Wordpress Seo PDF
Wordpress Seo PDF
Wordpress Seo PDF
JurnalSEM.com
2009.JurnalSEM.com
*Panduan Asas SEO Untuk Wordpress ini diterbitkan PERCUMA di JurnalSEM.com dibawah siri Panduan SEM
JurnalSEM.com adalah laman hub yang memaparkan berita terkini dunia enjin carian,
tips pemasaran melalui enjin carian (SEO dan PPC). SEM itu bermaksud Search Engine
Marketing.
Mengapa SEM?
Secara ringkasnya, SEM adalah gabungan pemasaran yang dilakukan di enjin carian
samada berbayar (Pay Per Click-PPC) atau percuma (Search Engine Optimization-SEO).
Antara enjin carian yang mempunyai peratus penguasaan pasaran yang besar adalah :
http://www.google.com
http://search.yahoo.com
http://search.msn.com
http://www.ask.com
*Sumber : http://jurnalsem.com/market-share-enjin-carian-mac-09/
Pemasaran melalui enjin carian dilihat sebagai salah satu cara pemasaran terbaik di
Internet, dimana enjin carian menjadi sebagai penghubung diantara prospek (pengguna
enjin carian yang membuat carian) dan juga pemilik bisnes (yang menawarkan
produk/servis yang dicari oleh prospek).
Samada melalui kaedah percuma (SEO) mahupun berbayar (PPC), kedua-duanya
mempunyai kelebihan dan kekurangan masing-masing. SEO lebih dilihat sebagai
pemasaran jangka panjang manakala PPC sebagai pemasaran jangka pendek.
Lazimnya pemasaran melalui PPC akan digunakan terlebih dahulu bagi menentukan kata
kunci (keywords) yang sesuai (yang mampu membawa leads atau jualan) sebelum ia
digunakan di dalam proses SEO.
Setakat ini kesemua kandungan JurnalSEM ditulis oleh Amirul Faisyal, yang mempunyai
pengalaman 3 tahun di dalam bidang pemasaran melalui Internet.
Dan minat beliau di dalam pemasaran melalui enjin carian terutamanya berkenaan SEO
(Search Engine Optimization) diterjemahkan di dalam JurnalSEM ini.
Selain dari SEO, Amirul Faisyal juga akan menyelitkan artikel-artikel berupa pendapat
peribadi berkenaan industri dan juga artikel yang berkait rapat dengan keusahawanan.
Juga jangan lupa tambah Amirul Faisyal sebagai rakan anda di Facebook. :)
Pengenalan
Wordpress Sebuah CMS Yang Mesra Enjin Carian (Search Engine
Friendly)
Terdapat banyak CMS (Content Management Systems) yang ada di Internet, contoh yang
biasa kita dengar adalah Joomla, Drupal, dan lain-lain (sila rujuk Wikipedia untuk
senarai penuh).
Dan setiap CMS yang ada mempunyai kekurangan dan kelebihan masing-masing. Saya
tidak akan menghuraikan dengan lebih lanjut apa kelebihan dan kekurangan setiap CMS
kerana ia sudah diluar konteks panduan ini.
Namun apa yang saya mahu kongsikan dengan anda adalah, Wordpress adalah antara
salah satu platform CMS yang terbaik dari segi ketidaksukaran robot/crawler enjin carian
untuk membuat crawling pada kerangka (framework) mereka.
Dan antara kelebihan-kelebihan 'mesra enjin carian' yang terdapat pada Wordpress
adalah :
1. Fungsi URL statik melalui penggunaan permalinks;
2. Plugin-plugin tersedia untuk SEO;
3. Fungsi RSS Feeds sedia ada.
Jadi jika anda menggunakan Wordpress, boleh dikatakan anda sudah tidak perlu risau
samada enjin carian akan mengindeks laman web anda ataupun tidak.
Kerana dengan Wordpress biasanya enjin carian tidak akan menghadapi sebarang
masalah besar untuk mengindeks laman web anda pada kadar yang segera.
Jadi;
Wordpress = Mesra Enjin Carian
Anda akan melihat terdapat lima pilihan yang anda boleh buat untuk struktur permalinks
laman web Wordpress anda.
Keputusan B
Dan untuk gambaran lebih jelas anda boleh lihat diagram dibawah :
Baik, saya rasa anda sudah jelas manfaat menggunakan satu jenis URL sahaja.
