Anda di halaman 1dari 22

1.

0 PENGENALAN
Dalam dunia pengajaran dan pembelajaran guru perlu mempelbagaikan
aktiviti agar suasana pengajaran dan pembelajaran menjadi lebih
berkesan dan menarik. Belajar melalui bermain adalah satu teknik
pengajaran dan pembelajaran yang berkesan kepada kanak-kanak.
Antara permainan yang menarik dalam pengajaran dan pembelajaran
bahasa Melayu ialah permainan bahasa.
Contoh permainan bahasa ialah teka silang kata, sahibba,tekateki, kuiz dan pelbagai lagi permainan bahasa yang boleh dicipta oleh
seorang guru yang kreatif.
Pengajaran dan pembelajaran adalah lebih berkesan jika
dilakukan melalui aktiviti bermain kerana bermain adalah sebahagian
daripada dunia kanak-kanak. Menurut Moyles (2005) bermain adalah
pengalamanpengajaran dan pembelajaran yang terbaik dan menjadi
keutamaan dalam pendidikan awal kanak-kanak. Melalui aktiviti
bermain sesuatu permainan, kanak-kanak belajar tentang persekitaran
dan memahami isu yang berlaku di sekeliling dalam keadaan yang
menggembirakan.
Permainan bahasa tentunya perkara yang terbayang dalam
fikiran kita adalah aktiviti yang menyeronokkan dan menggembirakan
yang melibatkan bahasa. Sebagai guru, kita mahu murid bermain dan
dalam masa yang sama dapat menguasai kemahiran bahasa .
Mengikut

Kamus Dewan (edisi keempat) permainan ialah perihal

bermain dan perbuatan bermain. Bahasa pula bererti sistem lambang


bunyi suara yang dipakai sebagai alat perhubungandalam lingkungan
satu kelompok manusia. Permainan bahasa berkonsepkan murid
belajar melalui aktiviti permainan yang disarankan oleh Pusat
Perkembangan Kurikulum (2003) ini adalah satu pendekatan terancang
dan berstruktur yang memberi peluang kepada murid-murid untuk
belajar dalam suasana yang menggembirakan dan bermakna. Melalui
aktiviti permainan bahasa, murid boleh menguasai beberapa kemahiran
secara serentak.
1

2. 0 KONSEP PERMAINAN BAHASA


Permainan bahasa berkonsepkan murid belajar sambil bermain .
Permainan bahasa memerlu guru membina dan menyedikan bahan
bantu mengajar (BBM) yang berbentuk permainan lebih banyak .Guru
akan menyediakan bahan BBM yang berbentuk set permainan dan
ruang masa yang bersesuaian bagi menarik minat dan memotivasikan
murid-murid yang lemah dalam pelajaran supaya bersedia menerima
pengajaran dan agar dapat memenuhi objektif pengajaran dan
pembelajaran yang hendak dicapai pada tersebut

Terdapat beberapa pandangan positif, yang berkaitan dengan


permainan bahasa yang telah dilontarkan oleh pakar-pakar bahasa
seperti Sterling G. Callahan (1971), Midred Mc Closky (1971), Michael
A. Lorter (1971), Herbert (1971), Herbert (1968), mereka banyak
membicarakan tentang permainan bahasa. Mereka berpendapat,
bahawa kesesuaian bahan permainan bahasa itu dapat digunakan di
sekolah-sekolah untuk tujuan melatih pelajar secara praktikal dalam
latihan membina stuktur perkataan, ayat, perbendaharan kata dan
sebagainya. Jesteru itu, murid akan dapat memperkembangkan potensi
murid. Permainan juga dapat memberi pengalaman tentang keadilan,
peraturan-peraturan dan kesamaan serta memperkuatkan kebolehan
berfikir dalam pelbagai cara. Di antara permainan lazim yang dimainkan
dalam bilik darjah teka-teki, teka silang kata, kad-kad nombor, kad-kad
bergambar, catur dan sebagainya. Selain itu bermain adalah satu
bentuk kesenian kanak-kanak. Ia merupakan saluran untuk melahirkan
perasaan

dan

punca

untuk

mendapatkan

kegembiraan

dan

keseronokan
Sebagai kesimpulannya. Dapatlah dirumuskan bahawa pendekatan
permainan bahasa merupakan satu teknik yang baik. Hal ini kerana ia
akan menjadikan proses pembelajaran di sekolah lebih menarik dan
praktikal. Bagi guru yang inovatif dan kreatif ia akan mempelbagaikan
proses

pembelajaran

supaya
2

lebih

nampak

menarik

dan

menyeronokkan. Dengan kaedah yang digunakan ini akan dapat


memberi motivasi kepada murid-murid yang lemah untuk memudahkan
mereka mengingati tajuk yang telah diajar oleh guru. Kaedah
permainan ini akan sentiasa dinanti-nantikan oleh murid kerana ia amat
menyeronokkan dan menghilangkan kejemuan terutamanya di dalam
penggajaran yang berbentuk penggunaan tatabahasa atau aspek
berbahasa yang lain.
2.1. MATLAMAT
a) Permainan bahasa mewujudkan suasana pembelajaran yang santai
tanpa memberi tekanan kepada murid-murid.
b) Dalam permainan bahasa boleh melahirkan murid yang kreatif dan
inovatif dalam melakukan sesuatu tugasan yang diberi.
c) Sikap kepimpinan dan disiplin yang tinggi dapat dipupuk dalam
melaksanakan tugasan yang dipertanggungjawabkan.
d) Melahirkan semangat perpaduan dalam kalangan masyarakat ,
semangat kerja berkumpulan dan saling membantu
e) Pelajar lebih bermotivasi agar berani berdaya saing dalam menghadapi
kehidupan ini.
f) Murid merasai pengalaman sebenar

