Anda di halaman 1dari 7

Pertama-tamanya eloklah jika kita memahami apa yang dimaksudkan dengan

falsafah pendidikan guru itu sendiri. Menurut laman web ensiklopedia bebas, wikipedia,
falsafah ialah satu disiplin ilmiah yang mengusahakan kebenaran yang umum dan asas.
Manakala perkataan pendidikan bermaksud usaha sistematik yang disengajakan,yang
dibuat oleh sesuatu masyarakat untuk menyampaikan pengetahuan, nilai, sikap dan
kemahiran kepada ahlinya, usaha memperkembangkan potensi individu dan perubahan
yang berlaku dalam diri manusia. Seterusnya, menurut Noor Jamaluddin (1978: 1) guru
adalah pendidik, yaitu orang dewasa yang bertanggungjawab memberi bimbingan atau
bantuan kepada anak didik dalam perkembangan jasmani dan rohaninya agar
mencapai kedewasaannya, mampu berdiri sendiri dapat melaksanakan tugasnya
sebagai makhluk Allah khalifah di muka bumi, sebagai makhluk sosial dan individu yang
sanggup berdiri sendiri. Berdasarkan kepada dasar yang telah digubal oleh kerajaan,
Falsafah Pendidikan Guru adalah seperti berikut:
Guru yang berpekerti mulia, berpandangan progresif dan saintifik, bersedia
menjunjung aspirasi negara serta menyanjung warisan kebudayaan negara, menjamin
perkembangan individu dan memelihara suatu masyarakat yang bersatu-padu,
demokratik, progresif dan berdisiplin
Matlamat falsafah pendidikan guru adalah untuk melahirkan guru yang berkualiti dari
segi peribadi, professional, sosial, menguasai ilmu dan kemahiran serta amalan
keguruan. Seseorang guru cemerlang perlu mempunyai ciri-ciri dalaman iaitu peribadi
yang seimbang terlebih dahulu. Ianya sangat penting kerana seseorang guru perlulah
mempunyai emosi yang stabil untuk membolehkan mereka membentuk generasi yang
positif pula. Guru juga akan menjadi contoh teladan kepada murid-murid. Justeru, guru
harus menjadi ikon yang terbaik kepada murid-murid. Seterusnya, guru perlulah
professional tentang karier mereka. Seseorang bakal guru perlulah berusaha sehabis
mungkin untuk mendalami ilmu berkaitan keguruan ketika masih dalam tempoh latihan
agar mereka tidak kekok ketika bertugas di kemudian hari.

Disamping itu, falsafah pendidikan guru juga adalah untuk melahirkan guru
yang berkualiti dari segi sosial. Guru perlulah mempunyai bijak bergaul dengan semua
masyarakat sekeliling tidak kira dalam kawasan sekolah mahupun dengan masyarakat
luar. Ini kerana, ke mana sahaja seseorang guru itu pergi dia akan membawa imej
seorang guru. Guru juga perlu mempunyai penguasaan terhadap ilmu dan kemahiran
keguruan. Seseorang guru itu bukan hanya perlu memberikan didikan akademik, tetapi
dia juga perlu menyelitkan nilai-nilai murni dalam proses pengajaran dan pembelajaran
seharian. Bagi memahami sesuatu perkara kita terlebih dahulu perlu memahami konsep
perkara atau tajuk itu. Justeru sama seperti falsafah pendidikan guru ini, kita perlu
memahami konsep yang ingin disampaikan menerusi falsafah ini terlebih dahulu. Di
Malaysia, falsafah pendidikan guru ini digubal berasaskan model konseptual pendidikan
guru.
Berdasarkan model tersebut, karakter seorang guru berkait rapat dengan
tiga dimensi utama iaitu ketuhanan, kemasyarakatan dan kendiri. Bagi elemen
ketuhanan, ia berkaitan peningkatan ilmu, penghayatan dan amalan individu
berteraskan kepercayaan dan kepatuhan kepada ajaran agama. Seterusnya menerusi
kemasyarakatan, model ini memberi penekanan mengenai peranan guru sebagai
pendidik, pemimpin dan agen perubahan. Manakala aspek kendiri memberi penekanan
pembinaan daya kefahaman dan patriotisme, pemupukan budaya ilmu serta
pembentukan sahsiah murni dan berpekerti mulia. Dalam hal ini, seorang guru itu harus
terlebih dahulu melengkapkan tiga elemen asas mengikut model konseptual guru ini
iaitu pengetahuan, nilai serta kemahiran tentang keguruan. Pengetahuan yang
dimaksudkan ialah yang berhubung dengan perkembangan dan kepentingan
pendidikan dalam kehidupan. Manakala kemahiran menekankan tentang kemahiran
menggunakan bahan-bahan pelajaran dengan tujuan meningkatkan lagi kualiti
pengajaran dan pembelajaran.

