera ini kepada anakku dan sampaikanlah barang kisahnya kerana kasihnya
banyak kepada anakku supaya masyhurlah nama anakku pada tanah manusia.
Maka Raja Dewa Lela Mengerna pun menyembah kepada Raja Bahtadhar
Syah dan baginda pun berangkat kembali ke negerinya dengan segala raja-raja. Maka
segala raja-raja itu pun bermohon kepada Raja Dewa Lela Mengerna dan pada
Inderaputera. Setelah sudah maka Inderaputera pun duduklah kepada mahligai tuan
puteri itu, dan segala hikmat Raja Dewa Lela Mengerna dan hikmat tuan puteri itu
pun habislah diperolehnya dan arif bijaksananya tuan Puteri Seri Ratna Gemala
Nehran pun diperolehnya habis. Maka Inderaputera pun makin bertambah-tambah
arifnya dan bijaksananya. Syahadan pelbagai jenis permainan diperolehnya itu.

BAB VII
DITERBANGKAN OLEH JIN
Al-kisah peri diwartakan orang tatkala Inderaputera diterbangkan oleh jin
Tamar Buga, dan peri mengatakan tatkala Inderaputera jatuh ke tanah Dewa Lela,
dan peri mengatakan Inderaputera beroleh isteri anak Raja Gurjanis yang bernama
Tuan Puteri Telela Madu Ratna dan nama negerinya Zanun. Adapun tuan puteri itu
terlalu elok rupanya, pantas manis barang lakunya, dan peri mengatakan tatkala
Inderaputera dikepung oleh Raja Gurjanis pada mahligai Tuan Puteri Telela Madu
Ratna, dan peri mengatakan tatkala Inderaputera bertemu dengan bukit permata dan
bukit zamrut dan bukit emas dan bukit tembaga suasa dan bukit perak dan bukit besi,
demikian diceterakan oleh orang yang empunya cetera ini.
Tatkala sekali persetua Raja Dewa Lela Mengerna dan Inderaputera pergi
berburu daripada pagi-pagi hari datang kepada petang seekor perburuan pun tiada
diperolehnya. Maka ujarnya oleh Raja Dewa Lela Mengerna kepada Inderaputera,
Hai saudaraku tunggu hamba seketika di sini, hamba hendak pergi buang air
Maka ujar oleh Inderaputera, Baiklah saudaraku dan Raja Dewa Lela
Mengerna pun pergilah mencari tempat Ialu berjalan pada ketika itu dan Inderaputera

40

pun berhentilah di bawah pohon kayu itu, terlalu amat rampak daunnya kayu itu.
Maka ia pun turun dari atas kudanya itu dan kudanya itu pun ditambatkannya di
bawah pohon kayu itu. Maka Inderaputera pun tidurlah serta melepaskan
senjatanya di atas hamparan kudanya itu dan pedangnya pun didakapnya tidur.
Arakian tersebutlah perkataan jin Tamar Buga, maka selama itu mendengar anaknya
mati dibunuh oleh Inderaputera, maka ia pun terlalu marahnya seraya ia pergi
mencari Inderaputera daripada suatu negeri kepada suatu negeri daripada sudut
padang kepada suatu padang dicarinya tiada juga bertemu dengan Inderaputera. Hatta
terdengarlah Inderaputera itu ada diam dengan Raja Dewa Lela Mengerna. Maka ia
pun pergi mencari kepada tempat itu dan dilihat oleh Tamar Buga Inderaputera lagi
tidur di bawah pohon kayu itu yang rendang itu.
Maka fikir Tamar Buga, Manusia ini gerangan Inderaputera. Setelah
dilihat Raja Dewa Lela Mengerna lagi buang air itu maka ia segera memburu hendak
menangkap Tamar Buga. Maka Tamar Buga pun segera menerbangkan ke udara.
Maka hendak dibuangkannya ke dalam lautkalzum. Maka dirasa oleh Inderaputera
akan tubuhnya sejuk seraya dibuka matanya. Maka dilihat dirinya diterbangkan jin
dan ia pun segera mengunus pedangnya lalu diparangkan kepada Tamar Buga.
Syahadan Inderaputera dan Tamar Buga pun jatuh ke bumi keduanya terdiri di bumi.
Maka ujar Tamar Buga, Hai orang muda, siapa namamu? Maka sahut
Inderaputera, Namaku Inderaputera, dan demikian juga kata Inderaputera, Siapa
namamu?
Maka sahut Tamar Buga, Jikalau engkau sungguh laki-laki parangkanlah
aku sekali lagi.
Maka ujar Inderaputera, Hai dewa tiadalah adat dua kali berturut-turut.
Maka Tamar Buga pun bertempik lalu rebah mati. Kemudian maka
Inderaputera pun memandang ke kiri ke kanan. Maka dilihatnya padang yang amat
luas dan beberapa padang dan bukit yang tinggi-tinggi dan sepohon kayu pun tiada
dan sehelai rumput pun tiada. Maka Inderaputera pun hairan akan dirinya. Maka
ujarnya, Tanah manakah gerangan ini ?; dan ia pun berjalanlah serta menyerahkan
dirinya kepada Tuhan Yang Mahabesar dan Inderaputera pun berjalan naik bukit
turun bukit dan masuk hutan, terbit hutan dan masuk padang terbit padang dan
beberapa Inderaputera melihat berbagai-bagai warnanya pada jalan itu dan bertemu
dengan sungai terlalu amat luas tetapi airnya tiada dalam sehingga lutut juga
dalamnya.
Sebermula pada hulu sungai itu airnya manis dan sama tengah itu sungai itu
lemak. Seketika angin pun bertiup. Maka air sungai itu pun berombak seperti bunyibunyian dan ketam itu pun bertepok dan karang pun bersorak dan siput pun
bertanduk-tanduk. Maka Inderaputera pun hairanlah melihat karang-karangan itu.
Arakian angin pun bertiuplah.
Maka ujar karang-karangan itu, Datanglah Inderaputera anak Maharaja
Bikrama Buspa dendam kita sekalian lamanya, sudah sekarang baharu bertemu.
Maka Inderaputera pun hairan melihat karang-karangan dalam sungai itu
seraya berkata, Ajaib sekali aku melihat karang-karangan itu pun mendatangkan
kita.
Maka lalu diambil oleh Inderaputera karang-karangan itu, maka karangkarangan itu pun masak seraya dimakan oleh Inderaputera karang-karangan itu dan
kulitnya itu dilontarkannya ke dalam sungai. Maka segala karang-karangan itu pun
hidup pula semula menjadi beribu-ribu sekaliannya itu pula, sekaliannya tertawa.
Maka Inderaputera pun hairan melihat berbagai-bagai warnanya. Syahadan
Inderaputera pun berjalan ke hulu sungai itu airnya terlalu manis dirasai oleh

41

Inderaputera air sungai itu. Seketika lagi maka timbul bunga tanjung putih terlalu
permai rupanya itu.
Maka ujar bunga tanjung itu, Datang Inderaputera anak Maharaja Bikrama
Buspa, dendam kita sekian lamanya baharulah kita bertemu. Dan Inderaputera pun
hairan melihat bunga tanjung putih seraya diambilnya bunga itu lalu dipakainya oleh
Inderaputera. Maka menjadi airnya mawar.
Maka ia pun hairan akan dirinya dan seketika lagi timbul pula bunga
tanjung merah. Maka ujarnya, Datang Inderaputera anak Maharaja Bikrama Buspa,
dendam kami sekian lamanya sekarang baharulah bertemu padamu.
Maka oleh Inderaputera diambilnya bunga tanjung merah itu lalu
dipersuntingkannya dan bunga itu pun menjadi narawastu terlalu harum baunya.
Maka Inderaputera pun hairan akan bunga itu. Maka seketika lagi timbul pula bunga
tanjung biru. Maka katanya bunga tanjung biru itu, Datanglah Inderaputera anak
Maharaja Bikrama Buspa, dendamnya kami sekarang baharulah bertemu padamu.
Maka Inderaputera pun terlalu ajaib sekali bunga tanjung biru itu indah-indah
rupanya seraya diambilnya oleh Inderaputera bunga tanjung biru itu pun menjadi
perca emas terlalu harum baunya itu dan seketika lagi timbul pula bunga. tanjung
kuning lalu ia berkata pula, Datang Inderaputera anak Raja Bikrama Buspa
dendamnya kami sekian lamanya, sekarang baharulah datang bertemu dengannya
kami. Maka Inderaputera pun hairan akan dirinya seraya mengambil bunga itu.
Hatta Inderaputera pun pergi pula pada hilir sungai itu, airnya tawar dengan
sejuknya. Seketika lagi maka angin pun bertiup, maka air sungai itu pun berombak
berpalu-paluan seperti bunyi-bunyian terlalu ramai bunyinya itu. Maka ikan pun
timbul seraya berpantun dan berseloka dan ketam pun bersyair. Maka Inderaputera
pun hairan seketika dan ombak pun berhenti.
Maka ikan dan ketam pun berkata, Datang Inderaputera anak Maharaja
Bikrama Buspa, maka dendamnya kita sekian lamanya sekarang inilah baharu
bertemu.
Maka Inderaputera pun hairan sekali isi sungai itu habis semuanya
mendatangkan akan dia. Maka diambilnya ikan dan ketam itu. Maka dilihat oleh
Inderaputera sekaliannya sudah masak. Maka lalu dimakannya. Maka tulangnya itu
dilontarkannya ke dalam sungai itu. Maka ikan dan ketam itu pun hidup pula beriburibu. Maka menjadi lain pula. Maka ia pun tertawa-tawa. Maka Inderaputera pun
hairan melihat yang demikian itu. Setelah sudah Inderaputera bermain pada sungai
itu. Maka ia pun berjalan beberapa melalui bukit dan padang.
Syahadan beberapa ia melihat berbagai-bagai temasya maka Inderaputera
pun bertemu dengan suatu pada maha luas dan dilihat oleh Inderaputera padang itu
beberapa pohon kayu yang indahindah dan beberapa pohon bunga-bungaan.
Maka ujar segala bunga itu, Datang Inderaputera anak Maharaja Bikrama
Buspa dan sekian lamanya sekarang baharulah bertemu.
Maka Inderaputera pun hairan melihat bunga itu mendatangkan dia. Maka
lalu diambilnya oleh Inderaputera bunga itu ditaruhnya dideseirnya, Seketika
menjadi karang-karangan kaca kuning. Maka Inderaputera pun hairan akan dirinya
seraya berjalan dan tiap-tiap dia jalan, yang bertemu dengan bunga itu sekeliannya
mendatang akan Inderaputera juga.
Seketika bertemu dengan bunga serigading, Maka katanya, Datang
Inderaputera anak Maharaja Bikrama Buspa, dendam kami sekian lamanya, sekarang
baharu bertemu.
Maka Inderaputera pun hairan melihat akan bunga itu seraya diambilnya
serta dipersuntingnya. Maka ia pun berjalan, seketika lagi bertemu dengan sekuntum

42

bunga pula terlalu indah-indah rupanya itu dan berkata ia, Datang Inderaputera anak
Maharaja Bikrama Buspa dendamnya kita sekian lamanya, sekarang baharu bertemu.
(KIBLAT)
Maka Inderaputera pun hairan melihat bunga itu seraya diambilnya bunga
itu lalu dikendongnya, seketika lagi menjadi malai. Maka dipakai oleh Inderaputera
serta dengan hairan akan dirinya. Syahadan maka Inderaputera pun memuji-muji
Tuhan Yang Mahabesar banyak-banyak. Maka Inderaputera pun berjalan pula di
padang itu beberapa melalui padang dan serokan dan sungai.
Hatta maka Inderaputera pun bertemu dengan bukit dan dilihatnya oleh
Inderaputera daripada jauh suatu bukit terlalu hebat gilanggemilang dan bukit-bukit
itu pun berdengung-dengung seperti halilintar bunyinya. Maka Inderaputera pun
dahsyat mendengar bunyinya bukit itu. Maka ia pun fikir dalam hatinya, Wahai ke
mana aku pergi, kerana tiada jalan yang lain lagi daripada bukit ini. Maka
Inderaputera pun berjalan menuju bukit itu serta ia menyerahkan dirinya kepada
Tuhan Yang Mahabesar. Setelah sampai kepada bukit besi itu maka ia pun hairan
melihat bukit itu terlalu amat tinggi. Arakian lagi dengan besarnya dan Inderaputera
pun berjalan naik bukit itu beberapa melihat temasya berbagai-bagai aneka.
Setelah sudah Inderaputera pun turun ke sebelah bukit itu dan dilihatnya
disebelah bukit itu beribu-ribu burung tiung. Maka Inderaputera pun melihat burung
tiung itu. Maka ujarnya, Datang Inderaputera anak Maharaja Bikrarna Buspa, rawan
sekali kita sekian lamanya baharulah sekarang kita berjumpa. Maka Inderaputera
pun hairan akan dirinya. Maka ia pun berjalan dari sana.
Kalakian maka Inderaputera pun bertemu pula dengan bukit tumbuh. Maka
dilihatnya oleh Inderaputera dari jauh seperti kapas dibusar rupanya terlalu amat
besar dengan tingginya. Maka dihampirinya oleh Inderaputera. Maka airnya itu
berdengung-dengung seperti tagar di langit bunyinya. Maka Inderaputera pun
dahsyat menengar bunyi bukit itu dan Inderaputera pun naik ke atas bukit itu
beberapa melihat temasya. Setelah itu maka Inderaputera pun turun ke sebelah bukit
itu, beberapa ribu burung gagak.
Setelah itu maka apabila sampai kepada paksi itu maka ujarpaksi itu,
Datang Inderaputera anak Maharaja Bikrama Buspa, dendam kita sekian lamanya
sudah, sekaranglah baharu bertemu.
Maka ujarnya Inderaputera, Hairan sekali aku melihat paksi ini.
Hatta Inderaputera pun berjalan dari sana beberapa melihat aneka bagai
warnanya. Setelah itu maka Inderaputera pun bertemu pula dengan bukit tembaga
terlalu amat tingginya bernyala-nyala kelihatan dari jauh. Maka fikir Inderaputera di
dalam hatinya, Jala-jala apa gerangan ini, Maka dihampirinya oleh Inderaputera
dan dilihatnya bukit tembaga berdengung-dengung seperti guruh. Maka Inderaputera
pun dahsyat menengar bunyinya itu dan Inderaputera pun naik ke atas bukit itu.
Hatta Inderaputera pun beberapa memandang warna bagai-bagai.
Maka ia pun berjalan ke sebelah bukit itu dan ia bertemu dengan paksi
bagai-bagai warnanya. Maka ujarnya paksi itu, Datang Inderaputera anak Maharaja
Bikrama Buspa dendamnya kita sekian lamanya, sekarang baharulah bertemu. Dan
Inderaputera, Ajaib sekali aku melihat burung pada bukit tembaga ini.
Maka Inderaputera pun hairan seraya berjalan dari sana dan beberapa lagi
pula ia melihat yang indah-indah. Kemudian Inderaputera pun datanglah pada bukit
perak. Maka dilihatnya suatu itu, terlalu hairan menengar bunyi-bunyian bukit itu.
Maka Inderaputera pun naik ke atas bukit perak itu dan beberapa ia melihat berbagaibagai warna. Maka ia pun turun ke sebelah bukit itu dilihatnya berbagai-bagai di

43

sebelah bukit itu dan beberapa burung merak dan pergam (sejenis burung). Maka
Inderaputera pun hairan melihat burung itu. Maka Inderaputera pun berjalan pula
kepada burung merak itu. Maka merak itu pun mengigal dan burung pergam itu pun
berserdam terlalu indah-indah rupanya.
Kalakian maka ujarnya merak dan pergam, Datanglah Inderaputera anak
Maharaja Bikrama Buspa, dendamnya kita dan rawannya kita baharulah kita bertemu
sekian lamanya sekarang baharulah hilang.
Maka Inderaputera pun hairanlah melihat burung itu indah-indah rupanya
dan Inderaputera pun berjalan pula dari sana beberapa ia melihat kekayaannya Tuhan
Yang Mahabesar, dan datanglah pada bukit tembaga suasa. Maka dilihatnya bernyalanyala mernancar-mancar berkilat terlalu amat tinggi dengan besarnya. Maka
Inderaputera pun dahsyat menengarkan bunyi bukit itu berdengungdengung. Maka
fikir Inderaputera, Gunung apakah gerangan ini. Maka lalu di hampirinya dan ia
pun hairan melihat bukit tembaga suasa itu.
Maka Inderaputera pun naik ke atas bukit itu. Setelah itu maka ia pun
turunlah ke sebelah bukit itu. Maka dilihatnya beribu-ribu burung nuri berlayangan.
Maka berjalanlah Inderaputera, dihampirinya kepada burung nuri itu. Maka
burung nuri itu pun berbunyi seperti orang berbangsi yang amat merdu bunyinya.
Maka ia pun berhenti seketika. Maka ujar burung nuri itu, Datang Inderaputera anak
Maharaja Bikrama Buspa, dendam dan rawan kami sekian lamanya, sekarang
baharulah bertemu. Maka Inderaputera pun tercengang-cengang seketika melihat
burung nuri itu mendapatkan ia.
Hatta Inderaputera pun berjalanlah dari sana beberapa melalui rimba
belantara dan Inderaputera pun melihat bukit emas dari jauh mewarna memancarmancar dan berkilat-kilat. Arakian rupa pedang itu maka Inderaputera pun dahsyat
melihat bukit emas itu seraya berfikir Inderaputera. Gunung apakah gerangan ini ?
Lalu dihampirinya bukit emas itu. Maka bukit emas itu pun berkilat-kilat dan
berdengung-dengung seperti bunyi-bunyian terlalu lah ramai. Setelah Inderaputera
sampai kepada bukit emas itu lalu ia turun ke sebelah bukit itu. Maka dilihatnya
beribu-ribu burung putar dan burung tekukur.
Maka berjalanlah Inderaputera hampir kepada burung itu dan burung itu
pun berbunyi seperti orang bernyanyi dan berkecapi terlalu amat merdu bunyinya.
Maka ia berhenti seketika. Maka ujarnya burung putar dan burung tekukur,
Datanglah Inderaputera anak Maharaja Bikrama Buspa, dendamnya kami sekian
lamanya sekarang baharulah berjumpa, hilanglah rindu kami, dan Inderaputera pun
terlalu lah ajaib melihat akan burung itu demikian.
Maka Indera putera pun berjalanlah dari sana dan beberapa melalui rimba
dan padang. Maka bertemulah pula dengan bukit permata dan dilihatnya oleh
Inderaputera dari jauh gemerlapan seperti bintang di langit rupa cahayanya itu penuh
di padang itu. Maka ia pun hairanlah akan dirinya seraya berjalan menuju bukit
permata itu, serta sampai maka lalu ia pun naik ke atas bukit itu dan beberapa ia
melihat aneka-aneka bagai jenis. Seketika lagi bukit permata itu pun berdengungdengunglah seperti bunyi buluh perindu terlalu lah indah bunyinya itu. Maka
Inderaputera pun duduk seketika. Maka ia pun teringat. Maka ia pun segeralah
berjalan daripada situ. Sebermula jikalau lain daripada Inderaputera nescaya
tinggallah ia di sana dengan sebab bunyinya itu, demikianlah adanya.
Maka Inderaputera pun turunlah ke sebelah bukit itu. Maka dilihatnya oleh
Inderaputera beribu-ribu burung merpati dan burung kakak tua kedua itu pun
berbunyi lah seperti orang memalu bunyi-bunyian seraya ia berkata, Datang
Inderaputera anak Maharaja Bikrama Buspa sekian lamanya, sekaranglah baharu kita

44

bertemu dan hilanglah dendam kami.


Kalakian maka Inderaputera pun hairan melihat akan paksi itu.
Maka ia pun berjalan pula beberapa melalui hutan dan padang. Maka
Inderaputera pun bertemu dengan binatang berbagai-bagai rupanya. Maka
Inderaputera pun sampai ke gunun api. Maka dilihatnya dari jauh gunung itu
bernyala-nyala memancar-mancar seperti sampai ke udara. Seketika lagi bunyinya
pun laksana guruh dan halilintar membelah bukit rupanya dan petir kilat sabungmenyabung. Maka ia pun dahsyat melihat gunung api itu. Maka ujarnya, Inilah
gerangan gunung api itu, dan Inderaputera pun fikir dalam hatinya, Wahai ke mana
gerangan aku akan pergi sekarang ini?
Maka ia pun dukacitalah dan Inderaputera pun ingat akan gemala hikmat
itu. Maka dicitanya peri Langkurba nenek Tuan Puteri Seri Ratna Gemala Nehran
dan seketika itu juga keluarlah empat pengawal jin dari dalam gemala hikmatitu.
Maka jin itu pun menyembah, Ya tuanku apa kehendak tuanku. Maka
kata Inderaputera, Hai saudaraku terbangkan apalah kiranya aku kepada mahligai
Tuan Puteri Seri Ratna Gemala Nehran.
Dan berkata jin empat itu, Ya tuanku tahukah tuan hamba akan jauhnya
mahligai Tuan Puteri itu tujuh tahun burung terbang baharulah sampai ke sana.
Setelah Inderaputera mendengar kata jin itu maka ia pun pengsan seketika.
Setelah sedar akan dirinya maka kata Inderaputera, Hai saudaraku terbangkanlah
aku lalu daripada gunung api itu.
Maka kata jin itu, Jikalau hambamu menerbangkan tuan hamba hubayahubaya jangan tuan hamba minta air. Jika tuan hamba minta air nescaya jatuh tuan
hamba ke tasik Bahrul Asyik itu.
Maka ujarnya Inderaputera, Hai saudaraku terbangkanlah aku, tiadaku
minta akan air.
Setelah itu maka diterbangkanlah oleh jin itu lalu ke udara. Maka dilihat
oleh Inderaputera dunia ini seperti sebuah negeri juga rupanya. Kalakian setelah lalu
daripada gunung api itu. Maka Indcraputera pun sangat hangat. Maka Inderaputera
pun sangat dahaga air, tiadalah tertahan lagi.
Setelah itu maka kata Inderaputera, Hai saudaraku minta air sedikit.
Maka ia pun jatuhlah ke tasik Bahrul Asyikin.
Maka dengan tolong Tuhan yang maha besar, maka Inderaputera pun terdiri
lah di tepi tasik itu dan dilihatnya oleh Inderaputera tasik itu rumputnya daripada
kuma-kuma dan pasirnya daripada emas dan gersiknya daripada kapur barus.
Syahadan lumpurnya daripada kasturi dan pada tasik itu beberapa lancang dan pelang
daripada emas dan perak dan tembaga suasa dan sekalian itu bertatahkan ratna mutu
maknikam. Arakian beberapa bunga dan nagam dan ukir dan kalok terkena pada
segenap lancang dan pelang itu beberapa panji-panji terdiri berbagai-bagai warna dan
cembulnya daripada mutiara dan beberapa payung indah-indah terkembang pada
segala panji-panji dan pada sekalian lancnag dan pelang itu gemerencing bunyi
gegetarnya.
Syahadan dilihatnya oleh Inderaputera di atas lancang itu segala anak rajaraja semuanya asal daripada dewa dan anak raja jin dan anak raja peri dan anak raja
cendera dan sekaliannya memakai pakaian keemasan dan memakai mahkota yang
keemasan. Maka segala raja-raja itu bermain lancang dan pelang dan berlumbalumba dan langgar melanggar masing-masing dengan permainannya, syahadan
bertatahkan mutu maknikam. Maka segala anak-anak raja itu pun terlalu ramai
dengan segala bunyi-bunyian duduk bermain-main pada tasik itu seraya berharebab
dan kecapi dan bersyair dan berpantun terlalu indah-indah sekali dilihatnya oleh

45

Inderaputera segala anak raja-raja itu.


Hatta-maka Inderaputerapun mencitakan geliga Panca Mayan dari peri itu.
(LAZUARDY)Maka dengan seketika itu juga turun angin ribut taufan kelam-kabut
guruh petir kilat sabung-menyabung. Maka tasik Bahrul Asyikin berombaklah
dengan segala lancang dan pelang itu pun habislah karam. Maka segala anak raja-raja
itu berenanglah dalam tasik itu dan segala anak raja-raja itu pun menyesallah dan ada
yang tenggelam, setengah ada yang naik ke tepi tasik itu dan ada yang setengah
segera berenang bertemu dengan Inderaputera.
Maka ujarnya Inderaputera, Hai segala tuan-tuan mengapa semuanya
habis basah?
Maka ujarnya anak raja-raja itu, Hamba apa duduk bermainmain pada
tasik itu. Tiba-tiba datanglah ribut dengan taufan dan segala lancang dan pelang
hamba pun habislah karam. Arakian maka saudara-saudara kami pun banyaklah mati
tenggelam di tasik itu.
Maka Inderaputera pun tersenyum-senyum menengar kata segala anak rajaraja itu. Maka Inderaputera pun berkata, Hai tuan-tuan sekalian jikalau ada lancang
dan pelang itu timbul dan segala saudara tuan-tuan pun hidup pula ia apa tuan hamba
sekalian berikan kepada hamba.
Setelah segala anak-anak raja itu menengar perkataan Inderaputera yang
demikian itu. Maka sekaliannya memandang sama sendirinya dan berkata segala
anak raja-raja itu, Jika sungguh seperti kata tuan hamba itu apa kehendak tuan
hamba kami sekalian beri.
Setelah demikian maka Inderaputera pun membubuh suatu hikmat ke dalam
tasik itu. Maka dengan seketika itu juga angin pun teduh lah dan ombak pun
berhentilah. Maka segala lancang dan pelang itu pun habislah timbul dan segala anak
raja-raja yang ada di darat itu pun hairanlah melihat segala lancang dan pelang itu
timbul dan segala anak raja-raja itu pun hidup pula.
Maka ujarnya oleh Inderaputera kepada segala anak raja-raja itu, Hai
saudaraku bagaimana perasaan tuan hamba tatkala di dalam tasik itu?
Maka ujarnya anak raja-raja itu, Hai saudaraku perasaanku tadi seperti
belayarlah rasanya tatkala angin ribut taufan itu. Maka segala lancang dan pelang itu
pun sampailah rasanya kepada sebuah negeri dan hamba sekalian pun naik mengadap
raja di dalam negeri itu terlalu baik rupanya. Syahadan dihadap oleh segala
menterinya rasanya. Maka ia berkata-kata seraya ia memandang kepada
Inderaputera.
Maka ujar segala anak raja-raja akan Inderaputera, Perasaan hamba bagai
tuan hamba nyata rasanya hamba hadapi tadi seperti tuan hamba.
Maka Inderaputera pun tersenyum menengar kata segala anak raja-raja itu.
Kalakian maka kata segala anak raja raja itu, Hai orang muda berkata benar-benar
apalah tuan hamba supaya terang hati hamba apa; sebermula siapa tuan hamba dan
dari mana tuan hamba datang ke mari ini.
Maka sahut Inderaputera, Hai anak-anak raja-raja bahawa hambalah yang
bernama Inderaputera anak Maharaja Bikrama Buspa, hambalah manusia. Maka
diceterakannyalah segala hal-ahwal daripada permulaan datang kepada
kesudahannya.
Maka apabila didengar oleh segala anak raja-raja itu akan gagah perkasa
Inderaputera itu. Maka ujarnya, Maka seharuslah tuan hamba anak pada Maharaja
Bikrama Buspa itu maka dapat tuan hamba sampai ke mari ini kerana tiadalah pernah
manusia sampai ke mari ini. Berbahagialah sekalian hamba bertemu dengan tuan
hamba. Setelah demikian maka ujarnya segala anak raja-raja itu, Ya tuanku puas

46

rasanya hati hamba apa sekalian.


Maka ujar Inderaputera, Hai saudaraku sekalian adapun yang kasih tuan
hamba apa sekalian itu jika belum pun, serasa sudah, tetapi akan hamba ini hendak
pergi bermain-main.
Maka ujar segala anak raja-raja itu, Jikalau demikian hamba sekalian pun
bersertalah dengan tuan hamba.
Maka Inderaputera pun tersenyum seraya berkata, Hai saudaraku
kembalilah tuan hamba sekalian dahulu kepada ayah bonda tuan hamba sekalian.
Jikalau ada kasih tuan hamba sekalian akan hamba, barang di mana ada hamba
dapatkan juga hamba jangan tiada.
Setelah demikian itu maka Inderaputera pun bermain-main dengan segala
anak raja-raja itu. Setelah sudah bermain itu maka segala anak raja-raja itu pun
bermohonlah kepada Inderaputera.
Setelah sudah maka ujar Inderaputera, Janganlah saudaraku lupakan
hamba.
Maka segala anak raja-raja itu pun kembalilah masing-masing ke
negerinya. Kalakian maka Inderaputera pun berjalanlah masuk padang dan terbit
padang dan masuk hutan keluar hutan dan beberapa melalui bukit yang besar-besar
dan beberapa melalui sungai yang besar-besar. Maka Inderaputera pun sampailah ke
tasik Bahrul Asyikin dan dilihatnya tasik itu rumputnya daripada kumakum a dan
pasirnya daripada emas urai dan gersiknya itu daripada kapur barus dan lumpurnya
itu daripada kasturi dan batunya itu daripada permata yang indah-indah. Syahadan
pada tengah tasik itu ada suatu pulau bernama Biram Dewa seperti gajah rupanya
sebab itulah maka dinamai Pulau Biram Dewa itu.
Hatta maka Inderaputera pun duduk bermain-mainlah ditepi tasik itu
berjalan-jalan melihat segala yang indah-indah itu. Seketika lagi maka angin pun
bertiup-lah sepoi-sepoi bahasa dan tasik itu pun berombaklah seperti awan rupanya
dan arusnya itu pun berdengung-dengung seperti bunyi orang berbangsi bunyinya itu.
Maka ombak pun memancar-mancar laksana naga rupanya. Setelah demikian itu
maka angin pun teduh. Maka dilihatnya oleh Inderaputera pada Pulau Biram. Dewa
itu ada seorang perempuan terlalu amat elok rupanya. Maka seketika lagi maka
datanglah pula dua orang laki-laki terlalu amat pantas dan sikapnya, datangnya
daripada ghaib mengusir perempuan itu.
Maka perempuan itu pun menjadikan dirinya bunga tanjung dan bunga air
mawar terlalu indah-indah rupanya dan eloknya. Syahadan maka dua orang itu pun
menjadikan dirinya kumbang dan tubuhnya daripada zamrud dan tangannya daripada
hablor dan matanya daripada-mutiara dan kukunya aa:npada mlam yang terlalu
mdah-Indah. Kumbang itu pun menjadikan dirinya pula burung kuntul dan rajawali
terbang menyambar merebut kan permata itu. Maka Inderaputera pun hairan melihat
perempuan itu dan laki-laki dua orang itu berbagal-bagai Kejadiannya merebutkan
perempuan itu.
Hatta seketika lagi pula disambar oleh burung kuntul. Maka disambar pula
oleh burung rajawali akan permata itu terlalu indahindah seketika rupanya itu.
Maka berbunyilah suatu suara didengar oleh Inderaputera demikian
bunyinya, Wahai manakala gerangan datang Inderaputera anak Maharaja Bikrama
Buspa ke mari, supaya putuslah pekerjaanku ini.
Maka Inderaputera pun hairan menengar suara itu berseru-seru akan dia itu.
Maka pada fikir Inderaputera siapa gerangan itu. Setelah demikian maka permata itu
pun jatuh ke dalam laut menjadi bunga pauh janggi terlalu indah-indah rupanya
dilihatnya oleh Inderaputera, Arakian maka burung kuntul dan burung rajawali itu

47

pun melayanglah turun ke dalam tasik itu menjadikan dirinya naga bersisikkan emas
berculakan zamrut dan matanya daripada maknikam, dan naga itu pun terlalu indahindah rupanya dilihatnya oleh Inderaputera. Maka naga itu pun berjuanglah dalam.
tasik itu terIalulah ramai bunyinya dan tasik itu pun berombaklah laksana gempa
rupanya.
Ada pun Pulau Biram Dewa itu seperti taufan dan seperti guruh bunyinya
dilihat oleh Inderaputera naga itu berjuang merebutkan bunga tanjung biru itu. Hatta,
kalakian maka berbunyi lah pula suara itu didengar oleh Inderaputera. Maka
Inderaputera pun hairan menengar suara itu berseru-seru akan dia. Maka angin pun
teduhlah.
Maka naga itu pun ghaibiah daripada tasik itu. Maka dilihat oleh Inderaputera empat orang perempuan berdiri pada tasik itu terurai-urai rambutnya
seperti menampar dadanya telah hilanglah tuan puteri.
Setelah didengar oleh Inderaputera kata perempuan itu maka ia pun berfikir
di dalam hatinya, Baik juga aku pergi bertanya kepada perempuan itu. Maka
Jnderaputera pun berjalan lah ke dalam tasik itu lalu sampailah kepada Pulau Biram
Dewa itu. Lalu naik ia ke atasnya pulau itu mendapatkan perempuan empat orang itu.
Maka kata Jnderaputera, Hai suadaraku sekalian apa persetuanya
perempuan itu diusir oleh dua orang laki-laki tadi?
Maka sahut perempuan yang empat orang itu, Hai saudaraku orang muda,
adapun sebabnya perempuan itu diusir oleh laki-laki dua orang itulah tuannya beta,
namanya Tuan Puteri Cahaya Seganda Iram, dan nama ayahnya itu Raja Bungar Syah
dan nama bondanya itu Tuan Puteri Menyerma Dewa. Sebermula laki-laki itu anak
raja mambang, seorang namanya Gerdana Kilat dan seorang namanya itu Dikar
Agus.
Maka berkata pula Inderaputera, Hai dayang-dayang apa persetuanya itu
diperhambat oleh raja mambang kedua itu?
Hatta maka inang pengasuh Tuan Puteri Cahaya Seganda Iram itu pun
berceterakanlah kepada Inderaputera demikian bunyinya, Hai orang muda, ada pun
Raja Bungar Syah itu bangsanya daripada - cendera. Adalah pada sekali persetua
Maharaja itu berputera seorang perempuan terlalu elok paras dan sikapnya. Maka
baginda menamai puteranya itu Puteri Seganda Cahaya Iram kerana tuan puteri itu
dapat menjadikan dirinya itu permata dan seketika dapat menjadikan dirinya itu
bunga tanjung sebab itulah maka dinamai Tuan Puteri Seganda Cahaya Irarn. Dan
tuan puteri itu ditaruh oleh ayahnya dalam cembul mutiara.
Maka adalah pada sekali persetua baginda duduk semayam dihadap oleh
segala perdana menteri dan hulubalang. Pada tatkala itu maka datanglah anak raja
yang bernama Gerdana Kilat itu sujud menyembah maharaja itu seraya berdatang
sembah demikian sembahnya-Ya tuanku Syah Alam, patik minta diperhamba ke
bawah duli yang dipertuan. Maka titah baginda kepada anak raja mambang itubaiklah hai anakku apatah salahnya kita berkasih-kasihan. Maka anak raja mambang
itu pun sukacitalah-berolehlah aku akan anak puteri itu menjadi akan isteriku. Maka
ia pun sangatlah khidmat akan maharaja itu.
Maka terdengarlah khabar itu kepada raja mambang yang lain yang
bernama Dikar Agus bahawa anak Bungar Syah yang bernama Tuan Puteri Seganda
Cahaya lram terlalu amat elok rupanya dan cantik manis barang kelakuannya, sedap
manis barang perkataannya, lemah lem but akan jalannya. Maka pergilah ia
mengadap baginda itu serta berdatang sembah demikian-Ya tuanku Syah Alam patik
mintalah diperhamba ke bawah duli yang dipertuan. Maka titah maharaja itu-apatah
salahnya kita berkasih-kasihan. Maka kedua anak raja mambang itu pun duduklah

48

mengadap Raja Bungar Syah.


Beberapa lamanya ia berkhidmat itu maka tuan puteri itu pun sudahlah
umurnya besar panjang.
(LUTHFAN)Maka anak raja mambang kedua itu pun berdatang sembah demikian
bunyinya-Ya tuanku Syah Alam manatah perjanjian yang dipertuan dengan patik
kerana patik duduk menanti paduka anakanda itu. Maka sekarang ini paduka
anakanda itu sudahlah besar panjang sampai sudah umurnya itu. Setelah Raja Bungar
Syah menengar sembah anak raja mambang kedua itu maka baginda pun tunduk
berdiam dirinya. Setelah anak raja mambang kedua itu menengar dan melihat
maharaja itu berdiam dirinya maka ia pun berdatang sembah pula-Ya tuanku hendak
berhambakan patik sekarang mengapa tuanku berdiam diri seolah tiada mahu
berhambakan patik rupanya. Tetapi tuanku raja besar, syahadan dermawan
bertambah-tambah lagi arif serta budiman, mengapatah tuanku mengubahkan janji
tuanku.
Setelah sudah anak raja mambang kedua berdatang sembah itu maka
baginda pun fikir dalam hatinya-betapa peri nya aku hendak memberikan anakku
kepada anak raja mambang itu kerana ia dua orang. Arakian anakku hanya seorang,
betapa periku memberikan. Maka ia pun tiadalah lagi terbicarakan seraya bertitah
Raja Bungar Syah-hai anakku raja mambang kedua nantilah dahulu hamba
membicarakan pekerjaan itu. Sebermula jikalau tuan hamba seorang dapatlah hamba
bicarakan ini kerana tuan hamba dua orang, tiadalah terbicarakan oleh hamba.
Setelah didengar anak raja mambang kedua itu maka ia pun tunduklah diam.
Maka baginda pun masuklah ke dalam istana dengan masyghul. Maka
baginda bertitah kepada isterinya-hai adinda puteri apa bicara anak kita hendak
dipinta oleh anak raja mambang kedua itu. Setelah demikian maka ia pun menangi sI
ah terlalu sangat. Maka Raja Bungar Syah pun tiadalah lagi terbicara lalu baginda
pun datang sakit yang amat sangat sekira-kira empat puluh hari lamanya. Maka
baginda pun afiat. Setelah demikian itu baginda pun memanggil menterinya dan
mangkubumi. Setelah mangkubumi pun datang maka baginda pun mengambilloh lalu
disurat titah mahal aja-Hai mangkubumi dengarlah aku berpesan kerana terlalulah
sangat keras sakitku ini.
Maka baginda pun berpesan pula pada isterinya dan pada menterinya dan
pada mangkubumi-Jikalau aku mati hendaklah kamu sekalian bicarakan anakku ini
dan negeriku, bela pelihara baik-baik dan jikalau anakku pergi barang ke mana
tempat sekali pun bawa loh ini jangan dicerainya akan anakku oleh tuan hamba apa
sekalian daripadanya. Setelah sudah raja berpesan demikian itu maka baginda
sangatlah letih tubuhnya. Maka adalah kira-kira tujuh malam beberapa tabib
mengenakan ubat tiada boleh sembuh. Hatta maka baginda pun hilanglah. Maka
sekalian isi negeri pun dukacita.
Syahadan beberapa lamanya maka kedua anak raja mambang pun
datanglah kepada mangkubumi. Maka ujarnya-Hai mangkubumi hendaklah engkau
bicarakan pesan baginda itu kepada tuan hamba. Setelah didengar oleh mangkubumi
perkataan anak raja mambang kedua itu maka mangkubumi pun menghimpunkan
segala menteri hulubalang dan orang kaya-kaya sekalian akan mesyuarat. Maka ujar
segala menteri-baik juga kita panggilkan segala ahli nujum itu supaya kita suruh ia
lihat padanya betapa kesudahannya pekerjaan Tuan Puteri Seganda Cahaya Iram ini.
Maka disuruhlah panggil segala ahli nujum. Maka berkata mangkubumi
kepada segala ahli nujum itu-lihatnya olehmu pada nujum itu, hamba pinta lihat baik
dengan sebenarnya akan keadaan tuan puteri ini betapa kelak kesudahannya akan
jadinya. Maka ahlil nujum itu pun melihat nujumnya. Maka setelah sudah dilihatnya

49

maka ujar segala ahlil nujum itu-Ya tuanku Perdana Menteri jika hendak putuskan
pekerjaan puteri itu hendaklah tuan puteri itu bersama-sama dengan loh lazuardi itu
ditaruhkan pada Pulau Biram Dewa itu niscaya datang seorang manusia yang
bernama Inderaputera anak Maharaja Bikrama Buspa ia itulah kelak akan memutuskan pekerjaan tuan puteri itu dengan anak raja mambang kedua itu.
Setelah mangkubumi menengar kata ahlil nujum itu maka mangkubu mi
dan bondanya tuan puteri itu pun datanglah menaruhkan tuan puteri dengan inang
pengasuhnya dalam cembul mutiara dan lah lazuardi itu pun ditaruhkannya dalam
Pulau Biram Dewa itu juga. Sebermula ada pun cembul permata itu adalah laksana
sebuah mahligai rasanya. Demikian tatkala Tuan Puteri Seganda Cahaya Iram itu
mandi atau bermain pada Pulau Biram ini maka dilihatnya oleh raja mambang kedua
itu. Maka diusirnya tuan puteri; itulah halnya hai orang muda.
Maka setelah didengarnya oleh Inderaputera cetera inang pengasuhnya itu
maka Inderaputera pun berkata, Hai dayang-dayang jikalau ada lah itu daripada
bahasa cenderakah.
Maka jawab dayang-dayang itu, Jikalau bahasa cendera sekali pun dapat
juga dibaca oleh Inderaputera surat-surat itu.
Maka Inderaputera pun tersenyum seraya berkata, Hai dayangdayang
adakah orang dalam negeri ini?
Maka sahut dayang-dayang itu, Hai orang muda, tiada orang negeri ini
melainkan pulau ini juga.
Maka berkata Inderaputera, Hai dayang-dayang jikalau ada orang
memutuskan pekerjaan tuan puteri itu apa diberikan akan dia ?
Maka kata inang pengasuhnya itu, Hai orang muda siapa namamu dan
siapa nama ayah bondamu.
Maka sahut Inderaputera, Akulah yang bernama Inderaputera anak pada
Maharaja Bikrama Buspa. Maka ujar Inderaputera pula, Hai dayang-dayang akulah
yang dinanti-nanti itu. Seraya diceterakannya segala hal-ahwal nya itu daripada
permulaannya datang kepada kesudahannya sekalian habis diceterakannya kepada
dayangdayang itu. Maka segala inang pengasuhnya dan dayang-dayangnya itu pun
hairan menengarkan cetera Inderaputera itu.
Syahadan maka ia pun segeralah berseru-seru akan Tuan Puteri Seganda
Cahaya Iram itu. Kalakian maka bunga tanjung biru itu pun timbullah dan hari pun
petanglah. Maka disambut oleh inang pengasuhnya akan bunga tanjung biru itu.
Arakian maka tuan puteri pun menjadikan dirinya manusia terlalu l ah elok rupanya.
Maka Inderaputera pun hairan melihat akan parasnya tuan puteri itu.
Maka ujarnya puteri itu pada inang pengasuhnya, Hai dayang dari mana
datangnya manusia ini ? Maka sahut inang pengasuhnya itu lalu diceterakannya
kepada tuan puteri itu, akan segala cetera Inderaputera itu pun diceterakannya.
Maka tuan puteri pun terlalu sukacita hatinya itu sebab Inderaputera datang
itu, maka ujarnya tuan puteri kepada Inderaputera seraya menangis katanya, Ya
tuanku Inderaputera, putuskan apalah kiranya pekerjaan hamba dengan anak raja
mambang kedua itu. Sebermula lamalah sudah hamba menantikan tuan hamba,
sekarang baharu dipertemukan oleh Tuhan Yang Mahabesar dengan tuan hamba.
Maka ujar Inderaputera kepada tuan puteri, Hai adinda janganIah tuan
hamba bercinta dan dukacita lagi. Hambalah yang memutuskan pekerjaan adinda
itu.
Maka tuan puteri pun terlalulah sukacita menengar perkataan Inderaputera
itu. Kalakian maka dilihatnya oleh raja mambang yang bernama Gerdana Kilat dari
atas tebing tasik itu ia duduk lihat bahawa tuan puteri duduk berkata-kata dengan

50

seorang laki-laki muda itu maka ia pun marah seraya turun berhadapan dengan
Inderaputera. Maka Inderaputera pun tersenyum-senyum. Maka Gerdana Kilat pun
makin sangat-sangat marahnya seraya menghunuskan pedangnya memarang kepada
Inderaputera, kenalah tubuhnya cemerlang keluar api memancar-mancar ke udara.
Maka Inderaputera pun tertawa dan Tuan Puteri Seganda Cahaya Iram dan segala
inang pengasuhnya pun hairan melihatkan gagah perkasa Inderaputera itu.
Arakian maka apabila dilihat oleh raja mambang yang bernama Dikar Agus
akan hal Gerdana Kilat lagi berperang dengan seorang laki-laki maka Tuan Puteri
Seganda Cahaya Iram itu ada berdiri, maka Dikar Agus pun segera turun mengusir
tuan puteri itu. Setelah itu dilihat oleh Gerdana Kilat Dikar Agus mengusir tuan
puteri itu. Maka setelah dilihat oleh Inderaputera demikian itu seraya katanya, Hai
anak raja mambang kedua, janganlah tuan hamba kedua merebutkan tuan puteri itu.
Marilah hamba putuskan pekerjaan tuan hamba.
Kalakian Tuan Puteri Seganda Cahaya Iram pun memuji-muji Inderaputera,
dan anak raja mambang kedua pun setelah datang ke hadapan Inderaputera maka ujar
Inderaputera kepada anak raja mambang kedua itu, Hai saudaraku janganlah tuan
hamba berlelahkan dirinya tuan hamba akan pekerjaan tuan puteri ini hambalah akan
memutuskan pekerjaan itu.
Setelah anak raja mambang kedua itu menengar kata Inderaputera itu maka
anak raja mambang kedua itu pun berkata, Hai orang muda, siapa nama tuan hamba
ini dan siapa nama ayah bondanya tuan hamba itu. Syahadan bangsa mana tuan
hamba ini?
Maka ujarnya Inderaputera, Hai tuan-tuan anak raja besar kedua, maka
hambalah yang bernama Inderaputera anak pada Maharaja Bikrama Buspa.
Setelah didengar oleh anak raja mambang kedua itu namanya Inderaputera
maka segeralah ia datang mendapatkan Inderaputera lalu berjabat tangan seraya
berkata, Tuan hambalah memutuskan pekerjaan hamba ini.
Maka Inderaputera pun menyambut tangan anak raja kedua itu dengan
hormatnya. Maka kata Inderaputera, Hai saudaraku marilah tuan hamba kita pergi
ke tasik itu.
Maka ujar anak raja mambang kedua itu, Baiklah tuanku Inderaputera.
Maka Inderaputera pun pergilah ke tasik itu membawa anak raja mambang
kedua itu serta dengan Tuan Puteri Seganda Cahaya Iram. Sebermula tasik itu
ditembok dengan batu permata daripada sembilan bagai. Syahadan airnya itu seperti
air mawar terlalu indah rupa-nya.
Setelah Inderaputera dan anak raja mambang kedua sampai ke tasik itu
maka ujarnya Inderaputera kepada Tuan Puteri Seganda Cahaya Iram. Hai adinda
puteri hendaklah adinda bercermin ke dalam itu.
Maka tuan puteri itu pun bercerminlah ke dalam tasik itu. Maka dengan
seketika itu juga bayang-bayang tuan puteri pun menjadi seorang perempuan serupa
dengan Tuan Puteri Seganda Cahaya Iram itu tiadalah lagi bersalahan.
Maka ujar Inderaputera pada anak raja mambang yang bernama Gerdana
Kilat itu, Hai saudarau segeralah sambut tuan puteri yang di dalam tasik itu.
Maka Gerdana Kilat melihat ke dalam tasik itu. Maka ada seorang'
perempuan serupa dengan tuan puteri itu. Maka ia pun segeralah turun ke dalam tasik
serta disambutnya perempuan itu seraya dibawa naik, dibandingkannya dengan Tuan
Puteri Seganda Cahaya Iram itu tiadalah bersalahan lagi rupanya. Gerdana Kilat dan
Dikar Agus itu pun hairan melihat arif dan bijaksana Inderaputera itu serta dengan
sukacita hatinya sebab bayang-bayang menjadi manusia itu. Maka dinamai oleh
Inderaputera Tuan Puteri Seganda Cahaya Bayang-bayang. Maka Gerdana Kilat dan

51

Dikar Agus pun datang menyembah Inderaputera. Syahadan beberapa dengan pujipujian akan Inderaputera maka Tuan Puteri Seganda Cahaya Iram dan Tuan Puteri
(MIRADZ)Seganda Cahaya Bayang-bayang itu pun datang menyembah
Inderaputera.
Arakian beberapa puji-pujiannya akan Inderaputera maka kata Tuan Puteri
Seganda Cahaya Iram, Ya tuanku Inderaputera baik juga tuan bercemar-cemar kaki
tuan hamba bermain-main ke negeri hamba supaya puas rasa hati bonda hamba itu.
Maka kata Inderaputera, Baiklah tuan.
Hatta maka Inderaputera pun berjalanlah dibawa oleh Tuan Puteri Seganda
Cahaya lram ke negerinya diiringkan oleh Gerdana Kilat dan Dikar Agus. Kalakian
diwlftakan oranglah kepada bonda Tuan Puteri Seganda Cahaya Iram dan
mengkubumi mengatakan bahawa tuan puteri telah bertemu dengan Inderaputera itu.
Syahadan peri mengatakan bayang-bayang Tuan Puteri Seganda Cahaya Iram telah
menjadi seorang perempuan serupa dengan Tuan Puteri Seganda Cahaya [ram
adanya. Setelah didengar oleh bonda tuan puteri dan mangkubumi bahawa
Inderaputera datang ke negerinya itu maka bonda tuan puteri pun terlalu sukacita
serta menghiasi akan pengadapan daripada sakhlat dan baldu serta dengan tabir
langit-langit dan tirai yang keemasan.
Syahadan angkubumi menyuruhkan orang membaiki lebuh pekim dan
menghimpunkan segala menteri hulubalang dan orang kaya-kaya pergi mengalualukan Inderaputera dan mendapatkan Tuan Puteri membawa gajah kuda serta bunyibunyian. Maka terlalulah ramai bunyinya. Arakian maka Inderaputera pun datanglah.
Setelah dilihat oleh bonda tuan puteri dan mangkubumi akan Inderaputera datang itu,
maka ia pun segeralah datang mendapatkan Inderaputera dengan takzimnya. Maka
dipeluk dan diciumnya oleh mangku bumi akan dia pada Inderaputera itu dan
sekalian mereka itu pun hairan melihat akan Inderaputera itu terlalu amat elok
rupanya.
Syahadan maka Inderaputera pun disuruhkan oleh mangkubumi naik gajah
itu dan terkembanglah payung berbagai-bagai warnanya dan anak raja mambang
kedua itu pun naik kudanya dan tuan puteri kedua pun naik usungan dibawa orang
berjalan masuk ke negeri itu serta dengan segala bunyi-bunyian dan diiringkan oleh
segala menteri dan hulubalang dan orang kaya-kaya sekalian. Hatta maka orang di
dalam negeri itu pun berlari-lari ke sana ke mari, dan mana yang melihat itu pun
hairan akan dirinya melihat akan rupanya Inderaputera itu terlalulah elok manis rupa
dan sikapnya. Maka segala pekan pasar itu pun penuhlah, dan segala orang dipekan
penuh sesaklah dan segala dinding pun habislah roboh-roboh dan segala pagar pun
habis condonglah daripada sebab kebanyakan orang hendak melihat akan rupa
Inderaputera yang bersamanya. Jikalau aku beroleh gerangan akan menantuku
terlalu baik sekali.
Maka sekalian mereka itu pun menaruh percintaan kasih akan Inderaputera
itu masing. masing berahikan Inderaputera itu. Setelah demikian maka Inderaputera
pun masuklah ke istana Tuan Puteri Seganda Cahaya Iram itu. Maka bonda tuan
puteri pun turunlah mendapatkan Inderaputera. Maka Inderaputera pun membalas
dengan beberapa kemuliaan serta disuruh duduk. Maka duduklah di atas kerusi yang
keemasan bertatahkan ratna mutu maknikam di hadap oleh menteri hulubalang.
Kalakian bonda tuan puteri pun hairan melihat rupa Tuan Puteri Seganda Cahaya
Bayang-bayang itu serupa dengan anaknya itu daripada bijaksana Inderaputera itu.
Setelah sudah demikian itu. Maka hidangan pun diangkat oranglah. Maka
Inderaputera dan anak raja mambang kedua itu pun makan sehidangan dengan
Inderaputera. Maka segala mereka itu pun makanlah masing-masing pada

52

hidangannya. Setelah sudah makan maka minuman pula diangkat oleh oranglah.
Sebermula diceterakan oleh orang yang empunya cetera ini sekirakira
empat puluh hari empat puluh malam lamanya maka bonda Tuan Puteri Seganda
Cahaya Iram pun mengahwinkan tuan puteri dengan Dikar Agus dan tuan puteri
Seganda Cahaya Bayang-bayang dikahwinkan dengan Gerdana Kilat. Setelah sudah
dikahwinkan maka bonda tuan puteri, Apa gerangan aku memberi pada Inderaputera
ini kerana banyaklah kasihnya itu padaku.
Maka diambil oleh bondanya puteri itu suatu cembul mutiara dan beberapa
pakaian yang mulia-mulia diberinya kepada Inderaputera. Maka sudan pun tiada
diperkenankan oleh Inderaputera dan suatu pun tiada diambilnya.
Maka kata Inderaputera, Hai bondaku apa yang di bawa oleh bondaku
pada hamba ini?
Maka kata bonda tuan puteri, Hai anakku Inderaputera suatu' pun tiada
pemberian bonda akan tuan hanya cembul mutiara ini barang-barang gunanya.
Maka ujarnya Inderaputera seraya tersenyum. Maka diambilnya oleh
Inderaputera akan cembul mutiara itu dengan sukacitanya sebab berolehkan cembul
itu. Adapun sekalian benda-benda yang lain-lain itu tiada diambilnya oleh
Inderaputera.
Maka ujarnya Inderaputera, Hai bondaku telah sampailah kasih bondaku
akan hamba tetapi pemberian bondaku itu akan hamba beberapa sukarlah hamba.
Maka bondanya tuan puteri pun terlalulah sukacita sebab melihat feel dan
budi Inderaputera itu. Makinlah bertambah-tambah hormatnya akan Inderaputera.
Maka berkata Inderaputera kepada bonda tuan puteri itu, Hai bondaku apa
faedahnya cembul mutiara ini?
Maka sahut bonda tuan puteri, Hai anakku Inderaputera, ada pun jikalau
ditambangkan cembul ini di bumi nescaya menjadi sebuah mahligai dengan
sepertinya serta dengan perhiasan nya dengan alat takhta kerajaannya. Apabila kita
masuki seperti sebuah mahligai demikianlah perasaannya itu.
Maka kata itu menjadi hairanlah kepada Inderaputera menengarkan cembul
itu. Hatta beberapa lamanya Inderaputera di dalam negeri itu bersuka-sukaan tiadalah
tersebut perkataannya lagi.