dalam mengamalkan sikap

kerjasama, sikap mematuhi undang-undang dan peraturan dalam


kehidupan melalui permainan.
g) Aktiviti permainan bahasa akan dapat mengukuhkan lagi isi pelajaran
dan memberi peluang kepada murid mengapliksikannya dalam pelbagai
situasi. h)Dapat membentuk sikap positif yang sihat dalam kalangan
murid, seperti sikap hormat-menghormati, bantu-membantu, saling
bekerjasama, patuh kepada arahan dan peraturan, berani mencuba
sesuatu yang baru, mengakui kesilapan diri, menerima kenyataan dan
sebagainya.
h) Membentuk suasana pengajaran yang lebih mencabar
i) Permainan bahasa juga dapat memudahkan tugas guru disamping
tidak mengabaikan konsep pembelajaran murid akan mempunyai daya
saing yang sihat dan mengusai permainan
2.2.OBJEKTIF PERMAINAN BAHASA

a.Merangsang Interaksi
Dalam permainan bahasa yang telah dipilih, murid akan diminta
bercakap atau berhubung dengan rakan. Oleh yang demikian, semua
pelajar perlulah terlibat secara aktif. Guru perlu memberi rangsangan
dan dorongan kepada murid sehingga setiap murud dapat merasai
sumbangan mereka dihargai dan diperlukan di dalam kumpulan. Murid
juga juga akan bersedia apabila diminta bercakap mengenai sesuatu
tajuk.

Semua

murid

akan

mengambil

bahagian

dan

saling

berkomunikasi antara satu sama lain dalam kumpulan.Pengajaran dan


pembelajaran akan berada dalam suasana pembelajaran yang lebih
menarik dan berpusat kepada murid. Guru berperanan sebagai
fasilitator

dan

pembelajaran

mengawal

disiplin

berjalan

dengan

bilik

darjah

lancar

supaya
dan

proses

berkesan.

b.Menambah Kefasihan dan Kefahaman


Murid biasanya akan menjadi lebih seronok apabila berhadapan
dengan kaedah permainan yang mencabar. Secara tidak langsung
mereka akan menyedari kebolehan dan kemahiran berbahasa dengan
menggunakan kemahiran bahasa yang telah mereka pelajari. Guru
berperanan sebagai fasilitator. Jenis permainan yang dipilih seharusnya
mempunyai matlamat dan objektif iaitu mempertingkatkan kemahiran
dan kelancaran berbahasa serta menambahkan keyakinan diri. Bahasa
yang digunakan di dalam sesuatu permainan itu tidak seharusnya
terhad kepada beberapa struktur ayat sahaja, bahkan fungsi berbahasa
juga boleh dijalankan dalam berbagai peringkat sukar seperti
peribahasa dan puisi. Permainan yang mengandungi kegiatan-kegiatan
yang memberi arahan misalnya boleh dimainkan kepada semua
peringkat bergantung kepada pengetahuan

dan kemahiran murid.

c.Sebagai Alat yang Menarik Minat Murid


Murid akan berasa bosan atau jemu, mengantuk dan lapar apabila
menjelangnya waktu tengahari. Apabila berada dalam situasi sebegini
4

seorang

guru

yang

cuba

menyampaikan

maklumat

atau

info

terutamanya yang berkaitan dengan pengetahuan tatabahasa ataupun


aspek berbahasa yang lain akan menghadapi masalah. Ini kerana
suasana pada waktu itu amat menjemukan dan membosankan murid.
Oleh yang demikian sebagai langkah altenatif kepada permasalahan
ini, satu aktiviti pembelajaran yang berbentuk permainan amat sesuai
sekali digunakan sebagai satu teknik pengajaran yang berkesan dan
reliven pada waktu itu.
d.Memperkukuhkan Kecekapan Berbahasa dan Isi Pelajaran
Melalui permainan bahasa akan dapat mengukuhkan lagi kecekapan
berbahasa dan kemahiran mendengar, bertutur, membaca dan menulis.
Murid juga berupaya mengukuhkan lagi isi pelajaran dan memberi
peluang kepada murid menggunakan bahasa yang diajar.
e.

Peluang

Meluaskan

Pengalaman

dan

Berinteraksi

Untuk memperluas dan memperkaya pengetahuan dan pengalaman


pelajar dalam bidang bahasa dan berinteraksi secara tidak formal
melalui aktiviti-aktiviti yang telah disediakan sama ada melalui
perbicangan

atau

perbualan

semasa

bermain.

Akhirnya

memupuk sikap bekerjasama, toleransi, berdisiplin, sabar dan amanah.


3. PEMBINAAN PERMAINAN BAHASA
Dalam pemilihan bahan untuk menjalankan aktiviti literasi
bahasa, beberapa prinsip khusus telah diketengahkan untuk diambil
kira oleh para pendidik. Prinsip yang pertama merujuk kepada objektif
pengajaran dan pembelajaran. Bahan bantu mengajar yang dicipta
mestilah saling berhubung dengan objektif yang telah ditetapkan.
Maksudnya, objektif pengajaran dan pembelajaran ditentukan terlebih
dahulu sebelum mencipta bahan bantu mengajar agar objektif yang
ingin dicapai bagi proses pengajaran dan pembelajaran hari tersebut
dapat dicapai dengan satu cara pembelajaran yang menarik malah
dapat merangsang minda pelajar melalui satu medium bahan bantu
balajar.
5

Prinsip yang kedua pula merujuk kepada Falsafah Pendidikan


Kebangsaan (FPK).