Nilai pula merujuk kepada amalan nilai-nilai murni, perlakuan seorang guru,
berdaya tahan, patriotik dan patuh terhadap profession keguruan. Guru pada peringkat
rendah harus memberi contoh yang sesuai yang melambangkan ciri-ciri kesempurnaan
dari segi jasmani dan rohani. Selain itu, guru perlu mengamalkan dan menghayati nilainilai yang diajar. Ini kerana, nilai-nilai yang dihayati oleh guru akan tercermin dalam
amalan-amalan sehariannya.
Berhubung model konseptual pendidikan guru ini juga, ia turut menekankan
matlamat mengembangkan potensi guru secara seimbang dari aspek jasmani, emosi,
rohani dan intelek. Keempat-empat aspek ini juga adalah selaras dengan matlamat
falsafah pendidikan kebangsaan. Aspek yang dititikberatkan ini adalah penting kerana
seorang pendidik itu haruslah terlebih dahulu mempunyai unsur dalaman yang stabil
agar berupaya pula melahirkan generasi seimbang jasmani, emosi, rohani dan intelek
selaras dengan falsafah pendidikan negara kita.
Justeru, dapatlah disimpulkan disini mengikut model konseptual guru ini
bahawa seseorang guru itu perlulah mengukuhkan terlebih dahulu aspek dasar iaitu
ketuhanan, kemasyarakatan dan kendiri. Langkah seterusnya ialah memantapkan
unsur rohani, jasmani, intelek dan nilai. Selepas itu, memupuk serta mengekalkan
aspek kemahiran, pengetahuan serta nilai seorang guru. Bersatunya kesemua unsurunsur dalam model konseptual ini dapat memantapkan lagi unsur akauntabiliti seorang
guru.
Guru adalah profesion yang bertanggungjawab mendidik manusia di mana ianya
merupakan tugas dan cabara yang akan menentukan halatuju sebenar negara ke
peringkat yang lebih tingggi dan maju memalui pencapaian dalam sistem pendidikan.
Peranan dan profesion keguruan dalam pembinaan negara jelas dapat dilihat melalui
falsafah pendidikan guru itu sendiri. Falsafah Pendidikan Guru diperkenalkan pada
tahun 1982. Ianya merujuk kepada Shahril@CHaril Marzuki,Zainun Ishak,Lee Pau Wing
Dan Dr. Saedah Hj Siraj 1998: Seorang guru mempunyai ciri-ciri yang mulian,progresif
dan saintifik,ingin meningkatkan aspirasi kebangsaan serta mengiktiraf peninggalan
kebudayaan kebangsaan,memastikan perkembangan setiap individu dan mengekalkan

perpaduan demokratik,progresif dan masyarakat yang berdisiplin. Berikut merupakan


impak yang diperoleh apabila falsafah itu dihayati sebaik mungkin.
Impak yang pertama ialah ianya senantiasa memastikan agar para guru
berusaha meningkatkan pengetahuan yang dimiliki oleh mereka. Hal ini sedemikian
kerana para guru akan sentiasa memuhasabahkan diri mereka supaya memperbaiki
kekurangan yang ada dalam diri mereka maka pastinya mereka akan meningkatkan
nilai tambah diri mereka. Mereka semestinya tidak mahu dikatakan ketinggalan dalam
segala aspek yang berkaitan dengan pendidikan. Oleh itu untuk meningkatkan
kemahiran itu sebagai contohnya para guru boleh membuat jaringan dengan guru-guru
di negara lain sebagai mencerminkan imej pengantarabangsaan serta berpeluang
berkongsi ilmu dan kemahiran mereka. program seperti ini merupakan perekmabangan
yang positif dalam ICT dan guru boleh mendapatkan segala maklumat tentang
pengajaran dan pembelajaran secara on-line. Menurut satu kajian,guru-guru Bahasa
Inggeris