53

BAB VIII
KUDA JANGGI GERDANA
Al-kisah peri mengatakan tatkala Inderaputera bertemu dengan
perbendaharaan Maharaja Baharum Tabak, dan peri mengatakan tatkala Inderaputera
membunuh ular Mamdud itu, dan peri mengatakan tatkala Inderaputera beroleh akan
hikmat dan peri mengatakan Inderaputera beroleh kuda Janggi Gerdana dan tatkala
mengatakan Inderaputera beroleh akan Bedi Zahar. Syahadan peri mengatakan
tatkala Inderaputera beroleh hikmat bertemu dengan mahligai Tuan Puteri Cendera
Lela Nor Lela anak Raja Puspa Pandai, dan peri mengatakan tatkala Inderaputera
menghidupkan anak rajaraja yang mati. Maka banyaknya empat puluh dengan budi
pekertinya, dan peri mengatakan tatkala Inderaputera dibawa oleh Tuan Puteri
Cendera Lela Nor Lela ke negerinya.
Sebermula diceterakan oleh orang yang empunya cetera ini, kalakian'
beberapa lamanya Inderaputera duduk dalam negerinya bonda Puteri Seganda
Cahaya Iram demikian katanya kepada suatu hari Inderaputera bermohon kepada
bonda Tuan Puteri Seganda Cahaya Iram. Maka kata Inderaputera, Hai bondaku
anakanda hendak bermohon kepada bonda kerana anakanda sudah lama dalam negeri
bonda ini. Adapun kasih bondaku itu sungguhlah hamba junjung di atas jemalanya
hamba.
Maka kata bonda tuan puteri, Hai anakku Inderaputera pada fikir
bicaranya bonda baik juga anakku di sini dahulu.
Maka sahut Inderaputera, Hai bondaku apatah salahnya tetapi belum
sampai hasrat Raja Syahian itu.
Maka tiadalah berdaya lagi, bonda tuan puteri pun sangatlah menangis
sebab kasih hatinya akan budi Inderaputera itu menjadi pilu rasa hatinya mendengar
kata Inderaputera itu. Hatta maka Inderaputera pun menyembah kepada bonda tuan
puteri. Maka Inderaputera pun berjabat tangan dengan tuan puteri. Maka Seganda
Cahaya Iram dan kepada mangku bumi dan dengan anak raja mambang
kedua datang menyembah kepada Inderaputera serta berpelukpelukan dan bertangistangisan. Syahadan segala menteri hulubalang itu pun menyembah kepada
Inderaputera. Hatta maka Inderaputera pun berjalanlah menuju matahari mati
beberapa melalui gunung yang tinggi-tinggi dan padang yang luas-luas; beberapa
lamanya ia berjalan itu maka sampailah ia kepada sebuah gua iaitu perbendaharaan
Raja Baharum Tabak. Maka dikelilingi oleh Inderaputera akan perbendaharaan itu.
Maka bertemulah dengan pintunya itu.
Sebermula perbendaharaan itu daripada batu yang hijau den pintunya itu
daripada tembaga suasa dan dipintunya itu adalah seekor ular. Maka terlalulah amat

54

panjang dengan hebatnya. Setelah dilihatnya oleh Indera putera akan ular itu
membukakan matanya sebab mencium bau manusia. Maka dilihatnya seorang
manusia laki-laki muda.
(FARHAN)Maka ia pun mengembangkan kepalanya serta mengangakan mulutnya
dan mengulurkan lidahnya itu dan berkilat kilat siungnya itu seraya ia datang
mengusirkan Inderaputera. Maka suaranya ular itu pun seperti guruh bunyinya. Maka
Inderaputera pun segeralah menanti dengan pedangnya yang telah sudah terhunus.
Setelah hampirlah maka lalu diparangnya kena kepada ular Mamdud. Maka ular itu
pun penggallah dua lalu mati.
Maka dilihat oleh Inderaputera lingkarnya ular itu seperti bukit yang tinggi
timbunnya bangkai ular itu. Setelah demikian maka Inderaputera pun membuka kan
pintu perbendaharaan itu. Maka demi sudah terbuka maka kelihatan terlalulah luas
saujana mata memandang jauhnya. Syahadan di dalam perbendaharaan itu ada empat
puluh bilik. Maka dilihatnya oleh Inderaputera segala bilik itu penuh dengan benda
yang mulia-mulia daripada emas dan perak besar-besar, aneka rupanya serta
hairanlah Inderaputera melihat berbagaibagai temasya itu. Maka lalu ia masuklah ke
dalam bilik itu. Maka dilihatnya beberapa pakaian yang indah-indah. Kemudian
masuklah pula ia ke dalam sebuah bilik yangJain lagi. Maka dilihatnya beberapa alat
peperangan daripada taming dan lesir dan zirah serta ketopong dan pedang dan
segala kelengkapan maka penuhlah.
Maka Inderaputera pun hairan melihat bilik-bilik itu penuh dengan
beberapa pakaian daripada mahkota raja yang dahulu-dahulu kala suatu pun tiada
diambilnya, lalu keluar ia dari sana lalu sampai kepada sebuah bilik. Maka dilihatnya
ada seekor kuda hijau datangnya seperti kilat mendapatkan Inderaputera serta
menganga mulutnya serta berdengus hendak mengilatkan Inderaputera. Setelah
dilihatnya oleh Inderaputera demikian itu maka ia berbahasa dengan bahasanya jin
kepada kuda itu demikian katanya, Hai kuda baiklah kita bersahabat daripada kita
berseteru.
Syahadan dengan beberapa dipujinya oleh Inderaputera dengan kata yang
lemah lembut akan kuda itu. Maka kuda itu pun datang perlahan-lahan mendapatkan
Inderaputera serta menundukkan kepalanya seraya berkata dengan bahasa jin
demikian katanya, Hai orang muda, siapa nama hamba dan dari mana tuan hamba
datang boleh sampai ke mari ini?
Maka sahut Inderaputera, Namanya hamba Inderaputera disebut oleh
orang, dan hambalah anak Raja Bikram Buspa, seraya diceritakannya perihal-ahwal
nya daripada permulaan datang pada kesudahannya.
Setelah didengar oleh kuda Janggi Gerdana kata-kata Inderaputera itu maka
ia pun menundukkan kepalanya seraya mengikut Inderaputera. Maka Inderaputera
pun masuklah ke dalam perbendaharaan itu mencari pelana kuda itu. Maka dilihat
oleh Inderaputera dalam pelana yang banyak itu ada suatu pelana terlalu amat indah
rupanya bertatahkan ratna mutu maknikam adalah tertulis Janggi Gerdana. Maka
diambil oleh Inderaputera pelana itu maka dikenakan pada kuda itu tiadalah lagi
bersalahan. Setelah sudah maka Inderaputera pun naiklah ke atas kuda Janggi
Gerdana itu seraya dibawanya berkeliling perbendaharaan itu lalu dilihatnya
berbagai-bagai temasya.
Setelah demikian maka kata Janggi Gerdana, Ya tuanku di kepalanya ular
mamdud itu ada suatu cembul kaca putih. Maka dalam cembul itu ada-suatu bedi
Zahar namanya. Adapun jika ada bedi Zahar itu dibubuhkan. kepada orang mati
nescaya hidup pula. Sebermula jika manusia atau binatang yang tanggal tulangnya
sekalipun nescaya hidup pula olehnya.

55

Setelah Inderaputera mendengar kata Janggi Gernada itu maka ia pun


sukacita. Maka segeralah ia pergi kepada ular mamdud itu. Maka dibelahnya kepala
ular itu seraya diambilnya oleh Inderaputera akan cembul kaca putih yang ada di
pusat ular mamdud itu lalu diambil oleh Inderaputera yang ada berisi bedi Zahar itu.
Maka lalu Inderaputera pun kembali kepada Janggi Gerdana serta dengan
sukacitanya.
Sebermula diceterakan orang yang empunya cetera ini demikianlah
bunyinya. Setelah Inderaputera beroleh Gemala Bedi Zahar itu maka ia pun duduklah
dalam perbendaharaan itu serta bermain-main dibawa oleh Janggi Gerdana dalam
segala padang dan gunung dan gua, beberapa ia melihat berbagai-bagai ajaib-ajaib
dan berbagai warnanya.
Hatta maka tersebutlah perkataan raja di negeri Zainon namanya Puspa
Pandai. Maka diceterakan orang yang empunya cetera ini akan bangsanya maharaja
itu daripada jin Islam dan bangsa isterinya itu daripada manusia. Syahadan maharaja
itu ada berputera dua orang, seorang laki-laki terlalu elok rupanya. Maka dinamai
oleh ayah bondanya anakanda itu Dinar Pandai dan yang perempuan itu dinamai oleh
baginda Tuan Puteri Puspa Serigading dan timang-timangan Tuan Puteri Cendera
Lela Nor Lela terlalu cantik seperti laut madu dan budi bahasanya terlalu baik dan
rupanya pun terlalu elok.
Adapun akan maharaja itu rakyat daripada kera, beruk dan lotong karkah
(cikah), kongkong, siamang adanya. Syahadan pada tatkala malam segala rakyatnya
itu menjadi manusia. Maka maharaja Puspa Pandai duduk semayam dihadap oleh
segala menteri hulubalang dan bala tenteranya sekalian dan makan minum dengan
segala menteri hulubalang sekalian terlalu lah ramainya. Kalakian hari pun sianglah.
Maka segala rakyat itu pun menjadi kera, Demikianlah masing-masing dengan
kejadiannya, demikianlah adat maharaja Puspa Pandai.
Adapun anakku yang perempuan itu telah besarlah sudah kalaukalau siapa
datang buat bencana kepadaku kerana pada tempat ini banyak dewa dan peri dan
rakyatku pun siang menjadi binatang. Jika demikian baik juga anakku ini ku perbuat
suatu mahligai supaya terpelihara anakku daripada fitnah itu.
Setelah sudah baginda fikir demikian maka baginda pun menghimpunkan
segala menteri hulubalang dan rakyatnya sekalian. Maka sekaliannya pun
berhimpunlah. Maka maharaja Puspa Pandai pun pergilah ke padang Anta Berahi itu.
Maka diperbuatnya suatu mahligai sembilan pangkat tepinya daripada tembaga suasa
dan dindingnya itu daripada lazuardi. Syahadan dan tepinya itu daripada emas
bertatahkan ratna mutu maknikam yang merah dan kerusinya itu daripada batu merah
dan empat biji gemala tergantung pada mahligai itu.
Sebermula jika orang di atas mahligai itu memandang ke bawah seperti
kumbang juga besarnya. Maka adalah anak tangganya itu daripada pedang yang amat
tajam dan di atas pada tangganya pedang itu tangganya daripada emas diperbuatnya
terlalu indah-indah rupanya segala perbuatan dan kelilingnya itu. Maka diperbuatnya
tujuh lapis parit diikatnya daripada emas dan perak berkeliling mahligai itu dan
diletakkannya jambangan daripada kaca biru. Maka parit itu diperbuatnya lagi suatu
jambangan jambatan suasa menyeberang. Syahadan segala parit diisinya dengan
segala karang-karangan yang di dalam laut itu adanya. Setelah sudah mahligai itu
diperbuatnya. Maka baginda pun menaruhkan puteranya pada mahligai itu di dalam
tirai kelambu kaca tujuh lapis. Arakian beberapa paksi berbagai-bagai warnanya
ditaruhnya di dalam mahligai itu. Maka baginda pun kembalilah ke istana dengan
menteri hulubalang serta bala tentera sekaliannya. Maka kembalilah masing-masing
pada tempatnya.

56

Sebermula diceterakan oleh orang yang empunya cetera ini, barangkali


Tuan Puteri Cendera Lela Nor Lela itu bercinta pada ayah bondanya maka
disuruhkan tiung pergi. Maka tiung itu pun berpantun dan berseloka dan bersyair.
Maka Tuan Puteri Cendera Lela Nor Lela pun sukacita hatinya menengar paksi itu
bercetera dan bersyair serta berpantun. Demikianlah pada sehari-hari menyukakan
hatinya tuan puteri itu. Sebermula jikalau tuan puteri hendak santap buah-buahan
maka tiung pun pergi dan bayan tinggal dengan tuan puteri. Jika bayan pergi tiung
tinggal serta tuan puteri. Demikianlah pada tiap-tiap hari tiung dan bayan
memeliharakan tuan puteri itu.
Kalakian maka berkata bayan kepada tiung. Tuan puteri ini sedang
baguslah bersuami. Apa bicaranya kita akan tuan puteri itu?
Maka berkatalah tiung, Hai bayan marilah kita pergi kepada segala anak
raja-raja yang muda-muda dan barang yang baik sikapnya. Maka kita katakan kepada
anak raja itu tuan kita, tuan puteri terlalu elok parasnya tuan puteri itu nescaya
ghairah hatinya akan perkataan kita itu.
Maka jawab tiung, Baiklah bicaramu itu jikalau patut demikian itu.
Arakian maka bayan itu pun terbanglah melayang pada suatu negeri. Maka
dilihat oleh paksi itu adalah seorang anak raja indera terlalulah elok rupanya duduk di
atas istana membaca kitab hikayat terlalulah merdu suaranya ia mengibar-ngibarkan
sayapnya dan seraya ia mengembangkan ekornya seraya ia berpantun dan berseloka
dan bersyair seraya ia bermadah. Maka anak raja indera itu pun berhentilah daripada
membaca kitab hikayat itu dengan sebab hairan melihat lakunya bayan itu berpantun
berseloka itu.
Maka ujarnya oleh raja indera, Hai paksi apakah persetiianya diri datang
ini?
Maka berkata bayan seraya menghamparkan sayapnya, katanya, Ya tuanku
anak raja Indera, tahukah tuanku akan Puteri Seri Gading maka timang-timangan
Tuan Puteri Cendera Lela Nor Lela di padang Anta Berahi di atas mahligai yang
keemasan bertatahkan ratna mutu maknikam. Adapun parasnya itu terlalulah elok
darjahnya dan rambutnya laksana cincin dituang, dahinya seperti seribulan dan
keningnya seperti bentuk taji, dan matanya seperti bintang timur, dan hidungnya itu
laksana kuntum meliur dan telinganya seperti telepuk layu, dan pipinya seperti pauh
dilayang dan, bibirnya itu seperti pati dicarik, dan giginya itu seperti delima merekah
dan lidahnya itu laksana kembang seroja dan dag~nya itu seperti lebah bergantung,
dan lehernya itu laksana kumbah dilarik, dan bahunya itu seperti sampiran, dan
lengannya itu laksana dastar gulung dan jarinya itu seperti duri landak dan dadanya
itu umpama lengkung pelangi, susunya itu seperti telur burung, dan pinggangnya
bunga setangkai, dan pahanya seperti paha belalang dan betisnya laksana batang
padi, dan sikapnya seperti merak mengigal.
Maka kata bayan pula, Hai tuanku anak maharaja patutlah dengan tuanku
seperti bunga menantikan kembang tiada lama lagi, demi terpadang nescaya
ghairahlah hati tuanku.
Setelah sudah diceterakan oleh bayan maka bayan pun terbanglah. Maka
anak raja itu pun ghairah mendengar kata burung bayan itu. Maka anak raja itu pun
turunlah dari atas istana mengikut paksi itu dengan seorang dirinya, masuk hutan
terbit hutan, masuk padang terbit padang beberapa melalui rimba belantara daripada
sangat berahinya anak raja itu. Hatta maka bayan itu pun sampailah ke mahligai
padang Anta Berahi itu. Maka dilihatnya dari jauh mahligai Tuan Puteri Cendera Lela
Nor Lela itu seperti sebuah pulau emas memancar-mancar rupanya mahligai tuan
puteri itu berkeliling parit.

57

Arakian maka angin pun bertiuplah. Maka ombak pun berpalupalulah


seperti bunyi bangsi terlalu merdu bunyinya dan segala ikan itu pun timbullah seraya
berpantun dan tertawa melihat anak raja indera itu terulang-ulang mencari jalan.
(DILLAN)Maka ikan itu pun timbullah seraya berpantun demikian bunyinya:
Penjahat di atas pintu,
Dulang tiris mari dirapat;
Orang muda sahaja begitu,
Orang yang arif maka mendapat.
Adapun anak raja itu demi mendengar pantun ikan itu maka ujarnya anak
raja itu, Wahai Tuan Puteri Cendera Lela Nor Lela di mana gerangan jalan
kemahligai tuan puteri itu ?
Maka timbul pula seekor ikan yang indah-indah rupanya. Maka ia pun
tertawa seraya berpantun demikian bunyinya:
Sayang permata dibuatkan subang,
Akan kandang menanam padi;
Sedangkan warta lagi sekian,
Jika terpandang berapa lagi.
Maka apabila anak raja itu menengar pantun ikan itu demikian maka
hatinya pun makinlah berahinya. Maka ia berjalan berkeliling parit itu seraya
menangis. Maka ujarnya, Wahai Tuan Puteri Cendera Lela Nor Lela ke mana
gerangannya jalan ke mahligai tuan itu.
Kalakian maka anak raja itu pun bertemulah dengan jambangan kaca itu.
Maka anak raja itu pun hairan melihat jambangan kaca itu. Maka ia pun berjalanlah
pada jambangan itu. Maka sampailah pada pertengahan jambangan itu. Maka angin
pun bertiuplah dan ombak pun berpalu-paluanlah seperti bunyi-bunyian. Maka ikan
itu timbullah berbagai rupanya itu sambil tertawa seraya berpantun demikian
bunyinya:
Geluk kaca di atas pintu,
Kayu cempedak dapat dirapat;
Orang sukar sahaja begitu,
Orang arif maka mendapati.
Hatta maka seketika lagi pula timbullah seekor ikan yang indahindah
rupanya sambil tertawa dengan berbagai-bagai ragamnya itu seraya tertawa dengan
terlalu indah-indah rupanya. Maka ikan itu pun berpantunlah demikian bunyinya:
Tetak empelam masak dirampai,
Hendak mencari si dagang pulang;
Tidakkah belas hatimu puteri,
Melihat kami terulang-ulang.
Maka anak raja itu pun makinlah bertambah-tambah pula hatinya ghairah
menengar pantun ikan itu seraya berkata dengan tangisnya, Wahai Tuan Puteri
Cendera Lela Nor Lela di mana gerangan jalan ke mahligai tuan. Maka kata anak
raja, Wahai akan untung nasib badanku. Serta datanglah meniti kepada parit yang
keempat itu lalu berjalan sampai kepada parit yang kelima, ia berjalan itu pada
jambatan yang ketujuh.
Kalakian maka dilihat oleh anak raja itu bahawa mahligai tuan puteri itu
terlalu amat tinggi dan tangganya itu daripada emas dan selapis lagi daripadanya
pedang, dan di atas pedang itu tangga keemasan. Maka anak raja itu pun naiklah di
atas tangga keemasan itu dengan berahinya akan tuan puteri itu ikut sama tengah
tangga keemasan itu. Maka anak raja itu naik ke atas tangga keemasan satu pula lagi.
Maka Tuan Puteri Cendera Lela Nor Lela itu pun memandang ke bawah.

58

Maka ujarnya tuan puteri pada inang itu, Hai tiung dan bayan orang muda
mana gerangan yang datang naik ke mahligai kita ini?
Maka kata tiung dengan bayan itu sambil akan menghamparkan sayapnya
seraya berpantun demikian bunyinya:
Sudah geharu cendana pula,
Ulam temu di dalam puan;
Sudah tahu bertanya pula,
Hendak bertemu gerangan tuan.
Maka tuan puteri pun tersenyumlah seraya memandang ke bawah mahligai
itu. Maka anak raja itu pun memandang ke atas. Maka sama terpandang muka Tuan
Puteri Cendera Lela Nor Lela dengan anak raja itu. Maka anak raja itu pun seperti
lenyaplah rasanya ia dalam laut berahi itu. Sebab terlalu elok rupanya tuan puteri itu.
Kalakian maka anak raja itu pun tergelincirlah kakinya itu daripada yang keemasan
itu lalu jatuh ke atas tangannya pedang itu. Maka jadilah penggal dua tubuh itu lalu
mati.
Maka diceterakan oleh orang yang empunya cetera ini demikianlah juga
halnya segala anak raja-raja itu yang berahikan Tuan Puteri Cendera Lela Nor Lela
itu. Maka apabila naik ke atas tangga emas itu habislah mati terpenggal dua tubuhnya
itu sekira-kira banyaknya kurang seempat puluh anak raja-raja yang demikian itu.
Arakian maka tersebutlah perkataan Inderaputera tatkala diam pada
perbendaharaan Raja Baharum Tabak maka ujarnya Janggi Gerdana, Ya tuanku
Inderaputera adakah tuanku suka pergi melihat akan temasya ke sebelah matahari
mati itu. Adalah suatu ajaibajaib terlalu indah hendak hamba bawa ke sana.
Maka berkata Inderaputera, Baiklah hai Janggi Gerdana. Syahadan maka
Inderaputera punnaiklah ke atas Janggi Gerdana itu. Maka lalu diterbangkannya ke
sebelah matahari mati. Maka dilihatnya oleh Inderaputera beberapa bukit yang besarbesar dan gunung yang tinggi-tinggi dan rimba dan padang dan beberapa banyak
sungai- sungai pula. Hatta maka Inderaputera pun sampailah kepada gunung padang
Anta Berahi itu. Maka ia pun turunlah dari atas kudanya itu. Maka dilihatnya oleh
Inderaputera berkeliling padang Anta Berahi itu dan sama tengah padang itu ada
suatu mahligai terlalu amat tingginya. Maka Janggi Gerdana pun dilepaskan makan
rumput. Maka Inderaputera pun berjalanlah mendekati mahligai itu. Maka dilihatnya
oleh Inderaputera air berkeliling mahligai itu tujuh lapis paritnya itu.
Maka angin pun bertiuplah dan ombak pun berpalu-palu dan seperti bunyibunyian terlalu amat merdu bunyinya. Maka dilihatnya oleh Inderaputera antara
titinya mahligai tuan puteri itu yang tiada berombak itulah gerangan titinya mahligai
itu. Maka Inderaputera pun berjalanlah menujukan titi itu. Maka ia pun sampailah ke
titian itu. Maka dilihat oleh Inderaputera titinya itu daripada kaca yang biru terlalu
indah-indah rupanya perbuatannya itu. Maka Inderaputera pun sampailah meniti.
Maka ikan pun timbullah seraya berpantun dan berseloka terlalu indahindah sekali didengar oleh Inderaputera. Maka dengan jalan yang demikian maka
Inderaputera pun sampailah ke mahligai tuan puteri seraya dilihatnya perbuatannya
mahligai itu terlalu indah-indah rupanya perbuatannya.
Syahadan tangganya itu daripada emas dan selapis tangganya itu daripada
pedang. Maka Inderaputera pun hairan melihat banyak tulang bertimbun-timbun di
bawah mahligai itu. Maka Inderaputera pun lalu naik tangga emas itu seperti kilat
yang tangkas. Hatta maka tuan puteri pun memandang ke bawah seraya dilihat tuan
puteri seorang laki-laki muda terlalu amat elok rupanya naik ke atas mahligai itu
tangkas seperti kilat menyambar.
Maka ujarnya tuan puteri kepada tiung dan bayan itu, Adakah engkau

59

pergi ke negeri orang muda ini dan dari manakah datangnya ia ke mari ini? Maka
tuan puteri sambil bertanya seraya masuk ke dalam kelambunya.
Maka disahut oleh tiung dan bayan, Tiadalah patik tahu negeri orang muda
ini.
Hatta maka tiung dan bayan itu pun segeralah menghamparkan sayapnya
serta berkata kedua paksi itu, Hai orang muda dari mana tuan hamba datang ini dan
anak siapa tuan hamba ini namanya, batang tubuh tuan harnba disebut oleh orang?
Maka sahut oleh Inderaputera, Hai paksi hambalah yang bernama
Inderaputera disebut orang anak Maharaja Bikrama Buspa.
Syahadan maka diceterakan oleh Inderaputera segala hal-ahwalnya itu
kepada paksi kedua itu. Maka Tuan Puteri Cendera Lela Nor Lela setelah menengar
kata Inderaputera itu maka ia pun Keluarlah daripada dalam kelambu nya itu. Maka
dilihat oleh Inderaputera. Maka Inderaputera pun hairanlah melihat rupa tuan puteri
itu terlalu elok paras gilang gemilang kilau-kilauan tiadalah dapat ditentang nyata.
Maka Inderaputera pun me-fca seketika lalu diambilnya oleh tuan puteri air mawar
disapukannya kepada mukanya Inderaputera. Maka tuan puteri pun hairan melihat
rupanya Inderaputera itu. Maka Inderaputera pun sedarlah akan dirinya seraya
bangun.
Setelah demikian maka Inderaputera pun berkata kepada tuan puteri itu,
Hai adinda emas nyawaku tuan siapa nama gusti ini dan siapa nama ayah bondanya
Ratna Pekaca ini dan bangsa manakah adinda gerangannya maka emasku tuan duduk
di sini ini ?
Maka sahut oleh tuan puteri, Hai kakanda orang muda adapun hamba ini
anak raja Puspa Pandai dan bondanya hamba puteri Seri Gading disebut orang.
Arakian adapun ayah hamba itu daripada bangsa jin Islam dan bonda hamba itu
daripada bangsa manusia.
Maka diceterakan oleh tuan puteri segala hal-ahwalnya tatkala ditarah oleh
ayah bondanya pada mahligai itu. Maka Inderaputera pun bertanya kepada tuan
puteri, Hai adinda tulang apakah yang bertimbun-timbun di bawah mahligai itu
terlalu amat banyak?
Maka ujarnya tuan puteri, Wahai kakanda adapun tulang yang bertimbuntimbun di bawah mahligai itulah tulang anak segala rajaraja yang hendak naik ke atas
mahligai ini. Hatta baharu sama tengah tangga itu maka ia pun memandang mukanya
hamba dan tersalah kakinya itu serta dengan lalainya, maka lalu ia jatuh terpenggallah dua badannya itu, demikianlah sebabnya maka tulang bertimbun-timbun itu.
Setelah demikian maka Inderaputera pun hairanlah menengar cetera tuan
puteri itu. Maka Inderaputera pun berkata pula, Wahai adinda, adapun segala anak
raja-raja telah mati itu dapatkah hidup lagi atau tiada ?
Maka kata tuan puteri serya tersenyum, Jikalau dihidupkan oleh Tuhan
Yang Mahabesar berapakah behananya.
Setelah demikian berkatalah Inderaputera, Hai adinda marilah tuan ke
bawah mahligai ini kalau ada dengan mudah-mudahan ditolongi oleh Tuhan yang
mahatinggi hidup segala anak raja-raja itu.
Maka tuan puteri dan Inderaputera pun turunlah daripada atas mahligai itu.
Maka Inderaputera pun mengeluarkan Bedi Zahar dari dalam pusatnya ular Marndud
yang diperolehnya .itu, Maka direndamkannya kepada air mawar di dalam mendam
kaca itu. Seketika maka air mawar itu dipercikkanya kepada anak raja-raja itu pun
berasaplah dan sekali lagi disiramkannya tulang-tulang itu menjadi berdaging dan
ketiga kalinya disiramkannya. Maka segala anak raja-raja itu pun dihidupkan oleh
Tuhan Yang Mahabesar.

60

Setelah itu maka berkatalah Inderaputera pada sekalian anak raja-raja itu,
Hai saudaraku betapa peri mulanya tuan-tuan sekalian menjadi demikian ini.
(GHIFARI)
Maka segala mereka itu pun hairanlah akan dirinya seraya berceterakan
akan hal-ahwal nya kepada Inderaputera demikian akan mula peri kejadiannya.
Setelah itu maka ujar oleh Inderaputera, Siapa yang menghidupkan tuan-tuan hamba
sekalian ini?
Maka sahut oleh anak-anak raja itu, Hamba sekalian tiadalah ketahui.
Maka ujarnya oleh Inderaputera, Tuhan Yang Mahabesar yang telah
menghidupkan tuan-tuan sekalian itu tetapi hamba ini menjadi sebabnya juga.
Maka setelah itu maka ujarnya oleh sekalian anak raja-raja itu, Tuanku
orang muda siapa namanya tuan hamba ini, dan siapa nama ayah bondanya tuan
hamba dan daripada bangsa mana tuan hamba ini.
Maka sahut oleh Inderaputera, Hai sekalian tuan-tuan anak rajaraja,
adapun nama hamba ini Inderaputera anak Maharaja Bikrama Buspa. Syahadan
bangsanya hamba daripada manusia.
Setelah itu maka sekalian anak raja-raja itu pun menyembah kepada
Inderaputera. Maka fikirnya, Janganlah disangkanya aku yang menghidupkan
gerangannya.
Setelah itu maka anak raja-raja itu pun meminta akan doa kepada Tuhan,
Tuhan yang menjadikan akan hambanya sekalian supaya selamat pula Inderaputera
sebab ia memintakan kepada Tuhan Yang Mahamulia boleh kita hidup balik ini.
Setelah itu maka dipeluk diciumnya oleh anak raja-raja sekalian itu akan
Inderaputera. Maka Tuan Puteri Cendera Lela Nor Lela pun hairan melihat gagah
perkasa Inderaputera. Setelah demikian itu maka tuan puteri pun membawakan
Inderaputera ke negerinya dan sekalian anak raja-raja yang kurang esa empat puluh
itu pun mengiringkan Inderaputera.
Maka terdengarlah kepada Raja Puspa Pandai dan Dinar Pandai serta segala
menteri kera dan hulubalang kera mengiringkan Raja Puspa Pandai mengalu-alu akan
Inderaputera. Maka Inderaputera pun bertemulah dengan Raja Puspa Pandai itu lalu
bertanya kepada tuan puteri, Siapa yang datang itu?
Maka kata tuan puteri itu, Hai kakanda itulah ayah hamba.
Maka Inderaputera pun segeralah berjabat tangan Maharaja Puspa Pandai.
Maka Raja Puspa pun memeluk dan mencium akan Inderaputera itu. Maka hairanlah
ia melihat rupanya Inderaputera itu serta dengan gagahnya serta pengasihannya itu.
Maka Dinar Pandai pun menyembah kepada Inderaputera lalu dipeluk diciumnya
oleh Inderaputera. Hatta maka Inderaputera pun dibawa oleh Raja Puspa Pandai ke
istananya seraya didudukkannya di atas kerusi yang keemasan yang bertatahkan ratna
mutu maknikam. Kalakian hari pun malamlah. Maka segala kera itu pun menjadilah
menusia pula. Maka menteri hulubalang pun duduklah masing-masing kepada
tempatnya. Setelah itu maka Inderaputera pun hairanlah melihat segala binatang itu
menjadi manusia.
Hatta maka hidangan pun diangkat oranglah ke hadapan majlis seraya
Inderaputera dan Maharaja Puspa Pandai serta Dinar Pandai santaplah sehidangan.
Maka segala anak raja-raja yang kurang esa empat puluh itu pun santaplah bersamasama. Setelah sudah maka minuman pula diangkat oranglah, Maka piala yang
bertatahkan ratna mutu maknikam itu pun diperedarkan oranglah. Maka segala
bunyi-bunyian pun berbunyilah daripada harebab, kecapi, muri, serdam, kopak,
ceracap, bangsi. Maka terlalulah ramai. Maka fucruanda yang baik-baik suaranya pun
bernyanyi lah terlalu indah-indah. Maka segala kera itu pun dilihat oleh Inderaputera

61

bermainlah pelbagai ragamnya. Sebermula diceterakan oleh orang yang empunya


cetera ini selama Inderaputera duduk di negeri itu maka sehari-hari bersuka-sukaan
makan dan minum.

BAB IX
PUTERI MAHARAJA DEWA
Setelah itu diwartakan orang, sekali persetua Inderaputera tatkala sampai ke negeri
Zainon dan peri mengatakan tatkala Inderaputera bertemu dengan Maharaja Gurjanis
iaitu ayahnya Tuan Puteri Talela Madu Ratna, syahadan beroleh suami akan
Inderaputera, dan peri mengatakan tatkala Inderaputera dikepung oleh Maharaja
Gurjanis di mahligai Tuan Puteri Talela Madu Ratna dan peri mengatakan tatkala
Inderaputera didapatkan oleh segala anak raja-raja yang bertemu dengan dia pada
tasik BaharuI Ajaib itu dan peri mengatakan tatkala raja Dewa Lela Mengerna dan
Nobat Rom Syah mendapatkan Inderaputera ke negerinya Raja Gurjanis.
Kalakian sekali persetua adalah seorang raja di negeri Zainon, baginda itu bangsanya
daripada dewa. Adapun baginda itu terlalu besar kerajaannya itu. Sebermula empat
puluh menterinya dan hulubalangnya itu seribu banyaknya dan empat ratus yang
gagah perkasa lagi terlalu amat berani itu, sehari-hari maka hadir mengadap baginda
itu dan lagi bala tenteranya itu jangan dikata lagi banyaknya. Maka sentiasa
memegang senjata sudah terhunus duduk berkawal. Syahadan kotanya itu daripada
batu hitam.
Sebermula akan maharaja itu ada berputera seorang perempuan bernama Tuan Puteri
Talela Madu Ratna terlalu amat elok parasnya gilang-gemilang dan kilau-kilauan
warna tubuhnya. Sebermula tuan puteri itu ditaruh olen ayahnya di atas mahligai
empat belas pangkat serta perhiasan yang keemasan. Maka tiap-tiap malam empat
puluh hulubalang yang duduk berkawal berkelililing pada mahligai itu. Adapun tuan
puteri itu di padang Belantara Ajaib namanya hampir negeri Zainon itu juga. Maka
adalah beberapa banyak anak meminang tuan puteri itu tiada juga diberikanriya oleh
baginda dan bondanya.
92

62

Maka adalah sekali persetua segala dayang-dayang dan inang pengasuhnya duduk
mengadap pada tuan puteri itu. Maka tiba-tiba datanglah merak emas yang
menerbangkan
Inderaputera
ih;Maka
ia
pWffiinggaplah
di'sisimahhgaltu3llQuteriseraya dilihat oleh tuan ptrteri merak emas itu' terj~ll)~dahing~~kan r~:IJ?a.iiiartl-
MakaUJariiyatuan puteri kepaa a dayang-dayangnya, Hai kamu sekalian dayangdayang engkau tangkapkanlah kiranya merak emas I itu.
Maka dayang sekalian pun mengeluarkan akalnya dengan bebe- 'i rapa tipu dan
dayanya tiadalah juga boleh ditangkap merek emas ( itu. Hatta maka ujar seorang
dayang-dayang yang bernama Dang Lela Sekuntum, Ya tuanku tuan puteri patik apa
sekalian tiada boleh menangkap akan dia merak emas itu, kalau-kalau tuanku sendiri
dapat menangkap dia gerangannya.
Setelah itu maka tuan puteri pun seraya berbangkit mengunjukkan tan~kepadamerilimas itll. Maka ia pun hinggaplah pada tangan tuan puterii~alu
ditangkapnya me~~~tud~. ~ka twii1Uteri un te '-'.- sukacita seha b berQleh merak
emas itu.
yahadan maka disuruh oleh tuan puteri berbuat akan sangkaran emas bertatahkan
ratna mutu maknikam.
Hatta pada sekali persetua Tuan Puteri Talela Madu Ratna duduk dihadap oleh segala
dayang-dayang biti perwira sekalian dengan sukacitanya. Maka merak emas itu pun
dikeluarkan oleh tuan puteri ditaruhnya di atas talam. Maka merak emas itu pun
mengigallah terlalu indah-indah lakunya seraya berpantun demikian bunyinya:
'jGedUng Puri di serambi,
Bunga dikarang di atas para;
Sedanglah puteri bersuami,
Dengan seorang Inderaputera.
Maka tuan puteri pun tersenyum menengar pantun merak emas itu dan segala
dayang-dayang itu pun habislah tertawa seraya berkata, Cura amat merak emas ini.
Siapa gerangan yang dikatakan Inderaputera itu. Maka merak emas itu pun pula
demikian bunyinya:
Bunga pakan dari udara,!
Bunga pengaya tckur sekerat; J i ka terkabariah J nderuputera,
nescaya tersedarlah IHiti yang ghairah.
Maka tuan puteri pun tersenyum seraya berkata, Hai merak emas khabarkan lah diri
akan orang itu supaya kita dengar. Maka segala dayang-dayang itu pun tertawa
menengar tuan puteri itu.
93

63

Maka merak itu pun berkata, Ya tuanku puteri dengarkanlah ceteranya patik, Maka
ia pun berceteralah demikian katanya, Ya tuanku puteri ada seorang di negeri
Semendera Puri bernama Inderaputera, iaitu anak maharaja Bikrama bangsanya
daripada manusia dan rupanya itu terlalulah elok dan lakunya pun terlalu manis dan
sikapnya lagi pantas sekali barang lakunya dan sederhana dan warna tubuhnya
gilang-gemilang laksana gambar ditulis. ~~.
~lah itu ~~~a uja~ll!'!!LP~u.teri, I:!!lLI1Jlgg~s __ ~d~kah taran~ftl
_dala~E:.~g~l:Ifui?
-',-Ma~~_lIjarnya_l1ler.'lk_~~Au, ~~tll_~nku PlltnLb.eQe~~Ea. /banyaknya negeri
yang patik edlH tiadaiah juga didap'!!i.ili!.tik lihat
'sepeiflfup'ilnya'bagli1daltu .-,,---.... _-.,,~
-Setelah-f~an Pute-;~ Madu Ratna mendengar cetera merak emas itu maka tuan
puteri pun berahilah dalam hatinya hendak melihat rupa Inderaputera itu. Maka ujar
oleh merak ltu, Jikalau ada orang yang bijaksana lagi arif pandai menulis dapatlah
patik sifatkan dia.
Maka puteri pun memanggil seorang utasivyz pada seorang dayang-dayang. Hatta
maka utas itu pun datanglah dengan takutnya seraya menyembah, Ya tuanku puteri
apakah pekerjaan tuanku memanggil patik hamba ini?
Maka berkatalah tuaIUJuteri itu, Hai utas'!1c<l.I~<ltulislahkiranya olehmu akan
akll rupanyal.nder~:p:uteraitu;'
M a ka sem b~.!'la_sAgL''l' a.t.ll<f.l1k u_~@P..'L_hClI11_ba menulis rupanyaInderaputera
itu
kerana
tiada
pernah
patik
rnelihat.akan-dia.,
SekaITpunrupan:yajtu~Makamerak emas pun datanglah ke hadapan utas itu. Maka
disapunya dengan sayapnya itu Pi\.clLdllQgDya
~~---~---- .- - - -- - --.- -~------- -----~.'-oleh m~Iil.~emas itu. Setel~~~lI.ctah disapunya det:Jgan~J''!J!u
. lalu'berkilatlahrupa lnderapute;:-;t itu'di dadanya utas itu dapatla~)diIihat oleh utas
seraya dituliskannyalah rupa Inderaputera itu. (Maka tiadalah bersalahan lagi. Setelah
sudah maka diberikannyt
kepada tuan puteri.
Maka kata tuan puteri kepada m~rak itu, Hai unggas seperti inikah-rupanyafnd~r~put-~ra~Itu 7'-' .-.. - -- -- '--~---.
Maka kata ~erak emas, pemikianlah rupanya .rI19~Japutera tlJi!.nku puteri tiadalah
lagi hersalaban.X -:::~'I.y
Setelah itu maka tuan puteri terlalu sukacita hatinya seraya memberi kepada utas
seribu dinar. Maka ujarnya tuan puteri, ~s janganlah rahsia ini dikatakan nama aku
seorang pun, hubaya~~-------------- ---94

64

hubaya kelak mati kubunuh akan dikau. Maka utas itu pun bermohon~- -/-------~---. -S~ermula diceterakan oleh orang yang empullya cetera ini, bahawa selama tuan
Q.ll.tenJieroleh peta Iiideraputera itu maka tuan putet.:!.-lli!!L tiadalah lepas hatTnya
lagi darlpactapeta-lli/:Maka tuan puteri pun menyuruh dayang-dayangnya memanggil
ahlil nujum demikian katanya, '~.Hai Dang Lela~J)egaIlcl<LCaha}'a dan-Dang
Ratna Baiduri pergi apalah diri kepada ahlil nujum Ranggilkan ak.Y.
- Maka dayang itu pun pergilah ke rumah ahlil nujum seraya dipanggilnya demikian
katanya, Tuan hamba dipersilakan oleh tuan puteri. Maka ahlil nujum pun pergilah
dengan takutnya mengadap tuan puteri.
Maka titah tuan puteri, !-ihatlah apalah kiraqya di dalam!1.!lj.!lm tuan hamba akan
Inderaputera itu, adakah ~tang ke mari iRi?,
Maka ahlil nujum itu pun menyemhah dengan takzirnnya seraya membukakan kitab
nujumnya itu lalu dibilang-bilang ramalnya, Maka ia pun tunduk tersenyum seraya
berdatang sernbahnya, Ya tuanku puteri patik pohonkan ampun ke bawah th:rtttuan
puteri. Maka adapun Inderaputera itu sudahlah datang ke tanah dewa ini, tetapi tiada
orang yangtafiu akan dia.
Setelah itu makatuan puteri pun terlalu sukacita hati.!1xa menengar Inderaputera itu
datang ke negerinya itu. Maka tuan puteri pun memberi anugerah akan ahlil nujum
itu seribu dinar. Maka berkata tuan puteri kepada ahlil nujum, Adapun rahsia ini
jangan dikatakan kepada seorang jua pun. Jikalau saudaramu jua pun tiadaku redhakan.
Setelah sudah maka ahlil nujum pun bermohonlah dengan takutnya seraya kembali
ke rumahnya. Kalakian pada suatu hari ThAn Puteri Talel~adu Ratna duduk di at~
mercu mahligaLde_rrgan d~_~_E<::.t<lInderaputerl:!itu mgsih pada tangannya itu
m~jhat orangyang lalu lalang itu kalau-kalau ada rupa seperti rupa peta
itu.
-~~ _~-.
Arakianmaka tersebutlah perkataan Inderaputera di negeri Dinun itu demikianlah
ceteranya. Hatta beberapa lamanya Inderaputera ~negerJRaIa P~spa Pandai
demikianlah katanya Inderaputera, Hai bagii1cIa, hamba hendak bermohon dahulu
tinggallah tuan hamba sekalian baik-baik hamba hendak pergi bermain-main ke
sebelah tanah dewa itu hamba hendak melihat temasyanya.
Maka sahut baginda, Hai anakku Inderaputera pada bicaraku baiklah juga tuan
hamba duduk di sini di negeri kita ini seperti negeri
95

65

anakku juga dan lagi kita pun belum puas hati lagi kerana duduk di dalam berkasihkasihan.
Maka ujar Inderaputera, Hai Maharaja, adapun kasih tuan hampa itu sepenuhnyalah
akan hamba, tetapinya ada suatu bicara yang kebajikan kepada hamba. Jika sekiranya
dapat mudah-mudahan lulus sembah hamba itu kepada maharaja.
r Nat<a ujar oleh Maharaja Puspa Pandai, Apatah salahnya tuan hamba
membicarakan pada suatu bicara yang kebajikan itu? Maka 'sahut oleh Inderaputera,
Hai Maharaja pada bicara saudaranya Tuan Puteri Cendera Lela Nor Lela itu baik
juga kita persuamikan dengan Nobat Rom Syah itu, anak Maharaja Tahir Johan Syah,
kerana Maharaja itu sebangsa juga dengan tuan hamba.
Setelah itu maka Maharaja Puspa Pandai menengar kata Inderaputera itu demikian
adanya maka ia pun terlalulah amat sukacitanya hati seraya berkata, Hai anakku
Inderaputera, sebenarlah dengan kurnia tuan hamba akan hamba -ini kerana maharaja
Tahir Johan Syah itu pun bukan orang lain kepada hamba, saudara juga kepada
hamba baginda itu.
~~ . . ~.
Setelah demikianmaka]nderaputerapu/1 memperta~hkansaudaral1ya fU-an
J>uterlCerldera Lela Nor Lela kepada maharaja itu. rYfilJ(3!aftlTilderapl.ltera
pun bermohol1lah kepada Maharaja Puspa Pandai seraya berpeluk dan bercium
bertangis-tangisan. Maka Dinar Pandai pun datanglah menyembah kepada Indera
putera.
Maka ujar Inderaputera kepada Tuan Puteri Seri Gading, Hai saudaraku sejahteralah
tuan hamba.
Setelah sudah maka segala anak raja yang kurang se empat puluh itu pun berkata
kepada Inderaputera demikian. Ya tuanku Inderaputera hamba apa sekalian pun
hendak pergi mengiringkan tuan hamba ke sana juga.
Maka kata Inderaputera, Hai saudaraku janganlah tuan-tuan bersusah-susah jikalau
ada kasih tuan-tuan sekalian akan hamba barang di mana negeri ada hamba itu tuan
hamba dapatkan lah hamba.
Maka sekalian anak raja-raja itu pun menyembah kepada Inderaputera seraya
menangis. Maka Inderaputera pun memeluk dan menciumkan pada sekalian anak
raja-raja itu. Setelah.~kj<lI1maJa Janggi Gerdana pun datanglah. Kalakian maka
dilihat oleh Maharaja Puspa PailO~usecK()rktJa~i~llI]au datang dari udara seperti
kilat yang amat tangkas datang mendapatkan Inderaputera seraya menundukkan
kepalanya itu. Maka sekalian anak raja-raja itu pun hairanlah melihat kuda itu dan
gagah perkasa Inderaputera itu.
96

66

Setelah sudah lalu berkata Inderaputera kepada Maharaja Puspa Pandai dan segala
raja-raja itu, Hai saudaraku tinggallah tuan-tuan sekalian. Jika ada kiranya salah
bebal hamba maafkan tuan-tuan sekalian.
tv1,aka Raja Puspa Pandai dan segala raja-raja itu pun semuanya habis menangis
menengar kata Inderaputera yang demikian ihi. Setelah Itu maka Inderaputera pun
naiklah
ke
atas
kudanYl!.L@.ggi
Geroana-:Maka
tmreraputerapunditerbangIanlihoIeh Janggi Gerdana seperti kIlat yang tangkas.
Maka Raja Puspa Pandai dan segala anaK' raja-raja ltu un hairanlah melihat
Inderaputera te-iap dlatas ku~. Setelah demikian mak~ raja-rajaltu-punbermohonlan
kepada Raja Puspa Pandai lalu kembalilah masing-masing ke negerinya.
~ Al-kisahlrnaka te~sebutlah perkataan Inderaputera diterbangkan oleh Janggi
Gerdana dan beberapa melalui gunung yang besarbesar. Hatta maka I~eraputera pun
sampailah ke negeri Maharaja Gurjanis. Maka dIlIfiat' oleh Inderaputera dari jauh
seperti awan hitam terdinding. Maka berkata Inderaputera dengan bahasa jin' kepada
Janggi Gerdana, Apa yang terdinding seperti awan hitam itu ? , \, .
~ka kata Janggi Gerdana, Ya tuanku Inderaputera, itulah
Kota Maharaja Gurjanis.
,.,.--'- Setelah demikian maka Inderaputera pun berhentilah pada suatu padang
hampirneger'jltuJiiga'-~ebermula dllua-rk~ta itu ada seorang dewa bernama Malik
Zahab. Adapun Malik Zahab itu terlalu banyaklambingnya dan domhanya. Maka
olper6UatTIya sebuah kolam pada sama setenganpadang itu akan tempat
Kambingnya nrrmrm air itu. Ma~n lagfaaa suatu batu_b~~:rr_akan.penutupn:Ya..
Setelah~i~ian_l11ak~ Inderapu ternpun=sart.!Q~ilah~Q'!da kolam itu seraya
memberi minum k:iidanya', Maka hari pun malamlah maka Malik Zahab pun
datangillJL!!},embawa kambingnya hendak diberi minum'alrpada kolam itu, Maka
dilihat oleh Malik Zahab ada seorang orang muda berdiri di tepi kolamnya itu dengan
seekor kuda-: nya duduk minum air itu. Maka ia segeralah menghalau akan kam-,
bing itu serta dengan marahnya. .
Maka di lihat oleh Inderaputera seorang dewa datang berkain kambeli dan berbaju
kambeli dan suatu tongkat pada tangannya. Maka ia menghalau kambingnya serta
dengan marahnya. Maka Jnderaputera pun berfikir di dalam hatinya, Dewa ini
marah juga rupanya akan daku sebab aku memberi minum air kuda di tepi
97

67

kolam inikah gerangannya ? Jika demikian baiklah aku bubuh hikmat pada kolam ini
supaya kering airnya ini.
_ Setelah itu lalu dibubuhnya oleh Inderaputera suatu hikmat. -Maka~r kolam..)tu
pun ~ringlah den@n sek~ika,jtuJ4ga. Maka dilihat oleh Malik Zahab air kolam itu
sudah kering. Maka ia pun
_______ -'--'>-~'-'''._.J,'~.~'''_='., __ ..... _,_,-,''''_'_- _
_,' '
amat hairan akan dirinya seraya memandang kepada Inderaputera.
Maka dilihatnya oleh Malik Zahab rupanya Inderaputera itu terlalu amat elok
parasnya .. Pada fikir hatinya, Orang muda ini anak manakah gerangannya. Anak
dewa-dewa yang sakitkah ini?
Setelah itu maka ujar Malik Zahab kepada Inderaputera, Hai orang muda apa sebab
maka air kolamku ini menjadi keri~ kerana ~ah pernah yang demikianini selamalamanya. Syahada;- tahukalt-tuan--hamba--be15erapa RifmbIllI(namoa-mem1num
air pada kolam ini lagi tiada kering. Sebermula beberapa belanja' hamba sudah habis sebab membuat kolam ini.
Setelah Inderaputera menengar kata dewa itu maka sahut oleh Inderaputera seraya
tersenyum katanya, Hai memanda jika kolam ini berair pula apa memanda beri akan
hamba?
. Maka ujar oleh Malik Zahab, Hai orang muda jikai!cf<:l kasihan 'tl,!.an hamba
akan
hal1!_~<l-.2!~llang-n:us011IiiLbenW;~airjl~kei~ar.
~b,!!ik
seperJi
sediakal~:-
Maka hamba taruh perjanjian dengan tuan hamba. Jika berair kolam ini seperti
iliiliulu. Maka hamba dengan~;-~gal~ harta hamba iniSemuanya'seka~lang ~-1Ua;:;haillba.';-------- Setelah didengar oleh Inderaputera maka Inderaputera pun
mengambil hikmat daripada kolam itu. Maka tiba~tib<l..gerair kolam itu.~rakia'i)
segala rumput di tepi kolam itu tumbuhlah terlalu hijau d<lunnya lebih-daripada
dahulu pula. Maka Malik Zahab punterI'iiulah hairan melihat seraya berkata, Hai
orang muda siapa nama tuan hamba ini dan siapa namanya ayah tuan hamba itu dan
daripada bangsa mana tuan hamba ini?
Maka sahut oleh Inderaputera, Wahai m<l.rn~J(Icl!_h<lrnbalah yang bernama
Inderaputera anak padaMaharaja Bikrqm~~1ia-nbangsanya hamba daripada
manusia. --HanamakadiCcterikannya oleh Inderaputera segala perihalahwalnya daripada
permulaan sampai kesudahannya. Setelah itu maka Malik Zahab pun hairan
menengar kata Inderaputera. Maka Malik Zah ab pun segeralah memegang
tangannya Inderaputera. Maka lalu diangkatnya ke atas kepalanya itu seraya
dikucupinya.
98

68

Maka ujar oleh Malik Zahab sesungguhnyalah tuan hamba anak Maharaja Bikrama
Buspa. Maka dapat tuan hamba datang kemari ini kerana tempat ini peberapa zaman
tiadalah pernah manusia datang ke mari ini.
Maka Inderaputera pun bertanya pula kepada Malik Zahab, Wahai Malik siapa nama
mamak ini dan dari negeri mana?
tiaka sahut MalIk Zahab, Ya tuanku Inderaputera, nama mamak Malik Zah ab dan
negeri ini Bikarama Dinun namanya dan nama raja hamba ini Maharaja Gurjanis.
Syahadan akan maharaja itu terlalu lah besar kerajaan dan negeri inilah kesudahan
tanah dewa.
Maka kata Inderaputera, Wahai Malik Zahab, siapa empunya mahligai di tengah
padang ini?
Maka ujarnya Malik Zahab, Ya tuanku Inderaputera inilah mahligai Tuan Puteri
Talela Madu Ratna anak Maharaja Gurjanis. Arakian parasnya itu gilang-gemilang,
terlalu elok kilau-kilauan dan beberapa banyak anak raja-raja sekalian masuk
meminang tuan puteri itu. Maka tiada juga diberi oleh baginda.
Setelah itu maka ujar oleh Inderaputera, Hai mamakku, jikalau dapat nama hamba
janganlah memanda masyhurkan pada segala anak-anak itu. Jikalau sudah keluar dari
negerinya nescaya kuranglah hormatnya kepada negeri yang lain.
Maka ujar oleh Malik Zahab, Ya tuanku Inderaputera baiklah tuan hamba duduk
pada rumah hamba ini.
Maka kata Inderaputera, Baiklah hai mamandaku.
Setelah itu maka Inderaputera pun dibawa oleh Malik Zahab ke rumahnya. Bermula
maka Tuan Puteri Talela Madu Ratna pada tatkala itu ia duduk di atas mercu mahligai
itu, dan tatkala Indera-r puterndudi.ikberkata~katadengaii7\1alikZaha!:> di tepi
k6jaroJfu maka dilihat oleh Tuan Puteri Talela Madu Ratna seorang.muda terlalu baik
sikapnya itu dan jejaknya sederhana lalu pada tepi kolam i~rkatak.atadengan_Mallk.Zahab. Hatta maka tuan puteri pun melihat akan petanya tiadalah
lagi bersalahan rupanya dan sikapnya orang itu dengan peta itu.
Maka ujarnya tuan puteri kepada dayang-~'!.Y?l11in .. YfL.ill:miki'-!Jl
katanya,.HaTOllOg Kuntum dan DaflBfntan Bi d uri , pergilah kamu k~ ki@riya
kepada Malik Zahabitu tanyakan siapa orang O:l\.Ida itu tadi berdiri di tepi kolam
itu.
Setelah dayang-dayang1(edtia menengar kata tuan puteri itu maka ia kedua pun
tersenyum seraya menyembah lalu berjalan pergi ke
99