Para pendidik harus mengetahui bahawa

pendidikan di Malaysia bertunjangkan kepada beberapa dasar seperti


FPK itu sendiri. FPK bertujuan untuk memperkembangkan potensi
individu secara menyeluruh dan bersepadu. Tujuannya adalah untuk
mewujudkan insan yang harmonis dan seimbang dari intelek, rohani,
emosi dan jasmani dan berdasarkan kepatuhan kepada Tuhan.
Berdasarkan prinsip ini, bahan bantu mengajar yang dicipta itu mestilah
boleh membantu para pelajar untuk memperkembangkan potensi
mereka dengan baik. Maksudnya, bahan bantu mengajar itu mestilah
meliputi unsur-unsur intelek atau pengetahuan yang positif dan nilainilai afektif dan moral.
Prinsip yang ketiga pula menekankan kepentingan bahasa
melayu sebagai bahasa rasmi dan bahasa kebangsaan. Melalui
prinsip ini, pelajar harus diajar untuk menggunakan setiap sub
kemahiran dalam mata pelajaran literasi bahasa dalam kehidupan
seharian mereka dengan menggunakan bahasa yang betul dari aspek
sintaksis dan semantiknya. Semasa sesi pengajaran dan pembelajaran
berlangsung di dalam kelas, para pelajar harus dilibatkan secara aktif
dalam apa juga situasi pengajaran dan pembelajaran. Pengajaran itu
seharusnya membolehkan pelajar merasakan proses komunikasi itu
seperti dalam keadaan sebenar. Oleh itu pengajaran dan pembelajaran
itu

harus meliputi

kaedah

main

peranan

atau

simulasi

yang

mendedahkan mereka kepada penggunaan literasi bahasa tersebut


dalam kehidupan seharian mereka. Apabila hal seperti ini dilakukan
maka pelajar akhirnya akan mengetahui bahawa bahasa boleh
berfungsi sebagai bahasa ilmu, bahasa perpaduan dan bahasa untuk
berkomunikasi.
Selain

itu,

bahan

bantu

mengajar

seharusnya

dibina

berlandaskan prinsip keperluan belajar pelajar. Harus diketahui


bahawa keperluan belajar pelajar itu bukanlah hanya terhad pada
keperluan berbahasa atau berkomunikasi sahaja tetapi ianya harus
6

menitikberatkan kepentingan pembinaan intelek dan emosi mereka.


Keperluan belajar itu juga tidak hanya bergantung kepada sukatan
pelajaran yang telah ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia
tetapi harus menitikberatkan sejauh mana pengalaman sedia ada
pelajar itu. Maksudnya, ilmu yang disampaikan pada hari itu harus
ditambah berdasarkan pengalaman sedia ada mereka dari semasa ke
semasa. Untuk mewujudkan satu pembelajaran yang berkesan, para
pelajar harus diperkenalkan dengan pembelajaran berperingkat.
Pembelajaran yang berperingkat ini walaupun hanya sedikit tetapi ia
harus mengandungi benda baru pada setiap peringkat yang seterusnya
dan saling berkaitan antara satu sama lain. Hal ini ditetapkan demikian
agar pelajar mampu mengaitkan pengalaman lalu kepada pengalaman
yang baru mereka perolehi. Oleh itu, guru harus mengetahui bahawa
bahan bantu mengajar itu berfungsi untuk pengajaran secara kelas,
kumpulan dan individu agar keperluan mereka dapat dipenuhi secara
optimum.
Di samping itu, binaan bahan bantu mengajar itu haruslah
mengambilkira perkaitan antara aspek bahasa, proses pembelajaran
dan pelajar itu sendiri. Ketiga-tiga aspek ini seharusnya ditekankan
sama rata dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Bahasa
memang merupakan aspek yang paling penting dalam mata pelajaran
ini. Namun demikian, guru harus mengambil kira proses pembelajaran
lingkungan pelajar yang diajar. Guru tidak boleh menggunakan
sepenuhnya bahasa melayu sekiranya lingkungan pelajar yang diajar
itu tidak boleh berbahasa melayu. Guru haruslah bijak mengasimilasi
bahasa mereka dan perlahan-lahan memperbetulkan bahasa yang
mereka gunakan. Contoh seterusnya yang boleh kita lihat adalah
pendekatan yang digunakan. Pendekatan bermain sambil belajar yang
diperkenalkan memang sangat disukai oleh para pelajar. Namun
demikian, guru harus memastikan bahawa permainan yang dijalankan
itu bukan sekadar menggembirakan tetapi harus mengambil kira nilai
yang mahu ditetapkan dalam satu interaksi. Selain itu, guru harus terus

memastikan bahawa bahasa yang mereka gunakan itu masih dalam


lingkungan penggunaan bahasa yang betul.
Prinsip yang seterusnya ialah berkaitan dengan motivasi
intrinsik dalam diri pelajar. Motivasi intrinsik yang diperkenalkan oleh
Abraham Maslow ini merupakan satu penggerak dalaman yang harus
dimiliki oleh seseorang pelajar dalam mempelajari sesuatu. Amat sukar
untuk seseorang itu menguasai sesuatu tingkat ilmu sekiranya tidak
diminatinya berbanding dengan yang meminatinya. Masalah yang akan
ditemukan dalam hal ini ialah minat pelajar. Oleh itu setiap guru harus
mengetahui bahawa minat pelajar terhadap sesuatu perkara boleh
ditimbulkan apabila perkara tersebut dapat dihubungkaitkan dengan
perkara yang mereka minati. Melalui konsep tersebut, guru harus bijak
memulakan sesuatu pengajaran dan pembelajaran dengan dimulakan
dengan pengalaman sedia ada yang mereka minati agar timbul rasa
minat terhadap perkara baru yang akan dipelajari.
Setelah

mengetahui

prinsip-prinsip

binaan

bahan

bantu

mengajar yang harus dikuasai oleh setiap guru, beberapa kriteria yang
menyentuh sifat bahan bantu mengajar juga harus dikenal pasti agar
bahan binaan tersebut memberikan pelbagai faedah bukan sahaja
kepada murid tetapi juga kepada murid dan alam belajarnya.
Kriteria yang pertama yang harus dipertimbangkan ialah
keselamatannya. Bahan bantu mengajar yang dibina mestilah selamat
digunakan oleh setiap pelajar. Sebarang sifat fizikal seperti tajam dan
mudah pecah tidak sesuai digunakan kerana bahan bantu mengajar
kemungkinan mencederakan para pelajar.
Kriteria yang kedua ialah ketahanan bahan bantu mengajar
tersebut. Ketahanan yang dimaksudkan ialah tahap kesesuaian dengan
pelajar atau kelompok pelajar yang diajar. Tujuannya supaya alat itu
boleh digunakan dalam tempoh masa yang panjang dan boleh
digunakan oleh pelajar untuk belajar secara individu.

