Anda di halaman 1dari 25

GMGA 1024 Politik & Pentadbiran

1.0 PENGENALAN
Pengurusan dan kepimpinan adalah sangat penting bagi sesebuah
organisasi. Kuasa pengurusan yang bersumberkan sesebuah organisasi, ia
menggambarkan kestabilan,perintah, arahan dan penyelesaian masalah dalam
struktur organisasi tersebut. Kuasa kepimpinan pula menggambarkan visi, kreativiti
dan perubahan dalam sesebuah organisasi. Keberkesanan dan kecekapan
pengurusan dan kepimpinan amat bergantung kepada pemimpin dan yang dipimpin.
Walaupun gaya pengurusan dan kepimpinan dapat mempengaruhi tindakan
pengikutnya, namun, kesanggupan dan kerelaan seseorang pengikut untuk
diperintah merupakan faktor yang terpenting dalam memastikan kesinambungan
organisasi. Pengaruh yang dimiliki oleh seseorang itu pada kebiasaannya dikaitkan
dengan kuasa yang dimilikinya. Tanpa kuasa, seseorang itu tidak akan mempunyai
kemampuan atau kurang berkesan dalam mempengaruhi orang lain untuk
melakukan sesuatu untuk mencapai sesuatu matlamat. Kuasa merupakan elemen
yang penting bagi seseorang pemimpin dalam merancang dan melaksanakan
peraturan serta memudahkan perjalanan sesebuah organisasi. Amalan dan
penggunaan kuasa dan pengaruh yang berkesan akan membolehkan seseorang
pemimpin itu memahami bagaimana sesebuah organisasinya beroperasi. Ini kerana
tunggak utama penilaian terhadap keberkesanan pemimpin organisasi adalah
melalui penggunaan kuasa yang ditunjukkan. Dengan penggunaan kuasa yang
betul, seseorang pemimpin dapat menentukan hala tuju ke arah pencapaian
matlamat organisasi. Oleh itu pemimpin perlu memiliki dan menggunakan kuasa
yang sesuai bagi membolehkannya meningkatkan prestasi pasukan kerja dan
keyakinan pekerja terhadapnya.

1
218444

GMGA 1024 Politik & Pentadbiran

2.0 DEFINISI SECARA MENDALAM KONSEP AUTORITI


Dalam bidang kepimpinan politik, autoriti sering dikaikan dengan kuasa
walaupun terdapat perbezaan dari segi ciri yang amat ketara dan penting. Autoriti
merupakan sesuatu perlaksanaan kuasa yang formal dan sah; dan ia harus
dibezakan daripada kuasa peribadi seseorang. Oleh itu, autoriti boleh didefinisikan
sebagai, perlaksanaan kuasa yang sah. (Abdul Rashid Motem & Syed Serajul
Islam 2005). Lasswell & Kaplan (1950) pula mendefinisikan autoriti sebagai kuasa
yang dipertanggungjawabkan kepada sesuatu jawatan atas penerimaan syarat asas
yang telah ditetapkan untuk operasi sistem politik. Melalui pendefinisian autoriti ini,
autoriti merupakan sesuatu kuasa yang sah dan diperakui oleh peraturan dan
undang-undang, yang telah dijadikan sebagai sesuatu syarat yang asas kepada
pemberian kuasa yang sah kepada pemerintah.
Megikut Max Weber, terdapat tiga jenis atau sumber autoriti, iaitu tradisional,
karismatik dan perundangan-rasional. (Gerth & Mills 1946) Autoriti tradisional
merupakan autoriti yang berdasarkan kepada adat-adat dan amalan tradisi yang
telah diwariskan dari satu generasi ke generasi yang seterusnya secara turuntemurun. Masyarakat akan mengandaikan bahawa institusi pemerintahan dan sistem
politik yang mereka sudah biasa dengan sejak kecil lagi merupakan sesuatu yang
betul dan sah. Oleh itu, mereka tidak akan menentang sistem pentadbiran yang
sudah sedia ada dan akan mengikut segala arahan dan kehendak yang diberi oleh
pemerintah. Hal ini dipercayai membawa kepada sistem monarki, di mana kuasa
mutlak raja diterima oleh masyarakat tanpa mempersoalkan autoriti dan keabsahan
raja. Contohnya, sistem monarki di Saudi Arabia dan Brunei Darussalam telah wujud
dengan

begitu

lamanya

dan

masyarakat

dahulu

hingga

sekarang

tidak

mempersoalkan kuasa pemerintahan yang mutlak di negara-negara tersebut kerana


2
218444

GMGA 1024 Politik & Pentadbiran

ia telah menjadi satu norma dan tradisi yang telah dilakukan sejak turun-temurun
lagi.
Selain itu, autoriti karismatik pula merujuk kepada kejadian di mana
masyarakat mengikut segala arahan dan perintah daripada seorang ketua yang
dipercayai mempunyai kuasa-kuasa sakti atau mempunyai kualiti peribadi yang
begitu menakjubkan. Pemimpin yang mempunyai autoriti karismatik biasanya
seorang yang pandai berbahasa dan mampu menggunakan ucapan untuk
mengubah persepsi orang ramai. Contoh yang mudah ialah Ayatollah Khomeini yang
berjaya membawa kepada pemberontakkan dan penggulingan kerajaan Iran, yang
pada masa itu dikongkong oleh kerajaan Amerika Syarikat, lalu membawa kepada
penubuhan Islamic Republic of Iran pada tahun 1979. Walau bagaimanapun, autoriti
karismatik hanya bertahan selagi pengikut masih memegang kepada kepercayaan
mereka terhadap ketua mereka. Walaupun tidak stabil, tetapi tidak boleh dinafikan
bahawa ia boleh membawa impak yang besar ke atas arena politik sesebuah
negara.Contoh yang paling dekat di negara kita yang mempunyai autoriti karismatik
ialah mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.
Autoriti perundangan-rasional pula berdasarkan kepada penerimaan undangundang dan peraturan yang telah ditetapkan oleh kerajaan, oleh masyarakat. Taat
setia masyarakat kepada kerajaan adalah berdasarkan kepada penerimaan
masyarakat mengenai undang-undang dan peraturan, dan tidak bergantung kepada
amalan tradisi atau adat-adat. Contoh yang terbaik ialah sistem birokrasi kerajaan
moden di mana fokus utama ialah pada sistem protokol dan cara perlaksanaan
mengikut langkah-langkah yang telah diperuntukkan dalam peraturan dan undangundang.

