Anda di halaman 1dari 34

1.

0 PENGENALAN
Tugas dan tanggungjawab guru dalam pengajaran dan
pembelajaran bukan sekadar mengajar dan mendidik. Sebagai seorang
guru adalah perlu untuk mendapat maklum balas tentang berkesan
atau tidak proses pengajaran dan pembelajaran yang telah berlangsung
.
Di sekolah ,guru mengajar berdasarkan objektif yang pengajaran
yang dipilih oleh guru berlandaskan mata pelajaran dan rancangan
tahunan mengikut tahun yang diajar,contohnya Bahasa Melayu Tahun 5
atau Bahasa Melayu Tahun 6.
Jika pengajaran dan pembelajaran seorang guru itu mencapai
objektif, pengajaran dan pembelajaran guru telah berjaya. Jesteru
itu,agar setiap pengajaran dan pembelajaran dapat dipastikan tercapai
objektifnya maka seseorang guru memerlukan petunjuk yang sah .
Petunjuk yang sah ialah dengan pentaksiran dan penilaian yang sesuai.
Penilaian bukan sekadar menialai pencapaian dan dan
peningkatan prestasi dalam pelajaran tetapi merangkumi seluruh
perkembangan mental dan fizikal, minat,bakat,sikap dan emosi serta
sosial pelajar.

2.0 KONSEP PENTAKSIRAN ,PENGUJIAN DAN PENILAIAN

2.1 Definisi Pentaksiran


Menurut Kamus Dewan (Edisi Keempat) pentaksiran daripada
kata dasar taksir yang bermaksud
i- tidak mengendahkan (pekerjaan dll), kurang ingat-ingat, alpa,
1

lalai: jangan ~ dairpada memeriksai alat rakyatmu supaya sentosa


kerajaan engkau; berlepas ~ membebaskan diri daripada kesalahan
orang; mentaksirkan melalaikan, mengalpakan.
ii- kira, hitung, nilaian: ~ kasarnya bolehlah didapati dgn mengira
bunga biasa dgn kadar 4%; salah ~ salah kira (hitung); kurang ~
hilang laba prb pekerjaan yg dibuat tidak dgn hati-hati akan
mendatangkan kerugian;
menaksir - mengira atau menghitung banyaknya sesuatu (harga
dll): ditaksir-taksir Solihin perongkosan yg harus dikeluarkannya dan
penaksiran pula perihal menaksir.
2.2 Konsep Pentaksiran
Pentaksiranialah terjemahan perkataan Inggeris assessment yang
berasal daripada perkataan Latin assidere yang membawa maksud
duduk di sisi.
Pentaksiran ialah satu proses mendapatkan maklumat dan seterusnya
membuat penghakiman tentang produk sesuatu proses pendidikan.
Maklumat yang diperoleh berkaitan dengan butir-butir seperti topik,
bukti

dan

prestasi.

Penghakiman

melibatkan

hal-hal

seperti

pertimbangan dan pencapaian aspek pendidikan, manakala produk


pula

melibatkan

pengetahuan,

kemahiran

dan

nilai.

Maklumat

merupakan bukti mengenai prestasi pelajar dalam sesuatu perkara


yang

ditafsir.Produk

dalam

konteks

pendidikan

merupakan

pengetahuan , kemahiran dan nilai yang diperoleh setelah menjalani


proses pendidikan.
Dalam konteks pendidikan, pentaksiran merupakan satu aktiviti
yang merangkumi aktiviti menghurai, mengumpul, merekod, memberi
skor dan menginterpretasi maklumat tentang hasil pembelajaran
seorang pelajar yang bagi tujuan tertentu. Pentaksiran juga merupakan
gambaran prestasi pembelajaran seseorang pelajar dalam sesuatu
pembelajaran.

Proses mendapatkan
2

gambaran

tentang

prestasi

seseorang dalam pembelajaran, aktiviti dijalankan semasa, aktiviti


dijalankan secara berterusan dan aktiviti yang bertujuan untuk
mendapatkan pembelajaran yang baik.
Menurut Azizi Ahmad Mohd Isa Awang dalam bukunya pula
Pengukuran dan Penilaian Pendidikan, pentaksiran merupakan satu
proses mendapatkan maklumat untuk membuat pertimbangan tentang
produk sesuatu pendidikan.
Lembaga Peperiksaan Malaysia (2000) dalam artikelnya, Pentaksiran
dan Penilaian dalam Pendidikan Khas, mentakrifkan pentaksiran
sebagai

suatu

proses

pembelajaran

yang

merangkumi

aktiviti

menghurai, mengumpul, merekod (pengujian), memberikan skor atau


markah (pengukuran) dan menterjemah maklumat (penilaian) tentang
pembelajaran
penerangan

seseorang
ini,

kita

murid

boleh

bagi

tujuan

mengatakan

tertentu.

bahawa

Daripada

pentaksiran

merangkumi pengujian, pengukuran dan penilaian.

Pentaksiran merupakan sesuatu proses yang meliputi pelbagai


kaedah untuk menentukan tahap sesuatu ciri atau atribut yang
diperolehi

seseorang

individu. Pentafsiran juga merupakan satu

proses mendapatkan gambaran tentang prestasi seseorang dalam


pembelajaran, aktiviti yang dijalankan semasa pengajaran dan
pembelajaran. Kesimpulannya pentaksiran merupakan sebuah proses
yang menentukan peringkat pencapaian dan prestasi seseorang
individu atau murid.

2 1.1 Tujuan Pentaksiran


Tujuan pentaksiaran adalah untuk

membuat pengelasan terhadap

pencapaian dan kedudukan dalam pembelajaran dan membantu guru


mendapatkan

gambaran

tentang

prestasi

murid-murid

dalam

pembelajaran. Seterusnya pentaksiran digunakan untuk menilai aktiviti


yang dijalankan semasa proses pengajaran dan pembelajaran.
3

Melalui pentaksiran guru boleh mendapatkan maklumat secara


berterusan tentang pengajaran dan pembelajaran seterusnya boleh
memperbaiki pengajaran-pembelajaran.
Selain itu membolehkan guru merancang aktiviti pengajaran dan
pembelajaran yang tersusun dan sistematik yang bersesuaian dengan
tahap keupayaan murid.
Selepas membuat pentaksiran guru dapat merancang dan
melaksanakan