Kos juga haruslah diambil kira dalam pembinaan bahan bantu


mengajar. Kos itu seharusnya sesuai dengan keadaan kewangan
sekolah. Adalah lebih baik jika kos yang digunakan kurang. Hal ini
demikian kerana, kejayaan sesebuah bahan bantu mengajar itu bukan
bergantung kepada mahal atau murah benda tersebut. Oleh itu, ada
baiknya jika bahan yang dihasilkan itu diambil daripada bahan-bahan
terbuang dan lebih baik jika bahan itu dibina oleh pelajar sendiri dengan
bantuan guru-guru. Perkara sedemikian bukan sahaja membantu
pengurangan kos tetapi turut menyumbang kepada perkembangan
daya cipta pelajar.
Selain itu, aspek-aspek teknikal yang digunakan mestilah
sesuai dengan kemudahan bilik darjah. Selalunya, bahan bantu
mengajar

yang

mempunyai

ciri

teknikal

yang

mesra

dengan

persekitaran bilik darjah akan lebih membantu pelajar. Contohnya,


bahan tersebut boleh dilekat atau digantung di dinding kelas dan
diletakkan di atas meja pelajar.
Unsur seperti ketepatan maklumat juga turut menjadi salah satu
kepentingan utama dalam binaan bahan bantu mengajar. Contohnya,
dalam penggunaan aspek warna, gunakan warna hijau untuk rumput
segar bukannya hitam kerana rumput berwarna hitam itu tidak wujud
dalam dunia sebenar.
Di samping itu, bahan bantu mengajar yang dibina mestilah
mempunyai kriteria mudah alih. Hal ini demikian kerana, sifat tersebut
memudahkan kerja guru dan pelajar untuk menggunakkanya dengan
baik. Bahan bantu mengajar kadang kala perlu untuk dipindahkan dari
satu kumpulan ke kumpulan yang lain. Fungsinya adalah untuk
memberi kefahaman yang mudah dengan menggunakan ruang, masa
dan tenaga yang minimum.
Bahan bantu mengajar yang dibina juga haruslah mengambil kira
saiz atau pengelolaan kelas. Ini bermaksud bahan binaan itu tidak
boleh terlalu kecil. Guru-guru harus memastikan bahawa bahan itu
9

boleh dilihat dengan jelas dari jarak jauh. Jarak jauh yang dimaksudkan
ialah kedudukan pelajar yang berada di hujung kelas boleh melihat
bahan tersebut dari hadapan dengan jelas. Guru juga harus memikirkan
bagaimana bahan tersebut digunakan dalam situasi pembelajaran
secara kelas. Kelompok atau individu.
Selain itu, jangka masa pengajaran juga harus diambil kira. Oleh
itu, guru-guru harus menyediakan bahan bantu mengajar yang mudah
dikendalikan dalam tempoh masa tertentu agar pembaziran masa tidak
berlaku..
Kepelbagaian dalam pengajaran juga merupakan antara kriteria
terpenting dalam pembinaan bahan bantu mengajar. Kepelbagaian
dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa ini bertujuan untuk
mendedahkan pelajar beberapa variasi bahasa yang digunakan secara
meluas dalam masyarakat. Kepelbagaian ini membantu para pelajar
mengenal konteks variasi bahan dan seterusnya membolehkan mereka
memilih variasi-variasi tertentu untuk digunakan dalam konteks dan
situasi-situasi tertentu dengan betul. Kepelbagaian ini juga merujuk
kepada variasi bahasa seperti dialek (kelas dan geografi), style (formal,
neutral dan informal), laras (occupational register) dan medium (lisan
dan tulisan).
Di samping itu, harus diintegrasikan kemahiran bahasa dalam
pembinaan

bahan

bantu mengajar di mana

ianya

melibatkan

penerimaan iaitu kemahiran membaca dan mendengar dan kemahiran


pada aras pelahiran iaitu tulisan dan bertutur. Oleh kerana sifat
kemahiran ini adalah kesatuan dan bukan terpisah-pisah maka
kemahiran ini haru digabungjalinkan untuk mewujudkan satu strategi
pembelajaran yang lebih bermakna.
Dalam

pembinaan

bahan

bantu

mengajar

ini,

harus

dititikberatkan juga kriteria yang menyentuh standardisasi dan


simplikasi. Kriteria ini amat perlu kerana membolehkan guru-guru
menghasilkan bahan bantu mengajar yang dapat memenuhi keperluan
10

pelajar. Dalam proses ini, bahan tersebut akan disunting, diproses dan
diubahsuai supaya sesuai dengan kebolehan pelajar. Contohnya,
dalam aktiviti pramenulis, harus dilakukan aktiviti yang bersesuaian
dengantahap tersebut dan bukannya mengambil aktiviti daripada
menulis mekanis. Ia juga harus disesuaikan berdasarkan perbezaan
jantina, umur, kawasan, pendidikan, sosial dan sebagainya.
Kriteria yang terakhir ialah penyerapan nilai dan pengetahuan
melalui bahan bantu mengajar tersebut. Satu unsur penting yang harus
diketengahkan

ialah

pengajaran

dan

pembelajaran

haruslah

menekankan nilai moral sejak dari kanak-kanak mula menjejakan kaki


ke dalam dunia pendidikan. Peringkat pramenulis, menulis mekanis dan
pramembaca itu merupakan antara pendidikan terawal yang diberikan
kepada kanak-kanak. Oleh itu, seharusnya nilai moral harus diterapkan
dari peringkat ini lagi. Melalui strategi ini, pelajar akan dapat menambah
pengetahuan baru dan sentiasa menyedari akan kewujudan dan
kepentingan mereka dalam kehidupan lingkungan manusia.
Demikianlah antara prinsip dan kriteria yang sepatutnya ada
dalam setiap bahan bantu mengajar yang dibina khusus untuk para
pelajar terutamanya pelajar yang baru sahaja menjejakan kaki ke dalam
dunia pendidikan. Bukan pelajar untuk bahan bantu mengajar tetapi
bahan bantu mengajar untuk pelajar.

