Anda di halaman 1dari 10

Jan

9
Kecederaan dalam sukan (semester 8)

Review artiek journal Odd-Egil O, Grethe M. Lars E, Ingar H, and Roald B.


(2005). Exercise to prevent lower limb injuries in youth sports [ senaman
untuk mencegah kesederaan bahagian bawah badan di kalangan remaja
yang terlibat dalam sukan].
Tujuan kajian ini dijalankan adalah untuk melihat keberkesanan program
memanaskan badan yang direka untuk mengurangkan kecederaan bahagian
lutut dan buku lali remaja yang melibatkan diri dalam sukan. Seramai 1837
pemain bola baling dari Norway (808 perempuan dan 150 lelaki) berumur antara
15 hingga 17 tahun melibatkan diri dalam kajian ini. Daripada jumlah tersebut
879 (778 perempuan dan 101 lelaki)pemain diletakkan dalam kumpulan kawalan.
Pengukuran dalam kajian ini ialah kadar kecederaan akut lutut atau buku lali.
Keputusan kajian menunjukkan, semasa musim permainan 129 kecederaan akut
lutut atau buku lali telah direkodkan, 81 kecederaan dikesan dalam kumpulan
kawalan manakala 48 kecederaan lagi dikesan dalam kumpulan kajian.
Kesimpulan kajian menunjukkan, program memanaskan badan yang dirancang
dapat mengurangkan kecederaan lutut dan buku lali di kalangan remaja yang
melibatkan diri dalam sukan. Latihan pencegahan ini perlu diperkenalkan
sebagai sebahagian daripada program sukan remaja.
Kesimpulannya kajian ini, telah menambahbaik kajian-kajian yang
dijalankan sebelum ini. Ini kerana, melalui kajian ini kesedaran mengenai

pencegahan kecederaan lutut dan buku lali telah bertambah. Selain itu,
kecederaan ini juga telah dapat dikurangkan sekurang-kurangnya sebanyak 50%
dengan program memanaskan badan yang telah direka ini. Keputusan kajian ini
juga boleh digunakan kepada sukan lain yang mempunyai risiko kecederaan
lutut dan buku lali yang sama seperti sukan bola baling.
Namun begitu, program memanaskan badan ini, hanya sesuai untuk digunakan
untuk mengatasi kecederaan lutut dan buku lali yang berpunca daripada
pendaratan dan pergerakan sahaja. Selain itu, program ini hanya sesuai untuk
dilaksanakan kepada remaja yang berumur antara 15 hingga 17 tahun sahaja.

Review artikel journal Cynthia R. LaBella, Michael R. Huxford, Joe Grissom,


Kwang-Youn Kim, Jie Peng, and Katherine Kaufer Christoffel. (2011). Effect
of Neuromuscular Warm-up on Injuries in Female Soccer and Basketball
Athletes in Urban Public High Schools [kesan memanaskan otot saraf ke
atas kecederaan dalam bola sepak perempuan dan atlet bola keranjang di
sekolah tinggi awam kawasan Bandar]. Arch Pediatr Adolesc Med/Vol
165(11): 1033-1040.
Cynthia R. LaBella, Michael R. Huxford, Joe Grissom, Kwang-Youn Kim, Jie
Peng, and Katherine Kaufer Christoffel, (2011) telah menjalankan kajian
mengenai kesan memanaskan otot saraf ke atas kecederaan dalam bola sepak
perempuan dan atlet bola keranjang di sekolah tinggi awam di kawasan bandar.
Kajian ini dijalankan untuk menentukan keberkesanan latihan yang dimula
dengan memanaskan otot saraf untuk mengurangkan kecederaan bahagian