3
218444

GMGA 1024 Politik & Pentadbiran

Walau bagaimanapun, Weber menekankan bahawa tiada sistem kerajaan di dunia


ini yang mewakili mana-mana jenis atau sumber autoriti dengan sepenuhnya.
Kebanyakkan kerajaan merupakan kacukan daripada dua atau tiga jenis autoriti.
Contohnya, seorang raja yang berkarismatik masih memerlukan sebuah sistem
birokrasi

kerajaan

moden

untuk

menangani

masalah

pentadbiran.

Walau

bagaimanapun, autoriti perundangan-rasional dapat diperlihatkan dalam semua jenis


masyarakat sosial yang moden.

3.0 DEFINISI / KONSEP / FALSAFAH KUASA DAN PENGARUH


Pendefinisian kuasa, adalah berlainan dari seorang pakar ke pakar yang lain.
Tawney (1931) telah mendefinisikan kuasa sebagai keupayaan seseorang individu
atau sekumpulan individu untuk mengubah tingkah laku atau perbuatan seseorang
individu atau sekumpulan individu yang lain mengikut kesukaan hati. Individu I
dikatakan mempunyai kuasa ke atas U apabila individu I berjaya untuk
menyebabkan individu U untuk melakukan sesuatu perkara yang individu U
biasanya tidak akan buat. Hal ini dapat diperlihatkan dengan mudah dalam situasi
seorang bapa dengan anaknya. Apabila seseorang anak yang tidak ingin untuk
menghadirkan diri ke sekolah, bapanya boleh menggunakan pelbagai cara untuk
memaksa atau menyebabkan anaknya untuk menghadirkan diri ke sekolah.
Daripada contoh ini, boleh dikatakan bahawa bapa tersebut mempunyai kuasa ke
atas anaknya apabila dia berjaya untuk menyebabkan anaknya untuk melakukan
sesuatu perkara, dalam kes ini ialah pergi ke sekolah, yang biasanya anak tersebut
tidak akan buat.

4
218444

GMGA 1024 Politik & Pentadbiran

Menurut MacMillan (1978), terdapat perbezaan yang ketara antara kuasa


dengan pengaruh, iaitu kuasa ialah keupayaan seseorang itu untuk menyusun
semula atau mengubah keadaan atau situasi manakala pengaruh pula ialah
keupayaan seseorang itu untuk mengawal serta mengubah persepsi orang lain
terhadap sesuatu perkara. Seseorang yang berkuasa itu tidak semestinya
berpengaruh dan seseorang yang berpengaruh pula tidak semestinya berkuasa.
Pengaruh

juga

merupakan

satu

keadaan

yang

membolehkan

seseorang

membuatkan orang lain menyukainya atau menyokongnya. Contohnya, Walaupun


Tun Dr. Mahathir bukan lagi seseorang menteri dalam kerajaan Malaysia, namun
beliau tetap merupakan seorang tokoh yang amat berpengaruh dan apa-apa yang
diperkatakan oleh beliau boleh mengubah serta memanipulasikan pemikiran dan
persepsi orang lain terhadap sesuatu perkara.
Pengaruh tiada isitilah yang tepat kerana tidak dapat diukur, disukat
mahupun dirasa. Tetapi, kita boleh menganalis bentuknya dan ciri pengaruh itu dan
kita boleh mengetahui sama ada seseorang itu berpengaruh atau tidak. Untuk
menghuraikan hal ini, misalnya I mahukan sesuatu daripada U. Jika permintaannya
mendapat perhatian U, maka U akan memberikan segala yang diingini oleh I. Jadi,
dapat dikatakan bahawa I dapat mempengaruhi U. I boleh mempengaruhi U
sekiranya kehendak I menyebabkan perubahan tingkah laku U. Antara bentukbentuk pengaruh dalam kepimpinan adalah seperti pengaruh rasional, pengaruh
cekap, pengaruh peransang dan pengaruh kuasa .Pengaruh rasional merupakan
pengaruh yang menggunakan fikiranyang waras tanpa dipengaruhi oleh unsur-unsur
lain. Di sini, membuat keputusan mengikut emosi tidak dipraktikkan, malahan emosi
dianggap sebagai satu gangguan kepada pengaruh yang rasional. Pengaruh cekap
ialah pengaruh pengendalian yang cekap memerlukan kecekapan dalam pelbagai
5
218444

GMGA 1024 Politik & Pentadbiran

bidang terutama dalam mengumpul maklumat. Pengaruh peransang merupakan


kata dasar yang tidak tepat. Tujuannya adalah sama seperti pengaruh pengendalian
yang cekap. Pengaruh berupa kuasa merupakan pengaruh digunakan untuk
mempengaruhi orang ramai dengan menggunakan kuasa. Menurut penulis Michael
H. Hart (2000), beliau telah meletakkan Nabi Muhammad s..a.w di tempat pertama
dalam senarai 100 orang paling berpengaruh dalam sejarah manusia, mengalahkan
Isaac Newton dan Jesus Christ sendiri. Dalam bukunya memperkatakan soal
pengaruh, dan faktor inilah yang menjadikan kehidupan seseorang itu sangat
signifikan kepada manusia yang lain. Baginda s.a.w adalah insan yang berpengaruh,
sebelum baginda diberi Kenabian, sebelum beroleh kuasa dan kerajaan. Pengaruh
baginda s.a.w adalah pada kualiti dirinya. Kualiti Al-Amin, kualiti integriti dan kualiti
kompetensi. Sirah Baginda s.a.w semasa di Mekah, ketika kabilah-kabilah Arab
berbalah tentang kelayakan untuk meletakkan kembali Hajar al-Aswad ke Kaabah,
mereka akhirnya mencari seorang anak muda yang tidak berjawatan ketua pemuda,
tetapi pemuda yang berkualiti ketua, iaitu Muhammad s.a.w. Biar pun tanpa jawatan
dan kedudukan, pengaruh Baginda sudah sedia terserlah dengan kualiti yang ada
pada dirinya. Malah Baginda s.a.w yang tidak berjawatan itu, menggelisahkan
seluruh pembesar Mekah yang ada jawatan dan kuasa. Kepimpinan dengan
pengaruh hasil kualiti, mengancam seluruh jawatan dan kuasa yang cuba
dipertahankan tanpa kualiti kepimpinan. Oleh itu, Madinah terus memacu kejayaan,
apabila kepimpinan Rasulullah s.a.w yang berteraskan pengaruh itu, dilengkapkan
dengan kuasa dan kedudukan.

