Anda di halaman 1dari 12

Tajuk PPIK :

Keapungan, timbul dan tenggelam.


Tajuk aktiviti 1 :
Mengkaji mengapa jasad timbul atau tenggelam dalam cecair.
Hasil pembelajaran :
Mengkaji keadaan yang utama untuk keapungan, timbul dan tenggelam.
Bahan :
Dua silinder penyukat, larutan saline (air masin), dua telur dan air paip.
Mengenal pasti masalah :
mengkaji mengapa telur terapung atau tenggelam dalam air dan larutan saline?
Hipotesis :
Apabila larutan lebih tumpat, jasad akan terapung.
Prosedur aktiviti :
1. Dua silinder penyukat diisikan penuh dengan air, satu dengan air paip dan
satu lagi dengan larutan saline.
2. Satu telur diletakkan ke dalam setiap satu silinder penyukat dan diperhatikan.
3. Pemerhatian direkodkan dengan inferensnya.

Air
paip
Silinder
penyukat
Telu
r
Rajah 1 : Silinder penyukat
A

Telu
r
Larutan
saline
Silinder
penyukat
Rajah 2 : Silinder penyukat
B

Langkah berjaga-jaga :
1. Kita perlu berhati-hati semasa meletakkan telur dalam larutannya, supaya
telur tidak pecah.
2. Larutan diisikan dalam silinder penyukat supaya larutan tidak terpercik.
Pemerhatian :

Air paip

Larutan saline

Rajah 3 : Menunjukkan keadaan telur dalam air paip dan


larutan saline.

Keputusan :
Silinder penyukat
A
(Air paip + telur)

Pemerhatian

Telur tenggelam dalam air.

Inferens
Ketumpatan
air

paip

rendah

telur.

Jadi,

daripada
telur

tenggelam

dalam air paip.


Ketumpatan larutan saline
B

Telur terapung pada

lebih tinggi daripada telur.

(Larutan saline + telur)

permukaan larutan saline.

Oleh itu, telur terapung di


atas larutan saline.

Perbincangan :
Dalam aktiviti ini, saya menguji tentang keadaan telur dalam air paip dan
larutan saline. Melalui pemerhatian, saya mendapati bahawa telur tenggelam dalam
air paip manakala terapung dalam larutan saline, seperti yang ditunjukkan pada
rajah 3. Ini kerana, telur lebih tumpat daripada air paip. Jadi, telur tenggelam dalam
air paip. Dalam situasi 2, telur berada pada permukaan larutan saline. Ini
menunjukkan bahawa ketumpatan larutan mempengaruhi daya keapungan telur. Hal
ini kerana, jika makin tumpat sesuatu cecair atau larutan maka ketumpatan cecair
menghasilkan daya tujah air yang lebih tinggi yang boleh mengatasi berat sesebuah
objek. Dalam aktiviti ini, larutan saline membuktikan bahawa ia mempunyai daya
tujah yang tinggi hingga telur tersebut terapung pada permukaannya. Berbanding
dengan air paip, ia mempunyai ketumpatan yang kurang menyebabkan daya tujah
air paip tidak mampu untuk menguasai berat objek. Jadi, objek tenggelam dalam air
paipnya.
Kesimpulan :
Ketumpatan cecair akan mempengaruhi kadar keapungan objek dalam cecairnya.
Hipotesis diterima.

Tajuk aktiviti 2 :
Mengkaji mengapa jasad timbul atau tenggelam dalam cecair.
Hasil pembelajaran :
Mengkaji keadaan yang utama untuk keapungan, timbul dan tenggelam.
Bahan :
Bekas berbentuk panjang dan tiga bola plastisin (setiap 50g).
Mengenal pasti masalah :
Mengkaji mengapa plastisin bentuk bola dan bot sisi yang rendah serta bot sisi yang
tinggi, terapung atau tenggelam dalam air?
Hipotesis :
Semakin sisi bot tinggi, bot akan terapung di atas permukaan air.
Prosedur aktiviti :
1. Tiga bola plastisin diambil, setiap satu 50g. Dua bola plastisin dibentukkan
menjadi bentuk bot, satu dengan sisi yang rendah dan satu lagi dengan sisi
yang tinggi.
2. Bola 50g dan dua bot diletakkan di bekas yang diisi air penuh.
3. Pemerhatian direkodkan dengan inferensnya.

Bentuk bot bersisi rendah


Bentuk bot bersisi tinggi

Bentuk bola

Rajah 4 : Menunjukkan aturan bahan.