aktiviti

tindakan

susulan

yang

berkesan

yang

membolehkan guru memperbaiki pengajaran dan pembelajaran agar


lebih berkesan.
2.2 Pengujian
Pengujian adalah satu proses atau prosedur yang sistematik bagi
mengukur pencapaian pelajar yang biasanya dibuat secara bertulis.
Pengujian dapat dianggap sebagai proses penyerahan set soalan yang
piawai yang perlu dijawab, atau satu set instrumen bersama satu
prosedur yang sistematik bagi mengukur sampel tingkah laku atau
perubahan seseorang individu atau pelajar.
Menurut Cronbach (1970)
Ujian ialah satu prosedur yang sistematik untuk memerhati perlakuan
atau tingkah laku seseorang individu dan menjelaskannya dengan
batuan skala bernombor, atau satu sistem yang berkategori.
Ujian adalah suatu cara untuk mendapatkan contohan perlakuan yang
diperlihatkan oleh murid di dalam keadaan yang dikawal atau
ditentukan. Maklumat yang diperoleh daripadanya akan dijadikan dasar
untuk membuat penilaian atau pengadilan. (Raminah 1991:2)
Menurut Tuckman (1975) ujian ialah satu jenis atau kumpulan alat
pengukuran yang biasanya digunakan untuk mengetahui tentang
seseorang. Manakala Gagne (1970) pula mendefinisikan bahawa ianya
adalah cara yang sistematik untuk mengukur tingkah laku seseorang
individu (perkaitan dengan pembelajaran)

Proses

pengujian

lazimnya

bermula

dengan

peringkat

persediaan, diikuti pelaksanaan atau pentadbiran ujian dan berakhir


dengan pemeriksaan skrip jawapan. Melalui pengujian inilah seseorang
guru mengetahui sama ada pelajar-pelajarnya telah menguasai
pengetahuan,kemahiran atau sikap yang ingin disampaikan guru.
Ia juga merupakan satu kaedah dalam pengukuran dan
dijalankan dengan cara yang sistematik. Pengujian juga satu cara bagi
mengukur tingkah laku seseorang individu,pelajar atau murid yang
dilaksanakan dalam tiga peringkat iaitu:
a) Sebelum sesuatu pengajaran
b) Semasa sesuatu pengajaran
c) Selepas sesuatu pengajaran
Dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa, ujian ialah bahan yang
bertulis atau tercetak atau terakam yang telah dibentuk oleh guru untuk
menguji sesuatu kemahiran bahasa. Contohnya, guru membina ujian
kloz bagi menguji kefahaman membaca atau ujian imlak bagi menguji
kefahaman mendengar. Namun, perlu diingat bahawa ujian mungkin
menjadi kurang baik jika pentadbir ujian menggunakannya dan
menginterpretasinya

secara

tidak

jujur. Oleh

itu,

ujian perlulah

digunakan sesuai dengan perkara yang hendak diuji itu. Contohnya,


jika

guru

menguji

tahap

kefahaman

murid

Tahun

dengan

menggunakan bahan bacaan yang layak untuk tahun 6, sudah


semestinya keputusan pelajar ini tidak menggalakkan.
Proses pengujian lazimnya bermula dengan peringkat persediaan,
diikuti pelaksanaan atau pentadbiran ujian dan berakhir dengan
pemeriksaan skrip jawapan. Melalui pengujian inilah seseorang guru
mengetahui

sama

ada

pelajar-pelajarnya

telah

menguasai

pengetahuan, kemahiran atau sikap yang ingin disampaikan guru. Hasil


daripada pemarkahan jawapan pelajar, satu ukuran yang disebut
sebagai markah akan diberikan kepada pelajar tersebut. Pengujian
menjelaskan tahap berapa baiknya prestasi pelajar yang diuji.Markah
diberikan

dalam

bentuk

numerik

ketepatannya.

80%

hingga

100 % mendapat gred A, manakala 60 % hingga 79% mendapat gred


B.
5

2.2.1 Tujuan Pengujian


Tujuan pengujian ialah untuk menentukan pencapaian pelajar dalam
sesuatu

sesi

pembelajaran

disamping

mengesan

kemajuan

pencapaian atau penguasaan pelajar terhadap suatu bidang pelajaran.


Merupakan alat pengukuran dari segi kognitif, psikomotor dan afektif
murid-murid.

Melalui

proses

pengumpulan

maklumat,

membuat

analisis, selepas peperiksaan dan pentaksiran guru mesti buat tindakan


selanjutnya. Mengukur perubahan tingkah laku seseorang individu
supaya dapat menempatkan pelajar dalam kumpulan belajar yang
sesuai. Biasanya dilaksanakan melalui pemerhatian, ujian bertulis, ujian
lisan.

Ia

dilaksanakan

pembelajaran.Berdasarkan

selepas
ujian

satu

atau

murid-murid

beberapa
akan

topik

ditempatkan

mengikut kumpulan yang sesuai markah yang diperoleh


Selain

itu,

pengujian

menggalakkan

murid

mengulangkaji

pelajaran ,guru dalam bilik darjah. Justeru itu, kecekapan guru


membangunkan alat pengujian amat penting, malah sama pentingnya
dengan penguasaan guru terhadap kurikulum yang diajar bagi
menjamin keberkesanan pengajaran dan pembelajaran.

2.3 Penilaian
Penilaian dalam pendidikan merupakan suatu sistem atau proses
yang meliputi aktiviti-aktiviti mengumpul maklumat tentang strategi dan
aktiviti pengajaran dan pembelajaran untuk membuat analisis dan
keputusan dengan tujuan mengambil tindakan yang sewajarnya yang
dapat menghasilkan pengajaran dan pembelajaran yang berkesan.
Menurut Stufflebeam et.al.(1971)menyatakan penilaian sebagai
the proses of delineating,obtaining and providing useful information for
judging decision alternatives. Menurut Terry D. TenBrink (1974) pula
menyatakan bahawa penilaian adalah suatu proses mendapatkan
6

maklumat yang akan digunakan untuk membuat pertimbangan yang


seterusnya

digunakan

dalam

membuat

keputusan.

Penilaian merupakan satu proses dapat pengumpulan maklumat,


Proses

membuat

analisis

supaya

memberi

maklumat

tentang

pencapaian objektif pelajaran, kaedah mengajar seseorang guru dan


keberkesanan sesebuah kurikulum. Ia boleh dijalankan sebelum,
semasa atau selepas satu sesi pengajaran guru. Ia membolehkan guru
membuat

tiidakan

selanjutnya

selepas

sesuatu

penilaian.