Untuk memimpin dengan pengaruh, seseorang itu akan menumpukan


perhatian kepada membangunkan kualiti dirinya sebagai aset terbesar dalam
6
218444

GMGA 1024 Politik & Pentadbiran

kepimpinannya. Dia akan terus menjadi pusat, sama ada dengan jawatan, atau
tanpa jawatan. Jatuh naiknya kepimpinan beliau tidak bergantung pada kemenangan
pertandingan dan kekuatan lobi orang lain untuk dirinya. Pengaruh bukanlah sesuatu
yang dicari. Apabila kualiti diri dibangunkan, pengaruh datang sendiri.
Mengikut penganalisaan French dan Raven (1959), sumber atau punca
kepada kuasa boleh dikategorikan kepada lima sumber yang berlainan, iaitu
kekuatan, kekayaan, ilmu, kedudukan dan populariti. Kekuatan merupakan salah
satu indikasi sumber kuasa yang paling mudah untuk diperhatikan. Hal ini
sedemikian kerana perlaksanaan kuasa melalui kekuatan mempunyai kesan yang
jelas dan mudah diperlihatkan. Sesuatu pemerintah difahamkan oleh golongan yang
diperintah bahawa pemerintah mempunyai kuasa untuk mendenda atau membawa
kesusahan kepada golongan yang diperintah melalui kekuatan yang ada biarpun
dari segi fizikal atau psikologi sekiranya arahan yang diberi tidak diikuti oleh
golongan yang diperintah itu. Walau bagaimanapun, perlaksanaan kuasa melalui
kekuatan menunjukkan kekerasan daripada pihak kerajaan.
Di samping itu, kekayaan merupakan suatu sumber kuasa yang amat
berpengaruh dan efektif bagi pihak yang kaya dan berada kerana pihak yang kaya
dapat berkongsi kekayaannya dan menggunakan kekayaan tersebut sebagai
ganjaran kepada pihak yang tidak mempunyai begitu banyak kekayaan untuk
mencapai matlamatnya. Dalam bidang sosiologi, keadaan ini dapat diklasifikasikan
sebagai hubungan patron-klien di mana patron yang kaya dan berkuasa dapat
memenuhi kehendak klien dengan membayar klien atau memberikan klien ganjaran
untuk mendapatkan perkhidmatan atau ketaatan daripada klien. Hubungan ini jelas
menunjukkan bahawa golongan yang kaya dan berada mempunyai kuasa untuk

7
218444

GMGA 1024 Politik & Pentadbiran

mengawal dan mengubah situasi dan realitinya ialah sesiapa yang lebih kaya, dialah
yang lebih berkuasa.
Ilmu pengetahuan atau kepakaran dalam sesuatu bidang dapat memberikan
sesuatu individu kuasa untuk mengawal dan menentukan situasi mengikut kehendak
individu tersebut. Ilmu pengetahuan sebagai asas kepada kepakaran membolehkan
seseorang itu mendapat sokongan atau persetujuan daripada orang lain kerana
individu itu dipercayai bahawa dia lebih faham mengenai sesuatu perkara kerana
mempunyai ilmu pengetahuan dan kepakaran dalam sesebuah bidang. Contohnya,
seseorang pesakit akan berjumpa dengan doktor untuk mengubati penyakit yang
dihidapi. Segala nasihat dan ubat yang diberi oleh doktor akan diterima oleh pesakit
tersebut kerana pesakit itu percaya kepada kepakaran serta ilmu perubatan yang
dimiliki oleh doktor tersebut. Hal ini jelas menunjukkan bahawa ilmu pengetahuan
dan kepakaran memberikan kuasa kepada seseorang individu atas kepercayaan
bahawa dia lebih memahami sesuatu perkara kerana mempunyai kepakaran yang
berasaskan ilmu pengetahuan.
Selain itu, kedudukan seseorang individu dalam masyarakat atau sesebuah
organisasi boleh memberikan seseorang itu kuasa untuk membuat keputusan serta
mendapat sokongan dan persetujuan daripada orang lain. Dalam sesebuah
organisasi,

kedudukan

seseorang

dapat

menentukan

bidang

kuasa

serta

tanggungjawab seseorang itu dalam organisasi tersebut. Contohnya, seseorang


bendahari bagi sebuah organisasi telah dipertanggungjawabkan untuk menguruskan
segala hal kewangan yang berkaitan dengan organisasi tersebut. Tanggungjawab
tesebut dan jawatan bendahari organisasi itu telah memberikan seseorang individu
kuasa untuk memungut yuran dari ahli, menyimpan akaun organisasi serta memberi
peruntukan kewangan kepada perlaksanaan aktiviti oleh organisasi.
8
218444

