Anda di halaman 1dari 1

Sekadar perkongsian di malam Jumaat, malam penghulu hari bagi umat Islam.

Hati kita sering resah dan gundah gelana yang sering membuatkan diri kita
kadang-kadang murung dan sedih. Apakah sebenarnya yang membuatkan
hati kita gelisah? Mungkin kita akan memberi alasan banyak kerja belum siap,
rakan-rakan kacau kita, duit perbelanjaan tidak cukup dan macam-macam lagi
alasan yang akan membuatkan kita terus-berterusan ditimpa masalah.
Sampai ada pepatah "sudah jatuh ditimpa tangga", kalau diikutkan
peribahasa ini memang malang betul la orang yang jatuh itu. Sudahlah sakit
sebab jatuh lepas tu kena timpa tangga pula. Kalau tangga ringan tak apa la
juga. Kalau berat? Tak ke nahas orang tu. Bukan niat nak bahas mengenai
peribahasa itu tapi nak bahas sedikit pesanan ulama yang tersohor di muka
bumi Allah ini iaitu pesanan Imam Ghazali.
Imam Ghazali telah menggariskan tiga perkara untuk mendapat semula
ketenangan hati.

1.
2.
3.

Membaca Al-Quran
Perbanyakkan ibadah solat
Tafakkur mengingati mati.
Di sini kita dapat melihat ketiga-tiga perkara ini sebenarnya perkara yang
buatkan kita taqarrub(dekatkan) diri dengan Allah SWT. Di sini kita boleh lihat
yang sebenarnya kekayaan dunia, kecantikan isteri dan kedudukan yang
mulia di dunia ini tidak akan menjamin kebahagiaan hidup di dunia dan
semestinya tidak jamin kebahagiaan di akhirat kelak. Kita tidak layak untuk
mendabik dada dan mengatakan segala kejayaan ini adalah hasil usaha aku
semata-mata kerana di sebalik usaha kita ada kurniaan rezeki tuhan yang
telah menciptakan kita. Jika kita berjaya kita perlu bersyukur atas nikmat
yang dikurniakan dan jika kita menempah kegagalan juga kita sepatutnya
tidak berpatah hati kerana kita yakin segala yang berlaku itu ada hikmahnya.
Kita perlu ingat yang Allah SWT tidak menilai hasil yang kita dapat sebaliknya
usaha yang kita telah lakukan seperti ibadah membaca Al-Quran. Sesiapa
yang lancar baca Al-Quran itu akan mendapat satu pahala dan orang yang
tidak lancar baca Al-Quran akan mendapat dua kali pahala. Tapi jangan pula
jadikan ini sebagai hujah sampai gigi dah nak luruh pun cakap dapat dua
pahala. Ni dah masuk kes bodoh sombong sebab dah tahu tapi masih tak nak
belajar.
Kesimpulan yang boleh kita ambil dari sini adalah kita haruslah berusaha
mendekatkan diri dengan Allah kerana kunci kebahagiaan adalah hanyalah
Allah yang berkuasa untuk memberi kita kebahagiaan. Semoga kita semua
mendapat keredhaan dan kasih sayang Allah SWT.

Anda mungkin juga menyukai