Terry D. TenBrink (1974:8) pula menyatakan bahawa penilaian adalah


suatu proses mendapatkan maklumat yang akan digunakan untuk
membuat pertimbangan yang seterusnya digunakan dalam membuat
keputusan.Penilaian merupakan satu proses untuk memperolehi
maklumat kuantitatif. Ia adalah satu proses bagi guru untuk
menentukan perubahan tingkah laku dan membuat pertimbangan
menilai. Proses menilai dapat memberi maklumat tentang pencapaian
objektif pelajaran, kaedah mengajar seorang guru dan keberkesanan
sesebuah kurikulum. Pentafsiran penilaian berdasarkan data kuantitatif
dan penghuraian kualitatif. Ia boleh dijalankan sebelum, semasa atau
selepas satu sesi pengajaran guru. Ia boleh dijalankan berdasarkan
sesuatu pembelajaran spesifik atau kepada keseluruhan kurkulum
Secara kesimpulannya pengujian ialah satu teknik untuk mendapatkan
maklumat satu alat yang dapat mencapaian tujuan si pengguna.
Mengukur perubahan tingkah laku seseorang individu supaya dapat
menempatkan pelajar dalam kumpulan belajar yang sesuai. Biasanya
dilaksanakan melalui pemerhatian, ujian bertulis, ujian lisan. Ia
dilaksanakan selepas satu/beberapa topik pelajar diajar.
pencapaian objektif pelajaran, kaedah mengajar seseorang guru dan
keberkesanan sesebuah kurikulum. Ia boleh dijalankan sebelum,
semasa atau selepas satu sesi pengajaran guru. Ia membolehkan guru
membuat tiidakan selanjutnya selepas sesuatu penilaian.
2.3.1 Tujuan Penilaian
Tujuan menggunakan sistem penilaian dalam aktiviti pengajaran dan
pembelajaran ialah:
7

a) Guru dapat mengetahui keupayaan, kemahiran atau pengetahuan


asas yang sedia ada pada murid-murid dalam perkara-perkara yang
hendak diajar.
b) Untuk mengumpul maklumat tentang pencapaian murid-murid
selepas aktiviti pengajaran dan pembelajaran supaya guru dapat
membuat pentafsiran dan mengambil tindakan yang sewajarnya.
c) Menentukan kekuatan dan kelemahan murid-murid dalam pelajaran
sesuatu

kemahiran

supaya

merancang

aktiviti

pengayaan

dan

pemulihan.
d) Tujuan mengadakan penilaian boleh menolong guru mengetahuai
sejauh manakah pelajar mereka telah dapat menguasai pembelajaran
yang telah disampaikan.
e) Seterusnya, membolehkan guru merancang strategi pengajaran
yang lebih berkesan.
f) Membolehkan guru menilai bahan-bahan dan teknik serta kaedah
pengajaran mereka.
g) Memberi peluang kepada murid-murid untuk mengetahui kelemahan
- kelemahan mereka dalam kemahiran atau bidang tertentu dan boleh
segera memperbaikinya. Membolehkan guru menentukan pencapaian
objektif pelajaran yang ditetapkan untuk merancang aktiviti pengajaran
dan pemnbelajaran pada masa akan datang.
g) Membandingkan pencapaian seseorang pelajar dengan kawan
sekelas

atau

dengan

peringkat

kelas

yang

sama

di

sekolah.Membandingkan pencapaian pelajar dalam sesuatu bidang


subjek dengan bidang lain.
h) Bertujuan untuk meneliti maklumat tersebut dapat digunakan untuk
pemulihan dan keperluan lain.
3. TAKSONOMI BLOOM
Taksonomi ialah kajian tentang prinsip,peraturan dan amalan dalam
pengelasan organisma berdasarkan persamaan dan perbezaan sifat
8

organisma itu. Menurut Kamus Dewan Edisi Ke-4(2005). Mula


diperkenalkan oleh Benjamin S. Bloom (1956).
Dalam bidang pendidikan, taksonomi ialah satu model yang biasa
digunakan untuk menganalisa bidang-bidang pendidikan. Ia berkaitan
dengan objektif- objektif pendidikan yang melibatkan bidang-badang
seperti pengetahuan,sikap dan psikomotor. Terdapat tiga domain utama
dalam pendidikan:
1. Domain kognitif
2. Domain Afektif
3. Domain Psikomotor
Definisi domain (Kamus Dewan Bahasa -edisi keempat) :
1. kawasan yang dimiliki (dikuasai, di tadbirkan ) oleh seseorang atau
sesuatu pihak, kawasan kekuasaan, mandala: dia tidak akan keluar dari
~ kekuasaan itu; 2. lapangan atau bidang (seperti kegiatan, pemikiran,
pengetahuan ), mandala: tumpuan hanya akan diberikan kepada
perspektif pendidikan dan penerbitan buku dalam ~ sains dan teknologi
sahaja; ruang bagi tiap-tiap bidang atau ~ itu hendaklah dinyatakan
secara eksplisit; 3. (Komp) kumpulan medan bagi fail dalam model
sistem pengurusan pangkalan data; 4. (Komp) kawasan liputan bagi
masalah yang hendak diselesaikan.
3.1.1Domain Kognitif
Domain

kognitif

membincangkan

pengingatan

semula

atau

pengecaman pengetahuan dan perkembangan kebolehan intelek dan


kemahiran.

Objektif kognitif berubah-ubah daripada mengingati

kembali dengan mudah bahan-bahan yang telah dipelajari hinggalah


kepada menggabung serta mensintesiskan idea dan bahan baru
dengan cara yang asli dan kreatif.
Domain juga membincangkan pengetahuan seperti mengenal faktafakta, perangkaan, teori-teori dan kefahaman. Merupakan domain yang
utama berkaitan dengan kebanyakkan perkembangan pengujian masa
kini.
9

3.1.2 Domain Afektif


Domain afektif menekankan nada rasa, emosi atau satu darjah
penerimaan atau penolakan. Berubah-ubah daripada perhatian biasa
terhadap fenomena yang tertentu hinggalah kepada ciri-ciri dalaman
bagi perwatakan dan suara hati yang konsisten tetapi kompleks.
Domain afektif dinyatakan dalam hasil-hasil penulisan sebagai minat,
sikap, apresiasi, nilai, dan set emosi atau bias (bayangan perasaan).

3.1.3 Domain Psikomotor


Domain psikomotor menekankan kemahiran otot atau motor, beberapa
pengendalian bahan dan objek yang dimanipulasi atau beberapa
tindakan yang memerlukan koordinasi otot saraf. Biasa dikaitkan
dengan tulisan tangan dan pertuturan dalam mata pelajaran bahasa
Melayu. Kesimpulannya domain kognitif melibatkan perkembangan
pemikiran pelajar, domain afektif melibatkan perkembangan sikap dan
nilai pelajar dan domain psikomotor melibatkan perkembangan
kemahiran fizikal pelajar.

4. TAKSONOMI BLOOMI
KONSEP TAKSONOMI BLOOM
Taksonomi Bloom menitikberatkan aspek kognitif atau pengetahuan.
Bercorak hierarki (tahap rendah ke tahap tinggi).Soalan

dibuat

pelbagai aras untuk menguji tahap berfikir pelajar.


