Anda di halaman 1dari 4

Allah 'Azzawajalla di dalam al-Quran (yang merupakan mukjizat yang paling besar

dan berkekalan sehingga hari qiamat) telah menceritakan kepada kita tentang satu
peristiwa yang telah berlaku kepada satu kelompok daripada bani Israel. Cerita ini
bukanlah cerita dongeng tetapi merupakan satu kisah daripada kisah-kisah yang
lain daripada al-Quran yang patut dan mesti kita mengambil iktibar dan tauladan
yang terbaik daripadanya. Kisah ini telah dinukilkan dalam ayat 67 sehingga 74
surah al-Baqarah dan kisah ini juga merupakan sebab surah ini dinamakan surah alBaqarah.
67. Dan(ingatlah), ketika nabi Musa berkata kepada kaumnya: " Sesungguhnya
Allah menyuruh kamu menyembelih seekor lembu betina". Mereka berkata :"Adakah
kamu mahu menjadikan kami bahan ejekan?". Nabi Musa menjawab : " Aku
berlindung kepada Allah agar tidak menjadi salah seorang daripada orang-orang
yang jahil".
68. Mereka menjawab :" Mohonkanlah kepada Tuhanmu untuk kami agar Dia
menerangkan kepada kami tentang apakah lembu betina itu".Nabi Musa
menjawab :"Sesungguhnya Allah berfirman bahawa lembu betina yang tidak tua
dan tidak pula muda iaitu pertengahan antara itu, maka lakukanlah apa yang
diperintahkan kepadamu".
69. Mereka berkata: " Mohonkanlah kepada Tuhanmu untuk kami agar Dia
menerangkan kepada kami apakah warnanya". Nabi Musa menjawab:
"Sesungguhnya Allah berfirman bahawa lembu betina itu adalah lembu betina yang
bunting yang kuning, yang kuning tua warnanya lagi menyenangkan orang-orang
yang memandangnya".
70. Mereka berkata : Mohonkanlah kepada Tuhanmu untuk kami agar Dia
menerangkan kepada kami bagaimana hakikat lembu betina kerana sesungguhnya
lembu itu(masih) samar bagi kami dan sesungguhnya kami Insya Allah akan
mendapat petunjuk (untuk memperolehi lembu itu).
71. Nabi Musa berkata :" Sesungguhnya Allah berfirman bahawa lembu betina itu
adalah lembu betina yang belum pernah digunakan untuk membajak tanah dan
tidak pula untuk mengairi air, tidak cacat, tidak berbelang". Mereka berkata :
"Sekarang barulah kamu menerangkan hakikat lembu betina yang sebenarnya".
Kemudian mereka menyembelihnya dan hampir saja mereka tidak melaksanakan
perintah itu".
72. Dan (ingatlah), ketika kamu membunuh seorang manusia lalu kamu saling
tuduh menuduh tentang itu. Dan Allah hendak menyingkapkan apa yang selama ini
kamu sembunyikan.

73. Lalu Kami berfirman:"Pukullah mayat itu dengan sebahagian anggota lembu
betina itu!". Demikianlah Allah menghidupkan kembali orang-orang yang telah mati,
dan memperlihatkan padamu tanda-tanda kekuasaanNya agar kamu mengerti.
74. Kemudian setelah itu hatimu menjadi keras seperti batu, bahkan lebih keras
lagi. Padahal dicelah batu-batu itu memang ada yang mengalir sungai-sungai
daripadanya dan dicelahnya memang ada yang terbelah lalu keluarlah mata air
daripadanya dan dicelahnya memang ada yang meluncur jatuh kerana takut kepada
Allah. Dan Allah sekali-kali tidak lupa daripada apa yang kamu kerjakan.
RINGKASAN KISAH
Pada zaman nabi Musa telah berlaku satu jenayah pembunuhan dalam kalangan
bani Israel. Pembunuh tidak diketahui dan masing-masing mempertahankan diri
daripada mengaku salah dalam masalah pembunuhan ini. Ini menyebabkan mereka
saling menuduh antara satu sama lain dalam masalah ini. Untuk menyelesaikan
masalah ini, mereka telah menemui nabi Musa. Nabi Musa telah memohon kepada
Allah agar Dia membuka rahsia tentang pembunuhnya yang sebenar. Allah telah
mewahyukan kepada nabi Musa supaya memerintah kepada bani Israel untuk
menyembelih seekor lembu betina tetapi Dia tidak menerangkan secara jelas
mengenai keadaan dan sifat sebenar lembu tersebut. Sekiranya mereka menerima
penerangan mengenai lembu itu secara terperinci kemungkinan besar mereka akan
terus melaksanakannya.
Tetapi memang telah menjadi sikap dan sifat yahudin iaitu sentiasa mencanggah
dan mahu lari daripada tanggungjawab yang diperintahkan oleh Allah. Mereka telah
bertanya kepada nabi Musa tentang umur lembu betina itu. Nabi Musa menjelaskan
bahawa lembu itu tidak tua iaitu pertengahan antara keduanya. Kemudian mereka
bertanya pula tentang warnanya dan nabi Musa memberitahu mereka bahawa
lembu itu berwarna kekuningan iaitu kuning tua yang menyejukkan mata
memandang.
Mereka terus bertanya mengenai pekerjaan lembu itu dan nabi Musa terus
menyatakan bahawa lembu itu amat disayangi oleh tuannya, tidak pernah
digunakan untuk membajak tanah mahu pun mengairi air. Akhirnya setelah berpuas
hati dengan keterangan yang diberikan ole nabi Musa barulah mereka
melaksanakan apa yang telah disuruh walau pun pada mulanya mereka hampir
tidak ingin melaksanakannya.
Kemudian nabi Musa menyuruh mereka supaya memukul tubuh mayat lelaki yang
dibunuh itu dengan sebahagian daripada lembu betina yang disembelih tadi.
Mereka melaksanakannya dan tiba-tiba dengan kuasa Allah mayat tadi hidup
apabila ditiupkan oleh Allah ruh. Mayat yang dihidupkan semula oleh Allah itu terus
menerangkan mengenai pembunuhnya yang sebenar. Setelah menerangkan segalagalanya maka dia dimatikan semula oleh Allah. Golongan bani Israel yang
menyaksikan peristiwa ini merasa begitu takjub dan kehairanan. Begitulah antara

