Anda di halaman 1dari 14

TUGASAN SJH 3093E

48

PENGENALAN

Dalam konteks proses pengajaran dan pembelajaran (PdP) seharian, program


pemulihan sejarah akan dijalankan untuk membantu murid-murid yang mengalami
kesukaran untuk menguasai kemahiran-kemahiran tertentu dalam sejarah. Sejarah
merupakan mata pelajaran yang amat penting dalam sistem persekolahan di negara
ini. Kini ianya mula diperkenalkan di peringkat sekolah rendah bermula tahun 2014.
Murid-murid perlu menguasai asas sejarah itu sendiri.
Program pemulihan sejarah pula adalah merujuk kepada satu set tindakan
yang diambil untuk mengatasi masalah pembelajaran murid-murid yang lemah
dalam bahagian-bahagian tertentu mata pelajaran sejarah di sekolah. Kebanyakan
masalah yang ditemui adalah berkaitan dengan fakta yang memerlukan murid
memahami isi pelajaran dan menghafalnya. Program pemulihan adalah satu
rancangan pembelajaran yang disediakan untuk membantu murid-murid yang
menghadapi masalah atau kesukaran

pembelajaran dalam menguasai sesuatu

kemahiran. Dalam usaha untuk membantu murid-murid ini, kaedah, bahan dan
aktiviti alternatif yang bersesuaian dengan masalah yang dihadapi adalah
digunakan. Kanak-kanak pemulihan memerlukan suatu kaedah pengajaran yang
berlainan daripada apa yang telah dialami mereka semasa kelas biasa. Teknik
pengajarannya

pula

memerlukan

pertimbangan

penetapan

objektif

dengan

menggunakan kaedah terancang untuk pencapaian objektif eksplisit pengajaran.


Dengan kata lain, guru perlulah memastikan seseorang murid telah
menguasai kemahiran-kemahiran asas yang awal seperti maksud sejarah, pra
sejarah, dan peringkat tamadun manusia. Pada peringkat ini, murid sememangnya
bersedia untuk menggunakan kemahiran-kemahiran tersebut pada bila-bila masa
diperlukan. Selain itu, murid perlu memahami sesuatu konsep terutama dalam
hubung kait pengalaman baru dan pengalaman lama dalam isi kandungan
pembelajaran. Sebelum sesuatu masalah sejarah itu diselesaikan, wujudkan ruang
dialog antara murid dan guru bagi menilai sejauh mana mereka memahami
masalah/soalan sejarah mereka itu. Pada tahap ini, mungkin banyak perkara
(konsep) yang difahami oleh murid yang perlu diperbetulkan.

TUGASAN SJH 3093E

49

Seterusnya, murid perlu terus mengukuhkan pengetahuan mereka, bukan


hanya kepada isi / kemahiran yang lepas malah teknik dan kemahiran semasa yang
dikuasai supaya dapat melahirkan rasa keyakinan murid selain daripada menggilap
kemahiran-kemahiran yang dikuasai oleh mereka itu.
Didapati, beberapa