GMGA 1024 Politik & Pentadbiran

Selain itu, populariti merupakan satu punca kuasa yang penting kerana ia
menunjukkan sokongan serta persetujuan daripada khalayak ramai. Dengan adanya
populariti, seseorang pemerintah dapat melaksanakan kuasa dengan mudah kerana
mempunyai ramai pengikut yang sanggup mengikut arahan pemerintah tersebut
Istilah kuasa memberikan hasil pandangan yang berbeza kepada setiap
individu. Ada individu yang melihat kuasa daripada sudut positif dan ada pula yang
melihatnya sebagai dari sudut negatif. Antaranya ialah Dalton (1969) yang melihat
kuasa daripada sudut positif,menyatakan bahawa kuasa ialah potensi seseorang
individu membimbing, mengarah,mengawal, atau mengubah tingkah laku individu
yang lain. Manakala menurut French dan Raven (1962), pada dasarnya kuasa ialah
kawalan ke atas tingkah laku orang lain manakala Cohen dan Fink (1980) pula
menyatakan bahawa kuasa ialah keupayaan menggunakan pengaruh. Max Weber
telah mendefinasikan kuasa sebagai satu peluang yang akan membolehkan
seseorang atau sebilangan orang untuk menggunakan kelebihan yang ada pada diri
sendiri untuk mereka bertindak sebagaimana yang dikehendaki walaupun terpaksa
menghadapi pertentangan daripada mereka yang terlibat. Dari sudut negatif pula
kuasa dibayangkan sebagai ugutan kekuatan yang tidak sah untuk mencapai
sesuatu (Lane, Corwin, dan Manahan, 1967).
Secara ringkasnya, kuasa boleh dimaksudkan sebagai keupayaan dan
kebolehan individu untuk mendapatkan seseorang bagi menyempurnakan sesuatu
yang individu itu(orang yang berkuasa) ingin disempurnakan atau kebolehan
melakukan sesuatu mengikut kehendak individu yang berkuasa. Kuasa biasanya
dirujuk sebagai kebolehan seseorang dalam mempengaruhi kelakuan orang lain.
Mintzberg (1983) pula melihat kuasa sebagai keupayaan untuk memberi kesan ke
atas kelakuan orang lain. Sebagai contohnya, seseorang ketua boleh mengarah
9
218444

GMGA 1024 Politik & Pentadbiran

pekerja bawahannya melakukan sesuatu dengan kuasa yang ada terhadapnya.


Biasanya kuasa bagi seseorang pemimpin datang daripada kedudukannya dalam
sesebuah organisasi. Kedudukan seseorang pemimpin memberi kuasa kepadanya
untuk melakukan sebarang tindakan yang berkaitan dengan pekerja bawahannya.
Dalam sesebuah organisasi, kuasa yang wujud dan dapat dilaksanakan oleh
seseorang pemimpin terbahagi kepada lima asas kuasa iaitu kuasa sah, kuasa
ganjaran, kuasa hukuman, kuasa rujukan, dan kuasa pakar. Keterangan bagi simbol
I bermakna individu yang berkuasa, dan simbol U ialah individu yang dikenakan
kuasa keatasnya.
Kuasa sah berasal daripada nilai dalaman U dengan mengakui I mempunyai
hak kewajaran atau secara perundangannya boleh menggunakan pengaruhnya
terhadap U dalam lingkungan tugas yang telah diberikan, dan U perlu menerima
arahan atau pengaruh I. Oleh itu, kuasa sah melibatkan kod atau piawai yang
diterima oleh individu secara baik di mana pemimpin dapat menunjukkan kuasanya
(French dan Raven, 1959). Ia juga seperti satu autoriti formal.(Thaimhain dan
Gemmill, 1974). Kuasa sah merupakan kuasa kedudukan, iaitu kuasa rasmi yang
diperoleh oleh seseorang daripada autoriti pihak atasan melalui penyerahan kuasa
yang memberikan ia satu kedudukan dalam organisasi. Kuasa ini akan dimiliki oleh
beliau sehinggalah beliau meninggalkan perkhidmatan ataumenjawat jawatan lain.
Contoh 1
: Adam ialah Pegawai Peperiksaan di Majlis Peperiksaan Malaysia. Beliau
mula memegang jawatan ini sejak tahun 2005. Pada tahun 2014 , beliau telah
dinaikkan pangkat menjadi Ketua Bahagian menggantikan Zizan. Oleh itu, kuasa
sah yang ada pada Adam sebagai Pegawai Peperiksaan ialah dari tahun 2005

10
218444

GMGA 1024 Politik & Pentadbiran

hingga tahun 2014, dan kuasa sah Zizan sebagai Ketua Bahagian pula telah
berpindah kepada Adam pada tahun 2014.
Mereka menerima kuasa ini kerana mereka rasa boleh melakukannya untuk
memelihara kekemasan pengendalian organisasi. Seseorang pem.impin yang
memiliki kuasa sah yang tinggi dapat mempengaruhi orang lain dengan mudah
kerana mereka merasakan yang ia mempunyai hak untuk berbuat demikian dan
bersesuaian dengan kedudukannya dalam organisasi. Autoriti ditunjukkan melalui
permintaan yang sah adalah sama ada secara lisan atau pun dalam bentuk tulisan.
Penggunaan kuasa sah secara sopan adalah lebih efektif daripada penggunaan
kuasa sah yang angkuh kerana penggunaan kuasa secara sopan tidak menekankan
jurang status atau menandakan pergantungan pekerja bawahan pada ketuanya.
Penggunaan kuasa sah secara sopan tidak bermakna seseorang ketua itu perlu
merayu atau pun seolah-olah meminta maaf atas penggunaan kuasa itu.
Permintaan perlu dibuat dengan dengan tegas dan berkeyakinan. Namun
begitu, dalam sesetengah keadaan seperti kecemasan, adalah lebih penting
bersikap asertif daripada sopan. Arahan yang tepat oleh ketua dalam intonasi suara
arahan adalah perlu bagi mengejutkan pekerja bawahan untuk bertindak serta-merta
dalam keadaan kecemasan itu. Dalam keadaan ini, pekerja mengaitkan keyakinan
dan arahan tepat dengan kepakaran pengetahuan dan juga autoriti (Yukl,1989).
Kepatuhan daripada permintaan cenderung terjadi apabila permintaan itu dianggap
sebahagian daripada skop autoriti ketua. Isu-isu yang terlibat dalam penggunaan
kuasa sah ini biasanya berkait dengan permintaan yang tidak biasadan permintaan
yang dibuat bagi individu diluar rangkaian autoriti seseorang ketua. Kuasa sah dapat
dibuktikan dengan merujuk dokumen bertulis seperti peraturan, polisi, piagam,
kontrak pelan, atau pun deskripsi tugas (Yulk,1989).Permintaan perlu dibuat dengan
11
218444

