Pertama sekali, seni visual dapat mencungkil bakat seseorang. Setiap orang
mempunyai minat yang berbeza-beza. Salah satunya ialah seni lukisan. Usaha
kerajaan dengan mewajibkan setiap murid untuk mempelajari seni melalui subjek
Pendidikan Seni Visual adalah satu usaha yang berkesan bagi memupuk bakat yang
terpendam, bersesuaian dengan matlamat Kurikulum Standard Sekolah Rendah
(KSSR) yang memberi fokus kepada usaha mengembangkan bakat murid-urid.
Setiap murid mempunyai kebolehan yang tersendiri dan berbeza antara satu sama
lain. Segelintir murid-murid mahir dalam melukis, membuat rekaan, mereka binaan,
mahupun kraf. Mereka perlu mengasah bakat mereka dari sekolah rendah lagi
kerana mereka mempunyai kreativiti yang tinggi dan mudah dibentuk. Pendidikan
Seni Visual juga dapat melahirkan pelukis yang berbakat dan berkualiti pada masa
hadapan. Seni visual merupakan satu disiplin ilmu. Seni visual melibatkan tiga
domain manusia iaitu domain kognitif, afektif, dan psikomotor (Tiejay.tripod.com,
2014). Domain-domain ini membantu memperkembangkan bakat dan potensi
individu.
Seni visual juga dapat mengisi masa lapang daripada melakukan perkara
yang tidak berfaedah seperti melepak dan vandalisme. Gejala-gejala tidak berfaedah
ini semakin berleluasa terutama sekali di kalangan para pelajar sekolah. Hal ini
boleh dibendung dengan mempergiatkan lagi subjek seni visual di sekolah-sekolah.
Selain itu, para pelajar dan murid boleh menceburkan diri dalam aktiviti-aktiviti
bermakna yang dianjurkan oleh pihak sekolah seperti pertandingan melukis dan
mewarna. Aktiviti seperti ini dapat mengasah bakat individu sekaligus dapat
mengelakkan diri daripada melakukan perkara yang tidak berfaedah. Melukis pada
masa lapang dapat melahirkan insan yang kreatif dan inovatif. Mereka mampu untuk
menyelesaikan masalah dan membuat keputusan yang bijak (Ismail, 2008). Individu
itu boleh menggunakan masa lapang yang ada dengan meluahkan perasaan melalui
lukisan.
Seni visual menggalakkan pelajar untuk berfikir secara kritis dan kreatif dalam
melaksanakan hasil seni. Ia memperkenalkan banyak aspek pembelajaran baharu
yang jarang didapati dalam subjek lain yang dipelajari di sekolah. Antara
pengetahuan baharu yang diperkenalkan oleh seni visual adalah aspek ruang,
tekstur, jenis garisan, corak dan penghasilan pelbagai warna. Ilmu yang dipelajari
dari seni visual boleh diaplikasi dalam kehidupan seharian para pelajar. Hal ini
kerana seni visual sangat rapat dengan diri manusia, alam sekitar dan perhubungan
manusia dan alam. Malah, setiap elemen seni visual berada pada alam sekitar
seperti tekstur pada permukaan batu, garisan pada dedaunan dan warna pada
bunga-bungaan. Kefahaman yang diperoleh dari seni visual dapat diaplikasikan oleh
pelajar dalam aktiviti seharian. Misalannya, pelajar akan lebih memahami tentang
warna selepas kelas pendidikan seni, maka mereka akan memiliki lebih kesedaran
dalam memilih warna yang sesuai untuk digunakan kelak. Contohnya dalam memilih
warna padanan bagi baju dan kasut, cat dinding dan kertas dinding, juga cadar dan
selimut.
Seni merupakan salah satu cabang ekspresi diri, di mana hasil seni selalunya
direalitikan oleh seniman. Inspirasi seniman pula berdasarkan cetusan imaginasi
oleh dirinya atau perkara melibatkan dirinya. Maka seni dikatakan luahan perasaan
manusia. Seni visual mampu memberikan peluang dan boleh menjadi medium yang
tepat untuk meluahkan perasaan atau emosi. Dengan perlaksanaan melalui cara
begiini, emosi tidak akan mengaburi perasaan dan pemikiran waras seseorang.
Melukis juga merupakan salah satu cara untuk meluahkan perasaan dan emosi
(Ismail, 2008). Contohnya, pelajar diberi tugasan untuk meluahkan perasaan,
daripada melampiaskan amarah dengan melakukan aktiviti tidak sihat, mereka akan
mengeluarkan hasil seni yang timbul dari perasaan itu.
Subjek Seni Visual di sekolah dianggap remeh oleh murid, ibu bapa
malahan guru sendiri. Namun begitu, subjek ini memainkan peranan yang
amat besar untuk menyokong serta membantu murid untuk
mengadaptasi serta mempelajari matapelajaran yang lain. Melalui seni,
mereka boleh menghilangkan tekanan yang datang daripada subjeksubjek yang sukar seperti Matematik. Seni visual juga mampu
mengembangkan serta mencungkil potensi mereka yang ada,
membolehkan murid berfikir secara holistik. Oleh itu, kepentingan subjek
ini perlu difahami oleh semua pendidik agar potensi setiap murid dapat
dibangunkan secara holistik.
Rujukan
KANAK, P. 2013. Sesejuk mata memandang, semanis bahasa berbicara:
PEMIKIRAN KREATIF DI KALANGAN-KANAK KANAK. [online] Available at:
http://wanmohdaffendy.blogspot.com/2013/06/pemikiran-kreatif-dikalangan-kanak.html [Accessed: 18 Mar 2014].
Khairulsani Ismail, 2008. TABIKA PERPADUAN S24: KEPENTINGAN SENI VISUAL
DALAM PENDIDIKAN KANAK-KANAK. [online] Available at:
http://tadikaperpaduans24.blogspot.com/2008/08/kepentingan-seni-visualdalam.html [Accessed: 18 Mar 2014].
Mesna Abd. Rahman, 2014. Kepentingan Pendidikan Seni. [online]
Available at: http://www.oocities.org/athens/atlantis/4917/mesna1.html
[Accessed: 18 Mar 2014].
Shamseruddin Othman, 2014. Kepentingan Pendidikan Seni Visual. [online]
Available
at:
http://www.scribd.com/doc/84023415/Kepentingan-Pendidikan-Seni-