keadaan

yang

menyebabkan

murid

tidak dapat

mmemahami kandungan sejarah. Salah satunya, sememangnya tahap pemikiran itu


yang menjadi halangan kepada murid. Selain itu, masalah pengajaran dan
pembelajaran di dalam bilik darjah. Faktor mental murid, mungkin disebabkan oleh
faktor kesihatan dan pemakanan murid. Faktor PdP pula skopnya terlalu luas.
Mungkin murid itu diajar oleh guru yang bukan opsyen dalam matapelajaran sejarah
atau teknik dan strategi pengajaran guru berkenaan tidak berkesan. Mungkin juga
murid tidak memberi perhatian yang sewajarnya sewaktu belajar, tersalah faham
tentang sesuatu konsep atau kehendak soalan/masalah dan murid itu tidak
menguasai kemahiran-kemahiran yang diperlukan.
Oleh itu, program pemulihan dalam matapelajaran sejarah bertujuan
membantu murid-murid menguasai semula kemahiran-kemahiran yang tertinggal
atau terlupa dan dapat digunakan semula sebaiknya dalam keadaan pembelajaran
semasa atau sesuatu penilaian yang dibuat. Selain itu program pemulihan juga
bertujuan melatih murid-murid menggunakan kemahiran-kemahiran yang telah
dipelajari supaya wujud rasa yakin dengan kebolehan mereka. Keyakinan
seumpama ini akan menghakis ketakutan murid untuk menerima pembelajaran
yang seterusnya. Bermakna mereka lebih bersedia untuk menerima pelajaran
baharu.
Program pemulihan bertujuan untuk membetulkan konsep dan kemahiran
sesuatu aspek dalam matapelajaran sejarah. Latih tubi yang dibuat akan
meningkatkan kefahaman mereka terhadap kehendak soalan atau masalah sejarah
itu. Program ini pula semestinya menjadi satu platform kepada murid-murid yang
lemah untuk terus belajar sejarah di dalam bilik darjah. Dengan itu mereka tidak
terus tercicir dalam proses pembelajaran meskipun mereka telah terkebelakang
daripada murid lain. Sekiranya program pemulihan tidak dibuat, murid-murid lemah
akan terus tercicir atau tertinggal, mereka bukan sahaja tidak menguasai pelajaran
baharu malah pelajaran lama pun akan dilupai atau tidak dikuasai.

50

TUGASAN SJH 3093E

PENGENALPASTIAN MURID YANG MEMERLUKAN PEMULIHAN

Setelah melalui ujian yang dijalankan, terdapat tiga (3) orang murid Tahun 4
yang amat lemah dalam menjawab soalan sejarah yang dikemukakan. Mereka tidak
mengetahui dan memahami Zaman Air Batu. Sungguhpun murid-murid ini telah
dikenalpasti, namun masalah sebenar mereka perlu diketahui. Oleh itu proses
pengenalpastian murid dan masalah mereka telah dijalankan.
Peringkat pertama, ujian saringan dibuat (screen test). Satu lembaran kerja
diberi kepada ketiga-tiga orang murid tersebut. Tujuannya, adalah untuk memastikan
bahawa mereka benar-benar tidak boleh menjawab soalan yang diberikan. Mereka
diberi masa 20 minit untuk menjawab lima (5) soalan. Mereka menjawab secara
berasingan dan tidak dibenarkan berbincang. Jawapan atau hasil kerja murid seperti
jadual di bawah.
Jadual : Hasil jawapan murid dalam latihan yang diberi
Bil

Soalan-soalan

Jawapan

Jawapan

Jawapan

Maksud Zaman

Murid A
Banyak ais

Murid B
Air batu

Murid C
Tiada air

Air Batu
Bila Zaman Air

Tahun 2014

Zaman sejarah

Zaman dulu

Batu
Sebab air batu

Tidak sejuk

Tidak disimpan

Ada air

mula mencair
Berapa benua

dalam peti ais


1

yang terbentuk
Tulis
nama

Bumi

Negeri Sembilan

Malaysia

Tidak ada satu

Tidak ada satu

Tidak ada satu

soalan yang

soalan yang

soalan yang

dijawab dengan

dijawab dengan

dijawab dengan

benua

yang

kamu tahu
Catatan

betul
betul
betul
Berdasarkan jadual, jelas menunjukkan murid tidak mengetahui dan
memahami Zaman Air Batu walaupun telah mempelajari kemahiran ini di dalam
kelas sebelum ini. Ini menunjukkan, pola kesalahan murid adalah sama sama ada

TUGASAN SJH 3093E

51

dalam kertas ujian bulanan mahupun latihan yang diberikan. Oleh itu, murid yang
terlibat perlu diberikan pemulihan bagi membantu mereka menguasai kemahiran ini
agar tidak tercicir di masa hadapan.