memperkembangkan

profesionalisme

diri

melalui

internet

adalah

menggalakkan. Antara contohnya ialah VirTEC(Virtual Teacher Education Centre) yang


dibina dan menjadi satu landasan untuk merangsang guru dalam perkembangan
professional guru Bahasa Inggeris.
Keduanya ialah melatih guru berkomitmen tinggi dalam setiap perkara yang
dilakukan. Menurut Kamus Dewan, komitmen bermaksud sikap (pendirian atau
perbuatan) memberikan sepenuh tenaga dan perhatian atau menunjukkan sokongan
dan azam yg sepenuhnya kepada sesuatu. Definisi komitmen yang diberikan oleh John
dan Taylor (1999) menyatakan bahawa komitmen dijelmakan dengan merujuk kepada
usaha dan kerja keras yang ditunjukkan oleh seseorang pekerja itu. Bennett dan
Durkin, 2000 pula menyatakan bahawa kepuasan kognitif terhadap perhubungan kerja,
sekaligus kesetiaan seseorang pekerja itu terhadap organisasi akan menjelmakan
komitmen. Maka terdapat beberapa faktor yang akan mempenagaruhi komitmen
seseorang pendidik itu. Pertamanya ialah hubungan dengan rakan sekerja dan pegawai
atasan seperti guru besar ataupun guru yang mempunyai jawatan. Hal ini sedemikian
kerana para guru akan menjalani rutin harian yang sama sebagai seorang pendidik.
Bermula awal pagi masuk ke dalam kelas dan pulang menjelang jam dua petang.

Manakala yang ada kelas tambahan dilanjutkan hingga jam empat petang. Pastinya
rutin harian yang dilakukan sehari-hari ini membosankan jika mereka tidak seronok
memberikan sumbangan dek kerana terdapat sebilangan guru yang tidak memberikan
kerjasama yang baik. Ketika kesemua guru besusah payah merancang program
kecermelangan,terdapat sebilangan seperti melukut di tepi gantang. Ketika orang lain
berfikir bagaimana untuk menceriakan sekolah,mereka pergi melencong ke tempat lain.
Perkara ini sedikit sebanyak mempengaruhi semangat ataupun mood guru tersebut.
Jadi,sebolehnya semua guru memberikan sumbangan dan idea mereka sebaik mungkit
agar usaha semua ini diberkati dan menjadikan sekolah sebagai tempat yang
menyeronokkan.
Seterusnya ialah setiap guru itu perlulah senantiasa cakna terhadap perubahan
yang berlaku terutamanya dalam pelbagai cabang pendidikan. Cakna ataupun ambil
berat merupakan sesuatu sifat yang mesti ada dalam setiap diri individu seorang guru
tidak kiralah samada berkenaan pelajar, ilmu ataupun pedagogi. Terdapat beberapa
sebab sesorang guru itu perlu cakna kepada bidang pendidikan ini. Pertamanya ialah
supaya menimbulkan rasa tanggungjawab dan amanah dalam bidang ini. Hal ini
sedemikian kerana guru yang cakna akan mengambil tahu bagaimanakah kaedah
ataupun metod yang sesuai utnuk senantiasa meningkatkan tahap perkembangan anak
murid mereka. Jika pelajar mempunyai masalah,sekurang-kurangnya mereka boleh
menjadi tempat mengadu. Ilmu pedagogi mereka juga mampu ditingkatkan jika mereka
cakna dengan sebarang perubahan yang berlaku. Pedagogi mungkin berubah
berdasarkan beberapa keperluan semasa seperti vokasional yang menginginkan
pelajar menguasai kemahiran untuk melahirkan lebih ramai tenaga kerja mahir pada
masa akan datang. Oleh itu perubahan ini mestilah dijalankan mengikut tempoh masa
yang ditetapkan supaya ianya mampu merealisasikan harapan kerajaan tadi. Kita tidak
mahu hanya berada pada takuk lama yang pastinya tidak mampu membangunkan
pelajar.
Impak keempat ialah guru sepatutnya berpandangan masa hadapan dalam setiap
perkara yang dilakukan. Maksudnya ialah ilmu yang disampaikan tidaklah sekadar yang
tertulis dalam silibus pengajaran. Maka guru itu perlulah menokok tambah ilmu yang