GMGA 1024 Politik & Pentadbiran

jelas, cara yang tepat, menggunakan bahasa yang mudah difahami oleh sasaran.
Apabila mesej yang disampaikan kompleks, adalah lebih baik mesej itu dihantar
melalui secara bertulis atau pun dalam bentuk kedua-duanya sekali iaitu secara lisan
dan bertulis. Permintaan secara lisan hendaklah dibuat secara terus kepada sasaran
daripada menggunakan individu perantaraan seperti rakan sejawat sasaran. Ini
kerana apabila sasaran diberitahu supaya melakukan perkara yang luar biasa atau
pun tidak disenangi pekerja bawahan atau pun yang lebih tinggi, dikhuatiri akan
menyebabkan rasa geram atau pun keraguan sama ada permintaan itu datang
daripada ketuanya atau bukan.
Selain itu, dengan menggunakan perantaraan dalam menyampaikan mesej
secara lisan boleh meningkatkan kemungkinan berlaku kerosakan mesej dan
menggunakan peluang agen atau ketua melihat sama ada mesej yang disampaikan
diterima, difahami, atau pun sebaliknya oleh sasaran. Penting juga bagi seseorang
ketua mengelakkan daripada berlakunya pertentangan sasaran dalam menjalankan
arahan atau permintaan sah. Ini kerana, autoriti seorang ketua dilihat oleh pekerjapekerja lain dan kebarangkalian berlaku penolakan pada masa hadapan bertambah.
Ada masanya pekerja menangguhkan kepatuhan pada permintaan itu kerana
mereka hendak menguji sama ada ketuanya serius atau pun tidak dengan
permintaan atau arahan itu. Apabila ketua tidak membuat tindakan susulan pada
permintaan awal bagi melihat kemungkinan kepatuhan, pekerja pasti cenderung
membuat kesimpulan berkenaan permintaan tersebut yang mungkin diabaikan.
Apabila berlaku penentangan, ketua perlu bersemuka dengan sasaran bagi mencari
penyebab berlakunya penentangan. Dengan memahami pemikiran, kebimbangan,
atau pun bantahan daripada sasaran, ia dapat membantu ketua menentukan

12
218444

GMGA 1024 Politik & Pentadbiran

kesesuaian penggunaan taktik komunikasi yang lain seperti pembujukan rasional


(Yukl, 1989).
Kuasa ganjaran dilihat sebagai kuasa yang lebih berasaskan kepada
keupayaan pemimpin memberikan ganjaran atau peneguhan positif kepada
seseorang pekerjakerana telah memenuhi harapan atau arahan yang mendatangkan
kebaikan samadakepada organisasi atau pemimpin itu sendiri. Kekuatan kuasa ini
bertambahapabila nilai ganjaran yang dijangkakan oleh U Kepada I adalah tinggi.
Juga apabila U Beranggapan I mampu memberi ganjaran itu. U Percaya I dapat
mempengaruhi gajinya atau pun dapat memberikan bantuan khusus dankemudahan
apabila U bekerjasama dengan I (French dan Raven, 1959). Kuasa ganjaran ialah
kuasa yang kerap digunakan apabila membuat perjanjian secara implisit atau pun
eksplisit untuk diberikan kepada individu di bawah seorang ketua yang meminta
permintaan itu. Kuasa ganjaran boleh dianggap sebagai kepimpinan yang boleh
memberi keselesaan kepada pekerja baik dalam bentuk ganjaran kewangan mahu
pun bukan kewangan seperti kenaikan gaji, kenaikan pangkat, pujian, tugasan yang
lebih baik, hak istimewa, lebih waktu rehat dan tawaran jawatan penting. Dengan
cara ini, pekerja akan terasa dihargai.
Contoh 2
: Adam, sebagai Ketua Bahagian di Majlis Peperiksaan Malaysia telah
berpuas hati dengan pencapaian kerja yang ditunjukkan oleh Aisyah, pekerja
bawahannya. Justeru itu beliau telah mencadangkan kepada jawatankuasa
kenaikan pangkat supaya menimbangkan kenaikan pangkat Aisyah daripada kerani
kepada ketua kerani. Dengan melakukan ini, Ramli telah menggunakan kuasa
ganjaran dalam kepimpinan beliau.

13
218444

GMGA 1024 Politik & Pentadbiran

Kepatuhan U Kepada I mungkin berlaku apabila sasaran merasakan ganjaran


yang dijanjikan itu bernilai padanya dan ketuanya dianggap sebagai sumber yang
dapat dipercayai bagi ganjaran itu. Oleh itu, seseorang ketua perlu cuba melihat
ganjaran yang bernilai pada sasaran yang ingin dipengaruhinya supaya kredibilitinya
tidak tergugat akibat gagal memenuhi atau memberi ganjaran yang dijanjikan ( Yukl,
1989). Dalam keadaan yang sesuai menjanjikan ganjaran, apa yang berlaku ialah
kepatuhan

daripada

komitmen.

Ganjaran

yang

dijanjikan

tidak

mungkin

memotivasikan individu melakukan perkara tugasan dengan usaha yang lebih


daripada sepatutnya. Seseorang pemimpin organisasi perlu ingat bahawa ganjaran
yang diberikan akan hanya dianggap bermakna jika ganjaran berkenaan bernilai,
iaitu setimpal dengan sumbangan yang telah diberikan dan kadar ganjaran yang
diperoleh mampu membezakan antara mereka yang berprestasi tinggi dengan yang
berprestasi rendah. Ganjaran mungkin menyebabkan berlakunya penentangan
daripada kepatuhan apabila ianya digunakan secara manipulatif. Kuasa ketua yang
mampu memberi dan menangguh ganjaran yang dijanjikan, akan mewujudkan rasa
marah dan geram di kalangan pekerja bawahan. Tambahan pula, jika terdapat
pekerja tidak suka bergantung pada autoriti yang banyak karenah atau pun mereka
percaya ketua mereka memanipulasi mereka bagi kepentingan diri sendiri.
Tentangan juga mungkin boleh berlaku apabila individu itu dikehendaki
menjalankan tugasan yang menyalahi etika walau pun ganjarannya menarik. Ramai
yang tidak suka dimanipulasikan, seperti melakukan perkara yang tidak wajar dan
yang jelas sogokannya (Yulk, 1989). Penggunaan ganjaran bagi mengubah sistem
dalam had kuasa ganjaran cenderung meningkatkan kuasa ganjaran dengan
menyertakan bersama janji pada masa hadapan.Percubaan yang tidak berjaya bagi
memperlihatkan kuasa ganjaran diluar had kuasa, menyebabkan kuasa berkurangan
14
218444