Sekarang anda tentukan URL manakah yang anda mahu guna, jika anda memilih nonwww, anda akan membuat redirection www ke non-www. Contoh jika pelawat A menaip
URL laman web anda http://www.LamanAnda.com, ia akan di-redirect ke
http://LamanAnda.com.
NOTA Bagi panduan untuk membuat redirection ia tidak akan ditulis disini
memandangkan topik tersebut sedikit advance.
Panduan Asas Wordpress SEO. Khas Terbitan Dari
Langkah #4 Di laman 'Install Plugins', klik butang 'Browse' dibahagian 'Install a plugin
in .zip format', pilih fail zip plugin yang anda muat turun tadi, dan klik 'Open' :
Langkah #6 Jika pemasangan anda berjaya, mesej dibawah akan keluar. Klik 'Activate
Plugin' untuk mengaktifkan plugin tersebut.
Dan anda boleh membuat ubahsuai setting pada plugin All In One SEO ini di bahagian
'Setting' >> 'All in One SEO' :
NOTA Langkah-langkah pemasangan plugin seperti diatas adalah sama untuk anda
memasang plugin-plugin yang lain di Wordpress. Sesetengah plugin akan mempunyai
bahagian setting mereka sendiri setelah ianya dipasang dan sesetengahnya tiada.
Untuk plugin yang mempunyai setting (seperti plugin All in one SEO ), anda boleh
membuat pengubahsuaian setting dengan klik pada nama plugin tersebut. Biasanya
setting ini akan ditempatkan dibahagian dropdown menu 'Settings' di dashboard
Wordpress anda.
Berbalik semula kepada topik asal kita, sekarang saya menganggap anda telah memasang
plugin 'All in one SEO' di Wordpress anda.
Dan anda mungkin tertanya apakah fungsi plugin ini?
Secara ringkasnya plugin All in one SEO ini akan memudahkan anda untuk membina
perkara-perkara ini di dalam SEO ;
1. Title tag;
2. Meta descriptions;
3. Meta keywords.
Dan di sini anda boleh membina ketiga-tiga fungsi di atas samada untuk laman utama
anda (Home - LamanAnda.com), laman page (LamanAnda.com/about-us/), dan juga
laman single post (LamanAnda.com/hello!).
NOTA Untuk perkara #3 meta keywords, ianya sudah tidak relevan dengan suasana
SEO pada waktu sekarang. Bermakna anda boleh abaikan bahagian tersebut dan hanya
perlu fokuskan kepada title tag dan juga meta descriptions sahaja.
Kepentingan Title Tag & Meta Descriptions
Kedua-dua fungsi ini menjadi 'pemberat' yang digunakan oleh enjin carian untuk
menentukan kerelevanan laman web anda terhadap satu-satu bentuk carian itu.
Penggunaan title tag & meta descriptions yang betul akan meningkatkan peluang untuk
laman web anda berada di kedudukan yang lebih tinggi dalam keputusan carian (SERP).
Sebelum anda memasang plugin all in one SEO ini, fungsi untuk membina title tag dan
juga meta descriptions ini tidak disediakan secara default, dan setelah plugin ini
dipasang barulah anda boleh membina kedua-dua perkara ini.
Dan caranya ditunjukkan dibawah :
1. Langkah-Langkah Optimisasi Title Tag & Meta Descriptions Bagi Laman Utama Anda
(Home - www.LamanAnda.com)
Langkah #1 Di bahagian dropdown menu 'Settings', klik 'All in One SEO',
Langkah #2 Di laman plugin All in one SEO, anda akan lihat imej seperti dibawah.
Masukkan title tag, meta descriptions, dan katakunci (optional) seperti dibawah :
2. Langkah-Langkah Optimisasi Title Tag & Meta Descriptions Bagi Laman Page
(www.LamanAnda.com/about-us/).
Langkah #1 Pilih mana-mana laman page yang hendak dioptimisasikan, contoh disini
saya pilih laman 'about' (www.LamanAnda.com/about-us/). Klik 'Edit' >> Laman 'about' >>
'Edit' :
Langkah #2 Scroll ke bahagian paling bawah dan anda akan lihat paparan seperti ini :
Langkah 3 Masukkan title tag, descriptions, dan katakunci dibahagian yang disediakan.
