Anda di halaman 1dari 3

AKTIVITI-AKTIVITI GALAKAN MEMBACA PERINGKAT SEKOLAH

(NILAM)
By Infinia Frenz in Guru Perpustakaan dan Media (GPM) MALAYSIA (Files) Sunting Dokumen
AKTIVITI-AKTIVITI GALAKAN MEMBACA PERINGKAT SEKOLAH (NILAM)
1.

Buat Seekor Ulat Buku Pelajar menulis ulasan buku mereka pada kad manila yang
dipotong bulat. Kad-kad ini boleh disambung-sambung untuk membentuk segmen ulat buku.

2.

Rakan Membaca Pelajar memilih seorang rakan yang serasi dengannya sebagai rakan
membaca. Kedua-duanya boleh saling membantu untuk berkongsi pengalaman membaca.

3.

Mendirikan Satu Program Membaca Pelajar menguruskan masa untuk membaca,


menentukan apa yang hendak dibaca, dan di mana bahan dapat diperolehi.

4.

Memulakan Kelab Membaca Kamu Sendiri Pelajar dalam satu kumpulan atau sebuah
kelas menubuhkan kelab membaca dan merancang aktiviti-aktiviti yang tersendiri.

5.

Diari Membaca Mingguan Pelajar menyemak kemajuan membacanya minggu demi


minggu baik dari segi kuantiti mahupun jenis bahan yang dibaca.

6.

Ulasan Buku Mobail Pelajar menggunakan daya kreatif mereka untuk memaparkan
ulasan buku di bilik darjah.

7.

Menghayati Puisi Pelajar melahirkan respon mereka terhadap sebuah puisi yang
dibaca dengan menulis apa yang dirasai dan sebab mereka berasa begitu.

8.

Baris Demi Baris- Pelajar meneliti perkaitan makna antara baris-baris puisi untuk
memahami sebauah puisi dengan lebih baik.

9.

Mengumpul Perkataan Pelajar menggunakan bacaan mereka untuk mengumpul


perkataan menurut kumpulan supaya mereka dapat membuat rujukan dengan mudah.

10.

Kisahkan Semula Sebuah Cerita Pelajar melukis beberapa adegan daripada cerita yang
dibacanya, kemudian menulis Pelajar melukis beberapa adegan daripada cerita yang
dibacanya, kemudian menulis semula cerita dengan perkataan sendiri.

11.

Melukis Model Berpasangan, pelajar mengambil giliran membaca gambaran tentang


suatu tempat atau suasana yang dikutip daripada sebuah buku cerita supaya masing-masing
mendapat giliran melukis gambaran tersebut, dan membandingkannya kemudian.

12.

Halaman Masalah Dengan membayangkan dirinya sebagai watak utama dalam sebuah
buku cerita, pelajar menulis tentang masalah yang dihadapinya dalam sepucuk surat kepada
halaman masalah dalam majalah kegemarannya.

13.

Kerangka Cerita Memperkenalkan satu cara menganalisis sebuah karya fiksyen


berdasarkan latar, watak, masalah dan penyelesaian.

14.

Urutan Cerita Pelajar menambah satu bahagian lagi di akhir sebuah cerita yang
disukainya untuk menamatkan cerita itu seperti yang diingininya.

15.

Apa Yang Diberitahu Kepada Kamu? Pelajar membaca sepintas lalu beberapa perenggan
daripada sebuah buku cerita, dan memikirkan apa idea utama perenggan-perenggan itu.

16.

Pesan Tersirat Pelajar mencari pesan tersirat atau tema dalam cerita, puisi dan novel
untuk mencungkil mesej yang ingin disampaikan pengarang dalam karyanya.

17.

Luaskan Idea Kamu Pelajar menggunakan imaginasi untuk meluaskan idea dan
kefahamannya berdasarkan sebuah cerita menarik yang dibacanya. Misalnya dengan

menggunakan segala maklumat tentang watak utama, dia memerihalkan keadaan watak itu
pada zaman kanak-kanak.
18.

Dua Aktiviti Dengan Lakonan Pelajar dapat meningkatkan kefahaman tentang


sesebuah cerita dengan menterjemahkannya ke dalam bentuk lakonan, dan kemudian
melakonkannya di dalam kelas.

19.

Tamu Minggu Ini Pelajar membayangkan diri sebagai penerbit TV yang ingin
menampilkan watak kegemarannya dalam rancangan Tamu Minggu Ini. Oleh itu dia terpaksa
menyediakan suatu ringkasan mengenai watak seperti nama, keluarga dan pencapaiannya.

20.

Membanding Dan Membeza Pelajar menggunakan rajah Venn untuk membandingkan


keadaan sesuatu watak sebelum dan selepas sesuatu peristiwa yang dialaminya, atau
membandingkan dua watak dalam sebuah cerita.

21.

Merentas Dunia Pelajar membaca buku tentang sebuah negeri dan mencatatkan
maklumat seperti ibu negeri dan kehidupan rakyatnya.

22.

Mengumpul Maklumat Sambil membaca, pelajar mengisi beberapa kotak disekeliling


satu tajuk dengan fakta-fakta atau maklumat penting berkaitan dengan tajuk itu dan kemudian
menyusun nota-nota itu menurut urutan yang munasabah.