4.TEKNIK PERMAINAN BAHASA


Permainan

bahasa

adalah

cara

mempelajari

bahasa

melalui

permainan. Teknik ini sesuai digunakan pada semua peringkat


pembelajaran bahasa, iaitu daripada peringkat sekolah rendah hingga
ke peringkat sekolah menengah. Teknik ini juga adalah satu teknik
11

pengajaran yang sesuai digunakan pada pelbagai tahap pencapaian


pelajar. Permainan bahasa bukanlah merupakan aktiviti tambahan
untuk bergembira semata-mata, tetapi ia boleh digolongkan dalam
pengajaran dan pembelajaran yang berhasrat memberi peluang kepada
pelajar mengaplikasikan kemahiran bahasa yang telah dipelajari di
dalam bilik darjah.
Permainan bahasa merupakan aktiviti yang dirancang dalam
pengajaran dan ada hubung kaitnya dengan kandungan isi pelajaran
secara langsung atau tidak langsung.

Penglibatan dalam permainan telah memberi peluang kepada pelajar


memperolehi latihan insentif, pembelajaran bermakna dan sebagai alat
diagnostik. Kebanyakan aktiviti yang dijalankan akan menggunakan
pelbagai

kemahiran

berbahasa

pelajar

antaranya

kemahiran

mendengar, bertutur, membaca, dan menulis.


Permainan bahasa mempunyai hala tuju yang bertepatan dengan
kemahuan dalam sistem pendidikan negara amnya dan Falsafah
Pendidikan Negara khusunya. Hala tuju ini diinterpretasikan melalui
objektif tersirat dalam permainan bahasa tersebut iaitu:

a) Meransang interaksi verbal pelajar


Dalam permainan, pelajar akan diminta bercakap untuk menyuarakan
pandangan dan pendapat mereka. Di samping itu, mereka juga diminta
memberikan alasan-alasan tertentu yang berkaitan. Lazimnya, mereka
perlu terlibat sepenuhnya secara aktif dalam permainan itu. Setiap ahli
kumpulan akan merasakan diri mereka diperlukan dalam kumpulan itu
dan pada bila-bila masa sahaja mereka akan diminta bercakap dan
mengutarakan pandangan. Tiada seorang pun daripada mereka
dibiarkan

bersendiri

dan

terkecuali.

Sebaliknya,

mereka

harus

mengutarakan tekad dan berazam sepenuhnya untuk berkomunikasi.


Kesedaran

seperti

menghasilkan

satu

ini

akan

suasana

memberi

peluang

pembelajaran
12

yang

kepada

guru

menarik

dan

berorientasikan pelajar. Guru hanya bertindak sebagai fasilitator dan


menjaga disiplin kelas.

b) Menambah kefasihan dan keyakinan


Permainan bahasa boleh digunakan sebagai satu cara untuk
meningkatkan kefasihan berbahasa serta menambahkan keyakinan diri.
Bahasa yang digunakan dalam sesuatu permainan itu tidak harus
terhad kepada beberapa struktur ayat sahaja. Fungsi bahasa boleh
melibatkan semua peringkat kerumitan berbahasa yang berbeza-beza.
Permainan

yang

mengandungi

kegiatan

memberikan

arahan

umpamanya, boleh dimainkan pada semua peringkat bergantung pada


pengetahuan bahasa dan kefasihan tertentu pelajar. Pelajar biasanya
merasa

seronok

apabila

dihadapkan

dengan

permainan

yang

mencabar. Secara tidak langsung mereka akan menyedari kebolehan


dan keupayaan mereka dalam bahasa yang dipelajari. Peranan guru
sebagai pemaklumat bahasa sangatlah penting. Guru harus bersedia
memenuhi keperluan pelajar dalam permainan tersebut, terutama
dalam konteks kepelbagaian bentuk kosa kata serta kecanggihan
tatabahasa dan sintaksis.

c) Menyediakan konteks pembelajaran


Permainan bahasa membawa perkembangan perhubungan yang positif
dalam kalangan individu yang terlibat, bukan sahaja antara pelajar
dengan pelajar tetapi juga antara pelajar dengan guru. Permainan
bahasa membantu merapatkan hubungan dan kerjasama antara
mereka. Ini merupakan satu suasana yang sihat dan berfaedah kepada
para pelajar, khususnya yang bersifat pemalu dan pasif. Dalam
permainan, mereka dapat menunjukkan kecergasan, di samping terlibat
secara berkesan dalam apa sahaja aktiviti yang dijalankan.

d) Bertindak sebagai alat yang dapat mengikis rasa bosan


13

Pada waktu-waktu tertentu, umpamanya pada waktu menjelang tengah


hari, pelajar akan merasa bosan, mengantuk dan lapar. Bayangkan
sahaja bagaimana guru dapat menyampaikan pengetahuan tentang
tatabahasa dan aspek-aspek pemahaman dalam keadaan yang
melesukan. Begitu juga dengan aktiviti kelas yang melibatkan penulisan
karangan dan pembentukkan ayat-ayat. Pada saat ini permainan
bahasa dapat menimbulkan perasaan gembira dan menyebabkan
mereka

lupa

sekejap

rasa

lapar

dan

mengantuk.

Permainan

mewujudkan komunikasi dalam bentuk yang semula jadi dan memenuhi


keperluan

pelajar

apabila

berhadapan

dengan

dunia

sebenar.