PERANCANGAN AKTIVITI PEMULIHAN

Beberapa perancangan telah dicadangkan bagi membantu murid menguasai


kemahiran ini. Aktiviti yang dirancang adalah seperti berikut:
MINGG

KEMAHIRAN

AKTIVITI

SUMBER/BBM

U
1

2.1.1 Menyatakan 1.Mengenalkan maksud Zaman


maksud

Air Batu dengan

Zaman Air

membuat perbandingan

Batu

peti ais yang sejuk dan

Kad gambar
Klip video
Air batu
Mangkuk

Air batu
Air suam
Bola
Lirik lagu

peti ais yang tidak sejuk.


2.Mengenalkan maksud Zaman
Air Batu dengan
menunjukkan video
pencairan air batu.
3.Mengenalkan maksud Zaman
Air Batu dengan
membuat eksperimen
kecil.
- Air batu diletakkan di
dalam mangkuk dan
dibiarkan cair.

2.1.2 Menyatakan
perubahan
yang berlaku
pada Zaman

1. Membuat perbandingan :
- Memegang air batu di
tangan kanan dan air
suam di tangan kiri

TUGASAN SJH 3093E

Air Batu
2.1.3 Menyatakan

52

2. Murid melakukan
eksperimen kecil iaitu

benua dan

mencairkan air batu dan

lautan di

bola akan terapung.


3. Menyanyikan lagu benua

dunia
selepas

dan lautan

pencairan air
batu
3

3. Penyelesaian
masalah.

1. Mengadakan aktiviti
puzzle.
2. Mengadakan aktiviti Di

Puzzle
Kad Soalan

mana Joe Jambul


3. Membimbing murid
menjawab soalan

PERLAKSANAAN

Program pemulihan telah dilaksanakan seperti dirancangkan. Contoh-contoh


lembaran kerja yang menjadi aktiviti pemulihan dapat dilihat di LAMPIRAN B. Jadual
di bawah menunjukkan pemerhatian yang dibuat ke atas hasil kerja murid.
Jenis kemahiran
2.1
2.1.1
2.1.2
2.1.3

Murid A
Memuaskan
Memuaskan
Agak Memuaskan

Murid B
Memuaskan
Memuaskan
Memuaskan

Murid C
Memuaskan
Memuaskan
Kurang
Memuaskan

KESIMPULAN

Program pemulihan sejarah adalah program yang bersifat berterusan.


Semasa berlakunya P&P seseorang guru dan murid yang berkenaan perlu sentiasa
bersedia untuk melaksanakan program seumpama ini. Keupayaan pembelajaran
sejarah di kalangan murid-murid di dalam bilik darjah adalah berbeza. Pasti akan
ada murid-murid yang lemah yang memerlukan program seperti ini. Oleh itu guru

TUGASAN SJH 3093E

53

perlu bersiap sedia dengan program-program pemulihan yang disediakan mengikut


topik-topik dalam matapelajaran sejarah. Ini membolehkan guru dengan cepat
membantu murid yang bermasalah dalam pembelajaran. Sekiranya persediaan tidak
dibuat, ia akan mengganggu proses P&P kelas harian.
Ibubapa murid yang terlibat juga perlu mengetahui dan peka terhadap
masalah pembelajaran anak-anak mereka. Kejadian salah faham di antara ibubapa
dan guru sudah tentu dapat diatasi jika sekiranya ibubapa mengetahui tahap
pembelajaran anak-anak mereka. Biasanya, ada ibubapa yang tidak dapat
menerima hakikat akan hasil kerja anak-anak mereka dan mula menuding jari
kepada guru berkenaan. Sekiranya, ibubapa memahami situasi sebenar, aktivitiaktiviti pemulihan ini dapat berjalan dengan lancar. Selain itu ibubapa juga
mengambil tindakan yang proaktif seperti menghantar anak-anak mereka ke kelas
tambahan dan sebagainya.
Keberkesanan program-program pemulihan yang sedia ada hendaklah dibuat
kajian dari semasa ke semasa. Maksudnya, program ini dilaksanakan dengan
bertanggungjawab supaya hasilnya mencerminkan impak yang sebenar-benarnya.
Jika impaknya tidak memuaskan maka beberapa kajian tindakan perlu dibuat iaitu
untuk mencari kaedah-kaedah lain yang lebih baik atau formula yang sedia ada
dimurnikan lagi. Segala dokumen, hasil kerja murid dan lain-lain yang terlibat dalam
program pemulihan perlu didokumentasikan supaya ia akan menjadi bahan rujukan
yang berguna dan akan bermanfaat pada masa akan datang.