69

rumah Malik Zahab itu. Hatta pada tatkala itu Inderaputera tengah keluar. Maka
Dang Kuntum dan Dang Intan Baiduri itu pun datang kepada Malik Zahab itu seraya
berkata, Hai Malik Zahab, orang muda manakah yang berdiri tadi pada kolam itu?
Maka Malik Zahab pun tersenyum seraya berkata, Mengapakah dayang bertanyakan
anak hamba itu?
Maka ujar dayaag itu seraya tertawa, Di manakah Malik Zahab peroleh anak itu?
Bohong sekali rupanya ini.
Maka ujar Malik Zahab, Hai dayang tiadakah kau lihat pisang itu adakah ia berbini
atau berlaki sekoliiQ:~&k~nyongiaJLel1lnak? Maka Dayang itu pun tertawa-tawa
seraya berkata, Cura sekali Malik Zahab ini kita bertanya digurau-guraukannya.
Sebermula katakanlah dengan sebenar-benarnya.
Maka Malik Zahab itu pun tersenyum. Maka ujar dayang-dayang itu. Hai Malik
Zahab kalau tiada engkau berkata benar demi kambing engkau nescaya habislah
mati.
Setelah demikian maka Malik Zahab menengardayang-dayang itu menaruh sumpah
akan kambingnya itu. Maka muka Malik Zahab itu pun pucat tiada berseri. Maka
dayang-dayang itu pun tersenyum melihat lakunya itu. Maka Malik Zahab punfikir
dalam hatinya, Jikalau kiranya tiadaku berkata benar nescaya habislah mati
kambingku ini.
Setelah itu maka ujar Malik Zahab, Hai dayang benar-benarlah aku berkata. Adapun
orang muda yang berdiri di tepi kolam itu tadi aitulah bernama Indera putera anak
Maharaja Bikrame Buspa.
Syahadan bangsanya itu daripada manusia.
Maka dicetera.kinoleh Malik Zahab segala hal-ahwalnya demikian. Setelah dayangdayang mendengar kata Malik Zahab itu nama Inderaputera maka ia pun segeralah
kembali kepada tuan puteri lalu ia menyembah demikian sembahnya, Ya tuanku
tuan puteri, adapun orang muda itulah yang bernama Inderaputera anak Maharaja
Bikrama Buspa.
Arakiandiceterakan oleh dayang-dayang itu pada tuan puteri segala perkara yang
telah didengarnya daripada Malik Zahab itu. Setelah tuan puteri menengar cetera
dayang-dayang itu maka tuan puteri pun terlalu lah sukacita sebab Inderaputera
datang ke negerinya. Maka merak emas itu pun mengigal menengar nama
Inderaputera yang datang itu.
Maka ujarnya merak emas, Ya tuanku tuan puteri, hambamu pun hendak bermohon
seketika pergi mendapatkan tuan hamba itu.
100

70

(ILHAM)
Maka ujar tuan puteri seraya tersenyum, Hai Dang Kuntum pergilah diri bawa
merak emas ini kepada Malik Zahab ltu pura-pura dm jualkan merak emas ini kepada
Malik Zahab, demikian kata diri kepadanya: Hai Malik Zahab belilah olehmu merak
emas ini kerana tuan puteri kekurangan belanja. Adapun diri bawal ah merak emas
ini ke hadapan Inderaputera. Adakah dikenalnya oleh Inderaputera.
Setelah demikian Dang Kuntum Jaya pun menyembah seraya berjalan membawa
merak itu pada Malik Zahab. Maka pada tatkala itu Inderaputera pun ada lagi duduk
dengan Malik Zahab.
Maka ujar oleh dayang itu kepada Malik Zahab dan Inderaputera, Mamak mahukah
membeli merak ini?
Maka Inderaputera pun tersenyum dan Malik Zahab pun tersenyum juga (adapun)
sambil berkata, Dayang ini sahaja hendak bermainkan kita, tiadakan patut merak
-emas ini permainan tuan puteri ini akan dijualnya.
Maka Dang Kuntum Jaya pun berkatalah, Benar patik jual juga merak ini kerana
patik kekurangan belanja. Maka merak itu pun diletakkannya di atas talam seraya
mengigal terlalu indah-indah rupanya.
Hatta maka Inderaputera pun memandang kepada merak itu seraya berfikir di dalam
hatinya, Demikianlah rupa yang menerbangkan aku itu tiadalah bersalahan lagi pada
penglihatan aku ini.
Setelah itu maka Inderaputera pun bercucuran air matanya keluar sebab terkenangkan
ayah bondanya. Maka dilihat oleh Dang Kuntum Jaya akan Inderaputera menangis
melihat merak emas itu. Maka dayang itu pun tersenyum seraya berkata kepada
Inderaputera, Hai orang muda, mengapa tuan hamba menangis melihat akan merak
ini, inginkah tuan hamba akan permainan tuan puteri itu ?
Maka kata Inderaputera, Hai dayang, tiada beta ingin akan merak ini. Adapun yang
beta tangiskan itu sedang tuan puteri lagi keputusan belanja istimewa pula hamba ini
orang dagang yang gharib, beberapa lagi.
Sctclah itu maka merak itu pun mengigal seraya ia berpantun demikian bunyinya:
Ikan selangat dalam puan,
Daun kayu di benua rambang;
Adakah ingat emasku tuan,
Ku sambar di bawa terbang.
101

71

Maka Inderaputera pun tersenyum menengar pantun merak emas itu. Maka merak itu
pun sujud seraya menghamparkan akan sayapnya seraya berkata, Ya tuanku
Inderaputera dendamnya hamba akan tuanku baharu sekarang dapat bertemu.
Alangkah jauhnya tanah manusia daripada kasih tuanku dengan serta bijaksana
tuanku maka sampai ke mari ini.
Maka Inderaputera pun mendekati merak itu seraya disapunya. Setelah demikian itu
maka ujar Kuntum Jaya, Hai.merak emas, marilah diri segera kembali, murkalah
kelak tuan puteri, curi amat.
. Maka Dang Kuntum dan Dang Intan Baiduri pun bermohonlah pada Malik Zahab
dan kepada Inderaputera. Maka kata Malik Zahab, Hai dayang, katakan kepada tuan
puteri kenal-kenali apalah patik dagang yang gharib, seraya memandang kepada
Inderaputera.
Maka ujarnya Inderaputera, Hai dayang katakan kepada tuan puteri kenal-kenali
apalah hamba ini dagang yang gharib. Adapun hamba hendak bertaruh hamba kepada
tuan puteri itu kerana hamba ini sangatlah hina.
Maka sahut Dang Kuntum Jaya dan Dang Intan Baiduri seraya
tersenyum sambil berpantun demikian bunyinya:
Empelam bertumbuh dari ghaib,
Dipungut Dang Ratna Wali;
Salam doa dagang yang gharib,
Mintalah tuan kenal-kenali.
Setelah itu maka ia pun berjalan kembali pulang. Setelah sampailah kepada tuan
puteri lalu menyembah dayang kedua seraya berkata, Ya tuanku tuan puteri
sungguhlah seperti warta merak itu terlalu elok rupa Inderaputera dan terlalu manis
barang lakunya serta bijaksana barang lakunya dan perkataannya arif sekali menangkap perkataan dan serta warna tubuhnya gilang-gemilang demikian katanya:
Empelam bertumbuh dari ghaib,
Dipungut Dang Ratna Wali;
Salam doa dagang yang gharib,
Mintalah tuan kenal-kenali.
Maka tuan puteri pun tersenyum menengar perkataan yang demikian daripada
Inderaputera itu. Maka kata tuan puteri, Bijaksana sekali manusia itu. Maka ujar
tuan puteri, Hai Dang Kuntum
102

72

Jaya dan Dang Intan Baiduri, pergilah pula engkau kepadanya Inderaputera itu
katakan demikian:
Tumbuh padi Dang Ratna Wali,
Tanam halia tiadakan tumbuh;
Betapa kita kenal-kenali,
Kalau setia tiadakan sungguh.
Maka dayang kedua itu pun menyembah seraya tersenyum lalu berjalan pergi kepada
Inderaputera. Setelah sampailah kepada Inderaputera maka ujar Inderaputera, Hai
dayang-dayang kedua, adakah lulus cumbuku itu dan adakah laku kehendakku itu?
Maka dayang kedua pun menyembah seraya tersenyum, Ya tuanku Inderaputera,
salam doa tuan kepada tuanku apatah akan salahnya tuan hendak berkasih-kasihan
demikian. Maka kata tuan puteri:
Tumbuh padi Dang Ratna Wali,
Tanam halia tiadakan tumbuh;
Betapa kita kenal-kenali,
Kalau setia tiadakan sungguh.
Maka Inderaputera pun tersenyum seraya mengutuskan cincin dari jarinya itu, lalu
diberikannya kepada dayang itu. Maka berkatalah Inderaputera, Hai dayang katakan
salam doa kita dan hormat mulia kita kepada tuan puteri bahawa cincin ini akan
barang-barang gunanya umpama bunga setangkai juga adanya. Janganlah diaibkan
kerana tiadalah dengan sepertinya demikian katakan kepada tuan puteri.
Singa sakti nama yang sungguh,
Kunci dikarang akannya dastar ;
Jikalau setia tiadakan teguh,
Bukanlah kita anak raja besar.
Maka Dang Kuntum Jaya dan Dang Intan Baiduri pun tersenyum menengar
perkataan pantun Inderaputera itu lalu kembali kepada tuan puteri. Setelah sampai
maka kedua dayang-dayang itu pun menyembah kepada tuan puteri seraya
mengunjukkan cincin itu serta berkata, Ya tuan puteri salam doa Inderaputera
kepada tuan serta hormat mulia akan tuan puteri. Syahadan cincin ini akan barangbarang gunanya umpama bunga setangkai juga adanya janganlah diaibkan kerana
tiada dengan sepertinya katanya:
Singa sakti nama yang sungguh,
Kunci dikarang akannya dastar;
Jikalau setia tiadakan teguh,
Bukanlah kita anak raja besar.
103

73

(RIZQY)
Maka tuan puteri pun tersenyum menengar pantun Inderaputera itu dan terlihat oleh
tuan puteri cincin itu terlalu indah-indah rupanya dan perbuatannya itu. Maka tuan
puteri pun sukacita seraya tersenyum sebab beroleh cincin demikian itu. Maka kata
tuan puteri, Bijaksana sekali Inderaputera ini.
Kalakian keesokan harinya maka tuan puteri pun membubuh baubauan terlalu amat
harum baunya itu. Maka dibubuhnya pada suatu cembul mutiara bertatahkan ratna
mutu maknikam. Maka kata tuan puteri, Hai Dang Kuntum Jaya dan Dang Intan
Baiduri pergilah diri kepada Inderaputera itu engkau bawa bau-bauan ini berikan
kepadanya serta sampai salam doaku demikian kata diri kepadanya itu:
Singa sakti anak Sang Nata,
Dang Nata menanam setangkai ladanya;
Jika sungguh seperti dikata,
Apatah lagi akan salahnya.
Maka dayang-dayang itu pun menyembah seraya berjalan pergi kepada Inderaputera.
Maka setelah sampai maka dayang itu pun duduk menyembah seraya mengunjukkan
cembul mutiara itu kepada Inderaputera demikian katanya, Ya tuanku Inderaputera
inilah bau-bauan tuan puteri, beri akan tuan akan barang gunanya dan katanya:
Singa sakti anak Sang Nata,
Dang Nata menanam setangkai ladanya;
Jika sungguh seperti dikata,
Apatah lagi akan salahnya.
Maka Inderaputera pun tersenyum menengar pantun demikian seraya ia mengambil
bau-bauan itu. Maka ujar Inderaputera, Hai dayang sembah sahaja beta datang.
Setelah itu maka bau-bauan itu pun diciumnya seraya dipakainya.
Maka Jnderaputera pun berpantun demikian bunyinya:
Rambutan dua setangkai,
Anak tiung di bawah lantai;
Bau-bauan pemberian puteri,
Dicium dahulu barulah dipakai.
Maka dayang itu pun tersenyum menengar pantun Inderaputera sambilInderaputera
pun berpesan sampaikan hormat kita kepada tuan puteri:
Tumbuh jerami di atas batang,
Rakit Jawa di atas papan;
104

74

Jamunya kami sebagai datang,


Badan dan nyawa berhadapan.
Maka dayang itu pun bermohonlah kepada Inderaputera lalu kembali kepada tuan
puteri seraya berdatang sembah akan tuan puteri demikian katanya, Ya tuanku tuan
puteri sudahlah patik persembahkan bau-bauan itu kepada Inderaputera serta
disambutnya seraya ia berpantun demikian:
Rambutan dua setangkai,
Anak tiung di bawah lantai;
Bau-bauan pemberian puteri,
Dicium dahulu barulah dipakai.
dan demikian lagi katanya sampaikan hormat kita akan tuan puteri dan sampaikan
pantun ini kepada tuan puteri demikian:
Tumbuh jerami di atas batang,
Rakit Jawa di atas papan;
Jamunya kami sebagai datang,
Badan dan nyawa berhadapan.
Maka tuan puteri pun tersenyum menengar pantun itu seraya berkata, Hai dayang
pergi diri kembali kepadanya demikian kata diri: lJtas-utas di atas pintu,
Pakaian jauh baharu dapat,
Orang sukar sahaja begitu,
Membuang nyawa baharulah dapat.
Maka dayang itu pun bermohonlah kepada tuan puteri lalu pergi kepada Inderaputera
serta menyampaikan pantun itu demikian bunyinya:
Utas-utas di atas pintu,
Pakaian jauh baharu dapat,
Orang sukar sahaja begitu,
Membuang nyawa baharulah dapat.
Maka Inderaputera pun tersenyum seraya berkata, Pandai sungguh anaknya dewa ini
berpantun. Maka Inderaputera pun berpantun:
Pinang muda dari Jepara,
Akan kesumba dari kelikut;
Masakan hamba berani mara,
Adakah muda gentarkan takut.
Maka dayang itu pun menyembah seraya memohon kembali.
Setelah sampai kepada tuan puteri lalu ia menyembah demikianlah sembahnya itu,
Ya tuanku tuan puteri adapun perkataan Indera105

75

putera itu terlalu indah-indah tiadalah dapat patik perikan demikianlah pantunnya
tuanku:
Pinang muda dari Jepara, Akan kesumba dari kalikut; Masakan hamba berani mara,
Adakah muda gentarkan takut.
Maka tuan puteri pun tersenyum. Maka merak pun berpantun
seraya mengigal di hadapan tuan puteri itu demikian pantunnya:
Beras padi dalam kendi,
Akan santapan di udara; Tiadakah belas hatimu puteri, Menengar sembah
Inderaputera.
Maka segala dayang-dayang itu pun tertawalah akan melihat temasya merak emas
itu. Maka merak emas pun mengigal pula seraya berpantun demikian bunyinya:
Buah pauh dimakan rusa, Santapan puteri dinihari; Alangkah jauhnya tanah manusia,
Ia mendapatkan puteri ke mari.
Maka tuan puteri pun tersenyum dan segala perwara pun tertawa seraya ter latah.
Maka menjadilah riuh rendah suaranya orang dalam mahligai itu. Maka ujar orang
yang berkawal di bawah mahligai itu, Apakah riuh rendah, terkejut kami sekalian.
Maka sahut oleh segala dayang-dayang perwara, Adapun merak itu mengigal terlalu
amat curanya, sebab itulah semuanya orang riuh rendah tertawa. Tambahan lagi
teman kami berkawal tertawatawa terlatah-latah demikian ramailah bunyinya.
Maka berkata orang yang berkawal itu pula, Janganlah tertawa sangat banyak tiada
baik kemudiannya.
Hatta kalakian maka hari pun malamlah. Maka fikir tuan puteri, Datang juga
Inderaputera pada malam ini.
Setelah demikian maka tuan puteri pun menghiasi penghadapan daripada sakhlat
aninulbanat dan tirai kelambu dewangga yang keemasan. Syahadan beberapa
tanglong pelita dian dan kandil yang terpasang. Setelah itu maka tuan puteri pun
mandi berlimau dan memakai bau-bauan serta dengan alat pakaian yang indah-indah.
Setelah sudah hari pun malamlah. Maka Inderaputera pun datanglah naik ke atas
Janggi Gerdana itu.
Maka ujarnya Inderaputera, Hai Janggi Gerdana terbangkanlah kiranya beta ke
mahligai tuan Puteri Talela Madu Ratna itu.
106

76

(MUTHIA)Setelah itu maka Janggi Gerdana pun terbanglah membawa Inderaputera.


Setelah sampai ke mahligai tuan puteri maka ujar oleh Inderaputera, Hai Janggi
Gerdana kembali tuan hamba, kelak ke mari hampir dinihari.
Maka Inderaputera pun melompat ke mahligai tuan puteri. Maka Janggi Gerdana pun
kembalilah. Hatta maka tuan puteri pun mencium bau-bauan semerbak terlalu amat
harumnya. Maka ujar tuan puteri, Bau siapa gerangan ini?
Maka Inderaputera pun menyingkap tirai dewangga itu seraya berpantun demikian
bunyinya:
Sudah geharu cendana pula, Bedak bertemu dalam puan; Sudahlah tahu bertanya
pula, Hendak bertemu gerangan tuan.
Maka tuan puteri pun tersenyum seraya berpantun demikian bunyinya serta berpaling
sambil mengerling Inderaputera dengan ekor matanya:
Sarung keras batang cendana,
Sibur kaca berisi gula;
Datanglah arif yang bijaksana,
Akan penghibur hati yang gila.
Maka Jnderaputera pun memandang kepada tuan puteri. Maka dilihatnya paras tuan
puteri itu. Maka terlalulah elok rupanya. Maka Inderapurera pun tersenyum sambil
mengerling tuan puteri seraya berpantun:
Kain putih sajiannya putih,
Belum habis jarumnya hilang;
J ika terpandang panau yang putih,
Tiadalah sedar nyawaku hilang.
Maka tuan puteri pun tersenyum lalu menyuruh segala dayangdayang angkat kursi
yang keemasan. Maka Indcraputera pun semayamlah di atas kerusi itu dan tuan puteri
pun duduklah di atas peterakna sama dengan Inderaputera setara duduknya. Maka dihadap oleh segala dayang-dayang itu. Maka sekalian isi istana itu ke mahligai tuan
puteri itu dengan gagah perkasanya. Kalakian maka tuan puteri pun mengunjukkan
puannya kepada Inderaputera seraya berpantun demikian:
Kain suji di atas atap,
Pakaian raja hariraya;
107

77

Jika sudi tuanku santap,


Jika tiada apakan daya.
Maka Inderaputera pun tersenyum sambil menyambut puan dari tangan tuan puteri
seraya menjeling sambil berpantun demikian:
Batang birah akan dirampai,
Anak tiung di bawah papan;
Inilah sirih pemberian puteri,
Dicium dahulu baharu di makan.
Maka tuan puteri pun tersenyum. Maka Inderaputera pun santaplah sirih. Setelah
sudah maka merak itu pun mengigallah pula seraya berpantun demikian bunyinya:
Gerang perat pada sutra,
Pandan sehelai di dalam jerami;
Baik paras Inderaputera,
Baik di ambil akan suami.
Maka tuan puteri pun tersenyum dan segala dayang-dayang tertawa melihat merak
itu. Hatta maka berkata tuan puteri kepada Inderaputera, Hai Inderaputera gilakah
tuan hamba datang ke mahligai ini?
Maka ujar oleh Inderaputera, Jika gila pun dengan sebab kerana tuan.
Maka tuan puteri pun tersenyum seraya berpantun dengan manis-nya seperti laut
madu demikian bunyinya:
Kain Jawa sehesta panjang,
Dibawa budak turun mandi;
Banyaklah muda sudahku pandang,
Sayang sedikit berubah janji.
Maka Inderaputera pun tersenyum serta dengan sukacitanya sambil berpantun dengan
manisnya demikian bunyinya:
Terang sungguh batang keranji,
Tukang emas memukul perak;
Barang siapa mungkirkan janji,
Dunia akhirat alamat farak.
Maka tuan puteri pun tersenyum. Maka segala dayang-dayang itu pun tertawa.
Kalakian maka hidangan pun diangkat oleh dayangdayang itu. Setelah sudah makan
tuan puteri pun makanlah pelbagai nikmat yang amat lazat cita rasanya. Maka tuan
puteri serta dengan Inderaputera pun terlalu sukacita melihat kelakuan merak itu berbagai-bagai pantun selokanya. Maka segala dayang-dayang itu pun tertawalah.
108

78

Maka ujar tuan puteri itu, Jika kita tahu akan hal merak ini demikian nescaya
selama-lamanya kita bermain, menjadi ramailah mahligai ini.
Maka sembah dayang-dayang itu, Benarlah seperti kata tuan puteri itu.
Maka merak itu pun menggigal seraya berseloka. Maka tuan puteri dan Inderaputera
pun terlalu suka, dayang-dayang itu pun terlalulah ramai di mahligai itu. Maka
berkatalah seorang Janganlah terlalu ramai riuh rendah ini. Jika didengar oleh orang
yang duduk berkawal itu apakah jadi kita sekalian ini kerana hari sudah jauh malam.
Arakian pada ketika i tu maka adalah seorang orang yang di dalam duduk berkawal
di bawah mahligai itu telah menengar akan hal merak itu berpantun demikian
bunyinya:
Ikan orang nangkanya ku, Diam-diam pintu laksamana; Orang muda sahaja begitu,
Perkasa lagi bijaksana.
Setelah itu maka merak itu pun melompat ke atas ribaan dayangdayang itu. Maka
dayang-dayang itu pun tertawa seraya katanya, Apa bahasa ini ?
Maka merak itu pun melompat-lompat. Maka Inderaputera pun tertawa. Maka tuan
puteri pun tertawa lah pula. Maka segala dayang perwara sekalian pun habislah
tertawa. Maka menjadi riuh rendah azmat bunyinya di mahligai itu. Maka segala
orangyarg berkawal di bawahnya mahligai empat puluh itu pun berkatalah sama
sendirinya.
Maka katanya, Di mana bunyinya laki-laki kedengaran suaranya itu kerana kita apa
berkawal daripada siar g tadi tiadalah seorang laki-laki melintas ke mari, timbultimbul datang si celaka ini, ia hendak menunjukkan gagah perkasa ia bangunnya itu
pada kita-apa sekalian yang duduk berkawal ini.
Syahadan maka seketika lagi pula kedengaran lah suara laki-laki itu pada orang yang
berkawal itu. Hatta maka segala mengatakan ada laki-laki di mahligai tuan puteri.
Maka menteri itu pun berseruserulah dengan nyaring suaranya masing-masing pun
mengunuskan senjatanya dan menating panah nya dan menghela akan tombaknya
dan mengkitar pedangnya, dan mengenakan1
dan dirah.
_______________
1 hatfah atau

-baju besi.
109

79

(NADYA)Maka gemparlah pada malam itu. Maka segala dayang-dayang dan


perwara serta biti-biti sekalian pun habislah berlari-larian ke bawah mahligai itu.
Hatta maka Inderaputera pun dikepung oleh segala dewa-dewa itu daripada bawah
mahligai tuan puteri.
Maka berkata Inderaputera kepada tuan puteri, Hai adinda nyawa badan kakanda
marilah kakanda pangkukan adinda.
Maka Tuan Puteri Talela Madu Ratna pun dipangkukan oleh Inderaputera. Maka kata
Inderaputera, Janganlah adinda susahkan hati remuk jiwa kakanda hilang seorang
dan remuklah kakanda lenyap seorang. Jikalau kakanda hilang adinda pun hilang,
janganlah adinda susahkan hati adinda. Seraya berpantun demikian bunyinya:
Gajah langgar kuda beraksa,
Mayang di mana di hempaskan:
Sama lebur sama binasa,
Tuan tiada kanda lepaskan.
Maka tuan puteri pun menangis bercucuran air matanya seperti mutiara terhambur
daripada karangannya menengar kata Inderaputera itu. Maka Inderaputera pun
memujuk akan tuan puteri seraya berkata, Janganlah adinda menangis hilanglah
jiwa kakanda. Maka hilang jiwa adinda.
Maka tuan puteri pun muramlah durjanya seraya berpantun dengan manis suaranya
sambil berlinang-linang air matanya demikian bunyinya:
Rambutan manis dalam padi, Setelah masak jatuh ke air, Bukannya adinda takutkan
mati, Selaku belum nyawanya lebur.
Maka merak pun mengigal sebab melihatkan tuan puteri itu muram akan durjanya itu
seraya berpantun demikianlah bunyinya dengan merdu suaranya:
Dang Kasihan pergi ke tanjung, Akan permata pembeli lada; Tuan laksana pelita
tanglong, Diribakan oleh paduka kakanda.
Menengar pantun merak itu lalu berita pada dayang-dayang pada inang pengasuhnya
itu. Maka sekalian mereka itu pun menamparnampar dadanya sambil berkata, Wahai
tuan puteri bukanlah sudah patik sembahkan tadi apakah jadinya tuan puteri lagi,
kerana orang yang mengepung itu sudahlah datang banyak sangat. Jika
11

80

sekiranya tahu ayahanda kelak binasa bukan alang kepalang kita sekalian.
Maka merak itu pun berpantun seraya mengigal sambil tertawa dengan sukacitanya
terlalu indah tingkah dan lakunya itu seperti orang menari dengan lemah lembut
lakunya:
Orang bestari mengangkat talam, Bedak baiduri dalam cerana; Adakah matahari
terbitnya malam, Adakah sehari bulan purnama.
Maka tuan puteri dan Inderaputera pun tersenyum dan dayangdayang itu pun hadir
mengadap tuan puteri dan Inderaputera.
Hatta maka segala menteri dan hulubalang itu pun menyuruhkan seorang pergi
sembahkan ke bawah duli Syah Alam. Maka pergilah or-angltu dipersembahkan
baginda dengan segeranya. Ia pun berlarilari. Setelah sampailah ke balairung itu
maka ujar menteri itu kepada biduanda itu, Hai biduanda pergilah persembahkan ke
bawah duli Syah Alam katakan olehmu kami sekalian, adapun pada mahligai tuan
puteri itu ada seorang laki-laki hendak kami sekalian buang akan ia kerana ada
sedikit lagi sebab kami belum menengar titah baginda lagi. Maka inilah kami
sekalian suruh berdatang ke bawah duli baginda itu, apa-apa akan dititahkan baginda
boleh kami sekalian kerjakan.
Hatta maka biduanda itu pun masuklah ke dalam memberitahu pada dayang-dayang
yang diharap oleh baginda itu mengatakan seperti perkataan menteri sekalian itu.
Maka dayang itu pun berdatang sembah demikian bunyinya, Ya tuanku Syah Alam
bahawa menteri pada malam ini berkawal di bawah mahligai paduka anak- , anda
menyuruh persembahkan kepada biduanda itu, bahawa seorang laki-laki ada di atas
mahligai paduka anakanda itu tuan puteri.
Setelah sudah Gurjanis menengar sembah dayang-dayang itu maka baginda pun
segeralah bangun keluar ke balairung. Hatta maka segala raja-raja dan menteri
hulubalangnya sekalian pun hadir di balai. Maka titah baginda pada segala mereka
itu, Pergilah kamu sekalian, bawal ah olehmu bala tentera ini tangkapkan oleh kamu
sekalian akan laki-laki itu bawa ke mari.
Arakian maka Dang Kuntum dan Dang Intan Baiduri itu pun semuanya tertawa-tawa
menengar pantun dan seloka serta beberapa perkataan yang manis-manis
melembutkan hati tuan puteri itu. Maka orang mengepung itu pun makin banyak
datang ke bawah mahligai itu. Maka dayang-dayang itu pun berdatang sembah ke111

81

pada tuan puteri, Ya tuanku tuan puteri, orang mengepung seian banyak datanglah
sudah.
Maka tuan puteri tiada khabar akan dirinya juga. Maka merak itu pun mengigal dan
berpantun dan berseloka berbagai-bagai yang indah-indah perkataannya. Maka tuan
puteri pun tersenyum serta lnderaputera. Kalakian maka Inderaputera pun berkatakata kepada dayang-dayang, Hai dayang singkapkan tirai dewangga itu dan buka
pintu mahligai itu dengan segera.
Hatta maka Inderaputera pun mencita gemala hikmat yang diperoleh daripada Tuan
Puteri Seri Ratna Gemala Nehran itu. Maka tiba-tiba keluarlah empat orang jin
daripada gemala hikmat itu. Maka ia pun datang sujud menyembah kepada
Inderaputera seraya katanya, Ya tuanku Inderaputera apakah kerja yang dipertuan
memanggil patik ini?
Maka kata Inderaputera, Hai saudaraku sekalian lawankanlah olehmu akan segala
hulubalang Maharaja Gurjanis itu.
Maka Dikar Alam dan Sekantar Alam dan Dikar Kilat dan Dikar Agus dan
saudaranya itu pun sujudlah seraya bertempik menghunus akan senjata lalu turun dari
atas mahligai itu menyerbu akan dirinya itu kepada hulubalang Maharaja Gurjanis
itu. Hatta maka segala menterinya dan hulubalangnya itu pun gemparlah bertetak
sama sendirinya gegak gempita bunyinya tempik soraknya terlalu ramai dan
beberapa anak panah habis daripada terkasnya, arakian dan beberapa anak tombak
yang patah dan beberapa pedang yang bengkok kerana berperang sama sendirinya
itu. Syahadan jikalau tiada segala dewa-dewa itu berbaju besi dan dirah nescaya
banyaklah mati kerana jin empat orang yang mengamuk pada malam itu. Hatta
terdengarlah kepada Maharaja Gurjanis akan perihal itu. Maka Maharaja Gurjanis
pun menitahkan hulubalang empat orang dan empat ribu rakyat yang membantu
hulubalang itu pada malam itu juga dan beberapa dian dan tanglung akan jadi
suluhnya itu seperti bintang di langit gemerlapan cahayanya akan suluh itu.
Maka Inderaputera pun mencita pula gemala hikmat itu. Maka keluarlah beberapa
ribu jin serta dewa peri mambang sekalian berhadapan dengan hulubalang maharaja
Gurjanis itu. Maka Inderaputera pun mengeluarkan gemala yang diperolehnya
daripada ular mamdud akan menjadi suluh segala hulubalang itu. Maka segala rakyat
daripada gemala hikmat itu pun seperti bulan bercahaya rupanya itu. Adapun segala
rakyat dan hulubalang yang mengepung akan Inderaputera pun habislah lari kembali
kepada Raja Gurjanis
112

82

daripada sangat dharab amuk hulubalang jin yang keempat itu pun kembalilah
kepada Inderaputera.
(PUTU)
Maka segala hulubalang yang daripada gemala hikmat itu pun penuhlah kembali
kepada mahligai itu sekalian habis sedia dengan senjatanya.
Maka tuan puteri pun hairanlah melihat hikmat Inderaputera itu terlalu gagah
perkasa. Maka fikir tuan puteri, Dari manakah gerangan diperolehinya rakyat ini.
Jika demikian terlalulah bijaksana sekali Inderaputera ini. Maka merak pun
mengigallah seraya berpantun dan berseloka. Maka tuan puteri pun tersenyum
menengar pantun dan seloka merak itu.
Hatta maka hulubalang dan rakyat yang dititahkan oleh Maharaja Gurjanis itu
bertemulah di jalan dengan segala hulubalang yang membantu itu. Maka katanya,
Hai segala saudaraku terlalu hairan sekali hamba akan perihal-ahwalnya laki-laki
yang di mahligai tuan puteri itu. Kita pun menengar juga suaranya itu. Maka
dikepung ia. Maka dengan seketika lagi keluar hulubalangnya serta rakyatnya beriburibu dari dalam mahligai itu. Maka kami pun berperanglah dengan segala hulubalang
itu tiadalah berketahuan datangnya itu. Syahadan campur baurlah dengan tempik
soraknya itu. Maka segala senjata kami sekalian pun habislah patah-patah sebab
itulah kami sekalian pun undur menantikan hari siang.
Setelah didengar oleh hulubalang yang datang itu maka ujarnya.
Hai saudaraku marilah kita pergi pula kerana titah raja kita pada kita sekalian.
Hatta maka segala hulubalang itu pun bertempik seraya membetuli panahnya dan
menghelakan tombaknya dan menghunuskan pedangnya. Maka berhadapanlah
dengan segala hulubalang Inderaputera.:
Kalakian maka berperanglah kedua pihak tentera itu. Maka banyaklah mati segala
dewa-dewa itu dan luka. Sekira-kira sejam lamanya berperang itu maka segala rakyat
Maharaja Gurjanis pun undurlah lalu pecahlah perangnya itu. Maka segala rakyat itu
pun habislah bercerai berai tiadalah berketahuan. Maka terdengarlah kepada
Maharaja Gurjanis. Maka baginda pun bertitahkan delapan orang hulubalang dan
rakyat empat ribu pergi pula dan kepada seorang hulubalang itu empat
ketumbukannya melawan rakyat Inderaputera itu seraya berperanglah. Arakian maka
ramailah perangnya itu dan beberapa dewa-dewa yang mati dan luka.
Maka terdengarlah kepada Maharaja Gurjanis perangnya sudah pecah. Maka ia pun
marah serta menitahkan akan hulubalangnya dua laksa itu rakyat yang tiada akan
terpermanai lagi banyaknya itu.
113

83

Syahadan maka berperanglah mereka itu terlalulah ramai tempik soraknya terlalu
azmat bunyinya dan gegak gempitalah tiada sangka bunyinya lagi. Maka diwartakan
oranglah kepada Maharaja Gurjanis akan hal-ah wal nya Inderaputera itu. Maka
segala jin peri itu pun lagi demikian banyak pula, bertambah-tambah datangnya
membantu akan sebelah Inderaputera. Maka raja Gurjanis pun hairanlah akan jin dan
peri itu. Maka ia pun marah.
Maka baginda pun bertitah demikian, Menteriku siapa gerangan laki-laki itu anak
raja inderakah atau anak raja dewakah ?
Maka datang sembah segala raja-raja itu, Ya, tuanku Syah Alam patik sekalian pun
hairan akan pekerjaan laki-laki itu.
Hatta maka hari pun sianglah. Maka segala jin dan dewa peri rakyat Inderaputera dan
segala hulubalang itu pun bersaf-saflah di padang Belanta Ajaib dan di bawah
mahligai tuan puteri sekalian dengan alat senjatanya.
Kalakian maka Raja Gurjanis pun menitahkan seorang raja yang bernama Gherantar
Syah demikian titah maharaja itu, Hai Gherantar Syah pergilah tuan hamba tangkap
akan laki-laki itu bawa ke mari padaku.
Maka Raja Gherantar Syah pun tersenyum-senyum serta dengan gelak-gela nya. aka
ia pun segera menyembah lalu pergi ke padang Belanta Ajaib itu. Setelah itu maka
gendang perang pun berbunyilah daripada kedua pihak ketumbukan itu. Maka segala
hulubalang itu pun berlompatanlah dengan tempik soraknya seorang kepada seorang
masing-masing berlompatanlah ke tengah padang Belanta
Ajaib itu. Syahadan berbetulan dengan segala hulubalang Inderaputera. Maka
berperanglah mereka itu berpanah-panahan bertumbuk-tumbukan pendahan dan
bertetak an pedang. Maka jadi kelam kabutlah padang itu sebab lebu duli berbangkit
ke udara. Maka adalah lamanya sekira-kira sejam berperang itu. Maka Raja Gurjanis
pun menyuruh akan Maharaja Gherantar Syah bertemu dengan hulubalangnya
Inderaputera yang bernama Dikar Alam itu. Maka keduanya itu berperanglah dan
Dikar Kilat dan Dikar Agus dan Sagentar Bumi pun bertemu dengan Dikar Alam
tengah berperang dengan Raja Gherantar Syah itu terlalulah ramai tangkismenangkis. Maka ditangkapnya Raja Gherantar Syah dan segala raja-raja dan
hulubalang dan rakyat sebelah Raja Gurjanis pun pecahlah perangnya Ialu undur.
Maka hari pun malamlah.
Setelah itu hari pun sianglah. Maka Raja Gurjanis pun duduklah semayam dihadap
oleh segala raja-raja dan menteri hulubalang dan
114

84

bala tenteranya sekalian. Maka hari itu raja yang bernama Raja Gherantar Syah.
Sebermula akan raja itu terlalu gagah perkasa dan berat pedangnya seratus kati dan
lebar matanya sejengkal empat jari. Maka terlalu tajam berkilat. Maka ia pun
berdatang sembah demikian katanya itu, Ya tuanku Syah Alam patik memohon akan
ampun ke bawah duli tuanku. Jika dengan kurnia tuanku patiklah menangkap akan
dia itu.
Setelah itu maka Raja Gurjanis mendengarkan sembah Raja Gherantar Syah itu maka
titah baginda, Baiklah tuan hamba, kerjakanlah oleh tuan hamba.
Maka Raja Gherantar Syah pun naik ke atas kudanya seraya mengunuskan
pedangnya lalu ke tengah medan Belanta Ajaib itu. Maka segala hulubalang itu pun
mengiringkan Raja Gherantar Syah ke medan itu.
Kalakian maka bersorak-soraklah seorang laki-laki daripada pihak Raja Gherantar
Syah itu demikian bunyinya, Hai laki-laki mengapa engkau bersembunyi diri
engkau di mahligai itu takutkah engkau akan mati akan raja Gherantar Syah ini maka
dewa-dewa dan peri engkau suruh akan berperang dengan raja-raja kami ini. Jika
sungguh engkau laki-laki marilah engkau ke padang Belanta Ajaib ini supaya engkau
rasai azab pedang Raja Gherantar Syah yang berat seratus miskal dan lebarnya
sejengkal empat jari.
Setelah Dikar Alam menengar kata itu maka ia pun berdatang sembah kepada
Inderaputera, Ya tuanku, biarlah hamba masuk ke medan itu.
Maka titah Inderaputera, Sabarlah engkau hai saudaraku biarlah aku masuk ke
medan itu pada hari ini kerana ia berseru-seru akanku. Adapun hari ini pergantian
hambalah akan perang itu tetapi insya Allah Tuhan Yang Maharnulia, akulah
melawan Raja Gherantar Syah itu dengan tiada bersenjata kerana iaitu bukannya
lawan ku.
Setelah itu maka kata Inderaputera pada tuan puteri, Hai adinda tinggallah tuan
dahulu, kakanda hendak pergi melawan Raja Gherantar Syah ke Padang Belanta
Ajaib itu.
Setelah demikian itu maka Inderaputera pun naiklah ke atas kudanya Janggi Gerdana
lalu pergi ke tengah padang itu. Seketika lagi maka didengar oleh Raja Gherantar
Syah bunyi guruh petir dengan kelam kabut. Maka dilihat oleh Raja Gherantar Syah
seperti kilat keluar daripada mahligai tuan puteri itu. Hatta maka Inderaputera segera
menghampiri akan kudanya lalu ditangkapkannya Raja Gherantar Syah itu. Maka
disuruh oleh Inderaputera taruh pada
115

85

(ADHIKA)
Dikar Agus dekat mahligai itu. Syahadan maka dilihat oleh segala hulubalang itu
tiba-tiba Raja Gherantar Syah tatkala bunyi guruh halalintar petir kilat kelam kabut
itu. Maka dengan seketika itu juga Raja Gherantar Syah itu pun ghaiblah tinggal
kudanya di tengah padang itu. Maka segala hulubalang dan rakyat itu pun habislah
hairan seraya membuangkan senjatanya lalu pergi mengadap Raja Gurjanis
mempersembahkan segala hal-ahwalnya itu.
Maka setelah didengar oleh Maharaja Gurjanis maka ia pun hairan menengarkan
perihal-ahwalnya Raja Gherantar Syah itu seraya memberi titah pada segala raja-raja
itu demikian katanya, Hairan memberi sekali hamba menengar perihal-ahwalnya
Raja Gherantar Syah itu.
Syahadan pada bicaraku laki-laki itu anak dewa yang sakti juga.
Setelah itu maka titah Raja Gurjanis pada sekalian raja-raja itu demikian.
Sebermula diceterakan oleh orang yang empunya cetera ini selama Inderaputera di
mahligai tuan puteri Talela Madu Ratna itu sekirakira empat puluh raja-raja yang di
bawah Raja Gurjanis itu bercakap hendak menangkap Inderaputera itu semuanya
raja-raja yang keempat puluh itu pun habis disuruh taruh oleh Inderaputera pada
gedung Raja Gurjanis. Setelah sudah demikian maka dipersembahkan oleh oranglah
kepada Raja Gurjanis bahawa segala raja-raja yang hendak menangkap akan
Inderaputera itu maka habislah ghaib dari atas kudanya. Maka Raja Gurjanis pun
hairan akan perihal segala raja-raja itu.
*

Kalakian maka tersebutlah Raja Dewa Lela Mengerna apabila ia balik daripada
kadhahajat maka dilihat Inderaputera tiadalah lagi dan kudanya itu lagi tertambat.
Maka Raja Dewa Lela Mengerna pun tahulah bahawa Inderaputera itu diterbangkan
oleh Jin Tamar Buga itu. Maka ia pun segeralah kembali dan menyuruhkan seorang
biduanda memberitahu kepada Nobat Rom Syah. Setelah Nobat Rom Syah menengar
perihal Inderaputera demikian itu maka ia pun segeralah datang kepada Raja Dewa
Lela Mengerna dengan segala menteri hulubalangnya serta rakyat sekalian. Setelah
datanglah ia kepada Raja Dewa Lela Mengerna maka Raja Dewa Lela Mengerna dan
Nobat Rom Syah pun pergilah mencari Inderaputera.
Hatta maka terdengarlah kepada segala raja-raja yang bertemu dengan Inderaputera
itu katanya, Perasaanku bahawa Inderaputera itu berperang dengan Raja Gurjanis.
116

86

Maka segala raja-raja itu pun menghimpunkan segala menteri hulubalang serta
dengan bala tenteranya sekalian. Setelah mustaiblah dengan alat peperangannya itu
maka segala raja-raja itu pun pergilah mendapatkan Inderaputera ke negeri Dinun itu.
Maka pada suatu hari bintang pun belum lagi padam cahayanya dan segala margastua
pun belum lagi mencari akan mangsanya dan segala unggas pun belum terbang dan
matahari pun lagi terkandang di tepi langit maka kedua pihak pun berbunyilah
gendang perang terlalulah azmat bunyinya dan segala tunggul panji-panji pun
berkibarlah dan payung segala anak raja-raja itu pun terkembanglah gemerlapan
seperti daun kayu dan gemercinglah bunyinya. Maka padang itu pun diperbaiki
oranglah kerana Raja Gurjanis akan berangkat sendiri hendak pergi melihat segala
raja-raja yang banyak itu dan segala hulubalang rakyat bala tenteranya sekalian yang
tiada ditepermanai banyaknya. Maka segala hulubalang itu pun akan masing-masing
memakai pakaian perangnya. Maka raja-raja yang di bawah Raja Gurjanis itu pun
masing-masing memakai senjatanya. Setelah naiklah ke atas kudanya maka segala
raja-raja dan bala tenteranya pun hadirlah dan jogan alamat terdirilah.
Kalakian maka baginda pun semayamlah di atas kursinya. Maka 'segala raja yang
muda-muda itu pun beraturlah kanan dan kiri Raja Gurjanis itu. Maka payung
kerajaan itu pun terkembanglah terlalu amat indah-indah rupanya. Maka sirih pada
corong yang keemasan itu pun dibawa oleh oranglah ke hadapan segala-gala raja-raja
itu. Arakian maka seketika lagi lalu dilihat oleh Raja Gurjanis daripada pihak
paksina berbangkit duli ke udara kelam kabut berkilat-kilat. Seketika.Iagr maka
kelihatanlah dua ratus dua puluh panji-panji dengan warnanya. Syahadan berkibaran
jambu mutiaranya, Maka di bawah panji-panji itu segala hulubalang lengkap dengan
alat senjatanya masing-masing menyandang pedangnya seperti harimau lakunya.
Maka terkembanglah payung dua puluh empat buah payung yang alat kerajaan
daripada mutiara yang kuning gemerlapan rumbairumbainya dan daun budinya itu
daripada intan dikarang dan gemerencing bunyinya. Maka di bawah payung itu
dilihat oleh Raja Gurjanis dua orang anak raja.jin seorang anak raja pari terlalu amat
elok rupanya, terlalu indah-indah pakaian daripada emas yang bertatahkan ratna mutu
maknikam dan mengenderai kuda semberani. Maka kedua anak raja itu pun serta
dengan segala hulubalangnya itu pun datanglah ke padang Belanta Ajaib.
117

87

Kalakian maka Inderaputera pun tahulah adapun yang datang itu Raja Dewa Lela
Mengerna dan Nobat Rom Syah. Maka Inderaputera pun keluarlah pergi mengalualukan anak raja kedua itu. Maka setelah dilihat oleh kedua anak raja itu akan
Inderaputera datang itu maka ia pun segera turun dari atas kudanya berjabat tangan
dengan Inderaputera serta berpeluk bercium ketiganya itu. Setelah itu maka
Inderaputera pun membawa kedua anak raja itu ke mahligai Tuan Puteri Talela Madu
Ratna. Hatta maka dilihat oleh Raja Gurjanis daripada paksina kelam kabut duli
berterbangan ke udara. Maka dalam duli itu kelihatanlah dua ratus dua puluh panjipanji berbagai-bagai warnanya seperti dahulu itu juga terlalu azmat bunyinya dan
beberapa panji-panji yang berjambu-jambukan emas dan beberapa puluh payung
terkembang yang amat indah dan gemerlapan rumbainya gemercing. Syahadan di
bawah payung itulah anak raja mambang kedua, pakaiannya yang indah-indah
rupanya. Maka raja Gurjanis pun hairanlah dan anak raja mambang kedua pun
datanglah ke padang Belanta Ajaib itu.
Hatta maka Inderaputera pun tahulah akan yang datang itu anak raja mambang
kedua. Maka Inderaputera dan segala anak raja itu pun pergilah mengalu-alukan.
Maka setelah dilihat oleh anak raja mambang kedua bahawa Inderaputera datang itu
maka ia pun segeralah turun dari atas kudanya dan menyembah Inderaputera dan
berjabat tangan dengan segala anak raja-raja itu. Setelah itu maka Inderaputera pun
membawa anak raja mambang kedua itu ke mahligai Tuan Puteri Madu Ratna.
Hatta seketika lagi maka dilihat oleh Raja Gurjanis daripada pihak gunung dan rimba
dan segala pohon kayu pun bergoneangan seperti ribut rupanya. Seketika lagi maka
kelihatanlah tenteranya kera dan beruk dan lotong dan kongkang dan kerkah dan
siamang itu pun berlompatanlah di tengah medan padang itu serta dengan bunyinya
seperti guruh terlalu azmat gegak gempita tiadalah sangka bunyinya serta
membawakan batu pelutu dan ada yang membawa kayu akan memukul kepala. Maka
panji-panjinya itu daripada khatifah merah beremas dua ratus dua puluh payung yang
terkembang daripada zamrut yang hijau beremas di bawah payung akan kerajaan
yang indah-indah rupanya. Itulah dua orang raja yang mengenderai kudanya
semberani. Maka Raja Gurjanis pun hairan melihat segala tenteranya kera itu .
Kalakian maka Inderaputera pun tahulah akan yang datang itu Raja Puspa Pandai dan
anaknya Dinar Pandai. Maka Inderaputera
118

88

pun pergilah mengalu-alukan Raja Puspa Pandai dan anaknya itu.