Permainan ini berasaskan keadilan dan pertandingan, akan meransang


pelajar untuk bertindak balas, memprotes dan memberikan hujah.
Dengan ini, pelajar dilatih berhadapan dengan interaksi kehidupan
sebenar yang bakal dilalui oleh mereka dalam kehidupan di luar bilik
darjah.

e) Bertindak sebagai alat pemulihan, pengukuhan dan pengayaan


Dalam pengajaran bahasa, permainan boleh dijalankan dalam pelbagai
bentuk mengikut tujuannya. Justeru, permainan sangat berguna dalam
aktiviti pemulihan, pengukuhan dan pengayaan. Kebanyakan pelajar
yang lemah menghadapi masalah pengamatan dan pendengaran.
Kelemahan ini dapat diatasi sedikit demi sedikit melalui aktiviti
permainan yang dirancangkan. Jika tiada langkah yang diambil untuk
mengatasi kelemahan ini, pelajar berkenaan akan menemui kesukaran
menyebut bunyi, huruf, membunyikan suku kata dan perkataan.
Selepas sesuatu pengajaran, gerak kerja pengukuhan pula diadakan.
Latihan yang dijalankan secara berterusan mungkin membosankan
pelajar. Walau bagaimanapun, aktiviti pengukuhan masih boleh
diteruskan dengan syarat latihan dan latih tubi yang diperkenalkan itu
dipelbagaikan dalam bentuk aktiviti permainan bilik darjah.
Pelajar di dalam sesebuah kelas, biasanya mempunyai pelbagai
peringkat kebolehan

misalnya kumpulan cergas, sederhana dan

lemah. Sesetengah pelajar mempunyai perasaan malu yang tebal dan


14

ada juga yang pendiam atau tidak begitu ramah. Namun demikian,
mereka

perlu

dilibatkan

sama

supaya

perasaan

negatif

yang

menguasai diri mereka itu dapat dihapuskan. Sebagai aktiviti


pengayaan, pelajar yang lemah boleh digalakkan mengambil bahagian
bersama-sama pelajar yang cergas melalui permainan yang dijalankan.
Namun, mereka ini harus diberikan tugas yang mudah yang
bersesuaian dengan kebolehan dan kemampuan mereka. Bagi pelajar
yang

cergas

pula,

permainan

dalam

aktiviti

pengayaan

akan

menambahkan kemahiran, pengetahuan dan pengalaman mereka.


Penggunaan permainan bahasa sebagai satu teknik pengajaran
dan pembelajaran bahasa bukan lagi merupakan satu perkara baru
dalam dunia pendidikan hari ini. Sebagai satu teknik yang digunakan
dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa, permainan bahasa
mempunyai kelebihan. Antaranya seperti yang berikut:

I.

Untuk membolehkan pelajar membiasakan diri menyebut sesuatu


bunyi (perkataan, frasa dan ayat) dengan jelas, betul dan tepat. Di
samping itu, mereka juga boleh berlatih mengucapkan ayat
dengan sebutan, intonasi, tekanan, jeda dan gaya yang betul.

II.

Permainan bahasa dijadikan bahan rangsangan sama ada


semasa

memulakan sesuatu pelajaran, pada pertengahan

atau akhir pembelajaran. Sebagai bahan rangsangan, permainan


bahasa tentunya dapat menarik minat dan perhatian pelajar. Ini
kerana pelajar berpeluang menggunakan bahasa dalam suasana
III.

yang menyeronokkan serta terlibat secara aktif.


Dalam proses pengajaran dan pembelajaran, permainan bahasa
lebih merupakan teknik mengulang kaji dan pengukuhan. Ini
bermakna apa yang dipelajari itu diulang-ulang sehingga kekal
dalam ingatan. Teknik ini berperanan meningkatkan kefahaman
pelajar terhadap pembelajaran.

IV.

Masa untuk permainan bahasa dianggap sebagai masa istirehat


yang berfaedah. Teknik ini berupaya menghilangkan rasa letih
dan bosan setelah belajar sehari suntuk. Dengan cara bermain
15

pelajar dapat memperbaharui semangat dan minat untuk


meneruskan pembelajaran mereka.
V.

Pelajar berpeluang menggunakan kemahiran bahasa yang ada


pada mereka dalam konteks dan situasi sebenar dan bermakna.
Ini kerana semasa bermain, pelajar akan bertindak balas secara
spontan, iaitu dengan bertanya, memberikan arahan, meneka dan
membaca. Keseronokan bermain seperti ini akan menghidupkan
keinginan

pelajar

untuk

belajar,

berfikir,

mendengar

dan

mengeluarkan buah fikiran secara berkesan.

5. AKTIVITI PERMAINAN
Aktiviti bermain dapat dilihat sejak bayi lagi, iaitu apabila bayi mula
bermain dan memanipulasi alat permainan yang diletakkan di
sekelilingnya. Pada peringkat itu bayi berusaha untuk menguasai
kemahiran asas melalui lima deria. Menurut Piaget, pada peringkat
sensori motor (0 hingga 2 tahun), bayi belajar melalui interaksi dengan
benda-benda di sekeliling dan keupayaan kognitif mula berkembang.
Sebaik sahaja bayi bertatih, pergerakan mereka semakin aktif dan
semasa bermain, mereka menjadi lebih imaginatif. Melalui bermain,
kanak-kanak yang baru bertatih (toddler) mengasah kemahiran dan
kemahiran ini seterusnya dikembangkan melalui aktiviti yang lebih
mencabar apabilameningkat dewasa.Melalui bermain, kanak-kanak
berpeluang melakukan aktiviti yang bermaknayang dapat memupuk
perkembangan bahasa, kognitif, sosial, emosi dan fizikal. Kanak-kanak
juga mempelajari tentang diri sendiri dan individu lain. Pakar dalam
bidang perkembangan kanak-kanak percaya bahawa bermain adalah
cara terbaik bagi kanak-kanak mempelajari konsep dan kemahiran
yang kemudiannya akan digunakan untuk mempelajari perkara-perkara
baharu pada masa akan datang.
5.1 Permainan Motor

16

Kemahiran motor halus melibatkan kemahiran manipulatif otot-otot kecil


seperti

menggenggam,

mengoyak,

menggunting,

meramas,

menggentel dan menguli. Kemahiran motor halus penting untuk kanakkanak mempelajari konsep-konsep asas seperti menjalankan tugastugas harian. Contohnya
membutang baju, memegang pensel, mengikat tali kasut dan
sebagainya. Manakala kemahiran motor kasar melibatkan kemahiran
manipulatif otot-otot kasar pada seluruh badan seperti melompat,
berlari dan memanjat. Semasa kanak-kanak bermain, kanak-kanak
membuat gerakan otot-otot kasar dan halus mereka.

