Anda di halaman 1dari 1

Hari Anugerah Gemilang

Pada 12 April 2009,Sekolah Menengah Islam Hira telah emngadakan Hari


Anugerah
Gemilang
yang
bermottokan
Generasi
Rabbani
Peneraju
Kegemilangan Ummah.Tujuan hari ini diadakan adalah bagi meraikan kejayaan
pelajar pada sesi yang lepas.Pada masa yang sama,Pameran Ekspo Dunia Islam
juga dilancarkan.
Acara berlangsung dari pukul 8.00 pagi dan berakhir pada pukul 1.30
tengahari.Acara dimulakan denagan bacaan ayat al-quran daripada 2 orang
pelajar lelaki.Seterusnya,diteruskan dengan ucapan daripada pengetua,Puan
Jasmin Abdul Rahaim dan ucapan daripada Pengerusi Lembaga Pengelola IPH,Dr.
Basir Abidin.Majlis ini telah dirasmikan oleh Ustaz Zainal Abidin bin
Sulaiman,Pegawai Tadbir Agama Daerah,selaku perasmi pada tahun ini.

Bagi memeriahkan majlis,persembahan pembukaan telah diadakan


sebelum berhenti berehat.Pada 10.20 pagi majlis berhenti rehat dan berpeluang
melawat ke pameran-pameran yang disediakan.Selepas rehat,majlis diteruskan
dengan penyampaian hadiah pertama.Seterusnya majlis dimeriahkan lagi dengan
persembahan yang menarik oleh Kelab Teater Sekolah.Majlis diteruskan dengan
penyampaian bagi pelajar yang cemerlang dalam tilawah dan hafazan.Acara
penyampaian hadiah diselang-selikan dengan persembahan menarik daripada
peljar-pelajar Sekolah Menengah Islam Hira.
Sebelum berakhirnya Hari Anugerah Gemilang,persembahan terakhir telah
dimeriahkan oleh artis nasyid tempatan iaitu Muadz.Selesai sahaja persembahan
tersebut,doa penutup telah dibacakan oleh Ustaz Abdul Hamid Dahlan bagi
menandakan Hari Anugerah Gemilang ini sudah berakhir.

Disediakan oleh,
Siti Syafiqah Samsudin