23.

Buat Sebuah Buku Fakta Pelajar mencari fakta-fakta menarik daripada ensaiklopedia
dan kemudian menyalin dan melengkapkannya untuk membuat sebuah buku.

24.

Berkongsi Dan Berbincang Berpasangan, pelajar menerokai dan membaca bersamasama sebuah buku untuk mencari maklumat tentang satu tajuk yang dipilih mereka.

25.

Merancang Satu Persembahan Kumpulan-kumpulan pelajar merancang dan mengelola


suatu persembahan berdasarkan sebuah carita yang telah dibaca.

26.

Biodata Tokoh Terkenal Pelajar membuat profil seoramg tokoh yang diminati
menggunakan seberapa banyak punca maklumat yang dapat diperolehi.

27.

Cari Khazanah!/Sumber Hunt Berpandukan satu salinan peta, pelajar menulis arahan
dan membacakan arahan itu kepada kawan-kawannya untuk memandu mereka mencari
khazanah yang disembunyikannya di suatu tempat dalam peta itu.

28.

Membaca Gambar Rajah Berpasangan, pelajar mengambarkan gambar rajah yang


dipilih dari sebuah buku supaya rakannya dapat melukis gambar rajah itu hanya dengan
mendengar gambarannya.

29.

Surat Berita Pelajar-pelajar menyusun bahan-bahan menarik yang terhasil dari aktivitiaktiviti menarik dan menerbitkannya dalam bentuk surat berita.

30.

Buku Ditangan Pelajar-pelajar sentiasa bersama buku dimana-mana saja mereka


berada.

31.

Projek Pukal Kotak buku bacaan yang dibekalkan oleh PSS dan dikendalikan oleh guru
kelas. Buku sentiasa ditukar ganti.

32.

Anotasi Buku Pelajar membuat ulasan mengenai buku yang dibaca melalui proses
pengajaran dan pembelajaran.

33.

Khemah Membaca Pelajar didedahkan dengan teknik membaca, kemahiran


pengendalian maklumat, ADD dan kerja projek. Pelajar akan mempamirkan hasilan projek dan
persembahan di akhir kursus.

34.
35.

Kuiz Bestari Kuiz berkaitan dengan matapelajaran di sekolah.


30/40 Minit Bersama Buku AJK projek memilih hari dan masa yang sesuai mengikut
jadual waktu. Hari dan masa akan berubah pada minggu berikutnya melibatkan semua warga

sekolah. Aktiviti membaca ditetapkan oleh guru matapelajaran pada waktu tersebut. Catatan
dimasukkan dalam buku program dan buku catatan membaca.
36.

Minggu Galakkan Membaca AJK memilih minggu yang bersesuaian. Aktiviti yang
dirancang biasanya dalam bentuk pertandingan.

37.

Buku Skrap Merupakan aktiviti bulanan dan bahan diambil daripada petikan majalah
atau akhbar.

38.

Wadah Bestari Pelajar diberi satu tajuk, kemudian pelajar tersebut merujuk beberapa
buah buku untuk memetik fakta. Tajuk tersebut didedahkan semasa perhimpunan mingguan.
Pelajar lain dikehendaki mencatat apa yang dilafazkan pelajar tersebut. Guru mengambil masa
beberapa minit di kelas untuk sesi perbincangan.

39.

Menulis Buku Pelajar diberi satu tajuk atau tema. Pelajar dibimbing memilih watak
berdasarkan contoh buku. Mereka didedahkan juga bagaimana sebuah buku dihasilkan. Hasil
yang baik diberi ganjaran.

40.

Melukis Kulit Buku Pelajar perlu membaca sebelum melukis kulit buku. Biasanya buku
yang dipertandingkan tiada mempunyai kulit ( buku rosak- dibaik pulih).

41.

Projek Berwawasan Pelajar Membaca buku fiksyen. Mereka membuat sinopsis, ulasan,
perkataan baru dalam buku rekod membaca.

42.

Hentian Ilmu/ Laluan Iqra Bahan bacaan diletakkan disudut-sudut tertentu untuk
dibaca oleh murid pada waktu rehat.

43.

1 + 1 = 100 (Diskusi Buku) Seorang pelajar membaca sebuah buku disebarkan kepada
100 orang rakannya.

44.

Projek Cakna Pelajar membaca bahan dengan diawasi dan dibimbing oleh guru
mengikut jadual ditempat-tempat yang dinyatakan. Dalam aktiviti ini guru pembimbing akan
mambantu pelajar yang tidak boleh menyebut perkataan dengan betul dan tidak boleh
membaca dengan baik. Kemudian pelajar bercerita secara lisan untuk mengetahui tentang
kefahaman pelajar terhadap bahan yang dibaca. Pelajar yang lebih baik kefahamannya dan
boleh menulis, mempersembahkan kefahaman mereka dalam bentuk grafik, komik, kartun dan
kulit buku.

45.

Program Walking Dictionary- Pelajar memakai tag nama dimana perkataan


perbendaharaan kata bagi minggu itu diperkenalkan.