ARAS TAKSONOMI BLOOM
Dalam Taksonomi Bloom,terdapat domain kognitif yang mempunyai 6
aras

iaitu

pengetahuan,pemahaman,aplikasi,analisis,sintesis

analisis.

10

dan

Jadual Taksonomi Kognitif Bloom (1956


Taksonomi Bloom amat penting kepada sistem pembelajaran dan
pengajaran kerana ia menerapkan pemahaman,pengetahuan,konsep,
kaedah, aplikasi dan sebagainya.

4.1 Aras Pengetahuan


Aras pengetahuan ialah aras yang paling ringkas dalam domain
kognitif. Soalan aras ini memerlukan pelajar untuk mengingat setiap
mata pelajaran yang diajar oleh guru. Perkataan yang biasa digunakan
untuk merujuk kepada soalan aras ini ialah siapa,apa,dimana,bila dan
beri definisi.
Aras ini menguji sejauh mana keupayaan pelajar untuk mengingat
kembali fakta atau pengetahuan telah dipelajari. Terdapat tiga peringkat
dalam aras pengetahuan ini :

11

a. Pengetahuan

fakta

khusus

berkaitan

dengan

istilah

berbentuk

perkataan atau symbol.


b. Pegetahuan tentang cara mengendalikan sesuatu yang meliputi
pengetahuan tentang proses, aliran, pemeringkatan, penjenisan, teknik
atau prosedur tertentu dalam menyelesaikan masalah.
c. Pengetahuan tentang perkara yang bersifat sejagat dan abstrak dalam
sesuatu bidang. Contonya; siapa,apa, di mana, bila, beri definisi,
senaraikan, dan nyatakan.
Ciri-ciri soalan aras pengetahuan:
I.
II.
III.

Pelajar perlu menggunakan proses mental.


Pengetahuan yang diminta hendaklah sama dengan pengajaran guru.
Soalan tidak memerlukan pelajar mengubah pengetahuan dalam

IV.

bentuk baru.
Jawapan dapat ditentukan dengan mudah sama ada salah atau betul.
Dalam aras

pengetahuan murid perlu mengingat atau menghafal

sesuatu yang telah dipelajari. Murid boleh mendapat butiran jawapan


secara terus daripada petikan.
Contoh soalan :
Siapakah yang menulis surat itu?

4.2 Aras Pemahaman


Objektif domain ini ialah kefahaman yang bermaksud pelajar perlu
menjelaskan pengetahuan secara bermakna. Soalan ini memerlukan
proses mental berkait dengan kefahaman contohnya terjemahan,
tafsiran. Perkataan yang kerap digunakan untuk soalan jenis ini ialah
huraikan,bandingkan,nyatakan,bezakan dan nyatakan dalam perkataan
anda sendiri.
Kefahaman ini terbahagi kepada tiga:
I.
II.

Penterjemahan
Menterjemah bahasa lain ke bahasa lain tanpa mengubah makna asal.
Mentafsir (Interpretasi)
12

Mentafsir

idea/

mesej

tersirat

dan

tersurat.

Menerangkan idea dalam ayat sendiri.


Ekstrapolasi
Membuat inferens tentang apa yang akan berlaku pada masa hadapan
berdasarkan

maklumat

yang

diberikan/

terima.

Ciri-ciri soalan aras Pemahaman


a ) Proses mental
b ) Maklumat asas telah diajar
c) Perlu bahan atau alat komunikasi
d) Pelajar menyatakan kefahaman mereka sendiri.
Murid perlu memahami mkasud atau mkna sesuatu bahan yang
diberikan
Perkataan yang sering digunakan dalam soalan bagi aras pemahaman
ini anataranya jelaskan, huraikan, terangkan, mengapakah, bezakan,
nyatakan, dan kelaskan .
Contoh soalan:
Apakah yang cuba tujuan Hari Anugerah Kecemerlangan itu diadakan?

4.3 Aras Aplikasi.


Pada peringkat ini,pelajar perlu benar-benar memahami konsep,
prinsip, teori, hukum, prosedur dan kaedah am untuk menyelesaikan
masalah dalam situasi baru. Soalan ini melibatkan 3 frasa iaitu
prinsip,menyelesaikan masalah dan dalam situasi baru. Perkataan ang
sering digunakan ialah pilih,buat,kira,selesaikan.
Aras ini menguji keupayaan pelajar menggunakan konsep, teori,
prinsip, hukum, dan prosedur. Aras ini memerlukan pelajar benar-benar
memahami segala konsep, teori, hukum, untuk menyelesaikan
masalah. Perkataan yang sering digunakan dalam soalan bagi aras
aplikasi antaranya kirakan, selesaikan, susunkan, dan gunakan.

Ciri-ciri soalan aras aplikasi


13

a. Menggunakan proses mental aplikasi. Melibatkan 3 frasa iaitu, prinsip,


menyelesaikan masalah,dalam situasi baru.
b. Hendaklah berkaitan dengan masalah dalam situasi baru yang tidak
sama dengan masalah yang dibancangkan dalam bilik darjah.
Contohnya mengaitkan peristiwa masa kini dengan peristiwa masa lalu.
c. Menyelesaikan masalah matematik dengan menggunakan rumus yang
bersesuaian.
Dalam aras ini murid boleh menggunakan pengetahuan yang telah ada
untuk disesuaikan atau digunakan dengan situasiatau bahasa yang
diberi.
Contoh soalan :
Tuliskan sebuah cerita berdasar peribahasa Seperti Aur dengan
Tebing yang telah dibincangkan tadi.

4.4 Aras Analisis


Peringkat Analisis menekankan kepada keupayaan pelajar mengenal
pasti unsur-unsur dan struktur yang mengaitkan unsur-unsur tersebut
bagi sesuatu dokumen/kes yang diberikan. Situasi mestilah baru,tidak
biasa atau berbeza dengan situasi semasa. Soalan ini memerlukan
pemikiran kritik tetapi bukan mengulang pengetahuan yang dipelajari.
Perkataan

yang

kerap

digunakan

untuk

soalan

ini

ialah

mengapa,kenapa, apakah faktor,buatkan rumusan dan buktikan.


Aras ini mengkehendaki pelajar untuk memecahkan sesuatu perkara
kepada unsur-unsur kecil dan memperlihatkan pertalian antara unsurunsur. Aras ini menekankan keupayaan pelajar mengenal pasti unsurunsur dan struktur yang mengaitkan unsur-unsur.
Perkataan yang sering digunakan dalam soalan bagi aras ini ialah
kenapakah, mengapa, apakah faktor, buatkan rumusan dan buktikan.
14

Ciri-ciri soalan aras analisis


a. Soalan menggunakan proses mental analisis
b. Situasi masalah berbeza daripada pengalaman dalam bilik darjah.
c. Situasi, dokumen perlu dianalisis
d. Soalan memerlukan fikiran kritik, bukan mengulang pengetahan yang
dipelajari.
Murid boleh memecahkan dan mencerakinkan sesuatu bahan kepada
bahagian-bahagian kecil supaya dapat memahami keseluruhan bahan
dengan lebih jelas. Contoh soalan: Apakah cara-cara yang bolehkita
lakukan untuk mengatasi pencemaran alam?