(RAFICO) Maka setelah itu maka dilihat oleh Raja Puspa Pandai dan anaknya Dinar
Pandai Inderaputera datang itu maka ia pun segeralah turun dari atas kudanya itu
berjabat tangan dengan Inderaputera. Maka Inderaputera pun membawa raja kedua
itu ke mahligai Tuan Puteri Talela Madu Ratna.
Arakian maka Raja Gurjanis pun memberi titah pada segala raja yang di bawahnya
itu demikian katanya, Hai saudaraku sekalian hairan sekali hamba akan hal ini.
Hatta maka seketika lagi kelihatanlah kelam kabut duli yang berbangkit ke udara.
Setelah cuaca surut maka kelihatanlah panji-panji serta beratus-ratus dan payung pun
terkembang berpasuk-pasukan datangnya itu ada yang panji-panji khatifah beremas
dan ada yang panji-panji jingga be rem as dan berbagai-bagai jenis warnanya
payungnya itu gemerlapanlah rumbai-rumbainya dan gemerencing geletarnya. Maka
anak raja sekalian itu duduk masing-masing di bawah payung kerajaannya. Maka
itulah anak raja-raja yang kurang esa empat puluh yang dihidupkan olehnya Allah
Taala Yang Mahakuasa di padang Anta Berahi sebab sakti yang ada pada
Inderaputera. Maka masing-masing anak raja-raja itu pun melihat akan Inderaputera
datang itu maka ia sekalian pun segeralah turun masingmasing dari atas kudanya
seraya datang menyembah kepada Inderaputera. Maka semua itu berpeluk bercium
segala anak raja-raja itu. Maka terlalu lah ramai sekaliannya itu. Maka Inderaputera
pun membawa mereka itu ke mahligai Tuan Puteri Talela Madu Ratna. Hatta maka
Raja Gurjanis pun makin bertambah-tambah hairannya sebab melihat kelakuan itu.
Hatta seketika lagi maka kelihatanlah pula kelam kabut, lebu duli pun berbangkit ke
udara. Setelah cuaca surut maka kelihatanlah pula panji-panji beratus-ratus berbagai
jenis warnanya dan beratus payung yang terkembang terlalulah indah-indah rupanya
itu. Maka di bawah payung itulah segala anak-anak raja-raja yang empat peluh
banyaknya bertemu pada tasik Baharui Asyikin itu. Maka datangnya itu berpasukpasukan masing-masing dengan kenaikannya dan bunyi-bunyiannya pun merdu
terlalulah ramai tiadakan sangka bunyi lagi. Maka segala hulubalang itu pun
berlompatanlah masing-masing dengan menunjukkan gagah perkasanya seperti harimau yang buas rupanya datanglah ia ke padang Belanta Ajaib itu. Maka Inderaputera
pun tahulah akan yang datang itu segala anak raja-raja yang empat puluh yang
bertemu di tasik Baharui Asyikin
119

89

itu. Maka Inderaputera pun pergilah mengalu-alukan segala anakanak raja itu.
Setelah sudah segala anak raja-raja itu melihat Inderaputera yang datang itu maka
masing-masing pun segeralah turun dari atas kudanya lalu ia menyembah kepada
Inderaputera. Maka disambut olehnya Inderaputera serta berpeluk-peluk dan
bercium. Maka dibawanya oleh Inderaputera segala anak raja itu kepada mahligai
Tuan Puteri Talela Madu Ratna serta berjumpalah dengan sekalian rajaraja itu. Maka
sekeliannya datanglah berjabat tangan dengan anak raja-raja yang banyak itu. Maka
raja pun hairanlah melihat akan halahwal nya anak raja-raja serta dengan bala
tenteranya sekalian itu. Maka pada padang Belanta Ajaib itu pun penuhlahsesak
dengan sekalian raja-raja sebelah Inderaputera itu.
Hatta maka dilihat oleh Raja Gurjanis seraya memberi titah pada segala anak rajaraja yang sertanya itu. Maka katanya, Hai saudaraku sekalian bahawa hairan sekali
hamba akan pekerjaan laki-laki itu.
Maka sembah segala raja-raja, Ya tuanku Syah Alam patik sekalian pun takjublah
akan pekerjaan laki-laki ini melainkan pada bicara patik apa sekalian baiklah juga
duli Syah Alam diperbaiki kiranya. Maka tiadalah kita dapat dipermudah akan ia.
Maka dengan hal inilah pada kemudian harinya kita beroleh kemalu-maluan pada
segenap negeri kerana Syah Alam raja yang besar kerajaan termasyhurlah kepada
sekalian negeri.
Maka raja Gurjanis pun berangkat kembali ke istananya dengan kemasyghulannya.
Hatta setelah itu maka Inderaputera pun menyuruh mengatur segala menteri
hulubalang. Setelah lengkaplah sudah maka Inderaputera pun menyuruh mengangkat
hidangan akan ke hadapan segala raja-raja dan segala menteri hulubalang. Setelah
lengkap sudah maka berkata Inderaputera pada segala anak rajaraja, Hai saudaraku
santaplah barang kiranya, janganlah tuan-tuan aibkan kerana tiadalah dengan
sepertinya.
Maka segala anak raja-raja itu pun tersenyum menengar kata Inderaputera. Maka
masing-masing pun makanlah pada hidangan. Setelah sudah makan maka minum
pula diangkat oranglah dan segala bunyi-bunyian dipalu oranglah daripada herebab
dan kecapi, dandi, muri, serdam, bangsi, kopak, ceracap2,
nafiri, nobat negara pun terlalu indah bunyinya. Maka biduan yang baik suaranya
_______________
2

(ranggu-alat bunyian seperti genderang). Mungkin dimaksudkan meranggu - alat


bunyian.
120

90

pun bernyanyi lah. Hatta maka hari pun malamlah. Maka Inderaputera pun
mengeluarkan gemala yang daripada otak ular mamdud itu. Maka lalu
ditambangkannya di padang Belanta Ajaib itu akan suluh segala rakyat itu. Maka
padang Belanta Ajaib itu pun teranglah seperti siang rupanya dan segala anak rajaraja dan segala hulubalang menteri itu pun hairanlah akan dirinya melihat gemala
Inderaputera itu.
Sebermula maka tersebutlah perkataan Tuan Puteri Talela Madu Ratna dan inang
pengasuh dan biti-biti perwaranya sekalian itu pun hairanlah melihat segala raja-raja
yang banyak itu. Maka segala menteri dan bala tenteranya sekalian takjublah melihat
kebesaran serta gagah perkasa Inderaputera. Maka tuan puteri pun sukacitalah dalam
hatinya dan segala yang ada dalam mahligai itu tiadalah berhenti lagi daripada
berbuat makan makanan dan berbagai-bagai warna cita rasanya sekalian itu
disuruhnya oleh tuan puteri dan Inderaputera memerintahkan. Demikianlah lakunya
di dalam mahligai itu.
Hatta maka tersebutlah perkataan Raja Gurjanis kembali ke istananya itu. Maka ia
pun duduklah semayam dihadap oleh segala raja-raja di atas singgahsana kerajaan
musyawarah. Maka sembah segala mereka itu, Ya tuanku Syah Alah patik sekalian
memohonkan ampun ke bawah duli yang dipertuan. Adapun pada bicara patik apa
sekalian akan pekerjaan paduka anakanda itu bukan barang-barang dan lagi pun anak
raja besar juga lakunya itu. Maka dapatlah ia mengerjakan perkerjaan itu.
Maka setelah sudah Maharaja Gurjanis musyawarah itu maka hari pun sianglah dan
Raja Dewa Lela Mengerna pun berkata kepada Inderaputera, Hai saudaraku adapun
pada bicara apatah tuan hamba muafakat sekarang dan patut juga hamba pergi kepada
Maharaja Gurjanis itu kalau-kalau ia muafakat dengan kita baginda itu.
Maka sahut Inderaputera, Benarlah seperti kata saudaraku itu. Maka pergilah tuan
hamba mendapat maharaja Gurjanis itu.
Maka Raja Dewa Lela Mengerna dan Nobat Rom Syah pun pergilah kepada Raja
Gurjanis itu. Maka sampai ke tengah jalan. Maka ia pun bertemulah dengan Malik
Zahab. Maka ujar Malik Zahab, Hendak ke mana tuan hamba kedua ini? Maka kata
kedua mereka, Hendak mengadap Maharaja Gurjanis.
Maka jawab oleh Malik Zahab, Hamba pun sertalah dengan tuan hamba pergi
mengadap.
121

91

(SASKIA)
Syahadan maka sampailah ke pintu gerbang besar. Maka diwartakan oranglah kepada
Maharaja Gurjanis bahawa Raja Dewa Lela Mengerna dan Nobat Rom Syah ia
datang hendak mengadap. Maka baginda pun menyuruhkan empat orang menteri
mengalu-alukan anak raja kedua itu. Maka menteri itu pun bertemulah dengan Raja
Dewa Lela Mengerna dan Nobat Rom Syah serta ia memberi hormat kepada kedua
orang anak raja itu seraya berkata, Segeralah tuan hamba dipersilakan oleh
baginda.
Maka Raja Dewa Lela Mengerna dan Nobat Rom Syah pun datanglah dibawa oleh
menteri itu mengadap Raja Gurjanis. Maka raja pun segeralah turun memberi hormat
akan Raja Dewa Lela Mengerna dan Nobat Rom Syah. Maka anak raja kedua itu pun
segeralah menyembah Raja Gurjanis, Maka disambutnya oleh Maharaja itu dengan
seribu kemuliaan akan anak raja kedua itu. Maka serta didudukkannya di atas kerusi
yang keemasan. Maka sirih pada corong emas itu pun dibawa oleh orang lah ke
hadapan anak raja kedua itu. Setelah sudah maka Raja Dewa Lela Mengerna pun
berdatang sembah kepada Raja Gurjanis demikian bunyinya, Ya tuanku Syah Alam
patik memohon ampun ke bawah duli Syah Alam. Pada bicara patik baik juga duli
yang di pertuan memberi kurnia dan muafakat dengan anakanda Inderaputera dan
tuan puteri itu kerana baginda itu pun anak raja besar juga. Adapun yang salah bebal
itu patut duli Syah Alam ampunkan akan paduka anakanda kedua itu. Maka baiklah
kita perbaiki dan lagi beberapa dengan perkataan yang lemah-lembut dan perkataan
yang halus-halus, manis dikatakannya itu.
Maka Raja Gurjanis pun menengar perkataan nasihat anak raja kedua itu. Maka Raja
Gurjanis terlalulah suka hatinya sebab menengar pekerjaan yang kebajikan itu. Hatta
maka Raja Gurjanis pun berkata seraya tersenyum, Hai anakku kedua apatah
salahnya akan pekerjaan muafakat itu?
Maka Raja Dewa Lela Mengerna pun berceteralah akan halahwalnya Inderaputera itu
daripada permulaan sampai kepada kesudahannya. Setelah Raja Gurjanis
menengarkan itu Ialu baginda berfikir seketika seraya berkata itu, Hai anakku
adapun yang bebal itu hambalah, sebab hamba tiada diperiksa dengan diperhalusi
melainkan maaf anak hamba itu juga.
Setelah sudah yang demikian maka baginda pun menyuruh akan orang mengangkat
hidangan bawa ke hadapan anak raja kedua itu. Hatta maka datanglah segala raja-raja
yang takluk kepadanya itu
122

92

datang mengadap kepada baginda lalu bersama-sama makan dengan Raja Dewa Lela
Mengerna dan Nobat Rom Syah. Setelah sudah makan maka Raja Gurjanis pun
memberi persalinnya akan Raja Dewa Lela Mengerna dan Nobat Rom Syah akan
pakaian kerajaan. Setelah itu maka kedua anak raja itu pun bermohonlah kepada
baginda lalu berjalan. Setelah sampailah ke hadapan Inderaputera maka anak raja
kedua itu pun menyampaikan segala perkataan Raja Gurjanis itu. Maka Inderaputera
pun lalu sukacita menengar cetera Raja Dewa Lela Mengerna dan Nobat Rom Syah
itu.
Hatta keesokan hari maka Inderaputera pun menyuruh pula pada anak raja kedua
kepada baginda itu demikian katanya, Tuan hamba kedua sampaikan kepada
baginda itu. Jika ada kurnia duli Syah Alam hamba pun hendak mengadap duli yang
dipertuan. Demikianlah tuan hamba katakan kepada baginda itu.
Kalakian maka ia kedua pun bermohonlah kepada Inderaputera lalu berjalan menuju
kota Maharaja Gurjanis itu. Setelah sampai anak raja mambang kedua itu ke pintu
gerbang maka diwartakan orang kepada Maharaja Gurjanis itu bahawa dua orang
laki-laki datang disuruhkan oleh Inderaputera hendak mengadap duli tuanku. Maka
Maharaja Gurjanis pun menitahkan empat orang menteri pergi mengalu-alukan anak
mambang kedua itu.
Hatta maka setelah ia pun bertemu, Maka anak raja mambang kedua itu pun
masuklah bersama dibawa oleh menteri itu mengadap maharaja itu. Maka anak raja
kedua itu pun sujudlah menyembah seraya berdatang sembah ke bawah duli yang
dipertuan, Jikalau ada kurnia duli yang dipertuan bahawa raja patik itu,
Inderaputera, hendak mengadap duli tuanku.
Maka setelah Maharaja Gurjanis menengar perkataan anak raja kedua itu maka
baginda pun tersenyum. Maka fikirnya dalam hati baginda, Bijaksana sekali
Inderaputera itu. Maka titah Raja Gurjanis kepada anak raja mambang kedua itu,
Apatah salahnya anak dalang kepada ayahnya.
Maka anak raja mambang kedua itu pun memuji-muji akan Maharaja Gurjanis itu
dengan beberapa perkataan yang lemah-lembut memberikan hati maharaja itu suka.
Maka maharaja itu pun suruh anak raja kedua itu duduk. Maka anak raja kedua itu
pun berdatang sembah, Adapun patik kedua ini dititahkan oleh paduka itu sekedar
menyampaikan sembah ini juga ke bawah duli yang dipertuan.
123

93

Setelah itu maka raja Gurjanis pun tersenyum seraya berfikir dalam hatinya,
Sungguhlah Inderaputera itu orang yang bijaksana sedang penyuruhnya lagi
demikian. Maka raja pun memberi persalinan tiada terkira-kira lagi banyaknya.
Maka anak raja mambang itu pun berkata, Ya tuanku Syah Alam akan kurnia tuanku
sepenuhnyalah akan patik apa ini dan jikalau ada lulus sembah patik maka dapat
patik junjung.
Maka titah baginda, Hai anakku raja mambang kedua, tanda tulus ikhlas juga
adanya.
Setelah itu maka disambut oleh kedua anak raja itu dengan hormatnya dan beberapa
puji-pujian akan Raja Gurjanis itu. Maka titah raja Gurjanis, Hai anakku kedua
engkau katakan salam doa hamba akan anakku Inderaputera. Jika sungguh tulus
berkasihkasihan segeralah tuan persilakan ia.
Setelah itu maka kedua anak raja itu pun bermohonlah kembali dengan segeranya
datang kepada Inderaputera. Maka dilihat oleh Inderaputera anak raja mambang
kedua itu datang, mukanya pun berseri-seri memakai pakaian yang indah-indah dan
beberapa pula membawa sahya dan benda yang gharib-gharib. Maka segeralah
ditegur oleh Inderaputera, Datanglah saudaraku.
Maka anak raja mambang kedua itu pun duduklah seraya menyembah kepada
Inderaputera seraya menyampaikan perkataan Maharaja Gurjanis itu. Maka setelah
didengarnya oleh Inderaputera segala perkataan maharaja itu maka Inderaputera pun
sukacitalah hatinya lulus kehendaknya itu. Syahadan beberapa Inderaputera memujimuji akan anak raja kedua itu. Hatta keesokan harinya maka Raja Gurjanis pun
menitahkan empat orang menteri membaiki negeri, lebuh, pekan, pesara dan lorong
dan membaiki penghadapan dan menghimpun akan segala anak raja-raja dan perdana
menteri dan sida-sida bentara hulubalang. Maka terhamparlah pada penghadapan itu
daripada permaidani dan langit-langit tirai dewangga yang indah-indah dari ratna
mutu maknikam. Maka Maharaja itu pun keluarlah duduk di atas singgahsana. Maka
terdiri lah segala pawai yang indah-indah dan terkembanglah payung yang keemasan.
Arakian berbunyilah tabal dan segala palu-paluan yang indah-indah bunyinya
berbagai-bagai ragam. Maka berbunyilah nafiri dan
Maka segala mereka itu
pun mengangkat kepalanya seraya terlihat beberapa panji-panji segala raja-raja itu.
Maka Inderaputera pun pergilah mengadap Maharaja Gurjanis diiringkan oleh segala
anak-anak raja-raja itu sekalian. Setelah itu maka dipersembahkan
124

94

(MEGASARI)
oranglah kepada Raja Gurjanis mengatakan bahawa Inderaputera telah datanglah.
Maka baginda pun menitahkan olehnya itu empat orang anak raja-raja dan lapan
orang menteri dan segala biduanda pun pergi mengalu-alukan Inderaputera. Maka
segala isi negeri Dinun pun gegak-gempita hendak melihat rupa Inderaputera.
Hatta maka raja-raja empat orang itu pun pergilah mengalu-alukan akan
Inderaputera. Maka anak raja-raja itu pun menyembah kepada Inderaputera seraya
disambut oleh Inderaputera dengan takzimnya. Maka Inderaputera pun berjalanlah
diiringkan oleh segala rnereka itu masuk ke dalam kota.. Maka segala orang-orang
dalam negeri itu pun berlarianlah hendak melihat rupa Inderaputera itu ada yang
berurai-urai rambutnya sambil berjalan, ada yang berbaju sambil berjalan, dan ada
yang tiada berbaju, dan ada yang berselendang sahaja berjalan penuhlah pekan
pesara. Maka tumpatlah segala lorong dan condonglah segala pagar. Maka riuhlah
bahananya daripada kebanyakan dewa-dewa itu. Maka masing-masing pun hairanlah
melihat rupa Inderaputera itu gilang-gemilang rupanya
seperti emas sudah tarupam dan ada yang berkata, Beruntung sungguh raja kita ini
beroleh menantu kepada Inderaputera itu. Maka sekalian raja-raja ini tiada juga
seorang pun sama dengan Inderaputera itu, dan ada yang berkata, Jika dapat aku
bermenantu akan dia itu alangkah baiknya. Ada pula yang berkata, Maka jika dapat
aku bersuami akan dia alangkah besar tuahku bergurau juga aku dengan dia barang
empat puluh hari, dan ada berkata, Jikalau kiranya dapat aku perbuatkan anak akan
dia terlalu baik. Demikianlah perkataannya masing-masing orang negeri itu.
Kalakian maka Inderaputera pun datanglah ke pengadapan. Maka apabila dilihat oleh
Raja Gurjanis akan Inderaputera dan Raja Dewa Lela Mengerna dan Nobat Rom
Syah, maka baginda pun segera turun memberi hormat akan Inderaputera. Maka
Inderaputera pun menyembah kepada Raja Gurjanis. Maka segera disambut oleh
Raja Gurjanis lalu dipeluk dan diciumnya oleh baginda akan Inderaputera itu serta
didudukkan oleh baginda di atas kerusi yang keemasan dengan beberapa kemuliaan.
Maka segala anak raja-raja yang tersebut dengan Inderaputera itu pun menyembah
Raja Gurjan is. Maka didudukkan oleh baginda akan anak raja-raja itu masingmasing dengan kerusinya pada aturannya itu.
Arakian maka sirih pada corong emasitu pundibawa oranglah ke hadapan anak rajaraja itu. Setelah sudah makan sirih maka hidangan pun diangkatlah orang ke hadapan
majlis itu. Maka Maharaja
125

95

Gurjanis pun mengeluar titah memberi izin suruh santap pada segala anak raja-raja
itu katanya, Hai anakku sekalian, santap barang sedapatnya. Maka segala anak
raja-raja itu pun santaplah masingmasing pada hidangannya. Setelah sudah makan
minum pula diperedarkan orang. Setelah sudah minum dan beberapa makan makanan
dan bersukaan tiadalah dapat dikatakan lagi.
Sebermula maka diceterakan oleh orang yang empunya cetera ini empat puluh hari
dan empat puluh malam lamanya bersuka-sukaan itu. Setelah sudah selesailah
daripada berjamu itu. Maka datanglah pada ketika hari yang baik maka Maharaja
Gurjanis pun memulai pekerjaan berjaga-jaga akan menikahkan anaknya Tuan Puteri
Talela Madu Ratna dengan Inderaputera itu adanya. Syahadan maka Inderaputera pun
duduklah dengan Tuan Puteri Talela Madu Ratna bersuka-sukaan dalam tirai kelambu
dewangga yang keemasan itu. Setelah sudah demikian maka Raja Gurjanis pun
menyuruhkan orang membukakan gedung kepada bendahari hendak memberi
persalin akan segala anak raja-raja itu. Maka apabila dibukalah oleh bendahari
gedung itu maka dilihatnya dalam gedung itu empat puluh orang terhantar seperti
orang tidur sekaliannya. Maka dihampiri akan dia.
Maka dilihatnya segala anak raja-raja yang masuk perang melawan Inderaputera itu.
Maka sekonyong-konyong ghaib pada tengah padang Belanta Ajaib itu. Maka
Bendahari itu pun segeralah keluar ia persembahkan segala penglihatannya itu. Maka
Raja Gurjanis pun hairan seraya memberi titah menyuruhkan seorang menteri pergi
memeriksa adakah sungguh seperti kata bendahari itu. Maka menteri itu pun
menyembah lalu pergilah ke gedung itu. Maka dilihatnya oleh menteri itu tiada juga
ia bergerak dan menteri itu pun hairan seraya memberi titah menyuruhkan seorang
menteri pergi kembali. Maka berdatang sembah sungguh seperti kata bendahari itu.
Katanya, Ya tuanku Syah Alam beberapa patik bangunkan ia tiadalah juga ia
bergerak.
Maka titah baginda, Pergilah kamu kepada Inderaputera khabarkan hal-ahwalnya
itu.
Maka menteri itu pun pergilah serta sampai lalu menyembah kepada Inderaputera
serta berkhabarkan segala anak raja-raja yang duduk terhantar di dalam gedung itu
daripada permulaan datang kesudahannya.
Maka Inderaputera pun tersenyum seraya berkata kepada Dikar Agus, Pergilah,
pergilah diri bangunkan segala anak raja-raja itu.
126

96

Maka Dikar Agus pun pergilah seraya menyembah lalu berjalan. Dengan seketika itu
juga sampailah kepada gedung itu. Maka dikeluarkannya suatu hikmat. Maka lalu
disiramkannya pada segala anak raja-raja. Kalakian maka segala anak raja-raja itu
pun bangunlah daripada terhantar itu. Maka dilihat akan dirinya itu duduk dalam
gedung itu. Maka ia pun hairanlah akan dirinya lalu dibawa oleh oranglah kepada
Maharaja Gurjanis itu.
Maka titah baginda, Hai tuan-tuan sekalian apa hal tuan-tuan pada tatkala di dalam
gedung itu ?
Maka sembahnya, Ya tuanku Syah Alam ajaib sekali patik hamba ini tatkala dalam
gedung itu lupalah patik apa sekalian. Adapun yang patik lihat Inderaputera duduk
pada suatu singgahsana di atas takhta kerajaan maka dihadap oleh segala menteri
hulubalang dan raja-raja serta rakyat bala tenteranya. Pada antara itu rasanya patik
pun ada duduk mengadap. Maka ia pun memberi anugerah akan patik sekalian
berbagai-bagai nikmat dirasainya. Hatta maka rasanya patik sekalian berbagai-bagai
nikmat dirasainya. Hatta maka rasanya patik datanglah dua ekor burung
menghinggap pada sajian yang berisi kasturi dan narawastu yang dihadap baginda
itu. Maka dipercikkannya kepada patik sekalian terlalu harum baunya itu dan patik
sekalian mencium bau itulah. Maka patik-apa sekalian pun pengsan dan lupa akan
dirinya patik sekalian.
Maka Maharaja Gurjanis dan segala raja-raja pun hairan akan menengar segala hal
mereka itu. Maka segala anak raja-raja sekalian mereka itu pun dipersalini oleh
Maharaja masing-masing dengan kadarnya itu. Sebermula adapun Maharaja Gurjanis
dan Inderaputera dan segala menteri hulubalang dan segala raja-raja sekalian pun
makan dan minum serta dipalu segala bunyi-bunyian terlalulah ramai sehari-hari
bersuka-sukaan juga.
127

97

BAB X
BOTA YANG MAKAN MANUSIA
(TIANSYAH)Al-kisah peri mengatakan tatkala Inderaputera pergi ke negeri
Semanta Beranta dijemput oleh Maharaja Talela Syah, dan peri mengatakan tatkala
Inderaputera membunuhkan bota di dalam negeri Semanta Beranta itu duduk di gua
Zulmat yang bernama Gheragas. Syahadan beberapa daya-upaya Maharaja Talela
Syah hendak membunuhkan bota itu tiada terbunuh oleh Maharaja Talela Syah akan
dia, dan peri mengatakan tatkala Inderaputera beroleh isteri akan anak Raja Talela
Syah yang bernama Puteri Seribulan terlalu elok rupa parasnya gilang-gemilang
kilau-kilauan warna tubuhnya tiada dapat ditentang nyata, dan peri mengatakan
tatkala Inderaputera hebat dilihat oleh Raja Talela Syah tatkala Inderaputera
diiringkan oleh segala raja-raja sekaliannya itu.
Demikian diceterakan oleh orang yang empunya cetera ini sekali persetua ada
seorang raja raja dalam negeri Semanta Beranta itu Raja Talela Syah terlalu amat
besar kerajaannya. Bermula akan baginda itu bangsa daripada indera. Adapun
baginda itu ada puteranya seorang perempuan terlalu amat elok rupanya dan manis
susuk lakunya itu dan beberapa raja masuk meminang dia tiada juga diberinya oleh
Raja Talela Syah. Adapun hampir negeri Semanta Beranta itu ada suatu gua terlalulah
kelam-kabut. Kalakian di dalam gua itu ada seorang bota terlalu amat besar dan
panjangnya lagi dengan tingginya. Maka suaranya seperti guruh. Maka namanya
Gheragas. Bermula akan Gheragas itu apabila hari pun malam, maka ia pun keluar
dalam gua itu. Maka pergilah ia kepada segala dusun. Maka dimakannya segala
orang di dalam dusun itu dan segala jajahan negeri Semanta Beranta. Demikianlah
budinya itu
Arakian maka dipersembahkanlah oleh orang kepada Raja Talela Syah akan peri hal
isi negeri itu habis dimakan oleh Gheragas itu. Maka baginda itu pun hairan
menengarkan sembah segala rakyat
128

98

bala tenteranya itu. Maka baginda bertitah seraya menyuruhkan himpun segala
menteri hulubalang rakyat bala tenteranya sekalian. Setelah datanglah sekalian
mereka itu menyembah kepada baginda, maka titah baginda kepada segala menteri,
Dan apa bicara kamu sekalian akan pekerjaan Gheragas itu ?
Maka sembah segala menteri hulubalang demikianlah perinya, Ya tuanku Syah
Alam, adapun pekerjaan Gheragas itu demikianlah dari pun zaman ninda baginda
dahulu sampai pada paduka ayahanda sampai pada masa ini sahaja seteru juga ia
pada kita, kerana beberapa akal tipu dan daya-upaya hendak membunuh Gheragas itu
tiada juga terbunuh kerana gua itu terlalu gelap. Sebab itulah maka tiada terbunuh
Gheragas itu.
Maka titah Raja Talela Syah, Jikalau demikian apatah jadinya rakyat kita sekalian
ini? Sebermula pada bicara hamba baik juga pada malam ini kita dengan rakyat kita
sekalian tatkala ia keluar itu kita bunuh ia.
Setelah itu maka Maharaja Talela Syah pun berhimpunlah dengan segala menteri
hulubalangnya rakyat dan gajah kuda sekaliannya: Maka keluar masing-masing
dengan alat senjatanya menantikan Gheragas itu keluar. Setelah itu maka hari pun
malamlah. Maka bulan pun terbitlah akan cahayanya seperti siang. Maka Gheragas
pun keluarlah dari dalam guanya itu maka serta mencium baunya manusia itu. Maka
ia pun datanglah dengan hebatnya serta bertempik suaranya seperti halilintar
membelah batu. Maka segala gajah dan kuda dan rakyat sekalian pun habislah
berlarian masuk ke dalam kota. Maka hari pun sianglah. Mana yang tinggal di luar
kota itu habislah dimakan oleh Gheragas itu. Setelah sudah raja masuk ke dalam kota
itu dan hari pun sianglah. Maka Gheragas itu pun kemkembalilah ia masuk ke dalam
guanya itu. Maka demikianlah halnya pada sehari-hari. Maka Raja Talela Syah dan
segala menteri hulubalang pun dukacitalah.
Hatta maka kepada suatu hari baginda duduk semayam di atas singgahsana dihadap
oleh menteri hulubalang dan sida- sida rakyat sekalian dan bertitah baginda
demikian, Hai sekalian menteriku apa bicara kamu akan hal Gheragas itu?
Maka sembah mereka itu, Ampun tuanku Syah Alam patik-apa sekalian junjungkan
mana bicaranya duli yang dipertuan.
Maka titah baginda, Marilah kita korekkan tanah. Maka kita perbuatkan seperti
keleburan, Maka tatkala Gheragas keluar dari
129

99

dalam gua itu supaya ia jatuh dalam keleburan itu matilah ia pada bicara hamba.
Maka sembah segala menteri hulubalang itu, Benarlah sekali seperti titah duli
tuanku itu.
Setelah demikian maka baginda pun menghimpunkan sekalian rakyatnya disuruhnya
berbuat keleburan. Setelah itu maka diratakannya dengan tanah yang sedia itu. Maka
hari pun malam. Maka baginda pun keluarlah dengan segala menteri hulubalang
duduk di seberang keleburan itu mustaiblah dengan alat senjata. Hatta seketika lagi
maka Ghcragas itu pun datanglah. Apabila ia mencium bau manusia lalu ia pun
bertempik masuk mengamuk. Maka suaranya itu pun seperti guruh bunyinya. Maka
ia pun jatuhlah ke dalam keleburan itu. Maka ia pun bertempik dengan bersungguh
hati seperti halilintar bunyi suaranya itu seraya ditendangkannya. Tepi keleburan itu
pun habislah terbongkar menjadi sungai. Maka Gheragas pun naik ke atas darat serta
diserbunya segala rakyat Raja Talela Syah itu, barang yang dapat di makankannya.
Maka baginda pun segeralah masuk ke dalam kotanya itu.
Hatta maka baginda pun mesyuarat dengan segala menteri dan hulubalangnya dan
rakyatnya sekalian. Maka titah baginda, Hai segala tuan-tuan apa bicara lagi kamu
sekalian pula. Maka adalah kepada hamba suatu bicara lagi, marilah tumpatkan guagua itu supaya ia tiada boleh keluar niscaya matilah ia dalam gua itu.
Maka sembah segala menteri hulubalang sekalian, Benarlah sekaIi seperti titah
tuanku itu.
Maka baginda pun pergilah dengan segala menteri hulubalang dan rakyatnya
sekalian. Ada yang membawa akan batu dan setengah membawakan tanah dan
setengah membawa kayu. Setelah datanglah pada pintu gua itu maka disuruh oleh
Maharaja Talela Syah tumpat dengan tanah dan kayu dan batu yang besar-besar pada
segala rakyat balanya itu. Setelah itu maka baginda pun kembali dengan segala
rakyat bala tenteranya sekalian. Hatta maka hari pun malamlah. Maka Gheragas itu
pun hendak keluar. Maka dilihatnya pintu gua itu tumpat. Maka ia pun bertempik
seraya ditendangnya. Pintu gua itu pun habislah roboh, Ialu ia pun keluarlah. Maka
dimakannya segala orang di luar kota itu. Kalakian maka hari pun sianglah. Maka ia
pun kembali kedalam guan ya itu. Arakian maka baginda pun terlalu amat hairan
tiadalah lagi terbicara.
Maka kepada suatu hari Raja Talela Syah pun memberi titah kepada segala
hulubalang, Hai menteriku sekalian, apakah bicara
130

100

kamu akan Gheragas itu tiada ia mau mati itu kerana beberapa hikmat kita sekalian
tiada
juga
ia
mau
mati
itu.
(TJUT)Maka datanglah sembah sekalian menteri, Adapun bicara patik sekalian
baiklah tuanku memanggil akan ahlil nujum supaya ia tahu melihat peri hal
nujumnya betapa perinya kematian Gheragas itu.
Setelah itu maka titah Raja Talela Syah, Panggillah oleh kamu sekalian akan ahlil
nujum itu ke mari, boleh kita tanya kepadanya itu.
Maka perdana menteri pun menyuruhkan seorang biduanda, Panggil olehmu akan
ahlil nujum ke mari dengan segeranya. Maka biduanda pun pergilah serta sampai
ia, maka katanya, Hai ahlil nujum segeralah kiranya tuan hamba dipanggil oleh duli
Syah Alam bersama-sama tuan hamba dengan hamba ini.
Setelah ahlil nujum menengarkan seru biduanda itu maka ia pun segeralah turun
berjalan serta sampai lalu menyembah kepada baginda. Maka titah baginda kepada
ahlil nujum, Lihatlah olehmu pada nujummu itu betapa perinya kematian Gheragas
itu.
Maka ahlil nujum pun sujud menyembah kepada baginda seraya membukakan
nujumnya itu. Setelah dilihatnya dalam nujumnya itu maka ia pun menggerakkan
kepalanya seraya berdatang sembah, Ya tuanku Syah Alam, adapun di dalam
bilangan patik ini yang dapat membunuh Gheragas itu ada seorang manusia.
Inderaputera namanya, anak Maharaja Bikrama Buspa. Syahadan ialah yang
menjalani tanah dewa dan tanah cendera dan tanah peri.
Setelah demikian maka dalam antara menteri yang duduk mengadap banyak-banyak
itu ada seorang menteri berdatang sembah demikian katanya, Ya tuanku Syah Alam,
adalah patik dengar di negeri Dinun ada seorang manusia yang bernama Inderaputera
itu terlalu indah sekali rupanya itu dan gagahnya baginda itu yang teramat masyhur
namanya.
Maka titah Maharaja Talela Syah, Jikalau demikian apatah bicara kita sekalian?
Maka sembah Perdana Menteri, Baik juga duli yang dipertuan berkirim surat kepada
baginda itu akan menolong kan kita membunuh Gheragas itu.
Maka titah raja Talela Syah, Jikalau demikian siapa yang baik kita suruhkan kepada
baginda itu.
Mak pada antara itu ada seorang anak Raja Talela Syah bernama Syahran Derikas
dan seorang bernama Indera Jilani,
131

101

Maka kedua mereka itu berdatang sembah, Ya tuanku Syah Alam jikalau ada
dikurniai yang dipertuan patiklah memohon pergi kepada baginda itu membawa surat
yang dipertuan itu.
Setelah itu maka Maharaja Talela Syah pun mengarang surat demikian bunyinya:
Pertama-tama memuji akan Tuhan bahawa surat daripada paduka ayahanda Raja
Talela Syah datang kepada paduka anakanda Inderhputera raja yang perkasa dan
bijaksana. Adapun jikalau ada kasihan paduka anakanda akan paduka ayahanda
hendaklah segera paduka anakanda datang bermain-main seketika ke negeri
ayahanda ini kerana paduka ayahanda terlalu rindu dendam sebab menengar khabar
paduka anakanda itu.
Setelah sudah disurat diberikan kepada Syahran Derikas dan Indera Jilani. Maka
kedua mereka itu pun bermohon lalu menuju ke negeri Dinun. Kalakian beberapa
lamanya di jalan maka kedua mereka itu pun bermohon lalu menuju ke negeri Dinun.
Sebermula pada tatkala itu Maharaja Gurjanis dan Inderaputera dan segala anak rajaraja dan raja-raja dan segala menteri hulubalang dan sekaliannya tengah makan
minum dan bersuka-sukaan. Maka diwartakan oranglah kepada Raja Gurjanis dan
Inderaputera bahawa ada dua orang anak raja datang daripada pihak negeri Semanta
Beranta. Setelah didengar kan oleh Maharaja Gurjanis dan Inderaputera maka segera
menyuruh mengalu-alukan akan anak raja indera itu. Setelah itu maka bertemu.
Maka kata mereka itu, Hai anak raja, segera lah tuan hamba mengadap yang
dipertuan. Dan keempat anak raja itu pun berjalanlah ia ke penghadapan.
Maka disuruh oleh Maharaja Gurjanis duduk pada kerusi dan setelah sudah duduk
maka surat daripada Raja Talela Syah itu pun diunjukkan kepada Ideraputera lalu
disambut oleh Inderaputera seraya dibukanya. Maka dilihatnya surat itu daripada
awal pertama sampai kesudahannya. Adapun surat itu daripada bahasa indera. Maka
dibacanya seraya tersenyum.
Maka Inderaputera pun berkata, Hai saudaraku apakah pekerjaan hamba
dipanggilkan oleh baginda?
Maka Syahran Derikas dan Indera Jilani pun menyembah seraya bercetera akan peri
hal-ahwalnya Gheragas hendak membunuh dia itu maka tiada juga mati. Setelah di
dengar oleh Inderaputera dan segala raja-raja itu menengar cetera Syahran dan Indera
Jilani maka
132

102

segala mereka itu pun hairan seraya berkata, Benarlah seperti kata tuan hamba
kedua itu.
Setelah itu maka Innderaputera pun menyuruh berlengkap pada segala anak raja-raja
akan pergi ke negeri Semanta Beranta itu. Setelah lengkaplah maka Inderaputera pun
berkata pada Syahran Derikas dan Indera Jilani, Hai saudaraku kembali dahulu,
kemudian datang juga hamba ke negeri saudaraku kedua itu.
Arakian setelah itu maka kedua anak raja itu pun menyembah lalu kembali ke
negerinya. Kalakian maka Inderaputera pun berdatang sembah kepada Raja Gurjanis,
Adapun patik pergi ini tiada kembali ke negeri ini, kerana patik ini hendak segera
akan mendapatkan Berma Sakti. Sebermula jika ada kurnia duli yang dipertuan maka
patik pohonkan ampun minta hendak bawa bersama-sama patik anakanda itu Tuan
Puteri Talela Madu Ratna.
Maka titah Raja Ghurjanis, Hai anakku baiklah betapa peri anakku membawa isteri.
anakku it~ di mana akan tempatnya?
Maka Inderaputera pun mengeluarkan cembul mutiara. Maka kata Inderaputera, Dia
dalam cembul mutiara inilah tempatnya paduka anakanda itu patik taruhkan. Adapun
cembul ini seperti mahligai besarnya pada perasaan.
Maka Maharaja Gurjanis pun hairan melihat cembul mutiara itu. Setelah demikian
maka baginda pun menyuruhkan segala menteri, hulubalang dan beberapa rakyat
serta gajah kuda alat senjata, disuruhkan oleh baginda kepada Raja. Gherentar Syah.
Setelah sudah mustaib sekaliannya lengkap maka Inderaputera pun bermohonlah
pada Maharaja Gurjanis seraya baginda memeluk dan mencium anakanda baginda
Inderaputera mempertaruhkan anaknya itu kepada Inderaputera. Setelah itu maka
Inderaputera pun berjalanlah, beberapa melalui hutan, rimba dan padang dan bukit.
Maka segala anak raja-raja menteri dan hulubalang serta rakyat bala tenteranya
sekalian menuju ke negeri Semanta Beranta.
Setelah adalah tiga hari lagi perjalanan dripada negeri Semanta Beranta itu maka
terdengarlah warta Inderaputera itu sudah datang maka Raja Talela Syah pun
menghimpunkan sekalian rakyat bala tenteranya menyuruhkan membaiki
singgahsana dan menghiasi pengadapan dan menyuruh berbuat khemah akan
Inderaputera dan segala anak raja-raja kepada suatu padang hampir negeri Semanta
Beranta itu. Maka Inderaputera pun datanglah kepada empat persangga bumi
jauhnya. Maka Raja Talela Syah pun menitahkan Syahran Derikas dan Indera Jilani
dan segala anak raja-raja dan
133

103

(ULFAH)Perdana Menteri serta hulubalang sekalian pergi mengalu-alukan


Inderaputera.
Setelah sudah maka Raja Talela Syah dan Indera Jilani naik ke atas bangunanbangunan kota dan segala bala tenteranya pun penuh mengadap baginda Raja Talela
Syah. Kalakian maka berbunyilah guruh halilintar petir kilat sabung-menyabung
terlalu azmat bunyinya dan seketika lagi kelihatanlah empat puluh panji-panji beldu
merah beremas berkibaran cembul mutiara gemerencing bunyi keletarnya. Syahadan
di bawah panji-panji itulah Raja Gherentar Syah mengendari kuda semberani dan
mengenakan tarkas lazuardi dan menyangkutkan busarnya serta ia menyandang akan
pedangnya pada bahu kanannya beratnya dua puluh kati dan sejengkal empat jari
lebarnya itu dan suatu pendahan yang indah-indah dipermainmainkan. Maka ia pun
datanglah diiringkan hulubalang dan rakyatnya sekalian serta dengan bunyi-bunyian.
Maka titah Maharaja Talela Syah, Hai Indera Jilani, inikah Inderaputera itu?
Maka sembah Indera Jilani, Ya tuanku Syah Alam bukannya lagi Inderaputera,
inilah yang bernama Maharaja Gherentar Syah.
Maka diceterakannya oleh Indera Jilani peri hal tatkala ia berperang dengan raja itu.
Maka Raja Talela Syah pun hairan menengar peri hikmat Inderaputera itu, dan
seketika lagi maka kelihatan pula seratus empat puluh panji-panji tertulis dengan air
emas dan terkembanglah payung beremas terlalu indah-indah berbagai-bagai
rupanya. Kalakian di bawah payung itu, itulah anak raja mambang kedua mengedari
kuda semberani dan mengenakan terkas terlalu indah rupanya dan suatu busar
pendahan disangkutkannya pada bahunya itu sebilah pedang terlalulah tajam dan
suatu pendahan yang indah-indah dipermain-mainkannya itu. Maka anak raja mambang kedua itu pun diiringkan oleh segala hulubalang menteri dan rakyat sekalian
serta dengan segala bunyi-bunyian.
Syahadan maka titah Raja Talela Syah, Hai Indera Jilani inikah Inderaputera?
Maka sembah Indera Jilani, Bukannya Inderaputera, itulah anak raja mambang
kedua yang di tasik BaharuI Ajaib.
Maka diceterakan oleh Indera Jilani segala hal-ahwal nya itu. Maka Raja Talela Syah
pun hairanlah menengar cetera itu. Maka seketika lagi kelihatan pula dua ratus empat
puluh panji-panji beremas dan terkembanglah payung berair emas terlalu indah-indah
dan gemerlapan rumbainya gemerencing bunyi geletarnya dan di
134

104

bawah itulah Maharaja Puspa Pandai dua berputera mengenderai gajah putih
bergading hitam dan mengenakan tarkas daripada emas, dan busarnya bertaburkan
emas dua seperai adanya, dan tiadalah .. Ji' terperi rupanya dan menyangkut kan
busarnya pada bahunya itu dan sebilah pedang yang maha tajam dipersandangnya
dengan suatu pendahan dipermain-mainkannya. Maka Raja Puspa Pandai pun
datanglah diiringkan segala menteri hulubalang rakyat bala tenteranya itu daripada
kera, beruk, lotong dan 4s .J siamang, Maka terlalulah ramai bunyinya itu.
Maka titah baginda Raja Talela Syah, Inikah Inderaputera? Maka sembah Indera
Jilani, Bukannya lagi tuanku, inilah yang bernama Maharaja Puspa Pandai, Belanta
Siram nama negerinya itu dan di belakangnya itu anaknya yang bernama Dinar
Pandai serta bala tenteranya sekalian daripada kera dan beruk dan lotong dan kerkah
dan mawas dan siamang dan demikianlah diceterakannya segala hal-ahwalnya,
tatkala Inderaputera bertemu dengan Tuan Puteri Chendera Lela Nor Lela di padang
Anta Berahi. Maka Raja Talela Syah pun hairan menengar bijaksana Inderaputera itu.
Hatta seketika lagi maka kelihatanlah pula dua ratus dua puluh dua panji-panji
bersulam-sulam dan berkibaranlah jambak-jambak mutiaranya dan terkembanglah
payung dua puluh dua berbagaibagai rupanya itu dan gemerencing bunyi mutiaranya.
Maka di bawah payung itulah Nobat Rom Syah mengedari kuda semberani yang
amat tangkas dan mengenakan tar kas yang keemasan bertatahkan ratna mutu
maknikam perbuatan orang benua Selan dan suatu busarnya bertaburkan emas dan
batu nilam pualam. Maka disangkutkannya kepada bahunya sebilah pedang berkilatkilat dipermainmainkannya dan suatu pen dahan terlalu indah-indah dipegangnya.
Maka Nobat Rom Syah pun datanglah diiringkan oleh segala menteri hulubalangnya
serta dengan rakyatnya sekalian.
Kemudian maka titah Maharaja Talela Syah, Hai Indera Jilani inikah Inderaputera
itu?
Maka sembah Indera Jilani, Bukannya Inderaputera itu ya tuanku, iaitulah anak
Maharaja Tahir Johan, namanya itu Nobat Rom Syah, ipar kepada Inderaputera,
baginda itu tatkala bertemu di padang Anta Perman pada bukit Indera Kila.
Maka diceterakannya segala peri hal-ahwalnya. Inderaputera bertemu dengan dia dan
peri Inderaputera membunuh Tamar Buga. Maka Raja Talela Syah pun hairan
menengar peri kelakuan gagah perkasa Inderaputera. Hatta seketika lagi maka
kelihatan pula tiga
135

105

ratus panji-panji diwangga beremas dan berkibaran mutiaranya. Maka


terkernbanglah: akan payung seratus empat puluh payung terlalu indah-indah akan
rupanya gemerlapan dan gemerencing bunyinya. Syahadan maka di bawah payung
itulah Raja Dewa Lela Mengema mengenderai singa terbang dan mengenakan terkas
daripada maknikam yang merah perbuatan benua Masir dan suatu busarnya yang
bertatahkan pualam dikarang. Maka disangkutkan pada bahunya dan suatu pedang
diperiannya dan suatu pendahan terlalu tajam dikirinya. Maka Maharaja Dewa Lela
Mengerna pun datanglah diiringkan segala hulubalang dan menteri serta dengan
rakyat bala tenteranya sekalian.
Maka sembah Indera Jilani, Ya tuanku Syah Alam bukannya Inderaputera, itulah
Raja Dewa Lela Mengerna yang di tasik Semendera Jin menantu Maharaja
Mahtadhar Syah sahabat Inderaputera itu.
Maka diceterakan segala hal-ahwalnya tatkala Inderaputera bertemu dengan Tuan
Puteri Seri Ratna Gemala Nehran itu. Maka Raja Talela Syah pun menengar
terlalulah amat hairan arif bijaksana Inderaputera itu. Hatta maka seketika lagi maka
kelihatan pula panji-panji terlalulah banyak, itu pun seperti dahulu juga serta dengan
kelengkapannya.
Maka kata Raja Talela Syah, Hai Indera Jilani, inikah Inderaputera ?
Maka sahut Indera Jilani, Ya tuanku Syah Alam, bukannya ia Inderaputera. Inilah
raja-raja yang pada Tasik BaharuI Asyik, sahabat juga kepada Inderaputera itu.
Maka diceterakannya peri hal-ahwalnya. Setelah itu maka datanglah anak raja-raja
itu diiringkan oleh segala hulubalang menterinya serta dengan rakyat bala tenteranya
serta dengan segala bunyibunyian terlalulah halus merdu bunyinya. Syahadan
berbagai-bagai diceterakan oleh Indera Jilani kepada ayahnya itu. Maka Raja Talela
Syah pun dahsyat menengarkan gagah Inderaputera itu. Hatta seketika lagi maka
kelihatan pula terlalu banyak panji-panji berpasuk-pasukan dan berbagai-bagai
warnanya itu. Maka bawah payung itulah raja-raja yang di padang Anta Berahi
mengedari akan kuda semberani semuanya mengenakan tarkas yang bertatahkan
ratna mutu maknikam berbagai-bagai rupanya itu dan menyangkutkan busarnya.
Maka diiringkan oleh segala hulubalang menterinya dan serta rakyat bala tenteranya
sekalian.
136

106

Maka titah Raja Talela Syah, Hai Indera Jilani inikah Inderaputera itu?
Maka sembah Indera Jilani, Ya tuanku Syah Alam bukannya itu Inderaputera.
Bahawa ia itulah akan anak raja-raja yang kurang se empat puluh yang di padang
Anta Berahi namanya, yang telah dihidupkan oleh Tuhan Yang Mahabesar dan.
Mahatinggi kerana sebab hikmat Inderaputera itu. Maka di ceterakannya segala peri
halahwalnya tatkala mereka itu menghendaki anak raja Puspa Pandai itu. Maka anak
raja-raja kurang esa empat puluh tatkala naik ke atas tangganya emas itu dengan
berahinya itu diceterakannya habis kepada Raja Talela Syah itu. Maka baginda pun
terlalu amat hairan menengar bijaksana Inderaputera itu. Hatta maka seketika lagi
pula maka kelihatanlah pula seratus empat puluh payung terkembang terlalu amat
hairan dan indah-indah; juga berbagai- bagai warnanya itu, serta dengan bunyibunyian terlalu azmat bunyinya. Maka Malik Zahab pun datanglah mengedari kuda
hitam diiringkan oleh segala dewa-dewa.
Maka kata Raja Talela Syah, Hai Indera Jilani inikah Inderaputera ?
Maka ujar Indera Jilani, Bukannya Inderaputera inilah Malik Zahab, orang isteri
Inderaputera.
Hatta maka seketika lagi maka kedengaranlah sekalian bunyibunyian terlalulah azmat
bunyinya berbagai-bagai ragam daripada harebab kecapi, dandi, muri, serdam,
madali, kopak, ceracap, merangu, nafiri terlalu ramai. Maka kelihatan seratus empat
puluh tombak yang keemasan beri katkan emas dan intan di karang gemerlapan
seperti bintang di langit. Syahadan maka terdirilah jogan alamat kerajaan yang indahindah daripada ratna mutu maknikam dan empat puluh anak raja-raja yang memakai
pedang kerajaan berhulukan maknikam dan bersarungkan emas dan bertatahkan intan
baiduri. Arakian empat puluh payung kuning terlalu indah-indah rupanya dan pada
kemuncaknya itu dibubuhnya gemala terlalu amat bercahaya-cahaya gilang-gemilang
gemerlapan rumbai-rumbainya mutiaranya itu daripada intan baiduri nilam pualam
puspa ragam sekaliannya gemerencing bunyinya adalah laksana bunyi buluh perindu
bunyinya itu terlalu amat merdu akan sekalian hati menengar akan dia.
Maka di bawah payung itulah Inderaputera datang mengedari diatas kudanya yang
bernama Janggi Gerdana. Maka pelana kudanya itu daripada emas sepuluh mutu
yang bertatahkan ratna mutu.
137

107

maknikam dan pakaiannya terlalu indah-indah serta menyandang kan pedangnya


yang beremas dan pada kanannya Inderaputera itu Dikar Alam clan dan kirinya itu
Dikar Agus dan di hadapannya itu Dikar Kilat dan di belakangnya Dikar Seruna.
Maka segala hulubalang itu memakai pakaian gemala hikmat dan rakyatnya pun
demikian juga sekalian itu mustaiblah dengan alat senjatanya dan ada memakai Zirah
berbagai-bagai warnanya. Kalakian maka Inderaputera pun berjalanlah diiringkan
oleh segala bala tenteranya sekalian.
Maka titah Maharaja Talela Syah, Hai anakku Indera Jilani bunyi apakah ini? Maka
tiadaku pernah dengar seperti demikian ini
Maka sahut Indera Jilani, Ya tuanku Syah Alam inilah inderaputera anak Maharaja
Bikrama Buspa
Hatta maka kelihatanlah seperti bulan purnama gilang-gemilang cahaya mukanya itu.
Maka Raja Talela Syah pun hairan melihat rupanya Inderaputera itu. Maka segala
anak raja-raja ltu pun-iiirunIah daripada atas kuda;ya memberi hormat akan
Inderaputera itu. Maka Maharaja Talela Syah pun hairan melihat kebesaran Inderaputera itu. Maka ia pun segeralah turun daripada atas bangunan kotanya itu lalu
mengalu-alukan Inderaputera,' Setelah Inderaputera berpandangan muka dengan
Maharaja Talela Syah itu maka ia pun segeralah turun dari atas kudanya datang
menyembah kapada Maharaja Talela Syah. Maka Raja Talela Syah pun memeluk
mencium akan Inderaputera dengan segeranya dibawa baginda masuk Inderaputera
dan segala anak raja-raja itu ke dalam istananya dengan hulubalang menteri sekalian.
Setelah sampailah ke istananya maka baginda pun mendudukkan Inderaputera di atas
kerusi yang keemasan dan Rala Dewa Lela Mengerna dan Nobat Rom Syah serta
segala anak raja-raja itu seorang suatu kerusi. Setelah sudah didudukkan pada
masing-masing tempatnya maka sirih pada corong emas dan perak dan tembaga
suasa itu pun dihantarkan oranglah ke hadapan segala anak raja-raja itu. SeteIah
sudah makan sirih maka hidangan pula diangkat oranglah maka makanan terlalulah
lazat cita rasanya. Maka setelah sudah makan maka minuman pula diangkat orang.
Maka piala yang bertatahkan permata itu pun diperedarkan oranglah dan segala
bunyi-bunyian pun dipalukan oranglah Maka berbunyilah terlalulah ramai.
Setelah selesai lah sudah daripada bersuka-sukaan maka sembah Syahran Derekas
dan Indera Jilani itu demikian sembahnya, Ya
138

108

tuanku Syah Alam betapa peri hal segala rakyat yang dipertuan di luarnya kota
jikalau datang Gherakas itu betapa hal mereka itu kerananya hari pun sudah petang.
Maka Inderaputera pun tersenyum seraya berkata, Hai saudaraku Tuhannya kita
juga yang memeliharakan hambanya daripada bala Gherakas itu.
Maka setelah hari pun sudah malam maka Inderaputera pun menyuruh kepada Dikar
Agus membubuh hikmat pada padang itu supaya menjadi negeri dengan kotanya itu
daripada tembaga suasa. Maka segala rakyat yang di luar kota pun habislah masuk ke
dalam kota itu semuanya itu.
Hatta maka berkatalah Raja Talela Syah kepada Inderaputera, Hai anakku
Inderaputera, ada pun hamba ini tiadalah dua tiga lagi rasanya harapnya hamba
kepada tuan hamba menyudahkan pekerjaannya Gherakas itu.
Maka pada keesokan harinya maka Inderaputera pun berdatang sembah kepada Raja
Talela Syah demikian katanya, Jika dengan ditolongkan oleh Tuhan Yang
Mahabesar hambalah menyudahkan pekerjaan Gherakas itu.
Setelah demikian maka Maharaja Talela Syah pun membawakan Inderaputera kepada
gua tempat Gherakas itu dengan segala rajar-raja. Setelah sampai kepada gua itu
maka Indera putera pun hairan melihat gua itu terlalu amat besar adanya. Syahadan
maka segala mereka itu pun melihat ke dalam gua itu terlalu gelap gelita.
Maka sembah Inderaputera, Ya tuanku Syah Alam patik hendak masuk ke dalam
gua itu sekarang juga.
Maka titah Raja Talela Syah, Hai anakku betapa peri mu masuk ke dalam gua ini
kerana gua ini terlalu gelap.
Maka sembah Inderaputera, Ya tuanku Syah Alam lihat juga oleh Syah Alam.