disampaikan melalui pembacaan mahupun seminar dan bengkel. Pastinya dia akan
sentiasa menyedari perlunya perkembangan baru dalam arena pendidikan dan dapat
memainkan peranan sebagai seorang inovator. Melaui seminar yang dihadirinya idea
akan berkembang untuk melakukan beberapa perubahan supaya setiap ilmu yang
disampaikan itu meliputi kemahiran berfikiran kreatif dan kritis. Pelajar akan mampu
mengaplikasikan ilmu yang disampaikan dalam kehidupan kerana mereka mempunyai
asas terhadap ilmu dan bukan sekadar pengetahuan semata. Perkara ini perlu supaya
generasi berilmu untuk berfikir, bertindak dan menghasilkan sesuatu yang bermanfaat
berlandaskan skop yang global dan teknologi yang terkini, serta berupaya menangani
gelombang perkembangan dan perubahan masa kini. Guru yang tidak berpandangan
futuristic ini boleh kita katakan sebagai katak bawah tempurung kerana mereka tidak
mahu merubah kaedah pengajaran dan pembelajaran mereka dan lebih suka
menggunakan kaedah lama. Hanya semata-mata berdasarkan silibus yang diberikan
dan tidak ada langsung penambahan dari segi kemahiran berfikir kreatif dan kritis.
Mereka mungkin berada pada zon selesa dan tidak ingin menambah mana-mana
bahagian yang sememangnya boleh diperbaiki. Perkara ini mestilah dijauhi.
Akhir sekali ialah impak yang mampu dihasilkan ialah meningkatkan amalan
profesionalisme. Perkara ini amatlah perlu dititikberatkan oleh para guru kerana ia
adalah satu-satunya cara untuk menunjukkan sikap dan amalan seseorang guru
tersebut. Masyarakat hari ini amat menitikberatkan isu profesionalisme keguruan seiring
dengan pencapaian para pelajar. Hari ini banyak terpampang berita-berita yang kurang
enak di dada-dada akhbar mengenai penderaan guru terhadap pelajar. Masyarakat hari
ini banyak menyalahkan para pendidik jika berlaku sebarang masalah ini sekolah walhal
pada hemat saya perkara ini tidak mungkin berlaku jika para guru bersikap lebih
professional di sekolah. Saya tidak menyalah semua guru kerana hanya segelintir guru
sahaja yang memandang enteng mengenai isu ini. Baru-baru ini kita digemparkan
dengan aduan seorang murid yang dipaksa oleh gurunya untuk memakan rumput
kerana tidak menyiapkan kerja rumah.

Agak kurang enak untuk didengar berita ini kerana kita masing-masing berada
dalam kapal yang sama iaitu dalam bidang pendidikan. Pada hemat saya, ada segelintir
guru pada hari ini yang tidak bersikap professional. Antara contoh adalah, wujud
segelintir guru yang bersikap tidak bertanggungjawab dengan melewatkan masa untuk
masuk ke kelas. Pada dasarnya mungkin perkara ini dianggap biasa sahaja bagi
sesetengah pihak. Namun, jika berterusan perkara ini boleh membawa kepada implikasi
yang besar kepada pelajar. Sebagai contoh, jika seorang guru itu lewat masuk ke kelas
para pelajar akan bebas didalam kelas tanpa pengawasan dan inilah yang akan
membawa kepada masalah pelajar seperti ponteng, buli dan lain-lain. Selain itu juga, ia
juga adalah satu teladan yang tidak baik kepada murid-muridnya. Adakah wajar
seorang guru mengharapakan pelajarnya untuk menepati waktu sedangkan dia sendiri
yang lambat ke kelas.

Anda mungkin juga menyukai