Anda di halaman 1dari 1

Nama :

Tajuk :

jezriel Supang ucho


Bagaiman menjadi pendengar yang baik.

Sejak zaman kemerdekaan, masyarakat dalam Negara kita telah hidup dalam
sebuah komuiti yang berbilang kaum serta saling memahami. Kejayaan untuk
bersatu ini tidak akan terjadi tanpa sikap setia mendengar anatar satu sama lain.
Terdapat pelbagai cara-cara untuk menjadi pendengar yang baik.
Langkah utama yang perlu diamalkan opleh seseorang untuk menjadi
pendengar yang baik ialah sentiasa menunjukkan bahawa seseorang itu siap untuk
mendengar. Tindakan berpaling muka semasa seseorang sedang menyampaikan
sesuatu akan menggagalkan proses komunikasi dan berkemungkinan menyebabkan
perbalahan. Selain itu, seseorang juga wajar memastikan berlakunya eye-contact
atau kontak mata semasa mendengar untuk menunjukkan bahawa seseornag itu
ikhlas dan memahami apa yang disampaikan oleh penyampai. Bukan itu sahaja,
malah seseorang itu sepatutnya memberikan respon semasa sedang mendengar
apa yang disampaikan. Contohnya, mengangguk atau sekadar menjawab ya
adalah cukup untuk menunjukkan bahawa anda seorang pendengar yang baik dan
setia mendengar apa yang disampaikan. Langkah-langkah untuk menjadi
pendengar yang baik tidak hanya terhad kepada sekadar memberi respon bukan
lisan. Malah, adalah lebih baik jika seseorang itu turut bertanya Solana semasa
penyampai sedang menyampaikan pesanan untuk menunjukkan bahawa anda peka
terhadap apa yang disampaikan oleh penyampai. Dalam konteks memahami emosi
seseorang, jika penyampai sedang meluahkan isi hati, seelok-eloknya, berikan
respon bahawa anda turut memahami apa yang disampaikan oleh penyampai.
Contohnya, nyatakanlah ya, saya faham apa yang awak rasakan sekarang ini
sudah cukup menunjukkan bahawa seseorang itu mendengar dengan teliti. Akhir
sekali, untuk menjadi pendengar yang baik, seseorang itu tidak seharusnya
memotong percakapan penyampai. Tindakan memotong percakapan menunjukkan
bahawa seseorang itu tidak mempunyai etika sopan dan sentiasa bertindak ego
terhadap apa yang dieprkatakan oleh penyampai. Seandainya terdapay percanggah
pendapat terhadap apa yang disampaikan oleh penyampai, lebih baik jika
seseorang itu tunggu penyampai menghabiskan percakapannya terlebih dahulu.
Hidup berkomuniti amat memerlukan etika pendengar yang baik utnuk
mengelakkkan pertelingkahan dan perselisihan faham.

Anda mungkin juga menyukai