Langkah berjaga-jaga :
1. Pastikan bot membentuk sisi rendah dan sisi tinggi dengan tidak berlubang
supaya air tidak masuk ke dalam bot semasa meletakkan di bekas yang diisi
dengan air.
2. Pastikan ketiga-tiga bola plastisin mempunyai berat 50g.
Pemerhatian :

Bentuk bot bersisi rendah


Bentuk bot bersisi tinggi
Bentuk bola

Rajah 5 : Menunjukkan keadaan bentuk bola, bot bersisi rendah dan bot bersisi
tinggi dalam air.
Keputusan:
Bentuk plastisin

Pemerhatian

Bentuk bola

Tenggelam dalam air

Bentuk bot bersisi rendah


Bentuk bot bersisi tinggi

Inferens
Jumlah air yang disesarkan

Terapung pada

adalah kurang.
Jumlah air yang disesarkan

permukaannya
Terapung pada

adalah banyak.
Jumlah air yang disesarkan

permukaannya.

adalah banyak.

Perbincangan :
Melalui aktiviti 2 ini, saya mengkaji tentang keapungan sesuatu objek yang
bentuknya berbeza. Saya mengambil tiga bola plastisin yang mempunyai sama

berat iaitu 50g. Dari tiga bola plastisin itu, satu mengkekalkan dalam bentuk bola.
Satu lagi membuat bot bersisi rendah dan satu lagi membina bot bersisi tinggi.
Apabila meletakkan tiga bentuk platisin itu, bentuk bola tenggelam manakala,
plastisin berbentuk bot bersisi rendah dan tinggi, tidak tenggelam dan ia terapung
pada permukaan air seperti yang ditunjukkan dalam rajah 5. Ini kerana, apabila saya
meletakkan bot bersisi rendah dan tinggi, berat air disesarkan bertindak sebagai
gaya apungan ke atas objek tersebut. Apabila isipadu air yang disesarkan adalah
kurang, sudah tentu berat air yang disesarkan pun akan kurang. Mengikut prinsip
Archimedes, jika berat air yang disesarkan adalah kurang, daya apungan yang
dikenakan di atas objek tersebut pula kurang. Dengan ini, objek tersebut dapat
tenggelam dalam air. Jika berat air yang digantikkan lebih berat daripada berat bot,
bot yang berkenaan akan terapung. Daya keapungan di dalam bendalir adalah
disebabkan oleh perbezaan di antara tekanan di permukaan bawah dengan
permukaan atas. Tujah ke atas ialah daya yang bertindak pada arah ke atas
terhadap suatu jasad yang direndam separuh atau sepenuhnya dalam suatu cecair.
Oleh itu, bola plastisin tenggelam dalam manakala, bot bersisi rendah dan tinggi
terapung di atas permukaan air.
Kesimpulan :
Jumlah air yang disesarkan pada objek dengan tinggi dan objek tersebut mempunyai
luas permukaan yang besar maka objek tersebut terapung di atas permukaan air.

Tajuk aktiviti 3 :
Mengkaji mengapa jasad timbul atau tenggelam dalam cecair.

Hasil pembelajaran :
Mengkaji keadaan yang utama untuk keapungan, timbul dan tenggelam.
Bahan :
Bekas berbentuk panjang dan dua bola plastisin (setiap 50g).
Mengenal pasti masalah :
Mengkaji mengapa bot sisi yang rendah bersama dengan plastisin bentuk bola serta
bot sisi yang tinggi bersama dengan plastisin bentuk bola, terapung atau tenggelam
dalam air?
Hipotesis :
Bot yang bersisi tinggi boleh menampung bola plastisin yang berjisim 50g dan boleh
terapung atas permukaan air.
Prosedur aktiviti :
1. Dua lagi bola 50g diambil dan setiap satu bola diletakkan di bahagian tengah
setiap bot secara perlahan-lahan.
2. Pemerhatian direkodkan dengan inferensnya.

Bentuk bot bersisi tinggi +


bentuk bola
Bentuk bot bersisi rendah +
bentuk bola

Rajah 6 : Menunjukkan aturan bahan.

