Anda di halaman 1dari 1

Semasa melaksanakan tugasan kerja kursus pendek Tamadun Islam dan Tamadun Asia

(TITAS) ini, saya telah menerima banyak faedah yang berguna dan baik untuk diri saya
sebagai bakal guru. Setelah membuat banyak rujukan dan perbincangan bersama rakanrakan, saya mula lebih mengenali serta memahami tentang sejarah tamadun-tamadun
asia dan islam secara terperinci lagi.
Saya juga mula merasai kepentingan matapelajaran TITAS ini terhadap diri saya kerana
saya dapat belajar asal usul serta perkembangan tamadun agama saya sendiri..
Contohnya melalui pencarian maklumat berkaitan dengan TITAS dalam sub tajuk
sumbangan tamadun, saya begitu teruja dalam meneliti dan membaca setiap ilmu yang
bagi saya amat bernilai ini.
Melalui segala pengalaman dan ilmu-ilmu baru yang telah saya perolehi, dengan izin
Allah s.w.t, saya akan praktikan sebaik mungkin dan akan saya turunkan ilmu ini
kepada para pelajar nanti. Setelah saya banyak membuat pencarian maklumat, saya
berharap ilmu ini akan terus bermanfaat kepada para pelajar.
Selain itu, melalui proses membuat tugasan kerja kursus pendek ini yang saya
laksanakan bersama rakan-rakan telah membuatkan hubungan silaturrahim antara
kami semakin rapat. Sikap toleransi, bekerjasa sama, dan disiplin antara pensyarah dan
semua rakan-rakan juga dapat di tingkatkan melaui proses membuat tugasan kerja
kursus pendek ini. Saya mula lebih mengenali sikap dan sahsiah rakan-rakan dan cara
pengajaran pensyarah dan hal ini sekaligus mengukuhkan hubungan dua hala kami.
Tambahan pula, pengalaman berinteraksi bersama pensyarah dan rakan-rakan bagi
melaksanakan tugasan ini membolehkan saya memperbaiki dan meningkatkan cara
saya berkomunikasi. Hal ini sekaligus dapat melatih saya untuk berkomunikasi dengan
baik dan membuat persediaan untuk menjadi seorang guru yang berkualiti. Selain itu,
tunjuk ajar yang diberikan oleh para pensyarah dalam proses menyiapkan tugasan kerja
kursus pendek ini membolehkan saya memperbaiki kelemahan yang terdapat pada diri
saya dan tidak akan mengulanginya lagi pada masa hadapan.
Secara keseluruhannya, melalui proses membuat tugasan kerja kursus pendek TITAS ini
telah memberikan banyak faedah kepada saya dan membuatkan saya lebih mencintai
profesion yang mulia ini serta menambahkan lagi semangat saya untuk menjadi seorang
guru yang berkualiti bagi melahirkan modal insan yang seimbang dan sanggup
berkorban demi agama bangsa dan negara.