4.5 Aras Sintesis


Sintesis bermaksud keupayaan menggabungkan unsur-unsur dan
bahagian-bahagian supaya sesuatu dokumen itu menjadi lebih teratur
dan berstruktur. Soalan dalam aras ini tidak perlu teliti kerana akan
membataskan kreativiti. Perkataan yang kerap digunakan ialah
ramalkan,hasilkan,tuliskan dan cadangkan apa yang akan berlaku.
Aras ini memerlukan keupayaan pelajar untuk menggabungkan sesuatu
struktur kepada yang lebih jelas.
Jenis-jenis soalan aras sintesis.
a. Sintesis penyampaian menghurai dan menarik minat.
b. Sintesis himpunan satu himpunan perlakuan.
c. Sintesis cadangan cadangan melalui andaian, analisis dan hubungan
yang abstrak.
Perkataan yang sering digunakan dalam soalan bagi aras ini ialah
ramalkan, hasilkan, tuliskan, cadangan, dan apa akan berlaku. Dalam
15

Aras Sintesis memerlukan murid boleh merumus atau membuat


kesimpulan tentang bahan-bahan yang telah dicerakinkan supaya
mendapat satu kesimpulan atau rumusan tertentu.
Contoh soalan:
Apakah mesej yang ingin disampaikan oleh penulis melalui sajaknya?
4.6 Aras Penilaian
Dalam aras ini,pelajar perlu membuat pertimbangan untuk sesuatu
soalan. Situasi yang hendak dinilai mestilah baharu dan tidak pernah
disentuh.
Aras ini menguji keupayaan pelajar menilai sesuatu perkara berasakan
kriteria yang perlu diketahui. Pelajar perlu membuat pertimbangan
tentang nilai sesuatu idea hasil kerja penyelesaian bahan, sesuatu idea
atau sebagainya. Pertimbangan dibuat dengan piawaian tertentu
seperti tepat, berkesan, memuaskan, baik, buruk dan lain-lain.
Perkataan yang sering digunakan dalam soalan bagi aras ini ialah
pertimbangkan, rumuskan, nilaikan, kritikkan, buktikan, dan huraikan
Penilaian adalah cara menguji kebolehan calon, membuktikan, menilai,
mengesahkan,
penyataan.

mengritik,

Tujuannya

pertimbangan

adalah

berdasarkan

membuktikan,mengkritik
berdasarkan

memberi

kriteria.

pendapat

untuk

membuat

kriteria

tertentu.

.Membuat

penilaian

Perkataan

mengenai

penilaian

Menguji
dan

Contohynya,

sesuatu
dan

kebolehan,

pertimbangan
mengenalpasti

ketepatan,kecukup-cukup dan kerelevanan data. mengenalpasti sama


ada data,metodologi dan perbincangan menyokong suatu dapatan atau
kesimpulan yang dibuat.Murid boleh membuat pertimbangan atau
menilai sesuatu bahan.
Contoh soalan:
Pada pendapat kamu adakah undang-undang sekolah anda terlalu
ketat?
Berikan pendapat kamu tentang kebaikan dan keburukan internet
terhadap pelajar?
16

5.TAKSONOMI KRATHWOHL
Krathwohl dan rakan-rakan, (1964) adalah antara penyelidik yang
julungkali

menggunakan

terminologi

afektif

(affective)

dalam

memperkenalkan satu lagi domain penting dalam hidup manusia. Ia


digunakan sebagai satu lagi objektif pengajaran di samping aras-aras
yang terdapat dalam domain kognitif yang telah diperkenalkan oleh
Bloom dan rakan-rakan pada tahun 1956. Krathwohl mengkategorikan
domain afektif sebagai terdiri daripada; penerimaan (receiving), tindakbalas (responding), menilai (valuing), menyelaraskan sistem nilai
(organizing a value set), dan mengamalkan sesuatu mengikut sistem
nilai yang kompleks (characterizing by value complex).
Diasaskan oleh, David R. Krathwohl. Merupakan bidang berhubung
dengan

perasaan,

emosi

menggunakan

unsur

pembelajaran

yang

dan

afektif

sikap. Guru

untuk

harus

mewujudkan

baik. Pembelajaran

dapat

berkebolehan
satu

suasana

dijalankandengan

berkesan dengan adanya murid yang dapat membentuk sikap positif.

5.1ARAS TAKSONOMI KRATHWOHL

O
P
G
r
e
g
r
n
w
i
a
e
a
n
l
k
r
t
a
i
a
s
i
B
m
k
a
s
n
l
a
n
i
a
s
5.1.1 Penerimaan

17

Berhubung dengan kemahuan pelajar untuk memberi perhatian.


Tindakan pelajar mencerminkan satu kesedaran atau perhatian
terhadap ransangan dan peristiwa atau persekitaran yang berhubung
dengan domain afektif.Konteks pengajaran menekankan kepada
kebolehan mendengar, menanyakan soalan, mengenal bahagianbahagian ayat dan menjawab dengan lengkap.
Konteks pengajaran menekankan kepada kebolehan mendengar,
menanyakan soalan, mengenal bahagian-bahagian ayat dan menjawab
dengan lengkap.
Terdapat

tiga

perkara

berhubung

dengan

aras

ini

iaitu

(a) Kesedaran - pelajar dikatakan sedar dengan objek atau peristiwa


jika

berlaku

semasa

kehadiran

mereka.

(b) Kesudian untuk menerima - sesuatu pengajaran harus disampaikan


di dalam satu suasana atau keadaan yang bermakna dan menarik.
(c) Perhatian yang terkawal atau terpilih pelajar membezakan
keseluruhan keadaan kepada 2 bahagian atau kepada bahagianbahagian komponen dan kemudian memilih satu daripda aspek tertentu
dan terus memberi perhatian.