3. Langkah-Langkah Optimisasi Title Tag & Meta Descriptions Bagi Laman Entri
(www.LamanAnda.com/hello-world!/).
*Proses optimisasi laman entri sama seperti optimisasi laman page, boleh rujuk langkahlangkah diatas.
NOTA Terdapat beberapa lagi tips-tips optimisasi advance SEO yang anda boleh
aplikasikan dengan menggunakan plugin all in one SEO ini, namun ia sudah diluar konteks
panduan asas ini.
Tips-tips advance ini akan diberi di dalam Panduan Advance SEO Wordpress terbitan
JurnalSEM Premium dan ianya produk berbayar.
Ketika panduan asas ini diterbitkan, Panduan Advance SEO Wordpress ini masih belum
diterbitkan lagi. Langgan RSS Feed JurnalSEM dibawah untuk anda mengetahui bila ia
akan diterbitkan http://jurnalsem.com/feed/
Langkah #2 Setelah sitemap berjaya dibina, anda akan melihat paparan seperti
dibawah. Anda boleh lihat sitemap anda dengan klik 'sitemap' :
Langkah #3 Sitemap anda kini telah siap dibina, salin URL sitemap anda
(http://www.LamanAnda.com/sitemap.xml)
Langkah #4 Login ke akaun konsol webmaster Google anda dengan akaun Google :
http://www.google.com/webmasters/tools/
Langkah #5 Di dalam bahagian admin konsol, tambah laman web anda dibahagian
seperti di bawah. Kemudian klik butang 'Add Site' :
Setelah laman web anda berjaya ditambah, anda akan melihat makluman seperti di
bawah :
Untuk langkah seterusnya, anda perlu melakukan proses pengesahan laman web yang
baru sahaja ditambah tersebut adalah laman web milik anda.
Dan bagi proses pengesahan tersebut, anda boleh mengikut langkah demi langkah yang
dinyatakan disitu (Klik 'Verify your site' dan anda akan diberikan dua cara untuk
pengesahan).
Langkah #6 Setelah anda membuat pengesahan, kini anda boleh menghantar laman
sitemap yang baru siap dibina tadi. Pergi ke dashboard semula, dan klik 'Add' :
Langkah #7 Masukkan link sitemap tadi dibahagian yang disediakan, kemudian klik
'Submit Sitemap'.
NOTA : Anda hanya perlu memasukkan 'sitemap.xml' di petak submit tersebut :
Sekarang sitemap anda telah berjaya dihantar ke Google. Google akan mengambil
sedikit masa untuk membuat crawling kepada sitemap anda untuk mencari mana-mana
link yang masih tidak di-indeks.
Seperti biasa, proses pemasangan plugin ini sama seperti sebelumnya dan anda hanya
perlu pilih salah satu sahaja dari senarai 5 plugin diatas.
Bagi sebab yang pertama, tujuan utamanya adalah untuk mencipta alt tag yang akan
menjadi panduan kepada pelawat sekirang imej anda gagal dipaparkan.
Dan untuk tujuan ini anda boleh menggunakan plugin ataupun mengikuti tips yang
disenaraikan di bawah.
Untuk plugin, anda boleh menggunakan plugin SEO Friendly Images :
http://wordpress.org/extend/plugins/seo-image/
Beberapa tips yang anda boleh aplikasikan di dalam melakukan optimisasi imej adalah :
Tip #1 Simpan (save) imej dengan nama katakunci yang berkaitan. Contoh anda boleh
lihat diagram di bawah :
Tip #2 Simpan (save) imej dalam format saiz paling minimum (tanpa menjejaskan
kualiti imej) :
Jika anda perasan Google sendiri mempraktiskan teknik ini. Hampir keseluruhan imej
yang dipaparkan di laman milik Google akan menggunakan format .gif kerana format ini
akan menghasilkan saiz yang paling minimum.
Dan hasilnya laman web anda akan cepat di-load, walaupun pelawat anda menggunakan
talian Internet dial-up sahaja.
2. Disallow
Bagi kandungan kedua ini, ia bermaksud arahan kepada robot/crawler untuk membuat
crawling.