Langkah berjaga-jaga :

1. Pastikan bot membentuk sisi rendah dan sisi tinggi dengan tidak berlubang
supaya air tidak masuk ke dalam bot semasa meletakkan di bekas yang diisi
dengan air.
2. Pastikan kedua-dua bola plastisin mempunyai berat 50g.
3. Meletakkan setiap satu bola di bahagian tengah bot secara perlahan-lahan
untuk mendapatkan keputusan yang tepat.
Pemerhatian :

Bentuk bot bersisi tinggi +


bentuk bola

Bentuk bot bersisi rendah +


bentuk bola

Rajah 7 : Menunjukkan keadaan bot bersisi rendah dengan bola plastisin dan bot
bersisi tinggi dengan bola plastisin dalam air.
Keputusan :
Bentuk plastisin

Bentuk bot bersisi rendah +


plastisin bentuk bola

Pemerhatian

Inferens
Jumlah air yang disesarkan
adalah

Tenggelam dalam air

banyak.

Air

yang

disesarkan telah melebihi sisi


bot tersebut dan air memasuki
bot. Oleh itu, bot tenggelam.
Jumlah air yang disesarkan

Bentuk bot bersisi tinggi +

Terapung pada

plastisin bentuk bola

permukaannya.

adalah

banyak.

Air

disesarkan tidak melebihi sisi


bot

dan

air

tidak

memasuki bot tersebut.

Perbincangan :

yang
dapat

Dengan aktiviti 3 ini, saya meletakkan satu bola plastisin, 50g di bahagian
tengah bot bersisi rendah dan satu lagi bola plastisin, 50g diletakkan di bahagian
tengah bot bersisi tinggi. Dengan pemerhatian saya, apabila meletakkan bola
plastisin pada bot bersisi rendah, ia dimasuki air dan tenggelam dalam airnya.
Manakala, bagi bot bersisi tinggi, air tidak memasuki pada bot tersebut dan ia
terapung pada permukaan air seperti yang ditunjukkan dalam rajah 7. Ini kerana,
berat yang ditambah akan menyebabkan air untuk disesarkan lagi untuk
menampung beratnya. Apabila sisi bot tersebut rendah, air yang disesarkan akan
memasuki bot tersebut. Untuk menampung berat air yang masuk, bot akan sesarkan
lagi air dan akhirnya bot akan tenggelam. Bagi bot bersisi tinggi pula, air telah
disesarkan untuk menampung beratnya. Tetapi, oleh kerana sisinya tinggi, air yang
disesarkan tidak dapat sampai ke ketinggian tersebut. Air tidak dapat memasuki bot
tersebut dan bot tersebut tidak tenggelam. Ia terapung pada permukaan air. Daya
keapungan telah membantu bot bersisi tinggi dan bot bersisi rendah untuk terapung.
Tetapi ciri-ciri bot bersisi rendah telah menyebabkan untuk tenggelam dalam air.
Kaedah ini yang digunakan untuk membuat kapal. Kapal akan mempunyai sisi yang
tinggi dan isipadunya adalah besar. Kapal juga mengandungi ruang di dalamnya
yang dipenuhi dengan udara. Oleh itu, kapal merupakan satu contoh yang sesuai
bagi topik ini.
Kesimpulan :
Jasad yang dapat sesarkan air yang beratnya lebih daripada berat jasad tersebut
dapat timbul di atas air.

Soalan :

1. Mengapakah objek timbul atau tenggelam dalam cecair?


Apabila sesuatu objek lebih tumpat daripada cecair, maka objek tersebut akan
timbul. Ini kerana, terdapat daya tujahan yang bertindak dari cecair manakala
jika objek lebih tumpat daripada cecair maka objek tersebut akan tenggelam
kerana daya tujahan cecair tidak mampu untuk mengatasi berat objek.
2. Bolehkah satu objek yang lebih tumpat daripada air terapung di atas
air? Terangkan.
Pada pandangan saya, boleh sebab iceberg dapat terapung di atas air.
Walaupun ianya berada dalam keadaan pepejal dan ketumpatannya lebih
daripada air, ia terapung. Ini kerana, isipadu air yang disesarkan adalah besar
berbanding dengan beratnya. Oleh itu, iceberg dapat terapung di atas
permukaan air.
3. Nyatakan faktor-faktor yang mempengaruhi keapungan objek.
Faktor yang mempengaruhi keapungan objek adalah dari segi ketumpatan.
Iaitu sesuatu objek yang kurang tumpat daripada cecair maka daya tujahan
akan bertindak ke atas objek tersebut. Jadi, objek tersebut akan terapung.
Selain itu, prinsip Archimedes juga menjadi faktor. Ini kerana, jika berat air
yang disesarkan sama dengan berat jasad. Jadi, ia boleh terapung di atas
permukaan air.

