Anda di halaman 1dari 1

Disampaikan oleh Mohd Aided, 3 Berlian dan penulisnya adalah saya....

Terima kasih kepada Cikgu Samad


Assalamualaikum warahmatullahiwabarakatu dan salam sejahtera
Yang berusaha Tn Pengetua SMK Tun Syed Zahiruddin, En Mat Johan b Jahis, Tn Hj
Tuah b Talip, GPK 1, En Buang b Boyak, GPK HEM, Guru-guru dan rakan-rakan
seperjuangan yang saya sayangi.
Bersyukur kita, ke hadrat Allah swt kerana dengan kurniaNya kita sama-sama dapat
berkumpul di majlis yang penuh rahmat ini. Semoga majlis ini menjadi penyemarak jiwa
kita bersama dalam menghadapi PMR yang tinggal 3 hari lagi.
Saya Mohd Aide dati tingkatan 3 Berlian, mewakili rakan-rakan seperjuangan
mengambil kesempatan ini mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua guru yang
begitu sabar mengajar dan mendidik kami selama 2 tahun ini. Budi yang guru berikan
tidak terbalas oleh kami. TERIMA KASIH CIKGU
Letih berjalan di tengah pekan
Singgah sebentar di gerai siti
Terima kasih kami ucapkan
Atas segala jasa dan bakti
Guru-guru dan rakan-rakan,
Dikesempatan ini , saya dan rakan-rakan memohon ampun dan maaf seandainya ada
kata-kata atau perbuatan kami yang mengguris perasaan guru-guru samada secara
sedar atau tidak sedar. Kami memohon agar guru-guru menghalalkan segala ilmu yang
dicurahkan dan sudilah kiranya memaafkan kami. Sesungguhnya yang baik datang dari
Allah dan yang kurang baik adalah datang dari kami sendiri.
Insyallah, dengan iringan doa guru-guru kami berjanji dan sehabis daya akan berjuang
dalam medan peperiksaan sehingga titisan darah yang terakhir demi memastikan
kejayaan menjadi milik kami.
Saya akhiri ucapan saya dengan serangkap pantun,
Terima kasih kami ucapkan
Kerana guru selalu membantu
Jasa dan bakti jadi taruhan
Akan dikenang setiap waktu

Anda mungkin juga menyukai