bawah badan (LE) di kalangan athlet wanita yang bercampur etnik dan
kebanyakannya penduduk bandar berpendapatan rendah. Seramai 90 orang
jurulatih dan 1492 atlet berjaya menyiapkan kajian ini. Pemilihan sekolah
dilakukan secara rawak untuk menentukan kumpulan kajian dan kumpulan
kawalan. Kajian ini mengukur pendedahan/penglibatan atlet dalam latihan dan
pertandingan (AEs) dan punca LE yang menyebabkan atlet tidak menyertai sesi
latihan. Pengukuran ini dilakukan melalui laporan yang ditulis olej jurulatih pada
setiap minggu. Keputusan kajian menunjukkan kumpulan kajian mempunyai
kadar per 1000 AEs yang lebih rendah pada peringkat permulaan LE, akut
kecederaan LE yang tidak melibatkan sentuhan, kecederaan ketegangan buku
lali yang tidak melibatkan sentuhan dan kecederaan LE yang dirawat
menggunakan pembedahan. Kesimpulan kajian ini menunjukkan, latihan yang
dimulakan dengan memanaskan otot saraf mengurangkan kecederaan LE yang
tidak melibatkan sentuhan di kalangan pemain bola sepak perempuan sekolah
tinggi dan atlet bola keranjang yang bercampur etnik, dan kebanyakannya
penduduk bandar berpendapatan rendah.
Justeru itu kajian ini penting kepada jurulatih untuk memilih langkah
pencegahan kecederaan kepada atlet bola sepak dan bola keranjang. Perkara ini
sangat penting kerana apabila kecederaan dapat dicegah, kos merawat
kecederaan dapat dikurangkan dan prestasi atlet dapat ditingkatkan sehingga
mencapai tahap optimum. Namun begitu, kajian ini boleh ditambahbaik dengan
menyatakan pengurangan kecederaan mengikut bangsa. Ini kerana, kajian ini
telah melibatkan etnik yang pelbagai seperti African American, Hispanic, White

dan bangsa lain. Dengan itu, data yang dikutip ini akan menjadi lebih terperinci
dan dapat memberikan maklumat yang lebih banyak dan pelbagai.
Kesimpulannya, kajian seperti ini perlu diteruskan dan diperluaskan lagi
sebelum satu kesimpulan dapat dilakukan. Ini kerana, terdapat banyak lagi data
yang boleh diperoleh daripada kajian ini.

Review artikel journal Erik J. T., Alphons G. Kessels., Muriel D. Lezak,,


Barry D. Jordan,, and Jaap Troost. (1999). Neuropsychological Impairment
in Amateur Soccer Players [Kemerosotan neuropsikologikal ke atas pemain
bola sepak amatur]. The Journal of American Medical Association, Vol 282,
No. 10.
Erik J. T., Alphons G. Kessels., Muriel D. Lezak,, Barry D. Jordan, and Jaap
Troost. (1999) telah menjalakan satu kajian mengenai kemerosotan
neuropsikologikal ke atas pemain bola sepak amatur. Kajian ini dijalankan
kerana, kombinasi tidak sedarkan diri dalam bola sepak dengan bilangan
tandukan mempunyai risiko untuk mengalami kecederaan trauma otak yang
kronik (Chronic traumatic brain injury (CTBI)). Objektif kajian ini adalah untuk
mendapatkan bukti sama ada pemain bola sepak amatur mempunyai
kecederaan trauma otak yang kronik. Seramai 33 orang pemain bola sepak
amatur dan 27 orang atlet amatur (renang dan trek) di Netherlands terlibat dalam
kajian ini. Kajian ini mengukur prestasi pemain bola sepak dalam 16 ujian
neuropsikologikal yang mempunyai 27 hasil. Keputusan kajian menunjukkan

pemain bola sepak amatur mempunyai kemerosotan prestasi dalam ujian


merancang dan ingatan berdanding kumpulan kawalan. Dalam kalangan pemain
bola sepak tersebut, Sembilan orang pernah tidak sedar diri disebabkan bola
sepak dan tujuh orang pernah mengalami 2 hingga 5 kali tidak sedarkan diri
sepanjang kerjaya mereka. Bilangan tidak sedarkan diri ini mempunyai kaitan ke
atas 6 daripada ujian psikologikal tersebut. Kesimpulannya, kajian ini
menunjukkan bahawa penglibatan pemain bola sepak amatur secara umumnya,
dan tidak sedarkan diri khususnya boleh menyebabkan kemerosotan prestasi
dalam ingatan dan fungsi merangcang.
Kekuatan kajian ini adalah, isu utama kajian. Kajian ini adalah mengenai
kemerosotan neuropsikologikal yang berlaku ke atas pemain bola sepak. Bola
sepak merupakan sukan yang sangat popular dan mempunyai jutaan pengikut.
Menurut tinjauan yang dilakukan oleh Federation International Football
Association (FIFA) ke atas 207 ahlinya pada tahun 2000 mendapati 265 million
orang yang bermain bola. Ini merupakan satu jumlah yang besar. Jadi adalah
penting untuk setiap orang yang bermain bola sepak mengetahui risiko
kecederaan dalam permainan tersebut. Ini boleh membantu mereka melakukan
pencegahan untuk mengelakkan diri dari kecederaan. Ini kerana mencegah
adalah lebih baik daripada merawat.
Selain itu, isu kecederaan neuropsikologikal ini merupakan sesuatu yang
penting. Ini kerana, ia boleh mempengaruhi tiga fungsi system. Pertama ialah
intelek, yang memberi maklumat mengenai tingkah laku. Kedua ialah emosi,
yang melibatkan perasaan dan motivasi dan ketiga ialah kawalan iaitu mengawal