5.1.2 Gerak balas


Melibatkan diri secara aktif terhadap sesuatu dan mendapat kepuasan
daripadanya. Pada aras ini, murid-murid bersedia dan rela untuk
membuat reaksi yang mudah terhadap sesuatu objek atau situasi.
Pelajar melibatkan diri secara aktif terhadap sesuatu dan mendapat
kepuasan daripadanya.
Pada aras gerak balas ini, pelajar bersedia dan rela untuk membuat
reaksi yang mudah terhadap sesuatu objek atau situasi.
5.1.3 Penilaian
Pada peringkat ini perlakuan adalah didasarkan atas konsep dan
prinsip yang telah dinuranikan sehingga menjadi kepercayaan.
18

Perlakuan cenderung menjadi konsisten walaupun dalam keadaan


yang berbeza jika kepercayaan itu boleh dipratikkan .
Kesanggupan untuk dinilai oleh orang lain berdasarkan idea, bahan
atau situasi.
Kebolehan membuat penilaian dan memberi penghargaan.
Penilaian berdasarkan penghayatan satu set nilai spesifik dalam tiga
kategori iaitu penerimaan, pilihan dan penglibatan.

5.1.4 Organisasi
Kesanggupan menghubungkait sesuatu perkara dengan nilai yang
dipegang. Pelajar boleh membezakan nilai dan situasi yang berbeza.Ini
bermaksud membentuk sesuatu sistem nilai. Apabila lebih daripada
satu nilai dinuranikan maka membolehkan beberapa nilai digunakan.
Pelajar terpaksa membina beberapa hubungan dan keutamaan di
antara nilai-nilainya.

5.1.5 Perwatakan
Kesanggupan bertindak dengan konsisten selari dengan nilai yang
dipegang.Perubahan tingkah laku selepas sesi pengajaran dan
pembelajaran.Tidak membiarkan murid untuk menerima ilmu sekadar
dari segi luaran yang tidak mempunyai nilai. Meningatkan murid untuk
bertindak balas terhadappembelajaran dengan menilai,merancang dan
membuka minda murid mereka cenderung dalam sesuatu bidang.
Mencari cara pengajaran yang merangsang minat pembelajaran
murid. Pengajaran yang tidak hanya tertumpu pada sesuatu topik yang
19

tidak berkait dengan minat murid.Tidak membiarkan murid untuk


meneriam ilmu sekadar dari segi luaran yang tidak mempunyai nilai.
Meningatkan murid untuk bertindak balas terhadappembelajaran
dengan menilai,merancang dan membuka minda murid mereka
cenderung dalam sesuatu bidang.
Mencari cara pengajaran yang merangsang minat pembelajaran
murid. Pengajaran yang tidak hanya tertumpu pada sesuatu topik yang
tidak berkait dengan minat murid.Kesanggupan bertindak dengan
konsisten selari dengan nilai yang dipegang.
Perubahan tingkah laku selepas sesi pengajaran dan
pembelajaran. Seseorang mematuhi sesuatu sistem nilai dan sanggup
mengamalkannya sebagai satu cara hidup.

6.JADUAL SPESIFIKASI UJIAN (JSU)


Sebagai seorang guru seharusnya membina soalan yang berkualiti
untuk menilai pencapaian pelajar. Soalan yang dibina juga mestilah
memenuhi aras yang telah ditetapkan bagi memberi keadilan kepada
semua pelajar. JSU hendaklah dibuat sebelum Pengajar menggubal
soalan tetapi terdapat juga guru atau tenaga pengajar

melakukan

penyalahgunaan JSU iaitu dengan membuat JSU selepas soalan


selesai dibina. Walau bagimanapun, mulai sekarang kita harus

20

bergerak dilandasan yang betul bagi meneruskan kelangsungan


pendidikan kita yang bermutu.
6.1 Konsep JSU
Jadual penentuan ujian (JPU) dan sekarang dikenali sebagai jadual
spesifikasi ujian (JSU), adalah satu senarai objektif pengajaran dan
aras pemahaman yang hendak diuji dan menjadi satu panduan untuk
menghasilkan satu set soalan yang mempunyai item-item soalan. Ia
juga menghurai aspek-aspek pencapaian yang hendak diukur serta
memberi panduan untuk mendapatkan satu sampel item-item soalan.
Jadual Spesifikasi Ujian diwujudkan bertujuan untuk menghasilkan
soalan yang berkualiti iaitu tidak membantuk soalan secara spontan
atau soalan tidak tahu aras. Soalan yang dihasilkan tidak mempunyai
kesahan atau tiada keutuhan.
6.2 Ciri-ciri Jaduan Spesifikasi Ujian
i.
ii.

Kandungan ujian iaitu topik-topik pelajaran


Aras kemahiran yang bergantung dengan

iii.

pendidikan.
Pemberatan (%) pada kandungan aras kemahiran berdasarkan tempoh

iv.
v.
vi.

masa mengajar dan kepentingan sesuatu kemahiran itu diajar.


Bentuk soalan : objektif, esei, amali, kertas kursus dan lain-lain.
Bilangan item yang mengikut bentuk, kandungan dan aras kemahiran.
Kepayahan/ kesukaran item ( 20%- 80%)

taksonomi

objektif

6.3 Langkah-Langkah Pembinaan Jadual Spesifikasi Ujian (JSU)


1.Menyenaraikan tajuk-tajuk yang hendak diuji dan mengira jumlah
masa bagi setiap tajuk yang diajar.
2.Menentukan soalan yang ingin dibina.
Contohnya; soalan subjektif atau soalan objektif (bergantung kepada
format) dan meletakkan jumlah soalan bagi setiap topik.

21

3. Menentukan aras kesukaran, menentukan model aras kesukaran


model (JSU)dan lazimnya JSU mengamalkan Taksonomi Objektif
Pendidikan Bloom.
4.Memastikan

jenis

ujian

yang

akan

atau

hendak

diuji

dan

Jenis soalan yang boleh digunakan; ujian objektif, ujian esei, dan lainlain. bergantung kepada format.
5.Menentukan

bilangan

soalan

bagi

setiap

komponen

Penentuan aras kesukaran soalan ( soalan mudah kepada soalan


susah) dan menetapkan pemarkahan.
6. Menyatakan mata pelajaran, kelas

dan susunan nomnor soalan

mengikut tajuk.
6.4 Kepentingan Jadual Spesifikasi Ujian (JSU)
Antara kepentingan penyediaan JSU adalah seperti dapat membina
dan menyediakan soalan ujian secara lebih terangcang dan sistematik.
Selain dapat mengelakkan ujian yang dibina secara sembarangan. JSU
akan

menjamin

kesahan

dan

kebolehpercayaan

soalan,

ini

berdasarkan kesahan dari segi pensampelan sukatan pelajaran dapat


dijamin. Pembinaan JSU juga dapat menstabilkan taraf dan aras
kesukaran ujian dari semasa ke semasa walaupun dibina oleh pembina
solan yang berbeza. Soalan yang akan dibina juga pastinya mengikuti
taburan tajuk secara seimbang dan meliputi keseluruhan pelajaran.
Maka dengan itu, perbandingan dapat dibuat diantara satu ujian
dengan ujian yang lain.