Soalan penguasaan pengetahuan dan kemahiran :


1. Apakah yang anda telah pelajari dari aktiviti-aktiviti tersebut?
Melalui aktiviti 1 pula, saya mempelajari tentang ketumpatan. Apabila
ketumpatan sesuatu objek kurang daripada cecairnya maka, objek tersebut
terapung di atas permukaan cecairnya. Iaitu objek yang kurang tumpat
daripada cecair maka daya tujahan akan bertindak ke atasnya.
Daripada aktivii 2 pula, saya mengetahui bahawa jumlah air yang
disesarkan pada objek dengan tinggi dan objek tersebut mempunyai luas

permukaan yang besar maka objek tersebut terapung di atas permukaan air.
Ini kerana, dalam aktiviti ini, apabila meletakkan bot bersisi rendah dan tinggi
di atas air, ia terapung manakala bola plastisin tenggelam dalam air. Selain
itu, saya juga mengetahui tentang prinsip Archimedes sebagai satu ilmu
pengetahuan baru dalam mengendalikan eksperimen ini.
Dalam aktiviti 3, jasad yang dapat sesarkan air yang beratnya lebih
daripada berat jasad tersebut dapat terapung di atas air. Ini dibuktikan
dengan, apabila meletakkan bola plastisin pada bot bersisi rendah, air
memasuki ke dalam bot dan ia tenggelam dalam air. Dengan ini, mengetahui
bahawa jumlah air yang disesarkan adalah banyak. Air yang disesarkan telah
melebihi sisi bot tersebut. Oleh itu, ia tenggelam. Manakala, bagi bot bersisi
tinggi tidak tenggelam. Ini kerana, ia bersisi tinggi dan air tidak memasuki ke
dalam bot.jadi, bot tersebut tidak tenggelam dan ia terapung pada permukaan
airnya.
2. Bahagian kurikulum sains yang manakah mangajar topik ini?
Tahap 1, Tema mengenai Mempelajari dunia sekeliling kita dalam topik
mengenal pasti bahan yang timbul dan tenggelam.

3. Bincangakan bagaimana anda boleh menggunakan aktiviti-aktiviti


tersebut dalam pengajaran dan pembelajaran.
Sebagai seorang guru, saya akan menggunakan aktiviti-aktiviti tersebut
dengan kaedah simulasi dan demonstrasi. Saya akan membawa murid-murid
ke makmal dan saya membuat demonstrasi tentang aktiviti ini. Melalui ini,
murid-murid akan memahami secara mendalam dan mengikut aktiviti ini.
Semasa sesi pengajaran dan pembelajaran, saya akan menayangkan
video tentang objek-objek yang terapung dan tenggelam dalam air dan
menerangkan konsep tersebut. Dengan ini, mereka memberi tumpuan dan
belajar secara berminat.
Selain itu, saya akan memberi beberapa objek kepada murid dan
menyuruh mereka meletak ke dalam air. Selepas itu, menanya pemerhatian
mereka dan saya akan menguji pengetahuan sedia ada. Seterusnya, saya
akan membetulkan miskonsepsi mereka dan mengajar konsep yang betul

kepada muridnya. Dengan ini, murid dapat memperbetulkan kesalahan


mereka dan dapat menambahkan ilmu pengetahuan yang baharu.
Selain daripada ini, boleh melakukan sesi perbincangan secara
berkumpulan. Melalui ini, murid-murid dapat berkongsi idea masing-masing,
serta dapat membetulkan dan mengembangkan idea mereka.
Di samping itu, saya akan melakukan pertandingan kuiz secara kecil
untuk menguji kefahaman mereka tentang topik ini. Saya akan menyediakan
beberapa soalan dan menanya pada murid. Bagi murid yang jawab betul,
saya akan memberi hadiah yang kecil. Dengan ini, murid-murid berasa
seronok dan melibatkan diri secara bersemangat.
4. Apakah peranan guru dalam aktiviti-aktiviti tersebut?
Guru akan memainkan peranan sebagai pembimbing, pemerhati dan
fasilitator. Ini kerana, memberi peluang kepada pelajarnya untuk berfikir
secara terbuka dan melakukan secara sendiri serta mereka tidak berasa
bosan dalam kelasnya. Selain itu, guru dapat membetulkan kesalahan murid
dan dapat berlaku dua hala komunikasi.

Anda mungkin juga menyukai