GMGA 1024 Politik & Pentadbiran

(French dan Raven, 1959). Apabila seseorang ketua bergantung dengan kerap pada
insentif sebagai sumber bagi tujuan mendapat pengaruh, pihak tertentu mungkin
menganggap perhubungan mereka sebagai sumber ekonomi. Ganjaran dijangkakan
berlaku apabila ketua mengkehendaki kerja yang baru atau pun luar biasa. Adalah
lebih memuaskan hati kedua-dua belah pihak apabila mereka melihat perhubungan
mereka dalam bentuk kesetiaan bersama atau persahabatan.
Kuasa hukuman juga melibatkan manipulasi oleh I dalam memenuhi
kepentingan dan kehendaknya di mana I menghukum U apabila U gagal menurut
kehendak dan kemahuan I . Hukuman itu mampu melibatkan tugasan diluar bidang
kerja, pemerhatian yang ketat, melaksanakan undang-undang organisasiyang ketat,
digantung kerja tanpa gaji, atau pun mungkin juga dibuang kerja(French dan Raven,
1959). Kuasa ini berasaskan ketakutan di mana pekerja akan menurut perintah
sesuatu arahan kerana takut ketuanya akan menyekat kenaikan pangkat atau
kemungkinan disingkirkan daripada jawatannya. Sebaiknya kuasa hukuman ini tidak
dilaksanakan kecuali apabila keadaan memerlukan. Kuasa ini adalah kuasa negatif
yang dimiliki oleh seseorang pemimpin. Pemimpin sebegini memberi kongkongan
kepada pekerja, menimbulkan kesakitan kepada pekerja, hukuman, dan menahan
keistimewaan yang dinikmati oleh pekerja. Kuasa hukuman ini sukar diaplikasikan
dan cenderung menghasilkan kesan yang tidak diingini. Jika kuasa ini tidak dikawal
penggunaannya dikhuatiri akan menyebabkan berlakunya pemberontakan,sabotaj,
berpura-pura, mengabaikan tanggung jawab, kesediaan untuk bertindak

balas,

gelisah, bimbang, marah, rasa geram dan terpaksa mengiyakan segala arahan dan
larangan.

15
218444

GMGA 1024 Politik & Pentadbiran

Contoh 3
: Ajis ialah Pengurus Pengeluaran Syarikat A. Beliau tidak

popular di

kalangan pekerjanya disebabkan oleh tindakan memulaukan kakitangannya yang


tidak mahu bekerjasama dengan beliau. Ada kakitangan yang ditahan kenaikan gaji,
dan tidak diluluskan pemberian bonus. Semua ini dilakukan oleh beliau sematamata kerana beliau ingin memastikan kerja yang dijalankan mesti mengikut
kehendak beliau. Oleh itu beliau telah menjalankan tugas menggunakan kuasa
hukuman.
Dalam organisasi, kadang-kala penggunaan kuasa hukuman wajar dilakukan
bagi mengelakkan atau menghalang tingkah laku pekerja yang jelas boleh
menjejaskan aktiviti organisasi, seperti aktiviti yang menyalahi undang-undang,
mencuri, mencabul peraturan keselamatan, tingkah laku yang tidak mempedulikan
orang lain, dan ingkar langsung pada permintaan yang sah. Dengan mengeluarkan
surat amaran atau peringatan ke atas pekerja yang bermasalah, diharapkan satu
perubahan yang positif dapat dilihat terhadap pekerja tersebut. Kuasa hukuman
dirasakan tidak mungkin dapat menghasilkan komitmen tetapiapabila digunakan
secara berkemahiran, mungkin ada harapan ia menghasilkan kepatuhan bukannya
tentangan. Penggunaan kuasa hukuman pada pekerja bawahan biasanya
melibatkan perbincangan berkaitan dengan meningkatkan disiplin (Yukl, 1989).
Kuasa rujukan ialah kuasa yang berasaskan U kepada I. Identifikasi ini berkait
dengan perasaan penerimaan peribadi ataupun persetujuan. Apabila I ialah individu
yang menarik perhatian U , maka U mempunyai keinginan berhubungan lebih rapat
dengan I .U mengikut atau pun mengekalkan apa yang dilakukanoleh I. Ini
termasuklah gelagat, sikap, tingkah laku dan kepercayaannya walaupun mungkin U
tidak menyedari tentang kuasa rujukan ini. Ini bermakna,lebih kuat indentifikasi U
16
218444

GMGA 1024 Politik & Pentadbiran

kepada I , maka lebih besarlah kuasa rujukan I dan U (French dan Raven,1959).
Cara yang biasa digunakan bagi mempraktikkan kuasa rujukan adalah dengan
menanyakan

individu

melaksanakan

sasaran

perbuatan.

dengan

siapakah

Kadang-kadang

ia

perlu

berhubungan
memohan

dalam
daripada

perhubungandengan rayuan peribadi dengan cara bergantung pada sokongan


individu itu. Rayuan peribadi berguna apabila dapat menunjukkan permintaan itu
penting kerana permintaan yang penting kepada ketua menghasilkan komitmen
pekerja.
Kuasa rujukan dapat ditunjukkan melalui model peranan seperti kecantikan,
personaliti, kedudukan, kemasyhuran dan kegagahan. Seseorang pemimpin yang
memiliki ciri kuasa tarikan ini, lazimnya disukai dan disanjungi oleh pengikut atau
pekerja bawahannya. Oleh kerana pekerja bawahan cenderung meniru atau
mencontohi ketua mereka, ini membuatkan mereka dengan rela hati mengikut
perintah dan terasa senang berurusan dengan seseorang pemimpin. Justeru itu
individu ini perlu menyediakan set tingkah laku dan memainkan peranan yang
sesuai.