Jadual Spesifikasi Ujian


Bahasa Melayu Tahun 5
18 Soalan Objektif

22

Bil

Bentuk Soalan - Objektif

Aras Taksonomi

1
2

Item Tatabahasa
Kata nama
Kata adjektif

1
1
1

Kata seru

Kata hubung

Sinonim

Antonim

Bandingan Semacam

Kata Ganda

Kata Imbuhan

10

Menentukan Jawapan

11

Membina Soalan

12

Kata ganda

13

Kesalahan Tatabahasa

14

Soalan Petikan 1

15

Soalan Petikan 1

16

Peribahasa

17

Petikan 2

18

Petikan 3

Jumlah Soalan

Jumla
h Item
6
1
1
1

18

7. PEMBINAAN SOALAN OBJEKTIF BAHASA MELAYU


BERASASKAN TAKSONOMI BLOOM DAN JSU
7.1Aras pengetahuan
Isi tempat kosong dalam ayat-ayat di bawah dengan jawapan yang
paling sesuai.
1. __________ itu menyoal seorang pesalah di mahkamah.
A Doktor
23

B Jurutera
C Peguam
D Akauntan
2. Seseorang yang berusaha pasti akan memperoleh kejayaan.
A malas
B berat
C rajin
D baru
3. ____________ , cantik sungguh pemandangan yang dapat dilihat
dari atas Gunung Mat Chincang ini!
A Hai
B Wah
C Ohl
D Wahai !

7.2 Aras Kefahaman


4.Kami akan bertolak ke Ipoh esok _________ lusa. -----aras senang
A.
B.
C.
D.

dan
atau
serta
tetapi

5.Para pekerja sedang mencantas reranting pokok di sepanjang jalan


itu.
24

Perkataan seerti bagi perkataan bergaris ialah


A .mengerat
B .memotong
C .memangkas
D .mencencang

6.Rumah saya terletak di suatu kawasan yang berbukit.


Perkataan berlawan bagi berbukit ialah
A .berpaya
B .rata
C. berlekuk-lekak
D .berteres
7.3 Aras aplikasi
7.Budak yang ___________________ itu sering ditipu oleh rakanrakannya.
A .rajin seperti semut
B .malas seperti keldai
C .lurus seperti bendul
D .garang seperti singa

sederhana

8._________________ peliharaan Pak Samad telah dihalau masuk ke


kandang.
A .Jentik-jentik
B Pijat-pijat
C. Umang-umang
D .Biri-biri sederhana
25

9. Sekolah kami akan mengadakan _____________ ke kilang mengetin


nenas di Pontian, Johor.
A. pelawat
B. lawatan
C .lawatkan
D .dilawati katabberimbuhan sederhana
7.4 Aras analisis
Pilih jawapan yang paling sesuai bagi soalan yang diberikan.

10. Bagaimanakah kamu boleh terjatuh ke dalam longkang ?


A .Kaki saya terseliuh kerana terjatuh.
B .Basikal saya rosak kerana terlanggar seketul batu
C. Basikal yang saya tunggang terlanggar seketul batu yang besar.
D.Saya tidak akan terlanggar seketul batu sewaktu menunggang
basikal.

Pilih soalan yang paling sesuai bagi jawapan yang diberikan.


11. Wanita itu pengsan sebaik-baik sahaja mendengar berita tentang
kematian suaminya.
A .Di manakah wanita itu pengsan sebaik-baik sahaja mendengar berita
tentang kematian suaminya?
B .Bagaimanakah keadaan wanita itu sebaik-baik sahaja mendengar
berita tentang kematian suaminya?
26

C .Siapakah yang menyampaikan berita tentang kematian suaminya


kepada wanita itu?
D. Bilakah wanita itu mendapat berita tentang kematian suaminya?
Aras susah
12.Pilih ayat yang betul
I Sudah berbulan abang ke Sabah
II Neneknya sedang sakit tenat
III Dia tidak pengawas sekolah.
IV Baju itu dijahit oleh saya.
A .I sahaja
B. I dan II sahaja
C .III dan IV sahaja
D .I, II, dan IV sahaja aras susah

7.5 Aras Sintesis


HARI KANTIN SEKOLAH KEBANGSAAN SERI SELAMAT
Gerai

Hasil

Kutipan

Markah
Gerai

Persatuan Bulan

RM150

RM743

Tercantik
83

RM300
RM150

RM450
RM625

80
95

RM100

RM421

75

Sabit
Merah Malaysia
Pengakap
Puteri
Islam
Persatuan Silat
Gayung

27

13. Gerai yang manakah mendapat hasil kutipan terbanyak?


A. Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia
B .Pergerakan Pengakap
C. Pergerakan Puteri Islam
D. Persatuan Silat Gayung
14.Gerai ______________memperoleh kutipan paling kurang.
A. Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia
B. Pergerakan Pengakap
C. Pergerakan Puteri Islam
D .Persatuan Silat Gayung

15.Pada pendapat kamu, siapakah yang bertanggungjawab


mengadakan Hari Kantin Sekolah Kebangsaan Seri Selamat?
A. Penguasa Kantin
B. Guru
C. Jawatankuasa PIBG SK Seri Selamat
D. Unit Uniform SK Seri Selamat.
7.6 Aras Penilaian
16. Pemuda itu tercengang-cengang apabila pertama kali sampai ke
Kuala Lumpur.
Peribahasa yang paling sesuai dengan frasa di atas adalah :
A Seperti rusa masuk kampung
B Seperti kumbang putus tali
C Seperti kucing kehilangan anak
D Seperti kera mendapat bunga
Baca puisi di bawah,kemudian jawab soalan-soalan
berikutnya.
28

Bacalah
suara itu bergema lagi
kesedaran terasa terpanggil
menyentuh rimba rasa
mereka yang menghayati kenikmatan membaca.
Anak-anakmu
bakal mewarisi cakerawala ini
kalau diberikan seribu mata
namun tertutup hatinya untuk membaca
jadilah dia manusia papa
terpenjara dalam kejahilan sepanjang usia.
Anak-anakmu
bakal mewarisi cakerawala ini
bekalkan mereka dengan ilmu
digali daripada sumber buku
waktu pasti tidak menanti
biduk terus berlalu mengisi ruang wawasan

17.Mengapakah agaknya puisi ini ditulis?


A Untuk menimbulkan kesedaran kepada semua pihak tentang
kepentingan amalan membaca
B Untuk menyatakan bahawa amalan membaca mempunyai faedah
tersendiri
C Untuk menyedarkan semua pihak agar menjaga anak-anak dengan
baik
D Untuk mengingatkan semua pihak tentang kepentingan masa
29

Baca puisi di bawah dan kemudian jawab soalan-soalan berikutnya.