5.2 Permainan Sosial


Apabila kanak-kanak berinteraksi antara satu sama lain semasa
bermain, kanak-kanak belajar kemahiran sosial seperti bertolak ansur,
bekerja sama dan berkongsi sesuatu (Smidt 2010). Semasa kanakkanak bermain, mereka bersosial dengan rakan sebaya.
Permainan sosial boleh berlaku dalam kumpulan ataupun individu.
Sebagai contoh, apabila kanak-kanak berinteraksi dengan rakannya
dan bertanya ataupun meminjam alat permainan walaupun kanakkanak tersebut tidak bermain dengan rakannya itu tetapi akan berlaku
juga interaksi sesama merek.a

5.3 Permainan Konstruktif


Permainan konstruktif berlaku apabila kanak-kanak membina sesuatu
dengan memanipulasi persekitaran. Froebel merujuk permainan
konstruktif sebagai aktiviti yang melibatkan pergerakan motor halus
seperti menganyam, menggentel, melipat kertas dan menyulam
(Roopnarine & Johnson 2005). Permainan seperti membina bangunan
daripada blok, bermain pasir dan dan mencipta bahan-bahan kraf
merupakan permainan konstruktif. Permainan konstruktif memberi
17

peluang kanak-kanak belajar membuat sesuatu dan apabila kanakkanak bermain secara konstruktif, mereka belajar melakukan sesuatu
tugas sehingga selesai. Bermain secara konstruktif juga melibatkan
kemahiran

manipulatif.

Kanak-kanak

yang

memiliki

kemahiran

manipulatif berupaya memanipulasi idea, konsep dan pendapat.


5.4 Permainan Fantasi
Salah satu cara yang paling berkesan untuk kanak-kanak belajar dan
mempraktikkan kemahiran imaginasi mereka adalah melalui permainan
fantasi. Permainan ini dilakukan secara spontan dengan menggunakan
peralatan ataupun tanpa peralatan dan dilakukan berasaskan imaginasi
kanak-kanak. Bermain pondok-pondok misalnya dapat meningkatkan
pemahaman

kanak-kanak

tentang

dunia

di

sekelilingnya

dan

bagaimana
hendak bersosial dengan rakan sebaya. Semasa permainan fantasi,
kanak-kanak belajar bagaimana hendak menggambarkan sesuatu
karakter dalam sesuatu situasi. Mereka menggunakan imaginasi dan
bahasa untuk menyatakan idea, konsep dan keinginan.
Mereka juga berupayamengubah ideamenjadi fantasi secara kreatif.
Jerome Singer (Spodek,1987) menganggap imaginative play
sebagai usaha murid-murid menggunakan kebolehan fizikal dan mental
mereka dalam menyusun pengalaman. Beliau juga berpendapat
bahawa dalam permainan, murid-murid meneroka alam yang boleh
menjadikan

mereka

berkebolehan

dalam

menghadapi

masalah

persekitaran dan boleh menjadikan mereka kreatif.


Secara ringkasnya, permainan dapat memberangsangkan
perkembangan bahasa. Dalam konteks main bebas, kanak-kanak dapat
melatih bahasa yang baru dikuasai, mempelbagaikan perbendaharaan
kata serta membenarkan kesalahan dan pembetulan bahasa. Selain itu,
aktiviti main yang berlainan sama ada main sosial atau main kognitif
juga akan memberangsangkan aspek-aspek perkembangan bahasa
yang tertentu.

18

Untuk itu dalam perancangan dan pelaksanaan bermain sambil


belajar, main merupakan perkara penting dalam merealisasikan aktiviti
bermain dalam pendidikan prasekolah, khususnya dalam membantu
perkembangan kanak-kanak dan ianya tidak akan bermakna tanpa
perancangan yang teratur. Antara perancangan adalah pemilihan bahan
main samada bahan jenis menumpu atau mencapah. Banyak pendapat
yang

boleh

menjadi

panduan

kepada

penggunaan

bahan

main.Permainan bukan sahaja dianggap penting dewasa ini malah


sejak dari dahulu lagi. Tidak hairan jika dalam abad ke 21, main diambil
sebagai salah satu dari kaedah pendekatan dalam proses pengajaran
dan pembelajaran kanak-kanak.
Sebelum seseorang guru itu melaksanakan pendekatan permainan
bahasa ini. Guru tersebut mestilah terlebih dahulu mengetahui tahap IQ
dan EQ ( Emosional Quality ) murid yang akan diajarnya. Hal ini amat
penting supaya set permainan bahasa yang bakal diajar nanti tidak
membosankan atau menjemukan murid. Ini kerana tahap pemikiran dan
penerimaan murid adalah berbeza antara satu sama lain. Bagi murid
yang mempunyai tahap pemikiran cerdas dan pintar, (jenius) pemainan
bahasa ini lebih merupakan proses pengukuhan dan pengayaan.
Sebaliknya bagi murid-murid yang lemah IQ ianya merupakan satu
teknik

pemulihan

untuk

membantu

mereka

memahami

proses

pembelajaran.
Pastikan permainan bahasa ini dilaksanakan sebaik sahaja guru sudah
memperkenalkan semua perkataan-perkataan yang telah dipelajari oleh
murid. Ia mesti dilaksanakan bagi mengukuhkan lagi ingatan dan
memupuk minat murid terhadap pembelajaran tersebut.[6] Antara ciriciri

permainan

bahasa

yang

baik

adalah

seperti

berikut:

6.CIRI-CIRI PERMAINAN
(a) Gambar-gambar untuk permainan hendaklah terang dan senang
difahami.
(b) Arahan dan peraturan permainan hendaklah jelas dan dapat
dipatuhi.
19

(c) Pelajar yang pandai dan berkebolehan akan membantu guru


membaca arahan-arahan permainan.
(d) Jika permainan itu mengunakan kad, sila pastikan ia senang dan
mudah dikendalikan, dan perkataan yang tertulis hendaklah terang dan
mudah difahami dan dibaca.
(e) Beri perhatian kepada pelajar yang sentiasa tewas dalam
permainan.