Mereka

perlu

melaksanakan

tugasan

dengan

tanggungjawab

dan

berdedikasi serta mengelakkan tingkah laku yang tidak wajar (Yukl, 1989).
Contoh 4
: Selain menjadi Ketua Bahagian di Majlis Peperiksaan Malaysia, Adam juga
mempunyai wajah yang kacak, mudah mesra tetapi tegas, tidak sombong, dan suka
membantu kakitangan bawahannya yang memerlukan bantuan. Oleh itu, Adam
akan memperoleh kuasa rujukan disebabkan oleh kedudukan beliau, rupa paras,
dan juga kemasyhurannya dalam profesion yangdiceburinya.
Kekuatan kuasa pakar I dan U bergantung kepada pengetahuan atau pun
persepsi yang diberikan oleh I kepada U dalam bidang yang ditetapkan. Mungkin I
17
218444

GMGA 1024 Politik & Pentadbiran

menilai kepakaran U dari segi pengetahuan atau pun ilmu peribadi sehingga kepada
standard yang dicapai. Apabila berlakunya pengaruh kepakaran, I memikirkan U
memang tahu perkaraitu dan mempercayai U bercakap benar. Kuasa pakar
menghasilkan struktur kognitif baru pada awalnya secara relatif bergantung pada
ketua. Tetapi pengaruh maklumat menghasilkan lebih struktur yang bebas.
Biasanya, kuasa pakar dipraktikkan dalam bentuk pembujukan rasional. Ketua
memberikan kenyataan logik dan bukti yang menyokong setiap cadangan,
rancangan, atau pun permintaan. Malah, kejayaan bergantung pada kredibiliti ketua
dan kemahiran komunikasi pembujukan sebagai tambahan kepada pengetahuan
dan keupayaan logik serta analitik.
Kuasa pakar terjadi disebabkan oleh seseorang itu memiliki kemahiran,
kepandaian, dan penguasaan sesuatu bidang yang telah diceburinya secara
mendalam, yang sukar ditandingi oleh orang lain, atau memungkinkan orang lain
mendapat kepakaran ini daripada beliau. Hal ini boleh terjadi disebabkan oleh
jangka masa seseorang itu bekerja yang membolehkan ia menimba ilmu dan
pengalaman, dan menjadi pakar dalam melakukan kerja atau pun pendedahan di
bidang teknikal melalui pengajian yang formal. Semua ini menjadikan seseorang itu
sebagai pakar rujuk dalam sesebuah organisasi.
Contoh 5
: Sebelum menjawat jawatan Ketua Bahagian di Majlis Peperiksaan Malaysia,
Adam memulakan kerjaya beliau sebagai Pegawai Peperiksaan sejak tahun 2005.
Beliau telah menghadiri berbagai kursus berkaitan bidang pengujian dan penilaian,
memberikan ceramah dalam kursus tentang pengujian dan penilaian, dan
menduduki berbagai peperiksaan yang berkaitan semasa bekerja sehinggalah
beliau lulus dengan jayanya. Pengalaman yang lama, banyak, dan berguna serta
18
218444

GMGA 1024 Politik & Pentadbiran

kelulusan yang diperolehi telah menyebabkan beliau telah dinaikkan pangkat. Beliau
sentiasa diminta memberikan pandangan dan sumbangan dalam bentuk idea sama
ada dalam mesyuarat atau pun melalui ceramah kepada Jabatan/Bahagian yang
memerlukan kepakarannya dalam bidang tersebut. Oleh itu, kuasa Adam ini dikenali
sebagai kuasa pakar yang ada pada beliau disebabkan oleh pengalaman dan
kelulusannya. Kuasa pakar yang dimilikinya memudahkan lagi pekerjaan orang lain.
Setiap cadangan atau perancangan perlu dibuat dalam keadaan yakin. Ketua
juga perlu mengelakkan diri daripada membuat kenyataan yang bertentangan atau
berdolak-dalik dengan pendirian yang tidak konsisten (Yukl, 1989). Kuasa pakar
antara ketua dengan pihak sasaran tetapi penggunaan yang tidak teliti bakal
mengundang masalah. Seseorang ketua yang bersikap menunjuk-nunjuk atau pun
berlagak seperti berkedudukan tinggi mungkin menyebabkan wujud tentangan
walaupun sasaran bersetuju dengan pendirian ketuanya. Dalam proses menyatakan
alasan rasional, terdapat ketua yang menyatakan secara angkuh, bersikap meninggi
diri, dan memberi tanggapan sasaran tidak tahu. Namun begitu, walaupun ketua
diketahui berpengetahuan dan pakar tetapi sasaran juga mungkin mempunyai
maklumat yang releven, idea-idea, dan fikiran yang perlu dipertimbangkan (Yukl,
1989). Pembujukan rasional adalah paling berkesan apabila sasaran berkongsi
dengan objektif ketuanya. Dalam keadaan ini, percubaan pengaruh menghasilkan
kepatuhan atau pun mungkin komitmen bergantung pada tanggapan kepakaran dan
kualiti penyampaian yang meyakinkan oleh ketuanya. Walau bagaimana pun,
apabila objektif sasaran berlawanan dengan objektif ketua atau pun cadangan
ketuanya boleh menyebabkan kos yang tidak dapat diterima, pembujukan rasional
sahaja tidak dapat menghasilkan perubahan sikap kepatuhan (Yukl, 1989)

19
218444

GMGA 1024 Politik & Pentadbiran

4.0 IMPAK KUASA DAN PENGARUH


Kemungkinan ada pemimpin yang cuba menjauhkan diri daripada kuasa
hukuman kerana dikhuatiri mendapat tentangan dan bantahan daripada kakitangan.
Kuasa hukuman mengurangkan daya tarikan oleh pekerja kepada pemimpin dan
menghasilkan penolakan yang tinggi. Namun demikian, dalam situasi tertentu kuasa
hukuman ini terpaksa dilaksanakan untuk memberi pengajaran dan peringatan
kepada kakitangan yang bermasalah. Kuasa ganjaran menghasilkan peningkatan
dalam daya tarikan yang mempunyai penolakan rendah. Kuasa ini memberikan
anugerah atas keupayaan dan komitmen pekerja yang cemerlang. Justeru itu,
kuasa ganjaran boleh menjadikan hayat kecemerlangan hanya sementara sahaja
atau pun untuk jangkamasa yang singkat. Manakala kuasa sah, kuasa rujukan, dan
kuasa pakar menjadi nadi kepada pembentukan sistem pentadbiran organisasi yang
teratur

dan

berkesan

bila

mana

pemimpinnya

tahu

bagaimana

untuk

menggunakannya dalam aspek komunikasi dan hubungan sosial. Kesan daripada


penggunaan kelima-lima kuasa ini terhadap kepuasan kerja dan prestasi kerja boleh
ditunjukkan seperti berikut :
Jenis Kuasa
Sah
Ganjaran
Hukuman
Rujukan
Pakar