tingkah laku. Oleh itu, penting untuk seseorang itu untuk mengetahui factorfaktor yang boleh menyebabkan kecederaan ini supaya mereka boleh
mengelaknya.
Kesimpulannya, kajian ini merupakan kajian yang sangat berguna dan
penting kepada bidang sukan dan perubatan. Justeru itu, kedua-dua pakar
dalam bidang ini perlu melakukan kajian mengenai langkah pencegahan yang
boleh diambil, memandangkan bola sepak ini mempunyai pengaruh yang sangat
besar.
Review artikel journal Marc A. S, and Thomas M.B. (2004). A Comparison of
2 Rehabilitation Programs in the Treatment of Acute Hamstring Strains
[Perbandingan 2 program pemulihan dalam rawatan kekejangan akut
hamstring]. Orthop Sports Phys Ther. Vol 34. No 3. March 2004: 116-125
Kajian ini dilakukan untuk menilai dua program pemulihan dalam rawatan
kecederaan akut hamstring. Tujuan kajian ini adalah untuk melihat keberkesanan
dua program pemulihan kekejangan hamstring beradasarkan penilaian masa
yang diambil dan kadar kecederaan berulang bagi tempoh dua minggu pertama
dan satu tahun kemudian selepas melibatkan diri semula dalam sukan. Tujuan
lain ialah untuk menyiasat hubungan antara fungsi ujian prestasi dan masa untuk
kembali melibatkan diri dalam sukan dan kadar kecederaan berulang selepas
kembali melibatkan diri dalam sukan. Seramai 24 orang atlet menyertai kajian
ini. Atlet dibahagikan kepada dua kumpulan. Kumpulan pertama mengandungi 11
atlet yang menjalani regangan static, pembangunan progresif hamstring
senaman ketahanan dan rawatan ais (STST Group). Manakala 13 atlet menjalani
pembangunan progresif kelenturan senaman kestabilan bahagian atas dan
rawatan ais (PATS group). Keputusan menunjukkan kumpulan STST mengambil

masa 37.4 - 27.6 hari manakala kumpulan PAtS mengambil masa 22.2 - 8.3 hari.
Dalam tempoh dua minggu pertama selepas kembali melibatkan diri dalam
sukan, seramai enam orang atlet dari kumpulan STST mengalami kecederaan
hamstring berulang selepas dan tiada seorang pun yang mengalaminya bagi
kumpulan PATS. Kecederaan hamstraing berulang dalam tempoh satu tahun
selepas kembali melibatkan diri dalam sukan pula ialah seramai tujuh orang bagi
kumpulan STST dan hanya seorang bagi kumpulan PATS. Kesimpulannya
program pemulihan rawatan kecederaan akut hamstring kumpulan PATS lebih
berkesan berbanding kumpulan STST dalam kembali melibatkan diri dalam
sukan dan mengelak kecederaan kekejangan akut hamstring berulang semula
bagi atlet.
Kesimpulannya, kajian ini sangat berguna sebagai panduan untuk jurulatih
dan atlet memilih rawatan yang berkesan bagi merawat kecederaan kekejangan
hamstring. Ini kerana, melalui program pemulihan rawatan kecederaan yang
betul dan tepat akan dapat membantu atlet untuk kembali melibatkan diri dalam
sukan dengan risiko kecederaan berulang yang rendah. Namun begitu kajian
klinikal seterusnya perlu juga dilakukan untuk melihat potensi program
pembangunan progresif kelenturan senaman kestabilan bahagian atas dan
rawatan ais untuk menghalang kecederaan hamstring semasa bersukan perlu
dilakukan.