Maka Inderaputera pun masuklah ke dalam gua itu seraya membuka cembul hikmat
yang berisi gemala itu. Maka menjadi teranglah gua itu daripada cahaya gemala
hikmat itu. Maka Inderaputera pun menghunus pedangnya itu seraya berjalan
diiringkan oleh segala raja-raja itu sekalian. Maka segala raja-raja itu pun masingmasing menghunuskan pedangnya itu. Maka Raja Talela Syah pun berjalan perlahanlahan mengiringkan daripada belakang Inderaputera itu. Hatta maka Inderaputera pun
sampailah pada tempat Gherakas itu seraya di lihat oleh baginda Gherakas itu lagi
tidur seperti guruh bunyi nafasnya itu.
139

109

Maka ujar Inderaputera kepada segala anak raja-raja itu, Hai saudaraku sekalian
undurlah saudaraku dahulu kerana Gherakas itu terlalu gagahnya. Maka segala anak
raja-raja itu pun undurlah.
Maka Inderaputera pun memuji nama Tuhan Yang Mahabesar. Setelah itu maka
Inderaputera pun berseru-seru dengan nyaring suaranya demikian katanya, Hai
Gherakas bangunlah engkau supaya kupenggalkan kepalamu daripada badanmu itu.
Maka Gherakas itu pun berbalik. Maka nafasnya itu seperti guruh. Maka segala anak
raja-raja itu pun dahsyatlah hadir memegang senjatanya itu masing-masing. Maka
terdengarlah oleh Gherakas itu suara manusia. Maka ia pun membukakan matanya.
Maka dilihatnya Inderaputera terdiri di sisinya itu. Maka dihembuskannya
Inderaputera dengan suaranya itu seperti halilintar bunyinya. Maka Inderaputera pun
bertempik seraya diparangnya Gherakas itu penggal dua lalu rebah mati.
Maka Inderaputera pun berseru-seru kan segala anak raja-raja itu katanya, Hai tuantuan sekalian marilah tuan hampir ke mari kerana Gherakas ini sudahlah ia mati.
Maka segala mereka itu pun datanglah sekalian. Maka Raja Talela Syah pun
mendapatkan Inderaputera. Setelah datang sekaliannya maka Maharaja Talela Syah
pun melihat bangkai Gherakas itu seperti bukit besarnya. Maka segala anak raja-raja
itu pun melihat gagah Gherakas itu. Maka segala mereka itu pun hairan melihat
kelakuan Inderaputera membunuh Gherakas itu yang amat hairan. Maka Raja Talela
Syah pun segeralah datang memeluk mencium akan Inderaputera. Maka dipegangnya
tangan Inderaputera serta dengan beberapa puji-pujian yang indah-indah dikatakan
kepada Inderaputera itu. Setelah sudah maka raja Talela Syah pun menyuruhkan
bangkai Gherakas itu dari dalan gua itu.
Hatta maka Inderaputera pun dan Raja Talela Syah itu pun berjalanlah dengan segala
anak raja-raja itu dalam gua itu. Maka dilihat oleh Inderaputera akan berbagai-bagai
di dalam gua itu. Maka Inderaputera pun bertemu dengan suatu perbendaharaan Raja
Baharum Tabiq. Maka dilihat oleh Inderaputera berbagai-bagai hartanya itu.
Syahadan pintu bilik itu daripada emas dan perak terlalu indah-indah rupanya dan
perbuatannya. Arakian segala pintu itu berkhalkah dan berkunci pada segala pintu itu
serta tersurat nama raksasa nenek kepada Maharaja Baharum Tabiq.
140

110

Maka Raja Talela Syah dan segala anak raja itu pun hairan me lihat perbendaharaan
itu seraya berkata, Apakah daya kita sekalian masuk kerana pintu ini ada terkunci.
Maka Inderaputera pun tersenyum seraya masuk ke dalam bilik itu, dilihatnya
beberapa perkakas kerajaan daripada emas dan perak serta dengan permata dan
beberapa pakaian yang indah-indah berbagai-bagai jenisnya benda yang gharibgharib di dalam bilik itu. Maka segala raja-raja itu pun hairan melihat temasya
berbagai-bagai warnanya. Hatta maka masuklah Inderaputera pada bilik yang lain
pula. Maka dilihatnya beberapa hamparan daripada saf sahalat beldu dan dewangga
dan hati fah. Syahadan beberapa takhta kerajaan yang indah-indah. Maka
Inderaputera pun memuji-muji akan Tuhan. Setelah demikian maka Inderaputera pun
masuklah ke dalam suatu bilik pula. Maka dilihat oleh baginda beberapa senjata alat
peperangan daripada emas dan tembaga suasa dan ratna mutu maknikam dan
beberapa pakaian gajah dan kuda terlalu indah-indah. Lain daripada itu beberapa pula
benda yang indah-indah dilihatnya.
Adapun Inderaputera serta dengan Maharaja Talela Syah dan segala anak raja-raja itu
sebulan lamanya di dalam gua itu beberapa melihat yang ajaib. Bermula ada suatu
bilik, di dalam bilik itu empat puluh bilik pula banyaknya. Hatta maka Inderaputera
serta segala anak raja-raja itu pun sampailah kepada sebuah bukit. Maka bertemulah
dengan pagar jala-jalanya daripada tembaga suasa dan pintunya itu daripada kaca
biru. Maka terlalu indah-indah rupanya di langit-langitnya itu. Maka adalah
tergantung beberapa gemala dan cahayanya itu menerangkan istana itu. Maka segala
anak raja-raja itu pun hairan melihat perbuatan pintu itu terlalulah indah-indah sekali.
Maka Inderaputera pun masuk ke dalam taman itu. Maka dilihatnya beberapa
jambangan dan luas taman itu saujana mata memandang dan beberapa kelambunya
berikatkan dengan kaca kuning. Syahadan maka di tepi kolam itu beberapa pohon
kayu daripada emas dan anggur dan khorma dan sekalian pohon kayu itu
bertambahkan dengan permata nilam pualam.
Arakian pada suatu kolam lagi pula maka balai nya itu bersendi-sendikan emas.
Maka Inderaputera dengan segala anak raja-raja itu pun turun mandilah pada kolam
itu serta memakan segala buah-buahan pada taman itu. Maka di dalam antara yang
demikian itu maka Inderaputera pun bertemu dengan suatu mahligai tujuh pangkat
daripada emas yang bertatahkan ratna mutu maknikam dan berumbai-rumbaikan
mutiara. Maka Inderaputera pun naik ke atas
141

111

mahligai itu. Maka dilihatnya di atas mahligai itu ada suatu loh daripada lazuardi
bertuliskan air emas. Maka dibaca oleh Inderaputera akan surat itu daripada bahasa
Jin iaitu daripada kematian Maharaja Baharum Tabiaq adanya itu.
Setelah itu maka sudah dibaca oleh Inderaputera, maka ditaruhnya pula pada
tempatnya yang sediakala itu. Maka Inderaputera pun turun dari atas mahligai itu lalu
kembalilah pada mahligai yang lain pula. Maka ia pun berjalan bermain-main. Maka
bertemu dengan suatu kolam. Maka ia pun mandi pada kolam itu. Maka dilihatnya air
kolam itu jatuh ke dalam laut. Maka ia pun berjalan menurut air itu. Maka ia pun
bertemulah dengan seorang laki-laki.
Maka ujar Inderaputera, Hai saudaraku siapa namanya tuan hamba ini?
Maka ujar laki-laki itu, Akulah yang bernama Derma Gangga yang mengelilingi
akan laut ini. Maka kata DermaGangga, Hai orang muda dari mana tuan hamba
datang ini dan siapa namanya tuan hamba ini?
Maka ujar Inderaputera, Hai saudaraku hambalah yang bernama Inderaputera anak
Maharaja Bikrama Buspa.
Maka ujar oleh Derma Gangga, Sungguhlah engkau anak Maharaja Bikrama Buspa
maka dapat sampai ke mari ini.
Maka kata Inderaputera, Seribu syukurlah hamba boleh bertemu dengan bapa ini,
tetapi jikalau ada kasih bapa hamba akan hamba ini hendaklah beri sesuatu tanda
pemberian kenyataan hemba bertemu dengan bapa hamba ini.
Maka Derma Gangga itu pun memberikan anak panah yang sakti itu kepada
Inderaputera. Maka ujar oleh Derma Gangga, hai anakku ambil olehmu akan panah
ini. Jika ada barang kehendaknya maka adalah dalam panah ini.
Maka Inderaputera pun menyembah kepada Derma Gangga. Maka panah itu pun
diambilnya dengan sukacitanya. Setelah itu maka Inderaputera pun bermohonlah
kepada Derma Gangga itu. Maka tersebutlah perkataan segala anak raja-raja yang
serta dengan Inderaputera itu. Maka dilihatnya dalam antara itu maka Inderaputera
pun tiadalah kelihatan lagi. Maka segala anak raja-raja itu pun mencari Inderaputera
dengan dukacitanya. Maka seketika lagi Inderaputera pun mengunjungkan panah itu
kepada anak raja-raja itu. Syahadan maka Inderaputera pun berceterakan daripada
peri halahwalnya tatkala ia bertemu dengan Derma Gangga itu. Maka Raja Talela
Syah pun terlalu hairan melihat panah itu. Maka Inderaputera
142

112

dan segala anak raja-raja itu pun keluar dari dalam gua itu kembali kepada istana
Raja Talela Syah.
Setelah sampai maka dipalukan oranglah segala bunyi- bunyian sekira-kira tiga hari
tiga malam bersuka-sukaan. Maka hidang pun diangkat oranglah. Maka Inderaputeri
pun makanlah bersama dengan segala anak raja-raja itu. Setelah sudah makan maka
minuman pula diangkat orang ke hadapan majlis itu. Maka piala yang bertatahkan
ratna mutu maknikam itu pun diperedarkan oranglah. Setelah sudah makan minum
maka bersuka-sukaan. Setelah demikian maka raja Talela Syah pun memberi akan
persaI i n kepada Inderaputera dan pada segala anak raja-raja itu dengan pakaian
kerajaan yang indah-indah.
Setelah sudah makan Raja Talela Syah pun berkata kepada Inderaputera, Hai anakku
Inderaputera yang kasih anakku itu sesungguhnyalah tertanggung kepada hamba.
Sebermula jika anakku mahu mengasihi anak hamba Puteri Seribulan itu maka
hamba berikan kepada tuan, kerana hamba pun sudah tua hendak berpertaruhkan diri
hamba dan anaknya hamba itu.
Maka ujar oleh Inderaputera dengan sukacitanya, Ya tuanku Syah Alam ada pun
derma kurnia yang maha mulia itu patik junjunglah kerana patik ini orang yang hina
lagi dagang. Maka duli yang dipertuan sudah berkenan hendak ambilnya patik
perbuat akan hamba. Maka patik pun seribulah syukur hendak menjadikan hamba ke
bawah duli yang dipertuan.
Setelah demikian maka Raja Talela Syah pun sukacitalah hatinya. Maka Raja Dewa
Lela Mengerna pun tersenyum pula seraya memandang kepada raja mambang kedua.
Maka anak raja mambang kedua pun menyembah lalu bangun menari. Maka Indera
Jilani pun segeralah bangun menari juga. Maka menjadilah ramai di balai
penghadapan itu. Setelah demikian Raja Talela Syah pun menghiasi negerinya dan
pengadapan dan istana daripada saf sahalat dan khalifah hamparannya dan langitlangit tirai dewangga yang keemasan. Syahadan beberapa pawai yang indah-indah.
Setelah sudah maka gajah kuda pun diatur oranglah dan segala bunyi-bunyian pun
dipalu oranglah gendang dan gambang bangsi nafiri dan serunai terlalulah ramai
bunyinya.
Kalakian maka Inderaputera pun mencitakan gemala hikmat. Maka dicitakannya
Raja Langkurba itu. Maka menjadi sebuah negeri di luar kota Semanta Beranta itu
dengan isinya dan segala bunyi-bunyian pun terlalu azmat bunyinya. Bermula di
dalam negeri itu,
143

113

tujuh buah balai daripada emas bersendi-sendikan gading bertatahkan ratna mutu
maknikam dan suatu balai lagi pula terlalu indahindah diperbuatkannya itu. Maka
segala anak raja-raja itu pun duduklah pada balai itu tempat bermain-main catur.
Maka terlalulah ramai segala anak-anak raja sambil bermain-main dan bermadahmadah dan bersyair dan berzikir terlalu amat bunyi suaranya itu, dan beberapa pantun
dan seloka terlalu indah-indah dan ada yang bermain harebab dan memalukan rebana
terlalu lah ramai berbagaibagai ragamnya itu, dan pada balai yang ketiga itu segala
hulubalang bermain berbagai-bagai permainan, dan pada balai yang keempat orang
menari terlalu ramai, dan pada balai yang keenam itu orang berjuangkan gajah dan
bertikamkan pendahan terlalu ramai dan pada balai yang ketujuh segala orang
berbuat perarakan.
Syahadan suatu perarakan itu dua belas pangkat dan tingginya akan perarakan itu,
diperbuatnya seperti anggara, Maka tubuhnya itu daripada lazuardi dan matanya itu
daripada gemala dan lidahnya itu daripada besi harsani dan kukunya itu daripada
nilam. Maka di atasnya itu maknikam yang indah-indah memancar-rnancarlah akan
cahayanya itu seperti matahari baharu terbit. Syahadan ekornya itu berumbairumbaikan mutiara. Setelah sudah perarakan itu maka diperbuat lagi pula perarakan
empat puluh yang kecil-kecil akan mengiringkan perarakan yang besar itu. Maka
terlalu indah-indah rupa perbuatannya. Setelah sudah genaplah peri yang demikian
hatta maka Tuan Puteri Seribulan pun dihiasi oleh orang pula beberapa dengan
pakaian yang keemasan bergelang awan dipahat dan bercincin intan dan pedaka dan
bersawat sandang berkilat-kilat rupanya dan pontoh bernaga1 ditatahkan dengan
permata dan bermalai intan dikarang gemerlapan seperti bintang di langit rupanya.
Syahadan beberapa pula terkena pakaian yang indah-indah yang beranika pada
tubuhnya tuan puteri itu. Setelah sudah dihiasi oranglah maka tuan puteri itu. Setelah
sudah dihiasi oranglah maka Tuan Puteri Idari Seribulan pun didudukkan orang di
atas puspa pemujaan. Maka rupa Tuan Puteri Idari Seribulan pun gilang-gemilang seperti bulan pernama kilau-kilauan tiada dapat dipandang nyata. Arakian empat puluh
anak raja-raja duduk di kanan Tuan Puteri Idari Seribulan dan empat puluh anak
menteri-menteri duduk di kiri Tuan Puteri Idari Seribulan dan empat puluh anak
tuanan duduk mengadap akan tuan puteri memakai akan pakaian yang keemasan.
Maka
_______________
l
pontoh bernaga =

= gelang tangan.

144

114

setelah sudah Tuan Puteri Idari Seribulan dihiasi orang maka Inderaraputera pun
dihiasi oranglah pula. Maka dipakaikan pakaian yang indah-indah dan pontoh
bernaga dan berazimat firus dan berkilat-kilat dan bersawat sandang dan bermalai
akan maknikam dikarang dengan baiduri.
Kalakian beberapa pakaian yang mulia-mulia terkena pada tubuh Inderaputera itu.
Setelah sudah dihiasi oleh orang maka Inderaputera pun naik ke atas perarakan itu,
pada pangkat yang kedua serta anak menteri duduk memangku puan beremas dan
empat orang pegawal memegang kundi beremas dan empat orang anak tuanan
memegang kipas bemflisair emas dan empat orang bentara memegang keris
berhulukan emas dan berpenduk2 maknikam dan empat orang anak raja-raja
menyelampai pakaian kuning itu. Kemudian empat puluh anak dari indera duduk dari
kanan Inderaputera dan empat puluh anak dewa-dewa duduk di kiri Inderaputera.
Sebermula pada pangkat yang ketiga itu segala bentara memegang pedang kerajaan
dan pangkat yang keempat itu segala anak biduanda memegang akan jawatan
berbagai-bagai takhta masing-masing kerajaan dan segala hulubalang itu pun masingmasing naik ke atas kudanya dengan pakaiannya. Maka segera raja-raja itu pun
masingmasing naik ke atas kenderaannya dan segala panji-panji dan pawai pun
beratur dengan segala bunyi-bunyian daripada gendang serunai, harebab, kecapi,
bangsi, seredam, kopak ceracap. Maka berbunyi lah nobat negara nafiri dan
terkembanglah payung bunga irama-irama berbagai-bagai warnanya. Maka terdirilah
Jogan alamat kerajaan. Maka perarakan itu berkirap-kiraplah dengan sendirinya.
Maka Inderaputera pun diarak oranglah berkeliling negeri Semanta Beranta itu, Maka
Nobat Rom Syah dan Raja Dewa Lela Mengerna pun naiklah ke atas kudanya dan
pada seketika ke sana dan ke sini mengaturkan segala pawai itu, dan seketika lagi
dipacu kan kudanya mengaturkan segala raja-raja. Maka Inderaputera pun beraraklah
ke mahligai Tuan Puteri Seribulan diiringikan oleh segala raja-raja itu.
Hatta ada yang di atas singa terbang dan ada yang di atas kuda dan ada yang di atas
naga terbang diudara. Maka Raja Dewa Lela Mengerna pun mengeluarkan satu
hikmat. Maka turunlah hujan air mawar dan Nobat Rom Syah pun memanah ke
udara. Maka gugur hujan mutiara dan ratna mutu maknikam. Maka segala orang isi
negeri Sementa Beranta itu pun ramailah memungut segala permata. Maka
_______________
2

penduk =

= salut sarung keris.

145

115

masing-masing pun mengiringkan Inderaputera itu. Maka Inderaputera pun


sampailah. Maka Inderaputera itu pun habislah basah akan pakaiannya daripada
sebab kena air mawar itu. Maka anak mambang kedua pun memanah ke udara
menurunkan angin dengan lemah lembut akan pengeringkan pakaian mereka itu
sekalian. Setelah itu maka Inderaputera pun sampailah ke mahligai Tuan Puteri Idari
Seribulan itu. Maka Raja Dewa Lela Mengerna dan Nobat Rom Syah menghampiri
kudanya itu seraya melompat ke perarakan Inderaputera itu. Mrka baginda pun
memimpin tangan Inderaputera itu. Maka baginda pun memimpin tangan
Inderaputera dari kanan dan Nobat Rom Syah dari kiri memimpin tangan
Inderaputera. Maka dibawanya naik ke mahligai tuan puteri dan Raja Talela Syah
pun menyambutkan tangan Inderaputera. Maka dibawanya naik ke mahligai tuan
puteri dan Raja Talela Syah pun menyambut tangan Inderaputera pada tangan Raja
Dewa Lela Mengerna dan pada Nobat Rom Syah. Maka didudukkan oleh baginda di
atas pecangan di sisi Tuan Puteri Idari Seribulan itu. Maka di siramkan dengan air
mawar dan dipercikkan narawastu yang terlalu amat harumnya.
Kalakian maka makin bertambah-tambah pula baik paras tuan puteri itu gilanggemilang dan kilau-kilauan seperti bulan pernama , dan seperti matahari rupanya
Inderaputera dan Puteri Idari Seribulan itu makin dipandang makin berseri-seri bagai
tiada terlepas daripada mata. Setelah itu dinikahkanlah keduanya itu. Maka bersorak
lah pula sekalian mereka itu. Maka tirai kelambu diwangga yang keemasan itu pun
dilabuhkan orang lah ketujuh lapis itu. Maka hidangan pun diangkat oranglah ke
hadapan majlis itu.
Hatta maka segala mereka itu pun makanlah masing-masing pada hidangannya.
Setelah sudah maka minuman pula diangkat orang. Maka segala bunyi-bunyian pun
dipalu orang lah terlalu ramai bunyinya daripada harebab dan kecapi dandi muri
terlalulah indahindah sekali bunyinya. Maka biduan yang baik suaranya pun bernyanyilah. Maka orang menari pun berbangkitlah. Maka segala raja-raja itu pun
masing-masing melakukan kesukaan. Setelah tujuh hari dan tujuh malam bersukasukaan itu, maka Raja Talela Syah dengan segala raja-raja itu pun berbuatlah akan
panca persada tujuh pangkat akan tempat tuan puteri dan Inderaputera mandi.
Adapun panca persada itu diperbuat daripada helembak dan geharu bertatahkan ratna
mutu maknikam berumbai-rumbaikan mutiara dan beberapa ukir-ukirannya itu
berbagai yang nidah-indah. Syahadan di atas kemuncak itu suatu gemala merah
bercahaya-cahaya
146

116

seperti matahari dan perarakan panca persada itu diperbuatnya delapan belas persegi.
Maka delapan gemala tergantung pada segala penjurunya itu terhamparlah saf sahalat
khatifah beldu yang bertuliskan emas. Maka terkembanglah payung iram-iram yang
berumbai-rumbaikan mutiara. Setelah itu maka puan pun diatur oranglah pada segala
pangkat-pangkat panca persada itu akan kelengkapan tuan puteri dan Inderaputera.
Setelah sudah maka Raja Dewa Lela Mengerna dan Nobat Rom Syah pun
mengaraklah air mandi itu beberapa jambangan mayang daripada emas dan perak dan
tembaga suasa.
Syahadan beberapa terfiang mayang daripada kaca putih dan kaca biru dan kaca hijau
dan kaca kuning dan beberapa perbuatan yang terlalu indah-indah. Arakian segalalangit dan bedak dan lulut dibubuh pada batil maknikam dan pupur yang dibubuh
pada batil emas di atas jempana. Maka terkembanglah payung mutiara dikarang
delapan buah dan beberapa pawai terisi teratur akan mengarak langir dan air mandi
itu pun diarak oranglah. Maka segala pawai dengan biti perwara sekalian terlalu
azmat bunyi suaranya. Kemudian maka tuan puteri dan Inderaputera pun dihiasi
orang dengan pakaian yang indah-indah. Setelah sudah diarak maka didudukkan
orang di atas panca persada itu.
Kalakian maka dilabuhkan oranglah tirai kelambu. Maka Raja Talela Syah dua laki
isteri pun melangirkan Inderaputera dan tuan puteri. Maka setelah sudah dilangir
keduanya maka mandilah pula baginda dua laki isteri dan segala anak raja-raja dan
dewa indera mambang pun mandi lah sambar-menyambarkan air itu. Syahadan maka
segala anak raja-raja itu pun ramailah bersiram-siraman di atas panca persada itu
sambil berpantun dan berseloka gegak-gempita bunyinya terlalu azmat. Setelah itu
maka segala anak raja-raja itu pun duduklah semayam serta dipersalinnya oleh Raja
Talela Syah dengan pakaian yang indah-indah. Setelah sudah dipersalinnya maka
anak raja-raja itu pun duduklah pada tempatnya masing-masing.
Hatta maka hidangan pun diangkat akan oranglah dan segala anak raja-raja itu pun
makanlah masing-masing pada hidangannya. Setelah sudah makan dan minum maka
piala yang bertatahkan ratna mutu maknikam itu pun diperedarkan oranglah. Setelah
itu maka orang yang menari pun bangkitlah terlalu indah-indah ragamnya itu.
Sebermula tiga hari tiga malam segala raja-raja itu bersuka-sukaan. Setelah selesai
daripada mengerjakan fnderaputera itu maka ia pun duduklah bersuka-sukaan.
147

117

BAB XI
BERTEMU BERMA SAKTI
Al-kisah peri mengatakan tatkala Inderaputera pergi ke negeri Raja Baharum Tabiq
menaklukkan Raja Baharum Tabiq, dan peri mengatakan tatkala Inderaputera
menikahkan Nobat Rom Syah dengan Tuan Puteri Cendera Lela Nor Lela dan peri
mengatakan tatkala Inderaputera pergi kepada Berma Sakti.
Maka tersebutlah perkataan negeri Dahruddamas, syahadan rajanya bernama
Baharum Tabiq. Maka terlalu amat besar akan kerajaannya dan beberapa raja-raja
takluk kepadanya dan kotanya negeri itu tujuh lapis daripada batu yang hitam
berkilat-kilat diupamnya dan luas parit kotanya itu empat puluh depa, Maka sekalian
itu dikatkannya daripada batu yang merah, dan seratus empat puluh bangunan
kotanya itu. Maka terlalu amat tinggi akan kotanya itu demikianlah kebesarannya
baginda itu.
Hatta adalah sekali persetua maharaja Baharum Tabiq itu duduk semayam di atas
singgahsana kerajaan di hadap oleh segala raja-raja dan segala menteri hulubalang
serta rakyat hina dina sekalian. Maka datanglah dua orang jin, seorang bernama
Lantas Awan dan seorang bernama Lantas Gunung. Maka keduanya itu berdatang
sembah kepada Raja Baharum Tabiq. Syahadan maka diwartakannya segala halahwalnya Inderaputera membunuh akan Gheragas itu dan peri Inderaputera
membukakan pintu segala perbendaharaan itu semuanya dipersembahkannya kepada
baginda itu. Maka setelah Maharaja Baharum Tabiq menengarkan Gheragas sudah
mati dibunuh oleh Tnderaputera itu maka baginda pun terlalu amat marah seperti api
bernyala-nyala merah padam warna mukanya.
Kalakian maka titah baginda kepada sekalian raja-raja dan segala menteri
hulubalangnya, Dan lihatlah oleh kamu sekalian ia menunjukkan laki-lakinya
kepada kita. Maka ia membunuh Gheragasku itu.
148

118

Maka raja-raja dan menteri hulubalang serta rakyat bala tenteranya sekalian itupun
menyembah dengan takutnya melihat baginda marah itu. Syahadan dengan seketika
itu juga baginda suruh kepada jurutulis membuat surat dengan segeranya. Apabila
sudah surat itu maka dikirimnya baginda kepada Inderaputera mengatakan Segala
peri ini surat dari Maharaja Baharum Tabiq datang kepada Inderaputera dan berapa
besarnya hatimu maka engkau membunuh Gheragas itu dan beraninya engkau
menjalani akan tempatku itu dan membukakan segala perbendaharaanku itu.
Sebermula jikalau sungguh engkau laki-laki janganlah engkau segera lari. Nantilah
aku datang ke negeri Raja Talela Syah yang muafakat dengan engkau Bota Zanggi
kepadaku itu supaya kuhabiskan sekali adanya.
Maka setelah sudah suratnya itu maka diberikannya kepada seorang jin namanya
Derham demikian katanya, Pergilah engkau dengan segera ke negeri Semanta
Beranta itu. Maka berikan olehmu suratku ini kepada Inderaputera itu.
Maka Derham pun menyembah serta menyambut surat itu. Maka ia pun bermohon
dengan segera, lalu terbanglah ia ke negeri Semanta Beranta itu. Kalakian pada
tatkala itu Maharaja Talela Syah lagi duduk semayam dihadap oleh segala raja-raja
dan Inderaputera lagi mesyuarat hendak bermohon kembali. Hatta maka jin itu pun
datanglah ke hadapan Raja Talela Syah seraya ia mengunjukkan surat itu. Maka
disambut oleh Inderaputera surat itu seraya memandang kepada jin itu dengan
marahnya akan melihat jin itu. Maka diberikannya pula surat itu kepada Raja Talela
Syah. Maka dilihat oleh Raja Talela Syah surat itu daripada bahasanya jin. Maka
diunjukkan kembali kepada Inderaputera surat itu seraya dibuka oleh Inderaputera.
Maka dibaca surat itu seraya memandang kepada Raja Dewa Lela Mengerna seraya
tersenyum lalu berkata, Hai saudaraku, lihatIah akan Maharaja Baharum Tabiq
berkirim surat kepada hamba ini dengan perkataan yang besar. Maka memberi
mudarat bangunnya itu.
Maka menyambut oleh Raja Lela Mengerna, Hai saudaraku apakah kita indahkan ia
Raja Baharum Tabiq itu tiadakah terlawan oleh kita?
Maka Inderaputera pun tersenyum menengar kata Raja Dewa Lela Mengerna itu.
Setelah itu maka kata Inderaputera, Hai jin pergilah engkau kembali dengan segera,
beritahu kepada tuanmu
149

119

Raja Baharum Tabiq itu. Berjalanlah ia kemari. Hadirlah, aku ada menanti ia.
Maka Inderaputera pun menghilangkan dirinya tiada kelihatan kepada mata orang
banyak itu. Maka ia berjalan dengan cepat-cepat. Maka diputarkannya kepala jin
yang datang membawa surat itu. Maka dipusing-pusingnya menjadi terbaliklah ke
belakang muka jin itu. Maka segala orang yang banyak itu pun hairan seraya tertawa
melihat muka jin i tu. Kalakian maka jin itu pun kemaluanlah kepada orang-orang
banyak itu. Maka ia pun segera mengadap Raja Baharum Tabiq. Maka baginda pun
hairanlah melihat halnya jin itu. Maka jin itu pun berdatang sembah kepada Maharaja
Baharum Tabiq serta mempersembahkan segala kata-kata itu. Raja Talela Syah dan
Inderaputera dan Raja Dewa Lela Mengerna dan mengatakan halnya. Setelah
didengar oleh Maharaja Baharum Tabiq katakata Inderaputera demikian itu maka ia
pun terlalu amat marah seraya menghimpunkan segala raja-raja dan segala menteri
hulubalang serta sekalian rakyat bala tenteranya serta sekalian alat senjatanya dan
segala gajah kudanya semua itu.
Setelah mustaiblah kota dan paritnya itu, maka tersebutlah perkataan Inderaputera,
maka ia pun menyuruhkan Dikar Kilat pergi mengambil loh lazuardi itu yang ada
tersurat pada loh itu darihal peri kematian Raja Baharum Tabiq itu. Maka seketika
itujuga maka Dikar Kilat pun pergilah pula dengan segeranya ke dalam gua itu seraya
masuk ke dalam taman itu lalu diambilnya loh yang di atas mahligai itu. Maka lalu
dibawakannya kepada Inderaputera. Maka Inderaputera pun terlalu amat sukacitanya
seraya menyuruh berlengkap kepada segala anak raja-raja dan segala menteri
hulubalang sekalian.
Setelah sudah lengkap maka Inderaputera pun pergilah mengadap kepada Raja Talela
Syah seraya berdatang sembah, Ya tuanku Syah Alam adapun paduka anakanda ini
hendak patik bawakan pohonkan pada ke bawah duli Syah Alam kerana patik hendak
pergi ke negeri Raja Baharum Tabiq itu.
Maka titah baginda, Baiklah hai anakku. Adapun puteri itu ayahanda serahkan
kepada anakku dan mana bicara anakku maka tiadalah ayahanda salahi lagi kepada
anakku.
Setelah demikian maka Inderaputera pun bermohonlah kepada Raja Talela Syah itu.
Maka Raja Talela Syah pun memeluk mencium Inderaputera dan anaknya, Jikalau
ada kurnia oleh duli Syah Alam patik hendak pergi mengiringkan Inderaputera itu.
150

120

Maka baginda pun menangis seraya berkata, Hai anakku baikbaiklah anakku
mengiringkan suaminya tuan itu.
Setelah itu maka Inderaputera pun berjabat tangan saudarasaudara tuan puteri itu.
Maka ia pun berjalanlah dengan segala anak raja-raja dan segala menteri-menteri
hulubalang rakyatnya sekalian bala tenteranya gegak-gempita dengan segala bunyibunyian terlalu azmat.
Hatta berapa lamanya berjalan itu maka Inderaputera pun sampailah ke negeri
Dahruddamas. Arakian maka diwartakan oranglah kepada Maharaja Baharum Tabiq
bahawa Inderaputera telah datang ke negerinya. Maka baginda pun keluarlah dengan
segala raja-raja yang di bawahnya itu serta dengan segala menteri hulubalang rakyat
bala tenteranya semuanya serta gajah kudanya dengan alat senjatanya antara tiga hari
perjalanan. Maka bertemulah dengan tentera Raja Baharum Tabiq berpanah-panahan
dan bertetak kan pedangnya.
Kalakian seketika maka rakyat Raja Gherentar Syah pun patahlah perangnya. Maka
rakyat Raja Baharum Tabiq itu pun datanglah terlalu banyak. Kemudian rakyat
Inderaputera pun bertambah-tambah sampai seraya mengunus pedangnya dan
menggertakkan kudanya masuk ke dalam tenteranya Raja Baharum Tabiq. Arakian
segala rakyat Raja Baharum Tabiq itu pun pecahlah perangnya. Maka segala
hulubalang Raja Baharum Tabiq pun mengunus pedangnya masing-masing
menentang panahnya dan menghelakan tombaknya. Maka ditempuhnyalah dengan
bersungguh-sungguh hatinya kepada Raja Gherantar Syah dengan senjatanya itu.
Seketika lagi maka segala rakyat anak raja mambang kedua itu pun datanglah.
Maka dilihat Maharaja Gherantar Syah tengah duduk berperang terlalulah ramai.
Maka ia pun masuk perang pula, dan seketika Maharaja Puspa Pandai dan Dinar
Pandai pun datanglah masuk perang pula, dan seketika lagi maka Maharaja Sahram
Darkas dan Indera Jilani datanglah masuk berperang pula, dan seketika lagi maka
segala anak raja-raja yang duduk di tasik Baharui Asyik pun datanglah dengan
tempik soraknya terlalu azmat bunyinya masuk perang itu. Dan seketika lagi maka
datanglah anak raja kurang esa empat puluh di padang Anta Berahi menyerbukan
dirinya seperti harimau yang galak lakunya itu menempuh-nempuhkan dirinya ke
dalam tenteranya Maharaja Baharum Tabiq itu dan menetak dengan pedangnya, dan
menikamkan dengan tombaknya, dan memanah dan memalu dengan cokmarnya, dan
segala anak raja-raja yang kurang
151

121

esa empat puluh itu sebab ia terkenangkan kebajikan Inderaputera terlalulah baik
akan dia-apa sekalian itu seperti petir di langit bunyinya.
Maka seketika lagi datanglah Raja Dewa Lela Mengerna dan Nobat Rom Syah pun
melihat segala anak raja-raja itu berperang terlalu ramai. Maka ia kedua pun masuk
pula berperang. Maka menjadi perang besarlah pada waktu itu. Hatta seketika lagi
maka hulubalang Raja Baharum Tabiq pun pecahlah perangnya. Maka ia pun lari lalu
masuk ke dalam kotanya. Hatta Inderaputera pun datanglah dengan segala anak rajaraja menteri hulubalang rakyat sekalian duduklah di luar kota. Maka Maharaja
Baharum Tabiq pun segeraIah menutup pintu kotanya.
Hatta pada keesokan harinya maka Inderaputera pun mengambil anak panahnya itu
seraya berkata, Hai anak panah bahawa engkau aku panahkan kehadapan Raja
Baharum Tabiq itu bawalah olehmu loh ini.
Maka anak panah nya yang sakti itu pun memancar-mancar daripada busarnya. Maka
dipanahkan oleh Inderaputera, Maka anak panah itu pun datanglah ke hadapan Raja
Baharum Tabiq itu. Adapun tatkala itu Raja Baharum Tabiq itu sedang semayam disinggahsana dihadap oleh segala menteri hulubalang. Kalakian maka dilihat oleh
Raja Baharum Tabiq akan anak panah terhantar dihadapannya dan lah yang tersurat
peri kematiannya itu pun terhantar dibawa oleh anak panah itu. Syahadan maka
dilihatnya seketika itu juga.
Maka Dikar kilat pun berseru-seru demikian bunyinya, Hai Raja Baharum Tabiq
beberapa akan besarnya hatimu itu maka engkau berkirim surat kepada Inderaputera
anak Maharaja Bikrama Buspa itu dengan perkataan yang memberi akan mudarat ke
atas batang lehermu itu. Arakian taukah engkau akan gagah perkasa Inderaputera itu?
Lihatlah olehmu pada anak panah itu.
Maka setelah demikian maka lemahlah segala anggota Maharaja Baharum Tabiq itu
sebab melihat lah tersurat kematiannya itu. Maka ujar Raja Baharum Tabiq pada
Dikar Kilat, Hai jin siapa namamu.
Maka ujarnya, Akulah yang bernama Dikar Kilat yang disuruh oleh Langkurba
menunggu gemala hikmat dan diberikan aku ini oleh Tuan Puteri Seri Ratna Gemala
Nehran kepada Inderaputera.
Setelah Raja Baharum Tabiq menengar gemala hikmat itu dan didengarnya anak
panah daripada Derma Gangga di peroleh Indera152

122

putera itu dan melihat loh kematiannya itu, maka lemahlah segala anggotanya. Maka
ujar oleh Raja Baharum Tabiq, Hai Dikar Kilat hamba pun sertalah dengan tuan
hamba pergi mengadap Inderaputera itu. Maka hamba pun hendak meminta ampun
kepadanya itu, jikalau ada salah bebalnya hamba kepada baginda itu.
Maka Dikar Kilat pun sukacitalah serta katanya, Baiklah tuanku pergi akan
mengadap baginda itu. Hambalah membawa tuanku itu.
Setelah itu maka Maharaja Baharum Tabiq pun pergilah dengan empat orang
menterinya sahaja lalu mendapatkan Inderaputera dibawa oleh Dikar Kilat. Maka
diwartakan kepada Inderaputera bahawa Raja Baharum Tabiq datang dengan empat
orang menterinya hendak mengadap tuanku. Setelah Inderaputera menengar itu maka
ia pun menyuruh kan raja mambang keduanya itu pergi mengalu-alukan Maharaja
Baharum Tabiq.
Hatta maka Raja Baharum Tabiq dan anak mambang keduanya pun bertemulah.
Setelah sudah bertemu keduanya itu lalu ia berjalan serta berpegang tangan dengan
Maharaja Baharum Tabiq dan anak raja mambang keduanya itu seraya berkata, Hai
saudaraku naiklah tuan hamba ke atas kuda ini.
Maka Maharaja Baharum Tabiq pun naiklah ke atas kuda itu lalu dibawanya oleh
anak raja mambang kedua itu pergi mengadap Inderaputera. Maka baginda pun
berjalanlah. Setelah sampai kepada Inderaputera maka dilihat oleh Inderaputera Raja
Baharum Tabiq itu datang. Maka Inderaputera pun turun seraya memberi hormat
pada Raja Baharum Tabiq itu. Maka Raja Baharum Tabiq pun menyembah kepada
Inderaputera. Maka disambut oleh Inderaputera dengan seribu kemuliaan seraya
didudukkan di atas kerusi yang keemasan.
Maka berkata Maharaja Baharum Tabiq, Ya tuanku Inderaputera, jikalau ada kiranya
barang salah bebal hamba melainkan minta ampunlah juga kepada tuan hamba.
Maka ujarnya oleh Inderaputera, Ya tuanku Syah Alam tiada suatu mudarat akan
hamba ini. Hanya salah itu hanya kata tuan hamba juga yang memberi titah kepada
tuan hamba itu. Setelah demikian maka Raja Baharum Tabiq pun membawa
Inderaputera kenegerinya. Syahadan maka Raja Baharum Tabiq itu pun berjalanlah
dengan segala raja-raja yang mengiringkan Inderaputera masuk ke kotanya.
Hatta beberapa lamanya berjalan itu maka sampailah ke negeri Raja Baharum Tabiq
serta sampai ke dalam kota lantas ke istana
153

123

seraya duduk di atas takhta singgahsana dan raja-raja yang mengiringkan


Inderaputera didudukkan di atas kerusi yang keemasan seraya diperjamunya makan
minum bersuka-sukaan tujuh hari tujuh malam dengan segala bunyi-bunyian. Setelah
terhentilah daripada makan dan minum itu maka dipersalinnya pula akan
Inderaputera serta akan segala anak raja-raja itu dengan pakaian yang indahindah.
Maka kata baginda kepada Inderaputera, Ya tuanku Inderaputera apa kehendak
tuanku di dalam negeri ini semuanya patik berikan kepada tuanku.
Maka ujar Inderaputera, Hai Maharaja, suatu pun jangan diberikan kepada hamba
dan tiada hamba berkehendakkan akan dia. Maka yang hamba berkehendak kepada
tuan hamba itu hanya sehingga kita berkasih-kasihan juga.
Maka ujar oleh Raja Baharum Tabiq, Sebenarnyalah titah tuanku itu. Setelah
demikian itu maka Inderaputera dan segala anak rajaraja itu pun keluarlah dari dalam
negeri Dahruddamas itu.
Maka ia pun memohon kepada Raja Baharum Tabiq itu. Maka segala anak raja-raja
itu pun berjabat tangan dengan Maharaja Baharum Tabiq itu. Maka Raja Baharum
Tabiq pun menyembah kepada Inderaputera serta berpeluk-pelukan dan mencium
Inderaputera. Setelah sudah maka Inderaputera pun dengan segala anak raja-raja
itupun berjalanlah menuju ke negeri Puspa Pandai. Maka Raja Puspa Pandai dua
berputera itu terdahulu berjalan. Setelah sampai ke negerinya itu seraya ia berlengkap
akan tempat segala anak raja-raja itu. Setelah Inderaputera sampai ke negerinya.
Adalah sehingga tujuh hari tujuh malam maka Inderaputera pun memulai pekerjaan
berjaga-jaga empat puluh hari empat puluh malam. Maka Inderaputera pun
mengeluarkan suatu hikmat. Setelah itu jadilah berbagai-bagai permainan.
Maka setelah genaplah empat puluh hari empat puluh malam maka pada waktu
ketika yang baik maka Nobat Rom Syah pun dihiasi oranglah berbagai-bagai
warnanya pakaian yang indah-indah bertatahkan mutu maknikam berumbaiumbaikan mutiara yang sudah terkarang. Maka dinaikkan oranglah ke atas
perarakannya yang berjentera. Maka berarak lah ke mahligai tuan puteri yang timang-timangan Cendera Lela Nor Lela itu. Maka tuan puteri itu pun dihiasi oranglah
dengan beberapa pakaian yang indah-indah yang bertatahkan ratna mutu maknikam.
Maka setelah sudah memakai maka kilau-kilauan tiadalah dapat dipandang nyata.
Maka diduduk154

124

kan orang di atas pemujaan serta dihadap oleh segala biti-biti kebalairong. Maka
dipimpin oleh Inderaputera dari kanan dan Raja Dewa Lela Mengerna dari kiri. Maka
disambut oleh Raja Puspa Pandai lalu didudukkannya di kanan tuan puteri itu.
Maka dibawa oleh orang air mawar lalu dipercikkan kepada tuan puteri dan pada
Nobat Rom Syah. Maka tatkala dikerling oleh Nobat Rom Syah dengan ekor
matanya itu maka ia pun terlalulah sukacita hatinya melihat akan rupa parasnya Tuan
Puteri Cendera Lela Nor Lela itu tiadalah terkira-kira lagi di hati Nobat Rom Syah.
Setelah genaplah tujuh hari tujuh malam maka Inderaputera pun mengaraklah air
mandi dengan sepertinya. Maka lalu dimandikan oranglah dua laki isteri itu. Setelah
sudah maka memakai pakaian yang keemasan. Setelah itu lalu diarak oleh orang ke
balai istananya dengan segala bunyi-bunyian yang nyaring merdu suaranya itu. Setelah selesai lah daripada pekerjaan Nobat Rom Syah itu maka Inderaputera pun
berbicaralah hendak bertemu dengan Berma Sakti itu kerana lamalah Maharaja
Syahian duduk ternanti-nanti akan hasrat hatinya.
Maka ujar oleh Raja Dewa Lela Mengerna kepada Inderaputera, Hai saudaraku,
tahukah tuan hamba akan Berma Sakti itu tiada ketahuan jalannya dan tiada
berketahuan tempatnya itu dan betapa perinya akan mendapat ia.
Setelah demikian maka Inderaputera pun hairan seraya bercucuran air matanya.
Maka Raja Dewa Lela Mengerna pun tersenyum seraya berkata, Hai saudaraku
hambalah menyampaikan maksud saudaraku pada Berma Sakti. Janganlah saudaraku
susah akan hati.
Maka Inderaputera pun sukacitalah menengar kata Raja Dewa Lela Mengerna.
Setelah itu. maka Inderaputera pun berkata kepada segala raja-raja, Hai saudaraku
sekalian kembalilah tuan hamba dahulu kerana hamba hendak pergi kepada Berma
Sakti.
Maka segala anak raja-raja itu pun belaslah rasa hatinya akan bercerai dengan
Inderaputera itu. Maka ia pun memeluk mencium Inderaputera serta dengan
tangisnya. Maka segala anak raja-raja itu pun bermohonlah kepada Inderaputera lalu
kembali masingmasing menuju ke negerinya. Setelah itu maka Inderaputera pun
berkata-kata kepada Raja Dewa Lela Mengerna.
Maka ujar Raja Dewa Lela Mengerna, Hai saudaraku pejamkan matamu dengan
sepenuh-penuh hatimu dan serta menahan nafasmu. Maka cita olehmu nama Berma
Sakti itu di dalam hatimu. Scbermula jika saudaraku bertemu dengan padang itu ada
sepohon kayu jangan
155

125

tuan hamba berhenti pada pohon kayu itu dan jangan tuan hamba tidur. Dan jika tuan
hamba tidur nescaya datanglah fitnah kepada tuan hamba. Syahadan jikalau tuan
hamba bertemu dengan suatu cahaya pada tengah padang itu cahaya itulah tempat
Berma Sakti. Dan jikalau tuan hamba lapar dan dahaga sekali pun ikut juga cahaya
itu. Demikianlah pesan hamba kepada saudaraku adanya.
Syahadan maka Nobat Rom Syah pun hendak kembali ke negerinya. Maka ia pun
bermohon kepada Raja Puspa Pandai dua laki isteri. Maka Tuan Puteri Cendera Lela
Nor Lela pun sujud menyembah kepada ayah bondanya. Maka Raja Puspa Pandai
dua laki isteri pun memeluk mencium anaknya itu.
Kalakian maka Nobat Rom Syah dan Raja Dewa Lela Mengerna pun bermohonlah
kepada Inderaputera lalu berjalan kembali kenegerinya membawa isterinya dan
membawa cembul hikmat tempat Tuan Puteri Jamjam Dewi Gemala Ratna. Arakian
maka Inderaputera pun berkirim sembah kepada baginda Raja Tahir Johan Syah dua
laki isteri. Maka dengan seketika itu juga Nobat Rom Syah dan Dikar Kilat sampai
ke negerinya. Maka Nobat Rom Syah pun datang dua laki isteri mengadap ayah
bondanya lalu sujud menyembah kedua laki isterinya. Maka Raja Tahir Johan dua
laki isteri pun terlalu sukacita melihat akan menantunya itu terlalu elok rupa
parasnya.
Kalakian maka sembah Nobat Rom Syah, Ya tuanku Syah Alam adapun
Inderaputera empunya sembah ke bawah duli Syah Alam banyak-banyak bahawa
paduka anakanda itu suruh kepada Dikar Kilat mari menyambutkan Tuan Puteri
Jamjam Dewi Gemala Ratna itu. Maka dipohonkan ke bawah duli Syah Alam.
Maka kata baginda, Baiklah hai Dikar Kilat katakanlah salam doaku kepada anakku
itu.
Syahadan maka Tuan Puteri Jamjam Dewi Gemala Ratna dan Dikar Kilat pun
menyembah kepada baginda dua laki isteri itu seraya bermohonlah. Maka Tuan
Puteri Jamjam Dewi Gemala Ratna pun masuklah ke dalam cembul mutiara dan
Dikar Kilat pun berjalanlah dengan seketika itu juga. Maka sampailah kepada Inderaputera. Maka Dikar Kilat pun dipersembahkan kepada Inderaputera cembul mutiara
yang dibawanya. Maka Inderaputera pun ambillah akan cembul itu.
Hatta maka Inderaputera pun bermohonlah pada Raja Puspa Pandai dua laki isteri
dan pada Dinar Pandai. Ia pun berpeluk bercium serta bertangis-tangisan dan Dinar
Pandai pun berdatang menyembah kepada Inderaputera. Setelah itu maka
Inderaputera
156

126

pun berjalanlah. Maka berjumpalah dengan suatu padang jajahan negeri Raja Puspa
Pandai itu. Maka Inderaputera pun duduk dengan seketika itu. Maka ia pun
mencitakan seperti pengajaran Raja Dewa Lela Mengerna itu.
Maka Inderaputera pun memejamkan matanya dan bercitalah ia kepada Berma Sakti
itu. Maka setelah itu dibukanya matanya itu. Maka dilihatnya ia jatuh kepada suatu
padang yang maha luas. Maka dilihatnya pada tengah padang itu ada sepohon kayu
terlalu amat besar pohonnya itu. Maka fikir dalam hati Inderaputera, Pohon kayu
inikah yang dikatakan oleh Raja Dewa Lela Mengerna?
Maka dihampirinyalah oleh Inderaputera pohon kayu itu. Maka dilihatnya beberapa
tulang bertimbun-timbun. Maka Inderaputera pun berhentilah di bawah pohon kayu
itu. Maka seketika lagi angin pun bertiup lah lemah lembut sepui-sepui bahasa.
Maka' ia pun tengah hendak tidur. Maka teringatlah ia akan pesanan Raja Dewa Lela
Mengerna itu. Maka tiadalah jadi ia tidur. Kalakian maka raksaksa yang di dalam
lubang kayu itu pun keluarlah hendak makan Inderaputera itu. Maka Inderaputera
pun segera menghunus pedangnya hendak memarang kepada raksaksa itu.
Maka kata raksaksa itu, Hai orang muda janganlah engkau bunuh kan aku: Apa
kehendakmu itu aku berikan.
Maka ujar Inderaputera, Hai raksaksa apatah ada kepadamu itu?
Maka ujar raksaksa itu, Ada satu hikmat Bedi namanya. Jika orang muda hendak
masuk kayu atau ke dalam batu sekalipun beroleh juga.
Maka kata Inderaputera, Marilah beri hikmat itu supaya tiadaku bunuh engkau itu.
Maka raksaksa itu pun memberikan hikmat itu kepada Inderaputera Ialu diambilnya
dengan sukacitanya. Setelah sudah maka Inderaputera pun berjalanlah ke tengah
padang itu. Maka seketika lagi berbunyilah guruh kilat petir dan halilintar. Maka
tiba-tiba kelihatanlah cahaya yang amat gilang-gemilang lalu dihampiri oleh
Jnderaputera. Maka cahaya-cahaya itu pun bertambahlah jauhnya. Hatta maka
Jnderaputera pun mengusir cahaya itu. Maka cahaya itu pun bertambah juga jauhnya
itu. Maka Inderaputera pun lapar dengan dahaga.
Maka ujar Inderaputera, Ya tuanku Berma Sakti hambamu sangat lapar dan dahaga
hendak bertemu dengan tuanku.
157

127

Maka seketika lagi kilat cahaya itu pun terhenti. Maka dalam cahaya itu maka
kelihatanlah seorang orang itu. Maka ubannya pun terlalu putih. Seketika lagi
turunlah hujan air mawar. Maka tibatiba kelihatan pula seperti awan yang merah dan
angin pun bertiuplah. Maka awan itu pun belah menjadi seperti kasturi. Seketika lagi
berkilat-kilat pula seperti awan hijau. Maka awan itu pun belah menjadi hujan
narwastu. Maka Inderaputera pun hairan melihat kesaktian Berma Sakti itu.
Maka ujar Inderaputera, Ya tuanku Berma Sakti sempurnakanlah rahim hambamu.
Maka setelah itu adalah kedengarannya suara berbunyi. Setelah didengar oleh
Inderaputera bunyi itu terlalu hebat dan cahaya itu pun membesarkan dirinya serta
terpandang-padang itu gilang-gemilang cahayanya. Maka seketika lagi dilihat oleh
Inderaputera ghaibIah cahayanya itu. Maka tiba-tiba menjadilah suatu taman terlalu
indah-indahnya. Sebermula taman itu pagarnya daripada halembak dan bungabunganya daripada emas dan pintunya itu daripadanya gaharu. Maka Inderaputera
pun masuklah ke dalam taman itu. Maka dilihat oleh Inderaputera terlalulah luas dan
pasirnya itu daripada emas urai dan kayu-kayuannya itu daripada halembak dan
gaharu.
Syahadan maka diceterakan oleh orang yang empunya cetera ini tatkala itu Berma
Sakti sedang dihadap oleh segala muridnya. Maka ujar oleh Berma Sakti pada segala
muridnya itu, Hai tuan-tuan sekalian pergilah tuan-tuan mengalu-ngalukan
Inderaputera itu dan hormati oleh tuan-tuan sakalian akan dia kerana anak raja besar
bukan sebarang-barang. Segala anak raja-raja sekalian pun malu akan dia itu.
Setelah sudah Berma Sakti bertitah demikian maka segala anak raja itu pun pergilah
mengalu-alukan Inderaputera itu. Maka ditengah an jalan maka ia pun berkata sama
sendirinya anak raja-raja itu, Di mana gerangan yang bernama Inderaputera itu
kerana beberapa banyak anak raja-raja yang berguru kepada baginda itu tiada pernah
kita disuruhkan mengalu-alukan dia.
Setelah itu maka anak raja-raja itu pun berjalan lah. Hatta beberapa saat maka
bertemulah dengan Inderaputera. Maka segala anak raja-raja itu pun hairan melihat
rupa Inderaputera itu terlalu elok gilang-gemilang. Maka anak raja-raja itu pun
memberi hormat akan dia serta berjabat tangan.
158

128

Maka ujar anak raja-raja itu kepada Inderaputera, Segeralah tuan hamba
dipersilakan oleh baginda itu.
Maka ujar Inderaputera, Hai saudaraku seribu syukurlah hamba bertemu dengan
tuan-tuan sekalian.
Maka Inderaputera pun dibawanya naik ke atas balai itu. Maka Berma Sakti pun
menyingkap tirai kelambunya yang keemasan. Maka dilihat oleh Inderaputera
rupanya Berma Sakti terlalu amat bercahaya gilang-gemilang warnanya.
Maka ujarnya Berma Sakti, Hai anakku Inderaputera datanglah anakku.
Maka Inderaputera pun menyembah kepada Berma Sakti. Kalakian maka didudukkan
oleh baginda akan Inderaputera di atas bangku dan segala anak raja itu pun
mengadap. Maka sirih yang di tempat Berma Sakti itu pun diunjukkan kepada
Inderaputera. Maka disambut oleh Inderaputera seraya dijunjungkan. Maka lalu
dimakannya.
Setelah itu maka ujar Berma Sakti, Hai anakku Inderaputera duduklah anakku.
Beraturlah.
Maka segala anak raja-raja itu pun duduklah masing-masing.
Maka dilihat oleh Inderaputera hidangan pun hadirlah. Maka Inderaputera pun hairan
melihat hidangan itu.
Setelah itu maka ujar Berma Sakti, Hai anakku Inderaputera, apakah pekerjaan
anakku datang kemari?
Maka Inderaputera pun menyembah, Ya tuanku hambamu datang mengadap tuanku
ini disuruhkan oleh Raja Syahian minta ubat beranak kerana baginda itu terlalu sekali
hasrat hatinya hendak akan beranak. Itulah sebabnya patik datang dan jikalau kasihan
serta kurnia yang limpah akan baginda itu.
Maka Berma Sakti pun tersenyum menengar sembah Inderaputera itu. Maka ujar
Berma Sakti, Hai anakku terlalu kasihan aku akan disuruh oleh Raja Syahian kerana
bukan barang-barang pekerjaan anakku disuruhkannya itu. Jikalau tiada sebenarbenarnya di mana akan sampai kepadaku. Sebermula fikirku beberapa lagi banyak
fitnah akan datang kepadamu itu.
Maka sembah Inderaputera seraya berkata, Sungguhlah seperti titah tuanku itu tetapi
apatah daya upaya hamba kerana sudah berwaat
dengan Perdana Menteri
yang duduk peliharakan hambamu itu.
Maka Berma Sakti pun tersenyum menengar kata Inderaputera itu. Maka berkata
Derma Sakti, Sungguhlah engkau orang yang bijaksana dan engkau sangat
meneguhkan janjimu itu.
159

129

Setelah demikian hari pun malamlah dan beberapa kandil pelita tanglung terpasang
pelbagai rupanya itu. Maka berkata Berma Sakti, Hai anakku berhentilah dahulu
anakku.
Hatta seketika berkata maka Berma Sakti pun ghaiblah, Maka dilihatnya oleh
Inderaputera terlabuhlah segala tirai itu. Maka Inderaputera pun hairan akan Berma
Sakti itu. Kalakian ada pun adat Berrna Sakti itu pernama bulan sekali ia pergi mandi
pada tasik Bahrul Nahar dengan segala muridnya. Syahadan maka bermainmain pada
segenap pulau itu. Demikianlah adat nya baginda itu. Dan seketika lagi maka Berma
Sakti pun keluarlah duduk dihadap oleh segala muridnya itu.
Maka ujar Berma Sakti, Hai anakku Inderaputera mahukah anakku pada malam
kelak kita pergi bermain-main kepada tasik Bahrul Nahar itu?
Maka sembah Inderaputera, Ya tuanku kalau dengan titah tuanku hamba pun pergi
mengiringkan tuanku. Dan segala anak rajaraja itu pun tersenyum menengar kata
Inderaputera itu seraya berfikir di dalam hatinya, Bagaimana akalInderaputera
sampai ke tempat itu kerana bukan jalan yang dijalani.
Setelah itu maka Inderaputera pun melihat dengan ekor matanya kepada segala anak
raja-raja itu. Maka ia pun tunduk. Hatta maka Berma Sakti pun berkata, Hai
Inderaputera, yang kehendakmu itu pun ada pada tasik itu. Maka itulah kita ambil.
Maka sembah Inderaputera, Baiklah ya tuanku.
Setelah sudah maka kata Berma Sakti, akan segala anak raja-raja itu, Hai anakku
sekalian berlengkaplah kamu sekalian. Pada malam ini kita mandi bermain-main.
Setelah itu hari pun malamlah dan bulan pun terbitlah. Maka Berma Sakti pun
ghaiblah dengan segala anak raja-raja itu. Mereka pun memakai segala hikmat. Maka
ia berkata kepada Inderaputera, Marilah tuan kita pergi.
Maka segala anak raja-raja itu pun melayanglah. Maka Inderaputera pun memanah
ke udara. Maka anak panah itu pun menjadilah awan hitam. Maka Inderaputera pun
mengadang cahaya bulan itu. Seketika lagi guruh kilat halilintar dan petir pun
berbunyilah. Maka ribut taufan pun turunlah. Maka segala anak-anak raja-raja itu
tiada lagi berketahuan perginya. Pada perasaan anak raja-raja itu H~d~ lagi akan
hidupnya. Maka Inderaputera pun mencitakan Janggi Gerdana. Dengan seketika itu
juga Janggi Gerdana pun datanglah.
160

130

Maka Inderaputera pun naiklah ke atas Janggi Gerdana itu seraya berkata, Hai
Janggi Gerdana terbangkanlah aku ke pulau Makam Hairani itu.
Maka Inderaputera pun diterbangkanlah oleh kudanya itu. Setelah berapa lamanya
maka ia pun sampailah ke pulau Makam Hairani itu. Maka Inderaputera pun turun
dari atas kudanya itu. Maka ia pun bertemulah dengan Berma Sakti.
Maka Berma Sakti pun bertanya, Hai anakku mana segala rajaraja itu?
Maka jawab Inderaputera, Telah terdahulu ia daripada hamba ini.
Maka Berma Sakti pun tahulah akan segala anak raja-raja ada suatu khianat akan
Inderaputera itu. Maka dinanti-nanti oleh Berma Sakti dan Inderaputera tiada juga
anak raja-raja itu datang.
Maka kata Berma Sakti, Hai anakku tinggallah sekejap di sini.
Aku hendak naik ke atas pulau itu.
Maka sembah Inderaputera, Baiklah ya tuanku hamba pun hendak mendapatkan
saudara-saudara hamba di pulau itu.
Maka berkata Berma Sakti, Baiklah engkau pergi.
Maka Inderaputera pun pergilah berjalan ke hilir pulau itu. Maka dilihatnya oleh
Inderaputera akan pasirnya pulau itu daripada emas urai. Maka Inderaputera pun
berjalan seketika lagi. Maka dilihat oleh Inderaputera akan anak raja-raja itu pun
telah datanglah. Maka ia pun turunlah ke dalam tasik itu menjadikan dirinya naga.
Maka segala anak raja-raja itu pun hampirlah kepada tasik itu. Maka tasik itu pun
berombaklah. Maka naga itu pun timbullah mengangakan mulutnya. Maka segala
anak raja-raja itu pun dahsyat melihat seekor naga datang terlalu hebat. Maka
mukanya segala anak raja-raja itu pun pucat lesi. Maka segala anak raja-raja itu pun
lari lah ke hulu ke hilir tasik itu. Maka Inderaputera pun naik ke atas tasik.
Maka berkata Inderaputera, Hai Janggi Gerdana, pergilah engkau hambatkan pada
segala anak raja-raja itu.
Maka Janggi Gerdana pun pergilah seraya mengusirkan pada anak raja-raja itu. Maka
segala anak raja-raja itu pun larilah seraya berkata sama sendirinya, Dari mana
gerangan datangnya naga dan kuda ini tiada pernah kita melihat yang demikian.
Setelah itu maka Janggi Gerdana pun kembali kepada Inderaputera. Maka Inderaputera pun naiklah ke atas Janggi Gerdana. Maka digertakkannya melintas ke
hadapan segala anak raja-raja itu. Maka Berma Sakti
161

131

dan Inderaputera pun naiklah kepada puncak pulau itu. Setelah itu ia pun datang ke
hadapan Berma Sakti itu.
Maka Inderaputera pun menyembah seraya berkata, Ya tuanku, telah datanglah
segala anak raja-raja itu seketika lagi.
Maka anak raja-raja itu pun datanglah kepada Berma Sakti. Maka dilihatnya
Inderaputera duduk mengadap Berma Sakti itu. Maka segala anak raja itu pun hairan
melihat akan Inderaputera itu. Kalakian maka kata Berma Sakti, Hai tuan-tuan
sekalian, apa sebab tuantuan maka lambat datang ini.
Maka segala anak raja-raja itu pun menyembah seraya berkata daripada perihal
ahwalnya itu. Maka Berma Sakti itu pun tunduk. Maka Inderaputera pun tersenyum.
Hatta maka bedak yang bercampur langir itu pun teraturlah di hadapan Berma Sakti
dan segala anak raja-raja itu pun hadirlah masing-masing. Setelah demikian maka
Berma Sakti pun berlimaulah. Maka hujan air mawar pun turunlah. Maka Berma
Sakti pun mandi lah kepada hujan air mawar itu.
Setelah itu maka ujar Berma Sakti kepada Inderaputera dan segala anak raja-raja itu,
Mandilah semuanya.
Kalakian maka Berma Sakti pun ghaiblah. Maka Inderaputera pun berkata pada
sekalian anak raja-raja itu. Hai saudaraku, adakah tuan-tuan bertemu dengan orang
berkuda.
Maka sahut segala anak raja-raja itu seraya berpandang sama sendirinya. Pada
bicara hamba yang berkuda tadi itu Inderaputera gerangannya.
Arakian maka Inderaputera pun mengeluarkan suatu hikmat pula kepada anak panah.
Maka dipanahkannya kepada udara seraya turunlah air masin terlalu lebat. Maka
segala anak raja-raja itu pun kedinginan. Maka dilihat oleh mereka itu Inderaputera
tiada kena hujan.
Maka hairanlah segala yang melihat itu seraya berkata, Ya Tuanku Inderaputera
apatah halnya patik sekalian ini kedinginan.
Maka Inderaputera pun tersenyum. Maka seketika itu lagi hujan itu pun berhentilah.
Maka angin pun bertiuplah. Maka pakaian anak raja-raja itu pun keringlah. Maka
berkatalah Inderaputera, Mandilah hai saudaraku sekalian. Maka anak raja-raja itu
pun mandilah. Maka ujar Inderaputera pada segala anak raja-raja itu, Hai saudaraku
ke mana gerangan baginda itu.
Maka kata segala anak raja-raja itu, Ada pun baginda itu pergi ke atas mercu pulau
ini.
162

132

Maka ujar Inderaputera, Marilah kita ke sana.