Seperti contoh yang diberikan, jika anda tidak mahu membenarkan enjin carian Google
daripada membuat crawling dan indexing kepada laman web anda, anda boleh
menggunakan arahan seperti dibawah :
User-Agent: Googlebot
Disallow: /
Ini bermakna apabila Googlebot tiba di fail robots.txt, ia akan crawl disitu sahaja dan
berhenti dari crawling laman web anda terus menerus.
Saya tidak akan menyentuh secara mendalam berkenaan topik link building di dalam
panduan ini kerana ia di luar konteks SEO untuk Wordpress.
Akan tetapi saya akan berkongsi sedikit sebanyak tips yang akan membantu anda di
dalam mendapatkan link dari laman-laman web lain.
Tip #1 Bina laman web dengan kandungan berkualiti.
Tip #2 Bina link secara konsisten.
Tip #3 Guna katakunci anchor (anchor keywords) di laman web yang membenarkan
penggunaannya.
Tip #4 'Leverage' laman sosial bookmarking untuk mempromosi kandungan berkualiti
anda.
Bagi tip #4 ini saya pernah menulis beberapa artikel di JurnalSEM yang berkaitan yang
boleh membantu :
1. 7 Laman Social Bookmarking Malaysia
2. Bagaimana Untuk Mendapatkan Backlinks Dari Laman Web Social Bookmarking
Rangkuman
SEO bukanlah satu proses sekali buat, sama seperti cara-cara pemasaran yang lain, ianya
adalah proses berterusan.
Dan proses SEO itu sendiri tidak pegun, yakni ianya sentiasa berubah kerana algorithm
enjin carian sentiasa diperbaiki dari semasa ke semasa bagi memberi kepuasan paling
maksimum kepada pengguna mereka.
Jika dilihat, secara asasnya apabila anda membina satu-satu laman web yang mampu
memberi jawapan terbaik kepada prospek (iaitu mereka yang mencari anda di enjin
carian), sudah pasti enjin carian tidak teragak-agak untuk memberi anda ranking yang
baik.
Dan saya sendiri memegang prinsip ini berikan pelawat anda kandungan terbaik yang
mereka cari, dan enjin carian akan 'suka' kepada anda.
Jadi apa yang saya harapkan adalah, semoga panduan asas ini akan menjadi langkah
pertama anda untuk memahami dengan lebih mendalam apa itu SEO, serta anda tidak
berhenti belajar setakat disini.
Teruskan belajar dan fahamkan dengan lebih mendalam ilmu-ilmu pemasaran enjin
carian ini, kerana enjin carian adalah sumber ketiga paling dipercayai :
http://jurnalsem.com/fakta-enjin-carian-sumber-ketiga-paling-dipercayai/
Tanpa keraguan lagi, mempunyai ranking yang baik di SERP (Search Engine Result Page)
merupakan impian setiap pemilik bisnes.
Mungkin anda tertanya-tanya bagaimana untuk mendalami ilmu-ilmu SEO atau SEM ini?
JurnalSEM saya telah menyediakan platform ini untuk anda mempelajari ilmu-ilmu
pemasaran enjin carian ini dengan lebih mendalam.
Contohnya dalam siri SEO 101 kami menerangkan konsep-konsep asas yang perlu anda
tahu di dalam SEO, kemudiannya siri Panduan SEM yang kami terbitkan secara percuma
untuk membantu anda mengenali asas-asas di dalam SEM (Search Engine Marketing).
InsyaAllah dengan kekuatan masa dan tenaga yang diberikan-Nya, saya bersama rakan
lain di JurnalSEM akan terus berusaha menerbitkan seberapa banyak panduan yang boleh
untuk membantu anda melakukan pemasaran melalui enjin carian ini.
Teruskan membaca JurnalSEM kerana masih banyak lagi yang kami akan terbitkan di
masa-masa yang akan datang. Terima kasih.
Amirul Faisyal
JurnalSEM.com
Rujukan-rujukan berguna untuk anda dari JurnalSEM:
Memahami Tag No Follow Bahagian 1
Memahami Tag No Follow Bahagian 2
Slide Asas SEO Untuk Wordpress
Memahami Apa Itu Canonicalization
Memahami Apa Itu Google Universal Search Results
Memahami AJAX Di Google
Memahami Fail Robots.txt
Panduan Asas Pengiklanan Google Adwords