Anda di halaman 1dari 5

7 Kesilapan Kritikal Resume Dilongkangkan

Pendahuluan
Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Terima kasih kerana anda telah pun mendaftar di laman ini untuk mendapatkan panduan dan tips-tips
yang berkaitan dengan kerjaya. Dalam laporan percuma ini, saya akan kongsikan kepada anda 7 sebab
yang sering dilakukan dalam penulisan resume. Kesilapan-kesilapan ini dikatakan amat kritikal kerana
kerap dilakukan berulang kali dan tidak ada usaha yang serius untuk menambah baik penulisan resume
yang dilakukan.

Saya mengambil inisiatif ini untuk membantu anda dengan menyenaraikan 7 kesilapan utama yang
sudah mulai serius di kalangan pemohon pekerjaan. Oleh itu, sebelum ianya menjadi lebih teruk, anda
perlu membaca dan menghindari 7 kesilapan utama ini. jika tidak, resume anda bakal dihumban ke
dalam longkang.

1. Copy & paste resume.


Perkara ini terjadi apabila anda meminta satu contoh resume dari rakan yang sudah mempunyai
resume. Perkara pertama yang anda lakukan ialah mengubah maklumat tersebut kepada perkara yang
berkaitan dengan diri anda. Seterusnya, maklumat akademik dan ko-kurikulum juga diubah. Anda lupa
satu perkara yang perlu diubah iaitu susunan resume tersebut. Jadi elakkan sikap copy & paste resume
dan mulakan penulisan resume yang serius.

2. Crowded data.
Adakalanya anda mahu bakal majikan mengetahui kelebihan dan kepakaran anda sekaligus diterima
bekerja dalam syarikatnya. Jadi anda pun berfikir untuk memasukkan kesemua pencapaian yang pernah
anda miliki bermula dari sekolah rendah hinggalah ke universiti. Ini bukanlah perkara yang tepat kerana
anda hanya perlu memasukkan pencapaian yang perlu dengan keperluan jawatan yang dipohon sahaja.
Paling tidak pun pastikan ianya berkaitan dengan skop kerjaya yang anda pohon.

3. Tulisan atau font yang fancy.


Anda pasti mahukan resume yang benar-benar menarik perhatian majikan. Jadi anda akan mengambil
langkah untuk mencantikkan resume anda. Salah satu aspek yang bakal diubahsuai adalah jenis tulisan
atau font. Anda boleh gunakan font yang standard iaitu Arial, Times New Roman dan Tahoma.
Menggunakan font atau tulisan yang fancy hanya akan mengelirukan majikan anda contohnya font atau
tulisan tersebut berkerawang seperti rekaan tulisan kad jemputan kahwin. Ini akan menyebabkan
resume anda diketepikan dan dilontarkan ke bakul sampah.

4. General resume.
Anda mempunyai satu resume dan ianya akan dihantar ke bakal majikan anda disebuah syarikat.
Resume yang sama juga anda hantar kepada satu lagi syarikat yang lain. Ini merupakan satu strategi
yang salah untuk memohon pekerjaan kerana resume anda bersifat umum atau general. Setiap syarikat
mempunyai kriteria jawatan yang berbeza dan cara penilaiannya juga tidak sama.

Kaedah yang terbaik adalah sekiranya anda mempunyai lebih dari satu permohonan kerja, hasilkan satu
resume untuk satu permohonan. Pastikan setiap resume yang dihasilkan memenuhi syarat dan kriteria
jawatan yang dimahukan oleh sesebuah syarikat.

5. Guna lebih dari 2 warna.


Selain daripada tulisan, warna yang digunakan dalam resume turut memainkan peranan. Dalam
penulisan resume, hanya perlu gunakan warna dengan kadar yang minimum, iaitu warna hitam dan
putih sahaja. Paling tidak pun pada bahagian gambar pasport sahaja. Untuk membezakat seksyen dalam
resume, anda hanya perlu gunakan fungsi bold pada tulisan-tulisan yang tertentu.

6. Cover letter/surat iringan.


Pada bahagian ini, surat iringan yang dihantar hanya perlu menyatakan pengenalan ringkas tentang diri
anda, mengapa dan kenapa anda memohon jawatan di syarikat tersebut. Terdapat beberapa kes di
mana pemohon meletakkan terlalu banyak informasi dalam surat iringan sehingga menenggelamkan
resume yang dihantar. Sebahagian daripada maklumat di dalam resume diterangkan secara panjang
lebar dalam surat iringan. Ini akan menghilangkan minat bakal majikan anda untuk meneliti resume
anda sekaligus beralih kepada resume pemohon yang lain.

7. Tidak faham keperluan jawatan.


Dalam satu bidang jawatan, pasti ada beberapa pecahan jawatan dan skop tugasan. Bidang kerja
seorang pegawai operasi tidak sama dengan seorang akauntan. Sekiranya jawatan yang ditawarkan ialah
pereka bangunan, ianya pasti tidak sama dengan pereka grafik biar pun nama jawatannya hampir sama.
Pereka bangunan menggunakan ukuran secara tepat dan logik, pereka grafik menggunakan ukuran tepat
tetapi kreatif, pasti skop kerja dan tugasannya tidak sama.

Oleh itu sebelum anda membuat permohonan, pastikan skop kerja, tanggung jawab dan kriteria yang
diperlukan dapat diteliti bagi mengelakkan anda menerima risiko kerja yang tidak sepatutnya diterima.

Bayangkan jika anda menerima tawaran kerja yang berbeza dengan kelulusan dan pengetahuan yang
ada, kerja dan tugasan yang bakal anda terima tidak dapat disiapkan dan bakal menghasilkan kerja yang
tidak sempurna.

Kesimpulan
Menghasilkan resume untuk memohon pekerjaan bukanlah perkara yang main-main. Dari resume anda
akan dinilaikan untuk diambil bekerja. Dari resume jugalah anda akan ditemuduga. Pendek kata apa
yang anda tulis dalam resume sebenarnya mencerminkan diri anda, sikap anda dan tahap pengetahuan
anda. Biar pun anda memiliki kelulusan yang tinggi seperti diploma atau ijazah tetapi tidak tahu menulis
resume atau menulis resume seperti acuh tidak acuh bakal memberi impak kepada kerjaya anda.

Sekiranya anda benar-benar mahukan kerjaya yang serius, menjamin masa depan dan kemajuan dalam
kerjaya, anda haruslah mengambil serius dengan cara penulisan resume anda. Satu cara yang paling
mudah untuk menghasilkan resume yang berkualiti ialah dengan merujuk kepada panduan penulisan
resume yang telah digunakan dalam industri pekerjaan. Ramai rakyat Malaysia yang sukses dalam
kerjaya telah mendapatkan panduan ini. Jadi saya cadangkan anda mendapatkan panduan resume ini
supaya anda tidak menghadapi masalah di masa hadapan. Terus klik pada link di bawah untuk masa
depan kerjaya anda :

http://resume.hairulazni.my
Salam sukses,

HAIRUL AZNI

Anda mungkin juga menyukai