Kalakian maka berjalanlah Inderaputera diiringkan oleh segala anak raja-raja itu.
Maka Inderaputera pun mengunjamkan anak panahnya ke bumi. Maka anak panah
itu pun menjadi tabuan dan anak raja-raja itu pun bertemulah dengan tabuan itu.
Syahadan jalan pun berubahlah dilihatnya oleh segala anak raja. raja itu. Maka ia pun
hairanlah seraya mencari jalan. Hatta maka Inderaputera pun sampailah kepada
puncak pulau itu. Maka dilihatnya suatu mahligai dan di dalam mahligai itu ada suatu
singgahsana. Maka dilihatnya oleh Inderaputera Berma Sakti di-atas singgahsana
bersalin kain. Empat orang perempuan menyampir segala pakaiannya itu dan dua
orang menghamparkan kerikal itu berisi baubauan dan dua orang mengipas akan
Berma Sakti itu. Maka Inderaputera pun hairan melihat kesaktian Berma Sakti itu.
Arakian maka segala anak raja-raja itu pun berseru-seru akan Inderaputera. Maka
terdengarlah kepada Berma Sakti suara itu. Maka seketika lagi anak raja-raja itu pun
datanglah. Maka Inderaputera pun dibawa oleh Berma Sakti ke atas puncak mahligai
itu. Maka dilihat oleh Inderaputera terlalu indah-indah sekalian dipandangnya oleh
Inderaputera dan di atas pulau itu ada sebuah kolam. Syahadan adalah pada kolam itu
beberapa buah- buahan berbagai adanya.
Maka ujar Berma Sakti, Hai anakku turunlah anakku ke dalam kolam itu. Maka
ambillah olehmu bunga tanjung putih itu.
Maka Inderaputera segera turunlah ke dalam kolam itu.
Maka diambilnya bunga tanjung itu. Maka dipatahkannya. Maka dibawanya kepada
Berma Sakti. Maka kata Berma Sakti, Hai anakku taruhlah bunga itu baik-baik.
Setelah sudah maka Berma Sakti pun kembalilah daripada pulau itu dengan segala
anak raja-raja itu. Setelah sampailah ke tempatnya maka anak raja-raja itu pun
duduklah mengadap Berma Sakti. Adapun lamanya Inderaputera duduk dengan
Berma Sakti itu adalah kira-kira empat puluh hari empat puluh malam akan lamanya.
Maka beberapa hikmat diperolehnya akan Inderaputera daripada Berma Sakti itu.
Arakian kepada suatu malam maka Inderaputera pun tercinta akan isterinya. Maka ia
pun turunlah pada tengah malam itu, Maka dicarinya jalan tempatnya yang sunyi.
Maka ditambangkan hikmat itu. Maka jadilah sebuah mahligai. Maka Inderaputera
pun naiklah ke atas mahligai itu lalu diambilnya cembul mutiara itu dikeluarkannya
163

133

isteri yang ketiga itu. Maka Inderaputera pun bersenda-senda gurau dengan isterinya
itu.
Maka di dalam anak raja-raja yang banyak itu ada dua orang berjaga. Maka ia
melihat Inderaputera pergi itu. Maka kata yang seorang itu, Mari kita pergi lihat
betapa peri nya baginda itu.
Setelah itu maka anak raja kedua itu pun pergilah ia perlahanlahan menurut akan
Inderaputerai tu. Kalakian maka ia pun melihat sebuah mahligai terlalu indah-indah
rupanya. Syahadan maka ia lihat Inderaputera itu duduk bergurau dengan tiga orang
perempuan terlalu amat elok parasnya perempuan itu. Maka kedua anak raja itu pun
hairan.
Maka berkatalah ia sama sendirinya, Beberapa lama sudah kita khidmat akan
kepada Berma Sakti tiada juga kita peroleh seperti Inderaputera i tu.
Setelah itu hari pun hampirlah siang. Maka anak raja-raja itu pun kembalilah kepada
tempatnya. Setelah itu hari pun sianglah. Maka Inderaputera pun memasukkan
isterinya yang ketiga itu ke dalam cembul mutiara itu. Maka ia pun naiklah ke balai
itu perlahan-lahan lalu tidur. Setelah itu hari pun sianglah. Maka akan segala anak
rajaraja itu pun duduklah mengadap Berma Sakti.
Maka kata Berma Sakti, Hai anakku Inderaputera adakah anakku mau pergi
bermain-main ke Padang Puspa Ratna Cahaya itu? Maka Inderaputera pun
menyembah kepada Berma Sakti, Maka mau patik ya tuanku pergi bermain-main
dengan tuanku ke sana.
Syahadan maka Berma Sakti dan Inderaputera dan segala anak raja-raja itu pun ke
Padang Puspa Ratna Cahaya itu. Setelah itu maka sampailah ia sekalian ke sana.
Maka dilihatnya oleh Inderaputera akan padang itu terlalu amat luas dan indah-indah
rupanya. Seketika lagi maka kelihatan suatu singgahsana datangnya dari atas udara
terletak pada padang itu. Maka hamparan nya daripada sakhlat dan baldu. Maka
Berma Sakti pun duduklah pada singgahsana itu. Maka keluarlah hidangan makanan.
Maka segala anak raja-raja itu pun makanlah segala nikmat itu.
Setelah sudahnya makan maka ujar Berrna Sakti, Hai anakku Inderaputera mau kah
anakku melihat suatu permainan.
Maka sembah Inderaputera, Baiklah ya tuanku.
Maka seketika lagi keluarlah sebilah pedang dari dalam tirai itu. Maka pedang itu
pun memarang akan dirinya. Maka diparangnya pula kepada anak raja itu seorang
mati terpenggal tubuhnya diparangkan oleh pedang itu. Setelah demikian maka
pedang itu pun
164

134

ghaiblah. Maka disuruh oleh Berma Sakti pertemukan kepada Inderaputera tubuh
anak raja itu.
Maka ujarnya Berma Sakti, Hai anakku Inderaputera maka hidupkan olehmu segala
anak raja-raja itu. Kerana fikiranku ada juga anakku menaruh gemala hikmat.
Maka Inderaputera pun menyembah seraya berkata, Baiklah tuanku.
Maka Inderaputera pun mengeluarkan Bedi Zahar. Maka ditambangkannya kepada
tubuh segala anak raja-raja itu. Maka segala anak raja-raja itu pun hiduplah pula.
Maka segala murid Berma Sakti itu pun hairan melihat laku Inderaputera itu. Maka
keluar pedang itu pula. Maka dicincangnya tubuh segala anak raja-raja yang keempat
orang itu luluh lantuk. Seketika lagi maka ghaibIah pedang itu.
Maka kata Berma Sakti, Hai anakku Inderaputera hidupkan pula olehmu anak rajaraja itu.
Kalakian maka Inderaputera pun merendamkan Bedi Zahar di dalam air mawar.
Maka disiramkannya kepada tubuh segala anak raja. Anak raja itu pun hidup pula.
Seketika lagi maka keluarlah pula pedang itu memenggal segala tubuh anak-anak
raja-raja. Itu pun seperti batang keladi berpelantingan.
Maka ujar Berma Sakti, Hai anakku Inderaputera hidupkan olehmu segala anak
raja-raja itu.
Maka sembah Inderaputera, Ya tuanku, yang demikian ini tiadalah hamba tahu.
Syahadan maka ditambangkan oleh Berma Sakti suatu geliga.
Maka segala tubuh anak raja-raja itu pun hiduplah. Setelah sudah demikian itu maka
Berma Sakti itu pun kembalilah kepada istananya itu. Setelah keesokan harinya maka
ujar oleh Berma Sakti kepada Inderaputera, Hai anakku apa kehendak hatimu lagi
kepadaku?
Maka sembahnya, Ya tuanku, mana yang hendak di anugerah oleh tuanku maka
itulah patik junjungkan ke atas jemalanya patik. Maka Berma Sakti pun ajarlah
segala hikmatnya kepada Inderaputera. Maka Inderaputera pun belajarlah kepada
Berma Sakti itu. Maka habislah diperoleh Inderaputera.
Setelah itu maka pada suatu hari Inderaputera duduk mengadap Berma Sakti. Maka
sembah Inderaputera, Ya tuanku, betapa peri bunga tanjung putih itu?
Maka ujar Berma Sakti Hai anakku ada pun bunga itu berikan kepada Raja Syahian
suruh ia sayur. Setelah sudah masak maka
165

135

Anakku suruh Raja Syahian makan bunga itu. Syahadan jika bunga itu layu nescaya
kena racun. Maka diberi pula oleh Berma Sakti suatu hikmat. Bubuhkan nescaya
tawarlah racun itu. Maka dapatlah berputera.
Maka Inderaputera pun bermohonlah kepada Berma Sakti. Maka Berma Sakti pun
memeluk mencium Inderaputera itu. Maka Inderaputera pun berjabat tangan dengan
segala anak raja-raja. Maka ujar Berma Sakti, Hai anakku tuan pejamkan matamu
dan citalah barang yang engkau kehendaki nescaya sampailah kepada tempat itu.
Syahadan maka Inderaputera pun mengikut seperti pesan Berma 'Sakti itu. Maka
dipejamkan matanya. Maka dicitalah kebun nenek kebayan. Setelah ia membuka
matanya itu seraya dilihat dirinya itu di dalam kebun. Maka di lihat nya kebun nenek
kebayang itu pun habislah sudah menjadi hutan dan dilihatnya nenek kebayan tengah
duduk menangis.
Maka berkatalah Inderaputera, Hai nenekku bukalah pintu ini. Maka ujar nenek
kebayan, Siapa memanggil aku kerana aku tiada beranak cucu. Ada pun cucuku
Inderaputera telah lama sudah ia pergi disuruh oleh Maharaja Syahian kepada Berma
Sakti. Maka sampai sekarang ini segenap hutan tiada berketahuan khabarnya.'
Maka ujarnya Inderaputera, Hai nenekku, akulah Inderaputera yang datang daripada
Berma Sakti.
Maka dilihat oleh nenek kebayan sungguh cucunya. Maka ia pun sukacitalah hatinya.
Kalakian maka dibukakannyalah pintu itu seraya dipeluknya dan diciumnya. Setelah
itu maka Inderaputera pun mandilah berlimau dan bersalin.
Maka ujar nenek kebayan, Hai cucuku, aku sangka tiadalah datang cucuku lagi.
Maka Inderaputera pun tersenyum seraya berkata, Hai nenekku adakah hidup lagi
Perdana Menteri itu?
Maka ujar nenek kebayan, Ada lagi hai cucuku.
Setelah itu lalu ia pun bermohon kepada nenek kebayan lalu berjalan menuju pergi ke
rumah Perdana Menteri. Maka orang di dalam . negeri itu pun hairan tercengangcengang melihat rupa Inderaputera 'itu lalu ia pun sampailah kepada Perdana
Menteri. Maka dilihat oleh Perdana Menteri Inderaputeralah yang datang itu, maka
Perdana Menteri pun segeralah turun daripada kerusinya seraya menegur
Inderaputera lalu dipeluk dan diciumnya oleh Perdana Menteri lalu dibawanya naik
ke atas balai nya.
166

136

Maka berkatalah Perdana Menteri, Hai anakku dan buah hatiku. Adakah anakku
dapat seperti perjanjian anakku dengan yang dipertuan itu?
Maka sahut Inderaputera, Adalah yang tuanku akan seperti maksud baginda i tu.
Maka Inderaputera pun dibawanya oleh Perdana Menteri ke rumahnya supaya
dibedak dan di langirnya. Maka Inderaputera pun makan dengan Perdana Menteri
sehidangan. Setelah sudah makan maka diwartakan lah Inderaputera itu. Setelah
datang kepada Raja Syahian maka Syahian pun keluarlah duduk semayam dihadap
oleh segala menteri dan hulubalang serta dengan rakyat sekalian. Setelah itu maka
Inderaputera pun dibawa oleh Perdana Menteri mengadap Raja Syahian. Setelah
dilihat oleh Raja Syahian Inderaputera datang dibawa oleh Perdana Menteri itu maka
baginda pun segeralah mendapatkan Inderaputera.
Maka Inderaputera pun menyembah kepada Raja Syahian. Maka segeralah dipeluk
diciumnya oleh baginda seraya bertitah kepada Inderaputera, Hai anakku
Inderaputera, bolehkah seperti hasrat hamba itu?
Maka sembah Inderaputera, Boleh tuanku seperti hasrat tuanku itu. Syahadan maka
bunga tanjung putih itu pun dipersembahkan oleh Inderaputera seraya berdatang
sembah, Ya tuanku Syah Alam, bahawa bunga tanjung itu disayur oleh Syah Alam.
Setelah sudah makan hendaklah Syah Alam beritahu patik dahulu bagaimana duli
Syah Alam santap.
Kalakian maka dilihat oleh Raja Syahian dan segala menteri-menteri sungguhlah
seperti pepatah segala orang tua-tua dahulukala kerana bunga tanjung itu tiada layu.
Setelah itu maka Inderaputera pun mempersembahkan sebilah pedang. Setelah dilihat
oleh Maharaja Syahian pedang itu terlalu ajaib-ajaib perbuatannya. Maka
Inderaputera pun menyembah serta berkara, Ya tuanku, patik peroleh pedang ini
daripada raksaksa.
Maka baginda pun terlalu sukacita hatinya seraya memberi titaht Hai Inderaputera
pada hari ini tuan hamba ku jadikan penghulu bentara dan tanggunglah oleh tuan
hamba pedang ini.
Maka Inderaputera pun menyembah kepada Maharaja Syahian serta beberapa pujipujian akan Inderaputera. Maka Inderaputera pun menyembah pada Raja Syahian.
Maka baginda pun sukacitalah hatinya. Setelah itu maka hidangan pun diangkat
oranglah ke hadap167

137

an majlis itu. Maka mereka itu pun makanlah. Setelah sudah maka hari pun malam.
Maka baginda pun kembali ke istananya.
Maka setelah pagi-pagi hari maka segala menteri-menteri raja itu pun mesyuaratlah
samanya menteri. Maka kata seorang, Apa bicara kita sekalian ini kerana
Inderaputera ini makin lama kelak ia jadi raja besar.
Maka ujarnya seorang lagi pula, Maka baiklah kita beri racun kepada juru masak
yang dipertuan itu. Supaya dicampurkannya dengan sayur bunga tanjung itu. Maka
disuruhnya bawa seribu dinar. Demikianlah kata segala menteri itu. Baiklah kita
upah kan kepada juru masak itu. Maka dinar itu pun diberikannya kepadanya.
Arakian maka pergilah seorang hambanya menteri yang dengki itu kepada juru
masak itu serta dikeluarkannya seribu dinar itu berikan kepada juru masak itu.
Setelah dilihatnya oleh juru masak dinar yang seribu itu, maka ia pun tersenyumsenyum suka hatinya. Maka segeralah ia mengambil akan dinar seribu itu. Maka juru
masak pun segeralah diambilnya racun pada tangan hamba menteri dengki itu. Maka
lalu dimasukkannya racun ke dalam sayur bunga tanjung itu. Setelah itu maka sayur
bunga tanjung itu pun diberikannya olehjuru masak itu pada tangan dayang. Maka
dayang itu pun membawalah dipersembahkan kepada baginda.
Syahadan maka Raja Syah ian pun keluarlah duduk semayam dihadap oleh segala
raja-raja dan menteri hulubalang rakyat sekalian. Kalakian maka Inderaputera pun
disuruh panggil oleh baginda. Maka Inderaputera pun datanglah. Maka disuruh oleh
baginda duduk. .Setelah sudah maka sayur itu pun dibawa oranglah ke hadapan baginda, Setelah sudah hadir dihadapan baginda maka berkatalah seorang menteri, Ya
tuanku Syah Alam, baik juga oleh tuanku suruh cuba dahulu kepada Inderaputera.
Maka titah baginda, Hai Inderaputera, cubalah sayur ini. Maka Inderaputera pun
ingatlah pesanan Berma Sakti. Maka dilihatnya bunga tanjung itu sudah layu. Maka
diketahuinyalah bunga itu sudah kena racun. Maka Inderaputera pun tersenyum
memandang pada menteri dengki itu kesemuanya seraya dibubuhnya geliga. Maka
diperbuatnya seperti petua Berma Sakti itu. Maka dicuba oleh Inderaputera makan
sayur itu. Suatu pun tiada memberi bahaya kepadanya itu. Maka segala menteri yang
dengki itu pun pucatlah mukanya semuanya itu. Maka Inderaputera pun tersenyum
melihat akan budinya itu. Syahadan maka Raja Syahian pun melihat
168

138

tiada mengapa akan Inderaputera itu. Maka baginda pun santaplah sayur itu dan
setengah maka diberikannya kepada isterinya. Setelah sudah santap lagi maka
baginda pun memberi anugerah akan Inderaputera pakaian yang indah-indah. Maka
baginda pun kembalilah masuk ke istananya. Maka segala menteri pun banyaklah
menaruh rosak hati akan Inderaputera itu.
Arakian beberapa lamanya kira-kira adalah dua bulan lamanya maka isteri baginda
pun hamillah. Setelah dilihat oleh baginda isterinya hamil itu maka baiginda pun
terlalu sukacitalah. Setelah itu maka baginda pun memanggil akan segala menteri
hulubalang dan rakyat sekalian ke pengadapan. Setelah hadir sekalian mereka itu
maka baginda pun memakai pakaian alat kerajaan lalu keluarlah duduk di atas takhta
singgahsana. Maka dihadap oleh segala mereka itu seraya baginda memberi titah
kepada empat orang menteri dan serta empat puluh hulubalang dengan alat
senjatanya akan pergi menyambut Inderaputera dan Perdana Menteri.
Setelah lengkap lalu berjalan segala mereka itu dengan bunyibunyian terlalu azmat.
Maka orang menuntun memegang tangan anak isterinya sangatlah banyak hendak
lari riuh-rendah terlalu ramai disangkannya musuh masuk ke negeri. Maka setelah
sampai ke rumah Perdana Menteri maka Perdana Menteri pun terkejut menengar
segala bunyi-bunyian dan melihat orang banyak seperti angkatan perang rupanya
masuk di dalam istananya. Setelah itu lalu Perdana Menteri pun keluar seraya
disuruhnya duduk. Setelah sudah duduk menteri keempat itu pun mengkhabarkan
pada Perdana Menteri itu, Ada pun patik ini datang mendapatkan tuanku dititahkan
oleh paduka duli Syah Alam mempersilakan tuan hamba serta Inderaputera pada
waktu inilah juga.
Maka Perdana Menteri pun memanggilInderaputera. Seketika lagi lalu diberikannya
pakaian Inderaputera. Setelah itu lalu berjalanlah keluar diiringkan segala mereka itu.
Dan setelah sampailah kepada istana baginda lalu masuk duduk di atas takhta
kerajaan.
Ada pun Perdana Menteri dan Inderaputera didudukkan di kiri baginda keduanya.
Setelah sudah maka baginda pun memberi warta kepada segala mereka itu demikian
katanya, Hai tuan-tuan sekalian dengarkan lah kita memberi pangkat kepada
Inderaputera kerana ia orang berbahagia. Pada hari inilah Inderaputera aku jadikan
penghulu bendahari dan segala anak kunciku ini semuanya ku serahkan pada
Inderaputera.
169

139

Setelah itu maka sekalian orang itu pun memberi hormat padanya . Maka baginda
pun turun dari atas singgahsana lalu masuk ke istananya. Maka sekalian mereka itu
pun pulang masing-masing ke rumahnya. Adapun lnderaputera tinggallah ia di dalam
istananya baginda memegang kunci. Maka segala mereka itu pun bertambah-tambah
datang dengki khianat kepada Inderaputera sehari-hari mencari muslihat akan
Inderaputera itu juga.
170

140

BAB XII
PUTERI MENGINDERA SERI BULAN
Al-kisah peri mengatakan tatkala Inderaputera beroleh kain sutera diberi oleh dewa
Langkurba, dan peri mengatakan tatkala Inderaputera berjalan dalam laut sebulan
lamanya dan peri mengatakan tatkala anak Maharaja Syahian diubati oleh Indera
putera.
Adapun tatkala dayang-dayang itu bermasak sayur bunga tanjung putih itu setelah
sudah dicubanya oleh dayang-dayang itu beberapa lamanya maka hamillah pula.
Maka dayang-dayang itu pun berkata sama sendirinya, Apa sebab hamba ini
hamil?
Maka terdengarlah kepada seorang laki-laki. Maka katanya. Pada bicara beta sebab
memakan sayur bayam gerangannya.
Maka tatkala itu menteri yang berdendam kan Inderaputera itu pun adadi bawah
istana itu menengar kata dayang-dayang itu. Setelah demikian maka menteri pun
segeralah kembali dengan sukacita. Pada fikirannya, Baharui ah aku mendapat jalan
membencanakan Inderaputera.
Maka ia pun datanglah kepada menteri sekalian. Maka katanya, Dua orang dayang
bunting di dalam istana raja, tiada berketahuan lakinya.
Maka segala menteri itu pun masuklah mengadap baginda lalu sujud menyembah
baginda. Maka ujar baginda. Hai menteri, apakah persetua mengadap datang ini?
Maka sembah mereka itu, Ya tuanku Syah Alam bukankah benar seperti sembah
patik dahulu itu? Orang yang derhaka itu tiadalah patut kita taruh di dalam istana.
Maka titah baginda, Hai menteriku apakah ada kamu dengar di dalam istana ini ?
Maka sembah segala menteri itu, Ya tuanku Syah Alam sekarang ini Inderaputera itu
berbuat jahat dengan dua orang dayang, telah bunting dalam istana tuanku itu.
171

141

Kalakian maka disiasat oleh baginda dengan marahnya sebab menengar kata menteri
itu. Setelah demikian maka baginda pun menyuruh menghimpunkan segala menteri
yang tahu akan pekerjaan Inderaputera. Kemudian baginda menghimpunkan segala
dayangdayang. Setelah itu berkampunglah dayang-dayang itu dilihatnya oleh baginda
sungguh dayang-dayang ada hamil dua orang.
Maka titah baginda, Hai kamu sekalian menteriku apa hukumnya orang yang
berbuat pekerjaan yang demikian ini?
Maka sembah menteri itu, Ya tuanku Syah Alam bahawa orang yang berbuat
demikian itu hukumnya dibuangkan ke dalam laut hukumnya itu.
Maka titah baginda, Jikalau demikian engkau sekalian kerjakanlah seperti yang
demikian itu.
Arakian maka menteri itu pun berjalanlah keluar duduk akan mesyuarat. Maka ujar
segala menteri itu akan seorang, Pergilah panggil olehmu Inderaputera itu katakan
kepada ia titah duli yang dipertuan. Dan menteri itu pun pergilah kepada
Inderaputera dikatakannya seperti kata-kata itu.
Maka Inderaputera pun datanglah. Syahadan maka Inderaputera pun bertemulah
kepada menteri itu. Maka ia pun hendak masuk ke dalam istana. Maka kata segala
menteri itu, Marilah tuan hamba di sini kerana kita hendak mesyuarat.
Setelah itu maka Inderaputera pun berhentilah duduk di balai tu.
Maka ujar segala menteri, Hai Inderaputera, putuslah sudah mesyuarat titah duli
Syah Alam dari hal aku akan disuruh membuang akan engkau ke dalam laut, Kalaukalau ada juga khilaf engkau itu.
Syahadan setelah Inderaputera menengar kata menteri demikian maka Inderaputera
pun tersenyum seraya berkata, Apatah salahnya kehendak tuan hamba-apa sekalian
itu berlaku kepada hamba.
Maka ujar segala menteri itu, Marilah tuan hamba dibuangkan ke dalam laut.
Setelah demikian itu rakit pun sudahlah hadir dan Inderaputera pun ditaruh oranglah
di atas rakit itu serta dengan dayang-dayang dua orang itu pun bersama-sama. Maka
dihanyutkan oranglah ke dalam laut itu. Hatta maka terdengarlah kepada Perdana
Menteri akan halInderaputera dibuangkan ke laut itu. Maka Perdana Menteri pun
segeralah pergi mengadap Raja Syahian. Maka bertemulah dengan segala menteri di
tengah jalan.
Maka bertanyalah segala menteri itu katanya, Ke mana tuan hamba ini?
172

142

Maka jawab Perdana Menteri, Hamba hendak mengadap baginda apalah sebabnya
Inderaputera itu maka dibuangkan ia ke dalam laut.
Maka berkatalah segala menteri itu. Bagaimana tiada dibuangkan oleh baginda
kerana ia berbuat jahat di dalam istana duli Syah Alam itu. Jikalau tuan hamba
berdatang sembah niscaya derhakalah tuan hamba pun ke bawah duli Syah Alam
kerana pekerjaan Inderaputera itu terlalu salah sekali.
Setelah Perdana Menteri menengar kata segala menteri itu maka ia berdiam dirinya
lalu ia pun kembali ke rumahnya seraya menangis dengan masyghulnya akan
Inderaputera itu adanya.
Setelah beberapa lamanya sudah Inderaputera dibuangkan ke dalam laut itu maka
isteri Raja Syahian pun hamillah sudah adalah kira-kira sembilan bulan dan sembilan
hari. Maka tuan puteri pun sakitlah pada waktu dinihari. Maka margastua pun belum
mencari mangsanya. Maka tuan puteri pun berputeralah seorang perempuan terlalu
elok rupanya seperti bulan di pagarnya oleh bintang dan kepada empat belas
haribulan jadinya demikianlah parasnya. Maka 1 baginda pun menyuruh akan
memalu segala bunyi-bunyian bagaimana adat raja-raja beroleh putera. Setelah
demikian maka baginda pun menamai Juan Puteri Mengindera Seri Bulan. Maka
baginda pun terlalu sukacitanya.
Hatta beberapa lamanya tuan puteri pun demikian besar panjang dengan ditolong
Tuhan Yang Mahabesar. Maka terdengarlah wartanya itu kepada segala anak raja-raja
bahawa baginda itu ada berputera seorang perempuan terlalu amat elok parasnya itu
gilang-' gemilang. Maka segala anak raja-raja itu pun datanglah sekaliannya
mengadap pada baginda serta berdatang sembah kepada baginda demikian katanya,
Ya tuanku Syah Alam. Maka patik hamba sekalian ini minta Syah Alam
diperhambakan ke bawah duli Syah Alam.
Maka titah baginda, Baiklah mana-mana untung tuan-tuan masing-masing ini
kerana anak hamba itu kanak-kanak lagi.
Adapun banyaknya anak raja-raja itu kurang esa empat puluh yang datang meminang
Tuan Puteri Mengindera Seri Bulan. Maka segala anak raja-raja itu pun duduklah di
dalam negeri baginda itu.
AI-kisah maka tersebutlah perkataan Inderaputera dibuangkan ke laut itu maka rakit
itu pun pecahlah. Maka Inderaputera pun bertemulah dengan sebuah negeri, kotanya
itu daripada batu hitam. Maka Inderaputera pun masuklah ke dalam negeri itu lalu
naik ke
173

143

atasnya rumah. Maka dilihatnya perkakas rumah itu sekalian lengkap. Maka
Inderaputera pun berjalan pula. Maka dilihatnya ada sebuah mahligai. Maka
Inderaputera pun naik ke atas mahligai itu. Maka dilihatnya di dalam mahligai itu ada
seorang tua rambutnya itu seperti kapas dibusar dan tubuhnya itu berlipat-lipat dan
pelupuk- matanya itu terjuntai. Maka ia pun duduk memegang akan tungkatnya.
Setelah dilihatnya oleh Inderaputera maka lalu ia pun bertanya, Hai nenekku siapa
nama nenekku dan apa nama negeri ini?
Setelah orang tua itu menengar suara orang itu bertanya ia maka ia pun mengambil
tongkatnya. Maka di tongkatnya pada pelupuk matanya itu. Maka dilihatnya seorang
laki-laki terlalu elok rupa parasnya seraya berkata, Hai cucuku, akulah yang
bernama Dewa Raja Langkurba nenek Tuan Puteri Seri Ratna Gemala Nehran. Maka
cucuku ini datang dari mana dan siapa nama cucuku ini?
Maka kata Inderaputera seraya menyembah, Ya tuanku hambalah yang bernama
Inderaputera anak Maharaja Bikrama Buspa, Adapun Tuan Puteri Seri Ratna Gemala
Nehran itu pun menjadi saudaralah kepada hamba.
Maka berkata Raja Dewa Langkurba, Wahai jikalau sungguhsungguh cucuku
bertemu dengan cucu hamba itu seribu syukur kepada hamba. Maka Inderaputera
pun berceterakan segala perihalahwalnya tatkala ia bertemu dengan Tuan Puteri Seri
Ratna Gemala Nehran itu. Syahadan maka Raja Dewa Langkurba pun terlalu sukacita hatinya sebab menengarkan cetera Inderaputera itu.
Hatta maka hari pun malamlah. Maka segala jin peri pun yang datang berhimpun ke
dalam negeri rnereka itu masing-masing pulang ke rumahnya. Maka jadi ramailah
negeri itu. Setelah yang demikian itu maka Inderaputera pun mengeluarkan cembul
gemala itu di tambangkannya. Maka keluarlah sebuah mahligai dengan segala kelengkapan. Maka pengawal jin yang keempat orang itu pun dibawa oleh Inderaputera
pergi mengadap baginda Raja Dewa Langkurba itu. Maka dilihatnya pengawal jin itu
datang menyembah kepadanya. Maka ujarnya Raja Dewa Langkurba, Apa sebab
engkau ke mari ini?
Maka sembahnya pengawal jin yang keempat itu, Patik sekalian ini telah diberikan
oleh paduka cucunda itu kepada anak raja ini.
Maka ujarnya Raja Dewa Langkurba, Baiklah engkau sekalian duduk kepada
Inderaputera ini kerana cucuku itu sudah bersaudara dengan dia adanya,
174

144

Arakian maka segala jin dewa peri itu pun datanglah mengadap Raja Dewa
Langkurba berbagai-bagai perkataannya dipersembahkannya kepada Raja Dewa
Langkurba. Maka segala dewa-dewa itu pun hairan melihat rupanya Inderaputera a
itu. Maka kata Raja Dewa Langkurba, Hai sekalian kamu, adap n kamu mengadap
Jnderaputera itu samalah bagi kamu mengadap cucuku itu Puteri Seri Ratna Gemala
itu. Maka janganlah amu sekalian lainkan.
Setelah beberapa lamanya Inderaputera diam di dalam negeri Raja Dewa Langkurba
maka beberapa ia melihat temasya yang indahindah. Setelah itu maka Inderaputera
pun bermohonlah kepada baginda itu. Maka ujarnya baginda, Hai cucuku
Inderaputera. Maka inilah kain sehelai. Adapun kain sutera puri 1 namanya, halus
seperti embun. Aku berikan kepada mu tanda tulus kasihan aku akan cucuku. Adapun
kain ini jikalau ada orang sakit, jikalau pecah-pecah tbuhnya sekalipun, jikalau
engaku tudungkan kepadanya dan engkau siramkan dengan air mawar yang baik
nescaya afiatlah ia.
Arakian maka kain itu diambilnya oleh Jnderaputera dengan sukacitanya. Maka
Inderaputera pun menyembah kepada baginda seraya keluar dari dalam negeri itu.
Maka ia pun berjalan di dalam laut dan beberapa lamanya serta ia melihat berbagaibagai ragam yang indahindah itu. Setelah itu beberapa lamanya Inderaputera berjalan
maka ia pun sampailah kepada sebuah negeri hampir negeri Raja Syahian. Maka
Inderaputera pun berjalan menuju negeri itu.
Sebermula diceterakan oleh orang yang empunya cetera ini, setelah genaplah usianya
Tuan Puteri Mengindera Seri Bulan itu kepada dua belas tahun maka tuan puteri itu
pun sakit lah terlalu sangat seperti akan hancurlah segala tubuhnya itu, sehingga
sebelum ajalnya juga lagi. Maka segala isi negeri pun terlalu dukacitanya. Maka Raja
Syahian pun menyuruh orang pergi kepada segala negeri mencari ubat. Maka
beberapa tabib dan tukang ubat tiada juga sembuhnya itu. Makin bertambah-tambah
sangat sakitnya. Maka ayah bondanya pun terlalu masghul hati dengan air matanya.
Syahadan maka baginda memberi titah demikian bunyinya, Hai menteriku, suruh
kan olehmu memalukan mongmongan berjalan di dalam negeri kita ini. Demikian
kau katakan : barang siapa dapat mengubati tuan puteri itu jikalau hina sekalipun
bangsanya aku ambil akan menantu padanya.
_______________
l

Pada bahagian permulaan hikayat ini disebut: sutera rambuti.


175

145

Maka orang itu pun pergilah memalu mongmongan itu demikian seperti titah baginda
itu dikatakan dengan berseru-seru. Seorang pun tiada menyahut kata orang yang
memalu akan mongmongan itu. Kalakian maka Inderaputera pun datanglah kembali
ke rumah nenek kebayan. Maka disuruhnya buka pintu. Maka ujar nenek kebayan,
Siapa pula memanggil aku itu kerana aku tiada bercucuku lagi. Adapun cucuku itu
sudah dibuangkan ke laut oleh Raja Syahian. Inderaputera namanya.
Maka kata Inderaputera, Hai nenekku akulah Inderaputera. Syahadan demi
didengar oleh nenek kebayan nama Inderaputera itu, maka ia pun segera l ah
dibukakannya pintunya itu. Maka kata nenek kebayan, Hai cucuku bukankah sudah
cucuku dibuangkan ke laut? Bagaimanakah cucuku boleh sampai ke mari ini pula?
Maka ujar oleh Inderaputera, Wahai nenekku, dengan bebesaran Tuhan Yang
Mahabesar atas hambanya, maka hamba sampai ke mari ini. Maka boleh hamba
bertemu dengan nenekku kerana sebab hamba benar.
Maka setelah itu Inderaputera pun pergilah mandi berlimau. Setelah sudah maka
bersalinlah kain basahan lalu diberi makan oleh nenek kebayan. Setelah sudah makan
maka nenek kebayan pun berkata. Hai cucuku, isteri Raja Syahian sudah berputera
seorang perempuan terlalu elok parasnya. Maka beberapa anak raja di dalam negeri
lain-lain datang meminang tuan puteri itu duduk di sana. Hatta beberapa lamanya
maka tuan puteri pun sakit terlalu sangat.
Maka ujar nenek kebayan itu, Hai cucuku, duduklah di dalam rumah tinggal kita ini.
Duduk baik-baik, janganlah cucu ku ke sana ke mari kerana banyak orang duduk
sakit hati kepada cucuku.
Maka Inderaputera pun menengar kata nenek kebayan. Setelah seketika lagi maka
orang yang memalu mongmongan itu pun datanglah berseru-seru mengatakan barang
siapa dapat mengubati Tuan Puteri Mengindera Seri Bulan itu menjadi sembuh
olehnya maka diberikan padanya akan menjadi isterinya. Demikianlah titah baginda.
Maka Inderaputera pun menengar kata orang yang memalu canang itu. Maka ia pun
keluarlah bertanya, Hai memanda, apakah sebabnya memukul mongmongan ini?
Maka ujar orang itu, Hai orang muda, tiadakah engkau tahu selama-lamanya ini
tuan puteri itu sakit? Maka beberapa ubat tiada juga sembuh dan beberapa sudah
tabib yang mengubati ia. Demikian juga sakitnya itu.
176

146

Setelah itu maka berkata Inderaputera, Hai memanda, katakanlah kepada Paduka
Duli Syah Alam, ada seorang gharib bercakapkan mengubati tuan puteri itu.
Maka ujar orang yang memalu mongmongan itu, Baiklah tuan hamba. Dan ia pun
kembali kepada Perdana Menteri itu.
Setelah itu ia pun datanglah ke hadapan Perdana Menteri seraya mengatakan
perkataan Inderaputera itu. Setelah didengar oleh Inderaputera itu kata orang yang
memalu mongmongan itu, maka Perdana Menteri pun segera menyuruh memanggil
dengan empat orang disuruhnya pergi panggilInderaputera itu serta dengan orang
yang memalu mongmongan itu menjadi lima orang. Arakian maka berjalanlah lima
orang itu. Setelah sampai ke rumah Inderaputera maka ujarnya, Tuanku sekarang
dipersilakan oleh Perdana Menteri itu.
Maka Inderaputera pun berjalanlah bersama-sama dengan orang itu pergi ke rumah
Perdana Menteri. Setelah orang yang banyakbanyak melihat rupanya Inderaputera itu
pun hairanlah. Setelah sudah sampai ke rumah Perdana Menteri, Perdana Meteri pun
segeralah mendapatkan Inderaputera seraya memeluk mencium akan Inderaputera.
Maka Inderaputera pun menyembah kepada Perdana Menteri. Maka kata oleh
Perdana Menteri, Wahai anakku sudah dibuangkan engkau ke dalam laut, sekarang
ini timbul pula!
Maka sembah oleh Inderaputera, Ya Tuanku Perdana Menteri, dengan tolong Tuhan
Yang Mahabesar ke atas hambanya juga dengan sebab benar.
Maka ujar oleh Perdana Menteri, Sungguhkah anakku bercakap akan mengubati
tuan puteri itu?
Maka jawab Inderaputera, Jika dengan ditolongi oleh Tuhan Yang Mahabesar
cakaplah harnba mengubati.
Setelah demikian lalu dibawa oleh Perdana Menteri akan Inderaputera itu mengadap
Paduka Syah A lam. Syahadan maka dilihat Paduka Syah Alam Inderaputera datang
dengan Perdana Menteri itu. Maka baginda pun tersenyum. Maka Inderaputera pun
berdatang sembah ke bawah Duli Paduka Syah Alam. Maka baginda pun menyapunyapu belakang Inderaputera seraya disuruhnya duduk bersama-sama Perdana
Menteri itu.
Setelah sudah duduk maka sembah Perdana Menteri, Ya Tuanku Syah Alam bahawa
Inderaputera inilah yang bercakap mengubati tuan puteri itu.
177

147

Maka baginda berkata, Hai Inderaputera, sugguhkah engkau sudah dibuangkan oleh
segala menteri ke laut?
Maka sembah Inderaputera, Sungguhlah ya tuanku Syah Alam. Tetapi dengan di
tolong oleh Tuhan Yang Mahabesar, telah memelihara akan hambanya, dengan sebab
benar adanya.
Maka titah baginda, Hai Inderaputera, jikalau demikian ubati olehmu anakku puteri
itu. Jikalau sembuh olehmu anakku puteri itu biarlah jadi isterimu. Syahadan
dahulunya pun sudah ikrar hamba memberikan anakku puteri jikalau dapat ubat.
Maka kata Inderaputera, Baiklah ya Tuanku Syah Alam.
Kalakian maka baginda pun bangkitlah memegang tangan Inderaputera seraya
dibawanya oleh baginda masuk ke dalam istananya pada tempat tuan puteri itu. Maka
disingkapkannya tirai kelambu tujuh lapis. Maka baginda dan Inderaputera pun
masuklah ke dalam. Maka dilihatnya oleh baginda baharulah tuan puteri itu
membukakan matanya. Maka baginda dan permaisuri segala inang pengasuhnya
sekalian baharui ah sukacita sebab melihat tuan puteri sudah membukakan matanya
itu. Maka Inderaputera pun bercucuran air matanya sebab melihat akan hal tuan
puteri itu. Maka Inderaputera pun mengeluarkan kain sutera puri. Maka dilihat oleh
Raja Syahian akan kain itu terlalu halus dan warnanya itu seperti embun.
Maka titah baginda, Hai anakku, di mana anakku beroleh kain yang demikian ini?
Maka Inderaputera pun berceterakan segala hal-ahwalnya kepada Maharaja Syahian.
Maka Raja Syahian pun terlalu hairan menengar cetera Inderaputera itu. Arakian
maka ditudungkannya kain itu kepada tubuh tuan puteri itu lagi disiramkannya
dengan air mawar. Maka tubuh tuan Puteri itu dibuka lagi sekali. Maka
disiramkannya pula sekali lagi. Maka sembuhlah tuan puteri itu.
Maka ujar Paduka Duli Syah Alam, Hai anakku Inderaputera, hari inilah aku
memberi akan persalin kepada anakku.
Maka baginda pun memberi persalin akan Inderaputera pakaian yang keemasan.
Maka Inderaputera pun disuruh hantarkan ke rumah mangkubumi. Syahadan adapun
segala menteri yang membuangkan Inderaputera itu pun hairan melihat rupa
Inderaputera itu tiada mati. Maka sekaliannya pun duduklah dengan
kemasyghulannya sebab dengki nya itu. Maka setelah keesokan harinya maka
Paduka Syah Alam pun menyuruh empat orang dayang-dayang dan biduanda
memanggilInderaputera. Maka Inderaputera pun dibawa orang
178

148

masuk ke dalam peraduan Tuan Puteri Mengindera Bulan. Maka Inderaputera pun
mengambil kainnya itu.
Syahadan adapun puteri itu pun sudahlah afiat dari penyakitnya itu dan warna tubuh
tuan puteri itu pun bertambah-tambah baik gilang-gemilang. Maka tuan puteri pun
santaplah serta bergurau dengan dayang-dayang. Maka bonda tuan puteri pun
terlalulah sukacita. Maka baginda pun menyuruh orang memalui buyi-bunyian
alamat sudah mendapat kesenangan.
Arakian maka Raja Syahian pun memanggil Perdana Menteri dan segala raja-raja dan
orang kaya-kaya. Maka Raja Syahian pun berjaga-jaga tiga hari tiga malam. Maka
tuan puteri pun dimandikan oranglah. Setelah sudah mandi tuan puteri itu maka
hidangan pun diangkat ke hadapan majlis itu oleh orang dan segala anak raja-raja.
Maka Inderaputera dan segala menteri hulubalang dan rakyat sekalian makanlah.
Tetapi segala anak raja-raja itu pun matanya memandang kepada Inderaputera juga,
dan ia berkata sama sendirinya, Inilah yang mengubati tuan puteri itu.
Setelah sudah makan maka baginda pun memberi akan fakir miskin. Maka baginda
pun memberi sedekah akan segala fakir miskin. Maka baginda pun memberi titah
kepada Perdana Menteri, Wahai Perdana Menteri adapun anakmu itu peliharakan
baik-baik barang sepuluh hari kita mengerjakan Inderaputera dengan tuan puteri.
Setelah sudah maka anak raja-raja dan menteri hulubalang itu pun kembali
dukacitanya. Maka menteri-menteri dengki itu pun mesyuarat sekaliannya cari
khianat juga akan Inderaputera. Maka kata menteri seorang itu, Mari kita mesyuarat
kepada tunangan tuan puteri itu. Demikian kita kata kepadanya: terlalu kasihan hati
hambamu melihat tuanku sekalian ini dan beberapa lamanya sudah tuanku
bertunggukan tuan puteri itu. Sekarang ini orang lain yang beroleh. Sebab itulah
hamba datang mengadap tuanku hendak mesyuarat dengan tuanku sekalian ini.
Maka ia pun berjalan kepada segala anak raja-raja itu. Maka segala menteri itu pun
datanglah kepada anak raja-raja itu dan berkatalah segala mereka itu, Wahai, patikapa sekalian kasihan melihat tuanku ini kerana sudah lama tuanku bertunggu akan
sekarang ini orang lain beroleh akan dia itu, sebab itulah maka patik-apa sekalian ini
datang mesyuarat dengan tuanku. Pada bicara patik-apa adapun orang yang
mengubati tuan puteri itu, berilah oleh tuanku upahnya supaya patik-apa sekalian
persembahkan ke bawah DuliSyah Alam.
179

149

Maka segala anak raja-raja itu pun sukacitalah menengar kata tuan-tuan menterimenteri itu sekalian seraya mengeluarkan emas suatu tabak seorang. Setelah itu maka
segala tabak yang berisi emas itu pun dibawa oleh segala menteri ke rumahnya lalu
mengadap Raja Syahian. Syahadan maka dihantarkan tabak itu di hadapan Raja
Syahian. Maka ia pun berdatang sembah, Ya Tuanku Syah Alam, bukan kerana patik
sekalian sakit hati akan Inderaputera itu sebab patik lihat duli yang dipertuan
mengambil cucu si penjual bunga. Arakian kalau sembah sekalipun paduka anakanda
itu mana harga upahnya boleh tuanku beri akan dia. Demikianlah adat raja-raja yang
besar-besar itu yang meminang paduka anakanda itu.
Setelah Raja Syahian menengar demikian itu maka ujar baginda, Jika demikian
apatah bicara kita kerana sudah berjanji dengan Inderaputera itu.
Maka ia pun berdatang sembah, Ya Tuanku Syah Alam adalah suatu muslihat
katakan adalah tuanku berkata bahawa anakanda hendak pergi bermain-main
beramai-ramai ke Pulau Pelanggam Jaya itu. Setelah paduka anakanda sampai pada
tempat itu, maka kita lepaskan burung bayan permainan puteri. Maka kita katakan
barang siapa mendapat menangkap burung bayan itu nescaya ialah akan jadi suami
tuan puteri itu. Demikianlah Syah Alam.
Maka Maharaja Syahian itu pun menurut kata menteri itu. Arakian maka segala
menteri itu pun kembalilah dengan sukacitanya. Maka Raja Syahian pun duduklah
pada suatu hari dengan segala anak raja-raja dan segala menteri rakyat hulubalang
sekaliannya pun hadirlah mengadap baginda.
Maka baginda itu pun memberi titah, Hai tuan-tuan sekalian, berlengkaplah
sekalian. Kepada timbul bulan ini kita hendak pergi ke Pulau Pelanggam Jaya,
membawa akan anaknya hamba, tuan puteri itu kerana hamba berkaul tatkala tuan
puteri sakit itu.
Setelah anak raja-raja itu menengar titah baginda maka segala mereka itu pun
masing-masing kembali berlengkap akan mengiringkan Paduka Syah Alam dengan
anakanda tuan puteri. Setelah itu ... maka segala anak raja-raja itu pun masingmasing membuat landng) sebuah seorang. Maka segala orang di dalam negeri itu pun
pada sehari-hari pergi melihat segala anak raja-raja itu berbuat lancang dan pelang
itu. Masing-masing berkata sama sendirinya, Akan Inderaputera itu adakah ia
berbuat lancang atau pelang kerana ia seorang dirinya.
180

150

Setelah itu maka datanglah kepada dua puluh hari. Maka segala anak raja-raja itu
berbuat lancang hampirlah sudah. Maka ujar oleh Perdana Menteri, Hai anakku
Inderaputera tiadakah anakku berbuat pelang kerana aku dengar segala anak raja-raja
itu sudah berbuat lancang sebuah seorang.
Maka Ujar oleh Inderaputera, Hai memandaku Perdana Menteri, adakah pada
tempat ini yang sunyi?
Maka ujar oleh Perdana Menteri, Wahai anakku, ada suatu tempat yang sunyi di sisi
kampung kita ini.
Maka Inderaputera pun pergilah kepada tempat itu. Maka dicitanya akan gemala
hikmat itu. Maka tiba-tiba keluarlah sekalian jin dan dewa dan peri sekalian. Maka
diperbuatlah oleh Inderautera sebuah pelang terlalu amat besar dan panjangnya.
Setelah sudah dibangunkannya pelang itu akan delapan persegi serta dindingnya itu
daripada kaca yang hijau. Maka di atas pelang itu diperbuatnya suatu petarakna
daripada emas sepuluh mutu dan dindingnya delapan persegi itu diperbuatnya
daripada kaca putih dan kedua persegi itu daripada kaca yang biru dan ketiga persegi
itu daripada kaca yang kuning dan keempat persegi nya itu daripada kaca yang
kuning dan ketujuh perseginya itu daripada intan dikarang dan kedelapan persegi
tiadalah terpermanai daripada indahnya.
Syahadan daripada suatu persegi itu bertatahkan ratna mutu maknikam dan pada
persegi itu dibubuhnya suatu gemala tergantung pada segala penjurunya dan daripada
mutiara dikarang berkeliling pada petarakna itu. Tiga pangkat tempat segala orang
mengadap tuan puteri itu daripada emas, dan kedua pangkat daripada perak dan
ketiga pangkat tembaga suasa dan suatu diperbuatnya daripada jala-jala tempat
peraduan. Maka dindingnya daripada batu merah dan segala kakinya maka
diperbuatnya daripada tirus dan kemuncaknya ini daripada maknikam berumbaikan
mutiara. Dan sama tengahnya pelang itu suatu tasik diperbuatnya dan pasirnya itu
daripada emas urai dan batunya itu daripada permata sembilan bagai dan lumpurnya
itu daripada kasturi dan rumputnya itu daripada kuma-kuma dan di hulu airnya itu
terlalu manis dan karang-karangannya berbagai jenis.
Syahadan di hilirnya tasik itu airnya itu terlalulahjernihdan segala karangan itu
daripada mutiara terlalulah indah-indah pelbagai ukuran di dalam tasik itu. Setelah
sudah diperbuatnya tasik itu maka diperbuatnya pula suatu taman dan jala-jalanya itu
daripada tembaga
181