Bidang

Kepuasan Kerja
Sederhana
Sederhana
Rendah
Tinggi
Tinggi

pengaruh

seseorang

Prestasi Kerja
Tak Jelas
Sederhana
Tak Jelas
Tinggi
Tinggi

tertakluk

kepada

kebolehan

seseorang

mempengaruhi tingkah laku orang lain. Kesan daripada pengaruh tersebut, kita
dapat melihat melalui tindak balas seseorang yang telah dipengaruhi. Ruang lingkup
pengaruh bergantung kepada pengaruh yang dipunyainya .Bidang ini juga diukur
mengikut tahap pengaruhnya kepada orang lain dari segala segi termasuk
20
218444

GMGA 1024 Politik & Pentadbiran

kewangan. Pengaruh tidak dapat diukur dengan mata kasar tetapi kesan dan
akibatnya adalah jelas.

5.0 KESIMPULAN
Kesimpulannya, seseorang pemimpin dalam sesebuah organisasi perlu
mengimbangi kelima-lima kuasa yang ada pada mereka iaitu kuasa sah, kuasa
ganjaran, kuasa hukuman, kuasa rujukan, dan kuasa pakar supaya tidak
disalahgunakan dari aspek kemanusiaan dan perkhidmatan bagi meningkatkan
prestasi dan disiplin kakitangan khususnya dan organisasi umumnya. seseorang
pemimpin akan memiliki kelima-lima kuasa atau sebahagian

yang disebutkan

dalam perbincangan contoh kes dalam melaksanakan tugas harian. Namun begitu,
ianya tidak memberikan jaminan yang tepat bahawa seseorang pemimpin itu mampu
untuk mempengaruhi individu tertentu dalam organisasi dengan cara tertentu.
Penggunaan

kepada

kuasa-kuasa

ini

bergantung

sepenuhnya

kepada

kebijaksanaan seseorang pemimpin itu melaksanakannya bagi memastikan pekerja


bawahannya

patuh, berpuas hati, meniru gaya kepimpinan yang beretika,

berdisiplin, dan komited pada tugas yang di amanahkan kepadanya.

6.0 LAMPIRAN
21
218444

GMGA 1024 Politik & Pentadbiran

Mereka yang berpengaruh, mereka itulah yang menguasai. Mereka yang berkuasa, belum tentu berjaya
mempengaruhi
Pengaruh bukanlah sesuatu yang dicari.Apabila kualiti diri dibangunkan,pengaruh dating sendiri

22
218444

GMGA 1024 Politik & Pentadbiran

RUJUKAN
1. Abdul
to

Rashid

Political

Motem
Science.

&

Syed

Serajul

Singapore:

Islam.

Thomson

2005. Introduction
Asia

Pte.

Ltd.

http://www.amazon.com/Introduction-Political-Science-AbdulRashid/dp/9814253197
2. Lasswell, H.D. & Kaplan, A. 1950. Power and Society. New Haven:
Yale University Press.

23
218444

GMGA 1024 Politik & Pentadbiran

3. Gerth, H. & Mills, C.W. (pnyt). 1946. From Max Weber: Essays in
Sociology.

New

York:

Oxford

University

Press.

https://archive.org/details/frommaxweberessa00webe
4. Tawney, R.H. 1931. Equality. New York: Harcourt Brace Jovanovich
5. MacMillan, I.C. 1978. Strategy Formulation: Political Concepts. St. Paul:
West Publishing.
6. French, Jr., J.R.P. & Raven, B. 1959. The Bases of Social Power. Dlm.
Cartwright,

D.

(pnyt). Studies

in

Social

Power.

Ann

Harbor:

University of Michigan Press.


7. Mohd Nizam Hanafiah dan Zafir Mohd Makhbul. 2003. Pengurusan
Organisasi Edisi Kedua. Malaysia : McGraw-Hill.
8. INTAN (Cetakan 2007), Pengurusan Organisasi. Kuala Lumpur : Laris
Resources Sdn. Bhd
9. AL. Ramaiah. 1999. Kepimpinan pendidikan. Cabaran masa kini .
Selangor. IBSBuku Sdn. Bhd
10. Rahim Abdullah. 2001. Asas pengurusan. Kuala Lumpur. Utusan
Publications &Distributions Sdn. Bhd.

11. DatoDr. Mohd. Fadzilah Kamsah & Md. Yadi Said. 2005. Anda berkuasa
apabila...? Selangor. PTS Millennia Sdn. Bhd.
12. Jaafar

Muhamad.

2001. Kelakuan organisasi. Edisi

keempat .Kuala

Lumpur.Leeds Publications.
13. .Ab. Aziz Yusof. 2003.Gelagat organisasi. Teori, isu dan aplikasi.
Selangor.Prentice Hall.

24
218444

GMGA 1024 Politik & Pentadbiran

14. Michael H. Hart.June 1 2000. The 100: A Ranking Of The Most Influential
Persons

In

History

http://www.amazon.com/100-Ranking-Influential-

Persons
15. Huzaifah Basit. Feb 9, 2014. Pengaruh dan Kuasa : Yang Mana Lebih
Utama?

.Iluvislam

Lamanweb.my.

http://www.iluvislam.com/gaya-

hidup/9755-pengaruh-dan-kuasa-yang-mana-lebih-utama.html
16. Abusyakirin . 9 November 2010. Yang Mana Penting Kuasa atau
Pengaruh.Khalifahgoyang.com.
http://khalifahgayong.wordpress.com/2010/11/09/yang-mana-pentingkuasa-atau-pengaruh/
17. Woon King Chai. Februari 14, 2010. Pengenalan kepada Keabsahan,
Kuasa dan Autoriti. Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, UKM.
KomunitiFSSK. http://komunitifssk.wordpress.com/

25
218444