LAMPIRAN

AKTIVITI PEMULIHAN DIJALANKAN

Mencairkan air batu

TUGASAN SJH 3093E

54

Murid membuat aktiviti puzzle

Aktiviti Mencari Di Mana Joe


Jambul

TUGASAN SJH 3093E

55

Puzzle yang hamper siap

Murid menjawab soalan

Murid dibimbing untuk menjawab


latihan

TUGASAN SJH 3093E

BAHAN YANG DIGUNAKAN

KAD PUZZLE

BESEN

AIR BATU DAN AIR SUAM

KAD SOALAN

56

TUGASAN SJH 3093E

HASIL KERJA MURID

57

TUGASAN SJH 3093E

58

TUGASAN SJH 3093E

59

LAMPIRAN A
CONTOH: LEMBARAN KERJA PEMULIHAN

1. Apakah maksud Zaman Air Batu?


______________________________________________________________
__________________________________________________________
2. Bilakah Zaman Air Batu?
______________________________________________________________
__________________________________________________________
3. Apakah sebeb air batu mula mencair?
______________________________________________________________
___________________________________________________________
4. Tuliskan nama benua.
i)
____________________
ii)
____________________
iii)
____________________
iv)
____________________
v)
____________________
vi)
____________________
vii)
____________________
5. Tuliskan nama lautan.
i)
____________________
ii)
____________________
iii)
____________________
iv)
____________________
v)
____________________
vi)
____________________
vii)
____________________

RUJUKAN

Jabatan Pendidikan Khas, 2003. Buku Panduan Program Pemulihan Khas Tahap
Satu. Kementerian Pelajaran Malaysia, Kuala Lumpur.

TUGASAN SJH 3093E

60

Pusat perkembangan kurikulum,Kementerian Pendidikan Malaysia 1982.Buku


Panduan Khas Program Pemulihan KBSR edisi percubaan.
Syed Abu Bakar Syed Akil, 1997.Bimbingan Khas Perkhidmatan Pendidikan
Pemulihan.Dewan Bahasa dan Pustaka,Kuala Lumpur.

Ali Ahmad. (1977). Kajian Sejarah Melayu. Petaling Jaya: Penerbit Fajar Bakti Sdn.
Bhd.

Arbayah Mohd Noor. (2002). Ilmu Sejarah dan Pensejarahan. Selangor: Dewan
Bahasa dan Pustaka.

Awang Had Salleh.(1980). Pendidikan ke Arah Perpaduan sebuah Perspektif


Sejarah. Kuala Lumpur: Penerbit Fajar Bakti Sdn.Bhd.

Badriyah Haji Salleh,& Tan Liok Ee. (1996). Alam Pensejarahan Dari Pelbagai
Perspektif. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.

Ismail Ahmad. (1977). Ulasan Buku Sejarah Melayu. Kuala Lumpur: Penerbit Fajar
Bakti Sdn.Bhd.
Tun Seri Lanang. (1997). Sejarah Melayu. Kuala Lumpur: Yayasan Karyawan dan
Dewan Bahasa dan Pustaka.

TUGASAN SJH 3093E

61