151

suasa dan pintunya itu daripada emas sepuluh mutu. Setelah sudah diperbuatnya itu
maka terlalulah indah rupanya itu.
Sebermula di dalam taman itu beberapa jambangan daripada emas ditanamnya bunga
seri gading dan bunga cempaka malai dan pada segala jambangan yang lain-lain itu
pun berbagai-bagai bunga yang mulia dan bunga pakan terlalu indah-indah warnanya
dan harum baunya dan segala bunga-bunga yang di dalam taman itu berbagai-bagai
akan warnanya itu dan baunya itu pun berbagai-bagai juga adanya. Dan lagi beberapa
kolam di dalam taman itu ada yang berikatkan perak dan yang berikatkan dengan
tembaga su asa dan air kolam itu adalah laksana air mawar dan pada sama tengah
kolam itu diperbuatnya sebuah balai bersendikan dengan emas.
Maka di atas tebing itu diperbuatnya daripada cermin kaca putih dan lagi di atas
kemuncaknya tebing itu ada suatu gelegar daripada intan dikarang dan di atas
kemuncaknya itu digantungkan suatu gemala. Maka daripada tiang pelang itu
diperbuatnya seutas rantai daripada emas. Maka dekat tiang di tengahnya itu
diperbuatnya sepohon kayu daripada pualam dan daunnya itu daripada kaca putih dan
kuning. Dan diperbuatnya dua ekor burung nuri terlalu indahindah rupanya dan
dihaluannya diperbuatnya sebuah kerusi bertatahkan ratna mutu maknikam akan
tempat Inderaputera duduk. Setelah sudah lengkaplah sekalian mereka itu, maka
Inderaputera pun mengembalikan akan gemala hikmat itu. Maka segala jin dan peri
dan dewa itu pun kembalilah kepada gemala hikmat itu.
Hatta beberapa lamanya Inderaputera berbuat demikian adalah kira-kira sepuluh hari
lamanyajuga. Syahadan pada ketika hari baik waktu yang sempurna, maka Maharaja
Syahian pun memberi titah pada segala menteri, Wahai menteriku sudahkah segala
kelengkapan engkau akan berangkat? Jikalau sudah lengkap hendaklah turunkan esok
hari, aku hendak membawa anakku ke Pulau Pelanggam Jaya itu.
Maka sembah segala menteri, Ya Tuanku Syah Alam segala kelengkapan paduka
anakanda akan berangkat sudahlah semuanya.
Kalakian maka segala anak raja-raja itu pun sudah hadir pula. Maka kata Raja
Syahian, Bawalah Iancang itu ke mari.
Setelah sudah Raja Syahian memberi titah demikian maka keesokan hari maka segala
anak raja-raja itu masing-masing membawa lancangnya kepada tempat tuan puteri
itu. Maka segala orang yang di dalam negeri itu pun berhimpunlah sekalian melihat
perbuatannya segala anak raja-raja itu. Setelah itu Inderaputera pun
182

152

pergilah membawa pelangnya. Maka berkata segala yang melihat anak raja-raja yang
banyak itu, Sudahkah akan berhimpun sekalian mereka itu? Maka berkata seorang,
Betapa peri perbuatannya pelang itu kerana seorang dirinya juga.
Syahadan di dalam seketika itu juga maka datanglah pelang Inderaputera itu
terlalulah pantas dan sikapnya dan lagi terlalu azmat dengan segala bunyi-bunyian
dan cahayanya seperti cahaya matahari.
Maka titah Paduka Syah Alam, Hai anakku segeralah kita turun kerana matahari itu
sudah terbit.
Seketika lagi maka datang seorang biduanda, segera datang berlari-lari seraya
berdatang sembah, Ya Tuanku Syah Alam, bukannya matahari. Adapun yang
kelihatan itu pelang Inderaputera itu.
Maka segala orang yang di dalam negeri itu pun habislah berlarian melihat pelang
Inderaputera itu. Maka segala mereka itu pun hairan melihat terlalu ajaib kerana
terlalu indah-indah perbuatannya itu. Maka Paduka Syah Alam pun bertambahtambah hairan melihat yang demikian itu. Maka ujar mereka itu sama sendirinya,
Apakah gerangan pelang itu maka terlalulah sekali indah tiada pernah kita melihat
yang demikian itu. Maka ujar seorang laki-laki, Sungguhlah seperti kata tuan
hamba itu.
Sebermula maka tersebutlah perkataan tuan puteri keluar dari istana, diiringkan oleh
segala bini raja-raja dan bini Perdana Menteri dan isteri segala hulubalang
mengiringkan tuan puteri itu. Setelah sudah sampai kepada tempat pelang itu maka di
dalam antara lancang yang banyak itu adalah sebuah terlalu indah-indah perbuatannya dan bercahaya-cahaya rupanya. Maka tuan puteri pun berkata kepada inang
pengasuhnya, Lancang siapa yang indah-indah perbuatannya itu?
Maka sembah inang-inangnya itu, Ya tuanku, itulah pelang Inderaputera.
Maka tuan puteri pun berkata pada dayang-dayangnya itu, Kepada pelang
Inderaputera itulah kita pergi.
Maka tuan puteri pun duduklah di atas petarakna. Maka pada satu pangkat isteri
segala menteri-menteri dan pangkat yang kedua isteri orang yang kaya-kaya. Maka
terkembanglah payung mutiara empat buah di atas petarakna itu dan segala anak rajaraja dan anak dara-dara sekalian beraturlah mengadap tuan puteri itu. Maka di haluan
pelang itu terkembanglah payung berumbaikan mutiara dail bergegetarkan puspa
ragam. Maka berbunyilah segala bunyibunyian berbagai-bagai ragamnya. Setelah itu
maka naiklah segala
183

153

anak raja-raja pada lancang masing-masing. Lancang-lancang itu pun hilirlah


semuanya. Tetapi segala hati segala anak raja-raja itu pun berdendam lah akan
Inderaputera juga.
Maka pelang Inderaputera itu pun tiada mahu bergerak lagi. Maka sembah Perdana
Menteri, Ya Tuanku Syah Alam, adapun pelang kenaikan tuan puteri itu tiada mahu
bergerak.
Maka Paduka Syah Alam pun hairan melihat demikian itu. Kalakian maka sembah
seorang menteri, Ya Tuanku Syah Alam, jikalau tiada Inderaputera naik bersamasama barangkali tiada mahu bergerak.
Maka titah Raja Syahian, Jikalau demikian suruhlah anakku Inderaputera naik
pelang itu.
Maka Inderaputera pun naiklah ke atas pelang itu. Setelah sudah ia naik maka
berjenteralah pelang itu serta berkisar akan dirinya. Maka segala pengayuh pun
berlengkaplah sendirinya. Maka pelang itu pun lajulah. Maka ombak itu pun berpalupaluan beserta dengan bunyi-bunyian terlalu azmat bunyinya. Maka bersoraklah
segala mereka itu dengan tiada tepermanai. Tambahannya pula bunyinya gegetarnya
di atas kemuncaknya itu pun gemerencinglah bunyinya seperti buluh perindu dan
terlalu merdu bunyinya didengar oleh segala manusia dan segala payung bulu merak
itu pun berpusing-pusing. Maka segala gegetar itu pun berbunyilah. Maka burung
pun terbanglah seekor. Maka hinggap pada cembul beremas narawastu dan seekor
burung pula hinggap pada cembul berisi kasturi. Setelah ia hinggap maka nuri itu pun
mengiraikan sayapnya itu. Maka terperciklah narawastu itu kepada segala tubuh
orang yang mengadap tuan puteri itu terlalulah harum baunya itu.
Syahadan apabila tuan puteri itu berpaling pada kaca merah itu maka rupa pakaian
tuan puteri pun menjadi serba merah dan jika tuan puteri berpaling kepada kaca putih
maka warna tubuh puteri itu pun putihlah. Maka jikalau tuan puteri itu berkata-kata
dengan bini orang kaya-kaya dan berpaling kepada kaca biru itu maka warnanya tuan
puteri itu pun jadilah biru dan jika tuan puteri berpaling kepada kaca kuning maka
berkata kepada pengasuhnya itu maka warna tubuh tuan puteri itu pun menjadi serba
kuning. Maka jika tuan puteri itu berpaling berkata-kata dengan anak dara-dara berpaling kepada kaca ungu maka warna pakaian tuan puteri menjadi serba ungu.
Maka segala mereka yang mengadap tuan puteri itu pun hairan melihat kelakuan
hikmat Inderaputera. Setelah itu maka nuri itu
184

154

pun hinggap seraya bercetera dan bersyair dan bermadah seraya berpantun dan
berseloka terlalu indah-indah sekali rupanya. Maka tuan puteri pun tersenyum seraya
berkata, Hairan sekali kita melihat nuri ini.
Maka segala dayang-dayang yang melihat itu pun tertawa sebab melihat nuri itu tahu
bersyair dan berpantun. Setelah itu beberapa lamanya di laut itu berlayar, maka
hampirlah akan sampai lancang dan pelang itu kepada Pulau Pelanggam Jaya. Maka
Inderaputera pun menurunkan angin ribut taufan dan guruh halalintar petir kilat
sabung-menyabung. Maka ombak itu pun berpalu-paluan. Maka segala pelang dan
lancang itu pun habislah patah tiangnya. Ada yang roboh dindingnya. Ada yang patah
kemudinya dan ada yang karam. Maka segala anak raja-raja itu pun rosak dan segala
perahu yang mengiringkan tuan puteri itu sahaja yang tiada mengapa. Setelah
demikian maka ribut taufan itu pun berhentilah. Seketika lagi maka bertiuplah angin
lemah lembut.
Syahadan maka serba bunga itu pun kembanglah serta dengan harum baunya dicium
oleh segala manusia. Maka mereka itu pun hairan melihat hikmat Inderaputera itu.
Maka segala perahu pun sampailah ke pulau itu. Arakian maka masing-masing turun
pada tempat itu. Maka Inderaputera pun turunlah di pulau itu.
Maka sembah inang pengasuhnya, Ya tuan puteri, marilah kita lihat dindingnya
perahu Inderaputera ini.
Maka tuan puteri pun berjalanlah melihat terlalu indah-indah perbuatan. Maka tuan
puteri itu pun turun ke bawah dengan segala dayang-dayang itu mengiringkan tuan
puteri. Maka ia berjalan ke hulu tasik itu. Maka dilihatnya oleh tuan puteri airnya
terlalu jernih. Maka tuan puteri itu pun minumlah dengan segala dayang-dayang itu
serta bermain-main pada tasik itu. Maka lalu memungut bungabunga itu. Seketika
lagi bunga tanjung kuning itu timbul pula. Maka terlalu harum baunya. Maka diambil
oleh tuan puteri. Maka tuan puteri pun hairanlah melihat bunga itu. Maka seketika
lagi maka timbul pula bunga tanjung ungu.
Maka ujar dayang-dayang itu, Ya tuan puteri, terlalu sekali indah-indah bunga itu.
Maka lalu diambil oleh tuan puteri bunga tanjung ungu itu seraya dipersuntingnya
oleh tuan puteri pada sanggulnya itu. Kalakian maka tuan puteri pun berhentilah
seketika lagi. Maka bunga tanjung itu pun menjadi air mawar. Maka tuan puteri itu
pun melihat yang demikian itu. Setelah sudah beberapa pula yang lain daripada
bunga itu
185

155

yang indah-indah ditaruhnya oleh tuan puteri pada bajunya. Ada yang menjadi
kasturi. Ada yang menjadi kuma-kuma. Maka tuan puteri pun hairan. Maka dalam
fikiran tuan puteri, Anak raja besar juga rupanya Inderaputera itu.
Maka tuan puteri itu pun berjalan ke tengah tasik itu. Maka karang-karangan di
dalam tasik itu permata, sembilan bagai dan pada sama tengah kolam itu segala ikan
pun bertimbulan seraya berpantun demikian:
Di atas gunung banyak binatang,
Rama-rama di dalam puan,
Sungguh pun banyaknya orang yang datang,
Tiadalah sama dengan tuan.
Maka tuan puteri pun tersenyum menengar pantun ikan itu dan segala perwara pun
tertawa. Maka ujar tuan puteri, Wahai indah-indah sekali ikan di dalam kolam ini.
Seketika lagi maka timbul pula seekor ikan tebakung namanya, sambil tenggelam
seraya berpantun demikian bunyinya:
Berbintang ikanku rendang,
Rama-rama berikat sutera,
Muda sudah kupandang,
Tiadalah sama dengan Inderaputera.
Setelah sudah ikan itu berpantun, maka ia pun tenggelamlah.
Maka berkata tuan puteri, Ya inangku, sungguhlah Inderaputera itu orang
bijaksana.
Maka seketika lagi timbullah pula seekor ikan. Maka terlalu indah-indah rupanya
demikian katanya, Ya tuan puteri, adapun Inderaputera itu anak raja besar juga.
Setelah itu maka ia tenggelam. Maka tuan puteri pun sukacita hatinya menengar
perkataan ikan itu. Maka segala biti-biti perwara sekalian itu pun habislah tertawa
seraya berkata sama sendirinya. Sungguhlah gerangan Inderaputera ini anak raja
besar.
Setelah itu maka tuan puteri dan segala dayang-dayang perwara itu pun berjalanlah.
Maka tuan puteri melihat suatu kolam. Maka airnya itu berombak-ombak terlalu
indah-indah sekali rupanya. Adapun akan sayapnya itu daripada emas dan batunya
daripada mutiara. Syahadan dalamnya itu sehingga punggung juga. Maka beberapa
jenis rupanya itu berbagai-bagai warnanya di tepi kolam itu. Dan airnya itu laksana
air mawar. Maka seketika lagi angin pun bertiupIah. Maka tasik itu pun berombaklah
dan segala paksi pun berter186

156

banganlah serta bersorak-sorak. Maka anak pelanduk pun berbangsi terlalu indahindah rupanya itu sekali.
Maka didengar oleh tuan puteri itu. Maka titah Maharaja Syahian, Apa sebab
anaknya aku tuan puteri itu maka tiada ia mau turun bermain-main ke pulau ini?
Maka sembah dayang-dayang, Ya Tuanku Syah Alam bahawa paduka anakanda itu
lagi melihat temasya perbuatan pelang Inderaputera itu tuanku. Terlalu indah-indah
rupanya itu. Maka sebab itulah paduka anakanda ini lambat turun ke pulau ini.
Setelah sudah tuan puteri bermain-main pada tasik itu maka tuan puteri pun berjalan
lah pula pergi kepada taman itu. Maka dilihatnya taman itu pun terlalu indah-indah
rupanya. Maka beberapa jambangan dan kolam serta balai bersendikan emas. Maka
Tuan Puteri Mengindera Seri Bulan dan segala dayang-dayang dan inang pengasuhnya itu pun naik ke atas balai itu. Seketika lagi maka angin pun bertiuplah. Maka
segala daun kayu yang di sisi balai itu pun berpalupaluan seperti bunyi-bunyian.
Kalakian maka tuan puteri itu pun melihat hikmat Inderaputera itu seraya memujimuji akan Inderaputera itu. Setelah sudah tuan puteri melihat segala temasya Inderaputera itu maka Paduka Syah Alam pun pergi melihat pula terlalu ajaib dan hairan.
Maka titah Paduka Syah Alam, Di mana gerangan ia boleh yang demikian
Inderaputera ini? Syahadan di manakah gerangan ia meniru dan melihat perbuatan
yang demikian itu?
Maka sembah Perdana Menteri, Bukanlah sebarang-barang orang pada penglihatan
hamba.
Maka titah baginda, Sungguhlah seperti kata tuan hamba itu.
Setelah itu maka sudah Paduka Syah Alam melihat perbuatan Inderaputera itu maka
baginda pun kembalilah ke pulau itu. Maka segala menteri dengki itu pun
memandang kepada baginda. Maka ia pun menyuruh dengan perlahan-lahan kepada
dayang-dayang itu, Maka lepaskan olehmu burung bayan permainan anakku itu.
Demikian katamu: maka barang siapa anak raja-raja beroleh menangkapkan burung
bayan permainan tuan puteri itu, ialah yang akan menjadi suaminya tuan puteri itu.
Maka kata dayang-dayang demikian bunyinya, Hai sekalian tuan-tuan tangkaplah
burung permainan tuan puteri yang terlepas itu kerana tuan puteri sangat sayang akan
burung itu. Jikalau barang siapa dapat menangkap dia nescaya diambil oleh tuan
puteri akan jadi suaminya.
187

157

Maka Inderaputera pun tersenyum menengar kata-kata dayangdayang berseru-seru


itu. Hatta maka burung bayan itu pun hinggaplah kepada pohon beraksa di tengah
pulau itu. Maka apabila dilihat oleh segala anak raja-raja akan bayan itu maka
masing-masing hendak menangkap. Ada yang carik kain, ada yang carik seluarnya,
ada yang koyak dastarnya dan bajunya. Ada yang tiada sempat naik terlulur ke
bawah. Maka bayan itu pun terbanglah kepada suatu cabang tiada juga dapat. Maka
dilihat oleh segala anak raja-raja itu bayan itu terbang daripada suatu pohon kayu itu
tiadalah tertangkap lagi. Maka segala orang yang banyak itu pun tertawalah melihat
hal burung itu. Maka tuan puteri pun tertawalah. Maka Inderaputera pun tersenyum
melihat kelakuan segala anak raja-raja itu.
Maka Inderaputera pun perlahan-lahan, tiada kelihatan pada segala orang yang
banyak-banyak itu. Maka ia pun memanah ke udara. Maka anak panah itu pun
menjadi tabuan. Maka segala anak raja-raja itu pun berterjunanlah dari atas pohon
beraksa itu. Ada yang sempak dagunya, ada yang binjul dahinya. Ada yang bengkak
tubuhnya itu. Maka masing-masing dengan lakunya. Maka segala orang banyak itu
pun ramailah tertawa. Maka Inderaputera pun tersenyum. Maka segala dayangdayang itu pun ramailah tertawa seraya menampar-nampar dadanya melihat kelakuan
segala anak raja-raja sekaliannya. Mareka itu pun naiklah ke atas pelang itu masingmasing kembali dengan kemaluannya.
Hatta maka Inderaputera pun perlahan-lahan pergi ke sisi pohon beraksa itu seraya
diunjukkan tangannya itu. Maka burung bayan itu pun hinggaplah ke tangannya itu.
Maka burung bayan itu pun hinggaplah ke tangan Inderaputera itu. Maka dilihat oleh
Raja Syah ian dan segala rakyat sekalian pun hairanlah melihat bayan itu jinak
kepada Inderaputera. Setelah dapatlah tertangkap lalu diberikannya kepada seorang
dayang-dayang itu. Maka dayang-dayang itu pun dipersembahkan kepada Tuan
Puteri Mengindera Seri Bulan seraya diambilnya burung bayan itu dengan
sukacitanya. Maka burung itu pun mengiraikan sayapnya seraya berpantun:
Sungguh banyak beraturnya gajah,
Rama-rama bertali sutera;
Sungguh pun banyak anak raja-raja,
Tiada sama dengan Inderaputera.
Maka tuan puteri pun tersenyum seraya berkata kepada inangnya itu, Baharu ini kita
menengar bayan berpantun.
188

158

Maka segala dayang-dayang pun tertawa seraya berkata, Sungguh seperti kata
tuanku itu demikian. Maka bayan itu pun hinggap pula pada bahu dayang-dayang
itu seraya berpantun demikian bunyinya:
Dang Sakti dari mandian,
Rama-rama bertali sutera;
Jika hamba beranak lain,
Tiada sama dengan Inderaputera.
Maka berkata pula dayang-dayang itu, Dari mana unggas ini terlalu cura sekali
berkata? Maka tuan puteri pun tersenyum. Maka segala dayang-dayang itu pun
tertawa seraya berkata, Terlalu sekali pandai bayan ini bercura-cura.
Hatta maka Perdana Menteri itu pun berdatang sembah kepada Syah Alam demikian
sembahnya, Ya tuanku, baiklah tuanku segeralah berangkat kerana negeri yang
dipertuan terlalu sunyi.
Maka titah Paduka Syah Alam, Jikalau demikian sudahkah himpunkan rakyat kita
kembali bagaimana yang telah sudah.
Maka disuruhkan tuan puteri naik ke atas pelang itu. Maka dayang itu pun pergi
memberitahu tuan puteri. Maka ujar Tuan Puteri Mengindera Seri Bulan, Di
manakah dayang suruhkanlah angkat hidangan, persembahkan kepada ayahanda.
Maka hidangan pun diangkatlah oleh orang kehadapan Paduka Syah Alam. Maka
segala menteri hulubalang sekalian makanlah masing-masing. Setelah sudah makan
dan minum bersuka-sukaan di Pulau Pelanggam Jaya itu. Maka masing-masing pun
turunlah ke lancangnya. Hatta maka keesokan hari maka Raja Syahian pun
menyuruhkan tuan puteri naik ke perahu. Setelah itu maka baginda pun kembali
dengan segala bala tenteranya sekalian. Setelah sampailah ke tempatnya maka
masing-masingnya kembalilah ke rumahnya. Adapun segala anak raja-raja dan segala
menteri yang dengki akan Inderaputera itu pun semuanya menaruh dendam juga akan
dia.
189

159

BAB XIII
AKIBAT DENGKI
Al-kisah peri mengatakan tatkala Inderaputera dibunuh oleh anak raja-raja tunangan
tuan puteri, dan peri mengatakan tatkala Raja Dewa Lela Mengerna dan Nobat Rom
Syah dan segala anak raja-raja yang bertemu dengan Inderaputera itu.
Maka diceterakan oleh orang yang empunya cetera ini setelah Raja Syahian kembali
dari Pulau Pelanggam Jaya dan segala menteri yang dengki dan anak raja-raja itu pun
mesyuaratlah. Maka kata seorang menteri itu, Ya tuanku, adapun pada bicara
hamba, baiklah Inderaputera itu kita ajak bermain-main. Syahadan kemudian kita
lenyapkan.
Maka kata anak raja-raja itu, Baiklah.
Setelah itu keesokan harinya maka disuruh empat orang biduanda pergi memanggil
akan Inderaputera. Maka ia pun pergilah memanggil Inderaputera. Tatkala itu
Inderaputera pun ada lagi duduk dengan Perdana Menteri. Maka biduanda itu pun
datanglah seraya menyembah demikian sembahnya, Ya Tuanku Inderaputera esok
hari tuanku dipersilakan oleh segala anak raja-raja hendak bermainmain pedang.
Maka Inderaputera pun tersenyum seraya berkata, Adapun hamba tiada tau bermain
pedang. Jikalau anak raja-raja itu hendak mengajar hamba syukurlah hamba. Setelah
itu maka biduanda pun kembalilah.
Hatta maka terdengarlah kepada Paduka Syah Alam Inderaputera diajak oleh segala
anak raja-raja itu bermain pedang. Maka baginda pun barangkatlah. Maka segala
orang-orang isi negeri itu pun sekalian habislah mengiringkan serta dihamparkan saf
sakhlat ainulbanat di tengah padang itu. Maka terkembanglah payung segala anak
rajaraja itu. Maka berbunyilah terlalu azmat. Maka Inderaputera pun berjalan lah
perlahan-lahan pergi mengadap Paduka Syah Alam.
190

160

Setelah itu maka segala anak raja-raja itu pun bermain di hadapan Raja Syahian itu.
Maka titah Raja Syahian, Hai anakku Inderaputera keluarlah bermain-main. Aku
hendak melihat.
Maka Inderaputera pun menyembah seraya berbangkit lalu mengunuskan pedangnya
seraya melompat menggertakkan kudanya lalu dipermain-mainnya terlalu indah
lakunya bermain-main itu seperti merak mengigal di atas talam. Maka dilihat oleh
Paduka Syah Alam dan sekalian orang banyak-banyak itu. Maka seketika lagi maka
anak raja-raja itu pun mintalah bermain-main dengan Inderaputera itu. Adapun
kasadnya hati anak raja-raja itu hendak membunuhkan Inderaputera.
Kalakian maka Inderaputera pun keluarlah serta memegang akan pedangnya.
Seketika lagi keluarlah asap. Maka Inderaputera pun mengantarkan pedangnya.
Maka mata segala anak raja-raja itu pun silaulah. Beberapa kali dituju oleh anak rajaraja Inderaputera itu tiadalah juga kena. Maka ditombaklah oleh Inderaputera dengan
hulu pedangnya, pada segala anak raja-raja itu. Maka tewaslah. Maka baginda pun
kembalilah dengan segala hulubalang sekalian seraya memuji-muji Inderaputera.
Maka segala anak raja-raja itu pun kembalilah kemaluannya. Maka Inderaputera pun
dengan Perdana Menteri bersama-sama kembalilah ke rumahnya.
Kalakian maka-segala anak raja-raja itu pun berkata-kata, Marilah kita adang
Inderaputera pada jalan yang sunyi. Maka kita bunuh akan dia. Maka ujar mereka
itu, Baiklah.
Sebermula maka tersebutlah perkataan Inderaputera tatkala ia berjalan seorang
dirinya hendak pergi ke rumah nenek kebayan. Maka Inderaputera pun dibunuh oleh
anak raja-raja yang sepuluh orang itu. Maka Inderaputera pun matilah. Setelah sudah
mati lalu diambil oleh anak raja-raja yang sepuluh orang itu cembul yang berisi
gemala itu. Maka anak raja-raja itu pun segeralah kembali. Hatta maka isteri
Inderaputera ketiganya keluarlah dari dalam cembul mutiara itu. Maka lalu ia
memakai cara-cara laki-laki. Maka dikeluarkannya bedi zahar itu. Maka lalu
disapukannya tubuh Inderaputera itu. Maka ia pun hiduplah dengan tolong Tuhan
Yang Mahabesar.
Maka dilihatnya oleh Inderaputera akan dirinya terlalu hairan seraya ujarnya, Wahai
tuan puteri, matilah sudah aku tadi?
Maka ujarnya tuan puteri, Ya kakanda, sudah dibunuh oleh segala anak raja-raja
itu.
191

161

Syahadan maka gemala itu pun diambilnya. Maka segeralah ia mengadap Raja
Syahian dengan isterinya ketiga itu. Hatta maka Inderaputera pun berjalanlah
memimpin tangan isterinya. Telah sampailah lalu menyembah pada Paduka Syah
Alam katanya, Ya tuanku, adapun patik telah dibunuh oleh anak raja-raja yang kesepuluh orang itu dengan tiada patik akan berdosa. Adapun isterinya patik inilah akan
saksinya.
Maka dilihat oleh baginda perempuan itu terlalu amat elok rupanya. Maka baginda
itu pun memberi titah, Hai orang muda, sungguhkah hai orang muda? Sungguhkah
Inderaputera itu dibunuh oleh anak raja-raja itu?
Maka ujarnya, Sungguh ya tuanku, kerana alamat daripada ikat pinggang
Inderaputera itu diambilnya.
Maka anak raja-raja yang kesepuluh orang itu pun disuruh panggil oleh baginda.
Setelah datanglah ia maka titah Paduka Syah Alam, Benarkah kamu membunuh
Inderaputera ini?
Maka sahut anak raja-raja, Ya Tuanku Syah Alam, jikalau patik membunuh
Inderaputera itu, masakan ia boleh hidup pula?
Maka sahut oleh Tuan Puteri yang ketiga itu, Benar tuanku, dialah yang membunuh.
Patik melihat tatkala itu. Adapun alamat tuan hamba membunuh Inderaputera itu,
itulah cembul hikmat yang ada kepada ikat pinggangnya tuan hamba curi.
Maka segala anak raja-raja itu pun tiadalah boleh bersangkal lagi.
Maka titah baginda, Jika demikian anakku pulangkan akan cembul itu kembali.
Maka segala anak raja-raja itu pun tiadalah boleh berkata-kata lagi. Maka terlalulah
sangat malunya seraya mengeluarkan cembul itu kembali. Maka dipersembahkannya
kepada Raja Syahian. Maka diambil oleh Raja Syahian cembul itu lalu
diunjukkannya kepada Inderaputera. Maka sembah Perdana Menteri, Tuanku, apa
hukumnya orang membunuh orang yang tiada berdosa.
Maka titah baginda, Mana hukum yang sebenarnya tuan hamba hukumkan.
Maka ujar Perdana Menteri, Jikalau demikian hargakanlah gemala itu.
Maka sahut Inderaputera, Janganlah dihargakan gemala ini.
Timbang sahaja sama beratnya.
Maka sembah anak raja-raja yang sepuluh orang itu. Baiklah. Maka
ditimbangkanlah segala di badan itu dan pada segala pakaian itu tiada juga sampai.
Maka segala mereka itu pun hairan melihat
192

162

beratnya gemala itu. Maka kata Inderaputera, Ya tuanku, biarlah tiada mengapa lagi.
Patutlah mengampuni dosanya anak raja-raja itu. Maka anak raja-raja itu pun
kembalilah dengan masyghulnya. Setelah demikian maka baginda pun masuklah ke
istana. Maka segala mereka itu pun kembalilah ke tempatnya masing-masing.
Hatta maka hari pun malam. Maka Inderaputera pun mencita gemala hikmat itu.
Maka keluarlah sebuah mahligai dan suatu taman. Maka dalam taman itu sebuah
balai. Maka balai itulah tempat segala jin dan peri dan dewa tempat ia bermain-main.
Maka Inderaputera pun duduklah di atas mahligai itu bersenda bergurua dengan
segala isterinya makan minum pelbagai nikmat. Hatta maka terdengarlah bunyibunyian itu kepada anak raja. Disangkanya dalam negeri juga.
Arakian maka terdengarlah pula kepada Tuan Puteri Mengindera Seri Bulan bunyibunyian terlalu ramai. Maka kata tuan puteri, Hai inangku bunyi-bunyian di mana
gerangan itu?
Maka sembah inangnya, Ya tuanku patik kurang periksa.
Maka tuan puteri pun menyuruh seorang dayang-dayangnya pergi melihat. Maka
dilihatnya oleh dayang-dayang itu kepada antara kampung mangkubumi. Maka lalu
dihampirinya. Maka dilihatnya ada suatu balai itu terlalu panjang. Syahadan di atas
balai itu terlalu ramai segala bunyi-bunyian. Maka segala orang muda-muda bermain
berebab, kecapi, serunai, bangsi dan beberapa banyak orang yang bersyair terlalu
indah-indah dan asyik segala orang-orang muda itu. Dan lagi dilihatnya pula di atas
mahligai itu Inderaputera itu duduk dengan tiga orang perempuan. Maka dayangdayang yang disuruh tuan puteri itu pun lalu lupa akan dirinya sebab menengar
bunyinya dan melihat akan temasya berbagai-bagai itu.
Arakian maka tuan puteri pun berhentilah kerana sangat berahinya. Kalakian maka
disuruh pula lagi oleh tuan puteri. Dayang-dayang itu pun berjalanlah pergi. Maka
dilihatnya segala kelengkapan. Maka kata dayang-dayang itu, Marilah kita segera
kembali memberitahu tuan puteri itu.
Maka ia pun kembalilah mengadap tuan puteri seraya berkata, Ya tuanku, terlalu
sekali indah-indah taman Inderaputera itu. Lamalah patik melihat akan dia itu.
Setelah tuan puteri itu menengar khabar itu makinlah bertambah-tambah ghairah
akan hatinya seraya berkata, Marilah kita pergi melihat rupa isteri Inderaputera
betapa peri gerangannya rupanya itu.
193

163

Setelah itu maka tuan puteri pun memakai pakaian cara laki-laki. Setelah itu maka
tuan puteri pun pergilah, serta dengan tiga orang dayang-dayang berjalanlah. Hatta
beberapa lamanya berjalan itu maka sampailah di tempat itu. Maka terlihat oleh tuan
puteri benarlah seperti kata dayang-dayang itu. Setelah itu tuan puteri menengarIah
bunyi-bunyian itu. Maka tuan puteri pun berjalanlah ke sisi mahligai itu. Maka
setelah dilihat oleh tuan puteri akan Inderaputera duduk dengan tiga orang
perempuan, duduk bersenda-senda gurau maka pada fikiran tuan puteri, Perempuan
inilah gerangan isteri Inderaputera.
Hatta maka ujarnya tuan puteri pada dayang-dayangnya itu, Pada fikiran beta
Inderaputera ini anak raja yang sakti juga rupanya kerana ia terlalu bijaksana sekali.
Maka sahut dayang-dayang itu, Sungguhlah seperti kata tuanku itu. Dan lagi patik
menengar nenek kebayan itu tiada beranak. Setelah itu maka tuan puteri pun
segeralah kembali.
Hatta maka hari pun sianglah. Maka lnderaputera pun mengambil hikmatnya itu.
Kalakian maka anak raja-raja itu pun menyuruh empat orang biduanda pergi
memanggil Inderaputera. Maka mereka pun sampailah kepada istana Inderaputera.
Maka biduanda itu pun menyembah seraya berkata, Ya Tuanku Inderaputera. Petang
hari ini tuanku dipersilakan bermain-main kuda dan tombak oleh akan segala anak
raja-raja itu.
Maka kata Inderaputera, Beta tiada tahu bermain-main yang demikian itu. Jika anak
raja-raja itu hendak mengajar akan hamba, baiklah. Setelah itu maka biduanda itu
pun kembali.
Hatta maka Raja Syahian pun keluarlah diiringkan oleh segala hulubalang dan rakyat
sekelian. Maka padang itu pun diperbaiki oranglah. Maka anak raja-raja itu pun
hadirlah di tengah padang itu seorang seekor kuda serta dengan bunyi-bunyian. Maka
Inderaputera pun mencitakan Janggi Gerdana. Maka ia pun datanglah, mustaib
dengan pakaiannya. Maka Inderaputera pun datanglah ke padang itu. Maka Raja
Syahian pun hairanlah melihat rupa Inderaputera itu. Maka pelananya itu bertatahkan
ratna mutu manikam.
Maka Inderaputera pun sampailah lalu mendapatkan paduka baginda. Maka segala
anak raja-raja itu pun berhimpunlah bermain-main serta melarikan kudanya itu dan
bermainkan tombaknya melakukan kepandaiannya itu. Maka titah baginda, Hai
anakku Inderaputera, masuklah anakku bermain-main tombak itu.
194

164

Maka Inderaputera pun menyembah. Maka masuklah bermain tombak itu seperti
merak mengigal di atas talam rupanya itu. Maka segala anak raja-raja dan orang
kaya-kaya itu pun hairanlah melihat kuda Inderaputera itu dlm pakaiannya pun
terlalu indah-indah. Seketika Inderaputera itupun berhenti. Maka segala anak rajaraja itu pun masuklah bermain kuda. Adapun masksudnya anak rajaraja itu hendak
membunuh Inderaputera juga. Setelah itu maka Janggi Gerdana menyepak-menyepak
kuda segala anak raja-raja itu. Maka lalu terbang ke udara. Maka rebahlah kudanya
itu serta dengan orang-orangnya bersama-sama. Maka Inderaputera pun turun
kembali dibawa oleh Janggi Gerdana memusing-memusingkan pedangnya dan
tombaknya. Maka mata anak raja-raja itu pun kabur melihatnya dan segala yang
hadir itu pun tertawa melihat serta bersoraklah. Maka mereka itu seperti guruh. Maka
baginda pun tersenyum lalu kembali masing-masing ke tempatnya.
Hatta maka Inderaputera dan anak raja-raja itu pun mesyuaratlah pula seraya
dinantinya Inderaputera pada jalan yang sunyi. Setelah itu maka Inderaputera pun
lalu dihadapan anak raja-raja itu. Maka lalu diparangnya oleh anak raja-raja itu di
belakang Inderaputera. Maka lalu mati. Setelah sudah mati maka gemala
Inderaputera yang diikat pinggangnya itu pun diikatnya pada pinggangnya. Maka
anak raja-raja itu pun laju kembali. Maka bendahara ditinggalkannya.
Hatta maka puteri yang ada di dalam cembul itu pun tahulah akan Inderaputera sudah
mati itu. Maka puteri itu pun keluarlah memakai seperti laki-laki seraya berjalan
mencari Inderaputera itu. Arakian maka tubuh Inderaputera yang terpenggal itu pun
bertemulah dengan puteri ketiga itu. Maka ia segeralah pergi mengadap Raja
Syahian. Maka segala tubuh Inderaputera itu pun dihantarkannya ke hadapan baginda
itu serta ia berdatang sembah, Ya Tuanku Syah Alam, adapun sahabat patik
Inderaputera ini sudah mati dibunuh oleh anak raja-raja itu maka tiada dengan
dosanya.
Maka baginda pun hairan memandang tubuh Inderaputera itu seraya menepuk
pahanya seraya berkata, Wahai, sayang sekali kami akan Inderaputera ini.
Maka baginda pun segera menyuruh memanggil anak raja-raja itu. Syahadan maka
segala anak raja-raja itu pun datanglah seraya sujud berdatang sembah, Ya Tuanku
Syah Alam, patik yang membunuh akan Inderaputera itu kerana ia sangat memberi
malu patik.
195

165

Maka sambil mereka berkata-kata itu mereka dipandang oleh ketiga orang muda.
Maka ketiga orang muda itu lalu amat marah sebab menengar perkataan anak rajaraja itu seraya menyinsingkan bajunya sambil berdatang sembah, Ya Tuanku Syah
Alam, jikalau tiada kurnia Shah Alam memutuskan pekerjaan hukum orang yang
membunuh sahabat patik ini, maka beberapa pula patik kerjakan barang sesuka
patik.
Maka Raja Syahian pun tunduk. Hatta di dalam antara maka anak raja-raja itu
memandang pada orang muda itu laki-Iakikah atau perempuan. Maka ujar seorang,
Jikalau perempuan mengapa ia memakai seperti laki-laki.
Maka titah paduka baginda, Hai orang muda, esok hari akan kita berbicara
mengenai pekerjaan itu.
Setelah itu maka baginda pun kembalilah ke istananya sambil memandang kepada
orang muda itu tiada juga lepas daripada hatinya. Maka orang muda yang bertiga
orang itu pun kembalilah membawa mayat Inderaputera itu serta dengan
masyghulnya. Maka diikuti juga oleh anak raja-raja itu. Maka ujar orang muda itu
pada Perdana Menteri, Ya tuan hamba, bawalah dahulu mayat ini. Hamba hendak
hajat.
Maka dinantikan orang serta segala anak raja-raja itu. Setelah dilihatnya puteri ketiga
itu menanggalkan bajunya dan segala pakaiannya dan menguraikan rambutnya lalu ia
masuk ke kampung Perdana Menteri. Maka kata anak raja-raja itu sama sendirinya,
Bukankah sudah kata beta tadi orang muda itu perempuan lakunya. Sekarang
nyatalah ia perempuan. Maka sekalian mereka itu pun hairan melihat kelakuannya
lalu ia pulang dengan masyghulnya.
Hatta maka mayat itu pun sampailah ke rumahnya Perdana Menteri; kerana hikmat
sudah zahirlah yang membunuh Inderaputera itu. Setelah itu maka dibawanya masuk
ke dalam kelambu oleh tuan puteri yang ketiga itu lalu dibubuhnya hikmat bedi zahar
itu kepada tubuh Inderaputera itu. Maka dengan ditolongi oleh Tuhan Yang
Mahabesar akan Inderaputera pun hiduplah. Maka hari pun malamlah. Maka
Inderaputera pun mencita gemala hikmat itu. Maka jadilah sebuah mahligai dan
sebuah balai terlalu permai dan pelbagai permainan dan segala bunyi-bunyian seperti
hikmat yang dahulu itu juga.
Arakian maka terdengarlah bunyi-bunyian itu kepada tuan puteri. Maka ujarnya
kepada dayang-dayang, Hai inangku bunyian Inderaputera juga rupanya itu.
196

166

Maka sahut dayang-dayang itu, Ya tuan puteri di mana pula Inderaputera itu akan
hidup kembali kerana ia sudah mati dibunuh oleh anak raja-raja itu.
Maka tuan puteri pun menangis dengan berahi hatinya. Maka sembah dayang-dayang
itu, Janganlah tuanku menangis. Nantilah patik pergi melihat.
Setelah demikian maka dayang-dayang berjalanlah pergi melihat.
Hatta maka dilihatnya ada Inderaputera lagi bergurau dengan tiga orang muda
perempuan terlalu elok parasnya. Maka dayang-dayang itu pun segeralah berlari-lari
kembali kepada tuan puteri serta sembahnya, Ya tuanku, Inderaputera ada ia hidup.
Patik lihat lagi bersenda gurau dengan tiga orang perempuan.
Maka ujarnya tuan puteri, Marilah kita pergi melihat rupanya. Sebermula adapun
Dikar Agus tatkala dayang-dayang itu datang maka segeralah ia memberitahu kepada
Inderaputera. Maka sekatika lagi maka tuan puteri pun memakai pakaian seperti lakilaki. Maka dilihat oleh Inderaputera tuan puteri itu datang. Segera ditangkap
tangannya tuan puteri itu serta tersenyum katanya, Baharu ini aku akan beroleh
orang pencuri ini.
Hatta maka tuan puteri pun tersenyum seraya berkata, Berani sungguh orang ini
memegang tangan orang. Sambil berpaling lalu berpantun demikian bunyinya:
Seri Rama menambang tasik,
Tasik ditambang di padang tetamu;
Sekian lama menanggung kasih,
Baharulah sekarang kita bertemu.
Maka Inderaputera pun tersenyum serya memimpin tangan tuan puteri itu lalu
dibawanya naik ke atas mahligai. Maka tuan puteri pun memberi isyarat kepada
dayang-dayang. Maka dayang-dayang itu pun tahulah lalu mengiringkan tuan puteri.
Setelah demikian maka berkata Inderaputera, Bersalin akan pakaian yang sediakala
tuan puteri.
Maka tuan puteri pun memakai pakaian lalu duduk beratur keempatnya. Kalakian
maka dilihat oleh Inderaputera tuan puteri yang keempat itu seperti bunga setangkai
terlalu indah sekali. Tetapi terlebih Tuan Puteri Mengindera Seri Bulan pantas manis
barang lakunya.
Hatta maka makanan-makanan itu pun diangkat oranglah. Maka ujar Tuan Puteri
Jamjam Dewi Gemala Ratna kepada Tuan Puteri
197

167

Mengindera Seri Bulan, Santaplah tuan puteri barang apa yang ada. Janganlah tuan
puteri aibkan kerana tiadalah dengan sepertinya.
Maka keempat itu pun makanlah seraya berceterakan segala halahwalnya
Inderaputera itu daripada permulaan datang kepada kesudahan, peri tatkala
Inderaputera diterbangkan oleh merak emas. Maka Tuan Puteri Mengindera Seri
Bulan medengar budi bahasa Inderaputera itu anak Maharaja Bikrama Buspa, raja
besar itu. Maka ia pun terlalu sukacita hatinya. Setelah itu maka terhentilah daripada
makan dan minum. Maka ia pun lalu memakai bau-bauan pula.
Hatta maka hari pun akan sianglah, Maka tuan puteri Mengindera Seri Bulan pun
bermohonlah kepada Inderaputera dan pada tuan puteri yang ketiga orang itu. Maka
ujar Tuan Puteri Jamjam Dewi Gemala Ratna, Hai adinda puteri, janganlah berkecil
hati. Ada pun kakanda itu anak raja besar bertambah-tambah pula bijaksana. Di
manalah kita peroleh yang demikian pada zaman ini seperti paduka kakanda itu.
Maka tuan puteri pun tersenyum lalu kembali seraya dihantarkannya oleh
Inderaputera. Setelah sudah makan hari pun sianglah, Maka Inderaputera pun
mengambil akan gemala itu. Maka tuan puteri ketiga itu pun masuklah ke dalam
cembul mutiara itu.
Hatta maka Raja Shahian pun dihadap oleh segala menteri hulubalang. Maka
Inderaputera pun datanglah mengadap paduka baginda. Setelah baginda melihat rupa
Inderaputera itu datang, maka baginda pun hairanlah melihat rupa Inderaputera itu
hidup pula seraya memberi titah, Wahai anakku Inderaputera, apa bicaramu segala
orang anak raja-raja itu kerana ia membunuh anakku tiada dengan sebenarnya.
Maka sembah Inderaputera, Ya tuanku sungguhnya patik hidup pula dan cembul
gemala yang diambil itu pun dikembalikannya pada patik.
Maka baginda pun segera menyuruh memanggil akan segala anak raja-raja itu. Maka
anak raja itu pun datanglah. Setelah ia melihat Inderaputera hidup itu lalu pucatlah
mukanya itu. Maka Inderaputera itu pun tersenyum. Maka baginda pun memberi
titah, Wahai anakku sekalian pulangkanlah cembul gemala Inderaputera itu.
Maka masing-masing mempersembahkan cembul itu. Setelah sudah maka Perdana
Menteri pun berdatang sembah, Ya tuanku Syah Alam, apa hukumnya orang
membunuh orang dengan tiada berdosa ?
198

168

Maka titah baginda, Mana hukum yang benar hamba menurut, maka supaya beroleh
segala anak raja-raja yang jahat budi itu,
Setelah itu maka baginda pun berangkatIah kepada istananya.
Maka Inderaputera pun kembalilah dan segala anak raja-raja itu pun kembalilah
dengan dukacitanya serta dengan kemaluannya. Maka ia pun menyuruh pula kepada
keesokan hari itu pula, katanya. Marilah kita ajak Inderaputera itu bermain-main
panah.
Syahadan maka segala anak raja-raja itu pun menyuruhlah memanggil Inderaputera.
Maka ujar biduanda itu, Ya tuanku Inderaputera, tuanku dipersilakan oleh segala
anak raja itu bermain-main panah.
Maka ujar Inderaputera, Hamba tiada tahu bermain-main akan panah itu. Dan jika
anak raja-raja itu hendak mengajar hamba baiklah juga.
Kalakian maka terdengarlah pula kepada paduka baginda, maka paduka baginda pun
keluarlah ke balai dengan segala hulubalang dan rakyat-rakyat sekalian. Maka
padang itu pun diperbaiki oranglah. Hatta maka segala anak raja-raja itu pun
datanglah. Maka Inderaputera pun datang juga. Maka genderang pun dipalu oranglah
terlalu azmat. Maka segala anak raja-raja itu pun bermain-main akan panah dan
berpanah-panahanlah sama temannya.
Setelah itu maka Inderaputera pun keluarlah seraya berkata, Sekarang inilah aku
hendak mencuba memanah anak raja-raja ini. Serta dipanah oleh Inderaputera akan
anak raja-raja itu dengan suatu hikmat. Maka segala anak panah itu pun tiada terlepas
daripada busarnya. Maka beberapa dikuatinya oleh segala anak rajaraja itu tiada juga
terlepas sehingga tali panah itu pun putuslah terjerat kepada leher segala anak rajaraja itu. Maka keluarlah darah ditelinganya dan pada matanya dan segala orang
banyak itu pun tertawalah ramai-ramai gelak. Setelah itu maka Inderaputera pun
tertawalah beramai-ramai sama dengan orang banyak itu.
Maka Inderaputera pun menurunkan angin. Maka setelah habis angin ribut taufan itu
maka Inderaputera mengeluarkan rantai lalu mengikat segala anak raja-raja itu.
Setelah itu maka baginda pun kembalilah kepada istananya seraya tersenyum. Maka
berseru-serulah segala anak raja-raja itu dengan tangisnya minta dilepaskan ia kepada
Inderaputera itu. Maka dilepaskan oleh Inderaputera rantai itu.
Hatta maka menteri yang dengki empat orang itu pun pergilah kepada segala anak
raja-raja itu demikian katanya, Wahai segala
199

169

anak raja-raja beroleh malulah kita sekalian adanya kepada hari ini. Marilah kita
berhimpun sekali beramai-ramai, kita muafakat bunuh Inderaputera itu. Kita
cincanglah lumat-lumat. Kita jadikan iaitu habu.
Maka ujar anak raja-raja itu, Baiklah jika demikian.
Maka Inderaputera pun lalu pula sendirinya. Maka dilihat oleh segala anak raja-raja
itu Inderaputera itu berjalan dengan seorang dirinya. Maka Inderaputera pun
dibunuhnya oleh segala anak raja-raja itu. Maka setelah sudah mati maka
dicincangnya pula lumat-lumat. Setelah itu maka ia pun terlalulah sukacitanya lalu
kembali.
Hatta maka tuan puteri ketiga-tiga pun menanti-nanti Inderaputera itu tiada juga
kembali. Maka tuan puteri itu pun tahulah akan Inderaputera itu sudah dibunuhi oleh
segala anak raja-raja itu. Maka ia pun segeralah memakai pakaian seperti laki-laki.
Setelah demikian maka mayat Inderaputera itu pun dicarinya tiada juga bertemu.
Maka ujarnya Tuan Puteri Jamjam Dewi Gemala Ratna itu seraya berkata, Di
manakah gerangan Inderaputera itu. Matikah ia sebab bermain-main panah itu. Ada
pun jika ada panah daripada Derma Gangga itu di dalam tangannya tiadakan
mengapa.
Setelah itu maka tuan puteri yang ketiga itu pun melepaskan anak panah
kesaktiannya itu disuruh pergi mencari Inderaputera itu. Jikalau ia menjadi habu
sekali pun dapat juga. Maka anak panah itu pun menjadi semut, pergi mencari tubuh
Inderaputera itu. Maka anak panah itu pun bertemulah dengan mayat Inderaputera
itu. Sudahlah hancur. Maka ia pun segera kembali memberitahu kepada tuan puteri
ketiga itu.
Setelah demikian maka tuan puteri ketiga berkata, Wahai panah yang sakti
tunjukkan olehmu, kita pergi bersama-sama.
Maka tuan puteri bertiga itu pun pergilah mengikut anak panah itu. Setelah dilihat
oleh tuan puteri ketiga tubuh Inderaputera itu maka dicabut oleh tuan puteri anak
panah itu lalu dihempaskan anak panah itu ke bumi. Maka anak panah itu menjadi
semut terlalu banyak. Maka segala daging-daging dan kulit-kulit Inderaputera yang
hancur itu pun dihimpunkannya.
Setelah sudah berhimpun maka dibawanya kepada Raja Syahian.
Maka ujar mereka itu, Ya tuanku Syah Alam, sahabat patik Inderaputera itu dibunuh
oleh segala anak raja-raja itu. Maka inilah tubuhnya.
200

170

Maka Raja Syahian pun amat hairan melihat akan hal Inderaputera itu. Setelah itu
maka dikeluarkannya oleh tuan puteri yang ketiga itu hikmat daripada Berma Sakti
itu. Ditambangkannya pada tubuh Inderaputera yang hancur itu dihadapan Raja
Syahian. Maka dengan tolong Tuhan Yang Mahabesar dan Yang Mahakuasa maka
hiduplah Inderaputera itu di hadapan paduka Syah Alam. Maka segala orang banyak
itu pun hairan melihat kelakuan Inderaputera itu. Setelah orang banyak-banyak di
dalam negeri itu medengar wartanya Inderaputera itu gemparlah mereka itu. Maka
paduka Syah Alam itu pun menyuruh memanggil segala anak raja-raja sekalian itu.
Setelah datang ia maka dilihatnya Inderaputera itu hidup. Maka mukanya pun
berubah pucat lesi.
.
Maka Inderaputera dan Perdana Menteri itu pun berdatang sembah, Ya tuanku Syah
Alam patik pulangkanlah segala hartanya dan hamba sahayanya anak raja-raja itu
sekaliannya jangan patik ambil kerana hamba kasih sangat pada mereka.
Maka baginda pun sukacitalah menengar sembah Inderaputera itu hendak
mengembalikan hartanya anak raja-raja itu. Maka anak raja-raja itu pun disuruh
panggil oleh Raja Syahian. Maka segala anak raja-raja itu pun datanglah. Maka
dikembalikannya hartanya dan hamba sahayanya itu. Maka segala anak raja-raja itu
pun sukacitalah hatinya itu serta memuji-muji akan Inderaputera serta katanya,
Wahai saudaraku Inderaputera, hamba-apa sekalian minta ampun banyak-banyak
kepada saudaraku itu.
Maka ujar oleh Inderaputera, Hai saudaraku segala anak raja-raja, maka janganlah
tuan-tuan dengar akan fitnah orang yang celaka, segala menteri yang dengki itu. Jika
tuan-tuan sekalian dengar pula kata-kata menteri yang dengki itu kemudian hari tuantuan beroleh kemaluanlah adanya pula.
Setelah itu maka paduka baginda pun berangkatlah masuk ke istana dan segala anak
raja-raja itu pun bermohonlah kepada Inderaputera lalu kembali dengan sukacitanya
melainkan menteri-menteri yang dengki itu sahaja yang tiada berkepuasan
dendamnya akan Inderaputera.
Syahadan adalah diceterakan oleh orang yang empunya cetera ini, setelah sudah
dilihat oleh Raja Syahian barang permainan Inderaputera itu maka terlebihlah juga
daripada segala anak raja-raja itu. Hatta maka baginda pun berbicaralah memanggil
akan Perdana Menteri dengan isterinya itu. Setelah datang lalu menyembah keduanya. Maka disuruh oleh baginda duduk sambil baginda bertitah,
201

171

Wahai mangkubumi, engkau berlengkap tuan-tuan pada hari yang baik. Aku
memulai pekerjaan anakku dengan Inderaputera itu. .
Maka sembah Perdana Menteri dua laki isteri, Ya tuanku Syah Alam mana titah
Syah Alam patikjunjungkan. Maka pada hari yang baik Paduka Syah Alam pun
memulai pekerjaan berjaga-jaga dengan segala bunyi-bunyian. Maka patik hamba
pun mengikut paduka Syah Alam juga adanya.
Setelah keesokan hari maka paduka Syah Alam pun memulai pekerjaan berjaga-jaga
serta dengan bunyi-bunyian terlalu azmat seperti guruh di langit adanya. Dan
Perdana Menteri pun mengerjakan juga kadarnya. Syahadan maka Inderaputera pun
menyuruh akan Dikar Kilat katanya, Hai saudaraku, pergi panggil akan Raja Dewa
Lela Mengerna dengan saudaraku Nobat Rom Syah dan anak raja-raja kepada tasik
Baharul Asyikin dan pada anak mambang kedua dan pada Maharaja Puspa Pandai
dan anaknya Dinar Pandai dan pada anak raja-raja padang Anta Berahi dan Raja
Ghurentar Syah dengan Malik Zahab, dan pada saudaraku Syahran Derkas dengan
Indera Jilani dan pada baginda Maharaja Baharum Tabiq adanya. Katakan sembahku
pada baginda itu.
Maka Dikar Kilat pun menyembah lalu berjalan pergi mendapatkan sekalian raja-raja
disuruh panggil oleh Inderaputera itu. Sebermula segala menteri-menteri yang dengki
itu pun mesyuaratlah pula sama temannya itu demikianlah katanya, Jikalau
Inderaputera itu menjadi menantunya Raja Syahian itu niscaya habislah sekalian kita
dibunuhnya. Pada bicara hamba baiklah kita lari dari negeri raja yang celaka ini.
Setelah itu maka ia pun pergilah bermuafakat dengan segala anak raja-raja itu. Maka
kepada tengah malam maka sekalian menteri itu pun habislah membawa anak
bininya dan segala hartanya dan segala gajah kudanya dan serta dengan alat
peperangan sekalian habislah dibawanya.
Kalakian maka terdengarlah warta kepada Paduka Syah Alam. Maka baginda pun
terpegun tiadalah terbicara lagi. Lalu paduka Syah Alam pun menyuruh seorang
biduanda memanggil Perdana Menteri dan Inderaputera. Maka ia pun kedua
segeralah datang mengadap paduka Syah Alam. Maka mereka pun memberi titah
serta bercetera akan segala perihal-ahwal segala menteri dan hulubalang dan segala
anak raja-raja itu katanya, Wahai anakku esok harilah ia datang menyerang kita
kerana perkakas perang habis semuanya dibawanya.
202