NIKMAT ALAM

Syukur aku
Dilahirkan di sini
Dilahirkan di sini
Suasana nyaman indah sekali
Perutmu sarat dengan hasil bumi
Yang pastinya mampu meningkatkan
Ekonomi
Syukur aku
Dibesarkan di sini
Hidup bersama pelbagai fauna
Yang jarang-jarang kita temui
Yang kadang-kadang menimbulkan
Misteri
Syukur aku
Miliki pertiwi ini
Yang membiakkan flora yang amat bererti
Selain menjadi sumber rezeki
Pelbagai penyakit, kau ubati
Akan kupertahankan khazanah ini
Akan kucantas tangan-tangan liar
Yang berhasrat menguburkan hayatmu
Kerana kuamat menghargai
30

Jasamu nan luhur dan abadi.


18. Apakah kesan jika

kita tidak menjaga dan memelihara alam

sekitar?
A Flora dan fauna tidak dapat hidup dengan sempurna
B memastikan pelbagai penyakit dapat diubati oleh alam sekitar
C Untuk memastikan apa-apa yang ada dapat dinikmati oleh generasi
akan datang
D Khazanah yang ada dapat tidak disaksikan oleh generasi akan
datang,

Dalam pembinaan soalan yang baik adalah berdasarkan tahap-tahap


Kognitif Bloom mestilah mempunyai aras kesukaran soalan

Penggunaan Kognotif Bloom amat penting bagi Pengajar. Pemahaman


tentang

tahap

kognitif

Bloom

amat

penting

khasnya

dalam

menyediakan item(soalan) dalam peperiksaan dan Ujian. Sebagai


Pengajar kita harus boleh membezakan aras kesukaran soalan yang
dibina samada soalan objektif atau subjektif.
Setiap item yang dibina perlu menepati aras kognitif Bloom kerana ia
amat penting untuk memastikan taburan aras kesukaran adalah tepat
dan adil pada setiap pelajar. Biasanya menggunakan kaedah 5:3:2 iaitu
setiap 10 soalan perlu ada 5 arasnya rendah, 3 arasnya sederhana dan
2 arasnya tinggi. Ini bertujuan untuk bersikap adil kepada pelajar dan
memastikan ujian yang dibina bukan hendak memerangkap pelajar
untuk gagal.

Aras kognitif Bloom perlu dirancang oleh Pengajar berdasarkan Jadual


Spesifikasi Ujian(JSU) di mana pengagihan item berdasarkan topik dan
masa perlu diambil kira.

31

Jadual Taksonomi Kognitif Bloom (1956)


Pengetahuan
Ingat kembali, mengenal idea, fakta asas, definisi, teori, hukum, tarikh,
peristiwa dan lain-lain daripada pembelajaran lepas
Contoh Ayat :Nyatakan, Terangkan, Namakan,. Labelkan

Kefahaman
Mengubah kefahaman daripada satu bentuk kepada bentuk yang lain,
menyatakan idea-idea utama dalam ayat sendiri, menterjemah,
memberi contoh kepada konsep dan menterjemah draf.
Contoh Ayat: Pilih,. Terangkan,. Tulis semula

Penggunaan / Aplikasi
Menggunakan

maklumat

dalam

situasi

yang

baru,

termasuk

menyelesaikan masalah menggunakan prinsip, kaedah, hukum, teori,


formula. Bina graf daripada data dan lain-lain.

Contoh Ayat
1. Selesaikan, Ramalkan, Cari, Kesilapan,.
Analisis
Sesuatu yang kompleks dipecahkan kepada yang kecil, bezakan fakta
daripada pendapat, kaitan kenal antara bahagian, kenali struktur
organisasi.
Contoh Ayat
1. Bezakan, Pasti, dan. Pilih
Sintesis
Menyepadu,

mencantum

idea

menjadi

satu,

usaha

tersendiri

menyelesaikan masalah, membuat ramalan, membuat klasifikasi.


Contoh Ayat:
Bina, Hasilkan, Susun, dan Kembangkan
32

Penilaian
Membuat pertimbangan, termasuk memberi rasional, atas alasan
dalaman atau luaran, mentafsir dan mengkritik.
Contoh Ayat:
Pilih, Berikan, Alasan, Kritikan, dan Buktikan

Jadual Spesifikasi Ujian (JSU) merupakan aspek penting dalam


penyediaan sesuatu ujian. Ujian yang tidak mempunyai perancangan
yang rapi biasanya tidak mempunyai kesahan dan kebolehpercayaan
yang tinggi. Cara yang baik untuk merancang sesuatu ujian adalah
dengan menyediakan JSU yang merupakan rancangan persediaan item
atau soalan. Dalam sesebuah penilaian, JSU mempunyai peranan yang

ITEM TATABAHASA
2 Kata Ganti Nama

Kata Adjektif

Kata Adjektif

Kata Kerja

Kata Kerja

Kata Hubung

Kata Bantu

Kata Hubung

TABURAN JAWAPAN
A

1
1
1

20

Kata Yang Tepat

18

Kata Berimbuhan

1
1

11

12

Kata Arah

12

18

Kata Berimbuhan

13

19

Kata Majmuk

14

20

Kata Yang Tepat

15

20

Kata Yang Tepat

16

19

Kata Majmuk

17

29

Penjodoh Bilangan

18

21

Kata Ganda

19

21

Kata Ganda

1
1
1

1
1

1
1

1
1

1
1

1
1

1
1

33

1
1

1
1

10

ATC

HSUSA

HANASEDER

MAKLUMAT SOALAN

NGSENA

ARAS SOALAN
SOALKOD

NOMBOR
SOALAN

menentukan item, bilangan soalan dan aras kesukaran.

1
1

20

28

Menentukan Jawapan

21

33

Membina Soalan

22

22

Kata Seerti (Sinonim)

23

23

Lawan Kata (Antonim)

24

24

Kata Banyak Makna

25

24

Kata Banyak Makna

26

25

Ayat Sama Maksud

27

25

Ayat Sama Maksud

28

34

Kesalahan Tatabahasa

29

34

Kesalahan Tatabahasa

30

34

Kesalahan Tatabahasa

1
1
1

1
1

1
1

1
1

1
1

1
1
1

1
1

ITEM PETIKAN
31

35

Soalan Petikan 1

32

35

Soalan Petikan 1

33

35

Soalan Petikan 1

34

35

Soalan Petikan 1

35

35

Soalan Petikan 1

36

36

Soalan Petikan 2

37

36

Soalan Petikan 2

38

36

Soalan Petikan 2

39

36

Soalan Petikan 2

40

36

Soalan Petikan 2

1
1

1
1

15

15

10

11

Peratus

37.
5

37.
5

25.
0

2
0

27.5

34

1
1

Jumlah

1
0
2
5

11

40

27.5

100