Anda di halaman 1dari 1

Usaha-usaha melahirkan generasi yang terdidik dan cemerlang semakin mencabar serta menghadapi

terlalu banyak cabaran dan kekangan. Kesepaduan tindakan antara guru, ibu bapa dan masyarakat,
selain pihak berkuasa dituntut demi menangani cabaran ini. Tetapi, apa yang lebih penting adalah diri
individu pelajar itu sendiri.
MOTIVASI merupakan antara asas yang paling utama untuk menarik minat pelajar bagi mengikuti proses
pengajaran dan pembelajaran dalam usaha melahirkan insan cemerlang. Pelajar yang bermotivasi akan
bersemangat untuk mengikuti pengajaran oleh guru dan memberikan sepenuh perhatian terhadap
pembelajaran.
MOTIVASI juga penting untuk mewujudkan keghairahan untuk belajar. Pelajar yang bermotivasi akan
meningkatkan usaha mereka untuk tidak hanya bergantung pada pengajaran guru tetapi juga berusaha
untuk menambah pengetahuan sedia ada.

Walau bagaimanapun, kecemerlangan seseorang pelajar itu tidak harus diukur dari aspek akademik
semata-mata, tetapi haruslah dilihat dalam skop yang lebih luas merangkumi kecemerlangan dari aspek
sahsiah, kepimpinan, pengurusan diri dan personaliti, keteguhan rohani dan juga ketangkasan jasmani
kerana secara tidak langsung ia banyak membantu ke arah pencapaian akademik yang cemerlang.
Untuk melahirkan insan cemerlang, peranan setiap entiti masyarakat amat dituntut termasukalah
komitmen dari ibubapa, guru, pihak kerajaan dan pemimpin masyarakat serta peranan syarikat-syarikat
koporat.

Justeru, U10 KEM GEMILANG melalui Program KEM GEMILANG berobjektifkan


membentuk pelajar-pelajar agar mempunyai sahsiah dan disiplin yang cemerlang,
azam, iltizam semangat, kekuatan mental dan emosi untuk menghadapai dan lulus
dengan cemerlang dalam peperiksaan terutamanya UPSR, PMR dan SPM.

Anda mungkin juga menyukai