172

Setelah Inderaputera menengar titah Raja Syahian demikian maka sembah


Inderaputera. Pertetap juga hati yang Dipertuan bahawa patiklah akan melawan
akan mereka itu serta dengan tolong Tuhan Yang Mahabesar dan Mahakuasa akan
hambanya.
Maka Inderaputera pun keluarlah ke padang hampir di sisi negeri, itu. Maka lalu
dicitanya Dewa Langkurba. Maka Gemala Hikmat itu pun ditambangkannya. Dengan
seketika itu juga menjadilah sebuah negeri dengan alat kelengkapannya serta dengan
kota paritnya. Syahadan beberapa jin dewa peri sekalian mereka itu pun mustaib
dengan alat senjatanya seperti alat peperangan gajah kuda dan segala bunyi-bunyian
terlalulah azmat bunyinya. Maka masing-masing itu pun beraturlah.
Maka Paduka Syah Alam pun menengar bunyi-bunyian itu. Maka titah baginda pada
Perdana Menteri itu, Datanglah sudah gerangan anak raja-raja itu menyerang kita ini
kerana bunyi-bunyian terlalu azmat bunyinya itu.
Maka baginda dengan tuan puteri dan segala isi negeri itu habislah berpindah kepada
negeri Inderaputera yang baharu itu. Maka Raja Syahian pun makinlah bertambahtambah hairan melihat akan hikmat Inderaputera itu. Setelah itu baginda pun melihat
temasya demikian bertambah-tambah ajaib sebab melihat jin dewa peri terlalu amat
banyak dan orang sekalian pun hairan melihat kota itu.
Arakian maka tersebutlah perkataan Dikar Kilat tatkala disuruhkan oleh Inderaputera
menjemput akan Raja Dewa Lela Mengerna dan Nobat Rom Syah dan sekalian anak
raja-raja itu. Maka sekalian mereka itu datang dengan segala bunyi-bunyian terlalu
amat gemuruh dan beberapa panji-panji yang terdiri. Maka segala orang yang di atas
kota itu melihat panji-panji Raja Dewa Lela Mengerna datang terlalu banyak, maka
segera ia berlari-lari memberitahu akan Inderaputera. Maka Inderaputera pun
segeralah naik ke atas kota itu. Maka dilihatnya di bawah panji-panji itu Raja Dewa
Lela Mengerna,
Maka Inderaputera pun pergilah memberitahu pada baginda, Ya tuanku, bukannya
lawan kita yang datang itu. Saudara patik Raja Dewa Lela Mengerna.
Maka Raja Syahian pun naiklah ke atas kota itu. Maka Inderaputera pun keluarlah
mengalu-alukan Raja Dewa Lela Mengerna itu. Setelah bertemu keduanya maka
anak raja-raja itu pun berjabat tangan keduanya itu serta berpeluk dan bercium. Maka
dibawanya
203

173

oleh Inderaputera ke dalam kota. Maka Raja Dewa Lela Mengerna pun datang
menyembah paduka Maharaja Syahian. Seketika lagi pula maka Nobat Rom Syah
pun datang dengan segala bunyi-bunyian. Dan seketika lagi datanglah anak raja
mambang kedua. Dan seketika lagi datanglah anak raja-raja yang pada Tasik Baharul
Asyik dan seketika lagi maka datanglah anak raja-raja yang kurang esa empat puluh
daripada padang Anta Berahi itu. Maka seketika lagi datanglah Raja Puspa Pandai
dengan anaknya Dinar Pandai, dan seketika lagi maka datanglah Raja Syahran
Darkas dengan saudaranya Indera Jilani, dan seketika lagi maka datanglah Raja
Ghurentar Syaf dengan Malik Zahab.
Hatta kemudian daripada itu maka datanglah Maharaja Baharum Tabiq mengenderai
gajah putih bergading hitam diiringkan oleh sekalian hulubalang menterinya serta
bala tenteranya sekalian dengan dipalukannya sekalian bunyi-bunyiannya terlalulah
azmat bunyinya itu. Syahadan maka Inderaputera pun pergi mengalualukan sekalian
raja-raja itu. Maka Inderaputera pun berpeluk bercium dengan sekalian mereka itu.
Maka dibawa oleh Inderaputera mengadap Maharaja Syahian sekalian raja-raja itu.
Maka Raja Syahian pun hairanlah melihat hal Inderaputera itu.
Kalakian maka Raja Syahian pun memberi hormat yang mulia-mulia akan sekalian
raja-raja datang itu seraya didudukkan oleh baginda seorang ke atas kerusi yang
keelokan. Maka hidangan pun diangkat oranglah ke hadapan sekalian raja-raja itu.
Maka sekalian raja-raja itu pun makanlah pada hidangan masing-masing. Arakian
maka segala anak raja-raja itu pun menceterakan perkataan Inderaputera kepada
Maharaja Syahian. Maka baginda pun baharu tahu akan Inderaputera itu anak
Maharaja Bikrama Buspa. Maka baginda pun terlalu sukacita hatinya sebab
menengar cetera Inderaputera itu. Setelah sudah makan minum maka segala bunyibunyian pun dipalu oranglah.
Syahadan di dalam antara itu maka dilihat oleh segala anak raja-raja dan segala
menteri yang hendak melawan Raja Syahian berperang itu. Maka ia pun tiadalah jadi
datang dengan takutnya kerana sebab dilihatnya sekalian anak raja-raja yang datang
itu semuanya dengan takzimnya akan Inderaputera itu.
Maka kata sekalian anak raja-raja itu, Maka marilah kita pergi daripada sini. Jika
kita sekalian melawan pun kita tidak beroleh akan menang kepadanya itu. Akhirnya
kita beroleh akan malu berpanjangan lagi adanya.
204

174

Maka segala anak raja-raja dan segala menteri dengki itu naiklah ke atas bahteranya
masing-masing serta membawa anak isterinya dan hartanya. Maka ia pun belayarlah.
Kalakian setelah sudah Raja Syahian berjamu segala anak raja-raja itu makan
dipersembahkan oranglah mengatakan bahawa segala menteri dan anak raja-raja itu
sudah belayar.
Maka titah baginda kepada Inderaputera, Apa bicaranya anakku akan segala menteri
itu?
Maka sembah Inderaputera, Ya tuanku Syah Alam, atas patiklah. Tidak akan ke
mana perginya itu.
Setelah itu maka Inderaputera pun menurunkan angin ribut taufan, guruh halilintar,
petir kilat sabung-menyabung. Maka disuruhnya pula Dikar Agus dan Dikar Kilat
mengawali segala bahtera anak raja-raja dan menteri itu. Setelah bahtera itu kena
ribut taufan itu maka segala mereka itu pun tiadalah beroleh belayar lagi. Maka
berputar-putarlah ia di tengah laut itu.
.
Setelah itu maka Dikar Agus dan Dikar Kilat pun berseru-seru daripada udara
katanya, Hai segala anak raja-raja yang durhaka dan hai menteri yang celaka
segeralah kamu sekalian kembali. Tiadakah engkau tahu akan gagah perkasa
Inderaputera itu sekarang ini? Segeralah engkau pergi minta banyak-banyak akan
salahnya kamu itu kepada baginda kami Inderaputera itu. Sedangkan segala jin dan
peri dan dewa itu pun lagi turut katanya itu dan beberapa serta takzimnya kepada itu.
Ada pun pada zaman ini segala manusia tiadalah boleh akan lebih daripadanya
baginda itu. Maka jikalau dipanahnya akan bahtera ini dengan sekali panah sahaja
niscaya habislah binasa. Ada pun tatkala baginda itu mati jangan kau-apa sekalian
tiada ketahui dengan hikmat juga, dan jikalau kamu sekalian tiada kamu segera pergi
meminta ampun kepada baginda kami Inderaputera itu, niscaya tiada binasalah kamu
sekalian dalam ini pula. Jika kamu hendak membuat bantahan lagi tiada kamu
sekalian mau ikut perkataanku ini dengan segeralah aku turun memalu kapalmu
sekalian itu dengan cukmarku ini.
Hatta setelah didengar oleh segala anak raja-raja itu dengan segala menteri itu
perkataan Dikar Agus dan Dikar Kilat itu maka sekalian mereka itu pun kembalilah
dengan segeranya datang kepada Perdana Menteri peri mengatakan ia sekalian
meminta ampun kepada Inderaputera dan kepada Raja Syahian. Setelah itu maka
Perdana Menteri pun pergilah membawa akan segala anak raja-raja itu dan segala
menteri itu ke hadapan paduka Syah Alam dan Inderaputera. Setelah
205

175

dilihatnya oleh Inderaputera segala hal-ahwal mereka itu maka Inderaputera pun
turunlah melepaskan mereka itu seraya dibawanya sekalian masing-masing pada
tempatnya dan dianugerahinya pakaian yang indah-indahnya. Maka sekalian mereka
itu pun hairanlah melihat lakunya Inderaputera itu seraya berfikir di dalam hatinya,
Sungguhlah Inderaputera ini anak raja besar. Berbahagialah raja kita beroleh
menantu orang yang demikian.
Syahadan setelah selesailah daripada hal itu maka baginda pun memulai pekerja
berjaga-jaga. Maka raja pun kembalilah ke negerinya. Maka Inderaputera pun
duduklah pada negeri baharu itu dengan segala anak raja-raja kedua buah negeri itu
berjaga-jaga terlalu ramai .memalu bunyi-bunyian. Arakian maka Raja Dewa Lela
Mengerna dan Nobat Rom Syah dan segala anak raja-raja sekalian pun pergilah pada
orang yang memalu bunyi-bunyian, seketika baginda bermain-main di sana dan
seketika pergi kepada orang yang bermain-main tombak dan pedang perisai. Maka
baginda dan segala anak raja-raja itu pun turut bermain-main terlalu ramai bunyinya.
Maka seketika lagi baginda pergi kepada orang berjuangkan gajah dan bermain kuda
dan segala anak raja-raja itu pun bermain-main, seketika lagi pergi kepada segala
anak raja-raja bermain catur. Di sana pula duduk bermain-main catur.
Syahadan segala orang di dalam negeri itu pun hairanlah serta sukacita hatinya
melihat anak raja-raja duduk bermain-main pelbagai perbuatannya. Setelah itu
paduka Syah Alam pun pergilah kepada negeri Inderaputera. Di sanalah baginda
duduk. Maka kedua negeri itu sama-sama membuat pekerjaan Inderaputera dan Tuan
Puteri Mengindera Bulan. Kalakian beberapa hari berjaga-jaga Raja Dewa Lela
Mengerna dan Nobat Rom Syah dan Raja Puspa Pandai dan Dinar Pandai dan
Maharaja Baharum Tabiq dan akan segala anak raja-raja sekalian diarak oranglah.
Maka perarakan itu daripada emas sepuluh mutu bertatahkan ratna mutu maknikam
berumbaikan mutiara. Maka diperbuatnya perarakan yang terbesar itu sembilan
pangkat dan pucuk perarakan itu ditaruhnya sebuah gemala bergantung berbagaibagai warnanya dan perbuatannya perarakan itu. Jala-jalanya dan maknikam dikarang dan pangkat itu berjala-jalakan intan dikarang, ditambahinya dengan nilam
pualam, puspa logam dan beberapa emas dan perak dan suasa. Maka terlalu indah
sekali perbuatannya, indah-indah rupanya janganlah lagi dikata serta dengan
hamparannya sakhlat ainuIbanat dan permaidani. Dan lagi beberapa pula perarakan
yang
206

176

kecil-kecil akan mengiringkan perarakan yang besar itu. Terlalu indah-indah rupanya.
Syahadan maka Raja Syah ian pun menghiasi balairung di dalam istananya dan
penghadapan sekalian itu daripada emas urai. Setelah genapnya empat puluh hari
empat puluh malam maka pada hari yang baik maka Tuan Puteri Mengindera Seri
Bulan pun bersiaplah dengan segala pakaian yang indah-indah bersubang berjentera
dan bergelang mutiara dikarang terlalu sekali akan indah-indah rupanya. Arakian lain
daripada itu beberapa pula pakaian yang lekat pada tubuh tuan puteri itu terlalu
indah-indah gemerlapan rupanya. Maka Tuan Puteri Mengindera Seri Bulan pun
bertambah-tambah akan rupanya itu gilang-gemilang cahayanya itu. Maka tiadalah
dapat dipandang nyata.
Setelah sudah tuan puteri berhias maka lalu dia didudukkan orang di atas puspa
pemujaan dan empat orang anak Perdana Menteri yang dara-dara memegang kipas
emas yang bertatahkan ratna mutu maknikam dan empat puluh anak dara menyimpai
kain kekuningan dan setengah duduk di belakang tuan puteri dan empat puluh anak
rajaraja duduk di kanannya dan empat puluh di kirinya. Maka segala orang kaya-kaya
itu pun hadirlah mengadap tuan puteri itu seperti bulan purnama dipagar oleh bintang
rupanya. Setelah sudah tuan puteri berhias maka Inderaputera pun dihiasi oranglah
pula dengan beberapa pakaian yang terkena berkilat-kilat kepada tubuh baginda itu.
Setelah sudah berhias maka dinaikkan oranglah ke atas perarakan yang kedua
pangkat itu. Empat orang anak raja-raja dan anak menteri yang duduk memegang
kipas yang keemasan dan empat orang kanak-kanak menjagakan di belakang baginda
itu memegang akan keris berulukan maknikam dan ketiga pangkat itu mustaiblah
dengan kelengkapannya. Setelah itu maka Raja Dewa Lela Mengerna dan Nobat
Rom Syah itu pun berkuda seorang seekor kuda. Maka berbunyilah segala jenis
bunyi-bunyian itu. Maka terlalulah azmat bunyinya. Maka terkembanglah payung
kerajaan daripada mutiara dikarang.
Syahadan maka terdirilah jogan alamat dan berbunyilah nobat negara merangu nafiri
dan genderang, serunai, bangsi, kopak, ceracap dan lain daripada itu beberapa pula
pelbagai rupanya. Kalakian maka perarakan itu pun berkibar-kibarlah. Maka
Inderaputera pun beraraklah, adalah laksana matahari terbit yang baharu terbit
gilang-gemilang akan cahayanya itu. Maka Raja Dewa Lela Mengerna dan Nobat
Rom Syah pun seketika memacukan kudanya itu ke

20

177

sana ke sini mengaturkan segala pawai itu dan segala bunyi-bunyian itu pun
sangatlah
bunyinya. Maka Raja Dewa Lela Mengerna pun melontarkan cemti
kudanya itu ke udara.
Maka turunlah hujan mutiara berhamburan seperti permata dengan air mawar. Maka
segala mereka itu pun ramailah memungut permata mutiara dan mandi hujan air
mawar itu. Maka Raja Puspa Pandai itu melontarkan cemti kudanya itu ke udara.
Maka jatuhlah bunga rampai dan narawastu seperti hujan yang amat lebat turunnya
itu. Maka segala mereka itu pun ramailah mengambil bunga rampai itu dan serta
mandi narawastu itu ada seketika pula maka anak raja mambang kedua pun
melontarkan cemti kudanya itu ke udara. Maka seketika itu juga maka turunlah
seperti payung berbagai-bagai rupanya akan menaungkan Inderaputera. Maka segala
orang isi negeri itu pun hairan melihat segala kesaktian mereka itu.
Hatta maka Inderaputera pun sampailah ke istananya. Maka Raja Dewa Lela
Mengerna dan Nobat Rom Syah pun menghampirkan kudanya mendekati perarakan
itu seraya melompat naik ke atas perarakan Inderaputera itu seorang dari kanan
seorang dari kiri. Maka Raja Syahian pun menyambut tangan Inderaputera itu didudukkannya di sisi tuan puteri itu, sebelah kanan. Maka lalu dipercekkan orang
dengan air mawar. Setelah demikian maka nasi hadaphadapan itu pun dibawa
oranglah di hadapan pengantin laki isteri itu dan segala bini raja-raja dan bini
menteri-menteri dan bini orang kaya-kaya pun menyuapkanlah keduanya itu. Setelah
itu lalu dibawanya masuk dalam peraduan. Maka tirai kelambu yang keemasan itu
pun dilabuhkan oranglah.
Maka Maharaja Syahian pun mengatur segala raja-raja itu. Setelah itu maka hidangan
pun diangkat oranglah, dan segala raja-raja dan menteri-menteri hulu balang itu pun
santaplah. Setelah sudah santap maka minuman pula diangkat serta diperedarkan
orang. Setelah genaplah tiga hari tiga malam itu bersuka-sukaan maka Raja Syahian
pun berbuat panca persada dua belas pangkat, tiangnya itu daripada gading bersendi
dengan emas dan segala pangkat itu. Maka dihamparkanIah hamparan daripada
sakhlat ainulbanat. Maka terkena payung yang sudah ter kembang pada segala
pangkat hamparan itu payung maknikam di karang terlalu indah-indah dan terkenalah
pada langit-langit daripada kain yang mulia-mulia dan tirai dewangga yang keemasan
itu pun dilabuhkan oranglah.
Maka Raja Dewa Lela Mengerna dan Nobat Rom Syah pun berbuat Jempaan ratna
dan kedua perarakan itu tempat langir dan
208

178

bedak dan beberapa daripada kumba emasdan tembaga suasa, Maka langir itu
ditaruhkan pada battil manikam dan bedak itu pada batil mutiara. Setelah sudah maka
ditaruhnya perarakan itu.
Hatta maka Inderaputera pun diarak oranglah di atas panca persada itu. Setelah sudah
genap tujuh kali berkeliling jalan maka dilabuhkan oranglah tirai dewangga itu.
Maka Inderaputera serta tuan puteri pun dilangiri oranglah di atas panca persada itu.
Maka Raja Puspa Pandai menyuruh kera bermain-main akan tombak. Ada yang
bergocoh-gocoh sesamanya itu dan ada yang setengah berbantingbanting sesamanya
itu. Maka segala orang seisi negeri itu pun hairanlah melihat kelakuannya kera dan
beruk dan lotong mawas, kerkah dan siamang itu.
Setelah sudah Inderaputera mandi dengan tuan puteri lalu bersalin kain basahan dan
memakai bau-bauan. Maka segala anak rajaraja itu pun dipersalin oleh Raja Syahian
dengan pakaian yang indah-indah. Setelah sudah maka beraraklah kembali ke istana
lalu didudukkan oranglah pula di atas takhta panca persada pemujaan. Setelah sudah
maka baginda Maharaja Syahian pun mengaturlah akan segala anak raja-raja dan
segala menteri itu pun makanlah pelbagai nikmat. Setelah sudah makan maka
minuman pula diperedarkan oranglah dan piala yang bertatahkan ratna mutu
maknikam itu pun berbunyilah. Maka segala yang berahi itu pun bangkitlah. Menteri
dan segala orang yang muda-muda pun masing-masing melakukan kesukaan.
Kalakian maka selama Inderaputera berjaga-jaga maka segala isi negeri itu pun
tiadalah khabarkan rumahnya sebab suka melihat segala permainan aneka bagai
semuanya ada belaka adanya.
209

179

BAB XIV
BERTEMU AYAH BONDA
Al-kisah maka diceterakan oleh orang yang empunya cetera ini demikianlah
bunyinya. Beberapa lamanya Inderaputera sudah berkahwin dengan Tuan Puteri
Mengindera Seri Bulan itu maka baginda pun duduklah makan dan minum bersukasukaan pada tiap-tiap hari dan malamnya dengan segala anak raja-raja itu. Tatkala itu
maka Inderaputera pun teringatlah akan ayah bondanya itu. Maka kepada suatu hari
Inderaputera pun datanglah mengadap kepada Raja Syahian demikian katanya, Ya
tuanku Syah Alam, lamalah sudah patik meninggalkan ayah bondanya patik
melainkan sekarang jikalau dapat kiranya patik memohon kurniaan ke bawah duli
Syah Alam kerana patik rindu dendam hendak kembalinya ke negeri patik.
Syahadan maka titah baginda, Ada pun anakku Puteri Mengindera Seri Bulan itu
telah ayahanda serahkanlah kepada anakanda barang di mana bicara anakanda itulah
ayahanda ikuti.
Setelah itu maka baginda pun menyuruhlah berlengkap-Iengkap kepada segala
menteri hulubalang serta anak raja-raja. Maka segala mereka itu pun bermohonlah
kepada baginda hendak mengiringkan Inderaputera. Maka Inderaputera pun
berbuatlah bahtera terlalu amat besar panjang dan pilang. Setelah lengkaplah segala
perbuatan itu maka terlalulah indah-indah perbuatannya. Maka di dalam bahtera itu
beberapa takhta kerajaan diperbuatnya daripada emas dan perak dan permata intan
dikarang dan beberapa mutiara dan gemala dan lagi hamparannya sakhlat ainulbanat.
Selain daripada itu jangan lagi dikatakan tiadalah terkira-kira banyaknya pemberian
paduka Syah Alam akan Inderaputera dan pada Tuan Puteri Mengindera Seri Bulan.
Setelah sudah berbuat akan bahtera itu maka bermohonlah mereka pergi.
210

180

Syahadan maka isteri Inderaputera tuan Puteri Mengindera Seri Bulan pun
bermohonlah kepada ayah bondanya. Maka baginda kedua laki isteri pun memeluk
mencium anakanda baginda seraya berkata, Aku taruhkan anakku tuan puteri itu
kepada anakku Inderaputera, serta bertangis-tangisan.
Setelah itu maka isteri Inderaputera tuan puteri ketiga orang itu pun disuruhnya oleh
Inderaputera menyembah kepada Raja Syahian dua laki isteri. Maka baginda kedua
laki isteri pun hairanlah melihat isteri Inderaputera itu. Setelah itu maka Inderaputera
pun bermohonlah kepada paduka Syah Alam dua laki isteri. Setelah itu maka ia pun
lalu naik keatas bahteranya serta dengan inang pengasuhnya tuan puteri semuanya
itu. Setelah demikian itu maka Raja Puspa Pandai dan Raja Dewa Lela Mengerna dan
Nobat Rom Syah dan Maharaja Baharum Tabiq dan sekalian anak raja-raja seraya
bermohon mengiringkan Inderaputera ke negeri Semanta Puri.
Kalakian maka Raja Syahian pun memeluk akan raja-raja dan segala anak raja-raja
itu. Maka Maharaja Syahian pun berkirim salam doa kepada Maharaja Bikrama
Buspa. Setelah itu maka Inderaputera dengan Tuan Puteri Mengindera Seri Bulan itu
pun naiklah ke atas bahtera itu. Maka terkembanglah payung yang keemasan dan
terdirilah panji-panji pada segala lancang dan pilang segala anak rajaraja itu dengan
berbagai-bagai warnanya. Maka berbunyilah segala bunyi-bunyian gegak-gempita
seperti guruh di langit akan bunyinya. Setelah itu maka bahtera itu pun belayarlah.
Maka penuhlah di lautan itu dengan sebab oleh kebanyakan lancang dan pilang anak
rajaraja itu. Setelah itu maka angin pun bertiuplah terlalu keras. Maka beberapa
melalui negeri dan pulau-pulau yang besar-besar.
Hatta beberapa lamanya maka bertemulah suatu pulau terlalu indah-indah. Maka
Inderaputera pun mengajak segala anak rajaraja itu singgah pada pulau itu bermainmain memungut karangan berbagai-bagai rupanya dan indah-indah sekali tempat itu.
Ia ber- , jalan-jalan di tepi pantai itu terlalulah ramai bermain-main. Maka setelah
sudah bersuka-sukaan pada pulau itu maka ia pun kembalilah pada lancangnya
masing-masing. Maka lalu belayarlah ia. Maka adalah kira-kira tiga bulan lamanya
maka bahtera itu pun sampailah ke negeri Semanta Puri, serta sampai lalu membuang
jangkarnya. Maka segala orang yang memukat itu pun tinggallah pukatnya itu.
Maka berlari lah sekalian mereka itu. Mereka itu pun memberitahu kepada Perdana
Menteri mengatakan, Banyak perahu di laut itu patik lihat sudah berlabuh, apatah
musuh apatah utusan.
211

181

Setelah menteri menengar akan warta mereka itu. Maka ia pun mengadap kepada
baginda. Ada pun diceterakan oleh orang yang empunya cetera ini bahawa selama
Inderaputera diterbangkan oleh merak emas itu maka paduka Syah Alam pun tiadalah
di dalam istananya lagi. Hanya baginda duduk dalam masjid dengan segala pendita
juga meminta doakan anakanda baginda itu Inderaputera.
Setelah itu maka datanglah menteri itu kepada baginda seraya menyembah, Ya
tuanku Syah Alam, maka adalah orang datang kepada patik membawa akan khabar
konon banyak lancang pilang ada berlabuh di laut kita ini.
Maka titah baginda, Berhadirlah kamu akan alat peperangan, cuba pergi periksa.
Maka demi menteri itu menengar titah Syah Alam yang demikian maka ia pun
segeralah keluar pergi ke rumahnya minta warta dengan menteri hulubalang,
Hendaklah kamu sekalian berlengkap pencalang dan bahtera empat puluh buah
serta dengan alat senjatanya.
Setelah sudah berhadir bagaimana alat peperangan dan beberapa bahtera berisi
dengan rakyat. Kalakian keluarlah sekalian mereka itu pergi ke laut itu. Maka
bertemulah dengan lancang anak raja mambang kedua. Maka dilihatnya lancanglancang itu terlalu indah-indah rupanya dan dengan jenis berjenis-jenis perhiasan dan
rumbai-rumbai payungnya gemerencing bunyi gegetarnya terialu azmat seperti bunyi
tagar di langit. Maka orang yang melihat itu pun hairanlah.
Maka ujar orang itu, Yang datang ini anak raja mambang juga rupanya.
Setelah itu maka menteri itu pun bertanya, Lancang daripada manakah ini? Maka
tiadalah kedengaran lagi dengan sebab riuhrendah dengan segala bunyi-bunyian itu
terlalulah azmat bunyinya. Maka tiadalah sempat terjawab lagi.
Maka seketika lagi pula bertemulah dengan pilang Maharaja Puspa Pandai itu terlalu
sekali perbuatannya itu indah-indah rupanya serta dengan bunyi-bunyian itu terlalu
ramai laksana orang berperang. Maka dilihatnya terlalu indah-indah sekali akan
rupanya itu dan kera, beruk, lotong, mawas dan kangkang karkah dan mawas dan
siamang mendayung akan perahu itu. Maka segala orang Maharaja Bikrama Buspa
itu pun hairanlah melihat kelakuan segala binatang itu. Maka tiadalah sempat
bertanya lagi.
Maka seketika lagi pula maka bertemulah dengan lancang Maharaja Dergas dan
pilang Indera Jailani. Itu pun terlalu indah-indah sekali rupanya dan panji-panjinya
daripada pakaian yang bertulis
212

182

dengan air emas dan berkibar-kibaran cembul mutiara gemerincing bunyi gegetarnya
itu dan soraknya itu terlalu amat gegak-gempita dan tangkas seperti kilat dilihat
orang terlalu amat indah-indah perbuatannya itu. Maka tiadalah akan sempat
bertanya lagi kerana sama dengan bunyinya itu lancang itu pun terlalu amat lajunya.
Maka seketika lagi pula maka bertemulah dengan pencalang Raja Ghurentar Syah
dan Malik Zahab. Maka terlalulah indah-indah sekali perbuatannya dengan segala
bunyi-bunyian terlalulah azmat bunyinya itu. Maka pencalang itu pun terlalulah amat
lajunya. Maka tiadalah sempat lagi akan bertanya. Maka seketika lagi pula maka
bertemulah dengan lancang segala anak raja-raja di padang Anta Berahi. Maka ia pun
terlalu indah-indah sekali perbuatannya itu dan serta segala bunyi-bunyian terlalu
merdu bunyinya itu. Maka akan lancang segala anak raja-raja itu pun terlalu amat
lajunya. Maka tiada sempat lagi akan bertanya.
Maka seketika lagi pula maka bertemulah dengan bahtera Maharaja Baharum Tabiq
bermuatan dengan emas dan perak dan tembaga suasa intan dan maknikam yang
tiada dapat dihargakan oleh jauhari lagi. Maka bahteranya itu pun terlalu besar
dengan panjangnya saratlah dengan muatan. Maka orang paduka Maharaja Bikrama
Buspa pun bertanya, Bahtera ini dari mana datangnya. Maka sahut oleh sekalian jin
yang di dalam bahteranya itu Kami yang datang daripada negeri Dahruddamas
mengiringkan raja kami yang di laut lagi itu. Maka tiadalah sempat hendak balas
bertanya lagi kerana bahtera itu pun terlalu lajunya.
Setelah itu pula maka bertemulah dengan pilang segala anak raja-raja yang duduk
pada tasik Dahrul Asyikin: Maka perahunya itu pun terlalu amat lajunya serta dengan
indah-indah perbuatannya itu dan berbagai-bagai (ragam) panji-panjinya dan
berbagai-bagai warnanya payungnya itu berkembangan dan berkibaran jambujambu
mutiaranya dan gemerencing bunyi gegetarnya itu dan tersurat pada panji-panji itu
nama Inderaputera anak Maharaja Bikrama Buspa yang diterbangkan oleh merak
emas yang jatuh ke tanah jin dan tanah peri dan tanah dewa dan Indera dan tanah
manusia. Maka setelah dilihat daripada segala anak raja yang di dalam negeri Seman
ta Puri itu tersurat yang demikian adanya. Maka segala anak raja-raja itu pun terlalu
amat sukacita hatinya itu seraya kembali ke istana Maharaja Bikrama Buspa.
Syahadan setelah itu paduka Syah Alam pun bertitah menghimpunkan segala rajaraja dan menteri hulubalang dan menghiasi balai213

183

rong dan perahu akan menyambut anakanda baginda itu serta dititahkan membaiki
pekan dan lorong sekalian. Maka dihamparkan orang dengan sakhlat ainulbanat pada
suatu lorong dan kepada suatu lorong. Maka kepada suatu lorong itu sepuluh tabak
emas dan perak dan permata daripada ratna mutu maknikam intan baiduri nilam
pualam puspa ragam demikianlah adanya segala pekan-pekan itu. Setelah itu maka
dititahkan oleh paduka baginda Inderaputera itu. Maka Inderaputera dengan anak
raja-raja itu pun mustaiblah mereka itu kerana mendarat dan beberapa gajah kudanya
serta dengan segala bunyi-bunyian terlalu azmat bunyinya.
Maka Inderaputera serta dengan tuan puteri keempat itu pun memakai pakaian yang
indah-indah serta segala anak raja-raja itu. Kalakian maka orang yang menjemput itu
pun datanglah. Maka Inderaputera itu pun turunlah dari atas bahtera itu seraya naik
ke atas perahu itu lalu belayar masuk ke kuala seraya memasangkan meriam tiada
terkira-kira bunyi bahananya lagi.
Arakian ada pun tuan puteri keempat itu pun naiklah ke atas kereta diiringkan oleh
segala bini raja-raja. Maka Inderaputera dan segala raja-raja itu pun naik gajah putih
bergading hitam dan ada yang berkuda berpelanakan emas habis mengiringkan
Inderaputera dan lagi beberapa hulubalang menteri serta rakyat bala tenteranya
sekalian serta dipalukannya segala bunyi-bunyian terlalu gegak-gempita bunyinya.
Maka kepada ketika itu bergemerlapanlah negeri Sernanta Puri itu. Maka adalah
orang yang menonton terlalulah banyaknya tiadalah akan terhisabkan di jalanraya itu.
Setelah sampailah di dalam kota maka segala menteri itu pun mengamburkan emas
urai dan narawastu sepanjang jalan itu.
Maka orang yang mengiringkan Inderaputera itu pun berjalanlah di atas sakhlat
ainulbanat dan air mawar pula disiramkan oleh segala menteri itu pun seperti hujan
yang amat lebat dan bertambah-tambah pula dengan bunga rampai. Maka hairanlah
segala yang melihat kayanya raja Semanta Puri tiadalah terlawan oleh sekalian rajaraja pada zaman itu serta sekalian mereka itu pun memuji-muji bahawa
sesungguhnya paduka Syah Alam ini raja besar. Maka demikian lakunya emas dan
permata pun habislah dihamburkannya.
Hatta maka Inderaputera dan tuan puteri pun sampailah ke istana. Maka baginda laki
isteri pun sampailah ke istana. Maka baginda laki isteri pun segeralah datang
menyambut akan paduka anakanda baginda itu. Setelah itu maka bertemulah. Maka
Inderaputera pun turun berlari-lari seraya sujud menyembah pada kaki
214

184

ayah bondanya. Maka segeralah disambut oleh baginda dua laki isteri akan anakanda
baginda itu serta dipeluk diciumnya serta dengan tangisnya dari sebab lamanya
bercerai itu.
Syahadan maka kereta tuan puteri itu pun datanglah sekalian mereka itu serta sampai,
maka turunlah dari atas keretanya masingmasing lalu disambut oleh segala bini-bini
raja-raja dan bini segala menteri sekaliannya menyembah seraya dibawanya masuk
ke dalam istananya. Maka tuan puteri keempat itu pun sujud menyembah ke bawah
duli paduka Syah Alam laki isteri. Maka baginda laki isteri pun memeluk dan
mencium akan anakanda baginda tuan puteri keempat itu dan Inderaputera pun
duduklah di sisi ayahanda bondanya. Maka baginda kedua laki isteri pun terlalulah
amat sukacita melihat akan menantunya keempat itu dan ia pun duduklah di atas
peterakna yang bertatahkan ratna mutu maknikam.
Kalakian maka baginda pun keluarlah dengan anakanda baginda Inderaputera duduk
di balai penghadapan memberi titah suruh mengaturkan segala kerusi yang keemasan
akan tempat raja-raja dan anak raja-raja duduk. Setelah itu maka segala raja-raja itu
pun datanglah. Maka Inderaputera pun turunlah. Maka Maharaja Bikrarna Buspa pun
berdirilah memberi hormat akan segala mereka itu. Maka segala anak raja-raja itu
pun naik ke balai. Sekaliannya pun tunduk menyembah kepada baginda seraya
disambut oleh baginda dengan hormatnya. Kemudian duduklah seorang sebuah
kerusi.
Maka sirih pada corong emas dan perak suasa itu pun diangkatkan oranglah ke
hadapan segala raja-raja. Setelah itu maka diangkatkan orang pula akan hidangan ke
hadapan segala raja-raja itu dan menteri sekalian pun makanlah bersama-sama
masing-masing pada hidangannya. Setelah sudah makan itu maka minuman pun
diperedarkan oranglah. Maka segala bunyi-bunyian pun dipalu oranglah terlalu
ramai. Maka biduan yang baik suaranya itu pun bernyanyilah. Setelah itu sudahlah
akan bersuka-sukaan dengan segala bunyibunyian.
AI-kisah maka diceterakan orang yang empunya cetera ini bahawa selama Maharaja
Bikrama Buspa menjamu segala anak raja-raja yang berserta dengan Inderaputera itu
adalah kira-kira empat puluh hari empat puluh malam lamanya itu, makan dan
minum duduk bermain-main bersuka-sukaan. Maka paduka Syah Alam pun memberi
persalin akan segala anak raja-raja itu daripada pakaian yang mulia-mulia. Kalakian
maka Maharaja Bikrama Buspa pun membuat
215

185

akan panca persada di tengah padang sembilan belas pangkat bertiang gading dan
bersendi-sendi akan emas dan berumbaikan mutiara.
Syahadan berkemuncakkan sebuah gemala. Maka terlalu amat indah-indah dan
beberapa intan yang mulia-mulia terkena pada panji-panji persada itu. Maka
diperbuat oleh Raja Dewa Lela Mengerna di atas panca persada itu ada sebuah
hikmat seperti naga empat ekor rupanya terlalu indah-indah sekali akan rupanya.
Arakian maka diperbuat pula oleh Nobat Rom Syah di atas panca persada itu seekor
kuda tujuh kepalanya terlalu indah-indah perbuatannya. Maka setelah lengkaplah
segala kelengkapan itu maka diperbuat pula oleh segala anak raja-raja yang di
Padang Anta Berahi itu suatu jempana itu terlalulah indah-indah rupanya. Maka tuan
puteri dan Inderaputera pun beraraklah pada panca persada itu lalu pula pada
jempana berjala-jala akan baiduri dan kedua pangkat daripada nilam dikarang dan
ketiga pangkat daripada pualam dan keempat pangkat daripada mutiara dikarang dan
kelima pangkat daripada intan dikarang dan keenam pangkat daripada permata
dikarang dan ketujuh pangkat daripada zamrut dikarang.
Syahadan ada pun segala pangkat itu diperbuatnya berjentera, pertama kuda, kedua
harimau, ketiga naga mengusir rusa, demikianlah perbuatannya jempana itu terlalu
indah-indah sekali rupanya dan beberapa bunga-bungaan dan lain daripada itu jangan
dikata lagi tiadalah terkira-kira banyaknya. Setelah sudah jempana itu diperbuatnya
maka pada hari yang baik maka Maharaja Bikrama pun memulai akan pekerjaan
berjaga-jaga dengan segala bunyi-bunyian. Setelah genaplah tujuh hari berjaga-jaga
itu maka Inderaputera dan tuan puteri yang keempat itu pun memakai pakaian yang
indahindah.
Maka baginda kelima laki isteri pun naiklah ke atas jempana itu dan keempat itu pun
duduklah seorang suatu petak rakna dan pada pangkat yang di bawah beberapa
dayang-dayang dan biti-biti perwara sekalian itu duduklah mengadap kepada
Inderaputera. Maka segala menteri dan isterinya dan anak dara-dara sekalian
mustaiblah dengan pakaian dan ada yang menyandang pedang kerajaan di hadapan
jempana itu. Kalakian maka biduanda semuanya pun masing-masing pada
jawatannya dan segala pa wai pun (diangkat) oranglah dan harebab kecapi, dandi,
muri, serdam, bangsi, kopak dan ceracap, merangu, nafiri. Kemudian maka
terkembanglah payung dan terdirilah jogan alamat kerajaan.
216

186

Maka baginda Inderaputera pun diarak oranglah seperti dian di dalam tanglong serta
diiringkan segala jin, peri, dewa, indera dan segala anak raja-raja dan segala menteri
hulubalang serta rakyat hina-dina dan (segala bunyian) itu pun gemuruh bunyinya,
dan jempana itu pun berkisarlah sendirinya. Maka berpalulah jambunya seperti
bunyi-bunyian.
Syahadan datang kepada panca persada itu. Maka baginda pun duduklah di atas
panca persada itu. Maka tirai dewangga yang keemasan itu pun dilabuhkan oranglah.
Maka baginda Maharaja Bikrama Buspa dua laki isteri itu pun naiklah ke atas panca
persada itu. Maka raja Dewa Lela Mengerna itu pun menggerakkan hikmatnya itu.
Maka berhamburanlah air mawar keluar daripada mulut naga itu terlalu amat harum
baunya. Maka Nobat Rom Syah pun menggerakkan hikmatnya itu. Maka keluarlah
daripada mulut seperti air mencurah seperti pancuran terlalu amat harum baunya
(seperti) narawastu.
Maka Inderaputera pun dilangir oleh (oranglah) baginda. Maka Raja Puspa Pandai
pun menggerakkan singanya itu. Maka keluarlah bedak dan lulut daripada (mulut
singa itu. Maka Inderaputera dan tuan puteri pun beraraklah. Maka Inderaputera dan
tuan puteri yang keempat itu pun dimandikan oranglah. Setelah sudah mandi maka
segala anak raja-raja itu pun naiklah ke atas perarakan dan (segala) bunyi-bunyian
(itu) tiadalah berhenti. Maka segala anak raja-raja itu pun bersoraklah dan dayangdayang itu pun sembur menyembur. Maka terlalulah gegak-gempita dengan tempik
sorak sekalian mereka itu seperti guruh dilangit dan segala lotong, mawas dan ker kah, kongkang dan siamang dan mawas itu pun berlompatanlah di atas (langcang) di
tengah laut itu.
Setelah itu maka raja mambang kedua itu pun menjadikan (naga) maka bersisikkan
emas dan bermata akan zamrut terlalu indah-indah (sekaliannya. Maka naga-naga) itu
pun berjuanglah di dalam laut itu terlalu ramai bunyinya seperti halilintar memalu
gunung. Maka Maharaja Bikrama Buspa pun hairan melihat naga berjuang itu. Maka
segala isi negeri itu pun (hairanlah). Maka segala raja-raja itu pun bersoraklah
melihat naga yang demikian itu. Maka Raja Dikar Agus dan Indera Jilani dua
bersaudara itu pun menjadikan dirinya dua (ekor burung) terlalu indah-indah sekali
rupanya itu, burung kedua itu sambar menyambar di udara. Maka segala isi negeri itu
pun hairanlah melihat kelakuan kedua ekor burungnya itu.
217

187

Kalakian maka Raja Dewa Lela Mengerna pun melontarkan bajunya ke dalam laut
itu menjadikan sebuah kapal belayar terlalu amat indah rupanya. (Maka) dilihat oleh
Nobat Rom (Syah) terlalu indahindah itu. Maka ia pun melontarkan bajunya ke
udara. Maka menjadilah mega. Maka mega itu pun jatuh ke laut. Maka menjadi sepohon kayu beraksa. Maka seketika lagi maka (Raja Puspa) Pandai pun memanah ke
udara. Maka anak panah itu pun menjadi hujan (air mawar dari udara) dan segala isi
negeri itu pun hairan melihat akan kelakuan itu.
(Setelah) demikian maka (selepas) daripada itu maka sekalian itu pun dipersalin oleh
(Maharaja Bikrama Buspa) dengan pakaian yang mulia-mulia dan segala bau-bauan
daripada ambar dan kasturi itu pun maka dipercikkan oranglah. Setelah itu maka
Inderaputera pun (diberi) pakaian yang (keemasan). Setelah sudah daripada itu maka
tuan puteri yang keempat (itu pun) naiklah (ke atas) jampana itu. Maka berbunyilah
segala bunyi-bunyian. Maka terkembanglah payung kuning dan (terdirilah) jogan
alamat kerajaan. Maka berbunyilah nobat negara. Maka Inderaputera dan tuan puteri
keempat pun beraraklah berkeliling negeri itu tujuh keliling serta dengan segala
bunyi-bunyian, dan permainan. Setelah sudah lalu masuk ke istana. Maka Raja
Bikrarna Buspa pun (menghampiri) anakanda baginda seraya didudukkan di atas
takhta kerajaan dan segala perdana menteri dan raja-raja itu pun menyembah
Inderaputera.
Syahadan maka segala perdana menteri dan hulubalang rakyat sekalian besar dan
kecil, tua dan muda hina-dina (sekalian) pun sujud menyembah kepada Inderaputera.
Kemudian daripada itu segala raja-raja dan menteri hulubalang dan rakyat (sekalian)
berdirilah bersaf-saf mengadap; maka tabuhan pun dipalu oranglah dan Inderaputera
pun tujuh kali sehari dinobatkan oleh ayahanda baginda itu.
Syahadan maka Inderaputera pun serta sekalian mereka itu pun bangkit daripada
sujud sembahnya itu lalu meminta doa kepada Allah Taala memberi (akan anakanda)
Inderaputera itu bertambahtambah dengan kemuliannya dan darjatnya. Kalakian
maka Inderaputera pun bergelar Paduka Sultan Mengindera. Setelah sudah maka
mereka itu pun menjunjung duli. Maka segala raja-raja itu pun duduklah sebuah
seorang kerusi (maka) akan hidangan pun diangkat oranglah ke hadapan majlis.
Maka segala anak raja-raja itu (pun) makanlah masing-masing, raja samanya raja dan
menteri samanya (menteri) dan hulubalang samanya hulubalang dan biduanda sama
218

188

biduanda dan rakyat sama rakyat. (Maka sekaliannya makanlah masing-masing pada
hidangannya. Setelah sudah makan maka minuman pula diangkat oranglah).
Maka segala bunyian itu pun dipalu oranglah. (Maka biduan yang baik-baik
suaranya) pun bernyanyilah terlalu ramai. Maka segala mereka itu pun bersuka-suka
(terlalu) ramai segala bunyian. Setelah beberapa lamanya Maharaja Bikrama Buspa
menjamu akan segala anak raja-raja itu empat puluh hari empat puluh malam. Maka
Maharaja Bikrama Buspa pun menyuruhkan bendahari nya membukakan *( oleh
baginda raja memerintah negeri Semanta Puri. Maka dinaikkan dia di atas takhta
kerajaan. Maka bertambah-tambah masyhurlah negeri Semanta Puri itu. Syahadan
maka beberapa lamanya raja-raja di dalam negeri itu ada pun raja-raja sekalian itu
bermohon pulang.
Maka raja-raja sekalian itu mengadap baginda Bikrama Buspa itu hendak pulang.
Maka sabdanya, Ya tuanku, telah selesai lah pekerjaan paduka kakanda semuanya.
Ada pun daripada adinda ini memohon pulang ke negeri hamba masing-masing.
Maka sabda baginda, Baik adinda dan anakanda semuanya. Antara kita saudara
antara negeri Bikrama Buspa itu jangan berlainan oleh adinda semuanya.
Setelah itu maka raja-raja itu pun hendak berangkat pulang ke negeri masing-masing.
Setelah itu maka berpeluk bercium dengan Inderaputera. Ada pun Inderaputera
tinggallah di negeri Semanta Puri itu dan raja-raja sekaliannya itu pun pulanglah
masing-masing menuju negerinya. Demikianlah ceteranya oleh orangyang empunya
cetera hikayat ini. Wallahu a'lam bissawab, tamat al-kalam, Hikayat Inderaputera itu
tamat pada sembilan al-likur hari bulan Haji pada hari Jumaat waktu jam pukul
sembilan. pada Hijrah an-Nabi Sallahu 'alaihi wasallam 1226 tahun. Amin Summa
amin ya rabbal alamin.)
_______________
( ) Keratan ini diambil daripada mikrofilem Schoemann V9 in Preussische Staatsbibliothek, Berlin.
219

189

Hujungan Daftar Kata


adang
afiat
ambar
laut atau damar
anggara
anugerah
bahkan
bangsi
batil
bejana
beraksa
bidah
baiduri
bota
burung putar
busar (busur)
busor ibusar}

cakap
cembul
cendera
cemara
ceracap
cogan (jogan) cula
setengah jenis binatang
cura

A-C
kepung atau halang
sihat, baik
barang yang harum berasal daripada perut ikan

sejenis binatang buas yang besar


kumia, ganjaran atau pemberian

malahan, lebih-lebih lagi


suling; berbangsi-bermain suling
bekas seperti mangkuk
bak atau tempat air
pohon beringin
pembohong
batu berwarna seperti permata
bota raksasa
burung piaraan sebagai burung balam
induk panah
perkakas bagi membersihkan kapas
-

sanggup, mampu
tempat gambir dan sirih
(l) nyenyak, nyedar (2) raja bulan
pohon cemara-pohon eru sebagai Casuarina
bunyi-bunyian seperti canang kecil atau
angklong

panji
-

benda seperti tanduk yang didapati setengah-

kelakar
221

190

dahsyat
dandi
dengus
destar (dastar) dewangga
dinihari
diron
domba
duli

D-H
hebat; mengerikan
kecapi, satu jenis alat bunyian
mengeluarkan udara dari hidung dengan kuat
kain yang diikat di kepala
kain dewangga-kain tenun yang amat indah
waktu fajar; pagi benar
baju besi
kambing kibas
debu, habok-habok

emas urai

emas yang berbutir-butir

farak
firus

berbeza
batu permata yang kehijauan warnanya

gaharu
gemerencing
bersentuhan atau alat
gclctar
gegetar
ger sik
ger/ak
garib
gusar
gusti

sejenis kayu yang harum baunya


Berbunyi berdenting-denting (seperti rantai
senjata daripada besi bersentuhan)
gementar
satu alat sebagai loceng
batu kerikil halus
pacu
asing
marah
sebutan orang bangsawan

hablor
halkah
hambalangan hatfah
horcbab (rebab]
hisab (t crhlsab)
hubava-hubava -

batu yang seperti kaca


gelang pintu
(berhambalangan) terguling-guling; bertebaran
baju besi
alat bunyian seperti biola keadaannya
terkira; terbilang
ingat-ingat, awas

222

191

inangda
indera
iram-iram
payung kerajaan

I-K
pengasuh bagi anak raja
dewa
(payung iram-iram) payung ubur-ubur sebagai

jambak
jangkar
jazirat
semenanjung
jempana

segabung (rumput dsb)


sauh
tanah yang menganjur ke laut seolah-olah seperti

usungan; tandu

kada hajat
kaluk
kam beli
kandil
karkah
kesturi
setengah-setengah binatang
kaul
kebayan
Lama
kecapi
kedapatan
keleburan
kelubung
keranji
kerikal
daripada logam
kerani (khersani)
corasan
ketapang
ketumbukan
katijah
kirap
kitar
konon .
kuma-kuma
kumba
memandikan pengantin
kundi
dahulu digunakan bagi
kuntul

buang air besar


ombak ukiran
kain yang lebar diperbuat daripada bulu dumba
pelita; lampu; lilin
cikah, sejenis beruk
barang yang harum baunya berasal dari

nazar; niat
perempuan tua biasa disebut dalam Sastera

sejenis alat bunyian seperti keadaan gambus


diketahui
tanah yang luluh, hancur atau cair
menutup diri dengan kain lilin
sejenis pohon kayunya baik untuk bahan rumah
sebagai pinggan besar berkaki biasanya dibuat

(besi kersani)-besi yang baik berasal dari

topi perhiasan kepala


pasukan
permaidani
berarak
mendesak-desak keisi
agaknya
kunyit (
)
belanga atau buyung

biji saga setengah merah dan setengah hitam


menimbang emas
burung bangau berbulu putih

berhias

berisi

air

223

192

laksa
lamun
lancang
langir
lazuardi
lebu
lengkong
lesi
lesir
lah
lulur
lulut
Iumat-lumat

madali
maharasi
malai
mamak
manakan (apa manakan)
mangkubumi
masyghul
mayang
yang terbungkus seludang
mong-mong
menggetas
mengigal
dan kepak
mengkilatkan
merangu
miskal
(4.2 gram)
mundam
murca
muri
mustaid
mutia
nagam
narawastu
nobat
nun

L-N
sepuluh ribu
tetapi (namun)
perahu layar yang laju
penyuci rambut
batu biru dibuat orang cat
debu
bentuk berkeluk
(pucat lesi)-pucat benar
pedang
buku atau papan (bertulis)
telan; melancar masuk dengan mudah
bedak badan untuk membersihkan tubuh
halus-halus
sejenis bunyi-bunyian
pendita yang suci
untaian bunga-bunga
sebutan kepada pegawai kerajaan yang tua
bagaimanakah dapat
bendahara
dukacita
tongkol bunga palem (kepala, enau, pinang)
(memong)-canang
memetik dengan kuku
selaku berbangga dengan membentangkan ekor
menyamar dengan pantasnya
sejenis bunyi-bunyian
ukuran berat untuk menimbang emas atau perak
bokor besar
pengsan, tidak sedar diri
sejenis serunai
lengkap atau siap sedia
mutiara
karangan mutiara
akar wangi atau serai wangi
(dinobatkan)-dinaikkan ke takhta kerajaan
(nun di sana)-jauh di sana

224

193

paksi
paksina
panca persada melakukan
pancangan
pandai
pawai
pedaka
pekaja
pelana
pelang
pelupuk
pelutu
pen calang
dagangan
pendak
perat
perbendaharaan
permanai
persangga
persetua
perwara
pesara
peta
peta rakna
pirus
pantah bernaga
pualam
pudi
pupur
pusparagam
raja wali
raksasa
raksi
rambuti
rangau
restui
rumbai

P-R
burung
utara
rumah panggung tempat bersenang-senang, atau tempat
istiadat mandi-mandi
ukuran jauh (+ 3.75 batu)
tukang
perarakan
sejenis kalung aguk (dokoh)
seperti bunga teratai
lapik pada punggung kuda sebagai tempat duduk
sejenis perahu
(pelupuk mata)-kelopak mata
pelontar, pembaling
sebagai perahu besar untuk memuat perahu
-

salut sarung keris


busuk baunya
tempat menyimpan harta-benda
perbilangkan
ukuran jauh (375 batu)
peristiwa, hal kejadian
pengiring permaisuri
perkuburan
gambar lukisan
bangku tempat orang besar-besar
batu kaca yang hijau kebiruan warnanya
gelang tangan berukir naga
marmar
intan kecil-kecil
bedak
berwarna-warni

sejenis burung elang


makhluk seperti manusia yang bertubuh besar
bau-bauan yang wangi
kain tenunan daripada bulu domba
sejenis alat bunyi-bunyian seperti genderang
berkati
jumbai
225

194

sakhlat
sasterawan
saujana
memandang
sawat sandang semberani
terbang
sendi-sendi
seraga
serahi
serandang
sebagainya
serdam
seru kan
sibur
sida-sida
silau
cahaya terlalu terang
siong
sisir
sorai

S-U
kain tenunan daripada bulu domba
cerdik pandai
sejauh, saujana mata memandang-sejauh mata

tali kulit tempat menggantungkan pedang atau keris


(kuda semberani) kuda yang bersayap dan boleh
-

simpai-simpai sebagai pembalut


(bantal seraga)-bantal perhiasan
sebagai botol yang panjang lehernya
terantuk pada kayu dan benda yang keras

bunyi seperti seruling


teluk
cedok air yang diberi tangkai
pegawai dalam istana
tidak dapat memandang nyata kerana sinar atau

taring
sikat
sorak

tabak
tabal
tabuh-tabuhan talam
taming
tunggul
tar kas
takzim
teku r
telepuk
ternang
tumpatkan

talam
tabuh gendang raya
bunyi-bunyian yang dipalu
dulang
perisai
sejenis bendera
tabung tempat menyimpan anak panah
memuliakan
tunduk
teratai kecil
kendi yang bertutup
menimbus supaya penuh padat

ujar
unggas
unjam
upam
upti
urita
utas

kata
segala bangsa burung
menyeluduk lurus ke bawah
gilap
persembahan kepada raja yang berkuasa
warta
pandai, ahli dalam pertukangan tangan

226

195

waat

W-Z
janji

zabib
zamrud
zirah

kismis
batu permata berwarna hijau
baju besi.
227

196

Anda mungkin juga menyukai