kuasa Allah yang Maha Berkuasa di dalam membuat sesuatu walau pun ia berkaitan
dengan perkara yang pelik.

PENGAJARAN
1. Diwajib mematuhi segala perintah dan hukum hakam dan melaksanakannya
serta beriltizam secara penuh keikhlasan. Ini bermaksud melaksanakannya
seberapa segera yang boleh tanpa menangguhnya.
2. Kita dilarang mentakwil dan berdalih daripada apa yang telah diperintahkan oleh
Allah, apatah lagi bertujuan untuk mengelak dan lari daripada suruhanNya.
3. Tunjang utama di dalam memberi natijah kepada sesuatu perkara itu adalah hati.
Jika hati itu benar-benar ikhlas dan yakin serta patuh kepada Allah maka yang
demikian ini akan menyebabkan tuannya sentiasa melaksanakan segala kewajipan
dan perintah dengan segera dan tidak banyak berdalih. Tetapi jika hati kotor dan
tidak kukuh keyakinannya kepada Allah maka akan menyebabkan seseoarang itu
sentiasa berdalih dan mencari jalan untuk lari daripada tanggungjawabnya dan
perintah Allah.
4. Dilarang kita terlalu membesar-besarkan perkara kecil sehingga kewajipan yang
lebih besar terabai seperti terlalu menekankan mengenai amalan zikir yang
dianggap bid'ah dan berbalah mengenai masalah khilaf yang tidak menjejaskan
aqidah sehingga lupa kepada bid'ah yang paling besar iaitu menegakkan daulah
Islamiah.
5. Kita diminta supaya mengambil apa yang disuruh oleh Allah tanpa meminta
penambahan atau pun pengurangan mengenai agama. Kita juga dilarang
membanyak-banyakkan masalah dan penjelasan kepada perkara yang
bersangkutan dengan cabang kepada masalah agama bukannya usul atau pun
asasnya.
6. Kewajipan kepada kita di dalam menghormati para nabi dan rasul serta ulama'
yang benar-benar ikhlas dalam melaksanakan tugas agama.
7. Iltizam dan istiqamah di dalam melaksanakan perintah Allah akan membawa
kepada kusyuk hati dan mengubah diri ke arah kebaikan. Jika seseorang itu hanya
melakukan segala perintah Allah sambil lewa dan tidak beriltizam dengannya akan
menyebabkan kepada parahnya penyakit hati dan akan memberi kesan ke arah
keburukan dalam sikap dan sifat zahirnya.
Semoga kita dapat sama-sama mengambil apa yang baik untuk dicontohi dan
dihayati dalam kehidupan seharian dan menjauhi segala yang buruk agar bala Allah
tidak akan menimpa kita dan ahli keluarga yang lain. Jika kita membantu di dalam
meninggikan kalimah Allah yang sedang dicabar dan dinodai oleh musuh Islam

tanpa belas kasihan maka dengan penuh pasti dan yakin Allah akan membantu kita
dan menetapkan hati serta perjuangan kita dalam Islam.

Anda mungkin juga menyukai