Beri

peluang

kepadanya

sebagai

pemerhati

untuk

jangkamasa yang tertentu.


(f) Pastikan permainan itu mempunyai objektif yag hendak dicapai.
(g) Sebaiknya alat BBM (Bahan Bantu Mengajar) disediakan sendiri
oleh guru terbabit. Apa yang penting alat-alat tersebut memenuhi fungsi
dan mencapai matlamat.

( h) Hentikan permainan anda ketika pelajar masih lagi terasa seronok


dengan permainan itu. Ini penting supaya pelajar tidak jemu untuk
permainan seterusnya.

6.0 PEMBINAAN PERMAINAN BAHASA


Permainan Bahasa yang menjadi pilihan saya ialah Jigsaw puzzle
bermaksud susun suai gambar dan kad perkataan
Jigsaw puzzle atau susun suai gambar ini merupakan p ermainan
yang menguji kemahiran dan kebijaksanaan.
Jigsaw puzzle mula-mula sekali direka pada tahun 1767 oleh seorang
bangsa British yang bernama John Spilsbury. Menurut fakta melalui
Wikipedia, John Spilsbury merupakan seorang pengukir dan pereka
peta. Tetapi ada juga yang

mengatakan beliau merupakan seorang

guru.

John Spilsbury mula-mula membina

jigsaw puzzle ini untuk tujuan

pendidikan, iaitu untuk subjek geografi. Beliau telah melekatkan satu


20

peta atas sekeping kayu, kemudian potong bentuk negara-negara


dalam peta tersebut.
Dalam 3 abad berlalu, semestinya banyak perubahan dah berlaku. Dari
tujuan pendidikan, jigsaw puzzle telah menjadi permainan bahasa untuk
menjadikan pengajaran lebih menarik.
6.1 BAHAN BAHAN UNTUK JIGSAW PUZZLE
Bahan-bahan yang sesuai untuk membina Jigsaw puzzle atau susun
suai gambar kita boleh membuat pilihan seperti:
a.kertas kadbod atau
b.kertas keras hasil bahan buangan contohnya kotak atau
c.kertas A 4 kemudian diliminitkan
d. gam
f. gambar
g.kad perkataan
PERINGKAT PERSEDIAAN
Guru memilih bahan yang sesuai dengan objektif pengajarandan pembelajaran. Guru menyediakan
gambar seorangangkasawan bersaiz A4 yang boleh dilihat oleh setiap murid.
Guru menyediakan borang penilaian untuk menilai murid darisegi intonasi, kejelasan, kelancaran dan
keindahan bahasa
yang digunakan dalam permainan bahasa iaitu Cerita
Berantai.
Guru menyusun murid di dalam kelas mengikut urutan namabagi melancarkan lagi perjalanan cerita
atau lebih mudahmenggunakan nombor agar setiap murid tahu giliran untukbercakap.5.4.2
PERINGKAT PELAKSANAAN AKTIVITI
Seorang wakil murid menampal gambar yanng disediakanguru pada papan putih.
Guru kemudian menerangkan bagaimana permainan
Cerita Berantai
ini berlangsung.
Berpandukan gambar seorang angkasawan, membina cerita secara spontan dan menggunakan
intonasi,penggunaan ayat yang betul dan mesti lancar. Setiap murid perlu membina 2 ayat untuk
peringkat pertama.
Contoh ayat : Saya seorang angkasawan pertama
negara Malaysia. Saya sedang menjalankan kajian di Bulan.

Murid yang tidak dapat membina dua ayat atau tidak pekaakan tersingkir daripada permainan.
Permainan iniditeruskan dengan setiap murid perlu berceritamenggunakan 3 ayat. Murid yang
tidak menepati peraturanakan tersingkir.

21

Murid yang tersingkir daripada permainan perlu mendengar dengan teliti setiap cerita yang
disampaikan rakan-rakan lain.
Guru mengawal keadaan kelas dan memberhentikanpermaianan apabila separuh daripada
murid tersingkir.5.4.3 PERINGKAT SUSULAN DAN PENILAIAN
Guru mengemukakan soala terlebih dahulu sebelum memilihsecara rawak murid untuk
menceritakan secara ringkas
berdasarkan permainan Cerita Berantai.
Contoh : Saya seorang
angkasawan pertama negara Malaysia. Saya sedang menjalankan kajian di Bulan.Badan saya
terapung-apung di udara. Saya rasa seperti
terbang bebas keran tiada graviti.....
Guru memperbetulkan kesalahan murid dan membimbingdengan memberikan jawapan yang
betul.
RUMUSAN
Kemahiran lisan adalah satu kemahiran bahasa yang penting kerana manusiaberkomunikasi
secara lisan lebih banyak daripada kemahiran bahasa yang lain.Lagipun kemahiran lisan
adalah kemahiran yang paling awal dikuasai seseorangsebelum ia menguasai kemahiran
bahasa yang lain. Kemahiran lisan agak kurangmendapat perhatian dalam pengajaran dan
pembelajaran bahasa di sekolahberbanding dengan kemahiran bahasa yang lain. Pengajaran
kemahiran lisan didalam kelas hendaklah dijalankan dengan menggunakan kaedah dan teknik
tertentusupaya murid dapat menguasai kemahiran lisan dengan baik.
Keupayaanberkomunikasi secara lisan dengan baik akan menambah keyakinan diri kanakkanak untuk berinteraksi dengan orang lain dalam pelbagai situasi.Walaupun kemahiran lisan
adalah kemahiran yang paling awal dikuasai kanak-kanak, namun mereka tetap memerlukan
pembelajaran lisan yang tersusun danterancang supaya kemahiran lisan yang sedia ada itu
dapat menguasai kemahiranlisan dengan baik. Keupayaan berkomunikasi secara lisan dengan
baik akanmenambah keyakinan diri kanak-kanak untuk berinteraksi dengan orang lain
dalampelbagai situasi.

22