Review artikel Marc A.S., Thomas M.B., Amy S., Darryl G.T., Bryan C.H.
(2011). Hamstring Strains: Basic Science and Clinical Research
Applications for Preventing the Recurrent Injury [kekejangan hamstring:
Asas Sains dan Kajian Aplikasi Klinikal untuk mencegah kecederaan
berulang]. Strength and Conditioning Journal. Vol 33(11) No 3.
Satu kajian yang telah dijalankan oleh National Collegiate Athlectic Assiciation
Injry Surveilance System menunjukkan bahawa 62% atlet lelaki kolej mudah
mendapat kecederaan hamstring berdanding atlet wanita. Oleh itu, Marc A.S.,
Thomas M.B., Amy S., Darryl G.T., Bryan C.H. (2011) telah menulis satu artikel
bertajuk kekejangan hamstring: Asas Sains dan Kajian Aplikasi Klinikal untuk
mencegah kecederaan berulang. Tujuan artikel ini adalah untuk menunjukkan
saiz dan skop kekejangan hamstring ini melalui pelbagai jenis kemalangan
dalam sukan dan kesukaran untuk kembali melibatkan diri tanpa mengalami
kemerosotan prestasi dan risiko kecederaan berulang. Atrikel ini menunjukkan
risiko untuk mendapatkan kecederaan hamstring adalah melalui tahap
persaingan atlet dan umur. Selain itu kecederaan hamstring laying lama juga
menjadi penyumbang risiko kecederaan berulang. Artikel ini juga menjelaskan
bahawa hamstring selalu terjadi ketika berlari. Kecederaan ini selalu berlaku
disepanjang sambung otot tendon. Ini menyebabkan tisu disekitar kawasan
tersebut rosak.. oleh itu, satu program pemulihan yang melibatkan latihan
memanaskan badan dinamik dan latihan menguatkan bahagian atas badan perlu
dilakukan. Selain itu, pengambilan sarcomeres juga digalakkan supaya tendon
dan otot boleh bekerja lebih lama dan meningkatkan magnitude kelenturan.

Kesimpulannya artikel ini sangat berguna untuk mengatasi masalah kecederaan


hamstring yang selalu berlaku di kalangan atlet. Melalui artikel ini atlet boleh
melakukan program latihan bagi memulihkan kecederaan ini dan
mengelakkannya berulang semula. Ini seterusnya membantu meningkatkan
prestasi atlet ke tahap optimum.

Review artikel journal Hassan I and Dorani B.J (2001). Sports related
fractures in children in north east England [Kepatahan berkaitan sukan di
kalangan kanak-kanak di selatan utara England]. Emerg Med J 2001;18:167171.
Tujuan kajian ini dijalankan adalah untuk menerangkan epidemiologi kepatahan
di kalangan kanak-kanak yang berkaitan sukan yang boleh dilihat di hospital
awam bahagian kemalangan dan kecemasan. Kajian ini dijalankan ke atas
kanak-kanak yang berumur 5 hingga 10 tahun yang mengalami kepatahan
berkaitan sukan daripada 1 September 1997 hingga 31 Ogos 1998. Keputusan
menunjukkan, seramai 255 orang kanak-kanak berumur 5 hingga 15 tahun
mengalami kepatahan berkaitan sukan sepanjang tempoh kajian dijalankan.
Secara keseluruhannya, bola sepak, kasut roda, basikaldan bola jaring
merupakan penyebab utama berlaku patah. Tempat paling tinggi berlakunya
kecederaan ialah kawasan perumahan. Kebanyakkan kepatahan ini berlaku di
bahagian atas anggota badan. Kesimpulan kajian ini ialah, kanak-kanak kelima
yang mengalami kecederaan berkaitan sukan ialah kepatahan. Pelbagai factor

boleh mendorong kepada peningkatan kemalangan berkaitan sukan yang


menyebabkan kepatahan ini.
Kesimpulannya, kajian ini boleh dijadikan panduan untuk ibu bapa dan
jurulatih mengenai sukan yang boleh mendatangkan risiko kepatahan kepada
kanak-kanak. Selain itu ibu bapa juga boleh membantu mengurangkan jumlah
kanak-kanak yang mengalami kepatahan ini dengan memberi tumpuan kepada
aktivti yang dilakukan mereka semasa berada di rumah. Ini kerana kajian
menunjukkan kawasan perumahan merupakan tempat utama berlakunya
kecederaan.

Anda mungkin juga menyukai