Anda di halaman 1dari 5

ANEURYSM

DEFINASI

Bengkak seperti belon dalam dinding arteri akibat penyakit atau kecacatan
kongenital. Aneurysm biasanya berlaku pada arteri di dasar otak dan aorta di kenali
sebagai aortic aneurysm.

JENIS-JENIS ANEURYSM
Antara jenis-jenis aneurysm ialah:
1. Aortic aneurysm.
2. Cerebral aneurysm.
3. Thoracic aneurysm.

PATOFISIOLOGI

Aneurysm terjadi apabila bengkak pada salur darah mengelembung dan pecah.

Perubahan fizikal pada diameter aortic boleh berlaku kerosakan pembinaan


protein daripada dinding aortic atau jangkitan.

Melibatkan 3 lapisan iaitu tunica intima, tunica media, tunica adventitia.

ETIOLOGI

Atherosclerosis
-

Plak-plak berlemak berkembang pada dinding-dinding dalam arteri dan


akhirnya menyebabkan penyekatan aliran darah.

Kecederaan pada dada.

Contohnya kecederaan yang berlaku akibat daripada hentakan.

Merokok

Vasculitis.
-

inflamasi dinding-dinding pembuluh-pembuluh darah kecil secara bertompok.

Marfan sndrome.
-

gangguan keturunan tisu perantara dicirikan oleh ketinggian yang berlebihan,


jari kaki dan jari tangan yang kurus dan lebih panjang daripada normal.

MANIFESTASI KLINIKAL

Sakit pada bahagian belakang atau sebelah abdomen.


Kesejukan
Kebas atau tingling (sesemut).
Berpeluh.
Kadar degupan jantung cepat.
Dizziness (pitam).
Lemah dan mudah letih.

KOMPLIKASI

Pneumothorax
- kehadiran udara dalam kaviti pleura.
Hemothorax
- kehadiran darah dalam kaviti pleura.
Hemopneumothorax
- kehadiran darah dan udara dalam kaviti pleura.
UJIAN PENGESAHAN

Chest x-ray.
Electrocardiogram (ECG).
CT scan.
MRI (magnetic resonance imaging).
RAWATAN

Rawatan medikal.

Ubat-ubat ini digunakan untuk mengurangkan tekanan, merehatkan saluran


darah dan mengurangkan risiko ruptur (pecah). Fungsi ubat ini ialah menyekat
pergerakan ion-ion kalsium yang melintangi sel membran serta menekan
pembentukan impuls.

PROGNOSIS

Lelaki mudah untuk mendapat aneurysm berbanding dengan perempuan. Risiko


untuk mendapat aneurysm meningkat apabila dewasa. Biasanya berlaku
diantara umur 35-60 tahun.

BAGAIMANA ANEURYSM BOLEH DIELAKKAN?

Berhenti merokok.
Makan makanan rendah lemak dan kolestrol.
- untuk mengurangkan plak-plak lemak pada arteri yang boleh menyebabkan
berlakunya penyempitan pada arteri.
Mengawal tekanan darah tinggi .
Mengawal kadar kolestrol yang tinggi.
Sentiasa melakukan aktiviti fizikal
- Contohnya senaman

MASALAH KEJURURAWATAN
1.

Bimbang berkait dengan pembedahan yang akan dilakukan.

Matlamat:
Pesakit akan mendapat ketenangan dan tidak bimbang lagi.

Tindakan kejururawatan.
1)

Menilai tahap kebimbangan pesakit


- melalui mimik muka yang resah, kegelisahan dan aduan pesakit takut.
Rasional: Supaya tindakan selanjutnya dapat dilakukan

2)

Berikan sokongan emosi:


-

tenangkan hati pesakit atau menemani pesakit jika perlu.

Rasional: Agar kebimbangan pesakit dapat dikurangkan.


3)

Beri penerangan prosidur yang hendak dijalankan.


Rasional: Agar pesakit faham dengan prosidur yang akan dilakukan.

4)

Galakkan waris melawat.


Rasional: Supaya pesakit mendapat keyakinan diri.

Penilaian:
2.

Pesakit kelihatan tenang dan ceria serta memberikan kerjasama dalam


setiap prosidur yang dijalankan.

Gangguan keselesaan berkait dengan rasa sakit.

Matlamat: Kesakitan pesakit dapat dikurangkan


Tindakan kejururawatan.
1) Nilai tahap kesakitan pesakit melalui:
Aduan pesakit, mimik muka yang kesakitan dan bahagian yang sakit.
Rasional: Supaya tindakan selanjutnya dapat dilakukan.
2) Rehatkan pesakit.

3) Posisikan pesakit dalam baringan yang selesa dan dengan aligment yang betul.
Rasional: Supaya kesakitan pesakit dapat dikurangkan.
4) Beritahu doktor dan beri ubat mengikut arahan.
Rasional: Kesakitan dapat dikurangkan.

Penilaian
Pesakit berasa selesa dan kesakitan yang dialami dapat dikurangkan.

3. Lemah dan kurang keupayaan untuk melakukan ADL berkait dengan penyakit.

Matlamat: Pesakit dapat melakukan aktiviti harian dengan baik tanpa bantuan
atau sebaliknya.
Tindakan kejururawatan:

1)

Ases tahap keupayaan pesakit.

2)

Membantu pesakit melakukan ADL

3)

Letakkan barang untuk ADL dekat dengannya.

4)

Galakkan waris membantu

5)

Beri sokongan moral

Penilaian:
Pesakit boleh melakukan ADL tanpa/dengan bantuan.